urubm
WADAH KECEMERLANGAN BM SPM
BSAPHAMSA 2ME0L2AY1U
MUNSYI K’SEVEN
MODUL 2
TEMA: INSAN TERDIDIK,
NEGARA SEJAHTERA
100% Berpandukan Buku Teks &
Format Pentaksiran Baharu
TEMA 2: INSAN TERDIRI NEGARA SEJAHTERA
MODUL 2
TEMA 2: INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
Kertas 1 | Bahagian A: Karangan Respons Terhad……. 3
▪ Perpustakaan / Pusat Sumber
Kertas 1 | Bahagian B: Karangan Respons Terbuka …..4
▪ Langkah-langkah Menempa Kejayaan yang Cemerlang dalam Bidang Akademik
Kertas 2 | Bahagian A: Sistem & Aplikasi Bahasa……...5
▪ Morfologi: Kata Nama Terbitan dan Kata Kerja Terbitan
▪ Sintaksis: Ayat Tunggal & Ayat Majmuk Gabungan
Kertas 2 | Bahagian A: Sistem & Aplikasi
Bahasa …………………………………………...6
▪ Aspek Penyuntingan/Pengeditan:
Kesalahan Bahasa
Kertas 2 | Bahagian A: Sistem & Aplikasi
Bahasa …………………………………………... 7
▪ Bahasa Melayu Standard
▪ Aspek Peribahasa
Kertas 2 | Bahagian B: Pemahaman …. 8
▪ Petikan Umum
Kertas 2 | Bahagian B: Pemahaman .…10
▪ Petikan Sastera
Kertas 2 | Bahagian B: Novel ...............11
Kertas 2 | Bahagian C: Rumusan .........12
Jawapan .........................................15 - 26
2
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
TEMA 2: INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA
PRAKTIS ESENSI SPM [2.1] Penulisan Karangan Respons Terhad
Kertas 1 | Bahagian A: Karangan
[30 markah]
Ilustrasi dan pendapat di bawah menunjukkan perpustakaan sebagai khazanah ilmu dan
penjana modal insan yang berilmu.
Sebagai pengunjung perpustakaan yang setia, tulis sepucuk surat kepada Perbadanan
Perpustakaan Awam Negeri untuk mengadukan kekurangannya sebagai khazanah ilmu
dan cadangkan tindakan yang perlu diambil untuk menaik taraf.
Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Perpustakaan merupakan khazanah ilmu terkumpul yang tidak ternilai. Pelbagai koleksi
dan kemudahan ditawarkan kepada penggunanya bagi menyokong aktiviti pembelajaran
dan kecemerlangan penyelidikan. Tetapi malangnya, sesetengah perpustakaan tidak
memenuhi selera para pengguna. Kepincangan ini merupakan faktor penolak kepada
para pengunjung.
Munsyi K’Seven
www
PENJANA .com
MODAL
INSAN
BERILMU
3
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
TEMA 2: INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA
PRAKTIS ESENSI SPM [2.2] Penulisan Karangan Respons Terbuka
Kertas 1 | Bahagian B: Karangan Respons Terbuka
[70 markah]
Musim pengumuman keputusan peperiksaan pastinya mendebarkan bukan hanya
dalam kalangan murid, tetapi juga ibu bapa. Setiap kali keputusan diumumkan, tentu ada
beberapa orang pelajar yang mencipta kecemerlangan ditemu ramah. Tidak ketinggalam
juga, segelintir pelajar yang dianggap lembam dalam akademik menemui kegagalan dan
tercicir.
Mungkin kita tertanya-tanya bagaimanakah pelajar tersebut mendapat keputusan
cemerlang dalam peperiksaan? Dan, kita juga tertanya-tanya mengapakah ada pelajar
yang terkandas?
Pirdauz Abdullah
Pendapat di atas memperlihatkan bahawa sesetengah pelajar menempa kegemilangan
dalam bidang akademik manakala sesetengahnya pula mengalami kegagalan. Anda
prihatin tentang kebajikan anak-anak didik dan terpanggil untuk mengambil inisiatif
untuk membantu mereka. Sebagai guru kaunseling dan bimbingan, anda bercadang
untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Langkah-langkah Menempa Kejayaan yang
Cemerlang dalam Bidang Akademik”.
Tulis ceramah tersebut selengkapnya.
wwwPanjang ceramah anda hendaklah tidak kurang daripada 350 patah perkataan.
.com
4
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
TEMA 2: INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
PRAKTIS ESENSI SPM [1.3] Sistem & Aplikasi Bahasa | Morfologi
Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Morfologi: Golongan Kata
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata nama terbitan dan dua
kata kerja terbitan. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri
daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda memahami
maksud dan penggunaanya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Naufal: Wah, pandai engkau membaiki
mesin basuh! Engkau belajar
Fairus: daripada siapa Fairus?
Nauful: Daripada YouTube saja, Naufal.
Bagus, Fairus. Cara belajar telah
berubah. Pada zaman Tun Nadur
berkajang kain dulu kita perlu
mendepani guru untuk belajar.
Sekarang, melalui media sosial dan sidang video pun orang boleh belajar.
Naufal: Walau bagaimanapun, sekolah, kolej, dan pusat pengajian tinggi masih
diperlukan. Belajar melalui Internet ini hanya untuk menambah ilmu dan
kemahiran saaja.
www [8 markah]
PRAKTIS ESENSI SPM [1.4] Sistem & Aplikasi Bahasa | Sintaksis
Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
.comSintaksis: Ayat Tunggal & Ayat Majmuk Gabungan
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti tiga ayat majmuk gabungan, kemudian
mencerakinkannya kepada ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.
