urubm
WADAH KECEMERLANGAN BM SPM
SBAPHAMSA 2ME0L2AY1U
MUNSYI K’SEVEN
MODUL 4
TEMA: MENULANG
HARAPAN DI BUMI
BETRTUAH
100% Berpandukan Buku Teks &
Format Pentaksiran Baharu
MODUL 3: MENJULANG HARAPAN DI BUMI BERTUAH
MODUL 4
TEMA 4: MENJULANG HARAPAN DI BUMI BERTUAH
Kertas 1 | Bahagian A: Karangan Respons Terhad….............................................…. 3
▪ Lawatan ke ekspo pertanian (Laporan)
Kertas 1 | Bahagian B: Karangan Respons Terbuka …...............................................4
▪ Kepentingan memajukan sektor pertanian
Kertas 2 | Bahagian A: Sistem & Aplikasi Bahasa……...............................................5
▪ Morfologi: Kata Adjektif dan Kata Adverba
▪ Sintaksis: Menukarkan ayat pasif kepada ayat aktif
Kertas 2 | Bahagian A: Sistem & Aplikasi Bahasa ………….…………………………………...6
▪ Aspek Penyuntingan/Pengeditan: Kesalahan Bahasa
Kertas 2 | Bahagian A: Sistem & Aplikasi Bahasa ……………..……………………………..... 7
▪ Bahasa Melayu Standard
▪ Aspek Peribahasa
Kertas 2 | Bahagian B: Pemahaman …..................................................................... 8
▪ Petikan Umum
Kertas 2 | Bahagian B: Pemahaman .…...................................................................10
▪ Petikan Sastera
Kertas 2 | Bahagian B: Novel ..................................................................................12
Kertas 2 | Bahagian C: Rumusan .............................................................................13
Jawapan ............................................................................................................16 - 24
2
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 4: MENJULANG HARAPAN DI BUMI BERTUAH
PRAKTIS ESENSI SPM [4.1] Penulisan Karangan Respons Terhad
Kertas 1 | Bahagian A: Karangan
[30 markah]
Bahan grafik di bawah memaparkan ekspo pertanian anjuran UPM.
Kelab Pertanian sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke ekspo
pertanian tersebut. Sebagai setiausaha persatuan, anda diminta untuk menulis laporan
tentang lawatan tersebut untuk diterbitkan dalam majalah sekolah.
Tulis laporan itu dengan selengkapnya.
Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
3
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 4: MENJULANG HARAPAN DI BUMI BERTUAH
PRAKTIS ESENSI SPM [4.2] Penulisan Karangan Respons Terbuka
Kertas 1 | Bahagian B: Karangan Respons Terbuka
[70 markah]
Tidak dapat dinafikan, generasi muda dewasa ini tidak cenderung untuk menceburi
bidang pertanian. Bagi mereka, bidang pertanian tiada prospek untuk menjana
pendapatan. Akan tetapi, mereka tidak menyedari bahawa bidang pertanian merupakan
bidang yang berpotensi untuk mencari kekayaan dan kemewahan, di samping dapat
menyumbang kepada ekonomi negara.
Jadi, anda terpanggil untuk menulis suatu rencana yang bertajuk “Kepentingan
Memajukan Sektor Pertanian”.
Tulis rencana itu dengan selengkapnya.
.
4
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 4: MENJULANG HARAPAN DI BUMI BERTUAH
PRAKTIS ESENSI SPM [1.3] Sistem & Aplikasi Bahasa | Morfologi
Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Morfologi: Golongan Kata
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata adjektif dan dua kata
adverba. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda memahami maksud dan
penggunaanya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Rosel atau asam paya, asam susur, asam kundang,
dan sorrel terdapat di Afrika, India, dan Asia termasuk
Malaysia. Kini terdapat lebih daripada 300 spesies rosel di
seantero dunia. Pokok ini boleh mencapai ketinggian lebih
kurang 2 meter dengan dahannya yang tumbuh menegak
dan melentur rebah apabila buahnya lebat.
Kaliks atau kelopak buah rosel kaya dengan vitamin
A dan C serta zat mineral. Dengan menjadikannya sebagai
teh ubatan, herba ini dapat mempercepat peredaran darah
dan mengurangkan hipertensi.
[8 markah]
PRAKTIS ESENSI SPM [1.4] Sistem & Aplikasi Bahasa | Sintaksis
Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Sintaksis: Menukarkan Ayat Pasif kepada Ayat Aktif
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kenal pasti ayat-ayat pasif dan
tukarkannya kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
Roslee : Saya berasa sedih, Manjit…
Manjit : Hai, mengapa pula? Bukankah kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh Cikgu
Fatimah sudah kita bereskan? Agaknya kamu bersedih kerana kamu tidak
mempunyai wang untuk membayar minuman dan makanan itu nanti!
Roslee : Begini Mnjit… Kolam penternakan ikan talapia merah saya abaikan sehingga
banyak ikan yang mati.
Manjit : Mengapakah ikan-ikan itu kauabaikan?
Roslee : Entahlah….
Manjit : Usahlah sedih, Roslee. Jom, kita bersama-sama mengusahakannya.
[6 markah]
5
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 4: MENJULANG HARAPAN DI BUMI BERTUAH
PRAKTIS ESENSI SPM [4.5] Sistem & Aplikasi Bahasa | Penyuntingan
Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Aspek Penyuntingan
Bahan grafik di bawah mengandungi dua belas kesalahan bahasa Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Snda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada
jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin
petikan-petikan tersebut.
