The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syaffiqsamsudin92, 2021-05-18 07:51:57

JAWAPAN BUKU TEKS GEO TING 3

JAWAPAN BUKU TEKS GEO TING 3

Keywords: JAWAPAN,GEOGRAFI F3

Jawapan

Bab 1: Jadual dan Graf

Latih Diri A

Data atau maklumat yang dipersembahkan dalam bentuk jadual akan lebih mudah dibaca,
difahami dan ditafsir.

Latih Diri B

1. (a) Menggunakan garisan untuk menunjukkan perubahan sesuatu perkara bagi satu
tempoh masa.

(b) Sesuai digunakan untuk menunjukkan sesuatu perkara yang mengalami perubahan
jumlah atau nilai yang berterusan.

2. (a) Merupakan gabungan graf bar dan graf garisan.
(b) Menunjukkan dua maklumat yang berlainan dalam satu graf.

3. Aspek Graf bar mudah Graf gabungan
Ciri-ciri
Terdiri daripada paksi menegak, Menunjukkan dua maklumat yang
Kegunaan paksi mendatar, tajuk dan petunjuk berlainan dalam satu graf

Menunjukkan perbezaan antara Menunjukkan perubahan atau
komponen yang dikaji perbezaan antara dua perkara yang
saling berkaitan

Latih Diri C

1. Data atau maklumat yang diperoleh harus disusun dalam bentuk jadual supaya mudah
dibaca, difahami dan ditafsir.
2. Bina jadual kekerapan.
3. Ringkaskan jadual dalam bentuk yang lebih mudah.

Latih Diri D

1. Perubahan jumlah hujan, jumlah pengeluaran sesuatu barangan, jenis hobi murid dan
jenis pekerjaan.

*Terima jawapan murid yang munasabah
2. (a) Lukis paksi mendatar dan paksi menegak. Kemudian, pilih skala yang sesuai untuk

paksi menegak.
(b) Tandakan skala pada paksi menegak dan lukis bar-bar mengikut komponen.

Ketinggian bar adalah mengikut bilangan atau kekerapan sesuatu komponen.

(c) Lorek atau warnakan setiap bar menggunakan warna yang berlainan. Kemudian,
labelkan paksi mendatar, paksi menegak, skala graf bar dan tajuk ringkas serta
sediakan petunjuk bagi setiap bar.

3. (a) Lukiskan paksi mendatar dan paksi menegak.
(b) Pilih skala yang sesuai berdasarkan nilai minimum dan nilai maksimum pada paksi

menegak.
(c) Tandakan ketinggian atau nilai dan lukis bar mengikut ketinggian yang telah

ditandakan.
(d) Lengkapkan graf dengan tajuk, label dan petunjuk yang sesuai.

Latih Diri E

Langkah-langkah untuk mentafsir jadual, graf bar mudah, graf garisan dan graf gabungan
adalah seperti berikut:
1. Perhatikan tajuk.
2. Perhatikan maklumat di dalam jadual.
3. Perhatikan paksi menegak dan paksi mendatar.
4. Kenal pasti dan huraikan nilai maksimum dan minimum data.
5. Huraikan aliran perubahan data (graf garisan mudah).
6. Huraikan isi tersirat berdasarkan data.
7. Buat rumusan secara keseluruhan.

Cabaran Minda

1. Ciri-ciri:
(a) Mempunyai tajuk, data dan maklumat serta sumber yang bersesuaian
Kegunaan:
(a) Data dan maklumat dalam jadual digunakan untuk menghasilkan graf mengikut

kesesuaian
(b) Digunakan untuk melihat perubahan dan pertalian antara dua set maklumat

2. Graf bar mudah Graf garisan mudah Graf gabungan
Ciri-ciri: Ciri-ciri: Ciri-ciri:
(a) Graf dilukis secara (a) Merupakan gabungan
(a) Graf terdiri daripada
paksi menegak, paksi garisan yang panjang graf bar mudah dan
mendatar, tajuk dan (b) Garisan yang curam graf garisan
petunjuk (b) Menunjukkan dua
menggambarkan maklumat yang
(b) Bar-bar dilukis secara perubahan yang berlainan dalam satu
menegak atau besar manakala graf
mendatar garisan yang landai Kegunaan:
menggambarkan (a) Menunjukkan
Kegunaan: perubahan yang kecil perubahan atau
(a) Graf digunakan untuk Kegunaan: perbezaan antara dua
(a) Graf menggunakan perkara yang saling
mempersembahkan garisan untuk berkaitan
data yang boleh dikira menunjukkan
seperti orang, kereta,
rumah dan lain-lain

Graf bar mudah Graf garisan mudah Graf gabungan

(b) Digunakan untuk sesuatu perkara yang (b) Sesuai digunakan
menunjukkan mengalami perubahan untuk data dan
perbezaan antara jumlah atau nilai yang maklumat seperti:
komponen yang dikaji berterusan - Suhu dan hujan
(b) Data yang - Harga jualan dan
dipersembahkan pengeluaran
menggunakan graf
garisan ialah maklumat
min suhu bulanan,
perubahan penduduk,
jualan barang atau
produk, pengeluaran
hasil tanaman dan lain-
lain

3. (a) Jumlah penduduk
(b) Jumlah hasil pengeluaran tanaman
(c) Jumlah pengeluaran barang

4. Terdapat beberapa kaedah boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat. Antaranya
ialah kaedah pemerhatian dengan cara melihat dan mencatat perkara-perkara yang
berkaitan dengan maklumat yang hendak dikumpulkan, temu bual untuk mengumpul
maklumat secara lisan melalui perjumpaan atau soal jawab dengan seseorang, banci
pula melalui kaedah dengan cara mengumpul maklumat yang berkaitan dengan sesuatu
jumlah yang dihitung, kaedah soal selidik melalui pengedaran borang soal selidik kepada
orang ramai dan kaedah data sekunder, iaitu mengumpul maklumat dengan merujuk
bahan-bahan yang sudah diterbitkan.

5.

Hobi Murid Tingkatan 3 Mawar

Bilangan PETUNJUK
murid Mengumpul setem
Membaca
14 Mendengar muzik
12 Melukis
10 Bersukan

8 Hobi
6

4
2
0

6.

