MODUL BACAAN 5
1 Hakcipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan semula, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, fotostate, pengambaran semula, perakaman dan sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada penulis. Siti Nur Hidayah Mat Yaacob & Suriana Mohd Razali
2 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. MARI MENGENAL HURUF DIFTONG ai au oi
3 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. HURUF DIFTONG (ai) ai bai cai dai fai gai hai jai kai lai mai nai pai rai sai tai vai wai yai zai
4 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. SUKU KATA DIFTONG (ai) ai badai salai gerai kedai lebai murai serai dawai laici pantai misai pakai petai tupai tembikai denai
5 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. AYAT MUDAH Kedai. Ini kedai buku. Kedai buku warna merah. Di kedai buku ada bermacam-macam buku. Di kedai buku juga ada alat tulis. Raihan suka ke kedai buku. Raihan suka beli buku cerita. Tupai. Ini ibu tupai. Ibu tupai lompat atas pokok. Ibu tupai lari bawa anak. Anak tupai jatuh atas lantai. Ibu tupai sambut anak tupai.
6 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. HURUF DIFTONG (au) au bau cau dau fau gau hau jau kau lau mau nau pau rau sau tau vau wau yau zau
7 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. SUKU KATA DIFTONG (au) au hijau pulau pisau limau wau bau tauge harimau pau saujana kalau kemarau kerbau taucu maujud lampau tauhu galau
8 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. CERITA PENDEK Pulau. Ini Pulau Kapas. Suhana bercuti di Pulau Kapas. Pulau Kapas bersih dan cantik. Limau. Ini limau. Maliki beli limau di kedai Abu. Maliki beli enam biji limau. Limau rasa manis dan masam. Ini kerbau. Pak Abu membela kerbau. Kerbau warna kelabu. Kerbau suka makan rumput. Kerbau besar dan gagah.
9 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. HURUF DIFTONG ( oi ) oi boi coi doi foi goi hoi joi koi loi moi noi poi roi soi toi voi woi yoi zoi
10 Tarikh mula :…………………………………... Tarikh kuasai :………………………………….. SUKU KATA DIFTONG (oi) oi koboi boikot amboi konvoi kaloi tampoi cakoi sekoi boroi dodoi
11 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. CERITA PENDEK Ini ikan kaloi. Azam pelihara ikan kaloi. Azam beli ikan kaloi di kedai Nasir. Ikan kaloi nama Comel. Azam suka ikan kaloi. Kuih cakoi. Ini kuih cakoi. Ibu masak kuih cakoi. Adik suka makan kuih cakoi. Ibu bawa adik makan kuih cakoi di taman.
12 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. JOM ULANGKAJI cai boi mai tau sau lai bai tai mau pai koi pau loi zai voi kau sai cau kai hau hai rau gai Roi wau nai nau
13 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. MARI MENGENAL VOKAL BERGANDING ia ai ua aa uu iu ui au
14 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. VOKAL BERGADING ( ia ) ia media hadiah setiap liang durian ceria belia hias mulia rahsia peria mumia tiara meriam piala biara sia-sia mafia ziarah piano kiamat sedia siapa diari halia biadap suria siar selia
15 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. CERITA PENDEK Tiara. Ini tiara. Bapa beli tiara di kedai emas. Bapa beri tiara kepada ibu. Tiara ini cantik. Ibu ceria dan bahagia. Durian. Ini pokok durian. Tok Wan ada kebun durian. Semasa musim durian, kami ke kebun Tok Wan. Pokok durian Tok Wan berbuah lebat. kami suka makan buah durian Tok Wan yang manis. Tok Wan juga jual durian di pasar.
16 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. VOKAL BERGADING ( ai ) ai kain lain main cair paip taip fail bait air sains baik kait kail naik ais dail raih
17 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. CERITA PENDEK Buku sains. Ini buku sains tahun lima. Buku sains ini milik Hafiz. Hafiz suka mata pelajaran sains. Setiap hari Hafiz bawa buku sains ke sekolah. Azlan dan Johan berkawan baik. Mereka suka main bola sepak. Setiap hari mereka bermain bersama-sama. Mereka bermain bola sepak di taman.
