The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syaffiqsamsudin92, 2022-02-15 11:38:38

Asas Perkhemahan KRS

Asas Perkhemahan KRS

KEMAHIRAN ASAS PERKHEMAHAN

❑ Perkhemahan adalah aktiviti asas bagi kebanyakkan kegiatan
luar. Pada zaman dahulu, berkhemah merupakan cara hidup
bagi kaum-kaum Dayak Merah di Amerika Syarikat.

❑ Kini, aktiviti perkhemahan telah menjadi kegiatan riadah dan
sukan yang diminati ramai.

❑ Perkhemahan merupakan cara hidupdi persekitaran luar
rumah yang memerlukan seseorang melakukan aktiviti
kehidupan harian dengan menggunakan peralatan dan
bekalan makanan yang terhad.

 Berikut adalah keperluan dan pengurusan badan yang
perlu anda ketahui sebelum melakukan aktiviti
perkhemahan

 1. Kecergasan fizikal. Ini adalah merujuk kepada
kesihatan yang normal. Anda perlukan latihan fizikal
seperti berlari anak, bersenam, berenang, bersukan
akan memudahkan anda menjalankan aktiviti
kegiatan luar.

 2. Keperluan air. 60 peratus dari badan manusia adalah
air dan 83 peratus daripada darah manusia adalah air.
Secara kasar kuantiti air yang diperlukan oleh badan
ialah 2.5 liter ( 10 gelas air ). Jumlah ini akan meningkat
apabila anda membuat kerja berat atau berada di
tempat panas. Elakkan meminum air dengan terlalu
banyak ketika badan anda terlalu panas kerana ini
boleh membahayakan. Minumlah air dengan kadar yang
sedikit dahulu atau berehatlah sebentar sebelum
meminum air dengan kadar yang banyak. Jika didapati
peluh keluar terlalu banyak, minumlah air yang
dicampur dengan sedikit garam ( 1 gram untuk 1 liter
air ).

 3. Keperluan makanan. Jangan mulakan aktiviti fizikal dengan
perut kosong. Makanlah sedikit sebelum sesuatu aktiviti fizikal.
Mengabaikan keperluan makanan akan mengakibatkan
seseorang pengsan atau terlalu letih semasa aktiviti fizikal
dijalankan.

 4. Keperluan berehat. Badan manusia tidak boleh berkerja
terus- menerus apa lagi dalam kegiatan luar. Berehatlah pada
setiap kesempatan yang ada. Elakkan lewat tidur hingga larut
malam. Sewaktu dalam perjalanan sehari, rehat beberapa kali.
Masa yang sesuai untuk berehat adalah selama 10 minit.

 5. Keperluan perlindungan. Pakaian yang sesuai merupakan perlindungan
yang terbaik. Gunakan pakaian dan peralatan seperti khemah dan beg tidur
yang mempunyai penebat yang baik jika berkhemah di cuaca sejuk.
Hindarkan diri dari angin dan hujan. Jangan tidur dengan pakaian basah.
Peluh hendaklah dilap segera dari badan jika berehat di kawasan sejuk.
Alas tempat tidur supaya udara sejuk dari bumi dapat disekat. Kebersihan
dan kesihatan diri hendaklah dijaga.

 6. Keperluan psikologi. Keperluan ini berbentuk kerohanian dan kejiwaan.
Dedahkan peserta dengan aktiviti yang menyeronokkan. Perkara yang
dapat membantu keseronokan adalah pemandangan alam semulajadi,
gunung-ganang air terjun dan pelbagai panorama lagi. Lakukan kegiatan
yang sesuai seperti mengambil gambar, mengkaji atau penghayatan alam.
Pastikan kemampuan peserta apabila melakukan aktiviti yang mencabar.
Bagi meredakan tekanan mental setelah penat, aktiviti bercorak hiburan
juga boleh membantu. Semangat setiakawan dan tolong menolong juga
boleh membantu menaikkan semangat seseorang.

