NUR SHAZIERA IZLEIN BINTI AZUAR DEC04220031 ENCIK MOHD SHAWANI AHMAD SABRI Refleksi: Program Marching On! Children Glee Festival 2024 DECE 4063 | MANAGEMENT AND ADMINISTRATIVE OF EARLY CHILDHOOD CENTRES
Pengenalan Program Marching On! Children Glee Festival 2024 (MOCGF 2024) merupakan sebuah program besar yang telah dijalankan oleh pelajar Pendidikan Awal Kanak-kanak, ambilan April 2022. Pelajar yang terlibat dalam menganjurkan program ini adalah seramai 27 orang yang merupakan pelajar daripada Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI). Program MOCGF 2024 ini dijalankan di Malaysia High Functioning Autism Association (MAHFAA), Cyberjaya. Dalam pelaksanaan dan pembangunan program Marching On! Children Glee Festival 2024 (MOCGF 2024) adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada komuniti dan masyarakat mengenai pembelajaran secara inklusif terhadap kanak-kanak yang mempunyai pelbagai keperluan. Selain daripada itu, program ini juga dapat memberi impak yang positif terutamanya kepada sektor-sektor industri yang memainkan peranan penting dalam membantu kanak-kanak autisme untuk mendapatkan hak dan pendidikan yang sama rata dengan kanak-kanak biasa.
Objektif 1) Menghasilkan produk dan perkhidmatan yang sesuai dengan keperluan kanak-kanak autisme iaitu mengembangkan produk seperti mainan yang memperkukuhkan kemahiran sosial, motor kasar, perkembangan kognitif dan menyediakan perkhidmatan terapi yang menyokong perkembangan keseluruhan kanak-kanak autisme. 2) Bekerjasama dengan menjemput ahli profesional atau pakar untuk berkongsi pengalaman yang bernilai dalam sesi perkongsian. 3) Mewujudkan persekitaran inklusif di mana kanak-kanak autisme boleh mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti yang telah disediakan. 4) Mewujudkan persekitaran di mana kanak-kanak normal dan kanak-kanak yang didiagnosis autisme ini dapat belajar dan bermain di persekitaran yang sama dengan kanak-kanak yang lain. Tema Program Slogan Program: Creating Better World for Every Children Sustainable Development Goals (SDG): 1.Goal 3: Good Health and Well-Being 2.Goal 4: Quality Education 3.Goal 10: Reduced Inequalities
Proses Program Marching On! Children Glee Festival 2024 Proses Sebelum Pada 15/1/2024 (Isnin), pelajar daripada ambilan April 2022 membuat perjumpaan untuk pembahagian tugas serta membincangkan konteks apa yang perlu ada dalam kertas kerja program. Saya Nur Shaziera Izlein Binti Azuar memegang jawatan sebagai: i) PIC Cenderahati ii) PIC Hiasan iii) PIC Speaker Guest (Sharing Sessions) iv) PIC Permainan Saya sebagai PIC cenderahati telah berbincang bersama AJK cenderahati iaitu, Asmah Binti Abduraji berkenaan cenderahati yang bersesuaian untuk VIP MAHFAA dan VIP UCMI serta cenderahati yang bersesuaian dengan kanakkanak. Hasil daripada perbincangan bersama AJK cenderahati, saya dan Asmah memilih fruit basket untuk VIP MAHFAA dan VIP UCMI, manakala cenderahati untuk kanak-kanak pula, kami memilih stationery study set. Sebagai PIC hiasan pula, saya telah pun berbincang berkenaan hiasan tempat bersama-sama AJK tempat untuk mengetahui kesesuaian hiasan di kawasan atau ruang yang ingin kami hias.