BAHAN 1
Pengarah Urusan dan Pakar Lanskap Dukung Beranak Sdn Bhd Maznah Ariffin
berkata, terdapat pelbagai jenis tanam-tanaman herba yang boleh ditanam dan
memberikan khasiat yang banyak.
“Selain dari pokok hiasan, banyak jenis pokok herba boleh ditanam kerana
penjagaannya tidak sukar.
“Lebih menarik, pokok herba ada banyak kebaikannya kerana boleh dimakan
dan dijadikan sebagai ubat, jadi ianya mempunyai kebaikan berganda berbanding
dengan pokok hiasan,” katanya.
Katanya, antara pokok-pokok herba yang mudah didapati, boleh dimakan, serta
boleh dijadikan ubatan tradisional adalah pokok belalai gajah, kemangi, pecah kaca,
bangun-bangun, dan daun pandan.
BAHAN 2
HARI PERTAMA / 30 OKT0BER 2019 (JUMAAT)
Bil Masa Acara/Pengisian
1. 9.00 pagi Peresmian Ekspo Pertanian & Pesta Konvokesyen
UPM 2019 yang ke39
2. 10.00 pagi Pameran Pertanian/Pameran Orkid/Pameran
Ternakan/Mini Zoo
3. 11.00 pagi Pengenalan jenis pokok buah-buahan dan penjagaan
Pembiakkan tanaman pokok buah (Cantuman dan Tut)
4. 12.00 tgh. Bonsai: Seni penjagaan pokok kecil
5. 3.00 ptg. Pertanian sandaran; semaian sayur secara biji benih dan
kaedah tanaman mengunakan keratan
6. 4.00 ptg. Pertanian sandaran; penanaman secara hidroponik
[12 markah]
6
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 4: MENJULANG HARAPAN DI BUMI BERTUAH
PRAKTIS ESENSI SPM [4.6] Sistem & Aplikasi Bahasa
Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Bahasa Melayu Standard
Baca petikan Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya. Kemudian, tulis semula
petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud
asalnya.
Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar
kota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada
segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar masuk
bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar.
(Dipetik daripada
“Kepimpinan Melalyu Teladan”
Antologi Jaket Kulit Kijang
AntlDewan Bahasa dan Pustaka)
[6 markah]
PRAKTIS ESENSI SPM [4.7] Sistem & Aplikasi Bahasa
Kertas 2: Sistem & Aplikasi Bahasa
Peribahasa
Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian berikan tiga peribahasa yang sesuai
untuk situasi dalam petikan tersebut.
“Bila lagi agaknya kau hendak
membeli kereta, Man? Buat apa kau
simpan duit banyak-banyak. Kalau sudah
tua nanti, sudah tidak guna lagi berkereta
baharu. Masa itu, hendak pegang stering
pun sudah tidak berdaya lagi,” usik Din.
Man tidak menjawab. Dia sedar,
semya orang berangan-angan untuk
memiliki sebuah kereta sendiri sebab baik
orang kaya mahupun kaum murba
sama-sama berfikiran dan bernafsu. Man tahu, kereta merupakan suatu keperluan
sekarang ini, bukannya barang mewah lagi.
Apabila memikirkan dirinya sebagai pekebun sayur dan penternak, lagipun
pendapatannya tak menentu, Man mematikan niatnya itu. Dia tidak mahu berkeadaan
seperti orang yang meniru-niru perbuatan orang lain kerana mengharapkan keuntungan
tetapi perbuatan itu sia-sia belaka.
“Saya ni kaum murba, Din!” balas Man. [6 markah]
7
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 4: MENJULANG HARAPAN DI BUMI BERTUAH
PRAKTIS ESENSI SPM [7.8] Pemahaman Petikan Umum
Kertas 2 | Pemahaman Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya. Kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
PETIKAN 1
TAWAU: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Jimmy Wong menggalakkan
rakyat di negeri ini untuk menceburi penanaman buah-buahan tempatan kerana industri
itu semakin mendapat tempat di pasaran luar.
Menurutnya, Tawau masih terdapat banyak tanah yang kosong dan subur untuk
dijadikan sebagai ladang tanaman buah-buahan tempatan.
"Kita tidak boleh hanya tertumpu pada penanaman sawit semata-mata tetapi
kita harus mempelbagaikan hasil tanaman dan bijak mencari peluang yang diperlukan
pasaran.
"Peladang boleh menjadikan tanah-tanah yang subur ini untuk menanam buah-
buahan tempatan yang baharu seperti kentang manis dan durian musang king yang kini
mendapat tempat di pasaran luar," katanya.
"Kita tidak mahu Tawau hanya sebagai tempat persinggahan pelancong untuk ke
Semporna tetapi kita mahukan pelancong juga akan terus tertarik dengan daerah ini
kerana adanya program buah-buahan tempatan secara meluas," katanya.
Peladang juga dinasihati supaya mampu mengeluarkan buah-buahan tempatan
yang bermutu tinggi dan beraneka jenis supaya dapat merancakkan iktisad daerah ini.
PETIKAN 2
ALOR GAJAH: Ramai usahawan tani Bumiputera berani menceburi sektor pembuatan
bongkah cendawan lantaran dapat menembusi pasaran antarabangsa.
Untuk menghasilkan bongkah cendawan berkualiti, Mohd Syukor yang juga
Pengarah Urusan syarikat Sinar Syukrawie Enterprise mencampurkan habuk kayu, dedak
padi gred A dan kapur pertanian dalam bongkah sebelum mengukusnya di dalam dapur
khas antara tempoh tujuh hingga lapan jam.
