The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

thunderbolts(ammar,haziq,rajiv,arash)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afifhaziq281204, 2022-11-06 00:59:49

pep

thunderbolts(ammar,haziq,rajiv,arash)

PEN GHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

ASPEK-ASPEK

YANG


MEMECAHBELAHKAN

MASYARAKAT


BERBILANG KAUM

DAN CARA


MENGHINDARINYA

PRESENTED BY

MUHAMMAD AFIF HAZIQ BIN
AMMAR HAZIQ BIN ANIZAN

MAZLAN (17DIB22F1060)

(17DIB22F1062)

THUNDERBOLTS

RAJIV A/L ANANDA MUHAMMAD AR
(17DIB22F1070) RASHID BIN ASMUNI

(17DIB22F1064)

‫بسم الله الرحمن الرحيم‬

ISI KANDUNGAN:

MONDAY
7 NOVEMBER 2022
10.15AM UNTIL 1.15PM

Bil TAJUK M/S

1 PENGHARGAAN 1

2 PENDAHULUAN 2
3-5
ASPEK ASPEK YANG
6-7
3 MEMECAHKANBELAHKAN
MASYARAKAT BERBILANG

KAUM

4 CARA MENGHINDARI

5 PENUTUP 8

BILIK KULIAH 1.4 POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

PPEENNGGHHAARRGGAAAANN

Ribuan terima kasih kepada Puan Aidah
yang banyak membantu kami dalam
melaksanakan e-Majalah berkaitan aspek-
aspek memecahkan masyarakat berbilang
kaum dan cara menghindarinya.

Ucapan terima kasi
h juga diucapkan

kepada rakan-rakan yang mendorong kami
dalam membuat e-majalah dan ahli-ahli
kumpulan kami kerana telah memberi
kerjasama sepenuhnya dalam menyiapkan
e-majalah ini.

AMMAR,ARASH,HAZIQ,

RAJIV

-PENDAHULUAN-

Sepertimana yang kita sedia maklum, negara
Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang
masyarakat majmuk yang mempunyai perbezaan
dari segi kebudayaan, bahasa, etnik, warna kulit
dan adat resam yang tersendiri. Bahasa rasmi ialah
bahasa Melayu manakala agama persekutuan ialah

agama Islam. Namun, kaum lain turut bebas
mengamalkan agama tersendiri dan boleh bertutur

mengikut bahasa ibunda masing-masing.



Kerajaan Malaysia telah menjalankan pelbagai
usaha dan kempen untuk mengekalkan perpaduan

Ini. Semua masyarakat hidup aman harmoni
dibawah undang-undang Raja Berpelembagaan.

Namun, seringkali isu-isu perkauman ini
ditimbulkan oleh puak-puak tertentu dan
adakalanya isu-isu ini menjadi mainan politik. Ini
adalah sangat merbahaya kerana ia boleh
meruntuhkan keamanan yang dikecapi. Apabila
berlaku huru- hara, sistem ekonomi negara akan
terjejas. Oleh itu, amatlah penting untuk kita
mematuhi undang-undang dan bertolak ansur

antara satu sama lain.



Jadi, melalui tugasan kali ini, kami akan
mengetengahkan beberapa tajuk kecil berserta
huraiannya. Antara tajuk-tajuk yang akan kami

ketengahkan ialah aspek-aspek yang
memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum dan

cara menghindarinya.

aspek-aspek yang
memecahbelahkan
masyarakat berbilang

kaum

1

ISU AGAMA

Perbalahan antara kaum boleh
bertambah teruk apabila seseorang
individu itu menghina agama lain.



Sebagai contoh, tidak menghormati
dan membuat bising ketika kaum
dan bangsa lain melakukan upacara

sembahyang mereka.



Seterusnya ialah memburukkan
atau memainkan nama Tuhan
agama lain. Kesimpulannya, isu
agama merupakan antara isu yang
paling sensitif kepada semua kaum

dan bangsa.