Konsep belajar pada masa hadapan memerlukan guru menyediakan banyak pilihan
proses pembelajaran yang luwes. Guru tidak lagi menjadi satu-satunya sumber murid
untuk mendapatkan maklumat. Guru mestilah berupaya menjadi pembimbing atau
pemudah cara kepada murid. Guru boleh menyediakan pelbagai aktiviti yang
menggunakan teknologi terkini untuk mencapai objektif pembelajaran. Sebagai contoh,
dalam aktiviti mengenai puisi, sekumpulan murid memilih untuk membuat puisi
muzikal. Mereka mencari dan menganalisis puisi yang sesuai melalui Internet. Selepas
itu, puisi tersebut dipersembahkan dalam bentuk lagu dan disiarkan melalui radio
sekolah.
[6 markah]
5
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
TEMA 2: INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
PRAKTIS ESENSI SPM [1.5] Sistem & Aplikasi Bahasa | Penyuntingan
Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Aspek Penyuntingan
Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa dan dalam petikan 2, terdapat juga
enam kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang
dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
PETIKAN 1
Baik disedari mahupun tidak, Kuala Lumpur
telah dinobatkan sebagai Kota Buku Dunia pada
tahun 2020 oleh Penubuhan Pendidikan,
Sainstifik, Kebudayaan dan Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu yang juga dikenali sebagai
United Nations Educational, Scientific and
Cultural Organization (UNESCO). Dengan
kempen “KL Baca: Menyantuni Masyarakat
Melalui Pembacaan”, pengikhtirafan ini
diharapkan dapat menyemarakan budaya
wwwmembaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.
PETIKAN 2
.com
Dunia Pendidikan, tidak dapat disangkalkan, mengalami perubahan yang amat
maju sekali selaras dengan perkembangan dunia dalam era teknologi maklumat dan
komunikasi ini. Oleh demikian, para pendidik di negara ini mestilah bersiap-siaga
untuk berdepan dengan perubahan ini dengan berfikiran positif. Segala perubahan-
perubahan dapat melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan dan
berketrampilan dalam penggunaan teknologi terkini.
[6 markah]
[12 markah]
6
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
TEMA 2: INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
PRAKTIS ESENSI SPM [1.6] Sistem & Aplikasi Bahasa
Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Bahasa Melayu Standard
Baca petikan Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya. Kemudian, tulis semula
petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud
asalnya.
Maka Tun Beraim Bapa pun lalu sujud menyembah Sultan Ahmad. Setelah dilihat
oleh segala pendekar perkasanya Tun Beraim Bapa itu semuanya gementar dagunya
seperti ayam takutkan helang, demikianlah lakunya. Maka segala pendekar itu berkata
sama sendirinya. “Seumur kita ini tidak pernah kita melihat sikap manusia seperti Tun
Beraim Bapa ini, janganlah kita melawan dia, memandang matanya pun takut rasanya”.
Dipetik daripada cerita “Kepahlawanan Tun Beraim Bapa”
[“6 markah]
PRAKTIS ESENSI SPM [1.7] Sistem & Aplikasi Bahasa
Kertas 2: Sistem & Aplikasi Bahasa
Peribahasa
wwwBaca dialog di bawah dengan telitinya, kemudian berikan tiga peribahasa yang sesuai
untuk situasi dalam petikan tersebut.
.com
Lukman: Cikgu, masyarakat yang berpendidikan akan menjamin tahap
pembangunan negara yang lebih bermakna.
Marzukhi: Sikap sedia bersama-sama dalam masa senang mahupun susah perlu sekali
diwujudkan dalam kalangan rakyat kita yang berpendidikan, apatah lagi
dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa, cikgu.
Cikgu Aini: Melalui pendidikan jugalah kita berharap agar individu-individu yang
dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat dapat diwujudkan.
Tajuddin: Pada zaman nenek moyang ataupun dahulukala, walaupun masyarakat
tidak berpendidikan, masalah sosial tidak wujud. [6 markah]
7
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
TEMA 2: INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
PRAKTIS ESENSI SPM [1.8] Pemahaman Petikan Umum
Kertas 2 | Pemahaman Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya. Kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
PETIKAN 1
Sekolah dan guru-guru bertanggungjawab dalam pelahiran pelajar-pelajar yang
mampu untuk bersaing dalam era globalisasi ini. Guru-guru perlu melengkapkan pelajar
dengan keupayaan untuk berkomunikasi secara lisan dan dalam bentuk bertulis dengan
menggunakan bahasa antarabangsa seperti bahasa Inggeris supaya mereka dapat
berinteraksi dan berkomunikasi pada peringkat antarabangsa.
Untuk melibatkan diri secara global, pelajar perlu menguasai kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) kerana TMK merupakan satu bidang yang pesat
berubah. Sekolah dan guru-guru perlu memastikan bahawa kurikulum masa kini
membolehkan pelajar menguasai kemahiran kognitif yang berguna dalam penyelesaian
tugas-tugas yang kompleks dan mencabar, di samping menyelesaikan masalah serta
menjana pengetahuan baharu untuk inovasi. Selain itu, guru bertanggungjawab untuk
menekankan aspek etika dan moral serta menyedari kesan negatif penggunaan TMK
wwwdalam zaman globalisasi ini.