Selepas itu, bongkah terbabit disejukkan selama 24 jam, sebelum disimpan di
dalam bilik yang dilengkapi alat pendingin hawa untuk menjalani proses memasukkan
benih cendawan.
"Suhu rendah dan persekitaran dingin amat penting ketika proses memasukkan
benih cendawan ke dalam bongkah bagi mengelakkan benih dicemari anasir perosak
seperti hama dan kumbang," katanya.
8
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 4: MENJULANG HARAPAN DI BUMI BERTUAH
(i) Berdasarkan Petikan 1, berikan maksud merancakkan iktisad.
[2 markah]
(ii) Merujuk Petikan 1 dan Petikan 2, nyatakan persamaan kemanfaatan penanaman
buah-buahan dan cendawan dan perbezaan kaedah penanaman.
[3 markah]
(iii) Generasi muda dewasa ini tidak berhajat untuk menceburi atau menerokai bidang
pertanian yang berpotensi untuk dimajukan dan memperoleh pulangan yang
lumayan jika diusahakan secara komersial.
Pada pendapat anda, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh Kementerian
Pertanian dan Industri Makanan untuk menangani masalah tersebut.
[3 markah]
(iv) Bidang pertanian, tidak dapat dinafikan, menghadapi pelbagai cabaran dan
kekangan. Oleh hal yang demikian, generasi muda beranggapan bahawa bidang ini
tidak ada prospek atau berpotensi untuk dimajukan.
Pada pendapat anda, apakah kekangan-kekangan yang dihadapi oleh sektor
pertanian sehingga meninggalkan kesan kepada generasi muda agar tidak ingin
menceburi bidang ini.
[4 markah]
9
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 3: MEMETIK BINTANG
PRAKTIS ESENSI SPM [1.9] Kertas 2 | Pemahaman Petikan Sastera
BAHAN 1
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya. Kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Saling tidak tumpah seperti ibu yang rancak ke sana rancak ke sini seperti air terjun. Ibu
tidak bolleh tinggal diam sepanjang hari, sama seperti air Sungai Cerper yang bergerak bersama
ikan, menampar tebing yang berselekoh, memasuki lubuk-lubuk yang dalam.
Ibu juga bergerak di mana-mana saja dia berada. Kalau di baruh, ibulah yang menajak
dan menyisir selut. Ibulah membanting tulang empat kerat memikul gemal dan tanam benih-
benih itu. Kelak ibulah yang mengejar burung apabila padi menguning. Dan ibu jugalah yang
menuai apabila padi masak sampai habis gemal-gemal itu dijunjung naik masuk jelapang.
Ceper pun serupa. Ia memancutkan airnya begitu deras bagai anak panah yang baru saja
lepas dari busurnya.
Selesai saja subuh, ibu sudah berada di bumi. Kalau musim bersawah, di sawahlah. Kalau
musim tetak mengkuang, di payahlah. Kalau musim berderau di rumah kenduri atau Bersama
keluarga menziarahi mayat, ibu ada-ada saja kerjanya.
BAHAN 2
Petani Jasa Petani
Jasamu sungguh besar Kala mentari muncul
Menyediakan beras untuk masyarakat Kau sudah bekerja keras
Kau tak kenal rintangan Untuk menyara keluargamu
Tak peduli terik matahari membakar kulitmu Untuk keperluan masyarakat
Demi sebutir beras untuk mencukupi
keperluan hidup Begitu banyak yang kaukorbankan
Mulai dari waktumu, tenagamu
Tak banyak manusia yang menyedari bahawa Dan kewanganmu
jasamu sungguh besar Semua kaulakukan demi masyarakat
Mereka hanya tau beras yang sudah siap
dijadikan nasi Pada waktu padi menguning
Tak tau bagaimana cara pembuatannya yang Kau harus menjaga sawahmu
cukup rumit Dari tikus, burung dan yang mengganggumu
Kau tak pernah lelah membajak sawah Terima kasih.. oh.. !
menggunakan kerbau Petani, atas jasa – jasamu.
Berkeliling-keliling demi sesuap nasi
Keluarga di rumah sudah menanti datangnya
makanan
10
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 4: MENJULANG HARAPAN DI BUMI BERTUAH
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud membanting tulang empat kerat.
[2 markah]
(ii) Berdasarkan Bahan 2, penyajak menggambarkan kehidupan kaum tani.
Nyatakan kehidupan petani pada kaca mata penyajak.
[4 markah]
(iii) Ungkapan “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang” menggambarkan
kehidupan kaum murba seperti pekebun dan petani.
Pada pendapat anda, bagaimanakah mereka dapat menangani kemiskinan yang
menghantui kehidupan mereka?
[3 markah]
(iv) Kaum tani di negara kita, tidak dapat dinafikan, menghadapi seribu satu masalah.
Mereka menaburkan bakti dan menyumbangkan tenaga kepada ekonomi negara.
Dalam konteks kaum tani, kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk membantu dan
mengubah nasib mereka.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil oleh kerajaan
untuk meningkatkan produktiviti dan taraf hidup mereka?
[4 markah]
11
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 4: MENJULANG HARAPAN DI BUMI BERTUAH
PRAKTIS ESENSI SPM [4.10] Pemahaman
KERTAS 2 | BAHAGIAN B: PEMAHAMAN (NOVEL)
BAHAN 1
Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
“Anak oranglah yang bunuh anak aku! Inilah oarngnya yang mahu anak aku mati!”
jerit Aton. Kaum keluarganya memegang bahunya. Embong kehilangan kata. Aku yang
menyuruh membunuh Said?
