PENGURUSAN MURID
KEMASUKAN MURID BUKAN WARGANEGARA
KEMASUKAN MURID
BUKAN WARGANEGARA
PENGURUSAN MURID
KEMASUKAN MURID BUKAN WARGANEGARA
KEMASUKAN MURID BUKAN WARGANEGARA KE SEKOLAH KERAJAAN DAN BANTUAN KERAJAAN
Punca 1 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan
Kuasa Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar di Sekolah) 1998
2 Surat Siaran KPM Bil.3 Tahun 2018 : Permohonan Kemasukan Sekolah Murid Bukan Warganegara
Rujukan: KPM.100-1/7/2 Jld.4(61) bertarikh 15 Januari 2018
Terbahagi kepada 2 Situasi:
1. Kanak-kanak bukan warganegara yang ibu bapa/ penjaga 2. kanak-kanak bukan warganegara tetapi ibu bapa/ penjaga juga
adalah warganegara
juga bukan warganegara
2.1 Kanak-kanak bukan warganegara yang telah diambil oleh
warganegara Malaysia sebagai anak angka
2.2 Kanak-kanak bukan warganegara hasil perkahwinan tidak
mengikut undang-undang Malaysia
PENGURUSAN MURID
KEMASUKAN MURID BUKAN WARGANEGARA
A. PU.(A) 275/98 : Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah,
Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar di Sekolah) 1998
Peraturan 5: Penerimaan masuk murid bukan warganegara ke sekolah
(1) Kategori murid berikut yang bukan warganegara boleh di terima masuk ke sekolah :
I. Anak kakitangan kedutaan asing;
II. Anak yang ibu bapanya adalah juga bukan warganegara, yang bekerja dalam
perkhidmatan atau agensi kerajaan, badan berkanun atau mana-mana tempat lain
dengan permit kerja yang sah (employment pass – kategori 1 - RM10,000 ke atas dengan
kontrak minimum 2 tahun, kategori 2 - RM5000 hingga RM9999 dengan kontrak kurang
2 tahun);
III. Anak yang ibu bapanya adalah pemastautin tetap Malaysia;
IV. Anak yang dipilih oleh Kerajaan kanak-kanak itu untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia
menurut mana-mana Memorandum Persefahaman atau perjanjian antara kerajaan
Malaysia dan Kerajaan Negara Kanak-kanak itu.
PENGURUSAN MURID
KEMASUKAN MURID BUKAN WARGANEGARA
A. PU.(A) 275/98 : Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah,
Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar di Sekolah) 1998
Peraturan 5: Penerimaan masuk murid bukan warganegara ke sekolah
(2) Murid yang disebut dalam subperaturan (1) Sebelum diterima masuk ke sekolah hendaklah :
I. memiliki pas pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen
II. membayar fi yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ; dan
III. mengemukakan borang sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Pertama (Akta
Pendidikan 1996 m/s 249).
PENGURUSAN MURID
KEMASUKAN MURID BUKAN WARGANEGARA
B. Kanak-kanak bukan warganegara yang telah diambil oleh warganegara Malaysia sebagai
anak angkat
Kanak-kanak bukan warganegara yang telah diambil oleh warganegara Malaysia
sebagai anak angkat perlulah mempunyai dokumen pengenalan diri seperti berikut
:-
i. Sijil Pengangkatan yang sah dari Jabatan Pendaftaran Negara
(JPN) atau ;
ii. Perintah Mahkamah tentang hak penjagaan kanak-kanak atau,
iii. Surat Akuan Penjagaan Kanak-kanak daripada Jabatan Kebajikan
Masyarakat.
PENGURUSAN MURID
KEMASUKAN MURID BUKAN WARGANEGARA
C. Kanak-kanak bukan warganegara hasil perkahwinan tidak mengikut undang-undang
Malaysia.
Kanak-kanak bukan warganegara hasil perkahwinan tidak mengikut undang-undang
Malaysia di mana sekiranya bapa adalah warganegara dan ibunya bukan
warganegara maka penerimaan masuk kanak-kanak tersebut ke sekolah perlulah
mempunyai dokumen pengenalan seperti berikut :-
i. Sijil pengangkatan yang sah dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau ;
ii. Perintah mahkamah untuk hak penjagaan yang sah, atau,
PENGURUSAN MURID
KEMASUKAN MURID BUKAN WARGANEGARA
D. Syarat-syarat penerimaan masuk
Bagi kanak-kanak yang terlibat seperti di perkara B dan C, keluarga, penjaga atau
mana-mana badan atau pihak yang bertanggungjawab dalam penjagaan kenak-
kanak tersebut perlulah mematuhi perkara seperti tersebut ;
i. Dalam tempoh dua (2) tahun daripada mula kanak-kanak tersebut masuk persekolahannya,
semua dokumen pengenalan diri kanak-kanak tersebut perlu diselesaikan, dan
ii. Membayar fi yang ditetapkan oleh KPM,
a) Sekolah rendah – RM120.00 setahun
b) Sekolah menengah – RM240.00 setahun