0 MESYUARAT AGUNG PIBG SRA INTEGRASI SUNGAI CHINCHIN KALI KE-25 TAHUN 2024 Dirasmikan Oleh: PUAN MAZANAH BINTI JEMALI PENOLONG PEGAWAI TADBIR AGAMA ISLAM DAERAH GOMBAK 29 JUN 2024 / Sabtu 8.30 PAGI
1 ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN HALAMAN ❖ Atur cara 2 ❖ Notis Mesyuarat Agung PIBG SRAI Sg Chinchin Kali ke-24 3 ❖ Ucapan Penasihat PIBG 4 ❖ Ucapan YDP PIBG 5 ❖ AJK PIBG 6 ❖ AJK Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 2024 Kali ke-25 7-8 ❖ Minit Mesyuarat Agung Kali ke-24 9-16 ❖ Laporan Kewangan PIBG 18-21 ❖ Aktiviti & Program Sekolah 2023 23-26 ❖ Analisis UPKK & PSRA 2023 28-31 ❖ Usul-usul 33-44 ❖ Lampiran 45-46 ❖ Penghargaan 47
2 ATUR CARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-25 MASA ATURCARA 8.00 pagi : Pendaftaran 8.30 pagi : Ucapan alu-aluan Pengerusi majlis Bacaan doa Ucapan Penasihat PIBG SRAISC Pn. Rabiah binti Saifuddin Ucapan Yang Dipertua PIBG SRAISC En. Hazel bin Halim Ucapan Perasmian Pn. Mazanah binti Jemali (Penolong Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Gombak) 9.00 pagi : Penyampaian Hadiah Anugerah 8A UPKK 2023 Penyampaian Cenderahati Perasmi 9.30 pagi : Tayangan video program sekolah sepanjang tahun 2023/2024 9.45 pagi : Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25 1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat 2. Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat kali ke-24 3. Pembentangan dan pengesahan Laporan Kewangan 4. Pembentangan Laporan aktiviti PIBG 2023/2024 5. Pembentangan Laporan Kurikulum dan Ko-kurikulum 6. Pembentangan /perbincangan usul dan cadangan 7. Hal-hal lain 11.30 pagi : Ucapan Penutup/Penangguhan dan majlis bersurai
3
4 SEKAPUR SIREH SECEBIS UCAPAN PN. RABIAH BINTI SAIFUDDIN PENASIHAT PIBG/GURU BESAR SRA INTEGRASI SUNGAI CHINCHIN السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bertemu di dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai Chinchin kali ke-25. Saya bagi pihak sekolah dan seluruh ahli jawatankuasa PIBG mengalu-alukan kehadiran tuan/puan ke Mesyuarat Agung PIBG SRAISC pada tahun 2024 ini. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah di atas kehadiran tuan/puan yang dihormati pada mesyuarat agung PIBG kali ini. Kehadiran tuan/puan menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi SRAI Sg. Chinchin untuk mencapai kecemerlangan di bidang akademik, ko kurikulum dan sahsiah pelajar. Pihak sekolah juga merakamkan terima kasih kepada barisan jawatankuasa PIBG 2023/2025 di bawah kepimpinan En. Hazel bin Halim yang telah melaksanakan tanggungjawab dan amanah serta peranan yang sesuai dengan tujuan penubuhannya demi kepentingan, kebajikan dan kecemerlangan anak-anak dan sekolah. PIBG telah bekerjasama menyokong dan membantu sekolah dalam banyak perkara, bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga berkaitan hal-hal keselamatan dan keselesaan khususnya untuk murid-murid. Akhir kata marilah kita bersama-sama berganding tenaga dan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai kecemerlangan anak-anak SRAISC khasnya. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan, semoga hasil gandingan PIBG dan sekolah akan terus melonjakkan kecemerlangan murid-murid dalam pelbagai bidang. Sekian, terima kasih
5 BICARA MESRA YDP PIBG SRAISC Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmatNya Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SRAI Sungai Chinchin kali ke-25 dapat dilaksanakan. Terima kasih kepada semua guru-guru dan ibubapa yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan kali-25 pada pagi yang mulia ini. Semoga Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ini menjadi platform yang terbaik antara para ibubapa dan pihak sekolah untuk membincangkan segala usul dan cadangan yang diutarakan demi kebaikan bersama semua pihak. Kerjasama erat yang terjalin antara ibubapa dan pihak sekolah adalah manifestasi kepada kesungguhan semua pihak untuk melihat kejayaan dan kecemerlangan SRAI Sungai Chinchin berterusan sehingga bila-bila. Harapan saya adalah agar ibubapa terus memberi sokongan dan kerjasama yang jitu kepada pihak sekolah untuk terus melaksanakan segala perancangan akademik dan bukan akademik demi kecemerlangan anak-anak SRAI Sungai Chinchin.Dengan cemerlangnya anak-anak kita ini dapat memberi keyakinan kepada mereka untuk terus berusaha di masa depan dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Akhir kata, saya yakin PIBG dan SRAI Sungai Chinchin akan terus cemerlang di masa depan dengan dokongan penuh dari para ibubapa. Moga segala usaha murni kita semua ini akan mendapat rahmat dari Allah SWT. Sekian. Terima kasih. Hazel Bin Halim YDP PIBG SRAI Sungai Chinchin
6 AHLI JAWATANKUASA PIBG 2023 – 2025 1. Penasihat/Guru Besar : Pn. Rabiah Bt Saifuddin 2. Yang Dipertua : En. Hazel Bin Halim 3. Naib Yang Dipertua : Dr. Taufik Bin Ismail 4. GPK Kurikulum : Pn. Siti Harliza Binti Pono 5. GPK HEM : En. Mohd Izzrean Bin Ismam 6. GPK Kokurikulum : Pn. Nasfaniza Binti Kusaini 7. Setiausaha : En. Azaharul Azri Bin Mokhtar 8. Bendahari : En. Firhan Bin Abdul Rahman 9. AJK Ibubapa : Pn. Mazliyana Binti Masrupii 10. : En. Mohd Ezuan Bin Abd Kadir 11. : En. Hazful Izni Bin Azahari Radzuan 12. : Pn. Farah Rifhan Bin Mohd Ramli 13. : En. Mohd Ashphan Bin Mohd Nor 14. AJK Guru : Pn. Zailahwati Binti Othman 15. : En. Afieq Amsyar Bin Mohd Abdullah 16. : En. Abdul Basik Bin Yaacob 17. : Pn. Nurul Faiz Binti Asror 18. Juruaudit 1 : Pn. Fatimah Noor Rashidah Bin Mohd Sofian 19. Juruaudit 2 : Pn. Saidatul Ellina Binti Kamarodin
