urubmMODUL6
WADAH KECEMERLANGAN BM SPM
SBAPHAMSA 2ME0L2AY1U
TEMA 6:
DUNIA PELANCONGAN
MUNSYI K’SEVEN
MODUL 6: DUNIA PELANCONGAN
MODUL 6
TEMA 6: DUNIA PELANCONGAN
Kertas 1 | Bahagian A: Karangan Respons Terhad….............................................…. 3
▪ Tempat-tempat pelancongan yang menarik dan faedah-faedahnya
Kertas 1 | Bahagian B: Karangan Respons Terbuka …...............................................4
▪ Kelebihan-kelebihan Ekopelancongan
Kertas 2 | Bahagian A: Sistem & Aplikasi Bahasa……...............................................5
▪ Morfologi: Kata nama majmuk dan kata kerja majmuk
▪ Sintaksis: Menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah
Kertas 2 | Bahagian A: Sistem & Aplikasi Bahasa ………….…………………………………...6
▪ Aspek Penyuntingan/Pengeditan: Kesalahan Bahasa
Kertas 2 | Bahagian A: Sistem & Aplikasi Bahasa ……………..……………………………..... 7
▪ Bahasa Melayu Standard/Moden
▪ Aspek Peribahasa
Kertas 2 | Bahagian B: Pemahaman …..................................................................... 8
▪ Petikan Umum
Kertas 2 | Bahagian B: Pemahaman .…...................................................................10
▪ Petikan Sastera
Kertas 2 | Bahagian B: Novel ..................................................................................12
Kertas 2 | Bahagian C: Rumusan ............................................................................13
Jawapan ............................................................................................................15 - 26
2
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 6: DUNIA PELANCONGAN
PRAKTIS ESENSI SPM [6.1] Penulisan Karangan Respons Terhad
Kertas 1 | Bahagian A: Karangan
[30 markah]
Baca e-mel di bawah dengan telitinya. Anda dikehendaki menjawab e-mel di bawah.
Tulis e-mel anda itu selengkapnya.
Panjangnya e-mel anda hendaWklaAh aDntAarHa 15K0EhiCngEgaM20E0RpaLtaAhNpeGrkaAtaNan.BM SPM
Daripada: [email protected]
Kepada: [email protected]
Subjek: Faedah-faedah melancong di Malaysia
Salam hormat Adam,
Apa khabar? Maaf kerana sudah lama saya tidak mengirimkan e-mel kepada
kamu.
Sebenarnya, peperiksaan pertengahan tahun baru sahaja berakhir. Saya berasa
lega kerana sekarang saya dapat bersantai.
Saya berhasrat untuk melancong ke Malaysia. Saya ingin melawat ke tempat-
tempat yang menarik di negara kamu pada cuti pertengahan tahun ini. Bolehkah
berkongsi tentang keistimewaan melancong di tanah air kamu? Apakah faedah-
faedah yang dapat saya raih daripadanya?
Saya menantikan respons daripada kamu.
Sahabatmu,
Vulandri Nasution
3
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 6: DUNIA PELANCONGAN
PRAKTIS ESENSI SPM [6.2] Penulisan Karangan Respons Terbuka
Kertas 1 | Bahagian B: Karangan Respons Terbuka
[70 markah]
Ekopelancongan merupakan pengembaraan yang bertanggungjawab terhadap alam
sekitar, sekali gus bertujuan untuk menikmati dan menghayati pengalaman alam semula
jadi dan kebudayaan. Ekopelancongan seharusnya mempunyai impak yang rendah
terhadap alam sekitar dan harus menyumbang kepada kesejahteraan penduduk
tempatan.
Petikan di atas memaparkan ekopelancongan dapat dijadikan suatu produk pelancongan
yang menjanjikan para pelancong atau pengembara menikmati manfaatnya, di samping
menyempurnakan tanggungjawab sosial. Tetapi malangnya, masyarakat Malaysia kurang
menggemari ekopelancongan. Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki menulis
sebuah rencana bagi menggalakkan masyarakat kita menyokong ekopelancongan
domestik. Tajuk rencana tersebut ialah “Kelebihan-kelebihan Ekopelancongan”.
Tulis rencana itu dengan selengkapnya.
4
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 6: DUNIA PELANCONGAN
PRAKTIS ESENSI SPM [6.3] Sistem & Aplikasi Bahasa | Morfologi
Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Morfologi: Bentuk Kata atau Pembentukan Kata
(Infleksi, Terbitan & Pemajmukan)
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama majmuk dan dua
kata kerja majmuk. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri
daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda memahami
maksud dan penggunaanya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Setibanya di seberang sungai, serumah berjalan ke arah tempat penginapan
kami untuk mendaftar masuk. Ayah menyewa sebuah calet besar yang memuatkan
kami berlima dengan selesanya. Ayah juga memberitahu kami bahawa di pintu masuk
Kuala Tahan ini ada empat rangkaian rintis yang sering dilalui oleh pengunjung Taman
Negara. Bersesuaian dengan percutian keluarga, ayah memilih Rentis Bukit Teresek
untuk menerokai keindahan taman negara.
Aku sudah tidak sabar-sabar lagi. Gunung Tahan seolah-olah memanggilku dari
kejauhan. [8 markah]
Sumber: Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 | muka surat 75
PRAKTIS ESENSI SPM [6.4] Sistem & Aplikasi Bahasa | Sintaksis
Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Sintaksis: Menukarkan Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, tukarkan cakap ajuk yang berhuruf
condong kepada cakap pindah atau cakap laporan tanpa mengubah maksud asalnya.
Hujan halau mentua pun turun. Kak Long kelam-kebut cuba menyelamatkan beg
sandangnya daripada terkena air hujam. Tanpa banyak soal, adik mengambil beg plastik
yang agak besar lalu menyarungkan beg kak long ke dalamnya. Kak long berasa kagum
akan tindakan adik.
[i] “Wah, meskipun kecil cili padi tetapi bijak!” Kembang hidung adik dipuji kak
long.
[ii} “Itulah kak long. Pengetahuan dan kelebihan itu tidak semestinya ada pada
orang-orang tua sahaja.” Sindir aku mengingatkan kak long tentang peristiwa semalam
apabila kak long mentertawakan adik yang menggunakan wang simpanannya untuk
membeli beg kalis air.
[iii] Kak long menjeling tajam lalu menjawab, “Ah, masalah kecil sahaja! Bukan-
[6 markah]
kah sekiranya takut akan risiko, janganlah mendekati bahaya?