PETIKAN 2
Dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang cukup mustahak
.comdan perlu diberi perhatian utama. Hal ini dikatakan demikian kerana tuntutan zaman
telah membuktikan ilmu atau pengetahuan akan menjamin kejayaan seseorang itu jika
digunakan dengan bijaknya. Oleh itu, generasi alaf baharu ini hendaklah berusaha untuk
mencari seberapa banyak ilmu demi kemakmuran hidup. Bukankah ilmu pelita hidup?.
Oleh itu, para remaja hendaklah menggunakan masa ketika muda ini untuk
melengkapkan diri dengan ilmu teknologi maklumat dan komukinasi. Dengan adanya
ilmu, seseorang itu boleh mencipta inovasi baharu dalam pelbagai bidang kehidupan
manusia hari ini. Ciptaan baharu yang berupa inovasi itu akan memberikan kemudahan
kepada kehidupan seharian manusia. Sebagai bukti, banyak inovasi baharu yang dicipta
pada masa ini seperti telefon bimbit, komputer riba, dan pelbagai peranti canggih yang
lain. Hal ini sudah tentu memerlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam teknologi.
Tegasnya, pada masa akan datang sudah pasti budaya yang mementingkan ilmu dalam
pelbagai bidang akan menguasai budaya masyarakat.
8
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
TEMA 2: INSAN TERDIRI NEGARA SEJAHTERA
(i) Berdasarkan Petikan 1, berikan maksud cukup mustahak.
[2 markah]
(ii) Merujuk Petikan 1 dan Petikan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan peranan
yang perlu dimainkan untuk mengharungi alaf baharu ini.
[3 markah]
(iii) Bahawa kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) memainkan
peranan yang amat sangat penting dalam pendidikan tidak dapat dinafikan. Akan
tetapi, penguasaan kemahiran TMK dalam kalangan warga sekolah masih kurang
memberangsangkan.
Pada pendapat anda, apakah kekangan-kekangan yang menyumbang kepada
senario tersebut?
[3 markah]
(iv) Prestasi akademik sekolah anda semakin merosot belakangan ini. Sehubungan
derngan ini, pihak sekolah bertanggungjawab untuk meningkatkan prestasi
akademik para pelajar. Selaku pengetua sekolah yang berketerampilan, anda telah
mengenal pasti faktor-faktor penentunya.
Cadangkan langkah-langkah membina untuk meningkatkan prestasi akademik para
pelajar, dan seterusnya mengharumkan nama sekolah.
www [4 markah]
.com
9
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
TEMA 2: INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
PRAKTIS ESENSI SPM [1.9] Kertas 2 | Pemahaman Petikan Sastera
BAHAN 1
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya. Kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
DI PERPUSTAKAAN
Melangkah ke ruangmu .com
Satu pertukaran yang kontras
Dari kehangatan merata
Ke kedinginan yang menerpa
Terlalu bening di sini
Gua pendeta bersemadi
Di puncak sepi
Di sana sini
Kepala-kepala runduk meneliti
wwwMata dan fikir bersebati.
Maju ke ruang buku
Terlalu kerdil aku di sini
Terapung di laut ilmu
Tercurah berzaman
Dalam tak terselam
Betapapun kulayari
Bahtera ilmu di sini
Tak terteroka
Yang akan kucatat
Hanya setitik dari tinta
Yang akan kupetik
Hanya sebiji dari mutiara
Engkau adalah pusaka moyang
Gedung peradaban insan
Terhimpun berzaman
Bersemadi di sini
Aku adalah pelayar yang dahaga
Di dada samudera
Tak berpantai
Betapapun kuteguk darinya
Dahaga tak pernah langsai.
10
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
TEMA 2: INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
BAHAN 2
Setiap kali saya meluahkan hasrat untuk bermastautin di ibu kota, bonda
memberikan pelbagai alasan agar saya terus menetap di kampung halaman tercinta
ini. Kata bonda, ilmu agama saya masih amat sangat cetek dan nipis. Bimbang, saya
akan hanyut dibawa arus hedonisme dan modenisme yang sedang melanda anak-
anak muda kota.
Bonda tahu, secubit ilmu yang mengisi dada saya yang kerdil ini tidak akan
mampu mengekang ledakan perubahan sosial yang boleh menodai jati diri saya
sebagai generasi bermaruah. Saya akui kebenaran kata-kata bonda tentang
malapetaka yang sedang menghinggapi sekian ramai anak sebangsa
saya. Kebanyakannya tergadai maruah dan harga diri dek mengejar dunia yang
bergelar globalisasi dalam menuju arus perdana.
“Mel, agama dan bahasa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek
moyang! Jasad yang dibaluti agama serta lidah yang dilebati bahasa ibunda
merupakan warisan kita yang masih ada. Andai kedua-dua sudah hilang di atas muka
bumi ini, kita bukan lagi generasi bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati Allah”.
Dipetik dan diubah suai
dariapada Cerpen Munsyi
www(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud menodai jati diri. [2 markah]
(ii) Berdasarkan Bahan 1, mengapakah penyajak menjadi pengunjung perpustakaan
yang setia? Berdasarkan Bahan 2 pula, apakah kepentingan ilmu dalam kehidupan?
[4 markah]
.com(iii) “Tuntutlah Ilmu sampai ke negeri Cina” dan ”Ilmu pelita hidup” Kedua-dua
ungkapan ini menekankan betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan kita.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh generasi
muda untuk menimba ilmu agar kemakmuran tanah air terjamin?