Hasil Jualan Bulanan Sayur-sayuran di Kedai Sri
pada Tahun 2017

Jualan (RM)

600 Bulan
500
400
300
200
100

0J F M A M J J O S O N D

(a) Februari (b) RM1 000
(c) RM3 800 (d) RM460

7. (a) Fungsi graf gabungan adalah untuk menunjukkan dua maklumat yang berlainan
melalui hasil gabungan antara graf garisan dan graf bar ke dalam sebuah graf.

(b) Jumlah Hujan Bulanan dan Min Suhu Bulanan
di Kuching, Sarawak pada Tahun 2017

Hujan (mm) Suhu (C°)

30

700 25

600 20

500 15

400 10

300 5

200 0

100

0J F M A M J J O S O N D
Bulan

Graf gabungan menunjukkan taburan hujan dan min suhu bulanan di Kuching,
Sarawak pada tahun 2017. Didapati taburan hujan yang paling tinggi dicatatkan
pada bulan Januari, iaitu sebanyak 669 mm diikuti bulan Februari, iaitu sebanyak
519 mm. Seterusnya, taburan hujan yang sederhana adalah pada bulan Mei dan

Ogos manakala taburan hujan yang sedikit adalah pada bulan Julai, iaitu sebanyak
194 mm. Bagi min suhu pula, hampir kesemua bulan adalah sekata dan suhu yang
paling tinggi direkodkan adalah pada bulan Mei, iaitu sebanyak 27.8°C.
Boleh dikatakan jika taburan hujan sangat tinggi pada bulan tersebut maka
keadaan suhu juga berubah ke tahap yang rendah. Hal ini menunjukkan jumlah hujan
mempengaruhi keadaan suhu sekeliling. Jika hujan berkurangan maka sebaliknya
akan berlaku. Kuching, Sarawak mengalami Monsun Timur-Laut dari bulan November
hingga Februari. Hal ini menyebabkan taburan hujan pada bulan Januari adalah
tinggi.
Kesimpulannya, jumlah taburan hujan dan min suhu bulanan di Kuching,
Sarawak hampir sekata pada setiap bulan. Kuching, Sarawak juga tidak mempunyai
musim yang kering atau ketiadaan hujan kerana setiap bulan mempunyai catatan
hujan yang sekata.


Bab 2: Carta Pai

Latih Diri A

1. Carta pai ialah sejenis gambar rajah atau perwakilan grafik untuk memaparkan
pembahagian atau pecahan data dan maklumat dalam bentuk bulatan yang dibahagikan
kepada beberapa sektor.

2. Setiap sektor mewakili maklumat tertentu, saiz sudut setiap sektor berdasarkan kuantiti
maklumat, nilai setiap sektor dinyatakan dalam peratus, nilai keseluruhan bulatan adalah
360° yang mewakili 100%, mempunyai tajuk dan petunjuk.

Latih Diri B

1. jangka lukis, jangka sudut
2. arah, terbesar, terkecil

Latih Diri C

Mengenal pasti tajuk, mengenal pasti sektor, menyatakan nilai keseluruhan dan nilai
setiap sektor, menyatakan nilai sektor tertinggi dan terendah, menyatakan perbezaan nilai
antara sektor, menghuraikan isi tersirat berdasarkan dapatan data dan membuat rumusan
keseluruhan.

Cabaran Minda

1. (a) Tajuk (c) Label nilai sektor
(b) Petunjuk (d) Jumlah

2. (a) 7 (c) 4 (e) 3 (g) 5
(b) 1 (d) 2 (f ) 6

3.

Insiden Keselamatan Siber pada Tahun 2016

5% PETUNJUK
7% Penipuan
7%
Pencerobohan
50% Spam

31% Gangguan siber

Perisian jahat
(malware)

Jumlah aduan: 7 906

Carta pai menunjukkan insiden keselamatan siber yang dilaporkan pada tahun
2016, iaitu penipuan, pencerobohan, spam, gangguan siber dan perisian jahat (malware).
Jumlah keseluruhan aduan adalah sebanyak 7 906. Jumlah aduan bagi insiden penipuan
adalah sebanyak 3 921 (50%), pencerobohan sebanyak 2 476 (31%), spam sebanyak 545
(7%), gangguan siber sebanyak 529 (7%) dan perisian jahat (malware) sebanyak 435 (5%).
Jumlah peratus aduan yang tertinggi adalah bagi insiden penipuan manakala jumlah
peratus aduan yang terendah adalah bagi insiden perisian jahat (malware). Perbezaan
peratus dan jumlah aduan antara insiden penipuan dan perisian jahat (malware) adalah
sebanyak 45%, iaitu 3 486 aduan.

Penipuan dalam talian menjadi kes paling banyak berlaku disebabkan oleh kegiatan
perniagaan secara atas talian yang meningkat. Penipuan ini melibatkan pembelian
barangan serta perbankan. Sebagai rumusan, penipuan adalah insiden keselamatan siber
yang menerima aduan yang tertinggi pada tahun 2016.

Bab 3: Pengaruh Persekitaran Fizikal terhadap Kepelbagaian
Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar

Latih Diri A

1. Bentuk muka bumi
2. Saliran
3. Tanih
4. Iklim

Latih Diri B

1. (a) Dataran Manchuria
(b) Lembangan Murray

2. (a) Martens
(b) Mink
(c) Lynx

Cabaran Minda

1. (a) 3 (c) 3 (e) 3 (g) 5 (i) 3
(b) 5 (d) 3 (f ) 3 (h) 5

2. Iklim Monsun Iklim Gurun Panas Iklim Siberia Iklim Laurentia
Tropika
Unta Lynx Wood duck
Gajah Tikus gurun Karibu Beaver
Tapir Kala jengking Lemming Chipmunk
Orang utan Musang fennec Beruang coklat Pokok maple
Harimau Pokok kasar Pokok sprus Pokok yellow birch
Pokok merbau Pokok akasia Pokok fir Pokok beech
Pokok seraya Pokok kurma Pokok cedar Pokok fir
Pokok cengal Kaktus Pokok larch
Pokok meranti