Sumber: Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 | muka surat 74
5
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 6: DUNIA PELANCONGAN
PRAKTIS ESENSI SPM [6.5] Sistem & Aplikasi Bahasa | Penyuntingan
Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Aspek Penyuntingan/Pengeditan (Kesalahan Bahasa)
Petikan di bawah mengandungi tiga belas kesalahan bahasa Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Snda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah
kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-
petikan tersebut.
PETIKAN 1
Taman Negara Mulu berhampiran dengan Miri pula sangat mentakjubkan sekali
kerana adanya Gunung Mulu setinggi 2377 meter selain daripada struktur batu-batu
kapurnya yang meruncing bak duri. Pelancong pasti terpegun melihat permandangan ini
selain gua-gua besarnya yang menjadi habitat berjuta kelawar dan burung lelayang. Tidak
hairanlah taman negara ini diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2000.
Lebih gah lagi, Taman Negara Niah cukup tersohor dengan tinggalan prasejarah-
nya, iaitu Gua Niah iaitu gua terbesar di Malaysia dan di antara gua batu kapur yang
terbesar di dunia. Ia terletak 90 kilometer dari Miri, Sarawak dan membuktikan wujudnya
kehidupan awal manusia purba di kawasan itu sekitar 65,000 tahun lalu. Pastinya anda
tidak akan menyesal kalau ke gua yang sangat mempersonakan ini.
PETIKAN 2
Taman Negara Gunung Gading berhampiran Lundu pula menjadi tempat tumbuhnya
bunga yang terbesar di dunia, iaitu Rafflesia. Bunga gergasi ini amat sangat unik oleh kerana
hanya mekar pada waktu hujan dan boleh membesar sehingga satu meter luas. Sewaktu
mengembang, bunga ini akan mengeluarkan bau yang kuat bagi memerangkap serangga.
Memang sukar untuk kita menemui Rafflesia, namun kalau bernasib baik, kita akan dapat
melihat bunga ini sendiri di Gunung Gading.
[12 markah]
6
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 6: DUNIA PELANCONGAN
PRAKTIS ESENSI SPM [6.6] Sistem & Aplikasi Bahasa
Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Bahasa Melayu Standard/Moden
Baca petikan Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya. Kemudian, tulis semula
petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud
asalnya.
Maka diambil suatu kayu. Maka dipalu oleh kayu hikmat Laksamana itu
gemuruh bunyinya. Maka didengar oleh orang berkawal bunyi kayu itu terlalu gemuruh.
Maka ia pun hendak mendapatkan, maka dia teringat akan pesan Laksamana: tiada
diberinya bergerak, masing-masing pada tempatnya.
Maka kata penjurit itu, “Apa tipunya aku masuk ini, kerana senjata ini ada
bertikam. Jika aku masuk, nescaya kalahlah aku oleh senjata ini?”
“Kepimpinan Melalyu Teladan”
Antologi Jaket Kulit Kijang
[6 markah]
PRAKTIS ESENSI SPM [6.7] Sistem & Aplikasi Bahasa
Kertas 2: Sistem & Aplikasi Bahasa
Peribahasa
Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian berikan tiga peribahasa yang sesuai
untuk situasi dalam petikan tersebut.
Tatkala tiba di jeti Kuala Tahan, kami mulai memunggah barang-barang ke dalam bot
panjang yang akan membawa kami ke seberang. Ketika itu, hujan halau mentua pun
turun. Kak Long kelam-kebut cuba menyelamatkan beg sandangnya daripada terkena
air hujan. Tanpa banyak soal, adik mengambil beg plastik yang agak besar lalu
menyarungkan beg kak long ke dalamnya. Kak long berasa kagum akan tindakan adik.
“Wah, meskipun kecil tetapi bijak!” Kembang hidung adik dipuji kak long.
“Itulah kak long. Pengetahuan dan kelebihan itu tidak semestinya ada pada
orang-orang tua sahaja.” Sindir aku mengingatkan kak long tentang peristiwa
semalam apabila kak long mentertawakan adik yang menggunakan wang simpanan-
nya untuk membeli beg kalis air.
Kak long menjeling tajam lalu menjawab, “Ala, masalah kecil sahaja! Bukan-
kah sekiranya takut akan risiko, janganlah mendekati bahaya?
[6 markah]
7
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 6: DUNIA PELANCONGAN
PRAKTIS ESENSI SPM [6.8] Pemahaman Petikan Umum
Kertas 2 | Pemahaman Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya. Kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
PETIKAN 1
Bukankah kita memiliki pantai-pantai yang menjadi tumpuan pelancong seperti Pantai
Rantau Abang di Terengganu, Pantai Port Dickson di Negeri Sembilan, Pantai Cherating di
Pahang, dan Pantai Tanjung Bidara di Melaka? Oleh sebab kawasan ini menjadi tumpuan
pelancong, maka masyarakat hendaklah menyempurnakan tanggungjawab sosial dengan
melestarikan keindahan alam semula jadi kita, yakni sentiasa menjaga kebersihan pantai-pantai
tersebut dan memastikan pantai itu sentiasa kelihatan cantik dan bersih. Jika pantai itu dicemari
atau dibiarkan kotor, pada masa akan datang, pelancong tidak akan mengunjungi tempat itu,
dan sebagai dampaknya industri pelancongan negara kita akan terjejas.
Pihak media massa pula terpanggil untuk membantu kerajaan menyebarkan
keistimewaan negara kita ke seantero dunia. Akhbar Straits Times, The Star, dan sebagainya
hendaklah memainkan peranan untuk menyebarkan keindahan dan keistimewaan tempat-
tempat pelancongan di negara kita melalui media elektronik yang dapat diakses melalui laman
sesawangnya. Melalui akhbar tersebut, media massa hendaklah menawarkan sewa yang
berpatutan kepada mana-mana pihak yang hendak mengiklankan produk atau perkhidmaatan
masing-masing kepada pelancong.
Sumber: www.gurubm.com
Munsyi K’Seven
PETIKAN 2
Oleh sebab sumbangan sektor pelancongan amat besar kepada ekonomi negara, maka
kerajaan perlu melengkapkan prasarana pengangkutan di negara kita sehingga menjadi
prasarana kelas pertama. Hal ini perlu kerana pelancong yang berkunjung ke sesebuah negara
ingin keselesaan dan mencari ketenangan. Kerajaan harus menambah kemudahan
perkhidmatan bot atau feri dari tanah besar ke beberapa buah pulau di sekitar Laut China
Selatan untuk memudahkan orang ramai menikmati keindahan alam semula jadi. Tugas
menyediakan kemudahan ini akan lebih berkesan sekiranya kerajaan sentiasa mengawasi
syarikat yang ditugasi untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut.
