PEMAHAMAN
(PETIKAN KOMSAS)
SITI SYUHAIBAH BINTI ZAHEDI
TIPS CARA MENJAWAB
01 03
Calon diminta membaca 3 markah = 2 isi
petikan dan membuat 4 markah = 4 isi @ 2 isi (berserta
perbandingan sebelum huraian)
menjawab soalan Huraian yang baik perlu menyatakan
SUKA (supaya/untuk/kerana/agar)
02
04
Calon perlu melihat markah
untuk menentukan jumlah Markah bahasa dinilai
isi dalam jawapan secara impression
BAHAN 1
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Hakim, cucu Kaduk ialah seorang yang terpelajar. Hal Hakim inilah yang hendak kuceritakan di sini.
Dia belajar hingga ke universiti, barangkali berkat namanya yang bermaksud bijaksana itu. Hakim
semakin sedar betapa banyaknya ketidakadilan yang sedang berlaku di sekelilingnya. Dunia ini
penuh dengan penganiayaan. Pengajiannya telah memberikan dia pencerahan terutama dalam kes
tanah datuknya yang telah terlepas ke tangan raja. Dia bercerita dan berbincang dengan sahabat
baiknya Azam, seorang mahasiswa jurusan undang-undang. Mereka bersetuju bahawa ini
merupakan satu penganiayaan dan mula mengatur strategi untuk menuntut hak yang dirampas.
Dipetik daripada cerpen “Kaduk, Ayam dan Raja”
oleh Zurinah Hassan
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
DBP, 2014
BAHAN 2
Gelanggang
Ini gelanggang kita Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
lima dekad yang lalu suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu hati nurani
di kemudian hari. kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.
Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat berpadu Elakkan pertelingkahan sesama sendiri
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai keturunan.
Onn Malini
Antologi Jaket Kuilt Kijang dari Istanbul, 2014
BAHAN 3
Pantun Ilmu
Pohon nyiur tumbuh berjajar,
Tegak pohon tinggi terlampai;
Barang siapa tekun belajar,
Tentu cita-cita akan tercapai.
Rusa berbintik hendak diburu,
Sayang sungguh tidak ketemu;
Andai cinta ilmu dan guru,
Tuntut ilmu janganlah jemu.
SOALAN
i. Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud menangkis tohmahan.
[2 markah]
ii. Berdasarkan semua bahan, tergambar kesungguhan pengarang berusaha mengingatkan pembaca agar menguasai ilmu
dan berhati-hati mengharungi kehidupan agar diri tidak tertipu.
Nyatakan kesungguhan pengarang berdasarkan bahan-bahan tersebut.
[4 markah]
iii. Karya sastera sarat dengan nasihat untuk dijadikan iktibar kepada pembaca.
Pada pendapat anda, mengapakah pengarang menitipkan nasihat menerusi karya yang dihasilkannya?
[3 markah]
iv. Generasi muda yang merupakan tunggak negara pada masa hadapan perlu menjaga diri dan menghargai masa. Malangnya,
anda mendapati ada sekumpulan remaja yang melepak saban malam di kawasan lapang tidak jauh dari rumah anda.
Sebagai remaja yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu untuk mengatasi masalah ini?
[4 markah]
SOALAN (II) : KESUNGGUHAN PENGARANG BERUSAHA MENGINGATKAN PEMBACA AGAR
MENGUASAI ILMU DAN BERHATI-HATI MENGHARUNGI KEHIDUPAN AGAR DIRI TIDAK
TERTIPU
BAHAN 1 BAHAN 2 BAHAN 3
Ilmu yang dipelajari berani menangkis mencapai cita-cita serta
membuatkan dia tahu tohmahan untuk mencintai ilmu dan guru
mengenai kes tanah mempertahankan maruah dengan menuntut ilmu
datuknya yang terlepas ke diri dan negara
tanpa jemu
tangan raja
SOALAN (III): SEBAB PENGARANG MENITIPKAN NASIHAT
MENERUSI KARYA YANG DIHASILKANNYA
sebelum era Internet, kebanyakan sesuatu karya dianggap berkualiti
masyarakat gemar membaca karya sekiranya berjaya menyuntik kesedaran
sastera - peluang digunakan oleh dan mengubah cara berfikir pembaca
pengarang secara tidak langsung
SOALAN (IV): CARA SAYA DAPAT MEMBANTU MENGATASI
MASALAH INI
Berbincang dengan persatuan
penduduk untuk mencari
penyelesaian masalah tersebut.
bersama-sama wakil penduduk yang Mencadangkan persatuan penduduk
disegani menemui kumpulan remaja mencari dana untuk membina
tersebut untuk menasihati mereka gelanggang yang sesuai supaya
agar pulang ke rumah dan mengisi golongan remaja boleh
masa dengan perkara yang berfaedah memanfaatkan masa dengan perkara
berfaedah
JAWAPAN
i. Menangkis tohmahan bermaksud menepis tuduhan.
