BAHASA MELAYU
RUMUSAN
SITI SYUHAIBAH ZAHEDI
BAHAN 1
BAHAN 2
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN
1. Terdapat sekurang-kurangnya dua bahan yang diberikan dalam soalan.
2. Dalam setiap bahan mempunyai fokus (dahulu dikenali sebagai kata kunci).
3. Dalam sesuatu bahan boleh terdiri lebih daripada satu fokus.
4. Calon perlu menggunakan semua fokus semasa menulis pendahuluan.
5. Hanya isi tersurat sahaja yang perlu dicari oleh calon menerusi bahan-bahan
yang diberikan.
6. Terdapat 8 isi tersurat yang perlu dicari oleh calon daripada kesemua bahan.
7. Kesimpulan perlu ditulis dalam satu ayat yang mempunyai kaitan dengan tema,
cadangan dan kesan.
Bahan 1 : Petikan teks
Bahan 2 : Grafik
Rangka Rumusan
Bagaimanakah murid memindahkan
maklumat kepada rumusan yang lengkap?
✓ Calon perlu memilih 8 isi daripada Fokus
1 dan Fokus 2 dalam petikan teks serta
Fokus 2 drpd grafik.
✓ Contoh:
● 4 isi drp Fokus 1 dalam Bahan 1
● 2 isi drp Fokus 2 dalam Bahan 1
● 2 isi drp Fokus 2 dalam Bahan 2
✓ Kesimpulan – calon perlu menulis satu
ayat sahaja
✓ Mesti berkaitan dengan tema soalan,
cadangan serta kesan.
Contoh Jawapan Lengkap
Rumusan SPM KSSM
Rumusan membincangkan faktor-faktor murid kurang berminat dengan KOMSAS dan
cara-cara meningkatkan minat murid terhadap sastera.
Antara faktornya ialah subjek sastera tidak mempunyai masa depan yang cerah.
Berikutnya, peluang melayakkan diri untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam tipis.
Seterusnya, kursus yang ditawarkan dan peluang berkhidmat dalam bidang sastera agak terhad.
Usaha meningkatkan minat murid terhadap sastera termasuklah Kementerian
Pendidikan Malaysia menganjurkan kempen kesedaran tentang manfaat mempelajari KOMSAS.
Seterusnya, pihak sekolah perlu kreatif menganjurkan pelbagai pertandingan berkaitan sastera.
Tambahan lagi, pihak NGO seperti syarikat penerbitan menerbitkan lebih banyak karya sastera.
Malah, ibu bapa memberikan pendedahan tentang karya sastera kepada anak-anak sejak kecil.
Kesimpulannya, kerajaan perlu berusaha lebih giat meningkatkan minat murid
terhadap karya sastera supaya warisan bangsa ini tidak pupus ditelan zaman.
(120 patah perkataan)
SOALAN 2:
SINTAKSIS
Jom, kita cuba jawab!
SEKIAN,
TERIMA
KASIH