Tanah tumpah darah kita memang terkenal dengan keindahan alam semula jadi bukan?
Kita ada kawasan peranginan dan perkelahan yang kaya dengan flora dan fauna. Maka,
ekopelancongan negara kita digemari oleh para pelancong tempatan dan asing. Demi
merancakkan industri ini, orang ramai hendaklah memulihara kehijauan dan keindahan alam
semula jadi kita. Masyarakat hendaklah menggalas kewajiban dalam pembersihan dan
pengindahan pantai-pantai kita, di samping menjadi mata dan telinga kepada pihak berwajib
dengan melaporkan aktiviti-aktiviti yang mencemari alam sekitar kita.
Sumber: www.gurubm.com
8 Munsyi K’Seven
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 6: DUNIA PELANCONGAN
(i) Berdasarkan Petikan 2, berikan maksud menggalas kewajiban.
[2 markah]
(ii) Merujuk Petikan 1 dan Petikan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan inisiatif
untuk merancakkan industri pelancongan negara kita.
[3 markah]
(iii) Lazimnya, rakyat negara kita memilih destinasi pelancongan negara-negara asing
seperti Negara China dan Eropah daripada destinasi pelancongan tempatan.
Pada pendapat anda, apakah inisitif-inisiatif yang harus diambil oleh kerajaan agar
rakyat kita memilih destinasi domestik untuk makan angin sambil bersantai?
[3 markah]
(iv) Anda diminta untuk merancang suatu produk pelancongan oleh majikan untuk
meningkatkan pendapatan syarikat, dan setersunya menyumbang kepada
pendapatan negara.
Sekiranya anda diamanahkan untuk merancang produk pelancongan tersebut,
apakah produk pelancongan yang anda rancang dan nyatakan sebab-
sebabnya.
[4 markah]
9
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 6: DUNIA PELANCONGAN
PRAKTIS ESENSI SPM [6.9] Kertas 2 | Pemahaman Petikan Sastera
BAHAN 1
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya. Kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Hari ini hari yang ditunggu-tunggu oleh Syazril Iswan kerana hari ini dia mula
bercuti. Sebelum dia bercuti, dia telah mencari maklumat tentang destinasi yang ingin
dilawatinya ketika bercuti. Maka dia telah memilih Pulau Tioman sebagai destinasi
pilihan pertama. Dia telah menyewa sebuah calet di Berjaya Tioman Resort yang
berdekatan dengan pantai yang amat indah nian.
Syazril pun mengambil gambar dari dasar laut dengan cara menyelam ke dasar
laut. Dia berasa teruja ketika menyelam ke dasar laut kerana macam-macam jenis
hidupan dijumpainya dan memanjatkan kesyukuran atas kebesaran Allah.
Keesokan harinya, dia telah ke pantai untuk melihat matahari terbenam. Dia tak
ingin melepaskan peluang ini sebab peluang ini bukan mudah dia dapat melihat kerana di
Kuala Lumpur amat jarang sekali dapat tengok sang suria terbenam. Dia tidak melepas-
kan peluang untuk menangkap gambar matahari terbenam dengan menggunakan
kamera kesayangannya – DSLR Canon – yang dibelinya ketika belajar di London dahulu.
Ketika sedang khusyuk menangkap gambar matahari terbenam, dia terlihat seorang yang
juga mempunyai minat yang sama dengannya. Syazril pun mendekatinya.
BAHAN 2
Sajak Pantai Desaru
Kota Tinggi daerah diberi
penuh dengan sumber semula jadi
tempat letaknya Pantai Desaru
terkenal sudah di negeri Johor
pantainya memutih di bucu Selatan
tarikan pelancong dulu dan sekarang.
Berkelah, memancing, dan juga snorkling
tidak lupa berkayak dan jungle trekking juga
boleh juga menunggang kuda
atau meluncur laju di litar go-cart
10
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 6: DUNIA PELANCONGAN
Taman idaman bintang Tiger Wood
hasil imaginasi Robert Trent Jones Jr.
lalu terhasillah padang golf 18 lubang
Jangan risau untuk bermalam
kerana resort, restoran turut terbina
tak lupa kedai cenderamata untuk kenangan
buat para pelancong datang dan pergi.
Amiene Rev
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud memanjatkan kesyukuran .
[2 markah]
(ii) Berdasarkan kedua-dua bahan tersebut, mengapakah sesetengah warga kota
memilih pulau atau pantai sebagai destinasi pelancongan atau percutian?
[2 markah]
(iii) Sebagai pelancong, kita memiliki tanggungjawab sosial yang perlu disempurnakan
dalam apa-apa jua keadaan sekalipun seperti tanggungjawab kita dalam penjagaan
alam sekitar. Kini, pelancongan hijau yang menyebarkan mesj pelestarian alam
sekitar semakin mendapat tempat di seantero dunia.
Pada pendapat anda, nyatakan ciri-ciri pelancong hijau.
[3 markah]
(iv) Kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk merancakkan industri
pelancongan negara kita kerana banyak menyumbang kepada ekonomi negara dan
sosioekonomi rakyat. Sayang seribu kali sayang, ikhtiar kerajaan ini tidak begitu
berjaya kerana menghadapi pelbagai kekangan.
Pada pendapat anda, apakah kekangan-kekangan yang dihadapi oleh kerajaan
dalam usaha memajukan sektor pelancongan negara kita.
[4 markah]
11
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 6: DUNIA PELANCONGAN
PRAKTIS ESENSI SPM [6.10] Pemahaman
KERTAS 2 | BAHAGIAN B: PEMAHAMAN (NOVEL)
BAHAN 1
Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
“Oh, Haji! Naiklah,” luah Embong seraya menjemput Ketua Kampung, yang juga
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Haji Rais,
Haji Sulaiman mengangguk kemudian memandang ke arah tiga orang lelaki di kiri dan di
kanannya.
“Ini orang dari Hospital Batu Pahat,” terang Haji Sulaiman. Embong mengangguk.