7 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG SRAISC KALI KE-25 SESI 2023/2025 TAHUN 2024/ 1445H ______________________________________________________________________________________ Tarikh : 29 Jun 2024 (Sabtu) Masa : 7.30 pagi Tempat : Dewan Sheikh Muhammad Nur Al Kholidi PENYAMBUT TETAMU 1. Pn. Rabiah bt Saifuddin 2. Pn. Siti Harliza bt Pono 3. En. Mohd Izzrean bin Ismam 4. Pn. Nasfaniza binti Kusaini PENDAFTARAN 1. Pn. Salmiah bt Mengun (K) 2. Pn. Rahimah bt Mamat 3. Pn. Salbiah bt Mohd Suhaimi 4. Pn. Saidatul Ellina bt Kamarodin PENGERUSI MAJLIS 1. En. Muhammad Danish Fikri bin Rahmat (K) 2. Pn. Farhatun Najihah bt Muhammad BACAAN DOA 1. En. Saiful Nazli bin Mohammad Nasir PENCATAT MINIT 1. Pn. Herly bt Zulkifly (K) 2. Cik Ezza Zulaikha bt Darisman 3. Cik Nur Athirah bt Mat Diah PERSIAPAN PENTAS DAN DEWAN 1. Pn. Nurul Faiz bt Asror (K) 2. Pn. Nurul Hidayah bt Md Noh 3. Pn. Murni bt Wahab 4. En. Abdul Basik bin Yaacob 5. En. Amirul Arfan bin Mohd SaifulAdli 6. En. Muhammad `Arif bin Mohd Shabul Fadilah 7. En. Syed Amirul Danial bin Mohd Muhaimin P.A SISTEM/ BANNER 1. En. Firhan bin Abdul Rahman (K) 2. En. Afieq Amsyar bin Mohd Abdullah 3. En. Faysullah bin Muksi
8 PENYEDIAAN TAYANGAN VIDEO/SLIDE 1. Pn. Nurul Naemah bt Abdul Nain (K) 2. Cik Siti Hajar bt Lokman Musa 3. Cik Siti Aminah bt Adnan BUKU PROGRAM & SIJIL 1. Pn. Hasfariza bt Hasuana (K) 2. En. Mohammad Hazim bin Adnan 3. Pn. Norfazrina bt Abdul Gaffur 4. Pn. Siti Sarah bt Zakaria 5. Cik Nurul Nazirah bt Abrhim Kamal USUL-USUL 1. Pn. Nur Atikah bt Abdul Rahim (K) 2. Pn. Juhaida bt Abdul Rahman 3. Cik Aina Azreen bt Abdul Khalim JAMUAN 1. Pn. Hamidah bt Hamid (K) 2. En. Mohd Amirul Amran bin Mohd Adnan 3. Pn. Fauziah bt Jusoh 4. Cik Aimi Rasyidah bt Asep Saefudin 5. Pn. Siti Norasmalina bt Mohd Juri DISIPLIN MURID (Penyampaian hadiah sempena UPKK 2023) 1. Pn. Noor Haizam bt Mat Jani (K) 2. Pn. Nurul Bazilah bt Hussin 3. Pn. Azmiza bt Azmi MEDIA/FOTOGRAFI 1. Cik Norlin Farhana bt Abdul Aziz (K) 2. Cik Ameerah Kamilia bt Mohamad Khir CENDERAHATI 1. Pn. Zailahwati bt Othman (K) 2. Pn. Nurulhidayah bt Sukirman 3. Pn. Nor Adila bt Daud 4. Pn. Siti Syafiqah bt Mohd Poat 5. Pn. Aimi Nabihah bt Ngasmawi KEBERSIHAN 1. En. Muhammad Iszham Nasri bin Basri (K) 2. Cik Nur Fatihah bt Mohd Mahazir 3. En. Muhammad Hanif bin Mohd Ali 4. Pn. Hayati bt Abd Muies
9 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 24 SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI SG. CHINCHIN TARIKH : 11 FEBRUARI 2023 MASA : 8.30 PAGI – 12.45 T/HARI TEMPAT : DEWAN UTAMA SHEIKH MUHAMMAD NUR AL KHALIDI, SRAI SG. CHINCHIN. 1. PUAN RABIAH BINTI SAIFUDDIN Penasihat 2. EN. HAZEL BIN HALIM YDP PIBG 3. EN. ZAMRI BIN ABDULLAH NYDP PIBG 4. EN. AZAHARUL AZRI BIN MOKHTAR Setiausaha 5. EN. FIRHAN BIN ABDUL RAHMAN Bendahari 6. EN. MOHD EZUAN BIN ABDUL KADIR AJK 7. PN. FARAH RIFHAN BT MOHD RAMLI AJK 8. EN. HAZFUL IZNI BIN AZAHARI RADZUAN AJK 9. PN. HERLY BINTI ZULKIFLY AJK 10. PN. SITI NORASMALINA BINTI MOHD JURI AJK 11. PN. SAIDATUL ELLINA BINTI KAMARODIN JURUAUDIT 2 12. EN. ANUAR BIN DIRAN GPK KURIKULUM 13. EN. MOHD IZZREAN BIN ISMAM GPK HEM 14. PN. NASFANIZA BINTI KUSAINI GPK KO KURIKULUM 15. NORHAYATI BT ABD MUES 16. SITI SYAFIQAH BT MOHD POAT 17. NURUL NAZIRAH BT ABRHIM KAMAL @ IBRAHIM KAMAL 18. RAHIMAH BT MAMAT 19. SALMIAH BT MENGUN 20. AMIRAH SHAMIMI BT SUHAIMI 21. JUHAIDA BT ABDUL RAHMAN 22. ABDUL BASIK BIN YAACOB 23. NURUL FAIZ BT ASROR 24. FAUZIAH BT JUSOH 25. NORFASIHA BT ABD JALIL 26. MOHD ZULKIFLI BIN ABDUL RAHMAN 27. HAMIDAH BT HAMID 28. ABDUL HANIF BIN ABDUL LATIF 29. AFIEQ AMSYAR BIN MOHD ABDULLAH 30. MOHAMMAD HAZIM BIN ADNAN 31. MUHAMMAD ISZHAM NASRI BIN BASRI 32. ROHILA BT MAHMUD 33. MURNI BT WAHAB 34. SALMIAH BT MENGUN 35. ZAILAHWATI BT OTHMAN 36. SALBIAH BT MOHD SUHAIMI 37. MOHD AZIZUL AZRI BIN AHMAD TATYIDIN 38. FAYSULLAH BIN MUKSI 39. MOHD ZULKIFLI BIN ABDUL RAHMAN
10 40. NOR AFIQAH BT ABDULLAH ZAWAWI 41. SITI SYAFIQAH BT MOHD POAT 42. NORFAZRINA BT ABD GAFFUR 43. NORLIN FARHANA BINTI ABDUL AZIZ 44. AINA AZREEN BINTI ABDUL KHALIM 45. HAIRUL NIZAM BIN MUZAHAR 46. NURUL FAIZ BINTI ASROR 47. NUR ZAIDA SYAHIRAH BT ZAIDI 48. NURUL BAZILAH BINTI HUDDIN 49. SITI SARAH B T ZAKARIA 50. NUR SOLEHAH BINTI CHE AHMAD 51. MUHAMMAD `ARIF BIN MOHD SHABUL FADILAH 52. MUHAMMAD AMIRUL HAZZIQ BIN HAMDAN 53. MUHAMMAD DANISH FIKRI BIN RAHMAT 54. EZZA ZULAIKA BT DARISMAN 55. AIDA SABREENA BT AZMAN 56. RAJA ZAKIRAH HURIN BT RAJA ZAKIR HUSSAIN 57. NUR KHAIRIL 58. MUHAMMAD KHAIRUL AZMI 59. MOHD FARHAN SYAUQI 60. ZAINUN BT AHMAD 61. MOHD SYAIROL BIN MOHAMAD 62. ZAINAB BT HJ AHMAD 63. SHAHARANI ABD GHANI 64. NOR AZLINA HAMZAH 65. ROSMEDA ROSLAN 66. YAACOB BIN IMAM MAHMOD 67. MOHD ASHPHAN BIN MOHD NOR 68. ROZAIMI 69. ABU THALHAH BIN ABDUL AZIZ 70. MEOR ROSHARUL HADI 71. MAHMUD NAIM BIN ABD GHAFAR 72. NORISHARH BIN MADHAR 73. NOR BAZILAH MOHD BASRI 74. MOHD SHARIFUDDIN MOHD NOR 75. AHMAD QARAMIL BIN SUWARDI 76. HAZLIZAWATI BT ABDUL AZIZ 77. FARAH RIFHAN BT MOHAMAD RAMLI 78. MOHAMED HELMIE B. ALIAS 79. SITI NORLIZAWATI MOHAMED RAJIB 80. NOR AKMARIZA B AHMAD 81. SAIFUL SAFAR 82. MOHAMAD RANI 83. KHOTIMAH MAIDIN 84. MOHD ADIB BIN ABD LATIF 85. MOHD FIRDAUS BIN ALIAS 86. MOHD FAHRUL RAZI VIN YUSUP 87. MOHD AZREE BIN SUHAIMI