Proses Program Marching On! Children Glee Festival 2024 Proses Sebelum Pada 21/2/2024 (Rabu), saya telah diamanahkan untuk memegang jawatan sebagai PIC speakers bahagian sharing sessions di MAHFAA nanti. Pada pukul 11.30 pagi, saya berjumpa dengan Penasihat Program Marching On! Children Glee Festival 2024 iaitu Encik Mohd Shawani Bin Ahmad Sabri untuk berbincang berkenaan sesi pengisian yang akan berlaku sepanjang program nanti. Kami berbincang berkenaan masa, kad jemputan untuk pakar yang ingin memberi sesi pengisian, susunan masa untuk pakar memberi perkongsian mengikut tarikh yang mereka pilih serta menyenaraikan semula tajuk-tajuk sesi pengisian yang akan dikongsikan pada hari kejadian. Pada 27/2/2024 (Selasa), saya mula membuat cenderahati untuk VIP iaitu fruit basket bersama AJK cenderahati iaitu Asmah serta beberapa orang pelajar yang lain. Selesai sahaja membuat gubahan fruit basket, saya menolong bahagian logistik dan AJK tempat untuk menyusun kerusi dan meja untuk vendor makanan serta vendor pameran industri kanak-kanak.
Proses Program Marching On! Children Glee Festival 2024 Proses Semasa Pada 28/2/2024 (Rabu), saya menolong ahli kumpulan saya untuk menyediakan dan menyusun alat permainan kami di ruang permainan yang telah disediakan pada awal pagi. Saya juga telah menyusun cenderahati dan sijil untuk pakar yang sudi memberi perkongsian ilmu berkenaan anak-anak yang berkeperluan pelbagai (children with diverse needs) di dalam bilik seminar. Pada hari kejadian, saya meletakkan cenderahati kanakkanak di kaunter pendaftaran. Sebagai PIC speakers, saya perlu memastikan ketibaan pakar yang ingin menyampaikan perkongsian hadir tepat pada waktunya. Saya juga perlu memastikan waktu perkongsian tidak lebih daripada waktu yang telah ditetapkan supaya tidak bertindih dengan waktu sesi perkongsian yang seterusnya. Semasa sesi pengisian itu berlangsung, saya bertugas untuk mengambil beberapa gambar serta merakam video sepanjang perkongsian itu berlangsung. Kemudian saya akan edit gambar serta video tersebut untuk dikongsikan di dalam media sosial.
Proses Program Marching On! Children Glee Festival 2024 Proses Semasa Selepas sahaja sesi pengisian daripada pakar selesai, saya ditugaskan untuk menyampaikan cenderahati serta sijil tanda penghargaan kerana sudi hadir ke program kami untuk memberikan ilmu dan tips yang bermanfaat kepada pengunjung yang hadir. Pada 28/2/2024 (Rabu), saya juga menolong bahagian protokol untuk menampal senarai nama VIP dan pensyarah di kerusi yang telah disediakan. Pada pukul 12.30 tengah hari, saya diberikan tanggungjawab oleh pensyarah saya untuk bersemuka dengan industri kanak-kanak untuk mengajak mereka membuka vendor pameran di tingkat atas. Saya juga memohon maaf kepada industri kanak-kanak yang dipisahkan untuk berada dibawah kerana kami memberi laluan kepada vendor makanan terlebih dahulu. Saya bersama Pengarah Program MOCGF 20242 menolong semua industri kanak-kanak untuk berpindah ke tingkat atas. Kami mengangkat meja dan kerusi serta membawa barang-barang pameran mereka ke tingkat atas. Selesai sahaja mengangkat kesemua barang naik ke atas, saya mula menolong industri tersebut untuk menyusun barang mereka dan setup semula vendor pameran.
Proses Program Marching On! Children Glee Festival 2024 Proses Semasa Saya juga diberikan tugasan untuk memaklumkan kepada setiap industri kanak-kanak untuk menghantar wakil duduk bersama-sama di kerusi hadapan pentas ketika gimik perasmian yang akan dirasmikan oleh Prof. Dr. Wan Mohd Azizi Bin Wan Sulaiman. Pada 29/2/2024 (Khamis), seperti biasa saya akan menyusun terlebih dahulu cenderahati dan sijil untuk pakar atau lebih dikenali sebagai panel sesi pengisian pada awal pagi sebelum program bermula. Saya juga akan menyediakan dan menyusun alat permainan kami di awal pagi supaya nampak lebih kemas dan tersusun. Sepanjang dua hari program ini berlangsung iaitu pada 28/2/2024 dan 29/2/2024, saya juga membantu AJK kebersihan untuk membersihkan kawasan persekitaran serta membuang sampah ke dalam tong sampah.