[3 markah]
(iv) Dewasa ini, generasi muda tercebur ke dalam kancah kehinaan akibat kekurangan
ilmu. Anak-anak muda yang berhijrah ke bandar-bandar bergelumang dengan
aktiviti-aktiviti sosial yang membejatkan akhlak, menodai jati diri, dan mencemari
maruah bangsa kita.
Sebagai ibu bapa yang prihatin, cadangkan cara-cara yang akan anda ambil untuk
melahirkan anak yang berilmu?
[4 markah]
11
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
TEMA 2: INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
PRAKTIS ESENSI SPM [1.10] Pemahaman
KERTAS 2 | BAHAGIAN B: PEMAHAMAN (NOVEL)
BAHAN 1
Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Sesungguhnya aku keterlaluan menebarkan lamunan. Tersedar, perlahan-lahan
aku menarik nafas dalam-dalam. Entah berapa lama terjerat di kancah kelekaan itu, aku
tidak pasti. Yang jelas dan terpaksa kuakui, masa berlalu begitu sahaja.
Biar lambat, asalkan tepat dan selamat.
Aku sentiasa ingat, itulah pegangan Falina yang bertindak selaku ketua kumpulan.
Dialah murid yang paling pintar dalam mata pelajaran ini. Aku, Kamilah, dan Aini
sebenarnya beruntung menyertai kumpulannya, walau pada ketika-ketika yang tertentu,
kami tidak lebih umpama “penumpang” sahaja.
Dipetik dan diubah suai
Daripada Novel AZFA HANANI
Oleh: Halis Azhan Mohd Hanafiah
wwwNyatakan ciri-ciri kepemimpinan yang harus ada pada seseorang pemimpin.
[4 markah]
BAHAN 2
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut.
.coma) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f) Silir Daksina, karya Nizar Parman
g) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd. Yusop
Bahawa ilmu memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita tidak dapat
dinafikan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan persoalan yang berkaitan
dengan ilmu.
[6 markah]
12
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
TEMA 2: INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
PRAKTIS ESENSI SPM [1.11] Kemahiran Membuat Rumusan
KERTAS 2 | BAHAGIAN C: RUMUSAN
[30 Markah]
Baca petikan dan lirik lagu yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Andai digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan lirik lagu.
PETIKAN
Tidak dapat disangkal, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang memang penting dan
perlu diberi perhatian utama pada era globalisasi ini. Tuntutan zaman telah membuktikan
ilmu atau pengetahuan akan menjamin kejayaan seseorang itu jika bijak
memanfaatkannya.
Dengan adanya ilmu, seseorang itu boleh mencipta inovasi baharu dalam pelbagai
bidang kehidupan manusia hari ini. Ciptaan baharu yang berupa inovasi itu akan
memberikan kemudahan kepada kehidupan seharian manusia. Sebagai buktinya, banyak
inovasi baharu yang dicipta pada masa ini seperti telefon bimbit, komputer riba, dan
pelbagai alat canggih yang lain. Hal ini sudah tentu memerlukan ilmu dan kemahiran yang
tinggi dalam teknologi. Tegasnya, pada masa akan datang sudah pasti budaya yang
wwwmementingkan ilmu dalam pelbagai bidang akan menguasai budaya masyarakat.
Ilmu yang dimiliki juga membolehkan kita menguasai bidang perniagaan yang
semakin kompleks dan bercorak global. Dalam era globallisasi, k-ekonomi merupakan
trend baharu dalam perniagaan. Oleh hal yang demikian, ekonomi yang berasaskan
pengetahuan sudah menguasai dunia perniagaan pada masa ini. Oleh itu, jika seseorang
tidak dapat mengikut arus k-ekonomi ini, sudah pasti individu itu akan ketinggalan zaman
seperti katak di bawah tempurung dan pastinya akan gagal untuk memajukan diri dalam
.combidang perniagaan pada masa ini.
Jika seseorang itu menguasai ilmu sudah pastilah dia akan dapat memajukan diri
dan negaranya sendiri. Untuk mendepani pelbagai cabaran, negara kita memerlukan
pemimpin yang berilmu pengetahuan tinggi selaras dengan era globalisasi pada masa ini.
Seseorang pemimpin yang berilmu akan membawa perubahan yang positif untuk
kemajuan rakyat dan negara. Jika pemimpin tidak dapat menguasai ilmu, sudah pastilah
negara kita akan tertinggal di belakang negara-negara maju yang lain.
Sekiranya rakyat negara ini dapat menguasai ilmu, sudah pasti hal ini akan
melahirkan masyarakat yang proaktif. Masyarakat yang berilmu sentiasa berfikir secara
positif atau optimis tentang sesuatu masalah dan tidak berfikir secara pesimis dan
mudah pula berputus asa. Sebagai contohnya, seseorang yang berfikir secara positif
sudah tentu akan menjadikan masalah itu sebagai cabaran dan bukannya halangan untuk
mencapai objekifnya.
Sekiranya kita lalai dan tidak menggunakan masa dengan bijaknya, sudah tentu
kita akan termasuk dalam golongan yang berada dalam kerugian. Jadi, gunakanlah masa
yang ada untuk menuntut ilmu dalam pelbagai bidang.
