Ajaran Syiah Di
Malaysia
Diyana
Siti Nadia Alissa
Amyza Yasmin
Nur Is Wawa
1) Imam Dua Belas
Mazhab Syiah Dua Belas Imam mempercayai bahawa Allah SWT telah pun melantik 12 orang pemimpin
atau Imam manusia sejagat.[1] Mereka ini merupakan pewaris-pewaris Nabi Muhammad SAW.
Antara penyelewengan aliran Syiah Imam Dua Belas itu adalah:
Meyakini imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada sebarang dosa.
Mengkafirkan para sahabat Rasulullah S.A.W.
Tidak ada Solat Jumaat.
Mengharuskan jamak solat fardu dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab.
Menghalalkan nikah Muta'ah.
Menolak Ijmak Ulama.
Penyanjungan yang keterlaluan kepada Saidina Ali sehingga disama tarafkan dengan Rasulullah
S.A.W.
Menambah nama Saidina Ali dalam kalimah syahadah selepas nama Nabi Muhammad S.A.W.
2) Ajaran Ayah Pin / Kerajaan Langit
Ariffin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin merupakan
seorang pengamal ajaran sesat Malaysia. Beliau ialah pengasas
kepada Kerajaan Langit dan disenaraikan dalam kumpulan agama
sesat.
Ayah Pin telah menyifatkan dirinya sebagai "Tuhan" kepada semua
agama dan mendakwa telah menerima wahyu dari langit untuk
mengembangkan ajarannya di muka bumi. Beliau dianggap oleh
kebanyakan pengikutnya sebagai Tuhan dan segala yang
dilakukannya berasaskan wahyu yang diterimanya dari langit.
Jabatan Agama Islam Terengganu mengisytiharkan ajaran Ayah Pin
palsu, sesat dan menyeleweng.
Dengan kehebatan Ayah Pin memimpin ajaran sesat Kerajaan Langit
itu, ramai orang-orang tempatan malah luar negara dari pelbagai
ugama mempercayai dan mengagungkan Ayah Pin bak setinggi
langit. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi
pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara
ini untuk menyertai ajaran yang disebarkannya. Ini termasuklah
beberapa orang artis tempatan.
3) Ajaran Syiah Yang Lain
Malaysia hanya terdapat dua jenis Syiah iaitu Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra) dan Syiah
Ismailiyah Agha Khan yang dibawa masuk oleh pendatang India pada satu masa dahulu.
Kedua-dua jenis Syiah yang merupakan kelompok asal Syiah di negara ini didapati tidak
menjalankan dakyah kepada masyarakat Sunnah Wal Jamaah sebaliknya hanya berkembang
dalam kalangan generasi baru mereka sendiri sahaja.
Syiah Dawood Bohra dikenali sebagai golongan yang memiliki Kedai Bombay manakala Syiah Agha
Khan dikenali dengan pemilik Kedai Peerbhai. Pengikut jenis Syiah ini bergerak di sekitar Lembah
Klang sehingga kini.
Pengikut dua jenis Syiah ini merupakan keturunan asal Syiah yang ada di negara ini. Mereka tidak
ekstrem dan tidak berlawan dengan Sunnah Wal Jamaah. Mereka hanya menjalankan dakyah dan
berkembang dalam kalangan anak-beranak mereka sahaja kerana mereka kahwin pun sesama
sendiri, ada kubur dan masjid sendiri