INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
21030 KUALA NERUS, TERENGGANU
KERTAS CADANGAN
NAMA PROGRAM:
PROGRAM GERAK GEMPUR BACAAN LANCAR MURID PEMULIHAN TAHUN 3
SEKOLAH KEBANGSAAN GONG BADAK
TEMPAT:
BILIK PEMULIHAN SEKOLAH KEBANGSAAN GONG BADAK
ANJURAN:
GURU PELATIH IPGKDRI BERSAMA PANITIA BAHASA MELAYU SKGB
TARIKH: 25 APRIL 2022 (ISNIN)
ULASAN/ CATATAN COP NAMA/
TANDATANGAN/
Diluluskan tanpa Pindaan TARIKH
Tidak Diluluskan
Ketua Jabatan/ Ketua Cadangan dibentang semula
Unit/ Penyelaras IPG Diluluskan dengan Pindaan
Kampus Dato Razali
Ismail
KEPUTUSAN:
Mesyuarat
Jawatankuasa Penilaian
Kertas Kerja Aktiviti IPG
Bilangan:
Bertarikh:
1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan adalah nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Lantas, bagi memperkasakan
sistem pendidikan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah dilancarkan pada 6
September 2013. Dalam usaha untuk mentransformasikan pendidikan negara, tidak dapat
dinafikan peranan guru adalah paling utama. Guru merupakan tonggak dan penggerak utama
dalam memastikan keberhasilan dan kemenjadian anak-anak murid.
Menerusi PPPM, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dilihat begitu komited dalam
meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara melalui pembangunan profesionalisme keguruan.
Hal ini kerana guru perlu memiliki satu wawasan yang unggul untuk mentransformasikan pelbagai
aspek pendidikan, berpemikiran aras tinggi dan mampu berinovasi dalam usaha meningkatkan
keberhasilan sekolah dan kemenjadian murid.
Hal ini telah dititikberatkan oleh KPM dengan memasukkan tugasan khusus buat siswa
guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menjalani sesi Internship ketika berada di semester
akhir pengajian. Guru pelatih ditugaskan bagi merancang suatu projek ketika berada di sekolah
yang ditempatkan. Projek tersebut boleh memberi manfaat kepada warga sekolah tersebut.
Oleh itu, saya sebagai guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
(IPGKDRI) yang menjalankan Internship di Sekolah Kebangsaan Gong Badak (SKGB) melalui
kerjasama Panitia Bahasa Melayu SKGB telah merancang untuk menganjurkan satu pertandingan
bacaan lancar murid tahun 3 SKGB.
Penganjuran pertandingan ini dijalankan dengan hasrat meningkatkan potensi guru pelatih
dalam persediaan memasuki profesion keguruan yang rasmi tidak lama lagi. Program ini juga
merupakan usaha murni kerjasama Panitia Bahasa Melayu SKGB dalam memberi ruang kepada
guru pelatih untuk mengetahui cabaran-cabaran yang bakal dihadapi dalam profesion keguruan
khususnya guru pelatih yang sedang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
2.0 RASIONAL
Minat dan kecenderungan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Murid atau pelajar yang berminat dalam perkara yang dipelajari akan menunjukkan
pencapaian yang tinggi dalam pembelajaran tersebut. Melalui proses pemilihan aktiviti, minat
memainkan peranan yang amat penting seperti yang disebutkan oleh seorang tokoh dalam kajian
beliau iaitu; “Pemilihan aktiviti adalah dipengaruhi atau didorong oleh minat seseorang.” (Holland,
1973). Memetik satu lagi kata tokoh; “Minat secara keseluruhan dapat dianggap sebagai
pembolehubah-pembolehubah motivasi.” (Hashim, 2000).