Degup jantungnya semakin kencang. Senja tadi, dia meminta bantuan lelaki ini
bersama-sama dua orang kampung menangkap isterinya untuk dibawa pulang. Tidak
meminta apa-apa pertolongan lain. Tetapi, mengapa ada orang dari hospital?
“Aku bukan nak susahkan engkau Embong, tapi nak tolong.” Haji Sulaiman begitu
berat menuturkan kalimat itu.
Daripada Novel Songket Berbenang Emas
Oleh: Khairuddin Ayip
(i) Penduduk kampung menjalani kehidupan bermasyarakat seperti yang
diamalkan oleh Haji Sulaiman. Tetapi, kehidupan bermasyarakat semakin
terhakis mutakhir ini dalam kalangan masyarakat kita.
Pada pendapat anda, bagaimanakah kehidupan bermasyarakat dapat
dihidupsuburkan kembali? [4 markah]
BAHAN 2
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut.
a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f) Silir Daksina, karya Nizar Parman
g) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd. Yusop
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang
menggambarkan penduduk kampung mengamalkan hidup bermasyarakat.
[6 markah]
12
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 6: DUNIA PELANCONGAN
PRAKTIS ESENSI SPM [5.11] Kemahiran Membuat Rumusan
KERTAS 2 | BAHAGIAN C: RUMUSAN
[30 Markah]
Baca kedua-dua bahan yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Andai digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan grafik
BAHAN 1
Salam hormat dan sejahtera Chintia Ayu,
Terlebih dahulu saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas kelewatan saya
untuk membalas surat saudari. Hari demi hari, Malaysia semakin membangun berkat industri
pelancongan negara kita yang semakin rancak, dan sebagai dampaknya semakin terkenal di
seantero dunia.
Antara keistimewaan Malaysia ialah bumi bertuah yang mempunyai rakyat yang berbilang
ras hidup bersatu padu dan bersatu hati ini mengamalkan pelbagai budaya yang unik dan
istimewa. Pelbagai perayaan disambut silih berganti sepanjang tahun. Kebetulan pula,
Malaysia mempunyai panaroma semula jadi yang mempesonakan termasuklah kawasan
peranginan, kawasan perairan, taman laut, dan hutan simpanan. Pelancong asing dari
Eropah memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan kerana dapat mengecap nikmat
keindahan semula jadi serta kepelbagaian kebudayaan tempatan yang unik.
Chintya Ayu,
Pihak kerajaan telah berusaha dan menggembleng tenaga untuk menggamit lebih banyak
pelancong ke Malaysia. Siapa sangka negara cili padi ini mampu berdikari sama tinggi, duduk
sama rendah dengan negara-negara di rantau ini. Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan
Pelancongan telah mempromosikan pelancongan gastronomi di rantau ini. Dalam majlis
makan malam, di samping dapat mengecap nikmat pelbagai masakan autentik pelbagai
kaum di Malayisa, kementerian tersebut mengambil kesempatan untuk mempersaksikan
adat resam dan tarian tradisional. Jika saudari berkunjung ke Malaysia, pasti saudari
berpeluang untuk menikmati semua makanan dan menyaksikan adat resam dan tarian
tradisional.
Di samping itu, pihak kerajaan mengambil inisiatif untuk mempergiat ekopelancongan, yakni
pelancongan yang berasaskan sumber dan pemeliharaan alam semula jadi seperti flora,
fauna, pantai, tasik, dan sungai kerana Malaysia kaya dengan keindahan alam semula jadi.
Pihak kerajaan mengatur langkah sederap dengan pihak swasta untuk merancakkan program
inap desa kerana terdapat banyak perkampungan tradisonal yang mengamalkan hidup
bermasyarakat dan menjalani kehidupan yang berasaskan pertanian. Pelancongan sejarah
turut dipromosikan di negara-negara Eropah kerana terdapat banyak warisan tinggalan
sejarah di Malaysia, lebih-lebih lagi terdapat 4 lokasi di Malaysia yang diiktiraf sebagai tapak
13
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 6: DUNIA PELANCONGAN
Warisan sejarah di Malaysia, termasuklah Gunung Mulu di Sarawak, Taman Kinabalu di
Sabah, Lembah Lenggong di Perak, Bandar Melaka, dan Georgetown.
Selain program sedemikian, pelbagai kementerian sentiasa menjalankan tanggungjawab
masing-masing untuk menyahut seruan kerajaan dalam usaha memajukan sektor
pelancongan. Kementerian Pengangkutan telah menggalakkan lebih banyak kenderaan
awam dinaik taraf demi kemudahan pelancong. Pemandu teksi, misalnya, telah diseru untuk
melakukan beberapa kerja dalam satu masa seperti kata peribahasa, sambil berdiang, nasi
masak.
Chintya,
Tampaknya, sudah panjang lebar warkah saya pada kali. Sekian dulu daripada saya dan
sampaikan salam saya kepada ahli keluarga saudari yang lain.
Sahabatmu,
Atiqah Nasruddin
Munsyi K’Seven
www.gurubm.com
BAHAN 2
14
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
JAWAPAN
JAWAPAN
MODUL 6: DUNIA PELANCONGAN
JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [6.1]
Kertas 1 | Bahagian A: Karangan
[30 markah]
Tema: Pelancongan
Fokus: (i) tempat-tempat menarik di Malaysia
(ii) Faedah-faedah melancong di Malaysia
Format: Surat (e-mel)
Kata hormat:
Contohnya:
Salam sejahtera Vulandri Nasution,
Pembukaan/Pendahuluan:
▪ Mengucakan penghargaan
▪ Mengucapkan kesyukuran
▪ Melahirkan kegembiraan
Contohnya:
Terima kasih! Saya amat girang sekali menerima khabar daripada engkau yang jauh di
perantauan, sementelahan saya memanjatkan kesyukuran kerana engkau berada
dalam keadaan sihat wal afiat serta bahagia di pangkuan keluarga yang tersayang.
Yang menggembirakan hati saya ialah engkau cenderung untuk melancong ke tanah air
saya yang indah permai ini untuk bersantai sesudah memerah otak.
Fokus [1]: Keistimewaan-keistimewaan melancong di Malaysia
▪ tempat peranginan dan perkelahan
▪ tinggalan-tinggalan sejarah
▪ syurga makanan tradisional
Contohnya:
Saudari Vulandri,
Sebagai firdaus pelancongan, terdapat banyak tempat peranginan dan perkelahan yang
mempunyai panaroma alam semula jadi yang mempesonakan. Malaysia juga
mempunyai tinggalan-tinggalan sejarah yang diiktirafkan oleh UNESCO sebagai Tapak
Warisan Dunia. Antaranya termasuklah Gunung Mulu di Sarawak, Taman Kinabalu di
Sabah, Lembah Lenggong di Perak, Bandar Bersejarah Melaka, dan Georgetown.