11 88. MOHD EZUAN BIN ABD KADIR 89. HAFZUL IZNI BIN AZAHARI RADZWAN 90. MOHD SYFRIN BIN MD YASIN 91. M. ZUHAILI BIN KAMARUZZAMAN 92. MAZLIYANA MASRUPII 93. HANIF BIN HAWARI 94. SYRIFAH SUMAYYAH 95. HABIBAH WAPPU 96. MEGAWATI HARUN 97. ROSMALINA ABDULLAH 98. MOHAMMED NORAZAMYN BIN HUSSAIN 99. NOR LATIPAH HASSAN 100. TAUFIK BIN ISMAIL 101. SABRI ISMAIL 102. NURULHUDA M.NASIR 103. MADIHAH UZIR 104. MOHD HALMI HUSAIN 1. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG SRAI SG. CHINCHIN (EN. HAZEL BIN HALIM) 1.1 Mengalu-alukan kehadiran dan memberikan ucapan penghargaan kepada tetamu dan semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa pada hari ini. 1.2 Ucapan syabas dan tahniah kepada guru-guru dan murid-murid SRAISC yang menyertai semua program yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah sepanjang sesi 2022/2023 seperti penglibatan sukan MSSD dan sebagainya. 1.3 Memaklumkan tentang UASA yang diperkenalkan oleh KPM. Menyarankan ibubapa memberikan penekanan lebih terhadap akademik anak-anak dan menumpukan fokus keutamaan yang ingin diambil oleh anak-anak di sekolah menengah sama ada akademik atau aliran agama. 1.4 Memaklumkan bahawa fasiliti-fasiliti di sekolah seperti mesin air minuman bersih telah dipasang dengan baik dan mohon ibubapa pesan pada anak-anak untuk menjaga harta bersama agar dapat digunakan dengan baik. 1.5 Akhir kata, memohon maaf kepada semua pihak jika ada kekurangan sepanjang sesi 2022/2023 dan menyeru semua ibubapa membantu pihak sekolah demi memberikan yang terbaik kepada anak-anak di SRAI Sg. Chinchin.
12 2. UCAPAN PENASIHAT/PERASMI (GURU BESAR SRAI SG. CHINCHIN – PUAN RABIAH BINTI SAIFUDDIN) 2.1Guru Besar mengalu-alukan kehadiran semua ahli Jawatankuasa, ibubapa dan guru-guru. 2.2 Mengucapkan terima kasih ucapan penghargaan kepada semua ibubapa yang hadir. 2.3 Memaklumkan bahawa program sekolah telah berjalan dengan baik seperti dirancang dibawah Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. 2.4 Memberitahu bahawa program lawatan murid dapat dilaksanakan untuk tahun 1 & 2 sahaja. Manakala untuk tahun 3, 4, 5 & 6 tidak dapat dilaksanakan akibat kekangan yang tak dapat dielakkan seperti bencana alam tanah runtuh yang telah berlaku. 2.5 Memaklumkan program Majlis Apresiasi Sekolah akan dilaksanakan pertama kalinya diluar sekolah untuk memberi penghargaan kepada semua murid tahun 6. Memaklumkan program KOHEM dan HAC untuk tahun 2022 akan dijalankan pada 15/2/2023, Rabu, untuk memberikan anugerah dan penghargaan kepada semua murid yang cemerlang. 2.6 Merakamkan ucapan tahniah kepada semua ibubapa murid tahun 6 atas pencapaian yang cemerlang PSRA 2022,Sifar Musaadah, lulus 100% dan maklumkan bahawa sekolah kita akan menerima anugerah oleh pihak JAIS. Guru Besar juga mengharapkan kecemerlangan untuk keputusan UPKK 2022 yang bakal keluar nanti. 2.7 Memaklumkan kepada ibubapa tentang masalah sistem PAJSK yang dihadapi oleh semua sekolah di Malaysia. Mohon ibubapa bersabar dan faham situasi pihak sekolah. 2.8 Mengingatkan ibubapa untuk melunaskan yuran yang tertunggak jika ada dan memaklumkan surat tunggakan telah diedarkan dan sekolah telah menerima kutipan tunggakan lebih kurang RM 50,000.00 selepas program Bicara Akademik yang lepas. 2.9 Akhir kata, memohon maaf jika ada kekurangan dari pihak sekolah dan menyeru sama-sama ibubapa membantu pihak sekolah untuk mencapai lebih kecemerlangan tahun yang mendatang. Guru Besar merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai Chinchin kali ke 23 dengan lafaz الرحيم الرحمن هللا بسم 3. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SRAISC KALI KE -23/2022 3.1 Dicadangsahkan oleh : En. Mohd Zuhaili Bin Kamaruzzaman 3.2 Disokong oleh : En. Abu Talhah Bin Abdul Aziz
13 4. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN – BENDAHARI : FIRHAN BIN ABDUL RAHMAN 4.1 Dicadangsahkan oleh : Dr.Taufik Bin Ismail 4.2 Disokong oleh : En. Mohd Zuhaili Bin Kamaruzzaman 4.3 En. Norazamyn bertanya adakah duit yang berada di dalam akaun PIBG boleh dilaburkan. YDP PIBG menjelaskan bahawa duit PIBG mempunyai peruntukan-peruntukan yang tertentu untuk tujuan masing-masing dan tidak boleh digunakan untuk sebarang investment/pelaburan lain. 5. PERKARA BERBANGKIT Tiada 6. PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI PIBG & SEKOLAH 6.1 YDP PIBG, En. Hazel bin Halim memaklumkan pelbagai aktiviti untuk anak-anak telah dijalankan dengan baik oleh pihak sekolah antaranya program sukan sekolah, MSSD dan lain-lain. Memberitahu bahawa anak-anak sangat teruja dengan segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. 6.2 Memberikan cadangan agar program sekolah seperti sukan sekolah dapat dilaksanakan secara terbuka diluar sekolah di stadium dan juga program-program lain. 7. PEMBENTANGAN & PERBINCANGAN USUL-USUL 7.1 En. Norazamyn bertanyakan tentang pembayaran yuran sekolah secara atas talian untuk memudahkan ibubapa. Pihak pentadbir sekolah menyatakan sekolah terikat dengan prosedur kewangan yang ketat dan diaudit oleh SIRIM/ISO saban tahun. Guru Besar menyatakan bahawa mendapati pembayaran secara atas talian lebih memberikan banyak masalah kepada pihak sekolah dan juga pihak ibubapa sendiri kemudian hari. 7.2 Pn . Syarifah mencadangkan pembelian lokar untuk tahun 1 hingga tahun 6 dilaksanakan terus pada sesi sekolah akan datang. Guru Besar memaklumkan pembelian lokar telah dilaksanakan untuk tahun 1 dan akan dilaksanakan seterusnya untuk tahun-tahun lain secara berperingkat. Guru Besar juga memaklumkan usaha pihak sekolah untuk mewujudkan dataran berbumbung untuk anak-anak SRAI Sg. Chinchin. Pn Habibah, mencadangkan kutipan duit untuk lokar mengenakan caj untuk lokar. Pihak pentadbir sekolah telah berbincang mengenakan caj RM 10.00, RM 5.00 kos penyelenggaraan dan RM 5.00 akan dipulangkan pada akhir tahun. 7.3 Usul mencadangkan semula kelas mengaji untuk murid-murid setelah habis waktu PDP. GPK Kurikulum menyambut baik cadangan usul. Memaklumkan usul ini diperhalusi semula kerana melibatkan tenaga kerja guru, yuran dan masa. Masalah sebelum ini, ibubapa lewat mengambil anak dari sekolah. Guru terpaksa menunggu lama kerana bimbang keselamatan murid.
