KOMSAS TINGKATAN 5
ANTOLOGI SEJADAH RINDU
CERPEN:
HIPERTENSI
Disediakan oleh:
Pn. Siti Syuhaibah Zahedi
TEMA
Tema cerpen ini adalah tentang tekanan
perasaan yang dialami oleh seorang
remaja yang bercita-cita tinggi
menyebabkan dia sering berhalusinasi.
Aiman Aqil mempunyai minat yang
mendalam dalam bidang sains angkasa
dan membayangkan dirinya menjadi
angkasawan tetapi jauh di sudut hatinya,
dia memendam rasa dendam kerana
tertekan akan sikap kasar dan bengis
bapanya.
PERSOALAN
Persoalan sikap dan kemahuan yang Persoalan tentang kehidupan remaja yang
tinggi untuk mencapai cita-cita. genius
Aiman Aqil murid yang genius dan berasakan
Aiman Aqil sangat meminati bidang corak pendidikan sedia ada tidak sesuai
aeroangkasa dan bercita-cita menjadi dengannya dan menyebabkan dia cepat berasa
angkasawan. Dia mahu mengikut jejak Neil bosan dan sering ponteng sekolah sedangkan
Amstrong untuk meneroka angkasa hingga dia mempunyai banyak potensi untuk digilap.
sampai ke bulan.
Persoalan tentang kepentingan ilmu
pengetahuan
Aiman Aqil mempunyai ilmu pengetahuan yang luas
tentang teori sains dan tokoh-tokoh sains. Ilmu
pengetahuan tersebut relevan dengan bidang sains
yang diceburinya dan membantu dia memahami
perkara-perkara yang berlaku di sekelilingnya.
PERSOALAN
Persoalan tentang ibu bapa membentuk Persoalan tentang pentingnya kekuatan
peribadi anak-anak. iman.
Suara ghaib mengajak Aiman mendekatkan diri
Minat Aiman Aqil dalam bidang sains dengan Tuhan. Dengan cara itu, dia dapat
menguatkan keimanan agar tidak terbawa-bawa
tumbuh subur kerana ibu bapanya oleh perasaan tertekan yang mungkin nanti
akan menyebabkan dia hilang kewarasan.
mempunyai kerjaya professional dan
mementingkan pendidikan. Bapanya
jurutera mekanikal manakala ibunya saintis
dalam bidang geologi. Namun begitu, sikap
kasar bapanya menyebabkan Aiman Aqil
membesar dalam tekanan dan suka
memberontak serta berhalusinasi.
PLOT 1, Permulaan
Aiman merenung lereng bukit dari celah jemarinya. Lereng bukit itu
terhakis dan tanah runtuh menimpa sebuah banglo. Apabila sebiji
mempelam jatuh di hadapannya, dia teringat akan Teori Graviti dan suasana
di kelas ketika Cikgu Faridah mengajarnya.
2. Perkembangan
Pengarang menceritakan latar belakang Aiman Aqil, murid yang genius,
suka memberontak dan bersikap angkuh. Dia mengganggu adik-adiknya
ketika mereka membuat kerja sekolah. Dia juga memandang rendah
kepada rakannya yang gagal menjawab soalan. Dia dipanggil oleh Guru
Besar kerana menimbulkan masalah di sekolah.
3. Perumitan
Aiman dirotan oleh ayahnya. Ibu Aiman tidak berani menghalang. Ketika
dirotan, Aiman mula berhalusinasi dengan membayangkan dirinya menjalani
latihan intensif di bawah program aeroangkasa di Rusia. Kemudian dia
berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa dan seterusnya sampai ke bulan.
Setelah melihat persekitaran bulan yang panas dan gersang, Aiman berasa
sangat terasing dan mahu segera pulang.
PLOT 4. Klimaks
Dia berharap agar ibu dan ayahnya menyambut kepulangannya dengan
gembira. Dia berasa sedih kerana keluarganya tidak harmonis disebabkan
sikap garang dan bengis ayahnya. Dia selalu ditampar oleh ayahnya
sehingga dia tertanya-tanya akan kesilapan dirinya.