“Sabar Ton.””
Aton terus dipujuk oleh keluarganya. Seorang lelaki menepuk bahu Embong.
Embong memandang wajah lelaki itu.
“Lepaskan aku! Anak nak bunuh lelaki ini!”
Aton terus dipujuk oleh keluarganya. Seorang lelaki menepuk bahu Embong.
Embong memandang wajah lelaki itu.
Daripada Novel Songket Berbenang Emas
Oleh: Khairuddin Ayip
Kepincangan masyarakat, yakni fitnah-memfitnah antara satu sama lain, merupakan
senario hidup bermasyarakat. Bagaimanakah kita boleh menghentikan masyarakat
daripada perlakuan fitnah-memfitnah?
[4 markah]
BAHAN 2
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut.
a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f) Silir Daksina, karya Nizar Parman
g) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd. Yusop
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan persoalan tentang
kehidupan masyarakat kampung.
[6 markah]
12
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 4: MENJULANG HARAPAN DI BUMI BERTUAH
PRAKTIS ESENSI SPM [4.11] Kemahiran Membuat Rumusan
KERTAS 2 | BAHAGIAN C: RUMUSAN
[30 Markah]
Baca petikan dan lirik lagu yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Andai digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan lirik lagu.
PETIKAN
Demi mendepani kegawatan ekonomi, kerajaan memberikan pelbagai nasihat
kepada rakyat jelata. Antara nasihat yang paling kerap diberikan oleh kerajaan
termasuklah menggalakkan rakyat jelata bercucuk tanam untuk mengurangkan
pergantungan negara terhadap bahan makanan yang diimport.
Penduduk yang mempunyai tanah tidaklah menghadapi masalah untuk
menyahut seruan kerajaan, tetapi tidak begitu halnya dengan penduduk yang tidak
mempunyai tanah atau yang menghadapi masalah saiz tanah yang kecil. Menyedari
hakikat itu, Jabatan Pertanian telah mengesyorkan supaya mereka menanam sayur-
sayuran sevara hidroponik.
Kaedah ini merupakan suatu kaedah penanaman sayur-sayuran tanpa
menggunakan tanah. Sebaliknya, sayur-sayuran ditanam di dalam takungan yang berisi
air yang dicampurkan dengan larutan zat makanan. Kaedah ini terbukti menjimatkan
ruang dan tanah. Takungan yang digunakan boleh diletakkan di mana-mana sahaja,
sama ada di beranda, di halaman rumah, di rumah pangsa, dan sebagainya. Di samping
itu, banyak tanaman yang dapat diusahakan dalam suatu kawasan kecil kerana
takungan tersebut boleh diletakkan di atas rak-rak yang bertingkat-tingkat.
Selain itu, banyak masa yang dapat dijimatkan kerana kaedah penanaman
secara hidroponik tidak memerlukan penjagaan yang rapi dan khusus. Tiada kerja-kerja
penggemburan tanah yang perlu dilakukan. Kerja-kerja penyiraman pula tidak perlu
dilakukan setiap hari kecuali apabila aras air di dalam takungan turun ke suatu tahap
yang tertentu.
Yang lebih penting ialah kebersihan persekitaran terjamin kerana penggunaan
racun serangga hanya pada kadar yang minimum. Kaedah ini turut menjimatkan
perbelanjaan dan kos pengendaliannya murah lantaran perbelanjaan untuk membeli
baja adalah rendah. Penggunaan baja adalah pada paras minimum oleh sebab
peresapan baja dan nutrien ke dalam tanah dan hakisan oleh hujan tidak berlaku.
Penanaman secara hidroponik memang wajar dijadikan suatu hobi. Dengan
kaedah penanaman yang mudah, murah, bersih, dan cepat, kita boleh dikategorikan
sebagai “ketinggalan” dalam pertanian moden seandainya mengesampingkan
penanaman secara hidroponik.
13
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 4: MENJULANG HARAPAN DI BUMI BERTUAH
Bahan Grafik
Tidak dapat dinafikan, pengusaha atau peminat penanaman secara hidroponik
turut menghadapi beberapa masalah yang dapat mengekang aktiviti mereka. Antaranya
termasuklah penularan penyakit dengan cepatnya jika air tercemar dan memerlukan
kemahiran teknikal seperti penyediaan larutan nutrient, menguji PH, dan keberaliran
elektrik (EC). Namun demikian, masalah ini dapat diatasi dengan mudahnya dengan
mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Pertanian.
14
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
JAWAPAN
JAWAPAN
MODUL 4: MENJULANG HARAPAN DI BUMI BERTUAH
JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [4.1]
Kertas 1 | Bahagian A: Karangan
[30 markah]
ANALISIS SOALAN
Tema : Pertanian
Isu : Lawatan/Darmawisata ke Ekspo Pertanian
Format : Laporan
Laporan Lawatan ke Ekspo Pertanian anjuran Universiti Putera Malaysia, Serdang
Baru-baru ini, seramai 35 orang ahli Kelab Pertanian Sekolah Menengah
Kebangsaan Gajah Beranak, Selangor telah mengadakan lawatan sambil belajar ke
Ekspo Pertanian anjuran UPM. Dua orang guru penasihat kelab, yakni Cikgu Nirmala
Saidon dan Cikgu Redwan Abdullah, menyertai rombongan ini.