14 7.4 Ahmad Qaramit B. Suwardi mencadangkan penggunaan buku nota supaya digunakan sebagai rujukan ibubapa. GPK Kurikulum, Cikgu Anuar menyambut baik usul yang dicadangkan dan akan melaksanakan pada sesi akan datang. 7.5 Memberikan tumpuan pada mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik dengan memberikan lembaran kerja kepada murid pada cutisekolah yang panjang. Pihak sekolah akan mengusahakan pemberian lembaran kerja kepada murid terutamanya pada semua mata pelajaran teras, UPKK & PSRA. Pemberian lembaran kerja haruslah setimpal dan tidak membebankan murid-murid dan juga guru 7.6 Meletakkan kerusi di ruang menunggu pagar B. Pihak sekolah akan meletakkan lebihan kerusi di kantin di luar pagar B untuk tempat menunggu murid-murid. 7.7 Mencadangkan CCTV akan ditambah di beberapa tempat. Pihak sekolah dalam usaha menambah CCTV di kawasan sekolah. 7.8 En.Zulhilmi bertanyakan mengenai kekurangan guru dan bagaimana kursus-kursus yang dijalani oleh guru. Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah sentiasa kemaskini jumlah guru pada pihak JAIS dan sekolah juga menghantar guru-guru untuk latihan-latihan keguruan dan kursuskursus yang penting sama seperti di KPM. 7.9 Pn. Fatimah Noor Rashidah mencadangkan sekolah menyediakan senarai nama bagi muridmurid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran supaya guru-guru peka dengan keadaan dan keberadaan mereka. GPK Kurikulum memaklumkan di sekolah ini tiada guru Pendidikan Khas. Ibubapa diminta memberitahu setiap guru kelas jika anak mereka mempunyai masalahmasalah tertentu dalam menerima pembelajaran di dalam kelas. 8. PERBINCANGAN DAN PEMILIHAN PAKEJ YURAN SEKOLAH TAHUN 2023 8.1 Guru Besar memaklumkan akan ada kenaikan pada bayaran yuran sekolah kerana sekolah diarah oleh pihak JAIS untuk menukar pakej B kepada pakej A untuk Senarai Bayaran Yuran Sekolah Bagi Tahun 2023 dengn merujuk kepada Pekeliling JAIS. 8.2 Yuranmakan murid akan diteruskan dan akan diuruskan dalam akaun PIBG. Penandatangan ialah YDP PIBG. Pihak JAIS mencadangkan pihak sekolah berbincang dengan PIBG untuk menaikan yuran makan murid. Tiada kos yang ditetapkan oleh pihak JAIS untuk yuran makan. 8.3 Dr. Taufik mencadangkan mencadangkan agar yuran makan murid dinaikkan daripada yuran makan asal RM 50.00 kepada RM 60.00 sebulan. 8.4 YDP PIBG memaklumkan SRAI yang lain telah menaikkan yuran makan murid mereka sebanyak RM 70.00 sebulan. 8.5 NYDP PIBG En . Zamri Bin Abdullah mencadangkan pihak sekolah untuk mengutip yuran makan murid mengikut kemampuan ibubapa B40 dan lain-lain. Pihak sekolah menyatakan banyak yang perlu diperhalusi jika mengikut kemampuan ibubapa dan agak rumit kerana sekolah tiada terima sumbangan dari pendana lain melainkan yuran makan yang diterima dari ibubapa.
15 8.6 Cadangan untuk membayar yuran RM 70.00 sebulan dan mengadakan untuk makan sesi pagi dan tengah hari. Pihak sekolah menyatakan guru tidak mampu menjaga 2 kali sesi makan murid kerana terikat dengn jadual kelas masing-masing terutamanya pada waktu pagi. 8.7 Mesyuarat bersetuju untuk membuat undian kenaikan yuran makan untuk sesi 2023/2024. Hasil Undian:- YURAN CADANGAN JUMLAH UNDIAN AHLI MENSYUARAT RM 60.00 80 ORANG RM 70.00 2 ORANG 8.8 Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk menaikkan yuran makan bulanan dari RM 50.00 sebulan kepada RM 60.00 sebulan. 8.9 YDP mohon persetujuan untuk meneruskan yuran bulanan sebanyak RM 25.00 sebulan mengikut tahun sebelum ini. Hal ini kerana, kutipan yuran sekolah tidak mencukupi bagi melaksanakan program-program sekolah. Beliau juga menerangkan justifikasi yuran bulanan tersebut. Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju. 9. PERLANTIKAN YANG DIPERTUA DAN AHLI JAWATANKUASA. 9.1 Perlantikan Yang Dipertua PIBG SRAI Sg. Chinchin baru untuk sesi 2023-2025. 9.2 Lantikan baru dengan persetujuan ahli mesyuarat: • Yang Dipertua PIBG : En. Hazel Bin Halim • Naib Yang Dipertua PIBG : Dr. Taufik Bin Ismail • Ahli Jawatankuasa : En. Zamri Bin Abdullah : En. Mohd Ezuan Bin Abdul Kadir : En. Hazful Izni Bin Azahari Radzuan : Pn. Farah Rifhan Bt Mohd Ramli : En. Mohd Ashphan Bin Mohd Nor : Pn. Mazliyana Binti Masrupii : Pn. Nurul Faiz Binti Asror : Pn. Zailahwati Binti Othman : En. Abdul Basik Binti Yaacob : En. Afieq Amsyar Bin Mohd Abdullah Iv Juru Audit : Pn. Fatimah Noor Rashidah Binti Mohd Sufian
16 9.3 Ahli mesyuarat bersetuju mengesahkan dan meluluskan pertukaran tandatangan untuk urusan perbankan bagi akaun Tetuan PIBG Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai Chinchin nombor akaun 14162010006590 kepada penandatangan seperti dibawah : i. Hazel bin Halim (790827-02-5797) ii. Taufik bin Ismail (700224-03-5331) iii. Firhan bin Abdul Rahman (680805-10-5021) iv. Azaharul Azri bin Mokhtar (900111-14-5733) 9.4 Mandat Operasi bank : Dua dari empat. 10. UCAPAN PENANGGUHAN 10.1 Yang DiPertua mengucapkan terima kasih dan penghargaan di atas kepercayaan yang diberi dan kerjasama semua ibu bapa di dalam mesyuarat ini. 10.2 Bacaan tasbih Kaffarah dan surah Al Asr. 10.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.45 tengahari Disediakan oleh, Disemak oleh, AZAHARUL AZRI BIN MOKHTAR EN. HAZEL BIN HALIM Setiausaha PIBG Yang DiPertua PIBG SRAI Sungai Chinchin. SRAI Sungai Chinchin.