Peralatan perkhemahan

1. Khemah
 i. Khemah berangka (frame tent) – berat , lasak , besar
 ii. Khemah rabung – bentuk A atau iglu , dome
 iii. Khemah ringkas – poncho dan hammock

 a) Khemah rabung b) Khemah berangka

 Rajah 1: Bentuk khemah

2. Beg galas / pek ( pack). Susunan barang di dalam pek
adalah bergantung kepada aktiviti yang hendak di jalankan.
Untuk aktiviti di kawasan yang rata, barang ringan seperti
beg tidur hendaklah dimuatkan dibawah sekali dan bahan
berat seperti bahan makanan di sebelah atas. Bagi kawasan
lereng curam seperti mendaki, barang berat hendaklah
diletak ditengah-tengah pek, sementara barang ringan di
bahagian yang bertentangan dengan belakang pengguna. Ini
bertujuan mengimbangkan badan dan menjimatkan tenaga.
Semua barang hendaklah diisi dalam pek. Jangan biarkan
ada barang yang tergantung atau terbuai-buai. Ini akan
mengganggu semasa kita bergerak. Tentukan muatan
sebelah kiri dan kanan sama berat.

3. Beg tidur. Beg tidur sesuai sekiranya kita
berekreasi di kawasan tinggi atau sejuk

 4. Perkakasan memasak. Perkakasan memasak biasanya
adalah alatan kumpulan. Dapur yang biasa digunakan adalah:

 a. Dapur gas untuk berkhemah

 b. Dapur minyak atau dapur spirit

 C. Dapur api menggunakan solid feul atau kayu api

 Selain itu bekas untuk memasak lain juga perlu dibawa seperti
kuali, periuk, mess tin, bekas air, sudu dan garpu dan
sebagainya.

a) Dapur gas b) Dapur minyak c) Dapur solid feul
Rajah 2 : Jenis dapur 5.

5. Lampu suluh. Setiap individu hendaklah
membawa bersama lampu suluh untuk
kegunaan bergerak, aktiviti atau kecemasan.

6. Lampu malam. Lampu malam yang biasa
digunakan adalah jenis harikan atau lampu
gas.

Rajah 3 : Jenis –jenis Lampu

7. Alat perubatan. Alat perubatan yang perlu dijadikan
sebagai alat individu. Berikut adalah panduan
perubatan untuk aktiviti sekitar tujuh hari:

i. Satu tiub ubat sapu antibiotik.

ii. 10 – 20 pil pereda kesakitan seperti Panadol,
aspirin

iii. 10 – 15 pil anti cirit-birit.

iv. 10 biji pil multivitamin ( sebiji sehari )

v. 10 biji pil vitamin C 500 mg. ( sebiji sehari )

vi. 20 – 30 pil pelali air ( sebiji untuk satu liter air )

vii. Satu botol losyen perawat calar kulit atau gigitan
serangga.

viii. Dua hingga tiga pil anti malaria ( seminggu sekali).

 8. Bahan kimia. Belerang kuning adalah sesuai untuk mencegah ular,
serangga dan binatang yang merayap. Ia ditabur sekitar kawasan khemah.
Terdapat juga jenis yang disapu pada kulit seperti Tabard dan krim
pelindung kulit.

 9. Alat ikhtiar hidup. Alat ini adalah penting untuk mereka yang
mengadakan aktiviti yang jauh terpencil dan memakan masa yang
lama.Alat tersebut hendaklah dibungkus dalam bekas khas dengan padat,
kuat dan tidak boleh dimasuki air. Alat yang dicadangkan ialah :

 i. Bahan masakan segera untuk keperluan 24 jam
 ii. Garam halus 100 gram
 iii. Mata pancing (tiga bentuk bersaiz kecil)
 iv. Tali pancing (2 utas x 3 meter)
 v. Mancis api (satu kotak )
 vi. Aluminium foil (saiz surat khabar)
 vii. Seutas tali untuk buat jerat (3 meter)
 viii.Sebatang lilin
 ix. Sedikit ubat-ubatan jika perlu.