Pelbagai produk hasil tani dan ternakan dipamerkan, selain pelbagai acara dan
program menarik yang bertemakan “Mengungguli Pertanian, Menggapai Reputasi
Antarabangsa”. Antara tarikan utama ialah hasil penyelidikan, penjualan anak pokok
buah-buahan, sayur-sayuran, poduk susu, dan daging keluaran UPM serta demontrasi
teknik pertanian moden.
Tarikan-tarikan lain termasuklah pameran khas mengenai burung dan ayam
eksotik oleh Malaysia Ornamental Poutry Association (MOPA) dan pameran pelbagai
jenis ikan oleh Jabatan Pertanian. Kami amat teruja melihat gelagat haiwan yang
dipamerkan; antaranya anak ayam yang baru menetas, rusa jinak, anak kambing, dan
arnab. Selain berpeluang memberikan makanan kepada haiwan yang ingin mencuba
pengalaman menunggang kerbau.
Lawatan ke ekspo pertanian ini mencelikkan mata kami bahawa sektor
pertanian amat menyeronokkan kerana boleh dijadikan suatu kerjaya atau perniagaan
untuk mengaut rezeki yang lumayan. Ceramah yang bernas dan meyakinkan oleh Prof.
Dr. Mirzan Hasbullah yang bertajuk “Pertanian ialah Perniagaan” juga membuka mata
kami agar menceburi bidang pertanian. Selain berbudi kepada tanah, kami boleh
menjadikannya suatu sumber mata pencarian yang baik serta menyumbang kepada
ekonomi negara yang tercinta ini.
Sesudah menikmati makan tengah hari, kami bertolak untuk pulang ke sekolah
pada jam 3.00 petang. Lawatan ini diharapkan dapat menyuntik semangat dalam
kalangan ahli kelab untuk berkecimpung dalam bidang pertanian.
sambungan...
16
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 4: MENJULANG HARAPAN DI BUMI BERTUAH
Laporan disediakan oleh, 30 OKTOBER 2019.
Marezukhi
(MEREZUKHI BIN ROSLEE)
Setiausaha,
Kelab Pertanian,
Sekolah Menengah Kebangsaan Gajak Beranak,
Serdang, Selangor.
JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [4.2]
DOMAIN : AWAM (NEGARA)
TEMA : PERTANIAN
SKOP : KEPENTINGAN MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN
a) Format: Rencana
Jika tiada:
tajuk - 1m
nama pengarang - 1m
b) Diharapkan calon dapat:
- Menjelaskan/memperkatakan kepentingan memajukan sektor pertanian
Kepentingan Memajukan Sektor Pertanian
Oleh: Azfa Zuriani
Sektor pertanian, tidak dapat dinafikan, pernah menjadi tunjang kekuatan iktisad
negara pada suatu ketika dahulu. Hasil mahsul, yakni getah, kelapa sawit, padi, dan
seumpamanya juga pernah menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan negara
dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan untuk rakyat di negara ini. Tetapi malangnya,
kemajuan arus pembangunan negara yang lebih menjurus kepada sektor perindustrian
telah menenggelamkan bidang pertanian sedikit demi sedikit terutamanya dalam dekad
terakhir abad kedua puluh. Walau bagaimanapun, keadaan ekonomi dunia yang tidak
menentu pada permulaan awal alaf baharu ini mengembalikan kepentingan bidang
pertanian di negara kita semula.
Sektor pertanian merupakan sumber pendapatan utama penduduk desa kerana
mereka bergantung pada perladangan, perkebunan, dan perternakan. Sayang seribu kali
sayang, majoriti masyarakat desa masih miskin dan ketinggalan, malah kehidupan
mereka persis ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jurang ekonomi
dapat dirapatkan melalui pembangunan sektor pertanian. Dengan adanya sumber
permodalan, kewangan, khidmat nasihat, teknologi moden, serta penyelidikan dan
pembangunan, masalah sosioekonomi ini dapat ditangani. Produktiviti pertanian dapat
dilipatgandakan melalui pembangunan sektor ini, dan secara langsung menambah
peluang pekerjaan masyarakat desa lagi dan meningkatkan pendapatan. Salah satu usaha
17
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 4: MENJULANG HARAPAN DI BUMI BERTUAH
kerajaan yang efektif ialah skim FELDA. Melalui skim ini, tanah pertanian yang luas diagihkan
mengikut nisbah yang sama rata kepada penduduk desa untuk dimajukan. Dengan cara ini,
keadilan sosial dan pengagihan kekayaan yang seimbang dapat dicapai.
Bukan itu sahaja, indeks imbangan perdagangan iaitu indeks harga hasil eksport dan
belanja import dapat diseimbangkan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan negara
kita lagi melalui pembangunan sektor pertanian. Hal ini disebabkan hasil sektor pertanian
dijadikan sebagai bahan eksport utama negara yang mendatangkan hasil yang lumayan
seperti getah dan minyak kelapa sawit. Negara kita mendabik dada kerana menjadi
pengeluar kedua terbesar di dunia bagi kedua-dua bahan tersebut kerana kecekapan
kerajaan Malaysia dalam usaha memajukan sektor ini. Kepentingan dari segi ini juga dapat
dilihat melalui sumbangan sektor pertanian untuk menggantikan import negara. Dasar
penggantian import diperkenalkan pada awal rancangan pembangunan Malaysia untuk
mengurangkan import dari negara asing bagi bahan mentah sektor pertanian melalui
pembangunan sektor ini. Sebagai contoh, buah-buahan merupakan bahan import utama
negara kita. Untuk menggantikan import bahan-bahan ini, kerajaan telah mengambil langkah
mempelbagaikan tanaman buah-buahan melalui pembangunan yang dilakukan dalam sektor
utama. Dengan cara ini, kedudukan kewangan negara dan struktur ekonomi yang kukuh
dapat diwujudkan melalui kepelbagaian sektor ekonomi negara yang seimbang.