Proses Program Marching On! Children Glee Festival 2024 Proses Selepas Selesai sahaja program habis, saya membantu ahli kumpulan untuk mengemas stesen permainan kami dan mengangkat alat serta bahan permainan untuk dibawa turun dan diletakkan di dalam bas. Saya juga membawa kelengkapan PA sistem dari tingkat atas ke tingkat bawah untuk menyimpan kelengkapan peralatan PA sistem itu di dalam bilik seminar. Saya juga perlu memastikan PA sistem itu lengkap bersama mikrofon dan di letakkan dalam keadaan selamat. Selain itu, saya juga membantu AJK kebersihan untuk membersihkan kawasan yang telah kami gunakan sepanjang program berlangsung. Saya juga bergerak dari tingkat atas ke tingkat bawah untuk memastikan kawasan berada dalam keadaan bersih. Saya mengutip kesemua belon pecah yang bersepah dimerata-rata tempat. Selesai sahaja membersihkan kawasan, saya menolong bahagian logistik untuk menyusun kerusi dan meja sebelum lori logistik sampai. Apabila lori logistik sudah sampai, saya menolong mengangkat meja dan kerusi tersebut untuk dibawa naik ke atas lori. Selesai sahaja bahagian logistik, saya masuk ke dalam bilik seminar pula untuk memastikan bilik seminar berada dalam keadaan bersih, kemas dan tersusun.
LOKASI Kami memilih lokasi di Malaysia High Functioning Autism Association (MAHFAA) yang terletak di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. Lokasi di MAHFAA ini kurang dikenali oleh orang awam kerana tempat ini agak tersorok dan sedikit jauh daripada taman tasik. Lokasi untuk menjalankan program mestilah di tempat yang strategik, mudah di cari oleh orang awam dan ramai pengunjung. Pemilihan lokasi yang tepat untuk menjalankan sebuah program yang besar, pasti akan dapat menarik perhatian orang ramai untuk hadir memeriahkan lagi program tersebut. Penambahbaikan Terdapat banyak penambahbaikan yang boleh ditambah baik dalam Program Marching On! Children Glee Festival 2024 ini. Antara penambahbaikan tersebut ialah: TARIKH Program yang kami anjurkan ini dijalankan pada hari biasa iaitu pada 28 Februari 2024 (Rabu) hingga 29 Februari 2024 (Khamis). Program yang dijalankan pada minggu hari biasa sememangnya kurang mendapat sambutan daripada orang ramai. Untuk penambahbaikan, kita semestinya memilih tarikh yang bersesuaian. Contohnya, mengambil tarikh pada hari minggu. Hal ini kerana, ramai ibu bapa yang bercuti pada hari minggu dan mereka akan meluangkan masa bersama anak-anak sama ada membuat aktiviti bersama di rumah, bermain di taman, pergi membeli-belah dan sebagainya. Sekiranya kita mengadakan program pada hari minggu tersebut, sudah pasti ramai pengunjung dan ibu bapa yang hadir datang ke program untuk memeriahkan suasana dan memberi sokongan kepada pihak penganjur.