3. Jenis tanih Jenis Jenis hidupan liar
tumbuh-tumbuhan

(a) Tanih aridisols i. Pokok kaktus i. Oryx
ii. Pokok akasia ii. Unta

(b) Tanih latosol i. Pokok jati i. Gajah
ii. Pokok cendana ii. Harimau

(c) Tanih terra rossa i. Rosemary i. Rusa
ii. Lavender ii. Musang

(d) Tanih chernozem i. Indian grass i. Badger
ii. Buffalo grass ii. Saiga antelope

(e) Tanih podzol i. Pokok pain i. Moose
ii. Pokok cedar ii. Elk

(f ) Tanih permafrost i. Liken i. Beruang kutub
ii. Lumut ii. Lemming

4. (a) Kawasan tanah pamah di Malaysia dan Amazon (Brazil) dilitupi Hutan Hujan Tropika.
Di Malaysia terdapat pokok meranti, jelutong, cengal, merbau dan seraya manakala
di Amazon terdapat pokok wimba, lapuna, ficus dan getah.

(b) Tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar akan berbeza-beza di kawasan tanah tinggi
mengikut ketinggian terutama selepas ketinggian melebihi 1 200 meter dari aras laut

(c) Kawasan pinggir laut sesuai untuk tumbuh-tumbuhan yang tahan tiupan angin dan
air laut seperti bintangor laut dan jemerlang laut serta hidupan liar seperti ular, siput
dan ketam

5. Pada pendapat saya, unta boleh hidup di kawasan selain Gurun Panas kerana unta mampu
beradaptasi melalui bonggol yang berbentuk dua buah bukit kecil dibadannya. Bonggol
tersebut berperanan menyimpan lemak. Simpanan makanan di dalam bonggolnya boleh
ditukarkan kepada zat dan khasiat yang diperlukan.

Bab 4: Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi di Malaysia

Latih Diri A (b) Banjaran Keledang
(b) Banjaran Tama Abu
1. (a) Banjaran Tahan
2. (a) Banjaran Crocker

Latih Diri B

1. Bentuk muka bumi, saliran, tanih dan iklim
2. Faktor saliran mempengaruhi jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi di sesuatu kawasan.

Kawasan bersaliran buruk yang sering ditenggelami air dan bertakung air akan ditumbuhi
Hutan Paya Air Masin dan Hutan Paya Air Tawar manakala kawasan pinggir pantai, tanih
berpasir, bersaliran baik dan tidak ditenggelami air akan ditumbuhi Hutan Pantai. Kawasan
tanih laterit yang bersaliran baik pula akan ditumbuhi Hutan Hujan Tropika dan Hutan
Gunung.
3. Kawasan tanih berpasir sesuai ditumbuhi dengan pokok kelapa kerana keadaan tanih
berpasir yang bersifat poros dan bersaliran baik.

Latih Diri C

1. Akar- Tongkat Ali
2. Daun- Keremek

Latih Diri D

1. Aktiviti penyahhutanan, iaitu menebang pokok untuk tujuan pembangunan.
2. Kepupusan flora akan menyebabkan berlakunya gangguan ekosistem dan manusia akan

kehilangan punca makanan.
*Terima jawapan murid yang munasabah

Cabaran Minda

1. (a) Hutan Hujan Tropika
(b) Hutan Pantai
(c) Hutan Paya Air Tawar
(d) Hutan Paya Air Masin
(e) Hutan Gunung
(f ) Hutan Paya Air Masin

2. (a) Bentuk muka bumi (c) Tanih
(b) Saliran (d) Iklim

3. (a) Kawasan tadahan hujan– Hutan mempunyai kawasan yang luas untuk menadah dan
mengumpulkan air hujan.

(b) Keseimbangan ekosistem– Tumbuh-tumbuhan dalam hutan merupakan pengeluar
utama yang membekalkan tenaga kepada haiwan, serangga dan pengurai.

(c) Sumber perubatan– Terdapat banyak tumbuhan-tumbuhan hutan yang berfungsi
sebagai ubat-ubatan tradisional.

(d) Habitat– Tumbuh-tumbuhan semula jadi merupakan habitat kepada spesies flora
dan fauna.

(e) Sumber bahan mentah– Buluh dan rotan digunakan untuk industri pembuatan kraf
tangan dan perabot.

4. Kegiatan manusia
(a) Kegiatan pembalakan yang tidak terancang
(b) Pembinaan petempatan
(c) Kegiatan pertanian ladang
(d) Pembinaan jaringan pengangkutan
Kesan
(a) Ketidakseimbangan ekosistem
(b) Hakisan tanih
(c) Kawasan tadahan hujan terganggu
(d) Kepupusan flora dan fauna
5. Hutan Paya Air Masin menjadi tempat pembiakan beberapa jenis hidupan air seperti ikan,

udang dan lain-lain. Kebiasaannya, ikan dan udang akan bertelur di bahagian celahan akar
pokok di dalam air. Ini kerana akar jangkang dapat melindungi telur tersebut daripada
ombak yang kuat dan ancaman pemangsa. Selain itu, hutan ini juga berfungsi sebagai
kawasan ekopelancongan kerana mampu menyerlahkan suasana semula jadi kepada
pelancong. Taman Negara merupakan salah satu contoh konsep ekopelancongan yang
menarik untuk diterokai.
*Terima jawapan murid yang munasabah
6. Kegiatan manusia akan memberi beberapa kesan terhadap tumbuh-tumbuhan dan
hidupan liar, antaranya ialah berlaku ketidakseimbangan ekosistem hutan akibat aktiviti
penyahhutanan dan berlaku hakisan tanih melalui aktiviti pembalakan yang menyebabkan
hutan hilang kawasan litupan. Selain itu, flora dan fauna juga akan mengalami kepupusan
kerana mereka kehilangan habitat serta sumber makanan.
*Terima jawapan murid yang munasabah

Bab 5: Hidupan Liar di Malaysia

Latih Diri A

1. Hidupan liar ialah spesies haiwan liar atau burung liar, sama ada yang dilindungi
sepenuhnya atau yang dilindungi, vertebrata atau invertebrata, hidup atau mati, matang
atau tidak matang dan sama ada boleh dijinakkan atau dibiakkan dalam kurungan atau
tidak.