1
Pendidikan Pemulihan / Program Pemulihan Khas telah disediakan untuk membantu murid
mengatasi masalah keciciran / kelemahan, khususnya dalam pembelajaran iaitu kelemahan
menguasai kemahiran 3M. Tanpa bantuan, mereka akan gagal membina keyakinan diri untuk
belajar dari sistem persekolahan lebih awal lagi. Mereka ini merasa rendah diri dan malu tampil ke
hadapan bersama-sama rakan sebaya mereka di arus perdana. Oleh itu untuk memantapkan jati
diri mereka agar berasa yakin pada diri sendiri dan menunjukkan kemampuan diri, satu
pertandingan yang berfokuskan kepada M yang pertama iaitu membaca diadakan untuk menguji
dalam kelompok mereka seterusnya membangunkan sifat kompetetif dan menghapuskan sifat
malu dalam diri mereka.
Penganjuran pertandingan ini dilihat sebagai inisiatif terbaik dalam usaha memperkasakan
program pemulihan dalam kalangan murid pemulihan yang memfokuskan kepada penguasaan
kemahiran membaca. Hal ini juga adalah amat penting kerana ia membolehkan guru untuk
mencungkil dan meningkatkan kemahiran membaca murid secara tidak langsung melalui
kesungguhan murid secara kompetetif.
3.0 MATLAMAT
Penganjuran Program Gerak Gempur Bacaan Lancar Murid Pemulihan Tahun 3 bersama Panitia
Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Gong Badak ini adalah bermatlamat untuk mencapai objektif
yang telah dirancang dalam meningkatkan kemahiran membaca murid pemulihan tahun 3 dan
mampu meneruskan kecemerlangan ke peringkat yang lebih tinggi.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Memenuhi sukatan program Internship Guru Pelatih IPG
4.2 Meningkatkan keberhasilan dan keberkesanan pelaksanaan program pemulihan khas
di sekolah.
4.3 Memberi peluang kepada murid-murid pemulihan khas bertanding sesama mereka
setelah dibimbing oleh guru.
4.4 Membina keyakinan diri, berfikiran positif dan sifat berusaha untuk berjaya dalam diri
murid-murid pemulihan khas.
4.5 Menguji tahap kemampuan murid pemulihan khas mengikut band yang telah ditetapkan
dalam KSSR.
2
4.6 Memperkasakan potensi para guru pelatih dalam usaha mencari jalan penyelesaian
terhadap isu-isu yang timbul sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan sama ada di sekolah ataupun di rumah.
4.7 Meningkatkan kesedaran dan komitmen para guru pelatih terhadap kepentingan
keberhasilan dan kemenjadian anak-anak murid.
5.0. KUMPULAN SASARAN/PESERTA
20 orang murid pemulihan tahun 3 SKGB
6.0. MASA DAN TEMPAT
Tarikh : 25 April 2022 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi – 9.45 pagi
Tempat : Bilik Pemulihan Sekolah Kebangsaan Gong Badak
3
7.0. SENARAI AHLI JAWATANKUASA
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
PROGRAM GERAK GEMPUR BACAAN LANCAR MURID PEMULIHAN TAHUN 3 SKGB
Pengarah Program : Mohammad Hafizuddin bin Che Azilah
Penolong Pengarah Program : Nazrey bin Nazim
Setiausaha : Nur Aisyah binti Ja’afar
Bendahari : Sumayyah binti Kamarudin
JAWATANKUASA PIC PERINCIAN TUGAS
Multimedia dan
siar raya 1. Sumayyah binti Kamarudin • Menyediakan & menguruskan alatan
Pengacara majlis siar raya sepanjang perjalanan
1. Mohammad Hafizuddin bin Che program
Persiapan tempat Azilah
& Pendaftaran • Mengendalikan program
Jurufoto & • Memastikan bilik pemulihan berada
dokumentasi
1. Puan Suraya binti Haji Mohd Sidek dalam keadaan yang selesa dan
Kebersihan, 2. Puan Rosmani binti A Hamid bersih sebelum dan selepas sesi
Keselamatan dan pertandingan
Kecemasan (3K)
• Menguruskan pendaftaran peserta
Hadiah/
cenderamata/ Sijil • Mengambil gambar sepanjang
1. Nur Aisyah binti Ja’afar perjalanan pertandingan
2. Nazrey bin Nazim • Membuat dokumentasi.
• Menyerahkan salinan dokumentasi
kepada unit HEM sekolah
• Memastikan kebersihan bilik
1. Puan Kasmah binti Kangan pemulihan semasa dan selepas
program berlangsung.