 10. Alat Isyarat. Selain lampu, alat isyarat lain yang boleh digunakan ialah
wisel. Wisel hendaklah dipasang tali supaya tidak mudah hilang.

 11. Alat kegunaan am. Pisau, parang, pembuka tin, penyodok hendaklah
dibawa mengikut keperluan kumpulan.

 12. Mancis api. Setiap individu hendaklah menbawa mancis atau pemetik
api walaupun ia tidak merokok. Ia hendaklah dibungkus di dalam kampit
plastik agar tidak basah apabila terkena hujan.

 13. Alat jahitan. Ia digunakan untuk menjahit pakaian, pek atau kasut yang
koyak.

 14. Kampit plastik. Ia digunakan untuk menyimpan makanan, melindungi
alatan daripada basah, membuang sampah, membungkus pakaian basah
atau kotor apabila pulang, membuat pelampung.

 15. Alat tulis. Segala kejadian/peristiwa/maklumat penting hendaklah
dicatatkan. Buku yang baik haruslah mempunyai nombor telefon
kecemasan ahli, alamat ahli dan sebagainya untuk dihubungi jika berlaku
kecemasan. Alat tulis hendaklah di simpan dengan baik dalam kampit
plastik agar tidak basah dan rosak.

 16. Jam tangan. Tentukan ianya kalis air dan lasak. Jam tangan
adalah penting untuk mengetahui waktu dengan tepat. Ia juga
boleh digunakan untuk menganggar jarak perjalanan.

 17. Tali rafia. Tali ini diperlukan untuk membuat ampaian,
mengikat barang dan membuat tali sempadan kawasan
khemah. Tali rafia agak sesuai kerana ianya ringan dan murah.

 18. Alatan peribadi. Berus gigi, ubat gigi, sabun, sikat, pakaian
secukupnya. Seluar pendek adalah tidak sesuai untuk aktiviti
yang memerlukan berkhemah di dalam hutan.

 19. Alatan khusus. Ia bergantung kepada bentuk aktiviti yang
hendak dijalankan. Contohnya Kompas dan peta untuk aktiviti
pandu arah , kelengkapan abseiling untuk aktiviti mendaki,
peralatan menyelam untuk aktiviti scuba dan sebagainya.

20. Bekalan makanan.

 Terdapat sekurang-kurangnya tiga cara untuk
menentukan kuantiti bahan makanan yang hendak
dibawa.

 i. Cara menu. Menu lengkap hendaklah difikirkan dari
hari pertama hingga hari terakhir kegiatan.

 ii. Cara had berat. Cara ini memerlukan kepakaran. Ia
menggunakan kaedah berat dalam menentukan
jumlah makanan seseorang. Seseorang dihadkan
sekitar 900 gram bahan makanan sehari dengan nilai
kalorinya sebanyak 3 500.

 iii. Cara anggaran kasar. Cara ini paling mudah dan
mudah pula berlaku kesilapan makanan tidak
mencukupi

 Sebagai panduan kasar, berikut ialah sukatan yang
mencukupi untuk sekali makan / minum bagi satu
orang :

 Beras - 150 gram atau setengah tin susu saiz kecil.

 Gula - 20 – 40 gram atau 1 – 2 sudu besar.

 Kopi / Teh - Satu sudu kecil ( satu uncang boleh
digunakan dua kali )

 Sardin - setengah tin kecil

 Mi segera - 1 kampit.

 Biskut - 4 – 6 keping.

 Roti - 2 – 4 keping.

 Quaker oats - 3 – 4 sudu.

Cara-cara memasang khemah
1. Khemah hendaklah didirikan di atas tapak yang
sesuai dan selamat.

 2. Jika memasang khemah ketika angin kuat,
tentukan supaya bahagian belakang khemah yang
menghadap angin. Sekiranya sebaliknya. Angin akan
memasuki khemah dan ini menyukarkan keadaan.

 3. Gunakan kayu yang panjang mengantikan
paku/pancang khemah jika mendirikan khemah di
pasir, tanah lembut atau kawasan berangin.