2. Hidupan liar perlu dilindungi untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem dan
mengelakkan daripada berlakunya kepupusan spesies hidupan liar.

*Terima jawapan murid yang munasabah

Latih Diri B

1. Populasi pengeluar akan meningkat manakala populasi pengguna sekunder dan tertier
akan menurun.

2. Pelancongan berasaskan hidupan liar begitu popular pada masa ini. Kehadiran pelancong
dapat meningkatkan pengaliran wang asing ke Malaysia, iaitu pelancong akan menukarkan
mata wang mereka kepada Ringgit Malaysia untuk berbelanja. Bidang perniagaan seperti
perkhidmatan penginapan, restoran dan kedai menjual kraf tangan dapat dimajukan.
Peluang pekerjaan seperti pekerja hotel, pemandu pelancong dan pembantu kedai juga
dapat diwujudkan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja. Oleh itu, sektor pelancongan
hidupan liar bukan sahaja dapat menyumbang kepada pendapatan penduduk malahan
turut menyumbang kepada pendapatan negara.

*Terima jawapan murid yang munasabah

Latih Diri C

Pembinaan empangan menyebabkan kawasan hutan yang luas ditenggelami air. Banyak
tumbuh-tumbuhan dan haiwan akan mati. Kawasan hutan juga akan ditebang bagi pembinaan
empangan. Pencemaran air turut berlaku semasa proses pembinaan empangan dijalankan.
Hal ini demikian membawa kesan yang buruk kepada hidupan akuatik.
*Terima jawapan murid yang munasabah

Latih Diri D

1. Tanpa Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), projek pembangunan yang dilaksanakan bukan
sahaja tidak lestari malahan akan memberi impak negatif yang lebih tinggi terhadap flora
dan fauna di kawasan yang ingin dibangunkan seperti kesimbangan ekosistem terjejas
dan berlaku kepupusan flora dan fauna.

*Terima jawapan murid yang munasabah
2. Menyertai kempen alam sekitar, menulis sambil memberi kesedaran mengenai isu-isu

alam sekitar di media sosial yang digunakan secara meluas oleh masyarakat dan menyertai
projek inovasi alam sekitar untuk menghasilkan sesuatu produk yang baharu berkaitan
dengan alam sekitar.
*Terima jawapan murid yang munasabah

Cabaran Minda

1. (a) Dugong (d) baja organik
(b) Gajah Pygmy (e) berinteraksi
(c) Ekosistem (f ) melestarikan

2. (a) 5 (d) 3
(b) 3 (e) 3
(c) 5 (f ) 3

3. Kegiatan manusia
(a) Pembalakan
(b) Pengkuarian
(c) Pembinaan empangan
(d) Pertanian
(e) Pengangkutan dan perhubungan
Kesan
(a) Kehilangan habitat dan sumber makanan
(b) Mengancam kehidupan manusia
(c) Mengubah landskap asal hutan
4. (a) P: Pusat Konservasi Tuntung Bukit Pinang (Kedah)
(b) Q: Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah (Pahang)
(c) R: Tempat Perlindungan Hidupan Liar Lanjak Entimau (Sarawak)
(d) S: Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok (Sabah)
5. Penguatkuasaan undang-undang melalui akta yang telah diluluskan membolehkan

pihak kerajaan dapat mengambil tindakan terhadap pesalah. Masyarakat juga akan
dimaklumkan mengenai denda dan hukuman yang terdapat dalam sesuatu akta.
*Terima jawapan murid yang munasabah

Bab 6: Sumber Semula Jadi di Malaysia

Latih Diri A

1. Sumber boleh baharu merujuk sumber semula jadi yang tidak akan kehabisan walaupun
diambil dan digunakan secara berterusan kerana sumber ini boleh diperbaharui melalui
beberapa kaedah. Contoh sumber boleh baharu ialah cahaya matahari, tanih dan hutan.
Sumber tidak boleh baharu pula ialah sumber semula jadi yang akan kehabisan atau pupus
dalam jangka waktu yang tertentu jika penerokaan sesuatu sumber itu tidak dikawal dan
dirancang dengan baik. Contoh sumber tidak boleh baharu ialah petroleum, emas, gas
asli, bauksit dan kuprum.

2. Hutan, suria, tanih dan air.
3. Batu granit/ Gas asli/ Pasir/ Petroleum/ Arang batu/ Kaolin

Latih Diri B

1. Tasik Chini dan Tasik Bera
2. Menjana tenaga elektrik untuk kegunaan industri dan domestik/ Mengawal banjir
3. Kerosin dan petrol
*Terima jawapan murid yang munasabah

Latih Diri C

1. Industri pembuatan – Menggunakan getah sebagai bahan asas untuk menghasilkan tayar
dan sarung tangan.

Industri makanan – Menggunakan hasil pertanian seperti buah-buahan sebagai bahan
asas makanan dalam tin.

*Terima jawapan murid yang munasabah
2. Kejayaan membangunkan sesuatu sumber membolehkan kerajaan memperoleh

pendapatan bagi merancakkan pembangunan negara terutama kemampuan membina
pelbagai infrastruktur seperti jalan raya, jambatan dan lapangan terbang. Selain itu,
kawasan yang terdapat sumber semula jadi seperti kayu balak, petroleum dan gas asli
memerlukan transformasi fizikal seperti jalan raya, jalan kereta api, pelabuhan dan lapangan
terbang bagi memudahkan proses penerokaan, pengangkutan sumber, pemasaran dan
pergerakan pekerja serta pihak pengurusan. Oleh yang demikian, kawasan-kawasan
yang terdapatnya sumber semula jadi seperti Bintulu, Miri, Kerteh dan Sandakan telah
mengalami perubahan infrastruktur yang pesat.
*Terima jawapan murid yang munasabah

Cabaran Minda

1. (a) P – Empangan Kenyir (Terengganu)
Q – Empangan Batang Ai (Sarawak)

R – Empangan Tenom Pangi (Sabah)
(b) X – Emas
Y – Arang batu
Z – Petroleum

2. (a) BL (f ) L
(b) L (g) BL
(c) L (h) L
(d) BL (i) L
(e) BL (j) BL

3. Pada pendapat saya, terdapat dua sumber tenaga boleh baharu yang berpotensi
dibangunkan dengan lebih giat di Malaysia, iaitu sumber tenaga angin dan biomas.
Sumber tenaga angin sangat berpotensi dibangunkan di kawasan pinggir pantai dan
pulau-pulau tertentu di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia dan juga di kawasan
pantai barat negeri Sabah. Kawasan tersebut mengalami tiupan angin sepanjang tahun.