2. Puan Maznah binti Omar • Memastikan para peserta
mematuhi SOP yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah
1. Puan Haznida binti Harun • Menyediakan hadiah dan sijil
2. Puan Siti Nooraini binti Paiman penyertaan kepada peserta
4
8.0. ANGGARAN PERBELANJAAN Kos/unit Kuantiti RM
No. Butiran
1. Hadiah utama RM 10.00 1 orang 10.00
RM 10.00 1 orang 10.00
• Tempat pertama RM 10.00 1 orang 10.00
• Tempat kedua RM 5.00 17 orang 85.00
• Tempat ketiga
2. Hadiah saguhati 1.50 18 keping 27.00
3. Sijil Penghargaan 20.00 1 20.00
• Kertas Sijil JUMLAH 162.00
• Dakwat Cetakan Sijil
9.0 TENTATIF PROGRAM AKTIVITI
MASA - Pendaftaran & persiapan para peserta
- Taklimat pertandingan oleh jawatankuasa program
8.00 pagi – 8.15 pagi Pertandingan berlangsung
Sesi penjurian (kiraan markah)
8.15 pagi – 9.15 pagi Majlis penutup
9.15 pagi – 9.30 pagi - Ucapan Ketua Panitia Bahasa Melayu
9.30 pagi – 9.45 pagi - Ucapan Guru Besar SKGB
- Pengumuman pemenang & pembahagian hadiah
- Sesi bergambar
- Bersurai
5
10.0 PENUTUP
Diharapkan melalui Program Gerak Gempur Bacaan Lancar Murid Pemulihan Tahun 3 SKGB yang
dirancang ini akan dapat memupuk kesungguhan murid dalam meningkatkan tahap penguasaan
pembacaan mereka. Pihak jawatankuasa pertandingan ini dengan seberapa daya merancang dan
berusaha untuk merealisasikannya objektif program ini. Apa yang paling penting adalah
kesungguhan para guru pelatih, pihak sekolah dan murid-murid untuk melibatkan diri dengan
aktiviti ini. Melalui program ini juga, adalah diharapkan para guru pelatih dapat menerima sebanyak
mungkin ilmu yang dikongsi oleh pihak sekolah. Dengan berakhirnya program ini, semoga segala
ilmu yang bermanfaat dan pengalaman yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan kepada
guru pelatih untuk diamalkan dan dipraktikkan sewaktu menjadi guru kelak. Seterusnya pihak
sekolah dan murid-murid juga mendapat manfaat dalam usaha meningkatkan penguasaan
pembacaan dalam kalangan murid pemulihan.
11.0 SENARAI NAMA PESERTA
Rujuk Lampiran A
Disediakan oleh, Disemak oleh,
………………………………………….. ………………………………………………….
(MOHAMMAD HAFIZUDDIN BIN CHE AZILAH) (PUAN SITI NOORAINI BINTI PAIMAN)
Guru Pelatih, Mentor,
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, SK Gong Badak,
Kuala Nerus, Terengganu. Kuala Nerus, Terengganu.
DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN
……………………………………..
(ABD RAHIM BIN ABD RAHMAN)
Guru Besar,
SK Gong Badak,
Kuala Nerus, Terengganu.