Selain itu, sektor pertanian merupakan bekalan bahan mentah yang amat penting
kepada sektor ekonomi sekunder dalam pemprosesan makanan. Hasil pertanian merupakan
input yang digunakan dalam proses pengeluaran bahan makanan yang boleh dijadikan
sebagai produk eksport. Eksport makanan menggunakan hasil pertanian adalah seperti
mentega, serbuk koko, serbuk lada hitam, berus dan sebagainya. Kos pengeluaran dapat
diminimumkan untuk pengeluaran optimum kerana harga bahan mentah yang dibekalkan
oleh sektor pertanian adalah murah berbanding dengan pasaran antarabangsa. Selain itu,
hasil pertanian dapat disumbangkan oleh sektor utama demi kegunaan domestik rakyat
sesebuah negara. Sebagai contoh, beras merupakan makanan asas penduduk Asia. Kita dapat
menikmati harga makanan yang rendah, hasil sumbangan sektor ekonomi utama negara kita.
Contoh yang lain kegunaan domestik hasil pertanian ialah minyak masak kelapa sawit
berkualiti tinggi diperoleh dengan murah kerana didapati dalam pasaran tempatan.
Dampaknya, kemakmuran dan rakyat terjamin kerana dapat menikmati kestabilan
sosioekonomi dan kos sara hidup yang rendah.
Intihanya, kepentingan pembangunan sektor pertanian tidak harus dikesampingkan dan
fokus kepada pembangunan perindustrian untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan
mantap dari segi kewangan, ekonomi, dan politik. Oleh itu, kerajaan hendaklah menggubal
dasar pembangunan yang memberikan keutamaan kepada pembangunan sektor pertanian.
Selain itu, dasar pendidikan negara juga hendaklah dirombak agar dapat menyumbang
kepada pembangunan sektor pertanian. Di samping itu, kerajaan hendaklah merancakkan
penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan benih yang berkualiti serta
meningkatkan produktiviti. Ekspo-ekspo pertanian hendaklah diadakan di seluruh negara
dari semasa ke semasa oleh Kementerian Pertanian untuk menggalakkan anak-anak muda
menceburi bidang pertanian. Dengan wujudnya sinergi, kita dapat memberikan nafas baharu
kepada sektor pertanian dengan memperkenalkan sains dan teknologi serta bioteknologi.
Hasilnya, kita boleh menjadi negara pertanian dan pembuatan yang maju di rantau ini.
18
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 4: MENJULANG HARAPAN DI BUMI BERTUAH
JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [4.3] Sistem & Aplikasi Bahasa
Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Morfologi: Golongan Kata
Kata adjektif da kata adverba
(i) seantero
(ii) lebat
(iii) menegak
(iv) rebah
[4 markah]
Pembinaan Ayat:
(i) Pada suatu masa dahulu, getah asli negara kita dieksport ke seluruh dunia.
(ii) Buah jambu air di belakang rumah saya sangat lebat sesudah dibubuh baja.
(iii) Anak pokok yang baharu akan tumbuh menegak dari mata tunas.
(iv) Pokok-pokok buluh yang hidup subur di tebing sungai itu tumbuh rebah.
[4 markah]
JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [4.4] Sistem & Aplikasi Bahasa
Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Sintaksis: Menukarkan Ayat Pasif kepada Ayat Aktif
(i) Bukankah kita sudah membereskan kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh Cikgu
Fatimah?
(ii) Saya mengabaikan kolam penternakan ikan talapia merah sehingga banyak ikan yang
mati.
(iii) Mengapakah engkau mengabaikan ikan-ikan itu?
[6 markah]
JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [4.5] Sistem & Aplikasi Bahasa
Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Aspek Penyuntingan
(i) Lanskap seharusnya: landskap (ejaan)
(ii) pelbagai jenis tanam-tanaman herba seharusnya: pelbagai jenis tanaman
herba (frasa nama/bentuk jamak)
(iii) khasiat seharusnya: kahsiat (ejaan)
(iv) Selain dari seharusnya: selain (kata sendi nama)
(v) ianya seharusnya: pokok herba (kata ganti nama diri)
(vi) antara pokok-pokok herba seharusnya: antara pokok herba (frasa nama)
(vii) adalah seharusnya: ialah/termasuklah (kata pemeri)
19
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 4: MENJULANG HARAPAN DI BUMI BERTUAH
(viii) Peresmian seharusnya: perasmian (ejaan)
(ix) ke39 seharusnya: ke-39
(x) Mini Zoo seharusnya: Zoo Mini
(xi) Pembiakkan seharusnya: pembiakan (ejaan/imbuhan)
(xii) mengunakan seharusnya: menggunakan (ejaan)
JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [4.6] Sistem & Aplikasi Bahasa
Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Bahasa Melayu Standard
Setelah beberapa lama, Kertas Sari sampai di Melaka. Kertala Sari pun menyamar
sebagai penduduk Jawa. Kertala Sari pun seperti biasa berjalan-jalan sambil bermain-
main bersama para pembesar dan saudagar di segenap kampung.