13
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
TEMA 2: INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
SAJAK
Ilmu Pelita Hidup
Dari buaian hingga liang lahad
persis dian menerangi hidup
keluar daripada kegelapan
kepompong kemusykilan.
Tanpa ilmu siapalah kita
tanpa ilmu terlalu kerdil
hina keji
umpama cacing di pelimbahan.
Ilmu satu nikmat
penyuluh sinar
pemangkin maju
penajam akal minda
segala tindakan tidak melulu
wwwtak terbeli.
Munsyi K’Seven
.com
14
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
JAWAPAN
JAWAPAN
TEMA 2: INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [1.1]
Kertas 1 | Bahagian A: Karangan
[30 markah]
ANALISIS SOALAN
Tema : Ilmu
Isu : Kepincangan perpustakaan
Tesis : (i) kekurangan (ii) langkah
Format : Surat kiriman rasmi
STRATEGI MENGARANG
1.0 Alamat pengirim
22, Tingkat Indah 7,
Taman Bukit Indah,
13700 Seberang Jaya.
__________________________________________________________________________
2.0 Nama dan alamat penerima 3.0 Tanggal/Tarikh:
Pengarah, 14 OKTOBER 2020.
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri,
Negeri Pulau Pinang,
13700 Seberang Jaya.
4.0 Panggilan hormat penerima & Judul/Perkara
wwwTuan/Puan,
Kepincangan Perpustakaan dan Cadangan Menaik Taraf
5.0 Perenggan pendahuluan
- Memperkenalkan diri .com
- Menyatakan tujuan menulis surat
Contoh:
Sebagai pengguna setia Perpustakaan Awam Negeri, saya menulis surat ini adalah untuk
memaklumkan kekurangan-kekurangan perpustakaan awam ini yang menjadi faktor
penolak kepada para pengunjung. Saya juga ingin mengetengahkan beberapa cadangan
untuk menaik taraf perpustakaan awam ini demi kepentingan orang ramai.
6.0 Perenggan isi:
Isi pertama: Menyatakan keadaan perpustakaan
- kekurangan bahan bacaan
- kurang kondusif
- masalah kekurangan tempat parkir
Contoh:
2. Demi makluman tuan/puan, saya mendapati beberapa masalah yang dihadapi oleh
para pengunjung atau pengguna perpustakaan awam ini. Kepincangan ini sudah tentu
meninggalkan kesan negatif sehingga menjadi kekangan kepada para pengunjung.
Antaranya termasuklah:
(a) kekurangan bahan bacaan baharu untuk bacaan dan rujukan;
16
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
TEMA 2: INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
(b) kurang kondusif akibat keadaan ruang bacaan kurang ceria dan sikap kakitangan
yang tidak ramah mesra; dan
(c) kekurangan petak parkir menyebabkan pengunjung terpaksa meletakkan kenderaan
di sepanjang tepi jalan.
Isi kedua: Menyatakan kesannya
- bilangan pengunjung berkurangan
- keadaan perpustakaan menjadi lengang
Contoh:
3 Saya mendapati bahawa suasana perpustakaan yang kurang kondusif itu menyebab-
kan bilangan pengunjung berkurangan dari sehari ke sehari. Sebagai dampaknya, keadaan
perpustakaan menjadi lengang belakangan ini.
Isi ketiga: Mencadangkan langkah-langkah menaik taraf
- menambahkan bahan bacaan
- menceriakan ruang bacaan
- menambahkan petak parkir
Contoh:
4. Besarlah harapan saya bahawa tuan/puan mengambil inisiatif untuk menaik taraf
perpustakaan awam ini demi kemaslahatan orang ramai. Antara langkah yang harus
diambil termasuklah:
(a) menambahkan bahan bacaan dan rujukan yang pelbagai dan terkini;
(b) menceriakan ruang bacaan dengan pokok-pokok hiasan dan poster-poster; dan
(c) menambahkan tempat parkir yang mencukupi dan selamat.
7.0 Penutup www
- nyatakan harapan
- ucapan penghargaan
Contoh:
Setakat ini sahaja makluman dan cadangan saya agar tuan/puan mengambil prakarsa
untuk membaiki sebarang kekurangan demi kegunaan dan kepentingan orang ramai.
Kerjasama tuan/puan amat saya hargai. .com
8.0 Pengakuan pengirim, tanda tangan, dan nama pengirim
Contoh:
Sekian, terima kasih.
Jamali Selamat
(JAMALI BIN SELAMAT)
17
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
TEMA 1: MEREALISASIKAN IMPIAN
JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [2.2]
DOMAIN : AKADEMIK
TEMA : KECEMERLANGAN BIDANG AKADEMIK
SKOP : LANGKAH-LANGKAH MENEMPA KECEMERLANGAN
a) Format: Ceramah - 1m
Jika tiada: Tajuk kata alu-aluan - 1m
Kata sapaan - 1m
Ucapan terima kasih
Maksimum ditolak 2 markah
b) Diharapkan calon dapat:
- Menjelaskan langkah-langkah mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik
Jejaran mengkudu berbias kesuma,
Di celah angsana di Tanah jawa;
Ucapan aluan pembuka bicara,
Di dewan gemilang kita bersua.
Salam muhibah dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan
Pengetua, Encik Pirdauz Merican, Guru Penolong Kanan, guru-guru, serta anak-anak didik
sekalian.