Sumber tenaga boleh baharu yang kedua ialah sumber tenaga biomas. Malaysia
mempunyai banyak kawasan pertanian khususnya sawah padi dan ladang kelapa sawit
yang banyak menghasilkan sisa-sisa pertanian. Pada masa yang sama sektor penternakan
semakin berkembang pesat. Kegiatan pembalakan juga menghasilkan sisa-sisa daun dan
ranting pokok yang boleh digunakan untuk menjana tenaga biomas.

*Terima jawapan murid yang munasabah

4. Kegiatan pemeliharaan dan pemuliharaan wajar dilaksanakan. Tanih-tanih yang tercemar
dan telah berubah strukturnya akibat aktiviti perlombongan, pembalakan atau pertanian

harus dirawat semula menggunakan baja kimia dan baja organik untuk mengembalikan
kesuburan tanih. Sumber air yang tercemar juga boleh diproses dan dirawat semula bagi
memastikan bebas bahan cemar sebelum dilepaskan ke sungai. Bagi menjamin sumber
hutan berterusan, syarikat swasta dan agensi kerajaan boleh bekerjasama menjalankan
aktiviti penanaman semula hutan khususnya spesies pokok yang terancam di kawasan
hutan yang telah dibalak. Bagi menjamin bekalan sumber mineral, pihak kerajaan atau
agensiyangterlibatdalamaktiviticarigali harus mengehadkan dan mengawal pengeluaran
supaya sumber seperti petroleum dan gas asli tidak akan kehabisan dengan cepat. Selain
itu, kerajaan harus meneroka, membangunkan dan memperkasa sektor ekonomi yang lain
bagi mengelakkan kebergantungan pendapatan kepada petroleum dan gas asli. Selain
itu, kerajaan harus meningkatan penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan
sumber tenaga gantian bagi mengurangkan penggunaan petroleum dan gas asli. Dasar
tenaga baharu perlu digubal bagi menggalakkan penggunaan tenaga yang lebih mesra
alam seperti hidroelektrik, tenaga suria, tenaga angin dan tenaga biomas untuk kegunaan
industri dan isi rumah. Pihak kerajaan juga harus mentransformasi, memoden dan
memperluaskan jaringan sistem pengangkutan seperti komuter, monorel, LRT dan MRT
bukan sahaja hanya berpusat di bandar, bahkan ke seluruh negara bagi mengurangkan
penggunaan bahan bakar seperti petroleum dan gas asli.
*Terima jawapan murid yang munasabah
5. Bagi mengelakkan kebergantungan pendapatan negara terhadap sumber-sumber
semula jadi, pihak kerajaan dan pihak swasta harus memperkasa bidang pertanian dan
penternakan supaya negara kita menjadi negara pengeluar utama makanan seperti
minyak kelapa sawit, beras, getah, daging ayam, daging lembu, daging kambing dan ikan.
Selain menjana pendapatan negara melalui hasil eksport, kita dapat menjimatkan dan
mengawal perbelanjaan negara kerana mampu mengeluarkan makanan sendiri. Pihak
kerajaan harus memperhebat dan meningkatkan pengeluaran sektor perindustrian untuk
kegunaan dalam negara dan juga eksport. Pengeluaran barangan elektrik dan elektronik,
makanan dan minuman serta kereta nasional perlu ditingkatkan. Kualiti setiap barangan
juga harus ditingkatkan agar mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Pihak kerajaan
juga harus menawarkan pakej pelaburan yang lebih menarik kepada pelabur-pelabur
asing yang ingin melabur dalam pelbagai bidang di negara kita. Contohnya, menawarkan
kadar cukai pendapatan, cukai import dan cukai eksport yang lebih rendah dan fleksibel.
Selain itu, pihak kerajaan mesti memperhebat dan meneroka pelbagai aspek pelaburan di
luar negara bagi memperoleh keuntungan dan menjana pendapatan untuk negara.
*Terima jawapan murid yang munasabah

Bab 7: Kegiatan Ekonomi di Malaysia

Latih Diri A

1. (a) Sektor primer
(b) Sektor sekunder
(c) Sektor tertier

2. (a) Kegiatan pelancongan
(b) Perdagangan
(c) Pengangkutan
(d) Kewangan
(e) Pendidikan

Latih Diri B

1. Penanaman kelapa sawit dan getah sangat subur di Malaysia kerana faktor iklim yang
sesuai, iaitu panas dan lembap sepanjang tahun.

2. (a) Industri berasaskan sumber
(b) Industri bukan berasaskan sumber

3. (a) Pulau Tioman (b) Cherating

*Terima jawapan murid yang munasabah

Latih Diri C

(a) Bentuk muka bumi
(b) Saliran
(c) Bahan mentah

Latih Diri D

(a) Mewujudkan peluang pekerjaan
(b) Peningkatan taraf hidup
(c) Kemajuan ekonomi negara

Cabaran Minda

1. K1: Kluang E2: Inanam
K2: Lahad Datu P1: Pulau Langkawi
G1: Kuala Berang P2: Pulau Tioman
G2: Tenom P3: Taman Negara Gunung Mulu
E1: Maran P4: Pulau Sipadan

2. Getah dan kelapa sawit

3. Tayar kereta dan sarung tangan getah

4. (a) Kepelbagaian kegiatan ekonomi akan membuka peluang pekerjaan kepada
penduduk dalam pelbagai sektor seperti pertanian, perlombongan, pembuatan dan
sebagainya.

(b) Penduduk yang melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi yang memperoleh
pendapatan akan dapat meningkatkan taraf hidup mereka.

