The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mhusni1986, 2021-06-15 19:01:08

Nota Hijrah Membawa Rahmat

Sirah Pendidikan Islam Tahun 5

Keywords: Hijrah

Hijrah Membawa

Rahmat

BIDANG : SIRAH
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5

5.1.1 Pengertian Hijrah

 Hijrah dari segi Bahasa bererti Perpindahan daripada satu tempat ke
satu tempat yang lain atau daripada satu keadaan kepada keadaan
yang lebih baik

 Hijrah dari segi Istilah bermaksud Perpindahan Nabi Muhammad S.A.W
dan umat Islam dari Makkah ke Madinah

5.1.2 Sebab yang mendorong Hijrah ke Madinah

➢ Agama Islam makin berkembang di bumi Makkah, makin ramai yang memeluk agama Islam
kerana tertarik dengan keindahan ajaran Islam. Situasi ini mengakibatkan Musyrikin Makkah
menggunakan kekerasan bagi menyekat dakwah Islam.

➢ Umat Islam menerima ancaman dan seksaan sehingga ada dikalangan mereka yang yang
dibunuh dengan kejam.

➢ Kehidupan saat itu amat perit sehingga Allah S.W.T memberi kebenaran kepada Umat Islam
untuk berhijrah ke Madinah.

➢ Pelawaan dari penduduk Madinah juga merupakan factor penghijrahan Nabi Muhammad
S.A.W dan umat Islam.

➢ Para sahabat berhijrah ke Madinah secara berperingkat dan rahsia agar tidak diketahui oleh
musyrikin Makkah.

5.1.3 Peristiwa penting selepas Nabi Muhammad S.A.W
menerima perintah hijrah ke Madinah

➢ Nabi Muhammad S.A.W dan Abu Bakar As-Siddiq membuat perancangan rapi dan
tersusun demi melancar perjalanan hijrah ke Madinah, Antara perancangan adalah seperti
berikut :

Individu Yang Terlibat Tugasan Tujuan

Abdullah Bin Uraiqith Diupah menjadi penunjuk jalan. Mengaburi pihak
(seorang musyrik) Jalan yang dipilih untuk ke Madinah musuh dan mengelak
ialah jalan yang jauh dan mencabar daripada dijejaki
yang jarang dilalui kebanyakkan mereka .
orang ramai.

Abdullah Bin Abi Bakr Ditugaskan memberikan maklumat Mengetahui
berkaitan dengan pergerakkan pergerakan musuh dari
musuh kepada Nabi Muhammad semasa ke semasa
S.A.W ketika baginda di Gua Thur

Individu Yang Terlibat Tugasan Tujuan
Asma Binti Abi Bakr Ditugaskan menghantar makanan
Memastikan bekalan
makanan mencukupi

‘Amir Bin Fuhairah Ditugaskan menutup jejak Abdullah - Mengelak dijejaki
dan Asma’ dengan menggunakan musuh
kambing gembalaannya dan
membekalkan susu. - Memastikan
bekalan minuman
mencukupi

➢ Nabi Muhammad S.A.W meminta Ali Bin Abi Talib R.A tidur dikatil baginda dan menggunakan
burdah baginda. Tujuannya untuk mengelirukan musuh yang hendak membunuh baginda.
Dengan Izin Allah S.W.T baginda dapat melepaskan diri daripada kepungan tersebut. Setelah
itu baginda dan Abu Bakar R.A bertolak ke gua Thur yang terletak di selatan Makkah, Tindakan
ini bagi mengelirukan pihak musuh. Peristiwa ini berlaku pada 27 Safar tahun ke 14 kenabian.

➢ Kaum Musyrikin terus mencari Nabi Muhammad S.A.W di Makkah dan di luar Kota Makkah.
Hadiah lumayan ditawarkan jika berjaya menangkap baginda.

➢ Nabi Muhammad S.A.W dan Abu Bakar As-Siddiq R.A meneruskan perjalanan ke Madinah
setelah tiga malam bersembunyi di Gua Thur. Semasa dalam perjalanan, seorang musyrik yang
bernama Suraqah Bin Malik berjaya menemui jejak Nabi Muhammad S.A.W tetapi tidak
berjaya menangkap baginda. Baginda dan Abu Bakar R.A meneruskan perjalanan hijrah ke
Madinah.

➢ Setelah Nabi Muhammad S.A.W dan Abu Bakar R.A melalui perjalan yang Panjang dan
mencabar, akhirnya tiba di Quba’ . Baginda membina masjid pertama dalam sejarah Islam
dan dinamakan dengan nama Masjid Quba’.

➢ Pada 12 RabiulAwwal tahun ke-14 kenabian, Nabi Muhammad S.A.W dan Abu Bakar R.A tiba
di Madinah. Ketibaan Nabi Muhammad S.A.W disambut dengan penuh kegembiraan oleh
para sahabat dan penduduk Madinah. Semasa baginda di Madinah, baginda telah
mempesaudarakan Kaum Muhajirin dan Ansar serta membina masjid. Kini Masjid ini dikenali
sebagai Masjid An-Nabawi. Negara Madinah menjadi aman dan Makmur dibawah
pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W

5.1.4 Kepentingan Peristiwa Hijrah ke Madinah

 Umat Islam hidup bersatu padu dan bebas mengamalkan ajaran Islam.

 Rakyat Madinah berbilang bangsa dan agama hidup aman damai
 Dakwah dapat disebarkan secara meluas

 Negara Madinah menjadi maju dan digeruni musuh.
 Membuktikan kebijaksanaan Nabi Muhammad S.A.W mengatur strategi

berdakwah.

5.1.5 Iktibar dari Peristiwa Penghijrahan Nabi ke Madinah

 Melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh
 Membuat perancangan yang teliti sebelum melakukan sesuatu.
 Tenang dan tabah menghadapi cabaran.
 Menjadi sahabat yang hormat-menghormati dan saling membantu.
 Sanggup berkorban masa dan tenaga demi mencapai keredhaan Allah Taala.
 Berusaha memperbaiki diri atau keadaan kepada yang lebih baik

5.1.6 Menjadi Rasulullah sebagai contoh teladan
dalam melakukan perubahan dalam diri

Diakhir pembelajaran, sebagai seorang islam dan telah mempelajari Sirah
Rasulullah kita hendaklah menjadikan Rasulullah contoh ikutan terbaik
terutama dalam melakukan perubahan dalam diri kita. Perubahan ini
hendaklah dilakukan secara beradab dan istiqamah. Semoga kita
mendapat petunjuk dan rahmat dari Ilahi.

-- Tamat --

Disediakan oleh :
Ustaz Muhamad Husni B. Ahmad Fuad
Guru Pendidikan Islam
SJKC Kong Min Cawangan Satu


Click to View FlipBook Version