J U LAI 2 0 2 3
0 F r a s a N a m a ( F N ) 1 0 2 F r a s a K e r j a ( F K ) 0 4 F r a s a A d j e k t i f ( F A ) 0 5 F r a s a S e n d i N a m a ( F S N )
✅ FN ialah panggilan yang digunakan untuk manusia, haiwan, benda dan unsur abstrak, baik dalam bilangan tunggal atau jamak, jantan atau betina. ✅ FN boleh dikenal pasti melalui ciri khususnya iaitu: 1. boleh didahului oleh kata bilangan dan penjodoh bilangan. Contoh: a. Seorang pelajar. b. Tiga ekor kucing. 2. boleh diikuti oleh kata tunjuk. Contoh: a. Pelajar itu. b. Tiga ekor kucing ini Frasa Nama (FN)
Frasa Kerja (FK) ✅ FK ialah perkataan atau sederetan perkataan yang digunakan untuk menggambarkan perbuatan, sama ada melibatkan pergerakan atau tidak, oleh manusia, haiwan, benda dan unsur abstrak. ✅FK boleh dikenal pasti melalui ciri khususnya iaitu: 3. boleh didahului oleh kata bantu (aspek dan ragam). Contoh: a. akan tidur b. sedang menonton televisyen 4. FK boleh dibahagikan kepada dua jenis utama, iaitu tak transitif dan transitif. Perbezaan antara kedua-duanya ialah FK tak transitif tidak mempunyai objek sementara FK transitif sebaliknya. Contoh FK transitif: a. Ali membaca buku motivasi. b. Siti menggulai kopi Contoh FK tak transitif: a. Bayi itu menangis. b. Dia sudah keluar.
✅ Frasa ini dapat berfungsi sebagai predikat ayat. Fungsinya yang lain adalah sebagai penerang frasa kerja dan penerang frasa nama. ✅Definisi dari segi binaan- Binaan/struktur yang mengandungi satu atau beberapa perkataan dengan kata adjektif atau kata sifat sebagai intinya (perkataan utama). ✅ Definisi dari segi fungsi-satu atau beberapa perkataan yang digunakan untuk menggambarkan sifat/keadaan/warna manusia, haiwan, benda, peristiwa dan unsur abstrak. a. Siti pandai. b. Siti sangat pandai. ✅Boleh didahului/diikuti oleh kata/imbuhan penguat. a. Sangat pandai b. Paling pandai
✅Satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada sendi nama itu. ✅ Contoh kata sendi nama ialah: -di, - daripada, -ke, -untuk, -dari ✅Binaan frasa sendi nama: a. Kata Sendi Nama + Frasa Nama b. Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama c. Kata Sendi Nama + Frasa Nama + Frasa Keterangan d. Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan ✅Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama.
Frasa Sendi Nama A. KATA SENDI NAMA + FRASA NAMA di jambatan untuk pelajar-pelajar baharu ✅ Wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan suatu frasa nama. Contoh: ke negeri Jepun pada tahun dengan rombongannya pada sepanjang hari ✅ Terbentuk apabila frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu diikuti keterangan sebagai unsur keterangan. Contoh: C. KATA SENDI NAMA + FRASA NAMA + FRASA KETERANGAN di belakang rumah dari hujung balai ✅ Wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama oleh kata arah. Contoh: B. KATA SENDI NAMA + KATA ARAH + FRASA NAMA ke selatan negeri Jerman pada musim panas ✅ Terbentuk daripada kata sendi nama diikuti oleh kata arah, frasa nama dan frasa keterangan. Contoh: D. KATA SENDI NAMA + KATA ARAH + FRASA NAMA + FRASA KETERANGAN
Konstituen yang hadir selepas subjek dalam ayat yang mempunyai susunan biasa. Contohnya: a. Mereka ke sawah setiap pagi. b. Hadiah itu untuk pelajar yang terbaik. c. Blok asrama itu untuk pelajarpelajar lelaki sahaja. Predikat Frasa Sendi Nama Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan Frasa sendi nama keterangan frasa kerja Frasa sendi nama keterangan frasa adjektif Frasa sendi nama keterangan frasa nama
menjadi keterangan kepada frasa kerja boleh mendukung beberapa makna, antaranya: keterangan masa, bandingan dan hal. Contoh: a. Kereta api bertolak pada pukul 5 pagi. (masa) b. Pembahas itu bercakap seperti murai. (bandingan) c. Dia berbicara tentang perkara itu. (hal) Frasa sendi nama keterangan frasa kerja Frasa sendi nama keterangan frasa adjektif Frasa sendi nama keterangan frasa nama Frasa jenis ini dapat, antara lain, mendukung makna keterangan bandingan, hal, masa dan tujuan. Contoh: a. Budak itu kurus seperti galah. (bandingan) b. Pelajar itu bijak dalam semua mata pelajaran. (hal) c. Mereka bingung pada mulanya. (masa) d. Rumah kita harus bersih untuk kesihatan hidup kita. (tujuan) menjadi unsur keterangan bagi frasa nama dapat, antara lain, mendukung makna keterangan tempat, pembuat, sumber, masa dan asal.
Frasa Nama + Frasa Nama Beliau guru. Frasa Nama + Frasa Kerja Saya bersenam. Frasa Nama + Frasa Adjektif Lelaki itu tinggi. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama Kami ke Muar.
1. Tentukan ayat induk atau ayat dasar atau ayat inti. Contoh: Jika mencapai kejayaan yang cemerlang dalam SPM, adik saudara saya akan menyambung pelajaran di luar negara. 2. Tentukan subjek dan predikat ayat induk. Subjek: adik saudara saya Predikat: akan menyambung pelajaran (FN+FK) Ayat Induk: Adik saudara saya akan menyambung pelajaran
Lima orang murid itu (inti-murid) Tuan Haji Samad (inti-Samad) Masalah itu (inti-masalah) Pegawai yang bertanggungjwb dalam hal ini (inti-pegawai) Kata bilangan + penjodoh bilangan + gelaran + kata nama + itu/ini Contoh: (a) Binaan frasa nama mestilah mempunyai kata nama sebagai inti seperti: (b) Binaan frasa kerja mestilah mempunyai kata kerja sebagai inti seperti: akan mengadakan perhimpunan (inti-mengadakan) tidak akan memberikan peluang (inti-memberikan) telah menjadi guru (inti-menjadi) sangat pantas berlari (inti-berlari) Kata bantu/kata adverba + kata kerja + objek/pelengkap Contoh: (c) Binaan frasa adjektif mestilah mempunyai kata adjektif sebagai inti seperti: sangat kuat (inti-kuat) sungguh bijak sekali (inti-bijak) teramat pandai (inti-pandai) kecinaan (inti-kecinaan) Kata penguat + kata adjektif + kata penguat Contoh: (d) Binaan frasa sendi nama pula tidak mempunyai inti kerana frasa sendi nama merupakan frasa eksosentrik. Oleh itu, frasa sendi nama ditentukan melalui kata sendi nama yang menjadi kepala frasa nama. ke sekolah (ke ialah kepala frasa) terhadap beliau (terhadap ialah kepala frasa) dengan isterinya (dengan ialah kepala frasa) Jika kepala frasa terdiri daripada kata sendi nama, maka frasa tersebut ialah frasa sendi nama Contoh: