The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ASSIGNMENT E-PORTFOLIO DMF (SEJARAH) T2 (3)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izasyarafana, 2023-09-16 22:06:48

ASSIGNMENT E-PORTFOLIO DMF (SEJARAH) T2 (3)

ASSIGNMENT E-PORTFOLIO DMF (SEJARAH) T2 (3)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL 21030, KUALA NERUS, TERENGGANU. PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP) AMBILAN JUN 2023/2028 TUGASAN 2- E-PORTFOLIO (50%) NAMA : IZA SYARAFANA BINTI MOHD ZAIDI ANGKA GILIRAN : 2023092310006 NO. KAD PENGENALAN : 050412-06-0612 UNIT : BAHASA MELAYU 1 NAMA KURSUS : BMMB 1074 - SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU NAMA PENSYARAH : DR. MOHD FADZIL BIN BAHARUDIN TARIKH HANTAR : 17 SEPTEMBER 2023 NO. TEL : 019-2972544 https://anyflip.com/guuni/pqdk/ Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan pelajar : IZA Tarikh : 17 SEPTEMBER 2023 Ulasan / komen / maklum balas / pensyarah : Tandatangan pemeriksa / pensyarah : Tarikh :


1 PENGHARGAAN Alhamdulillah, pertama sekali saya bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpahan kurnia dan keizinan-Nya untuk saya berada di sini dan melengkapkan tugasan 2 iaitu e-portfolio ini bagi kursus BMMB 1074 iaitu Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu dengan baik sekali. Di sini, dengan rendah hatinya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelaras atau pensyarah bagi kursus ini iaitu Dr. Mohd Fadzil Bin Baharudin kerana telah bertungkus-lumus dalam memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam kursus ini. Segala ilmu yang dicurahkan pasti saya akan gunakan dengan sebaiknya kelak. Tidak lupa juga untuk saya ucapkan julung-julung kalinya terima kasih kepada rakanrakan seperjuangan saya yang turut menghulurkan bantuan dan membimbing saya sedikit sebanyak dalam menyempurnakan tugasan ini dengan seikhlas hati. Inn Shaa Allah saya berharap mampu beroleh kejayaan bersama-sama di kemudian hari. Sekian, terima kasih. IZA ............................................. IZA SYARAFANA BINTI MOHD ZAIDI Siswi Guru Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030, Kuala Terengganu, Terengganu.


2 ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN 1 ISI KANDUNGAN 2 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI. 3 1.0 PENGENALAN. 2.0 KRONOLOGI SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI. 2.1 SISTEM EJAAN RUMI SEBELUM MERDEKA. 2.2 SISTEM EJAAN RUMI WILKINSON. 4 2.3 SISTEM EJAAN RUMI ZA’BA. 2.4 SISTEM EJAAN FAJAR ASIA. 2.5 SISTEM EJAAN RUMI KONGRES. 5 2.6 SISTEM EJAAN RUMI SELEPAS KEMERDEKAAN. 3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM 6 MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI. 3.1 MEWUJUDKAN RISALAH, AKHBAR ATAU NOTIS. 3.2 MENGENDALIKAN BUKU DAFTAR EJAAN RUMI BAHASA MALAYSIA. 3.3 MENGANJURKAN PROGRAM MINGGU PENULIS REMAJA. 7 4.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI PADA MASA KINI. 4.1 PENGGUNAAN BAHASA ROJAK. 4.2 MINAT YANG MENDALAM TERHADAP BAHASA DAN TULISAN LAIN. 8 4.3 PENGGUNAAN CARA BERKOMUNIKASI YANG RINGKAS. 5.0 KESIMPULAN. 9 RUJUKAN. LAMPIRAN.


3 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI. 1.0 PENGENALAN. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, Rumi ditakrifkan sebagai abjad-abjad yang terdapat dalam Bahasa Melayu dan bahasa moden yang lain. Abjad-abjad ini terdiri daripada abjad yang bermula dengan huruf A dan berakhir dengan huruf Z yang mempunyai sebanyak 26 abjad. Ini dikatakan berasal daripada Rom Kuno, huruf Rumawi, huruf Roman dan huruf Latin. Pada era pemodenan kini, masyarakat sudah tidak asing lagi dalam penggunaan sistem ejaan Rumi walau di mana sahaja mereka berada. Penggunaan sistem ejaan Rumi ini tidak dinafikan lagi dengan penyebarannya yang amat meluas kepada beberapa buah negara, bangsa mahupun sesebuah etnik dan agama. Tulisan Rumi ini juga merupakan pengganti kepada tulisan Jawi yang terhasil daripada gabungan Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Tulisan Jawi pernah berkembang pesat pada suatu ketika dahulu dalam kalangan para pedagang orang Arab atau orang terdahulu bagi memudahkan mereka dalam bidang komunikasi, perdagangan dan sebagainya. Tulisan Rumi muncul setelah kedatangan kuasa Barat seperti Inggeris, Portugis dan Belanda dan telah diperkenalkan sejak tahun 1972 secara rasminya oleh pemimpin Malaysia. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang penuh semangat, tidak salah jika kita menelusuri dengan lebih mendalam tentang salasilah sistem ejaan Rumi yang kita sendiri mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. 2.0 KRONOLOGI SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI. 2.1 SISTEM EJAAN RUMI SEBELUM MERDEKA. Jika diteliti dengan lebih lagi, sistem ejaan Rumi ini mempunyai sejarah dan keunikannya yang tersendiri. Sebelum negara mencapai kemerdekaan, tulisan Jawi digunakan sepenuhnya sehinggalah hadirnya kuasa Barat seperti Belanda, Portugis dan Inggeris yang telah menerapkan penggunaan bahasa Rumi kepada masyarakat. Hal ini menyebablan usaha untuk menggabungkan Bahasa Melayu dengan aksara Latin yang dibawa oleh para pengembara untuk menterjemahkan tulisan Jawi ke tulisan Rumi


4 berterusan. Sistem ejaan Bahasa Melayu ini terus berkembang sehingga dicetak dan diterbitkan yang membuatkan tulisan Rumi lebih ketara digunakan berbanding tulisan Jawi. Dengan ini, tulisan Jawi semakin hari semakin tenggelam penggunaanya dalam kalangan masyarakat. Tulisan Rumi yang terus kekal telah menjadi kebiasaan bagi masyarakat menggunakannya dalam kehidupan seharian. 2.2 SISTEM EJAAN RUMI WILKINSON. Pada tahun 1902, Tanah Melayu memulakan perancangan ejaan yang pertama kali apabila pihak atas telah menyedari tentang kepentingan keseragaman dalam ejaan. Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu iaitu Perak, Selangor dan Negeri Sembilan telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa sistem ejaan. Jawatankuasa ini diketuai oleh RJ. Wikinson. Setelah itu, semua sekolah umum menggunakan tulisan Ejaan Wilkinson. Ejaan Rumi Wilkinson juga digunakan dalam semua kamus dan penerbitan karya Wilkinson yang dihasilkan pada tahun 1901 hingga akhir tahun 1940-an. 2.3 SISTEM EJAAN RUMI ZA’BA. Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, seorang serjana Eropah telah melakukan usaha untuk menulis Bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Rumi serta menjalankan kajian terhadap tatabahasa. Usaha dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu dalam masyarakat dan sekolah dipelopori oleh Pakatan BelajarMengajar Pengetahuan Bahasa (PBMPB) yang ditubuhkan di Johor (1888), diteruskan oleh Maktab Perguruan Perempuan Melaka (1990) dan diperluas lagi dengan penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (1922). Sistem ejaan Rumi diperkukuhkan lagi penggunaannya dengan menggunakan sistem Ejaan Za’ba atau Zainal Abidin Ahmad. Beliau telah melakukan perubahan kepada sistem Ejaan Wilkinson. Sistem Ejaan Za’ba ialah sistem ejaan yang baru dan dimulakan di Maktab Perguruan Sultan Idris. Ejaan Za’ba juga mengandungi huruf-huruf vokal seperti a, e, i, o ,u dan huruf konsonan iaitu selain daripada huruf vokal.


5 2.4 SISTEM EJAAN FAJAR ASIA. Fajar Asia merupakan sebuah majalah yang diterbitkan bermula pada tahun 1943 di Singapura dengan menggunakan ejaan Fajar Asia. Majalah ini telah diolah oleh seorang ketua pengarang yang bernama Zainal Abidin bin Ahmad. Sistem ejaan Fajar Asia jika dilihat daripada aspek sudut pengejaan dan penulisan keharmonian vokal, sistem ini disifatkan sebagai satu usaha yang dicuba untuk menggabungkan ejaan Rumi Bahasa Melayu dan ejaan Rumi Bahasa Indonesia. Ejaan Fajar Asia juga dijadikan sebagai ejaan yang rasmi oleh Angkatan Sasterawan 50 pada tahun 1952. Angkatan Sasterawan 50 ini menggunakan ejaan yang ditulis oleh angkatan ini sendiri dan penulis-penulis muda 1950-an. Ini juga sebagai penambahbaikan kepada ejaan Fajar Asia. Pengejaan Angkatan Sasterawan 50 menggunakan konsep ejaan harus mudah, ejaan harus sekata dan ejaan harus praktikal. 2.4 SISTEM EJAAN RUMI KONGRES. Pada tahun 1952, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu telah diadakan di Singapura, kedua diadakan di Seremban, Negeri Sembilan pada tahun 1954 serta yang ketiga pula diadakan di Johor dan Singapura pada 16 hingga 21 September pada tahun 1956. Masalah ejaan Rumi diambil berat dalam Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956). Sistem ini juga mencadangkan beberapa pembaharuan secara ekstrem untuk memperbaiki sistem ejaan Za’ba. Sistem ejaan baru ini juga mendapat persetujuan daripada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga pada tahun 1956. 2.5 SISTEM EJAAN RUMI SELEPAS KEMERDEKAAN. Pada tahun 1959, perundingan diadakan dan termaktub perjanjian persahabatan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan negara Republik Indonesia. Jawatankuasa Ejaan Rumi Persekutuan Tanah Melayu yang dipimpin oleh Syed Tuan Nasir bin Ismail dengan Panitia Pelaksanaan Bahasa Indonesia di bawah pimpinan Dr. Slamet Muljana. Jawatankuasa ini diadakan di Jakarta sehingga terhasilnya Ejaan Malindo. Perkataan ‘Malindo’ juga hasil daripada gabungan Malaysia dan Indonesia. Namun, usaha ini gagal


6 disebabkan oleh konfrontasi Malindo dan diteruskan semula pada 1966. Pada September 1996, Kolonel Wahju Sukatjo dari Indonesia mengunjungi Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mencadangkan kerajaan masing-masing melaksanakan Ejaan Malindo (1959) selepas memperbaikinya serta istilah-istilah dalam kedua-dua bahasa ini diselaraskan. Pada 23 Mei 1972, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu iaitu Dato Onn Jaafar bersama Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia iaitu Bapak Mahsuri bagi melaksanakan ejaan baharu itu. Sistem ejaan ini diisytiharkan pada 16 Ogos 1972 dan risalah “Sistem Ejaan Bahasa Malaysia” diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Masalah yang ada dibincang di dalam Majlis Bahasa IndonesiaMalaysia pada 29 Disember 1972 dan Majlis Jawatankuasa Tetap Bahasa IndonesiaMalaysia berhasil mengeluarkan “ Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia” pada 5 Disember 1974. 3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI. 3.1 MEWUJUDKAN RISALAH, AKHBAR ATAU NOTIS. Dalam pada itu, secara tidak langsung Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) turut terlibat dalam sistem ejaan Rumi ini bagi perkembangannya juga. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan pada 22 Jun 1956 iaitu setahun sebelum negara Malaysia mencapai kejayaaan. Apabila terlalu ramai golongan masyarakat yang didapati tidak menggunakan bertutur atau menulis menggunakan ejaan Rumi atau Bahasa Melayu yang betul, Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan dengan mewujudkan buku-buku, risalah-risalah atau akhbar-akhbar yang mengaplikasikan dan memperlihatkan pembetulan dalam penggunaan Bahasa Melayu yang lebih mantap. Penggunaan Bahasa Melayu dan ejaan Rumi yang salah ini juga dibuktikan lagi dengan melihat poster-poster atau notis-notis yang dipamerkan tidak menggunakan Bahasa Melayu yang sempurna dan tepat. Oleh itu, dengan adanya Dewan Bahasa dan Pustaka ini, penyalahgunaan ejaan Rumi dalam Bahasa Melayu dapat dibendung dengan lebih lagi daripada berleluasa.