18 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. VOKAL BERGADING (ua) ua buah kuat suap luah muat seluar keluar tuah luas jual dua tua suam cuak muak kuak puak gua puas tuas puan tuan beruang tebuan ruang tuang
19 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. CERITA PENDEK Buah. Ini buah-buahan. Pak Daud jual buah-buahan. Ada buah tembikai, limau, rambutan, durian dan nanas. Pak Daud dapat duit. Beruang. Ini beruang. Adik lihat beruang di zoo negara. Beruang itu besar. Beruang suka makan madu.
20 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. VOKAL BERGADING (iu) iu setiu tiup siul periuk kiub riuk tiub siur muzium cium riuh bius tiung siung stadium liut kiut
21 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. CERITA PENDEK Muzium. Ini muzium negara. Pada cuti sekolah mama bawa Zahara ke muzium. Zahara suka jalan-jalan di dalam muzium. Di dalam muzium ada meriam, keris dan artifak. Zahara gembira dan akan ke muzium lagi. Stadium. Ini stadium negara. Stadium negara terletak di Bukit Jalil. Stadium negara sangat besar. Papa bawa Adam menonton perlawanan bola sepak di stadium. Di stadium riuh rendah dengan sorakan penonton.
22 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. VOKAL BERGADING (au) au sauh lauk maut paus laut daun haus raut kaut paut pauh sauk gaun taut
23 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. CERITA PENDEK Gaun. Ini gaun Puteri. Puteri suka pakai gaun. Gaun Puteri berwarna biru. Puteri pakai gaun untuk majlis tarimenari. Sauh. Ini sauh kapal. Sauh kapal amat berat. Sauh kapal dibuat daripada besi. Kapten menurunkan sauh apabila kapal sampai di jeti.
24 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. VOKAL BERGADING (ui) ui kuih buih muih kuiz suis duit cuit juih kuil VOKAL BERGADING (aa) aa saat jumaat maaf manfaat taat
25 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. CERITA PENDEK Mak Cik Salmah suka memasak kuih-muih. Mak Cik Salmah ada gerai kuih-muih. Di gerai Mak Cik Salmah ada jual kuih cakoi, lompat tikam, nona manis, tepung pelita, ketayap dan cucur badak. Mak Cik Salmah dapat duit. Jumaat. Hari ini hari jumaat. Pada hari jumaat semua orang lelaki akan ke masjid untuk solat. Ayah membawa Haris ke masjid untuk solat. Haris gembira dan suka hati. Lepas solat mereka minum ais cendol di gerai tepi masjid.
26 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. Mari mengenal huruf digraf kh ng ny sy
27 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. Huruf digraf (kh) kh kha khi khu khe kho khe khas khabar khamis khayal khatib khatam khatan khidmat khairat khianat khalid khusus khutbah khusyuk khalifah khalayak khazanah khemah
28 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. CERITA PENDEK Pada hari Khamis ada pasar tani di bandar. Khalid akan menjual sayur di pasar tani. Di gerai Khalid ada sayur peria, kubis, petola, petai dan kacang panjang. Ramai orang suka membeli di gerai Khalid kerana sayurnya segar dan murah. Pada hari Jumaat khatib akan membaca khutbah. Khatib membaca khutbah di dalam masjid. Khatib membaca khutbah di khalayak ramai. Semua orang mendengar khutbah dengan khusyuk.
29 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. Huruf digraf (ng) ng nga ngi ngu nge ngo nge bunga singa telinga tangan lengan ingat wangi pelangi mengira ungu mengupas bangun mengetuk mengejar mengesat mengeja merengek mengorek pengotor tengok nganga
30 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. AYAT MUDAH Bunga tulip. Bunga tulip warna ungu. Ibu tanam pokok bunga tulip. Ibu tanam di halaman rumah. Bunga tulip wangi dan cantik. Adik mengorek telinga. Telinga adik sakit. Ayah bawa adik ke hospital. Doktor rawat telinga adik. Ini singa. Singa ada di zoo. Pada hari Khamis adik pergi ke zoo bersama ayah dan ibu. Adik pergi ke zoo untuk tengok singa.