 4. Kedudukan pancang hendaklah bersudut tepat dengan tali
khemah.

 5. Bersihkan tapak khemah daripada sampah dan objek yang
mengganggu seperti kayu dan batu.

 6. Apabila hujan, kendorkan tali khemah sedikit. Ini untuk
memanjangkan hayat khemah. Pastikan lapisan luar khemah
tidak bersentuh dengan lapiran dinding dalam khemah. Ini
untuk mengelakkan air dari meresap ke dalam khemah.

 7. Jarak antara khemah jangan terlalu dekat sehingga
menyukarkan pergerakan. Jangan pula terlalu jauh sehingga
menyukarkan perhubungan.

 8. Kawasan tapak perkhemahan hendaklah dicari dua hingga
tiga jam sebelum hari gelap terutamanya di kawasan
pergunungan

 9. Ciri-ciri pemilihan tapak perkhemahan adalah seperti berikut
:

 i. Tanah yang rata.
 ii. Ada perlindungan dari bukit atau pokok supaya tidak

terdedah dari ancaman angin.
 iii. Dekat dengan punca air

iv. Boleh mendapat sinaran cahaya matahari di waktu pagi
 v. Mempunyai hubungan yang baik dengan denai supaya

mudah untuk bergerak diwaktu kecemasan.

 10. Langkah-langkah untuk memasang khemah adalah
seperti berikut:

 i. Tutup semua pintu khemah sekiranya khemah mempuyai
zip.

 ii. Bentangkan khemah di atas tapak yang telah dipilih.
 iii. Pancangkah disetiap penjuru khemah dengan pancang

yang disediakan atau kayu pancang. Pastikan lantai khemah
(groungsheet) dalam keadaan tegang.
 iv. Pasangkan tetulang khemah sekiranya khemah
mempunyai tetulang yang disediakan.
 v. Angkat atap khemah setelah tetulang dipasang.
 vi. Pasangkan atap lapisan kedua (flysheet). Pancangkan
dengan kemas agar atap lapisan kedua tidak menyentuh
atap khemah lapisan pertama. Atap khemah lapisan
pertama biasanya diperbuat dari kain telap air manakala
flysheet biasanya diperbuat dari plastik agar ia kalis air.

Rajah 4 : Kedudukan flysheet dan atap pertama khemah

11. Larangan untuk tujuan keselamatan :

i. Jangan berkhemah terlalu dekat dengan sungai atau anak
sungai.

ii. Elakkan mendirikan khemah dikawasan lalang, semak
samun dan belukar. Kawasan tersebut biasanya banyak
serangga dan binatang merayap.

iii. Elakkan berkhemah di atas tanah lembap.

iv. Elakkan berkhemah di tebing yang tinggi dan curam.

v. Jangan mendirikan khemah dibawah dahan mati

vi. Jangan mendirikan khemah di atas denai binatang.

vii. Jangan terlalu dekat dengan curam bukit untuk mengelakkan
tanah runtuh.

Aktiviti perkhemahan.

Aktiviti perkhemahan biasanya merujuk kepada aktiviti rekreasi
yang meliputi aktiviti-aktiviti seperti mengembara, berkhemah,
mendaki gunung, kayak dan sebagainya.

Aktiviti perkhemahan biasanya bersifat aktif dan mempunyai
cabaran dan risiko tertentu dan memerlukan ketahanan
mental dan fizikal. Aktiviti perkhemahan boleh dibahagi
kepada tiga kategori iaitu:

i. Berpusat di darat meneroka gua
berkhemah mengembara
mendaki gunung berbasikal
memburu flying fox
absailing

 ii. Berpusat di air
 a. berkayak
 b. scuba diving
 c. luncur layar
 d. berakit

 iii. Berpusat di udara
 a. payung terjun
 b. wind glider

 Selain dari aktiviti di atas kita juga menjalankan aktiviti
lawatan seperti lawatan keperkampungan orang asli, tempat-
tempat bersejarah, santuari burung, aktiviti berkumpulan,
permainan, persembahan malam budaya dan sebagainya.


Click to View FlipBook Version