Malaysia juga merupakan syurga makanan tradisional yang autentik. Engkau
berpeluang untuk mengecap nikmat nasi lemak, laksa asam buyung, roti canai, mi
goreng ala mamak, dan sebagainya.
Fokus [2]: Faedah-faedah melancong di Malaysia
▪ Menimba pengetajuan dan meluaskan pengalaman
▪ Mempunyai banyak tempat peranginan
▪ Kestabilan politik menjamin kesejahteraan
Contohnya:
16
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 6: DUNIA PELANCONGAN
Saudari Vulandri,
Jauh perjalanan, luas pandangan! Sudah pasti engkau dapat menimba pengetahuan
dan meluaskan pengalaman kerana Malaysia kaya dengan adat resam dan kebudayaan
kerana rakyatnya yang berbilang ras. Selain itu, tanah air saya mempunyai banyak
tempat peranginan yang amat ideal untuk meredakan tekanan dan stres, menghiburkan
hati, dan menenangkan minda. Kestabilan politik Malaysia turut menjamin
kesejahteraan dan keselamatan engkau semasa makan angin di sini.
Penutup:
▪ menjamin percutian yang seronok dan berbaloi
▪ Menyambut kedatangan dengan tangan terbuka
▪ Menyampaikan salam kepada seisi keluarga
Contohnya:
Tampaknya, sudah panjang lebar lembaran saya. Saya menjamin bahawa percutian
engkau di sini memang berbaloi. Kedatangan saudari akan kami sambut dengan tangan
terbuka. Sekian daripada saya dan sampaikan salam saya kepada seisi keluarga.
Pengakuan penulis dan nama:
Contohnya:
Sahabatmu,
Adam Danel
17
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 6: DUNIA PELANCONGAN
JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [6.2]
Kertas 1 | Bahagian A: Karangan
[70 markah]
Domain: Negara
Tema: Ekopelancongan
Fokus: Kelebihan-kelebihan
Format: Rencana
Kelebihan-kelebihan Ekopelancongan kepada Nusa dan Bangsa
Oleh: Munsyi K’Seven
[Ayat Tema: Tajuk karangan] Menteri Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan,
Datuk Mohamaddi Ketap menyatakan bahawa ekopelancongan merupakan salah satu
produk pelancongan yang semakin popular dewasa ini. [Ayat Rangsangan: Konsep
ekopelancongan] Ekopelancongan berkonsepkan alam semula jadi dan melibatkan
elemen pendidikan dan pembelajaran kepada pelancong dan penduduk tempatan
melalui kepentingan pemuliharaan alam semula jadi. [Ayat Rangsangan: Konsep
ekopelancongan] Aktiviti ekopelancongan akan memberikan peluang kepada para
pelancong melawat ke kawasan-kawasan yang agak belum dimajukan untuk
menyemaikan dan membangkitkan semangat penghargaan, penyertaan, dan kepekaan
penduduk tempatan khususnya dan pelancong. [Ayat Rangsangan: Destinasi
ekopelancongan] Antara destinasi ekopelancongan yang popular termasuklah Taman
Negara Kuala Tahan (Pahang), Taman Negara Pulau Pinang (Pulau Pinang), Pulau
Perhentian dan Pulau Redang (Terengganu), Taman Negara Gua Mulu (Sarawak), dan
destinasi-destinasi ekopelancongan yang lain. [Ayat Arahan: Tesis] Tidak dapat
dinafikan, terdapat banyak kelebihan ekopelancongan kepada nusa dan bangsa jika
bersungguh-sungguh mengusahakannya.
[Ayat Topik: Idea] Jika kita meninjau dari aspek ekonomi, produk
ekopelancongan nescaya menyumbangkan pendapatan kepada iktisad negara. [Ayat
Huraian: Sebab] Hal ini dinyatakan demikian kerana produk ekopelancongan
memberikan impak yang positif dari sudut pembangunan industri pelancongan negara
sekali gus merupakan sumber mata pencarian penduduk tempatan dan pendapatan
kerajaan. [Ayat Contoh: Bagaimana] Buktinya, destinasi ekopelancongan di Pusat
Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang mewujudkan
kepelbagaian sumber ekonomi dan peluang pekerjaan kepada komuniti setempat dalam
usaha pembangunan diri dan komuniti dalam ruang pembangunan tersebut. [Ayat
Huraian Contoh: Bagaimana] Dengan kehadiran pelancong domestik bahkan pelancong
asing dapat meningkatkan ekonomi setempat serta ekonomi negara khususnya melalui
pendapatan tukaran wang asing yang mengalir masuk ke dalam negara. [Ayat Penega:
Penegasan] Tegasnya, produk ekopelancongan bukan sahaja menyumbangkan
pendapatan kepada rakyat bahkan juga kepada negara.
[Ayat Topik: Idea] Ekopelancongan, tidak dapat disangkal, dapat menggalakkan
pembangunan infrastruktur di kawasan pedalaman. [Ayat Huraian: Sebab] Oleh sebab
ekopelancongan merupakan salah satu produk industri pelancongan yang berpotensi
18
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 6: DUNIA PELANCONGAN
untuk dimajukan, maka kerajaan telah memperuntukkan kewangan demi membangun-
kan destinasi-destinasi ekopelancongan yang popular. [Ayat Contoh: Bagaimana] Sebagai
contohnya, aktiviti ekopelancongan yang telah dibangunkan seperti di Taman Negara Kuala
Tahan, Pahang dan Taman Negeri Royal Belum, Perak telah menyebabkan adanya
peningkatan dalam kemudahan infrastruktur dan komunikasi setempat yang dibekalkan
oleh pihak kerajaan seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air, perkhidmatan
telekomunikasi seperti telefon awam, kemudahan pengangkutan awam, dan sebagainya.
[Ayat Huraian Contoh: Kesan] Kesannya, taraf sosial kaum pribumi, yakni orang Asli yang
menghuni di pedalaman, telah meningkat dan dapat menjalani kehidupan yang sejahtera.