31 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. Huruf diagraf (ny) ny nya nyi nyu nye nyo nye penyapu tanya punya nyawa minyak senyap bunyi sunyi nyanyi kunyit penyu menyusu menyusah nyeyak penyeri lenyek monyet menyepak nyonya menyorok nyamuk
32 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. AYAT MUDAH Monyet mengupas kelapa. Ibu menanam pokok kunyit. Nyonya menyorok daripada baba. Khalid menyepak bola di taman. Ibu menyusu bayi. Datuk tidur nyeyak. Di mana penyapu? Tanya kakak kepada ibu. Adik beli minyak masak di kedai Mutu. Ini penyu. Penyu hidup di dalam laut. Bila tiba masa penyu naik ke darat. Penyu naik ke darat untuk bertelur. Penyu bertelur di dalam pasir.
33 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. Huruf diagraf (sy) sy sya syi syu syabas syarat syarahan temasya dahsyat syak syiling syirik asyik syura syukur syurga syampu
34 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. CERITA PENDEK Pada hari Khamis yang lepas, Syahid menyertai pertandingan syarahan. Syahid bersyarah di khalayak ramai. Semua orang mendengar syarahan dengan khusuk. Akhirnya, Syahid berjaya menjadi johan bagi pertandingan syarahan. Syahid membawa piala pulang ke rumah. Ibu ucap syukur dan syabas kepada Syahid. Apabila dewasa kelak, Syahid bercitacita ingin menjadi khatib. Setiap Jumaat, Syahid ingin berkhutbah di masjid. Syahid ingin mengajak masyarakat menjauhi syirik.
35 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. CERITA PENDEK Pada minggu lepas, Khalid menyertai perkhemahan pengakap sekolah. Pada waktu pagi, Khalid memasang khemah bersama Syahir. Selepas itu Khalid menolong Azam mencari kayu api. Pada waktu petang, Khalid menolong Ah Kau memasak nasi dan lauk untuk makan malam. Manakala Syahid dan Azam menjerang air untuk membuat air kopi. Pada malam hari, mereka membuat aktiviti nyanyian lagu pengakap. Selepas itu, mereka tidur di dalam khemah.
36 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. CERITA PENDEK Pada hari Jumaat yang lepas, Khalisa menyertai pertandingan nyanyian sempena hari kemerdekaan. Khalisa menyanyikan lagu bertajuk Saya Anak Malaysia. Suara Khalisa sangat merdu. Semua orang terpegun mendengar suaranya. Akhirnya, Khalisa menjadi johan pertandingan nyanyian itu. Kawan-kawan ucapkan tahniah dan syabas kepada Khalisa. Apabila dewasa kelak, Khalisa bercita-cita ingin menjadi seorang penyanyi. Khalisa suka menyanyi di khalayak ramai. Khalisa ingin menjadi penyanyi yang terkenal.
37 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. CERITA PENDEK Pada hari Ahad yang lepas Mak Cik Khadijah ke pasar tani untuk membeli petai. Di pasar Mak Cik Khadijah juga membeli udang, minyak masak dan lada kering. Mak Cik Khadijah ingin memasak sambal udang petai. Syira menolong Mak Cik Khadijah mengupas bawang. Selepas itu Mak Cik Khadijah menumis bawang dan lada kisar untuk membuat sambal udang petai. Bau sambal udang petai sangat wangi dan menyelerakan. Pak Abu suka sambal udang petai yang Mak Cik Khadijah masak. Pak Abu makan nasi dan sambal udang petai sehingga kenyang.
38 Tarikh mula :……………………………. Tarikh kuasai :………………………………….. CERITA PENDEK Pada bulan Mei yang lepas, Syuhada dan keluarga pergi bercuti ke Pulau Perhentian. Mereka pergi menaiki bot. Mereka tinggal di sana selama tiga hari dua malam. Di Pulau Perhentian mereka bermandimanda sambil menyelam di laut. Di laut mereka melihat pelbagai jenis hidupan laut seperti penyu, ikan yu, ketam, siput, tapak sulaiman dan banyak lagi. Pada waktu malam pula, mereka melihat pertunjukan bunga api. Syuhada sangat gembira. Ayah berjanji untuk membawa Syuhada bercuti ke Pulau Perhentian lagi.