Warga dewan yang saya hormati sekalian, khususnya anak-anak didik yang ingin
wwwmerealisasikan impian yang tinggi melangit, adakah anda menyedari bahawa kegigihan dan
kecekalan diperlukan untuk menggapai kegemilangan dalam bidang akademik? Adakah anda
berdedikasi dan berkomited dalam pelajaran? Adakah anda berpegang pada pepatah “genggam
bara api biar sampai jadi arang”? Adakah ada menghayati pepatah “yang bulat tak datang
bergolek, yang pipih tak datang melayang”?
Sidang dewan yang saya hormati,
.comSelaku guru kauseling dan bimbingan, cikgu terpanggil untuk memberikan beberapa
banyak petua atau petunjuk agar anda dapat menempa kejayaan yang cemerlang dalam
peperiksaan yang bakal dihadapi. Dalam usaha mengharungi liku-liku hidup yang penuh tepu
dengan badai cabaran ini, anda perlu belajar dengan bijaknya. Dengan erti kata lain, anda
hendaklah mengambil langkah proaktif, yakni sediakan payung sebelum hujan. Sayang seribu kali
sayang, anda memeras benak pada saat-saat akhir, lebih-lebih lagi anda hanya membaca,
membaca, dan membaca. Langkah ini tidak boleh diguna pakai lagi kerana pola soalan atau
bentuk penyoalan telah banyak berubah, yakni menekankan pemahaman dan pengaplikasian
konsep-konsep. Jadi, anda perlu membuat ulang kaji yang konsisten dan banyak membuat latihan
yang berunsur KBAT. Jika anda segan berlatih, nescaya dalam peperiksaan nanti anda akan
meraba-raba dalam kegelapan dan menggaru-garu kepala.
Para hadirin saya hormati,
Tuntutlah ilmu hingga liang lahad! Kata hikmat ini tak lekang di bibir dan menjadi gamit-
gamitan, tetapi adakah anda menghayatinya? Jika anda tak ubah katak di bawah tempurung,
bagaimankah anda dapat menjawab soalan-soalan yang mencabar minda? Tepuk dada tanya
minda anda! Yang perlu anda lakukan ialah menimba ilmu sebanyak mungkin dengan
18
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
TEMA 2: INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
berjinak-jinak dengan pelbagai bahan bacaan yang berilmu pengetahuan, bukan dengan
bermesra-mesra dengan bahan bacaan picisan, sementelahan dengan peranti elektronik yang
canggih dan media sosial. Bukankah membaca jambatan ilmu? Bukankah ilmu pelita hidup?
Dengan berbekalkan ilmu, anda dapat menangani sebarang soalan, apatah lagi memberikan
fakta-fakta yang jelas dan matang. Jika anda miskin ilmu pengetahuan, nescaya anda akan
ketandusan idea untuk mengarang karangan yang berkualiti. Tegasnya, anda hendaklah
melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan sebelum melangkah masuk ke dalam dewan
peperiksaan.
Sidang hadirin dan hadirat sekalian,
Dari aspek kesihatan, anak-anak didik yang disayangi hendaklah senantiasa menjaga
kesihatan saban masa. Anda hendaklah beriadah secara tekal seperti bermain bola, berlari-lari
anak, berbasikal, dan sebagainya. Usahlah hangat-hangat tahi ayam ataupun melepaskan batuk di
tangga. Aktiviti fizikal ini memastikan kelancaran pengaliran dan semua organ, terutamanya otak,
berfungsi dengan baiknya. Tidak ketinggalan juga, anda perlu melakukan aktiviti kerohanian
seperti meditasi dan yoga demi meredakan stres sesudah memeras otak sehari suntuk. Selain itu,
amalkanlah pemakanan yang seimbang yang berpandukan piramid makanan agar tidak menjadi
mangsa kepada serangan penyakit yang tidak diingini. Hal ini saya nyatakan demikian kerana
kesihatan yang terjamin terutamanya pada musim peperiksaan membolehkan anda memusatkan
minda dan fikiran pada pelajaran. Ingatlah wahai anak-anak didik, badan cergas, otak cerdas!
Sidang hadirin dan hadirat sekalian,
Satu perkara yang tidak boleh dikesampingkan dalam dunia pendidikan ialah berguru
kepada para pendidik yang berwibawa. Kata orang tua-tua bahawa hendak belajar berenang
dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai. Guru merupakan golongan intelektual
wwwdalam bidang keguruan, maka semolek-moleknya anda berjinak-jinak dengan mereka, bukannya
dengan rakan sepermainan dan sepermandian yang tidak bermoral atau berdisiplin. Seandainya
anda mendepani sebarang masalah pelajaran atau mempunyai kemusykilan, ambillah prakarsa
untuk mendapatkan bantuan guru anda. Bukankah dunia ini dunia teknologi maklumat dan
komunikasi? Anda boleh berkomunikasi dengan guru anda pada bila-bila masa sahaja untuk
meleraikan sesuatu kemusykilan. Pendek kata, guru umpama jauhari yang manikam!
Sidang hadirin dan hadirat sekalian,
.comSebagai intiha bicara, kata Jack Ma, pengasas Alibaba dan salah seorang yang terkaya di
dunia, belajarlah daripada kesalahan dan kesilapan orang lain. Kata beliau, anda perlu
menjadikan kekhilafan dan kegagalan orang lain sebagai iktibar dan pengajaran agar tidak
mengulangi kekhilafan yang mengundang kegagalan dan kekecewaan. Dato’ Dr. Hj. Fadzilah
Kamsah pula menegaskan bahawa demi menempa kecemerlangan dalam apa-apa jua bidang
mudah sahaja selagi anda memfokuskan emosi, minda, dan tenaga ke arah merealisasikan impian
anda, yakni kegemilangan dalam bidang akademik. Besarlah harapan para pendidik ialah anak-
anak didik mereka berjaya dengan cemerlangnya dan menjadi modal insan yang berkualiti agar
dapat mengangkat martabat tanah air kita yang tercinta sebagai nusa yang cemerlang, gemilang,
dan terbilang.