[2 markah]
ii. Berdasarkan Bahan 1, pengarang menegaskan bahawa ilmu yang dipelajarinya membuatkan dia tahu mengenai kes
tanah datuknya yang terlepas ke tangan raja. Berdasarkan Bahan 2, pengarang mengingatkan kita supaya berani
menangkis tohmahan untuk mempertahankan maruah diri dan negara. Seterusnya, berdasarkan Bahan 3,
pengarang mahu kita tekun belajar untuk mencapai cita-cita serta mencintai ilmu dan guru dengan menuntut ilmu
tanpa jemu.
[4 markah]
iii. Pada pendapat saya, pengarang menitipkan nasihat menerusi karya yang dihasilkannya kerana sebelum era Internet,
kebanyakan masyarakat gemaar membaca karya sastera dan peluang itu digunakan oleh pengarang untuk
memberi nasihat secara tidak langsung. Seterusnya, sesuatu karya dianggap berkualiti sekiranya berjaya
menyuntik kesedaran dan seterusnya mengubah cara berfikir pembaca.
[3 markah]
iv. Usaha pertama yang saya lakukan ialah saya berbincang denga persatuan penduduk untuk mencari penyelesaian
masalah tersebut. Kemudian, saya bersama-sama wakil penduduk yang disegani akan menemui remaja tersebut
untuk menasihati mereka agar pulang ke rumah dan mengisi masa dengan perkara yang berfaedah. Selain itu, saya
juga akan mencadangkan agar persatuan penduduk mencari dana untuk membina gelanggang yang sesuai supaya
golongan remaja boleh memanfaatkan masa dengan beriadah seperti bermain futsal.
[4 markah]
PEMAHAMAN
(PETIKAN NOVEL)
TIPS CARA MENJAWAB
01 03
Baca dan fahamkan Kemukakan 3 isi untuk memperoleh
kehendak soalan terlebih markah maksimum (4 markah)
dahulu 04
02 Markah bahasa dinilai
secara impression
Baca petikan untuk
mengenal pasti jawapan
bagi soalan yang
dikemukakan
SOALAN (i)
“Perkara itu telah dibincangkan di peringkat atasan. Kami sengaja menghebahkan serangan akan dilakukan
melalui Singapura bagi mengelirukan musuh. Dengan ini kekuatan askar British akan bertumpu di Singapura,”
jawab Jeneral Yamashita.
“Baru saya faham, tuan,” kata Kuzuko.
“Awak masih muda dan baru keluar dari pusat latihan tentera. Banyak perkara yang perlu awak belajar.
Jangan segan bertanya,” kata jeneral yang berumur 45 tahun itu.
“Tuan telah mengirim ramai perisik ke Tanah Melayu bagi memberitahu penduduk tempatan bahawa
askar Jepun datang bagi membebaskan negara mereka daripada penjajahan British. Setelah British kita halau,
maka mereka akan memerintah negara mereka sendiri. Apa yang kita dapat daripada peperangan ini?” tanya
pembantunya ingin tahu.
“Itu juga satu helah peperangan ...,” jawab Jeneral Yamashita. “Harapan maharaja kita begitu tinggi untuk
memperluas tanah jajahan Jepun di Asia. Matlamat perjuangan kita untuk merampas kuasa dan memerintah
Tanah Melayu dengan menyebarkan berita kononnya kehadiran kita untuk menghalau British. Kita menjanjikan
kemerdekaan dengan semboyan “Asia untuk orang Asia” secara tidak langsung memberikan tanggapan baik
dalam kalangan penduduk Tanah Melayu untuk menerima kedatangan kita dengan mudah. Dengan sokongan
yang diperoleh itu, kita akan dapat mempengaruhi pemikiran mereka supaya terus menyokong perjuangan kita.
Hal ini memberikan peluang yang cerah kepada kita untuk bertapak dan berkuasa selama-lamanya di Tanah
Melayu,” katanya lagi.
JAWAPAN
Nyatakan strategi peperangan Jepun untuk berjaya dalam misi meluaskan kuasa.
Strategi peperangan Jepun untuk berjaya dalam misi meluaskan kuasa adalah
dengan menghebahkan bahawa serangan akan dilakukan melalui Singapura
bagi mengelirukan musuh agar askar British bertumpu di Singapura.
Seterusnya, pihak Jepun mengirim ramai perisik ke Tanah Melayu bagi
memberitahu penduduk tempatan bahawa askar Jepun datang untuk
membebaskan negara daripada penjajahan British. Di samping itu, Jepun juga
menabur janji kemerdekaan dengan semboyan “Asia untuk orang Asia” agar
penduduk Tanah Melayu menerima kedatangan mereka.
Terima Kasih.
Semoga mendapat manfaat
SITI SYUHAIBAH BINTI ZAHEDI