17 LAPORAN KEWANGAN PIBG
18
19
20
21
22 AKTIVITI & Program seKOLAH
23 REKOD PENCAPAIAN MURID DALAM KOKURIKULUM TAHUN 2023 SRAI SG CHINCHIN GOMBAK KAMIL SAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR 2023 PERINGKAT ZON KERAMAT BIL ACARA PENCAPAIAN 1 HAFAZAN DAN TERJEMAHAN LELAKI TAHAP 1 JOHAN 2 HAFAZAN DAN TERJEMAHAN PEREMPUAN TAHAP 1 KETIGA 3 BERCERITA AL QURAN LELAKI TAHAP 1 NAIB JOHAN 4 BERCERITA AL QURAN PEREMPUAN TAHAP 1 JOHAN 5 MUHAWARAH LELAKI TAHAP 1 JOHAN 6 MUHAWARAH PEREMPUAN TAHAP 1 KETIGA 7 MENULIS KHAT LELAKI TAHAP 1 JOHAN 8 MENULIS KHAT PEREMPUAN TAHAP 1 JOHAN 9 HAFAZAN TAFSIRAN LELAKI TAHAP 2 KETIGA 10 HAFAZAN TAFSIRAN PEREMPUAN TAHAP 2 JOHAN 11 SYARAHAN BAHASA MELAYU PEREMPUAN TAHAP 2 JOHAN 12 SYARAHAN BAHASA ARAB LELAKI TAHAP 2 JOHAN 13 SYARAHAN BAHASA ARAB PEREMPUAN TAHAP 2 JOHAN 14 NASYID LELAKI TAHAP 2 NAIB JOHAN 15 NASYID PEREMPUAN TAHAP 2 JOHAN 16 RAWI DAN MARHABAN LELAKI TAHAP 2 JOHAN 17 RAWI DAN MARHABAN PEREMPUAN TAHAP 2 KETIGA 18 KALAM JAMAI’E JOHAN 19 KHUTBAH JUMAAT TAHAP 2 (SRA) JOHAN 20 TILAWAH AL QURAN LELAKI TAHAP 2 JOHAN
24 21 TILAWAH AL QURAN PEREMPUAN TAHAP 2 JOHAN 22 SOLAT JENAZAH LELAKI TAHAP 2 JOHAN 23 SOLAT JENAZAH PEREMPUAN TAHAP 2 KETIGA 24 MENULIS KHAT PEREMPUAN TAHAP 2 JOHAN KAMIL SAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR 2023 PERINGKAT DAERAH GOMBAK BIL ACARA PENCAPAIAN 1 BERCERITA AL QURAN LELAKI TAHAP 1 JOHAN 2 HAFAZAN DAN TERJEMAHAN PEREMPUAN TAHAP 1 KETIGA 3 MENULIS KHAT PEREMPUAN TAHAP 1 KETIGA 4 SOLAT JENAZAH PEREMPUAN TAHAP 2 JOHAN 5 RAWI DAN MARHABAN LELAKI TAHAP 2 KETIGA 6 HAFAZAN TAFSIRAN PEREMPUAN TAHAP 2 NAIB JOHAN 7 SYARAHAN BAHASA MELAYU PEREMPUAN TAHAP 2 KETIGA 8 TILAWAH AL QURAN PEREMPUAN TAHAP 2 KETIGA 9 SYARAHAN BAHASA ARAB PEREMPUAN TAHAP 2 NAIB JOHAN KAMIL SAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR 2023 PERINGKAT NEGERI BIL ACARA PENCAPAIAN 1 BERCERITA AL QURAN BAHASA INGGERIS LELAKI TAHAP 2 JOHAN 2 MELUKIS POSTER PEREMPUAN TAHAP 2 KETIGA
25 SUKAN MSSD GOMBAK 2023 PERINGKAT DAERAH BIL ACARA PENCAPAIAN 1 CATUR INDIVIDU LELAKI KEEMPAT 2 CATUR BERKUMPULAN LELAKI NAIB JOHAN 3 CATUR BERKUMPULAN PEREMPUAN NAIB JOHAN 4 PING PONG INDIVIDU PEREMPUAN (BAWAH 10 TAHUN) KETIGA KEJOHANAN SUKAN SRAI (KESUSRAI) 2023 PERINGKAT NEGERI BIL ACARA PENCAPAIAN 1 CATUR BERKUMPULAN LELAKI KETIGA 2 CATUR BERKUMPULAN PEREMPUAN NAIB JOHAN 3 PING PONG BERKUMPULAN LELAKI KETIGA 4 PING PONG BERKUMPULAN PEREMPUAN NAIB JOHAN 5 BOLA TAMPAR LELAKI NAIB JOHAN 6 BOLA JARING NAIB JOHAN 7 BADMINTON BERPASUKAN KETIGA MUKHAYYAM PERDANA JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR 2023 PERINGKAT NEGERI BIL ACARA PENCAPAIAN 1 MASAK APA HARI INI? NAIB JOHAN 2 GUBAHAN KELIMA 3 IKATAN DAN SIMPULAN KEEMPAT 4 GAJET KEEMPAT
26 AKTIVITI KOKURIKULUM PERINGKAT SEKOLAH 2023 BIL AKTIVITI/ PROGRAM 1 GERAK KERJA KOKURIKULUM (GERKO) 2 SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 3 SAMBUTAN HARI GURU 4 KAMIL PERINGKAT SEKOLAH 5 PROGRAM AWAL MUHARAM DAN BUBUR ASYURA 6 SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 7 KARNIVAL MINI SUKAN DAN PERMAINAN 8 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 9 SOLAT HAJAT UPKK DAN PSRA 10 SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 11 SUKANEKA TAHUNAN 12 HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM KELAB TAEKWANDO SEKOLAH SETIAP HARI JUMAAT 3.15 – 4.45 PETANG DEWAN SEKOLAH/ SURAU AL FATEH
27 ANALISIS UPKK & PSRA 2023
28
29
30
31
32 USUL-USUL
33 PENTADBIRAN Takwim Sekolah Bil Nama Pencadang Cadangan Catatan 1. Sarah Nor Afiza Binti Mohd Razali Dicadangkan untuk pengurusan SRAI Sg Chinchin untuk menyediakan takwim pembelajaran sepanjang tahun dan diberikan kepada murid/ibu bapa setiap awal sesi pertama persekolahan. Ini bagi memudahkan ibu bapa merancang segala aktiviti dan mengetahui aktiviti sekolah dan peperiksaan sepanjang tahun. 2. Nur Aliya Bt Ahmad Azam Sekolah mengeluarkan Kalendar Tahunan (aktiviti sekolah sepanjang tahun) pada sesi pembukaan awal sekolah. 3. Mohd.Hendra Bin Daismal Mohon pihak sekolah keluarkan takwim persekolahan. 4. Ain Nur Khalida Binti Amran Mohon pihak sekolah untuk memaklumkan lebih awal tentang sebarang cuti rehat khas. Mungkin boleh maklum seminggu/dua minggu awal bagi memudahkan ibubapa bekerja yang tiada keluarga dapat bantu untuk menguruskan anak. 5. Sarah Nor Afiza Sekolah menyediakan takwim aktiviti persekolahan sepanjang tahun dan diberikan pada murid di awal semester persekolahan bermula. Ini bagi memudahkan semua utk merancang jadual bg anak2 semua. Utk exam dan sebagainya. 6. Jamaliyah Binti Mohamed Kamil Cuti sekolah mengikut jadual cuti sekolah lain di bawah KPM