Sekian, terima kasih.
19
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
TEMA 1: MEREALISASIKAN IMPIAN
JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [1.3] Sistem & Aplikasi Bahasa
Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Morfologi: Golongan Kata
Kata nama terbitan dan kata kerja terbitan
(i) kemahiran
(ii) pengajian
(iii) membaiki
(iv) mendepani
(v) menambah
Terima mana-mana dua kata kerja terbitan
[4 markah]
Pembinaan Ayat:
(i) Dengan berbekalkan sijil kemahiran vokasional, Azmin mengadu nasib di ibu negara.
(ii) Walaupun mengaji di sekolah agama, anak-anaknya berjaya memasuki pusat pengajian
tinggi awam.
(iii) Encik Kasdan mengupah seorang tukang paip yang berkemahiran untuk membaiki paip air
yang bocor.
(iv) Kita perlu mendepani dugaan dan cabaran hidup dengan kegigihan dan kecekalan.
[4 markah]
JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [1.4] Sistem & Aplikasi Bahasa
wwwKertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Sintaksis: Ayat Tunggal & Ayat Majmuk Gabungan
(i) - Guru mestilah berupaya menjadi pembimbing kepada murid.
- Guru mestilah berupaya menjadi pemudah cara kepada murid.
(ii) - Mereka mencari puisi yang sesuai melalui Internet.
- Mereka menganalisis puisi yang sesuai melalui Internet.
.com(iii) - Puisi tersebut dipersembahkan dalam bentuk lagu melalui radio sekolah.
- Puisi tersebut disiarkan melalui radio sekolah.
[6 markah]
JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [1.5] Sistem & Aplikasi Bahasa
Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Aspek Penyuntingan
Petikan 1
(i) Penubuhan – Pertubuhan (imbuhan)
(ii) Sainstifik – Saintifik (ejaan)
(iii) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Penggandaan)
(iv) kempen – cogan kata / slogan (penggunaan kata)
(v) Melalui – melalui (kata sendi nama)
(vi) menyemarakan – menyemarakkan (ejaan/imbuhan)
20
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
TEMA 1: MEREALISASIKAN IMPIAN
PETIKAN 2
(i) Disangkalkan – disangkal (imbuhan)
(ii) maju – pesat (penggunaan kata)
(iii) Oleh demikian – oleh hal yang demikian (penanda wacana)
(iv) bersiap-siaga – bersiap siaga (ejaan)
(v) Segala perubahan-perubahan – segala perubahan-perubahan (frasa nama/bentuk jamak)
(vi) berketrampilan – berketerampilan
[12 markah]
JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [1.6] Sistem & Aplikasi Bahasa
Kertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Bahasa Melayu Standard
Tun Beraim Bapa pun bersujud lalu menyembah Sultan Ahmad. Apabila pendekar –pendekar
perkasa melihat Tun Beraim Bapa, dagu mereka gementar seperti ayam takut akan helang.
Semua pendekar pun berbisik-bisik sesama sendiri. “Sepanjang hidup kita, kita tidak pernah
melihat sikap manusia seperti Tun Beraim Bapa; jangankan melawannya, memandang matanya
pun sangat takut.”
JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [1.7] Sistem & Aplikasi Bahasa
wwwKertas 2 | Sistem dan Aplikasi Bahasa
Aspek Peribahasa
(i) Situasi [1]: bersama-sama dalam masa senang mahupun susah
Peribahasa:
- Kuah sama menghirup, sambal sama mencolek / Berlapik seketiduran, sebantal
sekalang hulu / Bukit sama didaki, lurah sama dituruni .com
(ii) Situasi [2]: dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat
Peribahasa:
- Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh
(iii) Situasi [3] zaman nenek moyang ataupun dahulukala
Peribahasa:
- zaman Tuk Nadur berkajang kain/ zaman puntung berasap
JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [1.8] Pemahaman
Kertas 2 | Pemahaman Petikan Umum
(i) Maksud: Pemahaman
- sangat/amat/sungguh penting
Jawapan yang Mantap:
Maksud rangkai kata “cukup mustahak” ialah sangat penting.
(ii) Persamaan faktor:
- pelajar perlu menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
21
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
TEMA 2: INSAN TERDIRI NEGARA SEJAHTERA
Perbezaan faktor:
- Sekolah dan guru-guru bertanggungjawab dalam pelahiran pelajar-pelajar yang
mampu untuk bersaing dalam era globalisasi ini
- Generasi alaf baharu ini hendaklah berusaha untuk mencari seberapa banyak ilmu
demi kemakmuran hidup.
Jawapan yang Mantap:
Untuk mengharungi alaf baharu ini, para pelajar perlu menguasai kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi. Sementara itu, sekolah dan guru-guru bertanggungjawab
dalam pelahiran pelajar-pelajar yang mampu untuk bersaing dalam era globalisasi ini.
Generasi alaf baharu ini pula hendaklah berusaha untuk mencari seberapa banyak ilmu
demi kemakmuran hidup.