[Ayat Penegas: Penegasan] Pendek kata, ekopelancongan merupakan serampang dua mata,
yakni membawa pembangunan di pedalaman dan peningkatan taraf hidup kaum pribumi.
[Ayat Topik: Idea] Bukan itu sahaja, aktiviti ekopelancongan memberikan impak
positif kepada alam semula jadi yang tidak ternilai. [Ayat Huraian: Bagaimana] Dengan erti
kata lain, aktiviti ekopelancongan dapat melindungi alam semula jadi, hidupan liar, dan
pelbagai jenis spesis di hutan. [Ayat Contoh + Huraian: Bagaimana] Sebagai contoh, aktiviti
pelancongan ini tidak mengganggu gugat hutan belantara simpanan di Hutan Royal Belum di
Hulu Perak, dan seterusnya memelihara flora dan fauna kerana tidak membabitkan
pembersihan kawasan untuk aktiviti riadah seperti perkhemahan, meredah hutan,
memancing, dan mandi-manda. [Ayat Huraian + Contoh: Bagaimana] Ekopelancongan juga
menggalakkan penambahan penetapan kawasan semula jadi untuk tujuan pemuliharaan
dan perlindungan pada masa akan datang seperti di kawasan ekopelancongan baharu yang
akan dibangunkan di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang untuk pemuliharaan bunga terbesar
di dunia, iaitu Bunga Rafflesia (Rafflesia Keirri). [Ayat Huraian: Bagaimana] Selain
pelestarian alam sekitar, kehidupan dan penghidupan orang Asli yang menghuni pedalaman
tidak terancam oleh aktiviti ekopelancongan. [Ayat Huraian: Bagaimana] Lebih-lebih lagi,
keharmonian silaturahim akan terjalin apabila para pelancong berinteraksi dengan
penduduk setempat. [Ayat Huraian: Bagaimana] Para pelancong yang prihatin akan
menghulurkan sumbangan kepada mereka, dan sebagai kesannya kehidupan orang Asli
bertambah baik. [Ayat Penegas: Penegasan] Pendek kata, alam semula jadi dan kehidupan
penghuninya terpelihara jika kita mengusahakan ekopelancongan.
[Ayat kesimpulan: Rumusan] Sebagai intiha bicara tentang ekopelancongan, produk
pelancongan ini berpotensi untuk dirancakkan kerana bukan sahaja merupakan suatu
aktiviti mesra alam bahkan juga menjamin kehidupan manusia. [Ayat Cadangan:
Bagaimana] Memandangkan kelebihannya, semua pihak hendaklah menyahut seruan
kerajaan untuk mempromosikan ekopelancongan melalui media sosial kepada rakan-rakan
di seantero dunia. [Ayat Cadangan: Bagaimana] Selain itu, masyarakat terpanggil untuk
menggalakkan ekopelancongan dengan memelihara keindahan dan kehijauan alam sekitar
kita, di samping menjaga kebersihan sungai-sungai dan laut-laut agar tidak tercemar oleh
sampah sarap domestik mahupun sisa-sisa toksik. [Ayat Cadangan: Bagaimana] Tidak
ketinggalan juga, masyarakat hendaklah menyempurnakan tanggungjawab sosial dengan
menyambut para pelancong dengan tangan terbuka dan melayan mereka sebagai tetamu
yang berharga.[Ayat Harapan: Kesan] Dengan inisiatif ini, kita dapat berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah dengan negara-negara lain sebagai syurga pelancongan di rantau Asia
ini, dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara.
,
19
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 6: DUNIA PELANCONGAN
JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [6.3] Sistem & Aplikasi Bahasa
Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Morfologi: Golongan Kata
Kata nama majmuk: ▪ Kata majmuk ialah rangkai kata
(i) seberang sungai yang tidak dapat disisipkan kata
(ii) tempat penginapan hubung dan, atau, dan yang.
(iii) calet besar Pilih mana-mana ▪ Kata majmuk yang membentuk
(iv) pintu masuk 2 kata nama majmuk kata nama dipanggil kata nama
(v) rangkaian rintis majmuk manakala kata majmuk
(vi) percutian keluarga yang membentuk kata kerja
(vii) taman negara
dipanggil kata kerja majmuk.
▪ “Memberitahu” merupa-kan kata
Kata kerja majmuk: majmuk mantap, yakni dieja
(i) mendaftar masuk bercantum.
(ii) memberitahu Skema Pemarkahan untuk Aspek
Jawapan yang Mantap Membina Ayat:
(i) calet besar [1m] 1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat
- Gunung Mulu Resort menyediakan yang betul.
beberapa buah calet besar yang 2. Tolak 1 markah bagi kesalahan
berkonsepkan alam semula jadi. [1m]
ejaan/jalan bahasa/tanda baca
daripada keseluruhan soalan.
3. Perkataan berkenaan digunakan
(ii) taman negara [1m] sebagai peribahasa, berikan 0
- Taman negara sesuai dijadikan destinasi markah.
ekopelancongan kerana kaya dengan flora 4. Perkataan digunakan sebagai nama
dan fauna. [1m] khas, berikan 0 markah.
5. Sengaja menambah imbuhan,
(iii) mendaftar masuk [1m] berikan 0 markah.
- Setiba di Gunung Ledanh Resort, ayah pun 6. Ayat yang dibina seperti satu ayat
mendaftar masuk untuk menginap selama
dua malam. [1m] tetapi sebenarnya lebih, tolak ½
markah bagi setiap ayat.
7. Jika semua perkataan digunakan
(iv) memberitahu [1m] dalam satu ayat, berikan
pertimbangan sebagai satu ayat.
- Azmin memberitahu kami bahawa ibunya 8. Boleh menggunakan struktur cakap
terlantar sakit di rumah akibat diabetes. [1m] ajuk dengan mematuhi tanda
bacanya. 9. Isi tidak jelas, tolak ½
markah bagi ayat tersebut.
20
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 6: DUNIA PELANCONGAN
JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [6.4] Sistem & Aplikasi Bahasa
Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Sintaksis: Menukarkan Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah
[i] “Wah, meskipun kecil tetapi bijak!”
- Kak long memuji adk dengan menyatakan bahawa [1m] walaupun kecil seperti cili padi
tetapi bijak. [1m]
(ii) “Itulah kak long. Pengetahuan dan kelebihan itu tidak semestinya ada pada orang-
orang tua sahaja.”