7 3.2 MENGENDALIKAN BUKU DAFTAR EJAAN RUMI BAHASA MALAYSIA. Pada awalnya, buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia ini diusahakan oleh Za’ba. Buku ini juga mengandungi maklumat terperinci mengenai ejaan Rumi ejaan Jawi. Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyusun buku ini buat pertama kali pada tahun 1988. Buku ini mengandungi pendahuluan yang menerangkan mengenai panduan bagi menggunakan daftar dan kaedah penyusunan daftar yang mencakupi penggunaan abjad dan huruf Jawi. Perkataan yang dimasukkan mempunyai kata dasar satu suku kata, kata dasar dua suku kata, kata dasar tiga suku kata atau lebih, kata pinjaman, penulisan kata dan artikel serta sebagainya. Bahagian daftar kata pula memuatkan perkataan yang disusun mengikut abjad Rumi dan padanan Jawi. Dengan peranan yang telah dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ini, sudah pasti akan meningkatkan lagi keseragaman sistem ejaan Rumi dalam negara kita. 3.3 MENGANJURKAN PROGRAM MINGGU PENULIS REMAJA. Program Minggu Penulis Remaja telah bermula kira-kira sejak tahun 1984 iaitu sudah berusia 38 tahun kemunculannya. Program ini mempunyai objektif yang tersendiri iaitu ingin memperkasakan dan memartabatkan Bahasa Melayu serta ejaan Rumi. Program ini juga melahirkan penulis yang berintegriti dan mencungkil bakat ramai orang dalam bidang penulisan seperti cerpen dan puisi terutamanya dalam kalangan golongan muda. Melalui peranan Dewan Bahasa dan Putsaka ini, lahirlah beberapa penulis yang profesional dalam bidang kesusasteraan. Penulis-penulis yang muncul bukanlah calangcalang orang kerana mereka telah memenangi anugerah pada peringkat antarabangsa dalam bidang penulisan. Minggu Penulis Remaja pertama kali diadakan di Sudut Penulis Dewan Bahasa dan Pustaka pada 13 hingga 16 September 1985 iaitu hasil daripada cetusan idea Tan Sri Johan Jaafar yang merupakan Ketua Unit Buku Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka pada ketika itu. Terdapat juga bengkel yang diadakan seperti Bengkel Penulisan Cerpen atau Bengkel Penulisan Puisi. Dengan ini, sudah terang lagi bersuluh bahawa peranan yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ini mampu meningkatkan lagi sistem ejaan Rumi yang lebih seragam dan bidang kesusateraan dalam Bahasa Melayu.


8 4.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI PADA MASA KINI. 4.1 PENGGUNAAN BAHASA ROJAK. Pada era pemodenan kini, dunia dan teknologi bergerak seiring dalam mencapai kemajuan. Ini memberikan kesan kepada ejaan rumi pada masa kini kerana masyarakat sering kali menggunakan bahasa rojak apabila berinteraksi sama ada secara lisan atau tulisan. Penggunaan bahasa rojak ini menjadi lebih berleluasa jika dilihat penggunaannya di dalam media sosial yang kini hampir ke semua masyarakat majmuk memilikinya. Penggunaan bahasa ini juga melibatkan semua golongan usia sama ada muda atau tua serta tidak mengira kaum dan bangsa. Masyarakat juga beranggapan bahawa bahasa rojak yang digunakan oleh mereka itu sebagai suatu perkara yang sudah dinormalisasikan dan merasakan bahawa cara itu lebih mudah serta ringkas untuk digunakan. Hal ini juga akan menyebabkan martabat sesebuah bahasa jatuh dan generasi yang akan datang juga akan terpengaruh dengan penggunaan bahasa rojak ini secara berlebihan sehingga tidak mengetahui ejaan rumi yang sebenarnya dengan betul dan tepat. 4.2 MINAT YANG MENDALAM TERHADAP BAHASA DAN TULISAN LAIN. Sebagai seorang manusia yang tidak lari dari kesilapan, inilah salah satu perkara yang berlaku kini apabila seseorang memiliki minat yang terlalu mendalam terhadap sesebuah bangsa lain atau disebut sebagai obses. Contohnya, segelintir masyarakat yang meminati artis yang berasal dari bangsa, agama dan negara yang lain seperti Korea, China, Thailand dan sebagainya. Perkara ini mendorong mereka dalam mempelajari lebih lagi mengenai idola mereka dari sudut bahasa, tulisan, percakapan, penggayaan fesyen dan sebagainya. Dengan ini, apabila mereka mempelajari bahasa yang lain, mereka akan menggunakan bahasa dan tulisan tersebut untuk berinteraksi dengan orang lain sehingga melupakan tulisan Rumi dan Bahasa Melayu yang menjadi sebagai bahasa asal mereka sendiri. Tidak salah jika meminati sesiapa sahaja hanya jika seseorang itu masih mampu untuk mengekalkan dan mengingati asal-usul ejaan Rumi dan Bahasa Melayu itu sendiri. Pengaruh seperti ini akan berterusan jika masih tiada kesedaran dan perasaan tanggungjawab dalam diri sendiri. 4.3 PENGGUNAAN CARA BERKOMUNIKASI YANG RINGKAS. Ini menjadi salah satu cabaran dalam sistem ejaan Rumi apabila wujud kepelbagaian dalam penggunaan teknologi yang canggih. Hal ini dijelaskan lagi apabila