6
12.0 LAMPIRAN YANG BERKAITAN
LAMPIRAN A
SENARAI NAMA PESERTA
MURID PEMULIHAN TAHUN 3 SK GONG BADAK
BIL. NAMA PENUH KELAS
1. AHMAD 'ATIQ BIN SHAHRUL AZWA 3 SAIDINA ABU BAKAR
2. MUHAMMAD ALIF IMRAN BIN ISMALIZAL 3 SAIDINA ABU BAKAR
3. MUHAMMAD SHAKIR BIN ROZELI 3 SAIDINA ABU BAKAR
4. NUR DAMIA INSYIRAH BINTI ABDUL HAFIZ 3 SAIDINA ABU BAKAR
5. ABDUL RAFIE BIN ABDUL ZAINI 3 SAIDINA ALI
6. NUR AINA ZAFIRAH BINTI MURAD 3 SAIDINA ALI
7. SAYYID MUHAMMAD ASYRAF BIN SAYYID ABDUL RAHMAN 3 SAIDINA ALI
8. ISA NAFIZ UMAIR BIN NASARUDDIN SHAH 3 SAIDINA UMAR
9. MUHAMMAD AHNAF NASHRULLAH BIN MOHD NARZERI 3 SAIDINA UMAR
10. MUHAMMAD DANIEL MIKAIL BIN FAHMI 3 SAIDINA UMAR
11. MUHAMMAD SYAKIR BIN NOR AZMIE 3 SAIDINA UMAR
12. NURUL FAIZARA AISYA BINTI MOHD FARHAN 3 SAIDINA UMAR
13. SAHRUL NIZAM BIN SAHIFFULNIZAM 3 SAIDINA UMAR
14. AIMAN AZRI BIN YUSRI 3 SAIDINA UTHMAN
15. ARYAN MIKAIL BIN AZMI 3 SAIDINA UTHMAN
16. LIKMAN HAKIM BIN HAMZAH 3 SAIDINA UTHMAN
17. MUHAMMAD AZFA RAIYAN BIN AZMI 3 SAIDINA UTHMAN
18. MUHAMMAD FIRAS PUTRA BBIN ROSLAN 3 SAIDINA UTHMAN
19. MUHAMMAD ZULKIFLIE BIN JUSOH 3 SAIDINA UTHMAN
20. NUR QHALESYA ZULAIKHA BINTI MASWADI 3 SAIDINA UTHMAN
7
LAMPIRAN B
PERATURAN PERTANDINGAN
1. Pertandingan bacaan lancar akan dijalankan mengikut penggiliran peserta.
2. Peserta perlu memusingkan roda nombor. (setiap pecahan terdapat nombor ayat yang
peserta perlu baca)
3. Peserta akan memulakan bacaan setelah mendapat nombor ayat daripada roda nombor.
4. Masa diberikan selama 5 minit bagi peserta membaca ayat yang terpilih.
5. Setiap peserta diberikan penggiliran sebanyak 3 kali pusingan.
6. Markah akan ditolak mengikut kriteria yang dinyatakan. (rujuk borang pemarkahan)
8
LAMPIRAN C
BORANG PEMARKAHAN
PERTANDINGAN BACAAN LANCAR MURID PEMULIHAN TAHUN 3
Nama peserta : ______________________________________________________________
Kelas : ______________________________________________________________
KRITERIA MARKAH
PENSKORAN
ASPEK PERKARA
Kefasihan Pusingan 1 Pusingan 2
(10 markah)
• Bacaan secara Lemah: 1-3
Intonasi lancar Baik: 4-7
(10 markah) Cemerlang: 8-10
• Tidak tersekat-
sekat
• Suara yang jelas Lemah: 1-3
• Menggunakan nada Baik: 4-7
yang sesuai Cemerlang: 8-10
dengan ayat.
JUMLAH
Nama juri : _________________________________________________________________
Tandatangan :
9
LAMPIRAN D (Surat kebenaran)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
DATO’ RAZALI ISMAIL
21030 KUALA NERUS
TERENGGANU.
Tel : 09-6696470
Faks: 09-6696866
Ruj. Kami:
Tarikh : 19 April 2022
Kepada
Guru Besar,
SK Gong Badak,
Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu.
Tuan,
MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN PROGRAM GERAK GEMPUR BACAAN LANCAR MURID
PEMULIHAN TAHUN 3 SEKOLAH KEBANGSAAN GONG BADAK
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk,
2. Tujuan program ini diadakan adalah sebagai satu usaha memperkasakan program pemulihan dalam
kalangan murid pemulihan yang memfokuskan kepada penguasaan kemahiran membaca di samping
memenuhi tugasan internship guru pelatih semester akhir IPGKDRI.
3. Butiran lanjut tentang program ini adalah seperti berikut:
Tarikh/Hari : 25 April 2022 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi – 9.45 pagi
Tempat
: Bilik Pemulihan Sekolah Kebangsaan Gong Badak
4. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
____________________________
(MOHAMMAD HAFIZUDDIN BIN CHE AZILAH)
Guru pelatih,
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus, Terengganu.