5. Peleraian
Aiman terdengar akan bisikan halus semasa berhalusinasi. Suara itu
menasihatinya supaya mendekatkan diri kepada Tuhan dan melarangnya
merosakkan habitat semula jadi bumi. Aiman insaf dan bertekad untuk
terus berusaha mencapai impiannya.
TEKNIK PLOT
1. Pemerian 2. Dialog
Contoh: pengarang menceritakan perilaku Aiman. Contoh: Perbualan antara Aiman dengan Cikgu
Faridah di dalam kelas.
Aiman menyusun jari-jemari tangannya lurus-lurus.
Jari-jemari yang kurus runcing dan semacam tidak ….”Newton ambil ingatan akan daya gravity dapat
berisi itu dibawanya ke muka. menetapkan kedekatan bulan dengan bumi.”
3. Monolog Dalaman 4. Imbas kembali
Contoh: Aiman bercakap dalam hati ketika
memanjat pokok kelapa. Contoh: Aiman teringat akan pengajaran Cikgu
Faridah di kelas.
Jangan jadi Mat Jenin sudahlah! Biarlah Si Luncai
terjun dengan labu-labunya. Jadi, aku terpaksa “Maksudnya, kuasa tarikan bumi,” suara
memasang angan-angan dengan jangkauan fantasi lantang Cikgu Faridah di muka kelas masih
tanpa tebing tepinya, akan tetapi aku tidak mahu terngiang-ngiang di cuping telingnya.
berlagak seperti Si Luncai.
WATAK DAN
PERWATAKAN
WATAK UTAMA: AIMAN AQIL
➢ Seorang yang pintar
Contoh: Aiman seorang murid yang pintar sehingga digelar professor kerana
mempunyai IQ yang tinggi.
➢ Seorang yang bongkak
Contoh: Aiman bongkak akan kepintarannya dengan sering menyindir adik-adik
dan rakannya ketika mereka membuat kerja rumah kerana menganggap soalan itu
mudah.
➢ Seorang yang degil
Contoh: Dia bersikap degil kerana tidak mengendahkan teguran guru apabila dia
didapati mengganggu rakan di kelas.
➢ Seorang yang suka memberontak
Contoh: Aiman suka memberontak kerana tertekan oleh sikap dan layanan
bapanya yang garang.
➢ Seorang yang suka berhalusinasi
Contoh: Aiman suka berhalusinasi dan membayangkan dirinya seorang
angkasawan
WATAK SAMPINGAN: BABAH (BAPA AIMAN)
➢ Seorang yang mementingkan pelajaran.
Contoh: Babah marah apabila mendapat tahu Aiman ponteng
sekolah.
➢ Seorang yang mementingkan disiplin
Contoh: Babah merotan Aiman apabila Aiman mencetuskan
masalah di sekolah.
➢ Seorang yang bengis dan kasar
Contoh: Aiman menganggap ayahnya seorang yang bengis dan
kasar apabila sering merotannya.
LATAR TEMPAT,
MASA &
MASYARAKAT
Latar Tempat 1. Di hadapan bukit
✓ Aiman melihat sebuah banglo ditimpa tanah runtuh di
hadapan bukit.
2. Dalam kelas
✓ Cikgu Faridah meminta Aiman menjawab soalan
berkaitan Teori Graviti di dalam kelas di sebuah sekolah.
3. Rumah keluarga Aiman
✓ Di rumahnya, Aiman mengganggu adik-adiknya yang
sedang menyiapkan kerja sekolah.
✓ Aiman juga dimarahi dan dirotan oleh ayahnya di rumah
itu kerana suka menimbulkan masalah.
4. Planet bulan
✓ Ketika berhalusinasi, Aiman membayangkan dirinya
sampai di bulan setelah berlepas dari Stesen Angkasa
Antarabangsa. Di situ dia melihat muka bumi yang
gersang seperti padang pasir dan bercuaca panas.
Latar Masa 1. Zaman moden
❖ Pada zaman moden, sudah wujud Stesen Angkasa
Antarabangsa yang menjadi tempat angkasawan
menjalankan kajian.