- Pengarang pula mengingatkan kak long bahawa [1m] pengetahuan dan
kelebihan itu tidak semestinya ada pada orang-orang tua sahaja. [1m]
(iii) “Ah, masalah kecil sahaja! Bukan-kah sekiranya takut akan risiko, janganlah
mendekati bahaya?”
- Kak long menolak pandangnya dengan menyatakan bahawa perkara itu
masalah kecil [1m] dan menegaskan bahawa sekiranya takut akan risiko,
elakkanlah diri daripada bahaya. [1m]
JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [6.5] Sistem & Aplikasi Bahasa
Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Aspek Penyuntingan
Petikan 1:
(i) mentakjubkan ––– menakjubkan (ejaan/pengimbuhan)
Ulasan: takjub → meN.takjub.kan → menakjubkan
(ii) selain daripada ––– selain (kata hubung/kata sendi nama)
Ulasan: selain = lain daripada, maka kata sendi nama daripada perlu.
(iii) meruncing ––– runcing (penggunaan kata)
Ulasan: runcing = tajam; meruncing = serius
(iv) berjuta kelawar ––– berjuta-juta ekor kelawar (frasa nama)
Ulasan: kata bilangan yang berawalan ber- mesti digandakan; kata bilang tak tentu
berpupuh-puluh, beratus-ratus, beribu-ribu, dan berjuta-juta perlu diikuti penjodoh
bilangan.
(v) di antara ––– antara (kata sendi nama)
Ulasan: kata sendi di + kata arah antara digunakan untuk tempat yang ada jarak.
(vi) Ia ––– gua ini
Ulasan: Kata ganti nama diri ia digunakan untuk manusia. Dalam bahasa Melayu, tiada kata
ganti nama diri untuk haiwan, benda, dan konsep.
21
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 6: DUNIA PELANCONGAN
(vii) permandangan ––– pemandangan (pengimguhan)
Ulasan: pandang → peN-…-an → pe.pandang.an → pe.man.da.ngan → pemandangan
(viii) mempersonakan ––– mempesonakan (ejaan)
Ulasan: pesona → meN-…-kan → mem.pesona.kan → mempesonakan
Petikan 2:
(ix) berhampiran Lundu ––– berhampiran dengan Lundu (frasa kerja tak transitif)
Ulasan: kata kerja berapitan ber-…-an → kata sendi nama + kata nama
(x) oleh kerana ––– oleh sebab/kerana (kata hubung pancangan)
Ulasan: kata sendi nama → kata nama (sebab), BUKAN kata hubung (kerana)
(xi) waktu ––– musim (penggunaan kata)
Ulasan: musim hujan, BUKAN waktu hujan.
(xii) luas ––– lebar (penggunaan kata)
Ulasan: satu meter lebar, BUKAN satu meter luas.
(xiii) menemui ––– menemukan (pengimbuhan)
Ulasan: menemui = bertemu dengan seseorang; menemukan = menjumpai sesuatu
PRAKTIS ESENSI SPM [6.6] Sistem & Aplikasi Bahasa
Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Bahasa Melayu Standard/Moden
(i) Maka diambil suatu kayu. Maka dipalu oleh kayu hikmat Laksamana itu gemuruh
bunyinya.
- Apabila sebatang kayu diambil lalu dipalu, kayu hikmat Laksamana pun bergemuruh.
(ii) Maka didengar oleh orang berkawal bunyi kayu itu terlalu gemuruh.
- Gemuruh kayu itu terdengar oleh pengawal.
(iii) Maka ia pun hendak mendapatkan, maka dia teringat akan pesan Laksamana: tiada
diberinya bergerak, masing-masing pada tempatnya.
- Pengawal pun hendak menyiasat gemuruh itu, tetapi dia teringat akan pesanan
Laksamana agar tidak berganjak dari tempat kawalan mereka.
(iv) Maka kata penjurit itu, “Apa tipunya aku masuk ini, kerana senjata ini ada bertikam. Jika
aku masuk, nescaya kalahlah aku oleh senjata ini?”
- Penjurit itu pun berkata, “Apakah muslihat untuk memasuki istana kerana senjata itu
bertikaman. Kalau aku masuk, nescaya akan tertikam oleh senjata ini?”
22
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 6: DUNIA PELANCONGAN
JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [5.7] Sistem & Aplikasi Bahasa
Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Aspek Peribahasa
(i) “Wah, meskipun kecil tetapi bijak!”
Peribahasa: kecil-kecil cili api
(ii) Pengetahuan dan kelebihan itu tidak semestinya ada pada orang-orang tua sahaja.”
Peribahasa: kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
(iii) Bukankah sekiranya takut akan risiko, janganlah mendekati bahaya?
Peribahasa: kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
PRAKTIS ESENSI SPM [6.8] Pemahaman Petikan Umum
Kertas 2 | Pemahaman Petikan Umum
(i) maksud menggalas kewajiban
menggalas = memikul [1m]
kewajiban = tanggungjawab [1m]
(ii) Persamaan insiatif:
- Masyarakat/orang ramai melestarikan/memulihara keindahan alam semula
jadi kita [1m]
Perbezaan inisiatif:
- Pihak media massa membantu kerajaan menyebarkan keistimewaan negara
kita ke seantero dunia [1m]
- Kerajaan melengkapkan prasarana pengangkutan di negara kita sehingga
menjadi prasarana kelas pertama [1m]
(iii) Inisitif-inisiatif yang harus diambil oleh kerajaan agar rakyat kita memilih
destinasi domestik untuk makan angin sambil bersantai:
- memastikan kebersihan dan keindahan pantai-pantai terjamin [1m]
- memantau pengusaha-pengusaha hotel mengenakan kadar bilik sewa yang
berpatutan [1m]
- menyediakan kemudahan awam seperti tandas, bilik mandi, bilik
sembahyang, kafeteria di tempat-tempat peranginan yang kondusif [1m]
- menyediakan infrastruktur/prasarana seperti jalan raya ke destinasi-destinasi
peranginan [1m]
- sentiasa memantau keselamatan para pelancong [1m]
Pilih mana-mana 3 isi
Maksimum 3 markah
23
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 6: DUNIA PELANCONGAN
(iv) Anda diminta untuk merancang suatu produk pelancongan oleh majikan untuk
meningkatkan pendapatan syarikat, dan setersunya menyumbang kepada
pendapatan negara.
Sekiranya anda diamanahkan untuk merancang produk pelancongan tersebut,
apakah produk pelancongan yang anda rancang dan nyatakan sebab-
sebabnya.