Nota:
▪ Bahan diambil daripada teks Komsas Tingkatan 4 dan 5.
▪ Panjang petikan atau bahan adalah antara 50 – 60 patah perkataan.
▪ Tidak perlu mengubah bentuk dan maksud asal petikan / bahan, yakni:
- tidak perlu menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah
▪ Skema pemarkahan: holistik / impression
▪ Jumlah markah tidak tetap; bergantung pada kehendak soalan.
JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [4.7] Sistem & Aplikasi Bahasa
Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Aspek Peribahasa
(i) Kalau sudah tua nanti, sudah tidak guna lagi berkereta baharu.
Peribahasa: gigi telah gugur, tebu menjadi-jadi
(ii) Naik orang kaya mahupun kaum murba
Peribahasa: gajah berhati, kuman un berhati juga
(iii) Orang yang meniru-niru perbuatan orang lain kerana mengharapkan
keuntungan tetapi perbuatan itu sia-sia belaka.
Peribahasa: gelagak rambutan jantan, orang berbunga dia berbunga, orang
berbuah dia tidak
JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [3.8] Pemahaman
Kertas 2 | Pemahaman Petikan Umum
Pemahaman
20
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
TEMA 1: MEREALISASIKAN IMPIAN
JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [3.8] Pemahaman
Kertas 2 | Pemahaman Petikan Umum
(i) Maksud:
- menggiatkan [1m] ekonomi [1m]
Jawapan yang Mantap:
Maksud rangkai kata merancakkan iktisad ialah menggiatkan ekonomi.
(ii) Persamaan kemanfaatan penanaman buah-buahan dan cendawan:
- dapat dieksport ke luar negara [1m]
Perbezaan kaedah penanaman:
- ladang tanaman buah-buahan tempatan - tanah yang kosong dan subur [1m]
- penanaman bongkah cendawan - habuk kayu, dedak padi dan kapur
pertanian dalam bongkah [1m]
Jawapan yang Mantap:
(ii) Persamaan kemanfaatan penanaman buah-buahan dan cendawan ialah hasilnya
boleh dieksport ke luar negara/dapat menembusi pasaran antarabangsa.
Penanaman buah-buahan memerlukan tanah yang kosong dan subur
manakala penanaman bongkas cendawan memerlukan habuk kayu, dedak
padi dan kapur pertanian dalam bongkah.
(iii) Peranan kerajaan:
- mempergiat promosi dan kempen tentang perniagaan berasaskan pertanian [1m]
- menawarkan Insentif dan subsidi [1m]
- membuka lebih banyak institusi yang menawarkan kursus kemahiran dan
keusahawanan dalam bidang pertanian [1m]
Jawapan yang Mantap:
Pada pendapat saya, peranan yang boleh dimainkan oleh Kementerian Pertanian
dan Industri Makanan untuk menangani masalah tersebut ialah promosi dan
kempen tentang perniagaan berasaskan pertanian hendaklah dipergiat. Selain itu,
kementeraan tersebut hendaklah membuka lebih banyak institusi yang
menawarkan kursus kemahiran dan keusahawanan dalam bidang pertanian.
(iv) Kekangan-kekangan:
- ketidakstabilan harga hasil mahsul/pertanian di pasaran [1m]
- keadaan cuaca yang tidak menentu [1m]
- kekurangan tanah pertanian akibat kepesatan pembangunan [1m]
- kekurangan guna tenaga/tenaga buruh [1m]
Jawapan yang Mantap:
Pada pendapat anda, antara kekangan yang dihadapi oleh sektor pertanian
sehingga meninggalkan kesan kepada generasi muda agar tidak ingin menceburi
bidang ini termasuklah ketidakstabilan harga hasil pertanian di pasaran,
kekurangan tanah pertanian akibat kepesatan pembangunan, serta masalah
kekurangan guna tenaga dalam sektor pertanian.
21
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 4: MENJULANG HARAPAN DI BUMI BERTUAH
JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [3.9] Pemahaman
Kertas 2 | Pemahaman Sastera
(i) Maksud:
- bekerja [1m] keras/kuat [1m]
Jawapan yang Mantap:
Maksud rangkai kata membanting tulang empat kerat ialah bekerja keras.
(ii) Kehidupan petani:
- sangat berjasa kepada masyarakat [1m]
- sanggup bekerja kuat di bawah panas terik matahari [1m]
- sanggup berkorban waktu dan tenaga [1m]
Jawapan yang Mantap:
Kehidupan petani pada kaca mata penyajak ialah mereka sangat berjasa
kepada masyarakat, sanggup bekerja kuat di bawah panas terik matahari, dan
sanggup berkorban waktu dan tenaga.
(iii) Cara-caranya:
- mempelbagaikan sumber pendapatan [1m]
- memanfaatkan teknologi moden/jentera moden [1m]
- melipatgandakan produktiviti dengan benih dan baja yang berkualiti [1m]
- menggunakan sistem pengairan yang moden dan bersistematik [1m]
- memasarkan hasil mahsul sendiri, bukan melaui orang tengah/peraih
Jawapan yang Mantap:
Pada pendapat saya, kaum murba dapat menangani kemiskinan dengan
mempelbagaikan sumber pendapatan, memanfaatkan teknologi moden, dan
melipatgandakan produktiviti dengan benih dan baja yang berkualiti.
