The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Asas Ikhtiar Hidup KRS untuk sekolah menengah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syaffiqsamsudin92, 2021-08-05 04:20:26

Asas Ikhtiar Hidup KRS

Asas Ikhtiar Hidup KRS untuk sekolah menengah

Keywords: KRS,Ikhtiar Hidup

ASAS IKHTIAR
HIDUP

KRS

KEMAHIRAN IKHTIAR HIDUP

• Teknik yang digunakan dalam keadaan yang
merbahaya (natural disaster) untuk
menyelamatkan diri sendiri ataupun orang lain.

• Teknik-teknik ini bertujuan untuk menyediakan
keperluan asas kehidupan manusia iaitu air,
makanan, tempat tinggal, habitat, keupayaan
untuk berfikir, memberi isyarat, mengembara
dengan selamat, mengelakkan interaksi yang
tidak selamat dengan binatang dan
menyembuhkan apa-apa kecederaan.

SITUASI IKHTIAR HIDUP

• Kehabisan bekalan makanan dan minuman.
• Ancaman binatang.

• Masalah perlindungan.
• Lain-lain situasi ikhtiar hidup dapat dicegah

daripada berlaku melalui perancangan dan
persiapan dengan teliti dan menyeluruh sama

ada dari segi mental
(pengetahuan),fizikal(kecergasan,stamina),
teknikal (kemahiran) dan material(peralatan,

pakaian dan bekalan)

PUNCA SITUASI IKHTIAR HIDUP

• Punca utama ialah kelalaian manusia itu
sendiri sama ada di peringkat perancangan,
persiapan atau pun peringkat perlaksanaan
aktiviti.

• Kurang pengetahuan dan kemahiran adalah
kelemahan yang sepatutnya tidak berlaku jika
ingin melakukan aktiviti luar

KAEDAH SURVIVAL

5 ELEMEN UTAMA
DALAM IKHTIAR
UNTUK HIDUP

FIRE (API) FOOD & DRINK SHELTER
(MAKANAN & (TEMPAT
MINUMAN) PERLINDUNGAN)

SIGNALLING FIRST AID
(MEMBERI
ISYARAT)

FIRE (API)

• Api juga digunakan sebagai isyarat untuk
memberitahu kepada orang lain tentang
kedudukan survivor semasa berada dalam
hutan.

• Api juga berfungsi sebagai pemanas badan
dan elemen untuk melindungi survivor
daripada diancam binatang buas daripada
mendekati tapak perlindungan mereka.

FOOD & DRINK (MAKANAN &

MINUMAN)

• Bagi survivor yang sudah merancang perjalanan,
jimatkan penggunaan makanan dan minuman.

• Bekalkan makanan yang ringkas tetapi berprotein,
bertenaga, dan berglokosa tinggi untuk menyimpan
tenaga dalam badan.

• Jika kehabisan bekalan makanan/air pastikan memakan
makanan tumbuhan liar yang anda pasti sahaja kerana
ditakuti makanan tersebut beracun dan tidak sesuai.

• Elakkan juga minum air yang dikeluarkan dari badan
seperti peluh dan kencing.

Ujian Tumbuh - Tumbuhan

1. Menghidu
2. Gatal-gatal kulit
3. Bibir , lidah dan mulut
4. Menelan sedikit
5. Makan sedikit

FOOD & DRINK (MAKANAN &
MINUMAN)

TINDAKAN JIKA TERMAKAN TUMBUHAN
BERACUN

• Muntahkan tumbuhan tersebut dengan cepat
• Minum air bersih yang telah di masak
• Makan sedikit arang kayu untuk mengeluarkan

keracunan dalam badan
• Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Tumbuhan yang boleh dimakan

Daun semanggi Begonia Pohpohan

Paku sayur Buah Rotan Rebung

SHELTER (TEMPAT PERLINDUNGAN)

• Tempat untuk melindungi diri daripada panas
matahari, cuaca sejuk, hujan dan angin.
Pilih tempat berteduh yang sesuai, utamakan
sumber alam semulajadi seperti gua untuk
tempat tinggal agar dapat mengurangkan
penggunaan tenaga.