34 Pembayaran Yuran Bil Nama Pencadang Cadangan Catatan 1. Nor 'Aqidah Binti Che Din 1) Amalkan cashless payment di sekolah, di kedai buku, kantin dan pembayaran yuran. 2) Untuk pembayaran yuran, mohon dibuat pembayaran online. Agak sukar bagi ibubapa yang bekerja untuk membuat pembayaran yuran di sekolah. 2. Intan Nur Idayu Binti Ramdzan Pembayaran yuran secara elektronik- ini akan mengelakkan kelewatan ibubapa membayar yuran dan juga pihak sekolah akan menerima pembayaran yuran dengan lebih cepat. Minimakan kelewatan. 3. Nurul'Ain Binti Mohd Yasin Pembayaran yuran sekolah secara online. 4. Noorhakimah Binti Bakri Mohon untuk pihak sekolah pertimbangkan untuk pembayaran yuran sekolah boleh dibuat secara online. 5. Nur Hafiza Binti Ab Rahman Mohon untuk bayaran yuran boleh dibuat secara online bg memudahkan ibubapa membuat bayaran yuran sekolah tanpa hadir ke pejabat. Saya yakin dengan adanya sistem bayaran secara online ini dapat mengurangkan tunggakkan yuran. Ibubapa yang bekerja agak kekangan masa untuk ke pejabat sekolah. Sekian,terima kasih. 6. Hamdan Bin Aman Bayaran yuran online atau app. Bayar buku /koperasi guna QR code/online/app. 7. Mohd Hanafi Ismail Mencadangkan Pihak Sekolah Menyediakan Pembayaran Yuran Sekolah Secara Online
35 8. Mohammed Norazamyn Bin Hussain Kutipan yuran sekolah dan PIBG melalui HerePay yang dapat keluarkan invois berkala dan rekod pembayaran dengan butiran pelajar bagi tujuan kosolidasi akaun. Kutipan-kutipan lain bagi tujuan pembangunan dapat dipermudah. Kos bagi setiap transaksi hanya RM0.60. Ibu bapa masih boleh membayar secara terus di pejabat sebagai alternatif. 9. Hamdan Aman Pembayaran yuran secara online transfer dan pembelian buku menggunakan qr code atau online transfer. 10. Fauzi Bin Ab Razak Selain tunai boleh bayar yuran rm75 bulanan @ penuh secara ONLINE. Waktu Bayar sehingga 3.30 ptg Hari bekerja tidak sempat, balik kerja jam 3.00 ptg. Hal-hal lain Bil Nama Pencadang Cadangan Catatan 1. Ahmad Huzaifah Mewujudkan buletin Pibg. 2. Hazel bin Halim Projek Dewan Berbumbung. 3. Nur Harena Binti Redzuan Jawatankuasa PIBG dikembangkan kepada sub-committee untuk menggalakkan lebih penglibatan ibu bapa tanpa komitmen yang berat.
36 KURIKULUM Bil Nama Pencadang Cadangan Catatan 1. Norishakh Bin Madhar Mohon pihak sekolah untuk mengadakan kelas tambahan/tuisyen untuk murid. Mungkin seminggu sekali selepas sekolah atau hujung minggu. 2. Megawati Binti Harun Teruskan memberi ‘homework’ terutamanya menjelang hujung minggu. 3. Ahmad Bashier Bin Nasharudin Bagi murid tahun satu, harap guru subjek dapat upload apa-apa tulisan yang ditulis di papan kelas di dalam group kerana ada anak-anak murid yang tidak sempat menyalin. 4. Noor Amira Natrah Binti Zainul Kelas mengaji. 5. Rusni Mohamad Kelas Alquran dan hafazan setelah habis waktu sekolah. 6. Jamaliyah Binti Mohamed Kamil Diadakan semula kelas mengaji Al Quran (extra) selepas waktu persekolahan, seperti sebelum PKP dulu. 7. Sharifah Sumayyah Binti Syed Malick Kelas mengaji selepas waktu sekolah. 8. Mior Muhammad Rizal Bin Mior Razak Anak saya disenarai antara murid yang lemah mata pelajaran matematik oleh guru kelas. Guru kelas mengesyorkan anak untuk stayback selepas waktu sekolah kerana guru sukarela untuk buat kelas tambahan selama 1 jam sahaja. Adakah menjadi kesalahan sekiranya guru sukarela mengadakan kelas tambahan sesuatu subjek pelajaran, sasaran kepada anak murid yang lemah mata pelajaran tersebut selepas waktu sekolah? Ini kerana akhirnya guru terpaksa menghentikan kelas tersebut, arahan dari guru besar kerana terima laporan dari ibu bapa yang tidak berpuashati pada kelas tersebut.
37 9. Nurulain Musa Adakan 1 buku rekod hafazan para pelajar di mana ibu bapa perlu menyemak bacaan anak2. 10. Sazuan Bin Zakaria Praktiskan komunikasi dan interaksi 2 hala yang baik antara ibubapa dan guru agar dapat membantu dalam pelajaran anak-anak dan penyediaan kemudahan fasiliti sekolah yg selesa dan selamat, kerana kerjasama ibubapa dan guru yang berkesan amat penting dan dapat menghasilkan anak-anak dan sekolah yang hebat dan cemerlang. 11. Mohamad Hairuz Bin Jalal Saya mencadangkan guru menghadiri kursus pengucapan awam dan pengendalian majlis. ini adalah kerana saya melihat ada beberapa kelemahan yang masih boleh diperbaiki seperti kemahiran berucap di khalayak umum dan aturan majlis, berdasarkan beberapa majlis yang pernah saya hadiri di sekolah sebelum ini.. 12. Rodzi Bin Bahari Mengusulkan supaya jadual waktu sekolah pelajar terutamanya darjah 3,4,5,6 dikurangkan jumlah matapelajaran setiap hari dengan cara meletakkan waktu sekurang2 nya 2 masa dalam sehari bg seriap subjek. tiada subjek yg hanya diberikan 1 masa. cara ini dapat mengurangkan jumlah subjek yg perlu dibawa oleh anak2 terutamanya darjah 3,4,5,6 memandangkan subjek mereka semakin bertambah dan tiada locker yg dpt disediakan utk mereka buat masa ini. perkara ini diusulkan kerana mengambil kira aspek kesihatan anak2 yg terpaksa membawa beg yg puratanya 6-7kg setiap hari menaiki tangga sekolah dgn ketinggian maksima 4 tingkat.