(c) Kemajuan ekonomi negara dapat ditingkatkan melalui hasil pendapatan daripada
cukai, jualan eksport dan keuntungan aktiviti perniagaan.

5. Pembungkusan Green-Blue (GB) merupakan teknologi pembungkusan inovatif yang
menggabungkan konsep biodegradasi dan pembaik pulih sumber bagi menyokong

kelestarian alam sekitar dan perniagaan. Melalui penggunaan pembungkusan Green-
Blue ini akan menyokong pertumbuhan industri hijau dan amalan penggunaan dan
pengeluaran mampan. Selain itu, teknologi ini juga memberi manfaat kepada rakyat
secara keseluruhan dalam memastikan pertumbuhan ekonomi berlandaskan persekitaran
yang meningkatkan kualiti hidup rakyat dan negara.
*Terima jawapan murid yang munasabah

Bab 8: Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia

Latih Diri A

1. Hanya pokok jenis xerofit sahaja boleh tumbuh di kawasan Gurun Panas kerana pokok
tersebut boleh hidup atau tumbuh di persekitaran yang kering.

2. Daun dan pokok di Hutan Monsun Tropika banyak dan lebar kerana untuk mendapatkan
3. PcaehrmayuakmaaanLtaahdtiaahrui.Dn irHiutan Konifer bersalut lilin adalah untuk mengelakkan daripada

ancaman fros.

Latih Diri B

Tumbuh-tumbuhan semula jadi dapat menghalang hakisan melalui adanya daun yang besar
dapat memecahkan butiran hujan dan mengurangkan kelajuan titisan air yang jatuh ke bumi,
akar pokok yang berperanan mengurangkan air larian permukaan dan menjadi penghalang
hakisan. Di kawasan paya air masin pula, pokok-pokok bakau dapat menghalang tindakan
hakisan oleh air laut. Akar pokok bakau juga akan menguatkan struktur tanah serta menahan
tindakan ombak di pinggir laut.

Cabaran Minda

1. (a) Hutan Konifer
(b) Hutan Daun Luruh Sederhana
(c) Hutan Gurun Panas
(d) Hutan Monsun Tropika
2. Gurun Panas
(a) lasak
(b) xerofit
(c) panjang, merebak
(d) Addax
Hutan Monsun Tropika
(a) kurang padat, berlapis-lapis
(b) lebar
(c) tirus
(d) Gajah

Hutan Daun Luruh Sederhana Hutan Monsun Tropika
(a) nipis, lembut Persamaan:
(b) silinder, banyak - Pokok berkayu keras
(c) Gajah - Daun pokok lebar
Hutan Konifer - Batang pokok lurus
(a) kon Perbezaan:
(b) tebal - Lantai hutan padat
(c) bersalut lilin - Pokok-pokok tumbuh secara
(d) Beruang
3. berkelompok
- Menggugurkan daun pada musim kering
Hutan Hujan Tropika
Persamaan:
- Pokok berkayu keras
- Daun pokok lebar
- Batang pokok lurus
Perbezaan:
- Lantai hutan jarang
- Pokok-pokok tumbuh bercampur aduk
- Malar hijau

4. Tumbuh-tumbuhan memainkan beberapa peranan penting terhadap pembangunan
negara terutamanya dalam perancangan bandar yang sihat dan berdaya huni.
Tumbuh-tumbuhan ini berpotensi untuk mengintegrasikan pembangunan bandar,
pengekalan alam sekitar dan inisiatif kesihatan awam serta mampu mengendalikan aktiviti
membabitkan kesihatan secara tidak formal yang secara tidak langsung membentuk
integriti ekologi kawasan berkenaan. Hutan dan kawasan hijau juga bertindak sebagai
teater sosial dengan kombinasi pokok yang ditanam dan tasik semula jadi atau buatan
misalnya dapat mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum di negara ini dengan
pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan secara berterusan. Selain itu, satu
faedah yang sering menjadi tumpuan ialah manfaat ekonominya yang meletakkan nilai
pasaran kayu balak misalnya untuk dipasarkan demi mendapat pulangan ekonomi yang
tinggi. Keampuhan nilai ekonomi itu dapat membentuk sebuah rangkaian dan kegiatan
yang memberi pekerjaan dan pulangan lumayan kepada individu serta syarikat yang
terbabit di dalam perniagaan ini.

*Terima jawapan murid yang munasabah

Bab 9: Sumber Semula Jadi Utama dan Kerjasama Ekonomi di Dunia

Latih Diri A

1. Suria/ Lautan/ Hutan/ Angin/ Ombak/ Air/ Geoterma/ Biomas
2. Malaysia/ Venezuela/ Iran/ Iraq/ Kuwait
*Terima jawapan murid yang munasabah

Latih Diri B

1. Peningkatan kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D), mengeratkan hubungan
global antara negara dalam menangani krisis dunia melalui nilai kebersamaan dan
membangunkan sumber tenaga yang mesra alam.

*Terima jawapan murid yang munasabah
2. Masyarakat
(a) Peningkatan kadar kemiskinan
(b) Peningkatan kadar kebuluran
(c) Wujud pelbagai masalah sosial dalam masyarakat
Alam sekitar
(a) Kemerosotan kualiti alam sekitar
(b) Sumber semula jadi semakin berkurangan
(c) Berlaku ketidakseimbangan alam sekitar dan ekosistem
*Terima jawapan murid yang munasabah

Latih Diri C

1. ASEAN bermaksud Association of Southeast Asian Nations atau dikenali sebagai Pertubuhan
Negara-Negara Asia Tenggara. Negara-negara yang menganggotai pertubuhan ASEAN
ialah:
(a) Malaysia (f ) Filipina
(b) Singapura (g) Vietnam
(c) Brunei (h) Loas
(d) Thailand (i) Kemboja
(e) Indonesia (j) Myanmar

2. Malaysia mengeksport petroleum kerana petroleum yang dihasilkan di Malaysia adalah
berkualiti tinggi dan mampu memberi keuntungan yang tinggi kepada negara. Petroleum
yang diimport pula adalah untuk kegunaan domestik.