2

ISU RASISME

Isu ini merujuk kepada menghina warna kulit dan
fizikal kaum lain. Seseorang itu mudah 'jatuh' ke
dalam kategori rasis jika dia menganggap diri atau
kaumnya superior lalu merasakan lebih terhormat
berbanding kaum lain hanya kerana faktor bahasa,
warna kulit, pekerjaan, tahap pemikiran, budaya,

pemakaian, rupa dan sebagainya.
Contohnya, rakyat

Malaysia juga ramai yang memandang rendah
kepada buruh Indonesia, Bangladesh dan Nepal

yang bekerja rencam di negara ini.
Bukan hanya memandang sebelah mata tanpa
menilai jerih payah mereka mencari rezeki, mereka
juga dilabel pula dengan pelbagai panggilan yang
mencela kelas serta darjat. Sedangkan mereka
itulah saban hari memerah tenaga dan keringat
membina pembangunan-pembangunan di negara

ini, yang hakikatnya peluang itu sepatutnya
dipenuhi oleh anak tempatan.

3

PROSES SOSIALISASI
YANG TERHAD

Bagaimanakah proses sosialisasi ini menjadi
rintangan ke arah perpaduan kaum di
Malaysia?

Rintangan ini terjadi disebabkan oleh kaum-
kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain- lain
dibesarkan dalam persekitaran kaum masing-

masing sahaja. Perkara ini pada awal
pembesaran seseorang individu itu mungkin

suatu kewajipan bagi setiap kaum untuk
membolehkan anak-anak mereka mempelajari

dan memahami nilai-nilai dan norma-norma
masyarakat tersendiri supaya identitinya bangsa

mereka tetap kekal.



Rasional proses sosialisasi primer ini amat
mudah untuk difahami dan diterima. Ibu bapa
Melayu pastilah akan membesarkan anak-anak

mereka supaya
menjadi Melayu bila dewasa kelak. Begitu juga

perihalnya dengan ibu bapa Cina, India, dan
lain-lain kaum yang terdapat di negara ini.

Ibu Bapa Perlu Menghadiri
Menjadi Suri Teladan Aktiviti Sosial

Ibubapa haruslah

mengamalkan Ibubapa haruslah

beberapa tabiat dalam mengamalkan
kehidupan seharian beberapa tabiat dalam
mereka agar anak-
anak dapat kehidupan seharian
mempelajarinya mereka agar anak-anak
daripada mereka. dapat mempelajarinya


Antaranya ialah daripada mereka.
ibubapa haruslah


mempunyai hubungan Antaranya ialah
yang baik antara jiran ibubapa haruslah
mempunyai hubungan
tidak kira pelbagai yang baik antara jiran
kaum dan bangsa. tidak kira pelbagai
kaum dan bangsa.


Dengan ini, ibubapa

dan anak-anak dapat Dengan ini, ibubapa
memupuk semangat dan anak-anak dapat
memupuk semangat
perpaduan antara
kaum dan bangsa. perpaduan antara
kaum dan bangsa.

Mengadakan Atau Menghadiri
Majlis Rumah Terbuka

Kita seharusnya perlulah mengadakan
majlis rumah terbuka sempena perayaan
atau hari-hari istimewa.

Contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri
bagi kaum Melayu,sambutan Tahun
Baru Cina bagi kaum Cina dan
sambutan Hari Deepavali bagi kaum
India yang diadakan pada setiap tahun.

Dengan ini, ia dapat membantu kita
mengeratkan lagi hubungan
sillaturrahim antara pelbagai kaum dan
bangsa. Selain itu, anak-anak juga dapat
mengetahui dan mempelajari tentang
adat serta dapat menikmati juadah atau
makanan tradisional kaum dan bangsa
lain.

Kesimpulannya, semua pihak memainkan
peranan yang amat penting bagi
melahirkan masyarakat yang harmoni dan
saling hormat-menghormati antara satu
sama lain. Selain itu, keamanan dan
kemakmuran sesebuah negara amat
bergantung kepada perpaduan kaum dan
kerjasama oleh semua masyarakat dan
tidak menjadi batu api kepada sesebuah
masyarakat. Rakyat Malaysia juga perlu
mengambil insiatif tersendiri untuk
mengenali budaya kaum dan etnik di
Malaysia agar kita dapat menghormati
adat dan agama kaum serta bangsa lain.

TT EE RR II MM AA KK AA SS II HH !!


Click to View FlipBook Version