PEMAHAMAN
(PETIKAN KOMSAS)
SITI SYUHAIBAH BINTI ZAHEDI
TIPS CARA MENJAWAB
01 03
Baca petikan dan buat 3 markah = 2 isi
perbandingan 4 markah = 4 isi @ 2 isi
(berserta huraian)
02
04
Lihat markah untuk
menentukan jumlah isi Markah bahasa dinilai
secara impression
dalam jawapan
BAHAN 1
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Gurindam Beberapa Petua Hidup Silang Sengketa
Siapa menggemari silang sengketa,
Fikir dan Kata Kelaknya nanti berduka.
Kurang fikir, kurang siasat.
Tentu dirimu kelak tersesat. Silang selisih jangan dicari,
Jika tersua janganlah lari.
Fikir dahulu sebelum berkata,
Supaya terelak silang sengketa. Ilmu
Jikalau ilmu tiada sempurna,
Perkataan tajam jika dilepas, tiada berapa ia berguna.
Ibarat beringin, racun dan upas.
Ilmu kepandaian boleh dikejar,
Kalau mulut tajam dan kasar, Asal mahu rajin belajar.
Boleh ditimpa bahaya besar.
Za’ba
Antologi Sejadah Rindu,
KPM, 2015.
BAHAN 2
Sajak Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus Di awan kampus yang sarat ilmu
hadir sihir angin bernafas api
Kuhantar kau mengecapi angin baharu di pohon kampus yang tegar status
udara lain dari kampung bendang kuningmu berceracak selumbar noda mengabur fikir
bumantara asing dari yang sering kaumesrai di padang kampus yang hijau pertimbangan
yang sama sekali berbeza tumbuh gunung ego menghalau pekerti.
dengan suasana suntimu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu Pandai-pandailah kau terbang
memesrai azimat dan tangkal menongkah awan mulus dan kabus dingin
dari tangga gading. jangan kau pulang
dengan percikan duka dan balutan luka
Kulepaskan kau menjadi burung putih di sayapmu yang patah.
dengan sayap berkembang
menongkah awan perak dan kabut dingin Sazalee Yacob
mengenal kalimat hujan dan bilah petir Antologi Sejadah Rindu,
menyelit antara sembilu nasib
dan waras akal. KPM, 2015
BAHAN 3
Pantun Sahabat Sejati
Batang kelapa dibuat titi,
Lumpur paya jangan diredah;
Sahabat setia itulah sejati,
Terjalin mesra sangatlah indah.
Bunga mawar batang berduri,
Dipegang cermat terluka nanti;
Sahabat sejati sukar dicari.
Hargai dia jangan dikhianati.
Belikan saya daging sekati,
Turut dibeli ikan haruan;
Sahabat sejati saling menasihati,
Bertambah ilmu serta pengetahuan
SOALAN
i. Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud sarat ilmu.
[2 markah]
ii. Berdasarkan semua bahan, turut membicarakan tentang ilmu pengetahuan.
Nyatakan cara-cara untuk memperoleh ilmu pengetahuan berdasarkan setiap bahan.
[4 markah]
iii. Kebanyakan remaja lebih mudah mendengar nasihat daripada rakan-rakan, sebaliknya nasihat daripada ahli keluarga
sendiri kurang diendahkan.
Pada pendapat anda, mengapakah remaja mudah menerima nasihat daripada rakan-rakan berbanding dengan ahli
keluarga?
[3 markah]
iv. Sebagai seorang yang rapat dengan guru dari Unit Disiplin, anda selalu terdedah dengan maklumat berkaitan dengan salah
laku murid. Anda mempunyai cadangan untuk mengatasi masalah salah laku murid.
Nyatakan cadangan anda kepada guru dari Unit Disiplin.
