The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mhusni1986, 2021-07-28 21:46:36

Nota Solatlah sebelum kamu disolatkan

Ibadah Pendidikan Islam Tahun 6

Keywords: Solat Jenazah

Solatlah
Sebelum

Kamu
Disolatkan

Bidang : Ibadah
Pendidikan Islam Tahun 6

4.3.1 Pengertian dan Hukum Solat Jenazah

❖ Pengertian Solat Jenazah : ialah Solat yang
dilakukan oleh orang islam yang hidup
terhadap orang islam yang telah meninggal
dunia.

❖ Cara melaksanakannya : Di lakukan secara
berjemaah dan sah dilakukan secara
bersendirian.

Hukum : Fardhu Kifayah keatas masyarakat islam
dikawasan berkenaan. Jika ada orang islam yang
melaksanakan tuntutan ini maka gugurlah kewajipan

keatas orang islam yang lain.

4.3.2 Panduan Melaksanakan Solat Jenazah

Niat Solat Jenazah

Jenazah Niat

Lelaki ‫أُ َصِلّي َعلَى َه َذا اْلمَِيّ ِّت أَْربَ َع تَ ْكِبَّْْيات فَ ْر َض ِكَّفايَِّة َمأُْموًما للِّه تَ َعاَل‬
Sahaja aku Solat ke atas mayat lelaki ini, empat takbir fardhu kifayah mengikut
imam kerana Allah Taala

Perempuan ‫أُ َصِّلي َعلَى َه ِّذِّه اْلمَْيتَِّة أَْربَ َع تَ ْكِبَّْْيات فَ ْر َض ِكَّفايَِّة َمأُْموًما للِّه تَ َعاَل‬

Sahaja aku Solat ke atas mayat perempuan ini, empat takbir fardhu kifayah
mengikut imam kerana Allah Taala

Jenazah Niat

Kanak – kanak ‫أُ َصِلّي َعلَى َه َذا اْلمَِيّ ِّت ال ِّطْف ِّل أَْربَ َع تَ ْكِبَّْْيات فَ ْر َض ِكَّفايَِّة َمأُْموًما للِّه تَ َعاَل‬
Lelaki
Sahaja aku Solat ke atas mayat kanak-kanak lelaki ini, empat takbir fardhu
kifayah mengikut imam kerana Allah Taala

Kanak – Kanak ‫أُ َصِّلي َعلَى َه ِّذِّه اْلمَْيتَِّة ال ِّطْفلَِّة أَْربَ َع تَ ْكِبَّْْيات فَ ْر َض ِكَّفايَِّة َمأُْموًما للِّه تَ َعاَل‬
Perempuan
Sahaja aku Solat ke atas mayat kanak-kanak perempuan ini, empat takbir
fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah Taala

Khaifiat (Cara) melaksanakan Solat Jenazah

➢ Berdiri bagi yang mampu
➢ Berniat dalam hati ketika melafazkan Takbiratul Ihram
➢ Membaca Surah Al-Fatihah
➢ Takbir yang kedua
➢ Membaca selawat ke atas Nabi Muhamad S.A.W

‫الّٰل ُهَّم َصِّل َعلَ ّٰى ُمَ َّم ٍد َوَعلَ ّٰى ٰاِّّل ُمَ َّم ٍد ـ‬

Maksudnya :

Ya Allah Ya Tuhanku, Limpahkanlah rahmat kepada Nabi Muhammad S.A.W (dan tambahkanlah kemuliaannya)
dan (limpahkanlah rahmat) kepada keluarga junjungan kami Nabi Muhamad S.A.W

➢ Takbir yang ketiga
➢ Berdoa untuk jenazah

Jenazah Doa
Lelaki
Perempuan ُ‫َعْنه‬ ‫ََووَعَعااِفِّفَِّهّها َواَواْعْع ُفُف‬ ُ‫أَلَلّأَُلهَلَّّمُه َاّم ْغاِّفْْغرََِّفلَْارلَهَُوا َْرواَْرحََْهحْاه‬
Maksudnya ‫َعْنـ َها‬

Ya Allah ya tuhan kami, Ampunkanlah segala dosanya, limpahkanlah rahmat
kepadanya, selamatkanlah dia, maafkanlah segala kesalahannya.

➢ Takbir yang keempat
➢ Berdoa untuk jenazah

Jenazah Doa
Lelaki
Perempuan ‫بَـبَـْعْعََددَهُهاَواَواْغِّْغفِّْفرلَْنَرلَانَاَولََوَهَُلَا‬ ‫تَـ ْفِتَّنّا‬ َ‫َولا‬ ُ‫اَلَلُّهَّم لاَ َْتِّرْمنَا أَ ْجَره‬
Maksudnya ‫تَـ ْفِتَّنّا‬ َ‫َولا‬ ‫اَلَلُّهَّم لاَ َْتِّرْمنَا أَ ْجَرَها‬

Ya Allah ya tuhanku kami, janganlah engkau hampakan kami daripada mendapat
pahala menyembahyangkannya, dan janganlah engkau sesatkan kami
sepeninggalannya dan ampunilah kami dan si mati.

INFO

Kedudukan Imam dan jenazah Ketika solat jenazah :
Jenazah lelaki : Letakan kepalanya disebelah kiri Imam dengan bahagian
badannya sebelah kanan imam, manakala imam berdiri dibahagian kepalanya.
Jenazah perempuan dan Khunsa : Letakan kepalanya disebelah kanan imam,

manakala imam berdiri dibahagian punggungnya.

4.3.3 Melakukan Simulasi Solat Jenazah

Murid diminta melakukan rakaman video simulasi
Solat Jenazah dan hantarkan kepada guru untuk

penilain.

4.3.4 Merumus kefahaman tentang konsep Solat Jenazah dan
menghayati dan mendirikannya dengan sempurna.

Umat Islam dituntut melaksanakan Solat Jenazah kerana
solat ini merupakan tanggungjawab muslim yang hidup
terhadap muslim yang meninggal dunia. Amalan ini dapat

melahirkan rasa keinsafan dalam diri
-- Tamat --

Disediakan oleh :
Ustaz Muhamad Husni B. Ahmad Fuad
Guru Pendidikan Islam
SJKC Kong Min Cawangan Satu


Click to View FlipBook Version