10
LAMPIRAN E (Templat sijil)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN GONG BADAK
( SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN )
Sijil Penyertaan
Adalah dengan ini diperakui bahawa
MUHAMMAD WAFIY HAMIZAN BIN NOR HILMAN
(091220-11-0583)
Telah menyertai
PROGRAM GERAK GEMPUR BACAAN LANCAR MURID PEMULIHAN TAHUN
3 SK GONG BADAK
Anjuran
GURU PELATIH IPGK DATO’ RAZALI ISMAIL & PANITIA BAHASA MELAYU SK
GONG BADAK
Bertempat di
BILIK PEMULIHAN SK GONG BADAK
Pada
25 APRIL 2022
………………………………………..
ABD RAHIM BIN ABD RAHMAN
Guru Besar SK Gong Badak
11
LAMPIRAN F (Templat Poster)
12
LAMPIRAN G
BAHAN BACAAN BAGI PERTANDINGAN
Bahan 1
Bunga Matahari
Ini bunga.
Ini bunga matahari.
Bunga matahari warna kuning.
Bunga matahari sangat cantik.
Ibu tanam pokok bunga matahari.
Setiap hari ibu siram pokok bunga matahari.
Bahan 2
Penyu Belimbing
Ini penyu.
Ini penyu belimbing.
Penyu belimbing sangat besar.
Penyu belimbing hidup dalam laut.
Penyu belimbing suka makan udang dan ikan.
13
Bahan 3
Syampu
Ini syampu.
Ini syampu rambut.
Ini syampu rambut Haikal.
Haikal beli syampu rambut di kedai Pakcik Rosli.
Haikal guna syampu rambut bila mandi.
Bahan 4
Surat Khabar
Ini surat khabar.
Ini surat khabar ayah.
Ayah membeli surat khabar ini di kedai buku Cikgu Syed Nasir.
Setiap pagi ayah akan membaca surat khabar sambil minum air kopi.
14
Bahan 5
Bola Sepak
Ini bola sepak.
Ini bola sepak Safawi.
Safawi suka bermain bola sepak.
Safawi bermain bola sepak di padang.
Setiap petang Safawi bermain bola sepak di padang sekolah bersama kawan.
Bahan 6
Gerai Makanan Encik Sulaiman.
Ini gerai makanan.
Ini gerai makanan Encik Sulaiman.
Gerai makanan Encik Sulaiman sangat bersih dan menarik.
Di gerai Encik Sulaiman terdapat pelbagai jenis makanan.
Di gerai makanan ada nasi goreng, nasi lemak dan nasi minyak.
Ramai orang datang ke gerai makanan Encik Sulaiman untuk membeli makanan.
15
Bahan 7
Basikal Tua
Ini basikal tua.
Ini basikal tua atuk.
Basikal tua atuk masih boleh dipakai.
Atuk sentiasa menaiki basikal tua untuk pergi ke surau.
Bahan 8
Kereta Lumba
Ini kereta lumba.
Ini kereta lumba Aiman.
Aiman merupakan seorang pelumba kereta.
Aiman berlumba di litar lumba kereta.
Ramai pelumba kereta yang turut berlumba di litar.
16
Bahan 9
Buah Pisang
Ini buah pisang.
Buah pisang ini berwarna kuning.
Buah pisang ini tumbuh daripada pokok pisang.
Buah pisang sedap jika dibuat kerepek pisang.
Bahan 10
Ini ikan. Ikan Kerisi
Ini ikan kerisi. 17
Ikan ini dibeli oleh ibu.
Ibu menggoreng ikan ini di dapur.
Ikan ini sungguh sedap rasanya.
Bahan 11
Buku cerita
Ini buku.
Ini buku cerita.
Buku cerita ini milik Abdul Malik.
Abdul Malik membaca buku cerita ini setiap malam.
Dia membaca sebelum tidur.
Bahan 12
Harimau kumbang
Ini harimau kumbang.
Harimau kumbang tinggal di hutan.
Harimau kumbang makan binatang lain.
Harimau kumbang memburu pada waktu malam.
18