38 HEM Parking dan kawasan pagar B Bil Nama Pencadang Cadangan Catatan 1. Muhd Abdul Fattah Adakan Kutipan penambahbaikan sekitar parking pintu B 2. Musaddiq Baikpulih jalan di kawasan parking 3. Aliffazilah Melebarkan laluan masuk ke gate B. 4. Fairuz Bin Mahmod Naik taraf jalan menghala pagar belakang kerana setiap kali hujan pasti banjir. 5. Nurul'Ain Binti Mohd Yasin Pembaikan jalan dan kawasan parking di Pintu B. 6. Mohd. Azizi Safuan Che Ros Membaikpulih jalan keluar masuk ke bahagian Gate B. 7. Nur Nadia Binti Jamaludin 1) Tar jalan yang berlubang-lubang di pintu pagar B (laluan kenderaan drop anak) 2) Tebas semak di luar kawasan pagar B (isu keselamatan dari haiwan berbisa/ penjenayah) 8. Mohd Zuhaili Bin Kamaruzzaman Penambahbaikan atau meletak bangku duduk di ruang menunggu ibu bapa menjemput anak-anak pulang dari sekolah. 9. Nasmizaita Binti Mohd Nawi Penyediaan tempat duduk di pagar B untuk anak-anak menunggu ibu bapa. 10. Aliffazilah binti Wagaman Melebarkan laluan masuk ke gate B(jambatan). 11. Mohd. Azizi Safuan Che Ros Penambahbaikan kondisi jalan pergi dan balik utk kenderaan ke pintu pagar B sekolah. 12. Mohd Fadli Fadzir Tempat mengambil dan menghantar anak ke sekolah tidak proper. Isu beg sekolah yg berat. Meskipun dh bayar yuran, tp masih belum digunakan. 13. Izzwan Yunadi Bin Mazlan Gangguan trafik di gerai makan (corner lot) di pintu masuk menyebabkan
39 kenderaan sesak. (Waktu pagi).Parking sehingga keluar ke jalan utama dan menghalang lalu lintas. Kantin Bil Nama Pencadang Cadangan Catatan 1. Mohd Zuhaili Bin Kamaruzzaman Semakan harga makanan di kantin. 2. Siti Haryani Binti Ramli Pantau makanan yang dijual di kantin. Isu makanan segera(megi goreng) yang disediakan di kantin. 3. Muhammad Adnan Lutfi Bin Abdullah Harga,kuantiti dan kualiti makanan di kantin sekolah amat mendukacitakan kerana makluman anak saya harga makanan agak mahal,kurang rasa dan juga kuantiti yang sedikit. Cadangan saya sebagai bapa agar pihak sekolah dapat memantau pihak yang bertanggungjawab dalam isu ini. 4. Muhammad Na’im Bin Md Hassan Mohon tidak lagi dijual dan disediakan makanan segera di kantin seperti sosej dan mee segera kerana ianya dapat membantutkan proses tumbesaran murid. Minta juga perbanyakan makanan segar dan berkhasiat agar murid lebih cergas dan sihat. 5. Nur Amirah Binti Ahmad 1) Menurunkan harga makanan di kantin. 2) Tidak menjual makanan atau air yang tidak sesuai kepada murid. 6. Rafiah Bt Ahmad 1) Nasi yang disediakan oleh kantin untuk makan tengahari sangat sedikit..hanya meratakan nasi di dalam bekas sahaja. Kadang-kadang anak saya pernah dapat nasi yang kuahnya hanya yang melekat dekat ayam sahaja. 2) Saya mencadangkan nasi untuk makan tengahari dibungkus seperti tahun-tahun lepas kerana ada masa anak tak nak makan lagi boleh dimakan selepas waktu balik sekolah. Macam sekarang, tidak dibenarkan bawa pulang.
40 7. Sazuan Bin Zakaria Tambah baik pilihan makanan sihat di kantin sekolah seperti buah buahan, kebersihan kantin dijaga, pastikan kualiti makanan terjamin. 8. Muhammad Fazrin Bin Harfizal Harga makanan di kantin. 9. Ruznaira Rosli Gotong royong membersihkan lantai kantin yang kotor lagi hitam. 10. Aliffazilah binti Wagaman Titikberatkan tahap kebersihan kantin sekolah & penyediaan makanan kepada murid 11. Khairunnisa binti Amrin Memperkasa & memperketatkan kawalan makanan di kantin utk lebih bersih, makanan seimbang dan menyediakan snack sihat. 12. Nur Harena Binti Redzuan Naikkan yuran makanan dengan pengecualian kepada penerima bantuan/zakat. kos sebenar harian dibundarkan berdasarkan bilangan pembayar mengikut kategori. 13. Nur Amirah binti Ahmad Pantau harga makanan di kantin. 14. Muhammad Fazrin bin Harfizal Kurangkan harga makanan di kantin. 15. Mohd Yazid Bin Ismail 1) Cadangan pihak sekolah untuk memastikan tiada makanan segera di jual di kantin sekolah, seperti mee segera, hotdog, nugget, dll. 2) Cadangan pihak sekolah mewajibkan pekerja kantin/staf menjaga kebersihan, berpakaian sopan, berambut pendek bagi lelaki dan tidak berwarna. 16. Rodzi Bin Bahari Mencadangkan supaya melarang pihak kantin sekolah menjual segala jenis makanan tidak sihat kepada pelajar contohnya sosej,burger minuman manis dan sebagainya. Tandas Bil Nama Pencadang Cadangan Catatan 1. Ain Nur Khalida Binti Amran Membersihkan tandas pelajar dengan lebih kerap memandangkan isu kebersihan tandas bukan suatu isu yang
41 asing dalam kalangan pelajar. Kadang anak tahan kencing/berak sebab tandas yang dia masuk agak kotor (najis murid yang masuk sebelum tidak dibersihkan). 2. Ruznaira Rosli Membersihkan lubang tandas yang tersumbat di blok A yang penuh jentikjentik. 4. Mohd Fadli Fadzir Menambahbaikan semua tandas di sekolah. Semoga pihak sekolah dapat membina tandas jenis duduk. 5. Mohd Irsyad Bin Mokhtar Penambahbaikan serta meningkat kebersihan tandas pelajar & kantin sekolah. 6. Izzwan Yunadi Bin Mazlan Keadaan tandas masih lagi ada yang tidak berkunci dan fasiliti asas ini perlu diperbaiki. Loker Bil Nama Pencadang Cadangan Catatan 1. Fairuz Bin Mahmod Diharap setiap kelas mempunyai loker simpanan buku berkunci untuk setiap murid memandangkan beban beg sekolah setiap hari 5-6kg. Jika memerlukan dana dari setiap ibubapa juga dialu-alukan untuk keselesaan anak-anak. 2. Nasmizaita Binti Mohd Nawi Penyediaan ‘storage box’ mengikut murid bagi menangani isu beg berat 3. Noorhakimah Binti Bakri Cadangan untuk loker buku disediakan untuk semua kelas . 4. Sarah Nor Afiza Menyediakan semula fasiliti loker. Supaya murid2 boleh menyimpan bukubuku utk digunakan esok hari . Dan mengelakkn anak2 mbawa bag yg terlalu berat setiap hari. 5. Nur Amirah binti Ahmad Beg murid berat perlu ada pertimbangan locker. 6. Muhammad Fazrin bin Harfizal Memberi locker kepada murid atas sebab beg terlalu berat.