9 kebanyakannya masyarakat lebih gemar menggunakan perkataan yang ringkas seperti ‘bhs’ iaitu bahasa atau ‘sek’ iaitu sekolah dan menggunakan pelekat atau disebut sebagai ‘sticker’ serta emoji yang menggambarkan sesuatu perkara yang ingin mereka ungkapkan semasa berkomunikasi di dalam media sosial. Perkara ini menunjukkan kekurangan dalam penggunaan ejaan rumi semasa menaip atau membalas apa-apa mesej yang diterima secara atas talian. Mereka juga menganggap cara ini lebih mudah untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan atau sesiapa sahaja. Jika perkara ini tidak dibendung, semakin berkuranglah penggunaan tulisan rumi dalam kalangan masyarakat sehingga ke tahun-tahun yang seterusnya. 5.0 KESIMPULAN. Sistem ejaan Rumi sememangnya sebagai satu wadah yang sangat signifikan untuk kita kekalkan dan gunakan sehingga kini sebagai rakyat Malaysia dan orang Melayu kerana mampu meningkatkan lagi martabat Bahasa Melayu. Ejaan Rumi sememangnya ejaan yang perlu dibanggakan jika kita menelusuri perkembangannya atau permulaan ejaan ini diwujudkan. Sudah pasti perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah malah, sebagai generasi kini, kita tidak boleh memandang enteng terhadap Bahasa Melayu atau ejaan Rumi. Bukan itu sahaja, kita juga perlu mempraktikkan ejaan Rumi dalam pertuturan atau penulisan dalam kehidupan seharian kita dengan lebih lagi berbanding yang lain. Dengan ini, layaklah jika seseorang itu digelar sebagai masyarakat yang sejati jika nilai Bahasa Melayu serta ejaan Rumi diterapkan dengan penuh mendalam dan bangga dalam diri sebagai pendiriannya yang tetap. Oleh itu, marilah kita mengangkat martabat bahasa dan ejaan Rumi kita yang ada ini agar menjadi sesebuah perkara yang relevan hingga ke generasi yang akan datang bagi mempelajarinya dan mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka. Hal ini juga dikatakan demikian kerana generasi yang kini dan akan datang merupakan pewaris dalam mengekalkan segala perkara yang telah dibawa oleh orang terdahulu sehing


SUMBER RUJUKAN Takrifan Rumi. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (Edisi Keempat). https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=rumi Kronologi Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan RumiSCRIBD. (2013). Faizah binti Datuk Othman. https://www.slideshare.net/izzahzahh/sejarah-dan-perkembangan-sistem-ejaan-rumibahasa-melayu https://www.academia.edu/42039357/Sejarah_Ejaan_Jawi_dan_Rumi http://cikgusaberi.blogspot.com/2010/08/sistem-ejaan-rumi-bahasa-melayu.html Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/peranan-dewan-bahasa-dan-pustaka.html http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/07/daftar-ejaan-melayu-rumi.html https://klikweb.dbp.my/?p=16091 Cabaran Menyeragamkan Ejaan Rumi Kini https://anyflip.com/dtfgb/jexb/basic Hashim Musa. ((2006). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi (Edisi Kedua). Dawama Sdn. Bhd. Wan Abu Bakar wan Abas B.Sc. (Hons.), Ph.D. dan Hashimah Hraun B.A. (Hons.), Dip. Ed. (1995). Panduan dan Latihan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu (Edisi Kedua). PERCETAKAN JANTAN SDN. BHD.


LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version