DECE 4243 2024 Play Station: Marching On! Children Glee Festival 2024
ISI KANDUNGAN Pengenalan 01 Objektif 01 Permainan “Messy Play” 02 Permainan “Art and Craft” 06 Permainan “Play and Shop” 08 Permainan “Traditional Play” 10 Penutup 12
PENGENALAN Program Marching On! Children Glee Festival 2024 telah diadakan di Malaysia High Functioning Autism Association (MAHFAA), Kelab Komuniti Takan Tasik Cyberjaya. Program ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 28 Februari 2024 (Rabu) hingga 29 Februari 2024 (Khamis). Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada komuniti dan masyarakat mengenai pembelajaran seacara inklusif. Selain itu, di program Marching On! Children Glee Festival 2024 juga terdapat 4 stesen permainan yang menarik untuk kanakkanak. Antara permainan yang menarik tersebut ialah: 1.Messy Play 2. Art and Craft 3.Play and Shop 4.Tradisional Play Semua permainan ini dikendalikan sendiri oleh pelajar-pelajar ambilan April 2022 dan dibantu oleh para pelajar ambilan Disember 2022 dan April 2023 bagi melengkapi keperluan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah 01 OBJEKTIF Mewujudkan persekitaran yang inklusif di mana kanak-kanak autisme boleh mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti yang telah disediakan. Mewujudkan persekitaran dimana kanak-kanak normal dan kanakkanak yang didiagnosis autisme ini dapat belajar dan bermain di persekitaran yang sama dengan kanak-kanak yang lain. Menghasilkan produk dan perkhidmatan yang sesuai dengan keperluan kanak-kanak autisme iaitu menghasilkan produk yang berkualiti tinggi seperti permainan yang dapat memperkukuhkan kemahiran sosial, motor kasar, perkembangan kognitif dan menyediakan perkhidmatan terapi yang menyokong perkembangan keseluruhan kanak-kanak autisme.
MESSY PLAY OBJEKTIF: Meningkatkan kemahiran kognitif dan bahasa kanak-kanak. Membantu kanak-kanak untuk mengatasi gangguan sensori dan meningkatkan kemampuan mereka untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Membantu kanak-kanak untuk bereksplorasi, mengalami dan memahami dunia melalui kelima-lima deria iaitu deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa ketika melakukan aktiviti. Meningkatkan kesedaran diri kanak-kanak melalui aktiviti sensori ini membolehkan kanak-kanak memahami reaksi tubuh dan emosi mereka terhadap pelbagai stimulasi sensori. 02
MESSY PLAY Permainan Messy Play ini telah dibahagikan kepada 4 stesen yang berbeza, iaitu: 1.Stesen Baby Crystal 2.Stesen Tepung 3.Stesen Pasir Kinetik 4.Stesen Bola Permainan “Messy Play” juga merupakan salah satu permainan yang menjadi tumpuan kanak-kanak kerana permainan ini menyediakan pelbagai bahan sensori yang berbeza. Tujuan permainan ini diadakan adalah untuk meningkatkan daya sensori kanak-kanak terutamanya bagi kanak-kanak autisme. Mereka dapat merasakan perbezaan tekstur bagi setiap bahan. Contohnya, kanak-kanak dapat merasakan bahawa tekstur tepung lebih halus dan ringan berbanding dengan pasir kinetik yang bertekstur lebih kasar dan sedikit berat. Berdasarkan pemerhatian saya, kanak-kanak lebih suka berada di stesen baby crystal dan stesen pasir kinetik kerana di stesen baby crystal kanak-kanak dapat bermain air dan memegang baby crystal yang mempunyai pelbagai warna. Di stesen pasir kinetik pula, kanak-kanak dapat membina istana pasir mengikut kreativiti mereka sendiri. 03
04 Stesen “Baby Crystal” 1.Guru akan menyediakan kad berwarna yang berbeza dan membiarkan kanak-kanak untuk memilih kad warna tersebut mengikut pilihannya sendiri. 2.Kemudian, kanak-kanak perlu memasukkan baby crystal ke dalam cawan mengikut warna yang telah mereka pilih. Stesen Tepung 1.Guru akan memberikan beberapa gambar yang mempunyai bentuk seperti bentuk hati, bentuk bintang, bentuk bulat dan bentuk segi empat sama kepada kanakkanak. 2.Guru juga menunjukkan contoh kepada kanak-kanak bagaimana untuk melakukan aktiviti di stesen tepung tersebut. 3.Seterusnya, kanak-kanak diminta untuk memilih satu bentuk yang mereka sukai. 4.Kemudian, kanak-kanak akan melukis bentuk mengikut gambar tersebut di atas permukaan tepung. MESSY PLAY
05 Stesen Pasir Kinetik 1.Kanak-kanak perlu mencari acuan bentuk di dalam kolam mandi yang mempunyai pasir kinetik. 2.Kemudian, kanak-kanak perlu membuat bentuk menggunakan acuan tersebut. 3.Kanak-kanak juga bebas untuk membuat istana pasir mereka sendiri mengikut kreativiti masing-masing. Stesen Bola 1.Guru memberi arahan kepada kanak-kanak untuk mencari bola di dalam timbunan kertas berwarna. 2.Contohnya, guru memberitahu kepada kanak-kanak perlu mencari bola berwarna biru. Maka, kanak-kanak tersebut perlu mencari bola berwarna biru yang sudah tenggelam di dalam timbunan kertas berwarna tersebut. MESSY PLAY
ART AND CRAFT PENGENALAN: Art and Craft ini dibahagikan kepada 2 jenis aktiviti, iaitu: 1.Aktiviti Kolaj 2.Aktiviti Straw Painting Saya dapati kanak-kanak berasa lebih seronok ketika melakukan aktiviti straw painting berbanding aktiviti kolaj di stesen permainan art and craft. 06 OBJEKTIF: Meningkatkan kebolehan motor halus kanak-kanak, koordinasi mata-tangan dan sensori melalui ketelitian pergerakan tangan dan jari kanak-kanak seperti memegang benda kecil dan halus serta menggunting dan menampal kertas.