(iv) Langkah-Langkah:
- menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan benih
yang berkualiti
- memberikan subsidi dan pinjaman kredit dengan mengenakan bunga yang
minimum atau sifar
- memperkenalkan teknologi moden dalam pembajakan dan penuaian
- Menganjurkan kursus kemahiran dan keusahawanan tentang perniagaan
berasaskan pertanian
Jawapan yang Mantap:
Pada pendapat saya, langkah-langkah yang harus diambil oleh kerajaan untuk
meningkatkan produktiviti dan taraf hidup mereka ialah Kementerian
Pertanian dengan kerjasama Univerti Putera Malaysia hendaklah menjalankan
penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan benih yang berkualiti.
Selain itu, Kementerian Pertanian hendaklah memperkenalkan teknologi
moden dalam pembajakan dan penuaian, di samping menganjurkan kursus
kemahiran dan keusahawanan tentang perniagaan berasaskan pertanian.
22
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 4: MENJULANG HARAPAN DI BUMI BERTUAH
JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [3.9] Novel
Kertas 2 | Novel
(i) Cara-caranya:
- memberikan didikan kerohanian, yakni agama dan moral, demi mengukuhkan
keimanan [2m]
- menyemaikan nilai-nilai kemanusiaan, seperti hormat-menghormati dan sayang-
menyayangi, dalam kalangan masyarakat [2m]
- mendidik masyarakat agar menghayati Rukun Negara, yakni prinsip kesusilaan dan
kesopanan, dalam kehidupan [2m]
Jawapan yang Mantap:
Kita boleh menghentikan masyarakat daripada perlakuan fitnah-memfitnah dengan
memberikan didikan kerohanian, yakni agama dan moral, demi mengukuhkan
keimanan. Selain itu, guru-guru hendaklah menyemaikan nilai-nilai kemanusiaan,
seperti hormat-menghormati dan sayang-menyayangi, dalam kalangan murid. Ibu
bapa pula hendaklah mendidik anak-anak agar menghayati Rukun Negara, yakni
prinsip kesusilaan dan kesopanan, dalam kehidupan.
(ii) Persoalan penghidupan masyarakat kampung:
Novel Jendela Menghadap Jalan
P1: Persoalan pengamalan perubatan tradisonal dalam pengubatan pelbagai jenis
penyakit [1m]
- Datuk Lili, yakni Haji Abdul Rahman, memanfaatkan herba dalam perubatan
tradisional untuk mengubati pesakit-pesakitnya yang menghidap pelbagai
penyakit kronik.
- Datuk Lili memasuki hutan di pinggir kampung untuk mencari pucuk-pucuk dan
akar-akar kayu yang dapat dijadikan herba. [1m
P2: Persoalan kepercayaan karut dalam kalangan masyarakat [1m]
- Haji Salihin, iaitu antara perintis Kampung Sentosa, berpegang pada
kepercayaan bahawa kampung itu hanya boleh menerima pembangunan
selepas 100 tahun pembukaannya.
- Sesetengah penduduk kampong mengatakan bahawa mereka melihat hantu
penduduk yang telah meninggal dunia marah kerana pembangunan telah
dilakukan sebelum sampai masanya. [1m]
23
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 4: MENJULANG HARAPAN DI BUMI BERTUAH
JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [4.10] Rumusan
Pendahuluan
Fokus 1: Kelebihan/kebaikan/kemanfaatan/faedah penanaman secara hidroponik
Fokus 2: Masalah/kekangan/cabaran dalam penanaman secara hidroponik
Isi-isi tersurat
BAHAN 1: Kelebihan/kebaikan/kemanfaatan/faedah penanaman secara hidroponik
SU1: - menjimatkan ruang dan tanah
SU2: - banyak tanaman yang dapat diusahakan dalam suatu kawasan kecil
SU3: - banyak masa yang dapat dijimatkan
SU4: kebersihan persekitaran terjamin
SU5: menjimatkan perbelanjaan
SU6: kos pengendaliannya murah
BAHAN 2: Masalah/kekangan/cabaran dalam penanaman secara hidroponik
SU7: - penularan penyakit dengan cepatnya jika air tercemar
SU8: - memerlukan kemahiran teknikal
Kesimpulan: - penanaman secara hidropinik hendaklah dijadikan suatu aktiviti dalam
Cadangan: kehidupan
- kos sara hidup dapat dikurangkan
Harapan:
Jawapan yang Mantap:
Bahan membincangkan kelebihan-kelebihan penanaman secara hidroponik dan
kekangan-kekangannya.
Antara kebaikan penanaman secara hidroponik ialah kaedah ini menjimatkan
ruang dan tanah. Di samping itu, banyak tanaman yang dapat diusahakan dalam suatu
kawasan kecil. Melalui penanaman secara hidroponik, banyak masa yang dapat
dijimatkan. Bukan itu sahaja, kaedah penanaman secara hidroponik menjamin
kebersihan persekitaran. Selain menjimatkan perbelanjaan, kos pengendaliannya juga
murah.
Salah satu kekangan atau masalah penanaman secara hidroponik ialah penularan
penyakit dengan cepatnya jika air tercemar. Dalam pada itu, pengamal kaedah
penanaman secara hidroponik memerlukan kemahiran teknikal.
Kesimpulannya, penanaman secara hidropinik hendaklah dijadikan suatu aktiviti
dalam kehidupan agar kos sara hidup yang semakin meningkat dapat dikurangkan.
ATAU
Kesimpulannya, masyarakat hendaklah digalakkan bercucuk secara hidroponik
agar dapat mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat dewasa ini.
---------------- TAMAT -------------------
24
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com