SHELTER (TEMPAT PERLINDUNGAN)

MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN

• Bahan bahan yang digunkan seperti kayu,tali dan daun untuk membuat
atap.

• Senang didapati di kawasan tersebut.
• Selamat dari binatang-binatang liar dan serangga yang berbahaya.
• Selamat bencana alam seperti tanah runtuh, banjir dan pokok-pokok yang

mati.
• Berhampiran daripada sumber air supaya senang didapati.
• Selesa untuk kita tidur dan rehat bagi jangka masa yang dirancang.

Tempat perlindungan

SIGNALLING (MEMBERI ISYARAT)

• Dalam keadaan genting dan sukar, survivor
boleh menggunakan lampu suluh, penanda
berwarna cerah, wisel,pemancar cahaya
keselamtan (emergency strobe) dan cermin
untuk menarik perhatian.

• Sekiranya tidak ada alatan ini, nyalakan
unggun api dalam susunan segi tiga yang
menandakan anda dalam keadaan
memerlukan pertolongan.

FIRST AID

• First Aid bukan sahaja memberi bantuan semasa
kecederaan malahan ia merupakan tindakan asas
ikhtiar untuk terus hidup dalam keadaan
terancam dengan keadaan sekeliling.

• Gunakan kaedah STOP sekiranya berlaku
kecemasan :

S - SEATING
T - THINKING
O - OBSERVER
P - PLANNING

JENIS – JENIS SURVIVAL

Jenis dan keadaan survival boleh kategorikan
dalam 4 bahagian.

• Jungle survival
• Sea survival

• Desert survival
• Antartic survival

ALATAN-ALATAN UNTUK
IKHTIAR HIDUP

MAKANAN

PERUBATAN

ALAT
KEGUNAAN

MAKANAN

• Makanan ikhtiar hidup hendaklah dari jenis
yang ringan dan mudah dimasak serta
mempunyai nilai kalori yang tinggi.

• Kuantiti yang diperlukan kira-kira mencukupi
bagi keperluan selama 24 jam.

• Cadangan-2 keping coklat,2 bungkus sup
segera,4 sudu quaker oat, dan sebungkus
garam 40gm.

PERUBATAN

• 5 pil anticirit-birit
• 1 pil antimalaria
• 1 set alat khusus patukan ular
• 4 pil paracetamol/panadol/ponston
• 10 biji antibiotic
• ubat luka
• ubat sapu antibiotic

dan lain-lain lagi.

ALAT KEGUNAAN

• Alat-alat kegunaan ini terdiri daripada alat-alat yang
boleh membantu usaha-usaha tertentu. Alat-alat ini
hendaklah ringan dan bersaiz kecil. Antara alat-alat
yang sesuai:

• 2 utas tali pancing(tiap-tiap satu sepanjang 3 m)
• 3 bentuk mata kail/mata pancing ukuran kecil
• 2 utas tali untuk membuat jerat(tiap-tiap satu

sepanjang 3m)
• 1 @2 batang lilin-1 kotak mancis api/1 pemetik api
• 1 cermin muka kecil (sebagai isyarat menarik

perhatian)

CONTOH GAMBAR

KESIMPULAN

Ikhtiar hidup bukan hanya untuk berusaha untuk
terus hidup sahaja namun berusaha untuk
keluar dari keadaan tersebut didalam
menjalankan pengembaraan di dalam hutan.
Sekiranya tersesat, ilmu ikhtiar hidup adalah
perlu digunakan supaya kita tidak tersesat dalam
hutan atau terpisah dari kumpulan. Rintangan
cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut
jadual dan terselamat dalam nahas udara atau
laut.


Click to View FlipBook Version