ART AND CRAFT Guru menyediakan 5 helai kertas yang berukuran A0 yang telah dicetak dengan pelbagai gambar yang menarik untuk kanak-kanak. Seterusnya, guru menyediakan bahanbahan yang diperlukan untuk membuat aktiviti kolaj ini seperti kertas warna, gunting dan gam pelekat. Kemudian, guru akan robek kertas warna tersebut kepada bentuk yang berbeza. Boleh menggunakan gunting untuk menjadikan bentuk tersebut lebih rapi atau boleh sahaja merobek kertas tersebut menggunakan tangan. Guru akan memulakan aktiviti bersama kanak-kanak dengan membahagikan mereka kepada 5 kumpulan. Lalu menyuruh mereka untuk melekatkan kertas-kertas yang telah dirobek itu atas cetakan kertas bergambar dengan menggunakan gam pelekat. Guru perlu memastikan kanak-kanak menekan kertas tersebut dengan kuat agar kertas berwarna itu tidak mudah tercabut atau tertanggal. Akhir sekali, biarkan kolaj kering sepenuhnya dan siap untuk dipamerkan. 07 Guru menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat aktiviti straw painting. Guru akan melukiskan satu lukisan yang menarik di atas kertas lukisan dengan menggunakan pensil. Guntingkan sedikit bahagian hujung straw kepada 4 bahagian. Kemudian, bengkokkan bahagian hujung straw kebelakang. Seterusnya, guru meminta kanak-kanak untuk mencelupkan bahagian straw yang dibengkokkan tadi pada warna air yang telah disediakan. Kemudian, kanak-kanak perlu copkan straw yang telah dicelupkan pada warna air tadi ke atas lukisan yang guru sediakan. Tunggu sehingga lukisan tersebut kering untuk dipamerkan. AKTIVITI KOLAJ AKTIVITI STRAW PAINTING
PLAY AND SHOP 08 Pada umumnya, permainan “Shop and Play” ini adalah untuk kanak-kanak dimana mereka perlu memainkan satu peranan atau watak seperti jurujual, pelanggan atau juruwang. Permainan ini juga dapat membantu kanakkanak untuk menyesuaikan diri untuk persekitaran luar. Bukan itu sahaja, aktiviti ini juga dapat meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan kanak-kanak lain serta orang lebih dewasa. Pengenalan Objektif Kanak-kanak dapat mengenalpasti jenis sayur-sayuran dan buah-buahan. Dapat memupuk kanak-kanak untuk bersifat kerjasama antara satu sama lain. Menanamkan kemahiran berdikari dalam diri kanak-kanak ketika menghadapi situasi di persekitaran luar. Maklumat Permainan Durasi Bermain: 5-10 minit Bilangan Pemain: 4-5 orang Umur: 5 tahun ke atas
Permainan play and shop ini mendapat sambutan daripada kanak-kanak terutamanya di stesen membuat sandwich. Sandwich yang telah siap dihasilkan boleh dimakan kerana bahan-bahan yang digunakan adalah bahan sebenar. 09 Pada pandangan saya, permainan ini sangat menarik dan dapat membantu kanak-kanak untuk mengenali dan mengenalpasti jenis buah-buahan dan sayur-sayuran di dunia sebenar. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan pengetahuan kanak-kanak.
TRADITIONAL PLAY Every nation has its own traditional games PENGENALAN: Permainan tradisional merupakan suatu permainan yang dicipta oleh masyarakat pada zaman dahulu dan telah menjadi permainan budaya yang diamalkan sejak turun-temurun. Hal ini kerana, permainan tradisional ini mencerminkan asal usul rumpun Melayu. Oleh itu, permainan tradisional seharusnya diteruskan oleh generasi kini supaya ianya tak lapuk dek zaman. 10 PENGENALAN: Memupuk perpaduan pelbagai kaum dan etnik melalui permainan tradisional setiap kaum. Mengenalpasti asal usul sejarah permainan tradisional bagi setiap kaum. Mengenalpasti nama bagi setiap jenis permainan tradisional di Malaysia mengikut sesuatu kaum. Mengenalpasti cara bermain permainan tradisional dengan betul dan tepat.
CONGKAK Durasi Bermain: 10 minit Bilangan Pemain: 2 orang Umur: 4 tahun 11 Permainan Tradisional TENG-TENG Durasi Bermain: 5 minit Bilangan Pemain: 1-2 orang Umur: 5 tahun ke atas BALING TIN Durasi Bermain: 1 minit Bilangan Pemain: 1 kumpulan 3 orang kanak-kanak Umur: 5 tahun ke atas SEPAK BULU AYAM Durasi Bermain: 7 minit Bilangan Pemain: 2-5 orang Umur: 5 tahun ke atas TAPAK GAJAH Durasi Bermain: 10-15 minit Bilangan Pemain: 2 orang Umur: 5 tahun ke atas BATU SEREMBAN Durasi Bermain: 10 minit Bilangan Pemain: 2-4 orang Umur: 5 tahun ke atas PERMAINAN GULI Durasi Bermain: 10 minit Bilangan Pemain: 2-4 orang Umur: 4 tahun ke atas
PENUTUP 12 Bermain dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak sangat penting untuk perkembangan kanak-kanak sebab ia menyumbang kepada perkembangan kognitif, fizikal, sosial, bahasa dan emosi kanak-kanak. Bermain juga adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak.