The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tema 8: Dalam Lipatan Kenangan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by munsyi k'seven, 2020-10-26 08:13:03

MODUL 8

Tema 8: Dalam Lipatan Kenangan

urubmMODUL8
WADAH KECEMERLANGAN BM SPM

BSAPHAMSA 2ME0L2AY1U

MUNSYI K’SEVEN

MODUL 8: DALAM LIPATAN KENANGAN

MODUL 8

TEMA 8: DALAM LIPATAN KENANGAN

Kertas 1 | Bahagian A: Karangan Respons Terhad….............................................…. 3
▪ Pemuliharan tempat-tempat bersejarah
Kertas 1 | Bahagian B: Karangan Respons Terbuka …...............................................4
▪ Usaha-usaha mempopularkan permainan tradisional
Kertas 2 | Bahagian A: Sistem & Aplikasi Bahasa……...............................................5
▪ Morfologi: Kata kerja transitif
▪ Sintaksis: Ayat aktif transitif
Kertas 2 | Bahagian A: Sistem & Aplikasi Bahasa ………….…………………………………...6
▪ Aspek Penyuntingan/Pengeditan: Kesalahan Bahasa
Kertas 2 | Bahagian A: Sistem & Aplikasi Bahasa ……………..……………………………..... 7
▪ Bahasa Melayu Standard/Moden
▪ Aspek Peribahasa
Kertas 2 | Bahagian B: Pemahaman …..................................................................... 8
▪ Petikan Umum
Kertas 2 | Bahagian B: Pemahaman .…...................................................................10
▪ Petikan Sastera
Kertas 2 | Bahagian B: Novel ..................................................................................12
Kertas 2 | Bahagian C: Rumusan ............................................................................13
Jawapan ............................................................................................................16 - 26

2
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com

MODUL 8: DALAM LIPATAN KENANGAN

PRAKTIS ESENSI SPM[ 8.1] Penulisan Karangan Respons Terhad

Kertas 1 | Bahagian A: Karangan
[30 markah]

Gambar rajah di bawah memaparkan tempat-tempat bersejarah di Malysia.
Huraikan pendapat tentang pemuliharaan tempat-tempat bersejarah di tanah air kita.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

3
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com

MODUL 8: DALAM LIPATAN KENANGAN

PRAKTIS ESENSI SPM [8.2] Penulisan Karangan Respons Terbuka

Kertas 1 | Bahagian B: Karangan Respons Terbuka
[70 markah]

Jika diimbau kembali zaman kanak-kanak kita, kita akan berkumpul setiap petang di
padang, halaman rumah mahupun taman permainan untuk bermain bersama rakan-
rakan. Walaupun permainan yang dimainkan ketika itu tidak secanggih permainan gajet
anak-anak mutakhir ini, permainan tradisional seperti tetap menghiburkan dan
menyeronokkan serta menjadi kenangan terindah buat kita, bukan? Walaupun kesemua
permainan ini sangat popular pada zaman dahulu, tetapi jarang dimainkan pada masa
kini. Peredaran masa telah mengubah populariti permainan-permainan tersebut.

sumber: https://siraplimau.com/
permainan-tradisi-rakyat-malaysia

Petikan di atas memaparkan bahawa kepopularan permaianan tradisional dalam
kalangan masyarakat dewasa ini semakin luntur. Pelbagai usaha perlu dilakukan oleh
pelbagai pihak untuk menghidupsuburkan warisan budaya bangsa kita agar tidak ditelan
peredaran zaman. Dalam konteks ini, pihak ibu bapa, sekolah, dan media massa
terpanggil untuk memainkan peranan masing-masing.
Bincangkan usaha-usaha mempopularkan permainan tradisional.

4
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com

MODUL 8: DALAM LIPATAN KENANGAN

PRAKTIS ESENSI SPM [8.3] Sistem & Aplikasi Bahasa | Morfologi

Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Morfologi: Bentuk Kata atau Pembentukan Kata

(Infleksi, Terbitan & Pemajmukan)

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan lapan kata kerja transitif.
Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda memahami maksud dan
penggunaanya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Kita tidak dapat menafikan hakikat bahawa permainan tradisional seperti wau, congkak,
dan gasing dapat mengentalkan tali silaturahim antara masyarakat kerana bersaing dengan
sihatnya. Pihak sekolah boleh hendaklah menganjurkan Hari Warisan yang menghendaki para
pelajar agar berpakaian tradisional sepanjang aktiviti tersebut dijalankan dan jamuan makanan
tradisional disediakan. Persembahan tarian tradisional boleh dilakukan untuk menghiburkan
audiens dan memperkenalkan tarian kaum masing-masing. Dengan cara ini, anak-anak muda
yang masih berumur setahun jagung dan darah setampuk pinang mampu berperanan untuk
menghidupsuburkan budaya warisan kaum. Seperti yang kita sedia maklum, sudah terang lagi
bersuluh bahawa budaya warisan kaum penting dapat memupuk patriotisme dalam kalangan
masyarakat.

Dipetik dan diubah suai daripada
https://www.bharian.com.my/warisan-budaya-bangsa

[8 markah]

PRAKTIS ESENSI SPM [8.4] Sistem & Aplikasi Bahasa | Sintaksis

Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Sintaksis: Ayat Aktif Transitif

Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti tiga ayat pasif transitif, kemudian menukarkannya
kepada ayat aktif transitif tanpa mengubah maksud asalnya.

Bahawa warisan budaya tradisional menghadapi ancaman kepupusan tidak dapat kita
nafikan. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita
termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Warisan budaya ini harus kita
lestarikan kerana mempunyai identiti tersendiri. Perpaduan negara juga dapat dipupuk dan
disuburkan oleh amalan budaya tradisional. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional
yang murni seperti amalan kunjung-mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari
kebesaran. Jiran tetangga dan sahabat handai saling mengunjungi. Kita saling menerima dan
menyampaikan ucapan “Selamat Hari Raya”, “Gong Xi Fa Cai”, dan “Selamat Deepavali”.
Semangat kekitaan ini akan mengeratkan siraturahim, dan seterusnya memupuk perpaduan.
Dipetik dan diubah suai daripada

https://www.bharian.com.my /
kekalkan-warisan-budaya-bangsa-kita

[6 markah]

5

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com

MODUL 8: DALAM LIPATAN KENANGAN

PRAKTIS ESENSI SPM [8.5] Sistem & Aplikasi Bahasa | Penyuntingan

Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Aspek Penyuntingan/Pengeditan (Kesalahan Bahasa)
Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan
dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

PETIKAN 1

Warisan bangsa adalah khazanah penting yang telah diwariskan sejak zaman-

berzaman. Oleh yang demikian, khazanah yang tidak ternilai ini seharusnya dilestarikan.

Sungguhpun begitu, generasi pada masa kini semakin memandang rendah terhadapnya

sebab tahap kesedaran mereka terlalu rendah sekali. Mereka sepatutnya menyedari

bahawa warisan bangsa kita perlu dipulihkan dan dipeliharakan kerana mempunyai

seribu satu makna di sebaliknya.

Dipetik dan diubah suai daripada
https://fasilitatorbahasa.blogspot.com

PETIKAN 2

Masyarakat Malaysia perlu peka ke atas kepentingan pemulihan dan
pemeliharaan warisan bangsa kita. Justeru, segala usaha perlu dipergiatkan untuk
memastikan harta benda negara ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Tidak
dapat dinafikan bahawa pemuliharaan dan pelestarian warisan ini dapat meningkatkan
harga diri negara di persada dunia.

Dipetik dan diubah suai daripada
https://fasilitatorbahasa.blogspot.com

[11 markah]

6
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com

MODUL 8: DALAM LIPATAN KENANGAN

PRAKTIS ESENSI SPM [8.6] Sistem & Aplikasi Bahasa

Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Bahasa Melayu Standard/Moden

Baca petikan Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya. Kemudian, tulis semula
petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud
asalnya.

Berapa lamanya didengar oleh Patih Gajah Mada penjurit yang tujuh bersaudara
yang dititahkan Seri Betara pergi ke Melaka itu sudah mati. Maka Patih pun hairan.
Maka Patih Gajah Muda pun fikir dalam hatinya, “Adapun negeri Melaka itu sukar
binasa maka puas hatiku. Adapun seperti khabar penjurit tujuh bersaudara yang di
Bukit Cina itu, jika tiada ia mati, nescaya alahlah Melaka itu.”

Sumber: “Kepimpinan Melalyu Teladan”
Antologi Jaket Kulit Kijang
[8 markah]

PRAKTIS ESENSI SPM [8.7] Sistem & Aplikasi Bahasa

Kertas 2: Sistem & Aplikasi Bahasa
Peribahasa

Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian berikan tiga peribahasa yang sesuai
untuk situasi dalam petikan tersebut.

Dengan isyarat tangan, Suntong memberikan arahan untuk menembak. Gema
tembakan bertalu-talu dan tepat menepati sasaran. Pengawal di atas kubu jatuh satu per
satu. Kemudian, naik beberapa orang lagi ke atas benteng. Tembakan berbalas dari Fort
Margherita. Suntong melontar pula bom tangan sekuat hati. Bom jatuh di dinding dan
menggegarkan kubu.

“Cis, kaurasakan ini musuh durjana!” Suntong geram.
Suntong semakin bersemangat dan geramnya menggila untuk memusnahkan
kubu. Dia berlari sambal menembak dan berguling-guling berlindung di tanah tinggi
rendah. Semangat patriotik semakin membara; lebih baik mati berjuang daripada
menanggung malu kerana menyerah kalah.

[4 markah]

MODUL 8: DALAM LIPATAN KENANGAN

PRAKTIS ESENSI SPM [8.8] Pemahaman Petikan Umum

Kertas 2 | Pemahaman Petikan Umum

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya. Kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PETIKAN 1

Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya.
Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Budaya
tradisional mencakup kebudayaan pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah
pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tetapi kini, warisan budaya tradisional
negara kita semakin lenyap ditelan arus pemodenan.

Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita
melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, keunikan pakaian tradisional
pelbagai kaum yang pelbagai bentuk potongan dan cara pemakaian serta berwarna-warni.
Identiti masyarakat kita yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah
terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap
mesra. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan
kemesraan sesama kaum.

Pelancong luar juga sering mengunjungi Malaysia kerana ingin mendekati corak
hidup dan kebudayaan negara. Ada juga yang tinggal di perkampungan budaya untuk
mempelajari dengan lebih dekat akan warisan budaya tempatan. Maka, tidak hairanlah jika
ada bangsa asing yang boleh bertutur bahasa Melayu dengan fasih. Malah, ada juga yang
mampu bertutur mengikut dialek negeri tertentu dan membina keluarga bersama-sama
orang tempatan. Di sini, jelas diperlihatkan bahawa pelancongan merupakan satu cara
untuk mengembangkan warisan budaya

Sumber: bharian //warisan-budaya-bangsa

PETIKAN 2

Warisan sejarah amat penting untuk generasi akan datang. Usaha pengekalan
warisan sejarah boleh dilakukan dengan memelihara dan memulihara bahan-bahan atau
perkara-perkara yang berkaitan dengan sejarah. Warisan sejarah akan dapat dikekalkan dan
dijadikan bahan pengajaran untuk generasi akan datang sekiranya mereka berusaha untuk
memahami dan mendalami sejarah.

Langkah perdana bagi memelihara dan memulihara warisan sejarah adalah dengan
menjadikan mata pelajaran sejarah sebagai mata pelajaran yang wajib bagi setiap pelajar.
Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar akan dapat belajar serta lebih memahami apa-apa
yang telah berlaku pada negara kita, Malaysia. Selain itu, sejarah juga boleh dipulihara dan
dipelihara melalui kaedah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan yangbersejarah Fort

8

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com

MODUL 8: DALAM LIPATAN KENANGAN

Cornwalis di Pulau Pinang, A Famosa dan Dutch Square di Melaka. Pemeliharaan dan
pemuliharaan bangunan-bangunan bersejarah ini juga mampu meningkatkan bilangan
pelancong yang datang ke negara kita. Kita boleh menyimpulkan bahawa sejarah bukan sahaja
penting untuk generasi akan datang malah sejarah juga penting untuk membangunkan dan
memajukan negara dalam pelbagai bidang seperti bidang pelancongan.

Sumber: Dewan Masyarakat
Warisan Sejarah & Pelancongan

(i) Berdasarkan Petikan 1, berikan maksud mencakup kebudayaan.

[2 markah]

(ii) Merujuk Petikan 1 dan Petikan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan kepentingan
pelestarian warisan sejarah kepada nusa dan bangsa.
[3 markah]

(iii) Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya.
Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Budaya
tradisional mencakup kebudayaan pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah
pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tetapi kini, warisan budaya
tradisional negara kita semakin lenyap ditelan arus pemodenan.

Pada pendapat anda, apakah inisiatif-inisiatif yang harus diambil oleh pelbagai pihak
agar warisan budaya tradisional negara kita semakin lenyap ditelan arus pemodenan.

[3 markah]

(iv) Sebagai guru penasihat Kelab Sejarah, anda mendapati bahawa kelab sekolah anda
tidak menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berfaedah, lebih-lebih lagi tidak menyahut
seruan kerajaan dalam pelahiran generasi muda yang menghargai tinggalan-
tinggalan sejarah di tanah air kita.

Sehubungan dengan senario tersebut, apakah langkah-langkah yang akan anda ambil
agar anggota-anggota Kelab Sejarah prihatin terhadap warisan tersebut.

[4 markah]

8
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com

MODUL 8: DALAM LIPATAN KENANGAN

PRAKTIS ESENSI SPM [8.9] Kertas 2 | Pemahaman Petikan Sastera

BAHAN 1

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya. Kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Selepas pembubaran Renjer Sarawak, pejuang itu memenuhi dada dengan ilmu
persilatan. Kecekapan, pengalaman, dan ilmu telah menjayakan pejuang-pejuang
mendaki tebing curam berlumut secara senyap.

Belukar dan siratan akar-akar kayu dirempuh dengan mudahnya. Suntong dan
rakan-rakan bersiap siaga dengan rifle dan machine gun. Munchung dihala setepat-
tepatnya ke arah pengawal yang sedang berjalan mundar-mandir di atas benteng
panjang di sebelah kiri kubu.

Tembakan berbalas dari Fort Margherita. Suntong melontar pula bom tangan
sekuat hati. Bom jatuh di dinding dan menggegarkan kubu. Tembakan dari arah kubu
semakin rancak dituruti dentuman bom.

Sasaran tepat, bom melambung tinggi, dan menjunam di tengah kubu. Hati
Suntong puas melepaskan geram. Dia berundur menghampiri rakan di tebing sungai. Dia
tahu pasukannya kurang peluru. Bom tangan pun sudah habis.

Tiba-tiba, tembakan datang dari arah kanan kubu. Tembakan itu disasarkan ke
arah kubu tembak-menembak saling berbalas.

Sumber: Cerpen “Fort Margherita”
Oleh Mohd. Ali Salim.

BAHAN 2

Budaya yang Terpelihara Seperti kata orang tua
Biar mati anak jangan mati adat
Lenturan muzik dimainkan
Lantunan nada-nada indah Ada puisi-puisi dibacakan
Suara yang dinyanyikan Ada alat muzik dimainkan
Begitu merdu memujuk-mujuk dan Ada dogengan menjadi teladan
menarik-narik jiwa
yang mendengarnya Janganlah disia-siakan
Budaya yang indah harus dikekalkan
Tarian dan lenggok yang penuh Sehingga akhir zaman.
kesenian
Menjadi ikutan zaman-berzaman Sumber: http://mysahira.blogspot.com-
sajak-budaya-dan-warisan.html
10

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com

MODUL 8: DALAM LIPATAN KENANGAN

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud memujuk-mujuk dan menarik-narik jiwa.
[2 markah]

(ii) Berdasarkan bahan tersebut, apakah kelebihan-kelebihan yang perlu ada pada
seseorang individu agar menjadi pejuang yang berwibawa?
[2 markah]

(iii) Janganlah disia-siakan
Budaya yang indah harus dikekalkan
Sehingga akhir zaman.

Pada pendapat anda, mengapakah warisan budaya bangsa kita harus dikekalkan
dan diwariskan kepada generasi muda?

[3 markah]
(iv) Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya.

Budaya tradisional mencakup amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita,
termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tetapi kini,
warisan budaya tradisional negara kita semakin lenyap ditelan arus pemodenan
Pada pendapat anda, apakah kekangan-kekangan yang dihadapi dalam usaha
melestarikan budaya tradisional bangsa negara kita?

[4 markah]

11
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com

MODUL 8: DALAM LIPATAN KENANGAN

PRAKTIS ESENSI SPM [6.10] Pemahaman

KERTAS 2 | BAHAGIAN B: PEMAHAMAN (NOVEL)

BAHAN 1

Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Aku jatuh cinta akan pemandangan ini. Hutan di atas bukit bukau kelihatan seperti
tergantung, jauh dari jarak tetapi dekat melalui mata, kaku dan dibayangi awan-
gemawan berarak di atasnya. Pemandangan yang indah ini mendidik aku menjadi
pegkhayal yang ingin memahami erti kedamaian dan ketenangan serta misteri ajaib
tentang rumah-rumah penduduk kampung ini. Jendela rumah mereka rata-ratanya
menghadap jalan, hampir semua. Seolah-olah rumah dari zaman yang telah lama kita
tinggalkan.

Dipetik dan diubah suai
daripada novel Jendela Menghadap Jalan

Oleh: Ruhaini Matdarin.

(i) Generasi muda dewasa ini kurang mengambil inisiatif untuk bertandang ke
kampung halaman datuk nenek. Mereka tidak menyedari bahawa penduduk
kampung memang kaya dengan budaya yang diwarisi daripada nenek moyang.

Pada pendapat anda, wajarkah anak-anak muda perlu mengetahui dan
mengamalkan warisan budaya tradisional?

[4 markah]

BAHAN 2

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut.
a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f) Silir Daksina, karya Nizar Parman
g) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd. Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang
menggambarkan masyarakat yang mengamalkan budaya warisan bangsa tradisional.

[6 markah]

12

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com

MODUL 8: DALAM LIPATAN KENANGAN

PRAKTIS ESENSI SPM [7.11] Kemahiran Membuat Rumusan

KERTAS 2 | BAHAGIAN C: RUMUSAN
[30 Markah]

Baca kedua-dua bahan yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Andai digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan grafik

BAHAN 1

Warisan kebangsaan merupakan khazanah penting yang telah diwarisi sejak zaman-
berzaman. Sungguhpun begitu, generasi muda semakin memandang sepi padanya kerana tahap
kesedaran mereka terlalu rendah. Sepatutnya, mereka harus menyedari bahawa warisan
kebangsaan ini perlu dipelihara kerana mempunyai seribu satu makna di sebaliknya.

Pemeliharaan warisan kebangsaan mampu menjadi daya tarikan pelancong sama ada
pelancong domestik mahupun antarabangsa, sekali gus menyumbangkan pendapatan kepada
ekonomi negara. Pengekalan bahan-bahan tinggalan penjajah telah menggamit hati para
pelancong untuk melihat sendiri tentang keunikan ciptaan masyarakat terdahulu. Senario ini
dapat dibuktikan menerusi peningkatan bilangan pelancong di bandar warisan seperti Georgetown,
Melaka, dan Kota Bahru yang amat ketara dalam tempoh 1990 hingga 1997.

Semangat patriotik akan lahir dengan sendirinya apabila generasi muda dapat merasakan
semangat perjuangan pahlawan-pahlawan negara dalam usaha mempertahankan tanah air yang
tercinta. Nama-nama pejuang yang telah terkorban tercatat di Tugu Negara untuk tatapan semua.
Dengan ini, generasi muda tidak akan menjadi seperti kacang lupakan kulit kerana mereka akan
sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan pejuang dalam usaha mempertahankan negara.
Tegasnya, warisan negara dapat memupuk semangat patriotik dalam jiwa generasi pada masa kini.

Di samping itu, nilai seni dan estetika juga berupaya dikekalkan. Bangunan-bangunan lama
seperti Stesen Keretapi Kuala Lumpur mempunyai nilai seni yang tinggi dan tidak terdapat pada
bangunan-bangunan sekarang. Seni binanya sangat unik dan indah serta menggambarkan cita rasa
arkitek pada ketika itu. Oleh itu, bangunan-bangunan lama ini mungkin menjadi sumber inspirasi
kepada arkitek baharu untuk membina bangunan-bangunan yang bukan sahaja indah malah
mempunyai nilai seni yang sangat mengagumkan.

Lebih penting lagi, pelestarian warisan negara ini memungkinkan generasi muda mengenang
sejarah penting yang berlaku di negara kita. Bangunan lama yang diberi nafas baru dapat
mengembalikan nostalgia yang sungguh bermakna buat semua. Contohnya, Stadium Merdeka
telah menjadi saksi bisu kemerdekaan negara. Laungan kemerdekaan yang diketuai oleh Y.T.M
Tunku Abd. Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1957 telah berlangsung di stadium ini. Sekiranya
bangunan ini tidak dipelihara kemungkinan besar generasi muda akan melupakan sejarah-sejarah
penting negara.

Tetapi malangnya, sesetengah golongan masyarakat tidak menghargai tempat-tempat
bersejarah sehingga menyebabkan pengekalan tempat-tempat bersejarah tidak menguntungkan.
Namun demikian, segala usaha perlu dipergiat untuk memastikan khazanah negara ini tak lapuk
dek hujan, tak lekang dek panas.

Dipetik dan diubah suai daripada
rencana “Pelestarian Warisan Sejarah”

13

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com

MODUL 6: DUNIA PELANCONGAN

BAHAN 2

Tanah air kita mempunyai nilai
sejarah yang tinggi –

tinggalan-tinggalan sejarah
penjajahan Portugis dan
Belanda.

Tidak dapat dinafikan, pelestarian atau pengekalan tempat-tempat bersejarah di negara
kita yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi, khususnya berhubung kait dengan penjajahan,
turut menghadapi beberapa permasalahan. Masyarakat Malaysia bukan sahaja mempunyai tahap
kesedaran yang rendah bahkan juga tidak menghayati sejarah tanah air sehingga tidak
menghargai tempat-tempat yang bersejarah, selain sebagai produk pelancongan, seperti Kota A
Fomosa, Fort Cornwallis, Kota Belanda, dan sebagainya. Senario ini menyebabkan pengekalan
tempat-tempat bersejarah tidak menguntungkan.

14
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com

JAWAPAN

MODUL 8: DALAM LIPATAN KENANGAN

PRAKTIS ESENSI SPM [8.1] Penulisan Karangan Respons Terhad

Kertas 1 | Bahagian A: Karangan
[30 markah]

1.0 Introduksi
1.1 Definisi tempat-tempat bersejarah
1.2 Tempat-tempat bersejarah di Malaysia

Contoh:
Menurut Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim, ahli sejarah yang tersohor, tempat-tempat

bersejarah ialah tempat-tempat yang ada kaitannya dengan sesuatu peristiwa yang benar-
benar berlaku pada masa lampau. Antara tempat bersejarah di negara kita termasuklah
Kota A Famosa di Melaka, Kota Melawati di Selangor, Makam Mahsuri di Pulau Langkawi,
Kota Belanda di Perak, Fort Cornwallis di Pulau Pinang, dan sebagainya.

2.0 Pemuliharaan tempat-tempat bersejarah
Sebab-sebabnya:
2.1 mempunyai nilai-nilai sejarah yang tinggi
2.2 mengekalkan kesenian dan reka bentuk tradisional
2.3 produk pelancongan

Contoh:
Tempat-tempat bersejarah di negara seyogia dipulihara kerana mempuyai nilai-

nilai sejarah tinggi yang tidak mungkin dapat diperoleh lagi jika tempat-tempat tersebut
dibiarkan musnah atau dimusnahkan. Selain itu, pemuliharaan tempat-tempat tersebut
dapat melestarikan kesenian dan reka bentuk tradisional sebagai warisan budaya negara
kepada generasi seterusnya. Bukan itu sahaja, tempat-tempat bersejarah dapat dijadikan
produk pelancongan untuk menggamit pelancong asing yang dapat merancakkan industri
pelancongan, dan seterusnya menyumbangkan pendapatan kepada negara.

3.0 Cara-cara pemuliharannya:
3.1 menjaga kebersihan dan keselamatannya
3.2 membaiki dan mengekalkan reka bentuk bangunan
3.3 memperindah kawasan sekitarnya

Contoh:
Oleh hal yang demikian, penjagaan tempat-tempat tersebut dari segi kebersihan

dan keselamatannya hendaklah diberi keutamaan agar nilai sejarahnya terjamin. Dalam
pada itu, Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya Malaysia hendaklah mengambil
inisiatif untuk membaiki dan mengelakkan reka bentuk bangunan di tempat-tempat
bersejarah itu mengikut reka bentuk asal. Demi mewujudkan suasana yang kondusif,
kawasan sekitarnya hendaklah diperindah agar para pengunjung berasa selasa.

4.0 Cabaran dalam pengekalan tempat-tempat bersejarah
4.1 kos pemuliharaannya yang tinggi
4.2 pengekalan bentuk asalnya sukar dilakukan
4.3 masyarakat tidak menghargai tempat-tempat bersejarah

3

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com

MODUL 8: DALAM LIPATAN KENANGAN

Contoh:
Laut mana yang tidak bergelora? Pemuliharaan tempat-tempat bersejarah

mendepani pelbagai cabaran ataupun pemasalahan. Antaranya ialah kos yang tinggi
diperlukan untuk tujuan pembaikan bangunan, pengubahsuaian, pengindahan,
pengendalian, pengawasan, dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga, kebanyakan bangunan
atau binaan bersejarah di tempat-tempat tersebut terlalu tua usinya sehingga pengekalan
bentuk asalnya sukar dilakukan. Yang menyedihkan dan mengecewakan ialah segelintir
anggota masyarakat tidak menghargai tempat-tempat bersejarah seperti menconteng
dinding-dinding dan menjahanamkan harta benda.

5.0 Kesimpulan:
5.1 warisan sejarah yang tidak ternilai
5.2 memuliharanya demi kemaslahatan generasi akan datang
5.3 menjadi kebanggaan dan kemegahan

Contoh:
Intihanya, tempat-tempat bersejarah merupakan warisan sejarah yang tidak

ternilai. Lantaran itu, warisan ini hendaklah dipulihara demi kemaslahatan generasi akan
datang. Bangunan-bangunan bersejarah yang mempunyai keunikan reka bentuk akan
menjadi kebanggaan dan kemegahan negara kita.

Nota: Berpandukan format pentaksiran BM SPM KSSM, kepanjangan karangan respons
terhad ialah 150 – 200 patah perkaataan. Maka, gunakan budi bicara dan pemikiran yang
rasional semasa menulis karangan ini; usahlah terbawa-bawa oleh hawa nafsu. Yang
mustahak ialah kebernasan idea dan bahasa yang gramatis.

GLOSARI
1. tersohor – terkenal; termasyhur; terkemuka; ternama
2. seyogia (bukan *seyoganya) – seharusnya; sepatutnya
3. dipulihara – dipulihkan dan dipelihara
4. melestarikan – mengekalkan
5. menggamit – menarik (hati)
6. merancakkan (bukan *merancakan) – memajukan
7. mengambil inisiatif – mengambil prakarsa; berdaya usaha
8. kondusif – sesuai (utk sesuatu aktiviti)
9. Laut mana yang tidak bergelora – apa-apa usaha ada cabarannya
10. mendepani – menghadapi
11. segelintir – sebilangan kecil
12. menjahanamkan – merosakkan; membobrokkan
13. Intihanya – kesimpulannya
14. Lantaran itu – oleh sebab itu
15. kemaslahatan – kepentingan; faedah
16. keunikan (bukan *keunikkan) – keistimewaan

3

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com

MODUL 8: DALAM LIPATAN KENANGAN

PRAKTIS ESENSI SPM [8.2] Penulisan Karangan Respons Terhad

Kertas 1 | Bahagian B: Karangan
[70 markah]

Domain: Umum
Tema: Warisan bangsa
Skop: Permainan tradisional
Fokus: Usaha-usaha/Langkah-Langkah/Inisiatif-inisiatif
Format: Tiada (umum)

Calon diharapkan membincangkan usaha-usaha pelbagai pihak dalam usaha
mempopularkan permainan tradisional.

1.0 Pendahuluan
- nenek moyang mengisi kelapangan dengan permainan tradisional
- masyarakat moden meminggirkan warisan bangsa kita itu
- terpengaruh oleh permainan Barat dan permainan komputer
- pengaruh peranti elektronik dan media sosial
- memustahakkan kerjaya dan aktiviti sendiri
- pelbagai pihak terpanggil untuk mempopularkannya semula

Contoh:
[AR: skop/tema] Pada zaman Tuk Nadur berkajang kain, nenek moyang mengisi

kelapangan dengan aktiviti rekreasi, yakni permainan tradisional, seperti galah panjang,
konda kondi, sepak raga bulatan, sepak takraw, batu seremban, dan sebagainya. [AR:
Punca ketidakpopularan] Sayang seribu kali sayang, masyarakat moden meminggirkan
warisan bangsa kita itu lantaran terpengaruh oleh permainan Barat dan permainan
komputer yang lebih canggih. [AR: Punca ketidakpopularan] Baik disedari mahupun tidak,
peranti elektronik dan media sosial turut menyumbang kepada ketidakpopularan
permainan tradisional bangsa kita. [AR: Punca ketidakpopularan] Bukan itu sahaja, ibu
bapa juga bertanggungjawab dalam hal ini kerana terlalu memustahakkan kerjaya dan
aktiviti sendiri sehingga mengabaikan aktiviti riadah seperti permainan tradisional. [AA:
Tesis] Demi menyelamatkan permainan tradisional kita daripada kepupusan, maka
pelbagai pihak terpanggil untuk mempopularkannya semula.

2.0 Idea #1:
- ibu bapa hendaklah memperkenalkan permainan tradisional kepada anak-anak
mereka
- ibu bapa amat berpengaruh dalam kehidupan anak
- mengajak anak-anak bermain permainan tradisional
- mengajar anak-anak cara memainkan permainan tradisional
- anak-anak akan menghargai warisan bangsa
- warisan bangsa kita dapat dihidupsuburkan

Contoh:
[AT: Idea utama] Sehubungan dengan inisiatif mempopularkan permainan

tradisional, ibu bapa hendaklah memperkenalkan permainan tradisional kepada anak-anak
mereka sejak mereka setahun jagung, da3rah setampuk pinang lagi. [AH: Sebab] Hal ini

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com

MODUL 8: DALAM LIPATAN KENANGAN

dinyatakan demikian oleh sebab ibu bapa amat berpengaruh dalam kehidupan anak;
setiap petunjuk ibu bapa akan diikuti oleh kanak-kanak dan tindak-tanduk ibu bapa
menjadi ikutan anak. [AC: Bagaimana] Jadi, mereka hendaklah mengajak anak-anak
bermain permainan tradisional ketika waktu senggang, sementelahan mengajar anak-anak
cara bermain wau, gasing, sepak raga, dan sebagainya. [AHC: Kesan] Dengan cara ini,
anak-anak akan menghargai warisan bangsa yang tidak ternilai ini. [AP: Kesan] Dengan
wujudnya prakarsa ibu bapa, maka warisan bangsa kita dapat dihidupsuburkan dalam
kalangan masyarakat kita.

3.0 Idea #2:
- Pihak sekolah menghidupkan dan menyuburkan aktiviti riadah yang berunsur
tradisional ini
- menjadi permainan tradisional sebagai salah satu aktiviti semasa PdPc di luar kelas
- mengajar anak-anak didik cara-cara bermain dan peraturan-peraturan
- terbabit dalam permainan ini
- memastikan murid-murid berasa terhibur dan seronok.
- penganjuran pertandingan permainan tradisional
- guru memainkan peranan yang mustahak

Contoh:
[AT: Idea utama] Pihak sekolah juga terpanggil untuk menghidupkan dan

menyuburkan aktiviti riadah yang berunsur tradisional ini dalam kalangan murid. [AH:
Bagaimana] Dalam konteks ini, guru pendidikan jasmani dan kokurikulum hendaklah
menjadi permainan tradisional sebagai salah satu aktiviti semasa PdPc di luar kelas.
[AH + C: Bagaimana] Mereka hendaklah mengajar anak-anak didik cara-cara bermain dan
peraturan-peraturan memainkan sepak raya bulatan ataupun sepak takraw. [AH:
Bagaimana] Guru-guru yang berpengalaman perlu turut terbabit dalam permainan ini dan
memastikan murid-murid berasa terhibur dan seronok. [AH: Bagaimana] Selain itu,
penganjuran pertandingan permainan tradisional dalam kalangan murid juga
menyemaikan perasaan cinta akan permainan tersebut. [AP: Penegasan] Tegasnya, guru
memainkan peranan yang mustahak dalam pempopularkan permainan tradisional dalam
kalangan pelajar.

4.0 Idea #3:
- pihak media massa memperkenalkan permainan tradisional.
- mempengaruhi pemikiran manusia agar menggemari sesuatu.
- mengadakan rancangan khas berkaitan dengan permainan tradisional
- menganjurkan pertandingan pada peringkat kebangsaan
- menjadikan permainan tradisional sebagai aktiviti rekreasi pada masa terluang

Contoh:
[AT: Idea utama] Tidak ketinggalan juga, pihak media massa dapat dijadikan wahana

untuk memperkenalkan dan menyuburkan perasaan cinta akan permainan tradisional.
[AH: Mengapa] Wahana yang beraudio dan bervisual ini dapat efektif dalam usaha
mempengaruhi pemikiran manusia agar menggemari sesuatu. [AH+C: Bagaimana] Untuk
mencapai objektif tersebut, media massa seperi radio dan televisyen boleh mengadakan
rancangan khas berkaitan dengan permainan tradisional seperti congkak, sepak bulu
ayam, tarik upih, dan sebagainya yang tid3ak pernah ditonton oleh generasi muda.

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com

MODUL 8: DALAM LIPATAN KENANGAN

[AH+C: Bagaimana] Media massa juga boleh menyempurnakan tanggungjawab sosial
dengan menganjurkan pertandingan pada peringkat kebangsaan seperti gasing pangkah,
sepak raga bulatan, sepak takraw, dan wau bulan dengan menawarkan hadiah yang
lumayan atau menarik. [AP: Kesan] Dampaknya, masyarakat akan menjadikan permainan
tradisional sebagai aktiviti rekreasi pada masa terluang.

5.0 Penutup
- permainan tradisional dihidupsuburkan oleh pelbagai pihak.
- Kementerian Pelancongan, Seni, dan Kebudayaan mempopularkan permainan
tradisional
- Badan bukan kerajaan (NGO) terpanggil untuk mempopularkan permainan.
- Sinergi antara semua pihak amatlah dialu-alukan dan dihargai
- terus kekal subur dan menjadi kebanggaan seluruh rakyat

Contoh:
[AK: Kesimpulan] Akhirulkalam, permainan tradisional yang merupakan warisan

bangsa kita seharusnya dihidupsuburkan oleh pelbagai pihak. [ACdgn: Tindakan] Kata
orang tua-tua, tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Maka, Kementerian Pelancongan,
Seni, dan Kebudayaan hendaklah mempunyai iltizam untuk mempopularkan permainan
tradisional secara besar-besaran dengan memberikan sokongan moral kepada rakyat agar
mencintai warisan budaya bangsa kita. [ACdgn: Tindakan] Badan bukan kerajaan (NGO)
juga terpanggil untuk mempopularkan permainan. [AHrpn: Kesan] Sinergi antara semua
pihak amatlah dialu-alukan dan dihargai dalam usaha menghidupsuburkan permainan
tradisional yang sangat berharga ini agar terus kekal subur dan menjadi kebanggaan
seluruh rakyat negara kita yang tercinta ini.

GLOSARI
1. zaman Tuk Nadur berkajang kain – zaman dahulu kala
2. kelapangan – masa senggang
3. Sayang seribu kali sayang – tetapi malangnya
4. meminggirkan – mengetepikan
5. lantaran – kerana
6. Canggih – moden dan kompleks; sofistikated
7. peranti elektronik – alat elektronik
8. ketidakpopularan – perihal tidak digemari ramai
9. memustahakkan – mementingkan
10. mengabaikan – tidak mempedulikan
11. terpanggil – berasa bertanggungjawab
12. inisiatif – prakarsa
13. setahun jagung, darah setampuk pinang – masih mentah lagi
14. tindak-tanduk – gerak-geri; tingkah laku
15. waktu senggang – waktu lapang
16. sementelahan – bahkan
17. wahana – alat
18. efektif – berkesan
19. objektif – matlamat
20. Akhirulkalam – sebagai penutup

3

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com

MODUL 8: DALAM LIPATAN KENANGAN

PRAKTIS ESENSI SPM [7.3] Sistem & Aplikasi Bahasa | Morfologi

(i) menafikan
- Kita tidak dapat menafikan hakikat bahawa sukan memainkan peranan yang penting
dalam pemupukan perpaduan.

(ii) mengentalkan
- Langkah-langkaf efektif hendaklah diambil untuk mengentalkan semangat patriotik
dalam kalangan rakyat.

(iii) menganjurkan ‘
- Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya hendaklah menganjurkan persembahan
traian tradisional sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

(iv) menghendaki
- Pihak sekolah menghendaki murid-murid berpakaian seragam sekolah semasa
menerima slip keputusan peperiksaan.

(v) menghiburkan
- Permainan tradisional bukan sahaja menghiburkan hati bahkan meredakan stres.

(vi) memperkenalkan
- Pihak sekolah hendaklah memperkenalkan permainan tradisional tradisional kepada
murid-murid melalui aktiviti kokurikulum.

(vii) menghidupsuburkan
- Kita hendaklah menghidupsuburkan semangat gotong-royong demi kemaslahatan
masyarakat.

(viii) memupuk
- Ibu bapa hendaklah memupuk budaya membaca dalam kalangan anak mereka demi
membentuk generasi yang berilmu.

PRAKTIS ESENSI SPM [7.4] Sistem & Aplikasi Bahasa | Sintaksis

(i) Bahawa warisan budaya tradisional menghadapi ancaman kepupusan tidak dapat kita
nafikan.
Ayat aktif transitif: Kita tidak dapat menafikan bahawa warisan budaya tradisional
menghadapi ancaman kepupusan.

(i) Warisan budaya ini harus kita lestarikan kerana mempunyai identiti tersendiri.
Ayat aktif transitif: Kita harus melestarikan warisan budaya ini kerana mempunyai identiti
tersendiri.

(i) Perpaduan negara juga dapat dipupuk dan disuburkan oleh amalan budaya tradisional.
Ayat aktif transitif: Amalan budaya tradisional juga dapat memupuk dan
menyuburkan perpaduan negara.

Nota: Tidak perlu menyalin ayat aktif pasif transitif; hanya perlu membina ayat aktif
transitif.

5 [6 markah]
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com

MODUL 8: DALAM LIPATAN KENANGAN

PRAKTIS ESENSI SPM [7.5] Sistem & Aplikasi Bahasa | Penyuntingan

Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Aspek Penyuntingan/Pengeditan (Kesalahan Bahasa)

(i) adalah – ialah/merupakan (kata pemeri) Ulasan: terlalu rendah =
Ulasan: Kata pemeri adalah tidak tersangat/teramat/amat sangat
gramatis kerana hadir di hadapan rendah (gramatis); Kata penguat
frasa adjektif (FA) atau frasa sendi sekali tidak boleh diletakkan selepas
nama (FS): terlalu rendah kerana membawa
- … adalah memang mencabar (FA) makna darjah penghabisan.
- …adalah daripada laman sesawang
(FS) (vi) dipeliharakan – dipelihara
Kata pemeri ialah pula hadir di (pengimbuhan)
hadapan frasa nama (FN): Ulasan: pelihara → meN-… →
- … ialah guru bahasa Melayu yang memelihara (aktif) → dipelihara
berwibawa (FN) (pasif)

(ii) diwariskan – diwarisi (pengimbuhan/kata (vii) ke atas – pada (kata sendi nama)
kerja pasif) Ulasan: ke atas → tempat; peka
Ulasan: … mewariskan sesuatu (=sensitif) pada sesuatu, bukan peka
kepada (aktif) → sesuatu diwariskan terhadap kerana kata sendi nama
kepada ; mewarisi sesuatu daripada terhadap digunakan di hadapan kata
→ sesuatu diwarisi daripada nama yang bersifat konkrit, yakni
untuk manusia, haiwan, dan benda.
(iii) oleh yang demikian – oleh hal demikian
(penghubung musabab/penanda (viii) Justeru – Oleh itu (penanda wacana)
wacana) Ulasan: Justeru merupakan kata
Ulasan: Kata sendi nama oleh tidak hubung gabungan yang membawa
boleh hadir di hadapan kata hubung makna bahkan atau lebih-lebih lagi;
relatif yang, sebaliknya perlu hadir di Saya tidak pernah mengkritik
hadapan kata nama, yakni hal. Sila usahanya, justeru memuji segala
rujuk Tatabahasa Dewan muka surat sumbangannya. Penanda wacana
527. justeru itu tidak wujud dalam bahasa
Melayu.
(iv) rendah – sepi / enteng / ringan
(penggunaan kata) (ix) dipergiatkan – dipergiat (pengimbuhan)
Ulasan: memandang rendah tidak Ulasan: giat → memper.giat (bukan
sesuai dalam konteks ayat ini kerana *mempergiatkan) → diper.giat (bukan
membawa makna tidak menghormati; *dipergiatkan)
memandang sepi/enteng/ringan pula
sesuai kerana membawa makna (x) harta benda → khazanah (penggunaan
tidak menghiraukan atau kata)
mempedulikan sangat
(xi) harga diri → imej/maruah
(v) terlalu rendah sekali – terlalu rendah (
frasa adjektif)

6
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com

MODUL 8: DALAM LIPATAN KENANGAN

PRAKTIS ESENSI SPM [7.6] Sistem & Aplikasi Bahasa

Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Bahasa Melayu Standard/Moden

(i) Berapa lamanya didengar oleh Patih Gajah Mada penjurit yang tujuh bersaudara
yang dititahkan Seri Betara pergi ke Melaka itu sudah mati.
- Setelah beberapa lamanya, Patih Gajah Mada mendapat khabar bahawa
penjurit yang tujuh bersaudara yang dititahkan oleh Seri Betara agar ke Melaka
sudah mati.

(ii) Maka Patih pun hairan. Maka Patih Gajah Muda pun fikir dalam hatinya,
“Adapun negeri Melaka itu sukar binasa maka puas hatiku.
- Patih Gajah Mada pun terkejut mendengar berita itu dan berfikir dalam
hatinya.

(ii) Adapun seperti khabar penjurit tujuh bersaudara yang di Bukit Cina itu, jika tiada ia
mati, nescaya alahlah Melaka itu.”
- “Oleh sebab negeri Melaka sukar dibinasakan, maka aku berasa sukacita.
Menurut khabar bahawa penjurit tujuh bersaudara yang berada di Bukit Cina
itu, jika tiada mati, nescaya negeri Melaka akan tertewas.”

PRAKTIS ESENSI SPM [7.7] Sistem & Aplikasi Bahasa

Kertas 2: Sistem & Aplikasi Bahasa
Peribahasa

(i) Gema tembakan bertalu-talu
Prb: bagai berteh digoreng

(ii) lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah
Prb: Biar putih tulang jangan putih mata.

PRAKTIS ESENSI SPM [7.8] Pemahaman

Pemahaman Petikan Umum

(i) Maksud mencakup kebudayaan:
mencakup = merangkum/meliputi/melingkupi
kebudayaan = cara hidup

7

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com

MODUL 8: DALAM LIPATAN KENANGAN

(ii) Persamaan kepentingan:
- penyumbang kepada sektor pelancongan
Perbezaan kepentingan:
- Budaya melambangkan identiti sesebuah negara / melambangkan sifat majmuk
masyarakat
- Warisan sejarah dapat dijadikan bahan pengajaran untuk generasi akan datang

(iii) Inisiatif-inisiatif yang harus diambil oleh pelbagai pihak agar warisan budaya
tradisional negara kita semakin lenyap ditelan arus pemodenan:
- ibu bapa mengamalkan budaya tradisional dalam kehidupan
- pihak sekolah mengadakan aktiviti-aktiviti budaya tradisional
- masyarakat mengadakan persembahan budaya tradisional untuk memeriahkan
sesuatu majlis keramaian
- media massa menyiarkan dokumentari-dokumentari tentang budaya tradisional
pelbagai bangsa

(iv) Langkah-langkah yang akan saya ambil agar anggota-anggota Kelab Sejarah prihatin
terhadap warisan tersebut:
- menganjurkan lawatan sambil belajar/darmawisata ke tempat-tempat yang
bersejarah
- menganjurkan pertandingan esei yang bertemakan warisan sejarah tanah air
- mengundang ahli-ahli sejarah untuk menyampaikan ceramah tentang sejarah
tanah air

PRAKTIS ESENSI SPM [7.9] Pemahaman

Pemahaman Petikan Sastera

(i) Maksud memujuk-mujuk dan menarik-narik jiwa:
- memujuk-mujuk dan menarik-narik = memikat/menambat
- jiwa = hati

(ii) Kelebihan-kelebihan yang perlu ada pada seseorang individu agar menjadi pejuang
yang berwibawa:
- kecekapan
- pengalaman
- ilmu pertahanan/peperangan

(iii) Sebab-sebab warisan budaya bangsa kita harus dikekalkan dan diwariskan kepada
generasi muda:
- mempunyai identiti tersendiri
- melambangkan identiti sesebuah negara
- melambangkan sifat majmuk masyarakat kita.

7

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com

MODUL 8: DALAM LIPATAN KENANGAN

(iv) Kekangan-kekangan yang dihadapi dalam usaha melestarikan budaya tradisional
bangsa negara kita:
- masalah pelapis budayawan/kurangnya aktivis yang memperjuangkan budaya
tradisional bangsa
- pengaruh kemodenan budaya Barat terhadap generasi muda kita
- tahap kesedaran masyarakat kita amat rendah tentang kepentingan pelestarian
budaya tradisional
- ketidakcenderungan/ketidakpekaan generasi muda terhadap budaya tradisional

PRAKTIS ESENSI SPM [7.10] Novel

Pemahaman Novel
(i) Sebab-sebab anak-anak muda perlu mengetahui dan mengamalkan warisan

budaya tradisional:
- mengekalkan identiti negara kita sebagai masyarakat majmuk
- melestarikan kebudayaan bangsa masing-masing
- melambangkan budi pekerti masyarakat yang berbilang kaum

(ii) Peristiwa yang menggambarkan masyarakat yang mengamalkan budaya warisan
bangsa tradisional:
(i) Peristiwa masyarakat kampung mengekalkan reka bentuk rumah
tradisional yang unik
- Kebanyakan jendela rumah di kampung datuk dan nenek Lili di Daerah
Dungun, Terengganu menghadap jalan
- Setibanya di kampung, Lili tertarik hati oleh rumah kampung yang
seolah-olah rumah dari satu zaman yang telah lama kita tinggalkan.

(ii) Peristiwa masyarakat kampung yang mengamalkan gotong-royong dalam
kehidupan bermasyarakat
- Penduduk Kampung Sentosa bergotong-royong membantu memyelesai-
kan masalah kubah surau.
- Datuk Lili bergotong-royong menaikkan kubah masjid bersama-sama
penduduk kampung

7

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com

MODUL 8: DALAM LIPATAN KENANGAN

PRAKTIS ESENSI SPM [8.11 RUMUSAN

Pendahuluan:
Fokus 1: kepentingan/kelebihan pelestarian warisan nusa dan bangsa
Fokus 2: permasalahan/kekangan/cabaran mengekalkan warisan khazanah negara

Isi tersurat:
Kepentingan/kelebihan pelestarian warisan nusa dan bangsa:
P1: menjadi daya tarikan pelancong sama ada pelancong domestik mahupun

antarabangsa
P2: menyumbangkan pendapatan kepada ekonomi negara
P3: memupuk semangat patriotik dalam jiwa generasi pada masa kini
P4: nilai seni dan estetika berupaya dikekalkan
P5: menjadi sumber inspirasi kepada arkitek baharu untuk membina bangunan-

bangunan
P6: memungkinkan generasi muda mengenang sejarah penting yang berlaku di

negara kita

Permasalahan/kekangan/cabaran mengekalkan warisan khazanah negara:
P7: generasi muda mempunyai tahap kesedaran mereka terlalu rendah tentang

kepentingan warisan negara
P8: sesetengah golongan masyarakat tidak menghargai tempat-tempat bersejarah

Kesimpulan:
Cadangan: warisan negara kita hendaklah dilestarikan
Harapan: identiti negara kita tidak ditelan zaman pemodenan

JAWAPAN LENGKAP:
Bahan membincangkan kepentingan pelestarian warisan bangsa dan

permasalahan dalam pengekalan warisan khazanah negara.
Pemeliharaan warisan bangsa dapat menjadi daya tarikan pelancong domestik

mahupun antarabangsa, di samping menyumbangkan pendapatan kepada ekonomi
negara. Warisan negara juga dapat memupuk semangat patriotik dalam jiwa generasi
dewasa ini. Nilai seni dan estetika juga berupaya dikekalkan, sekali gus menjadi sumber
inspirasi kepada arkitek baharu untuk membina bangunan-bangunan. Pelestarian
warisan negara ini memungkinkan generasi muda mengenang sejarah penting yang
berlaku di negara kita.

Antara permasalahan yang dihadapi dalam pelestarian warisan khazanah
termasuklah generasi muda mempunyai tahap kesedaran mereka terlalu rendah tentang
warisan negara. Sesetengah golongan masyarakat pula tidak menghargai tempat-tempat
bersejarah.

Kesimpulannya, warisan negara kita hendaklah dilestarikan agar identiti negara
kita berkekalan.

[115 patah perkataan]

7

© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com


Click to View FlipBook Version