*Terima jawapan murid yang munasabah

Latih Diri D

1. Proses pemindahan teknologi ini berlaku melalui beberapa cara, iaitu:
(a) Pembelian terus barangan modal
Pembelian barangan modal seperti mesin, jentera serta peralatan lain dari luar

negara telah membolehkan negara pengimport secara tidak langsung mempunyai
teknologi yang terkini.
(b) Pembelian ekuiti
Syarikat asing yang memiliki ekuiti atau saham dalam syarikat tempatan akan
melatih pekerja-pekerja tempatan dalam syarikat tersebut dengan tujuan untuk
meningkatkan kualiti dan produktiviti.

(c) Perjanjian pelesenan
Melalui kaedah perjanjian pelesenan, syarikat tempatan menjadi pengedar produk

keluaran syarikat asing. Pada masa yang sama, syarikat tempatan harus menguasai
teknologi dan cara penghasilan produk-produk tersebut.
(d) Peraturan paten dan cap dagang
Pemindahan teknologi berlaku apabila syarikat tempatan mengeluarkan produk
keluaran syarikat asing dengan menggunakan jenama yang sama. Syarikat tempatan
perlu menggunakan dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan bagi menjamin
kualiti barangan.
(e) Aliran sumber manusia
Pemindahan teknologi berlaku apabila pekerja asing atau pakar asing dibawa
masuk ke dalam negara oleh syarikat-syarikat tertentu. Pekerja asing tersebut akan
melaksanakan latihan sambil bekerja untuk pekerja tempatan bagi memastikan
teknologi dan kemahiran dapat dikuasai sepenuhnya.
2. Syarikat kereta, telekomunikasi serta barangan elektrik dan elektronik.

*Terima jawapan murid yang munasabah
3. Secara amnya, Malaysia tidak mempunyai hubungan perdagangan dengan semua negara

di dunia. Corak dagangan Malaysia tidak bersifat terbuka sepenuhnya. Hal ini demikian
untuk melindungi pasaran domestik, sektor-sektor strategi, dasar-dasar luar negara serta
memelihara sensitiviti budaya dan agama.

Cabaran Minda

1. (b) 3
(d) 3
(f ) 3
(g) 3

2. P : Amerika Syarikat – Gas asli
Q : Arab Saudi – Petroleum
R : China – Air
S : Jepun – Suria

3. (a) Betul (c) Salah (e) Salah
(b) Salah (d) Betul

4. (a) Masyarakat (c) Ekonomi
(b) Politik (d) Alam sekitar

5. (a) APEC (c) IMT-GT
(b) ASEAN (d) WTO

Bab 10: Sumber Hutan

Latih Diri A

1. Pada pendapat saya, sumber hutan semakin berkurangan kerana telah mengalami
fenomena penyahhutanan. Kegiatan pembalakan yang tidak terkawal merupakan faktor
utama kemerosotan sumber hutan. Kaedah tebang bersih dan aktiviti pembalakan haram
menyebabkan kemusnahan spesies kayu-kayan hutan berlaku secara besar-besaran.
Penyahhutanan turut melibatkan aktiviti pertanian seperti pembukaan tanah baru untuk
pertanian ladang dan pertanian pindah. Aktiviti ini melibatkan pemusnahan hutan
secara besar-besaran untuk dijadikan ladang pertanian khususnya getah dan kelapa
sawit. Kemerosotan sumber hutan juga disebabkan oleh aktiviti pembinaan infrastruktur
seperti lebuh raya dan kabel elektrik. Selain itu, pembukaan tanah baru untuk pembinaan
petempatan, pembinaan kawasan industri dan sebagainya juga menyebabkan keluasan
kawasan hutan semakin merosot. Pembinaan projek hidroelektrik juga telah melenyapkan
banyak sumber hutan melalui proses penebangan dan pembersihan hutan dan
penenggelaman kawasan hutan untuk menakung air. Aktiviti ini menyebabkan hilangnya
kawasan hutan yang luas.

*Terima jawapan murid yang munasabah
2. Kemusnahan sumber hutan di Malaysia dalam skala yang besar akan menyebabkan

kemusnahan kepelbagaian biologi. Spesies-spesies flora dan fauna yang diancam
kepupusan dan genetik flora dan fauna yang musnah akan menyebabkan elemen-elemen
biodiversiti turut musnah. Selain itu, kemusnahan sumber hutan juga akan mendedahkan
permukaan bumi secara langsung kepada pelbagai proses geomorfologi seperti luluhawa
dalaman, hakisan dan tanah runtuh. Cerun-cerun akan menjadi tidak stabil apabila
permukaan bumi hilang bahan pelindung, daya pengikat dan cengkaman akar terhadap
butiran tanah. Tindakan air larian permukaan yang akan menghakis dan mengangkut
tanih dari atas ke bawah cerun turut menyebabkan permukaan lereng-lereng bukit akan
mengalami hakisan yang ketara. Larian air permukaan tersebut akan masuk ke dalam
sungai yang berdekatan sekali gus menyebabkan sungai mengalami pencemaran, sistem
sungai menjadi keruh, berkelodak dan berlumpur serta mengalami kadar enapan yang
tinggi sehingga dasarnya menjadi lebih cetek. Tambahan lagi, kawasan tadahan hujan
yang menjadi simpanan air utama kepada sistem saliran seperti sungai, tasik, kolam dan
lain-lain menerusi edaran air bawah tanah akan hilang akibat kemusnahan sumber hutan.
Proses susupan juga tidak akan berlaku, storan air tanah (akuifer) dan sumber air kepada
sungai dan tasik turut akan berkurangan dan akan menyebabkan sistem bekalan air
terganggu.
*Terima jawapan murid yang munasabah

Latih Diri B

Rotan dan gaharu

Latih Diri C (b) Tanjung Piai (Johor)

1. Langkawi Geopark
2. (a) Tasik Bera (Pahang)

Latih Diri D

(a) Jabatan Alam Sekitar (JAS)
(b) Sabah Forestry Department
(c) Sarawak Forestry Corporation
(d) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
(e) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Cabaran Minda