42 7. Sharifah Sumayyah Binti Syed Malick Locker untuk setiap kelas. Pemakaian murid Bil Nama Pencadang Cadangan Catatan 1. Mohd Aznan Bin Hassan Gantikan songkok dengan kopiah rasmi sekolah (jenis kain yang boleh dicuci) yang berlogo. Ini kerana songkok yang diguna sekarang tidak boleh dicuci, bertahuntahun pakai mmg kita takkan cuci sb ia akan rosak, jadi macam mane anak² kita solat guna songkok yang tak pernah dicuci? Lebih baik kiranya gunakan kopiah yg boleh dicuci dan lebih bersih utk digunakan dalam ibadah. Disamping tu juga boleh jana kewangan untuk sekolah bekalkan kopiah rasmi srai sendiri. 2. Fauzi Bin Ahmad Pemakaian kopiah hitam berlogo sekolah(agar mudah dicuci/dibasuh) berbanding songkok hitam. Pendaftaran Tingkatan 1 Bil Nama Pencadang Cadangan Catatan 1. Md Ridzuan Bin Md Hamid 1) Saya mencadangkan supaya SRAISC mendaftarkan emel Delima KPM untuk semua pelajar SRAISC. Ini adalah kerana beberapa SBP memerlukan pelajar menengah mereka untuk menyertai Google Classrom bagi tujuan menerima nota & menghantar tugasan, yang mana mereka hanya boleh menggunakan emel Delima.Ketiadaan akaun delima ini bakal menyebabkan kesulitan kepada anak-anak SRAISC yang bakal ke SBP. 2) Saya mencadangkan supaya maklumat semua murid SRAISC di sistem IDME & APDM dikemaskini secara berkala & teratur. Ini adalah kerana saya mendapati maklumat murid di dalam IDME tidak dikemaskini.
43 Keadaan ini berisiko untuk sebarang permohonan anak-anak SRAISC ke SBP tidak diterima oleh BPPSBP disebabkan oleh maklumat semasa yang kurang tepat. 2. Izam Syaril Bin Mohd Yusof 1) Mengadakan dialog / perjumpaan ibu bapa dan penjaga tahun 6 untuk penerangan berkenaan prosedur permohonan ke tingkatan 1 di Sekolah Khusus seperti Sekolah Berasrama Penuh / Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, MRSM atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan kerana syarat - syarat dan kriteria kemasukan adalah berbeza di antara satu sama lain. 2) Menyediakan kemudahan pengisian borang-borang secara elektronik yang sebelum ini diisi secara manual bagi memudahkan urusan pihak ibu bapa dan penjaga mengemaskini maklumat terkini secara ‘real-time’ serta memudahkan pentadbiran sekolah menyimpan rekod. 3. Intan Nur Idayu Binti Ramdzan Memastikan guru melengkapkan maklumat yang sepatutnya untuk anakanak tahun 6 ke sekolah menengah. Sebarang keciciran maklumat akan memberi impak besar kepada anak2 dalam usaha mendapatkan aliran yang dimohon- KAA/ SAM dll.
44 KOKURIKULUM Bil Nama Pencadang Cadangan Catatan 1. Nor Hasimah Binti Badul Rahman Masukkan silat dalam kokurikulum atau adakan silat dekat sekolah. 2. Sarah Nor Afiza Binti Mohd Razali Aktiviti luar kelas seperti camping dan kem-kem ibadah ditambah untuk mirid tahap 2 3. Nu'man Basyir Bin Abd Aziz Mengadakan hari sukan sekolah di stadium berbanding di sekolah. 4. Mohamed Faisal Bin Abdul Waduth Mewujudkan Kelab stem / robotik / reka cipta di sekolah 5. Mohammed Norazamyn Bin Hussain PIBG dan SRAISC dengan kerjasama UniKL/IIUM mohon geran MOSTI untuk anjurkan kem robotik seterusnya bina inventori peralatan robotik untuk kegunaan kelas dan kelab. Kertas kerja cadangan akan diedarkan untuk pertimbangan.
45 LAMPIRAN
46 SRAI 1. ABDULLAH HUSAINI BIN AZAM 2. AKMA 'ALIYAH BINTI MOHD RASHDAN 3. AMMAR HARITH BIN SHAMRIZAL 4. DAMIA IRDINA BINTI ADHAM HADI 5. FARIHAH MARDHIYYAH BINTI MOHD FIRDAUS 6. IZZ MUHAMMAD MIKAIL BIN MOHD REDZUAN 7. MUHAMMAD ADAM HAIKAL BIN MOHAMAD NURHAZIQ 8. MUHAMMAD AISY HAKIM BIN EWAN 9. MUHAMMAD HARITH BIN MOHD AMZAR 10. MUHAMMAD HARRAZ AMSYAR BIN MOHAMMAD HILMI 11. MUHAMMAD HAZIM DANIYAL BIN MOHD HALMI 12. MUHAMMAD IRFAN MUSLIM BIN MOHD IRSYAD 13. MUHAMMAD RAYYAN MIKHAIL BIN MOHD MAZLY 14. NUHA BINTI KHALID 15. NUR A'LIAH NASUHA BINTI MOHD NOR 16. NUR AUNI ZAHRA BINTI MOHD SHAHADAN 17. NUR DAMIA QAIRINA BINTI MOHAMAD RAZUAN 18. NUR IMAN BALQIS BINTI MOHD FAIRUZ 19. NUR RANIAH SAFIYYAH BINTI MOHD HAIZEE 20. NUREEN IRDHINA BINTI FAIRUS 21. QAIREEN ARISSA BINTI MOHD SYAFIQ 22. RAJA LUTFI ZIKRY BIN RAJA MAKHDIR 23. RODAN BIN MOHAMMAD AZAM 24. WAN IIMAN NAYLI BINTI WAN IKRAM SHAH SRA 1. ZAIDAH ILMA KAMILAH BINTI MASAN ANUGERAH 8A UPKK 2023
47 PENGHARGAAN Setinggi-tinggi Penghargaan Setulus Ingatan Pihak pengurusan dan AJK PIBG SRAI Sg. Chinchin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah menjayakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SRAI Sg. Chinchin kali ke-25/2024. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak iaitu ibu bapa, guru-guru dan kakitangan yang terlibat dalam menyumbangkan kelengkapan, tenaga dan masa secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25/2024 ini Semoga anda semua sentiasa berada di dalam rahmat Allah S.W.T