2. Waktu tengah hari
❖ Aiman dilahirkan pada waktu tengah hari iaitu ketika
sang suria memuncaki ubun-ubun.
❖ Aiman ditegur oleh gurunya apabila dia mengganggu
Chee Keong. Waktu itu suria berkedudukan 90 darjah
tepat.
3. Waktu siang
❖ Pada akhir cerita, Aiman mendongak ke langit dan
ternampak awan berarak. Ketika itu dikatakan sang
surai terus setia memancarkan cahayanya.
1. Masyarakat remaja yang pintar dan bercita-cita
tinggi
✓ Aiman Aqil seorang murid yang pintar dan mempunyai
cita-cita yang tinggi untuk menjadi seorang angkasawan.
2. Masyarakat guru yang mendidik anak bangsa Latar
✓ Cikgu Faridah yang bekerja sebagai guru mendidik murid- Masyarakat
murid termasuk murid genius seperti Aiman Aqil. Beliau
mempunyai pengetahuan yang luas kerana berdepan
cabaran mendidik murid yang genius.
3. Masyarakat yang mementingkan pelajaran
✓ Babah menegur Aiman apabila dia mengganggu adik-
adiknya membuat kerja sekolah.
✓ Babah marah apabila Aiman ponteng sekolah.
4. Masyarakat ibu bapa yang berpendidikan tinggi
✓ Babah mempunyai latar belakang pendidikan dalam
kejuruteraan mekanikal manakala ibu Aiman pula sainstis
dalam bidang geologi.
5. Masyarakat ibu bapa yang tegas
✓ Babah tegas menjaga disiplin anak-anaknya. Aiman
sering dipukul kerana sering melawan dan memberontak.
6. Masyarakat sainstis dan penyelidik Latar
✓ Isaac Newton mencipta Teori Graviti, Neil Amstrong Masyarakat
merupakan agkasawan manakala Paul Broca pula pakar
anatomi dan antropologi.
NILAI
&
PENGAJARAN
Nilai 1. Nilai keazaman
Aiman Aqil mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menjadi seorang
angkasawan.
2. Nilai kerajinan
Aiman Aqil rajin menuntuk ilmu dan mempunyai pengetahuan sains
yang luas kerana minatnya yang mendalam dalam bidang tersebut.
3. Nilai berdisiplin
Babah sangat mementingkan disiplin dalam mendidik Aiman Aqil.
4. Nilai kesabaran
Aiman tetap sabar apabila dipukul dan dirotan oleh babah.
5. Nilai keinsafan
Aiman insaf apabila terdengan bisikan yang menasihatinya supaya
mendekatkan diri kepada Tuhan
FINDING YOUR CREATIVE NICHE | CHC 2020
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menjaga disiplin diri 2. Kita hendaklah bersabar apabila
baerhadapan dengan masalah/
Kita perlu menjauhi perbuatan ponteng sekolah cabaran
seperti yang dilakukan oleh Aiman Aqil kerana
akan merugikan diri dan menunjukkan bahawa Perasaan dendam Aiman terhadap ayahnya yang
kita tidak berdisiplin. selalu memukulnya tidak boleh diikuti kerana akan
menimbulkan kesan buruk. Sebaliknya, kita perlu
bersabar dan berusaha mengatasi masalah itu.
3. Kita hendaklah memupuk kasih 4. Kita perlu menghindari sikap
sayang dalam kalangan ahli keluarga. angkuh akan kelebihan yang
dimiliki.
Sebagai ketua keluarga, sikap babah yang bengis
dan kasar terhadap Aiman hendaklah dijauhi Sikap Aiman yang angkuh akan kepintarannya
kerana akan mempengaruhi pembentukan tidak perlu kita ikuti. Kita hendaklah bersyukur
peribadi anak-anak. Sebaliknya, setiap ahli kerana dikurniakan otak yang bijak dan
keluarga haruslah memupuk kasih sayang supaya seharusnya memberi tunjuk ajar kepada adik-
mereka hidup bahagia dan sejahtera beradik dan rakan yang lemah dalam pelajaran.
SEKIAN, TERIMA KASIH
Semoga bermanfaat.