Produk pelancongan:
- pelancongan gastronomi dan ekopelancongan [1m]
Sebab-sebabnya:
- negara kita merupakan syurga makanan; terdapat pelbagai jenis makanan
tradisional yang autentik [1m]
- negara kita kaya dengan keindahan semula jadi [1m]
- tidak membabitkan kos perbelanjaan yang tinggi, tetapi menjamin pulangan
yang lumayan [1m]
PRAKTIS ESENSI SPM [6.9] Kertas 2 | Pemahaman Petikan Sastera
(i) maksud memanjatkan kesyukuran:
memanjatkan = mengucapkan/melafazkan [1m]
kesyukuran = terima kasih kepada Tuhan [1m]
(ii) Sebab sesetengah warga kota memilih pulau atau pantai sebagai destinasi
pelancongan atau percutian:
- keindahan alam semula jadi [1m]
- menjanjikan kedamaian hidup [1m]
- menggemari aktiviti riadah, terutamanya sukan air [1m]
(iii) Ciri-ciri pelancong hijau:
- memilih penginapan yang berkonsepkan alam semula jadi [1m]
- membeli produk tempatan yang mesra alam [1m]
- berjimat cermat dalam penggunaan air dan elektrik [1m]
- tidak mencemarkan tempat-tempat peranginan [1m]
(iv) Kekangan-kekangan yang dihadapi oleh kerajaan dalam usaha memajukan sektor
pelancongan negara kita:
- masyarakat tidak memberikan sokongan padu/bekerjasama untuk menjayakan
sesuatu program/promosi pelancongan [1m]
- ketandusan nilai-nilai kemanusiaan terutamanya penghargaaan, penghayatan,
dan patriotisme [1m]
- mengagung-agungkan/mendewa-dewakan destinasi pelancongan negara lain
[1m]
- tidak menghayati/mengabaikan prinsip-prinsip Rukun Negara [1m]
24
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 6: DUNIA PELANCONGAN
JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [6.10] Novel
Kertas 2 | Novel
(i) Cara-cara kehidupan bermasyarakat dapat dihidupsuburkan kembali:
- Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung hendaklah menganjurkan
kempen gotong-royong yang membabitkan penduduk setempat [1m]
- Ibu bapa hendaklah melakukan anjakan paradigma dengan menjadi suri teladan
kepada anak-anak seperti kunjung-mengunjungi jiran tetangga 1m]
- Pemimpin masyarakat hendaklah menunjukkan kepimpinan melalui teladan
dengan memberikan sumbangan/sedekah/bantuan kepada keluarga miskin, mangsa
bencana, dan sebagainya [1m]
- Persatuan-persatuan penghuni hendaklah menubuhkan tabung kebajikan untuk
menyumbangkan bantuan kepada penduduk setempat yang ditimpa musibat [1m]
Isi cukup 3
Markah maksimum: 4
(ii) Peristiwa yang menggambarkan penduduk kampung mengamalkan hidup
bermasyarakat:
- Peristiwa Lili mengambil berat tentang masalah keluarga penduduk kampung [1m]
- Lili prihatin dengan masalah yang menimpa keluarga Che Jah atas sikap tidak
bertanggungjawab Seman, suami Che Jah. Lili meminta bantuan Jabatan Kebajikan
Masyarakat untuk memaklumkan sikap Seman. [2m]
- Peristiwa datuk Lili membantu penduduk kampung dengan menawarkan khidmat
perubatan tradisional [1m]
- Haji Abdul Rahman meerupakan pakar akar kayu dan ubat tradisional. Beliau menjadi
sumber rujukan masalah kesihatan penduduk Kampung dan berjaya menyembuhkan
Letchumi daripada sakit tenat dengan herba yang dibuat olehnya [2m]
25
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
MODUL 6: DUNIA PELANCONGAN
JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [6.11] Rumusan
Pendahuluan:
Fokus 1: keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan
Fokus 2: usaha-usaha kerajaan memajukan sektor pelancongan
Isi tersurat:
Fokus 1 (keistimewaan Malaysia sebagai syurga pelancongan):
Bahan 1:
- rakyat mengamalkan pelbagai budaya yang unik dan istimewa [2m]
- mempunyai panaroma semula jadi yang mempesonakan [2m] Pilih mana-mana
Bahan 2: 2 isi
- syurga makanan [2m]
- tapak warisan tinggalan sejaran [2m]
Fokus 2 (usaha-usaha kerajaan memajukan sektor pelancongan):
- Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Pelancongan telah mempromosikan
pelancongan gastronomi di rantau ini. [2m]
- Kementerian tersebut mempersaksikan adat resam dan tarian tradisional [2m]
- Pihak kerajaan mempergiat ekopelancongan. [2m]
- Pihak kerajaan berusaha sama dengan pihak swasta untuk merancakkan program inap
desa. [2m]
- Pelancongan sejarah dipromosikan di negara-negara Eropah. [2m]
- Kementerian Pengangkutan telah menggalakkan lebih banyak kenderaan awam
dinaik taraf demi kemudahan pelancong. [2m]
Kesimpulan:
Cadangan: industri pelancongan negara kita hendaklah dirancakkan/dimajukan [1m]
Harapan: dapat menyumbang kepada sosioekonomi negara [1m]
Jawapan yang Lengkap
Bahan membincangkan keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan
usaha-usaha kerajaan memajukan sektor pelancongan.
Antara keistimewaan Malaysia sebagai syurga pelancongan ialah rakyat
mengamalkan pelbagai budaya yang unik dan istimewa. Keistimewaan lain ialah Malaysia
mempunyai panaroma semula jadi yang mempesonakan.
Salah satu usaha kerana untuk memajukan sektor pelancongan ialah Kementerian
Kebudayaan, Kesenian, dan Pelancongan telah mempromosikan pelancongan gastronomi
di rantau ini, di samping mempersaksikan adat resam dan tarian tradisional. Pihak
kerajaan juga mempergiat ekopelancongan, sementelahan berusaha sama dengan pihak
swasta untuk merancakkan program inap desa. Selain pelancongan sejarah dipromosikan
di negara-negara Eropah, Kementerian Pengangkutan telah menggalakkan lebih banyak
kenderaan awam dinaik taraf demi kemudahan pelancong.
Kesimpulannya, industri pelancongan negara kita hendaklah dirancakkan agar
dapat menyumbang kepada sosioekonomi negara.
[115 patah perkataan]
26
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com