1. (a) Keseimbangan ekosistem
(b) Keperluan masyarakat setempat
(c) Ekopelancongan
(d) Membekalkan sumber bahan mentah
2. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
3. (a) Langkawi Geopark
(b) Tanjung Piai (Johor)
(c) Taman Negara Pahang
(d) Putrajaya
4. (a) Menjaga keseimbangan ekosistem
(b) Membekalkan bahan keperluan kepada masyarakat setempat
(c) Menjalankan aktiviti ekopelancongan
(d) Menjamin bekalan bahan mentah yang berterusan untuk masa hadapan
5. Kerajaan
(a) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)
(b) Sarawak Forest Corporation
(c) Sabah Forestry Department
(d) FRIM
Bukan kerajaan
(a) Sahabat Alam Malaysia (SAM)
(b) Malaysian Nature Society (MNS)
(c) World Wide Fund for Nature (WWF)
(d) Global Environment Centre (GEC)

6. Berdasarkan fahaman saya, pembangunan lestari adalah pembangunan yang memenuhi
keperluan pada masa ini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk
memenuhi keperluan mereka sendiri. Prinsip ini juga bukan sahaja terhad kepada
pemeliharaan alam sekitar dan sumber-sumbernya, malahan juga merangkumi
pengurusan sumber manusia dan kewangan serta pembangunan fizikal.

7. Pembangunan lestari adalah sangat penting kepada masa hadapan sesebuah negara
supaya dapat mengelak berlaku pencemaran alam yang teruk, melindungi kapasiti
ekosistem dan pembangunan yang akan mengancam kesihatan atau menjejaskan kualiti
kehidupan manusia serta dapat memastikan penerusan penawaran sumber semula
jadi pada masa sekarang dan akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif,
pengurangan penggunaan sumber yang tidak boleh diperbaharui dan pemuliharaan
kepelbagaian sumber semula jadi.

*Terima jawapan murid yang munasabah

Bab 11: Kitar Semula

Latih Diri A

1. Kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud
menghasilkan keluaran.

2. Reduce (Kurangkan): Amalan mengurangkan sisa pepejal untuk meminimumkan
penggunaan sumber semula jadi. Gunakan sesuatu sumber itu mengikut keperluan
sahaja.

Reuse (Guna semula): Tindakan penggunaan semula barangan secara berulang kali untuk
mengurangkan penghasilan sisa. Penggunaan sesuatu barangan secara maksimum dapat
mengelakkan pembaziran.

Recycle (Kitar semula): Amalan mengasingkan barangan mengikut jenis untuk
menghasilkan semula produk yang sama jenis atau baharu. Pengasingan mengikut jenis
sisa menjimatkan masa dan memudahkan proses kitar semula.

3. Membantu masyarakat menjana pendapatan, menjimatkan sumber semula jadi dan
mewujudkan persekitaran yang sihat.

*Terima jawapan murid yang munasabah

Latih Diri B

1. Reduce: Guna kedua-dua belah muka surat kertas semasa menulis atau membuat salinan,
guna kain atau tuala kecil bagi menggantikan tisu, guna e-mel untuk menghantar surat
atau dokumen, membeli makanan mengikut keperluan untuk mengelakkan pembaziran

Reuse: Bawa bekas makanan sendiri untuk membungkus makanan, guna semula botol
plastik sebagai hiasan atau bekas alat tulis, guna beg yang boleh diguna semula semasa
membeli barangan, mendermakan pakaian yang masih elok kepada mereka yang
memerlukan.

Recycle: Kitar semula surat khabar menjadi bakul atau kraftangan yang menarik, gunakan
tayar terpakai sebagai pasu tanaman, jadikan sisa pertanian sebagai baja, meletakkan sisa
mengikut kategori tong kitar semula yang disediakan

*Terima jawapan murid yang munasabah

2. Amalan kitar semula yang boleh dijalankan di kawasan sekolah ialah membuat satu
sudut di dalam kelas untuk memaparkan maklumat kitar semula beserta bekas sampah
yang mempunyai kategori yang berbeza seperti kertas, plastik, kotak dan tin minuman.
Seterusnya, pada setiap hujung bulan, bahan ini dikumpulkan dan dijual kepada
pihak pengurusan kitar semula. Hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung kelas
masing-masing dan direkodkan.

*Terima jawapan murid yang munasabah

Latih Diri C

1. Amalan kitar semula di Jerman.
Terdapat beberapa cara negara Jerman menjalankan kitar semula. Antaranya ialah

Ordinan Pembungkusan yang melibatkan pihak kilang dan pemasaran menggunakan
konsep Duales System Deutschland. Konsep ini memerlukan pengilang menandakan kotak
dengan tanda hijau. Pengilang akan membuat bayaran kepada agensi untuk memungut
semula kotak yang telah ditandakan supaya kotak tersebut dapat diuruskan semula oleh
pengilang yang berkenaan. Bagi menjayakan amalan kitar semula ini, banyak kawasan
telah disediakan tapak pengumpulan dan tong kitar semula terutamanya di kawasan
perumahan dan kilang.
*Terima jawapan murid yang munasabah
2. Amalan kitar semula oleh rakyat Malaysia masih belum berkesan. Buktinya, masih
terdapat banyak kawasan yang kotor serta tidak terurus, kempen kesedaran semakin
giat dilancarkan dan masyarakat juga masih belum berjaya mengasingkan sisa buangan
mengikut kategori yang telah ditetapkan.
*Terima jawapan murid yang munasabah

Cabaran Minda

1. (a) 5 (d) 5
(b) 3 (e) 3
(c) 3 (f ) 5

2. Manusia
Mengurangkan pengunaan tenaga, mewujudkan persekitaran yang sihat dan bersih,

menjamin kualiti hidup
Alam sekitar
Mengurangkan penggunaan bahan mentah baharu, mengurangkan pencemaran,

mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau

3. Menggalakkan murid mengasingkan sisa mengikut kategori. Contohnya, plastik, kertas,
kotak dan surat khabar. Setiap kelas perlu mengumpul bahan tersebut serta menjualnya
kepada pusat kitar semula setiap tiga bulan. Hasil jualan direkodkan.

*Terima jawapan murid yang munasabah


Click to View FlipBook Version