[4 markah]
CARA MEMPEROLEH ILMU PENGETAHUAN
BAHAN 1 BAHAN 2 BAHAN 3
sekiranya kita rajin belajar dengan bersungguh- saling menasihati antara
sungguh menimba ilmu sahabat sejati
yang diajar di universiti
SEBAB REMAJA MUDAH MENERIMA NASIHAT DARIPADA KAWAN
remaja selalu menghabiskan masa Sesetengah ibu bapa sibuk bekerja dan
bersama dengan rakan – segala nasihat kurang berkomunikasi dengan anak-
dan tindakan rakan akrab lebih banyak anak - anak-anak sukar untuk
mempengaruhi tingkah laku mengikuti nasihat yang diberikan
CADANGAN MENGURANGKAN SALAH LAKU MURID
Guru perlu melihat latar belakang Guru memberikan motivasi kepada
keluarga murid - masalah berpunca murid - murid terdiri daripada
daripada keluarga dan guru perlu golongan yang lemah dalam akademik
bersemuka dengan ibu bapa bagi dan perlu bimbingan untuk lebih
mendapatkan penyelesaian. menghargai pelajaran.
JAWAPAN
i. Sarat ilmu bermaksud banyak pengetahuan.
[2 markah]
ii. Cara-cara untuk memperoleh ilmu pengetahuan berdasarkan Bahan 1 ialah ilmu pengetahuan boleh diperoleh sekiranya
kita rajin belajar. Bahan 2 pula, penyajak menyatakan ilmu diperoleh dengan bersungguh-sungguh menimba ilmu
yang diajar di universiti. Manakala menerusi Bahan 3, ilmu pengetahuan diperoleh dengan saling menasihati antara
sahabat sejati.
[4 markah]
iii. Pada pendapat saya, remaja mudah menerima nasihat daripada rakan-rakan berbanding dengan ahli keluarga kerana
remaja selalu menghabiskan masa bersama dengan rakan menyebabkan segala nasihat dan Tindakan rakan yang
akrab lebih banyak mempengaruhi. Sebaliknya, sesetengah ibu bapa pula sibuk bekerja dan kurang
berkomunikasi dengan anak-anak menyebabkan anak-anak sukar untuk mengikut nasihat yang diberikan.
[3 markah]
iv. Cadangan saya kepada guru dari Unit Disiplin ialah guru perlu melihat latar belakang keluarga murid kerana
kebanyakan masalah berpunca daripada keluarga dan guru perlu bersemuka dengan ibu bapa bagi mendapatkan
penyelesaian. Selain itu, guru memberikan motivasi kepada murid kerana kebiasaannya murid yang bermasalah
ini terdiri daripada golongan yang lemah dalam akademik dan perlu bimbingan untuk lebih menghargai pelajaran.
[4 markah]
PEMAHAMAN
(PETIKAN NOVEL)
PETIKAN NOVEL : SOALAN (i)
“Mak bercadang balik ke Sarawak lusa,” segugus suara ibunya menerjah telinga
Waheeda semasa bersantai di beranda malam itu. “Rimas mak duduk saja dalam dua
minggu ni. Runsing juga kat orang di Tajau Emas,” Raidah meluahkan isi hati. “Hal
Eda pun sudah selesai. Wajah Eda, syukur sangat-sangat. Memang ketara bezanya,”
kata Raidah sambil menancap raut wajah anak gadisnya.
“Wajah sememang manis ditambah pula kelopak mata cantik berlapis,
hidung mancung macam heroin Hindustan, sampai hilang kata-kata untuk memuji,”
Bazilah memuji ikhlas. Perasaan Waheeda berbunga dibuai pujian lunak rakannya
sekali gus melontar jauh konflik rendah diri yang menyelubunginya sekian lama.
“Orang dulu-dulu memuji hidung bak seludang mayang, pipi bak pauh dilayang,
memang banyak kiasnya,” Raidah mengimbau zaman mudanya. “Sekarang nak
banding pun orang tidak kenal apa pauh? Apa seludang?” getusnya
SOALAN & JAWAPAN
i. Nyatakan sebab-sebab Raidah mahu balik ke Sarawak.
Raidah mahu balik ke Sarawak kerana dia berasa rimas
duduk sahaja dalam tempoh dua minggu. Selain itu, dia
berasa runsing memikirkan orang yang berada di Tajau
Emas. Akhir sekali, hal yang berkaitan dengan anak
gadisnya, Waheeda telah selesai.
[4 markah]