INSTITUSI PENDIDIKAN Selain daripada bekerjasama dengan pihak MAHFAA, pelajar ambilan April 2022 juga boleh menjemput tadika dan taska untuk membuat kolaborasi bersama atau menjemput mereka untuk membuka booth pameran agar dapat menarik perhatian pengunjung untuk hadir ke program MOCGF 2024. Kita juga boleh menjemput universiti lain untuk menjalinkan kolaborasi bersama seperti membuat persembahan bersama. Seperti yang kita tahu, pelajar daripada MAHFAA sangat berbakat dalam bermain alat muzik piano, pelajar daripada UCMI pula berbakat dalam bermain alat muzik ukulele serta mereka juga mempunyai kumpulan mereka tersendiri iaitu The Hikari Musician. Kita juga boleh mencari pelajar daripada universiti lain yang pandai menyanyi dan menari untuk melakukan persembahan bersama-sama dengan pelajar daripada MAHFAA dan pelajar daripada UCMI. Secara tidak langsung, ia akan melibatkan ramai peserta ke dalam program ini dan pasti akan mendapat sambutan luar biasa daripada komuniti dan masyarakat. Penambahbaikan Terdapat banyak penambahbaikan yang boleh ditambah baik dalam Program Marching On! Children Glee Festival 2024 ini. Antara penambahbaikan tersebut ialah: MEDIA DAN PROMOSI AJK media dan promosi perlulah memainkan peranan penting iaitu pantas bergerak bagi mempromosikan poster program di media sosial. Mereka juga perlu bergerak untuk mengedarkan risalah program (flyers) kepada orang ramai supaya mereka tahu tentang kewujudan program Marching On! Children Glee Festival 2024. Risalah dan poster mestilah menarik dan mempunyai maklumat yang lengkap seperti nama program, tarikh, masa, dan aktiviti apa yang disediakan. Selain itu, AJK media perlulah bekerjasama dengan AJK promosi untuk membuat konten berkenaan program. Contohnya, konten berlakon yang berunsurkan komedi tetapi mempunyai isi tersurat serta membuat konten memberi maklumat. Konten tersebut perlulah dimasukkan ke dalam media sosial.
BAHAGIAN TEKNIKAL Program Marching On! Children Glee Festival 2024 ini dijalankan selama dua, tetapi sewaan untuk PA sistem cuma sehari iaitu pada 28 Februari 2024 (Rabu). Pelajar sepatutnya sewa penggunaan PA sistem selama dua hari supaya program berjalan dengan lancar. Tetapi, hal ini berlaku kerana kami kekurangan sumber kewangan untuk menyewa PA sistem selama dua hari. Selain daripada buat sewaan daripada pihak luar, AJK teknikal perlulah bertindak pantas dengan meminta pinjaman peralatan PA sistem daripada pihak universiti. AJK teknikal perlu membuat surat pinjaman dan mengisi borang pinjaman di bahagian korporat universiti. AJK teknikal juga perlu meminta pertolongan daripada ketua program bagi pengeluaran memo peminjaman kelengkapan peralatan PA sistem supaya proses peminjaman jadi lebih mudah dan berjalan dengan lancar. Penambahbaikan Terdapat banyak penambahbaikan yang boleh ditambah baik dalam Program Marching On! Children Glee Festival 2024 ini. Antara penambahbaikan tersebut ialah: TAJAAN Pelajar ambilan April 2022 perlu mempunyai kata sepakat dan berusaha untuk mencari tajaan bersama-sama dengan lebih awal. AJK tajaan juga perlu bertindak dengan pantas untuk meminta surat tajaan daripada pensyarah agar urusan tajaan berjalan dengan lancar. Selain daripada meminta tajaan, pelajar ambilan April 2022 juga perlu bekerjasama untuk mencari sumber kewangan yang lebih demi menjayakan program, contohnya membuat face painting dan jualan makanan di taman. TUGASAN SETIAP AJK Setiap AJK perlulah memainkan peranan masing-masing dengan baik dan bertanggungjawab ke atas tugasan yang diberikan. Masih ada segelintir AJK yang membuat kerja dengan sambil lewa dan masih ada AJK yang hanya membuat tugasan dia sahaja tanpa menghiraukan kerja lain yang masih banyak tertangguh. Kata sepakat itu sangat penting sekiranya ingin menjayakan sebuah program yang besar.