(iii) Kekangan-kekangan:
- ketidakkemampuan memiliki komputer
- terhadnya kemudahan Internet
- kekurangan kelengkapan TMK di sekolah
- warga guru tidak mahir dalam penggunaan TMK
Jawapan yang Mantap:
Pada pendapat anda, antara kekangan yang menyumbang kepada senario penguasaan
kemahiran TMK dalam kalangan warga sekolah masih kurang memberangsangkan ialah
ketidakkemampuan memiliki komputer dalam kalangan kaum murba. Lebih-lebih lagi,
kekurangan kelengkapan TMK di sekolah dan terhadnya kemudahan Internet.
(iv) Langkah-Langkah:
- pemantauan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas agar warga guru dan murid
wwwmenumpukan perhatian pada pelajaran
- pewujudan suasana sekolah yang kondusif agar warga-warga sekolah berasa selesa
dan sejahtera
- melengkapkan sumber sekolah dengan kemudahan TMK agar warga-warga sekolah
membuat rujukan dan kajian
- menganjurkan kem pemantapan dan motivasi dalam peningkatan prestasi akademik
Jawapan yang Lengkap:
.comUntuk meningkatkan prestasi akademik para pelajar, dan seterusnya mengharumkan
nama sekolah, saya akan memantau pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas agar
warga guru dan murid menumpukan perhatian pada pelajaran. Selain itu, saya
melengkapkan sumber sekolah dengan kemudahan TMK agar warga-warga sekolah
membuat rujukan dan kajian.
JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [1.9] Pemahaman
Kertas 2 | Pemahaman Petikan Sastera
(i) Maksud:
- menodai = mencemari
- jati diri = identiti
Maksud rangkai kata menodai jati diri ialah mencemari identiti.
(ii) Langkah-Langkah:
- mengisi masa lapang dengan membaca bahan-bahan bacaan yang berkualiti
- melayari laman-laman web yang membicarakan pelbagai bidang ilmu
22
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
TEMA 2: INSAN TERDIRI NEGARA SEJAHTERA
(i) Maksud:
- menodai = mencemari
- jati diri = identity
Jawapan yang Mantap:
Maksud rangkai kata menodai jati diri ialah mencemari identiti.
(ii) Tujuan:
- menimba ilmu
Kepentingan ilmu:
- tidak terjebak dalam gejala sosial yang membejatkan akhlak
- memelihara maruah bangsa agar tidak tercemar
Jawapan yang Mantap
Penyajak menjadi pengunjung perpustakaan yang setia demi menimba ilmu. Kepentingan
ilmu dalam kehidupan termasuklah tidak terjebak dalam gejala sosial yang membejatkan
akhlak dan dapat memelihara maruah bangsa agar tidak tercemar.
(iii) Langkah-Langkah:
- mengisi masa lapang dengan membaca bahan-bahan bacaan yang berkualiti
- melayari laman-laman web yang membicarakan pelbagai bidang ilmu
- mengunjungi perpustakaan awam atau sekolah pada masa senggang
- melibatkan diri secara aktif dalam bidang kokurikulum di sekolah.
- mengunjungi tempat-tempat bersejahtera dan ekspo sains dan teknologi
Jawapan yang Mantap
Pada pendapat saya, langkah-langkah yang perlu diambil oleh generasi muda untuk
menimba ilmu agar kemakmuran tanah air terjamin ialah mengisi masa lapang dengan
wwwmembaca bahan-bahan bacaan yang berkualiti, selain mengunjungi perpustakaan awam
atau sekolah pada masa senggang. Mereka juga hendaklah melibatkan diri secara aktif
dalam bidang kokurikulum di sekolah.
(iv) Cara-cara:
- mengadakan kamar bacaan/sudut bacaan di rumah yang dilengkapi bahan-bahan
bacaan yang berkualiti dan terkini
.com- mendidik mereka agar berjinak-jinak dengan bahan bacaan
- menjadikan kunjungan ke perpustakaan awam sebagai rutin/budaya hidup
- menghadiahi mereka bahan-bahan bacaan sebagai hadiah sempena harijadi atau
penghargaan kecemerlangan dalam akademik
Jawapan yang Mantap:
Sebagai ibu bapa yang prihatin, cara-cara yang akan anda ambil untuk melahirkan anak
yang berilmu ialah mendidik mereka agar berjinak-jinak dengan bahan bacaan sejak kecil
lagi. Selain itu, saya mengadakan kamar bacaan/sudut bacaan di rumah yang dilengkapi
bahan-bahan bacaan yang berkualiti dan terkini. Lebih-lebih lagi, saya menjadikan
kunjungan ke perpustakaan awam sebagai rutin harian atau budaya hidup.
JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [1.10] Novel
Kertas 2 | Pemahaman Petikan Sastera
(i) Ciri-ciri kepemimpinan yang harus ada pada seseorang pemimpin:
23
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
TEMA 2: INSAN TERDIRI NEGARA SEJAHTERA
JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [1.10] Novel
Kertas 2 | Kajian Novel
(i) Ciri-ciri kepemimpinan yang harus ada pada seseorang pemimpin:
- berilmu pengetahuan [1m]
- bijak menangani masalah [1m]
- melaksanakan tugasnya dengan penuh amanah [1m]
- berprihatin/mengambil berat tentang kebajikan anak-anak buah [1m]
Jawapan yang Mantap:
Ciri-ciri kepemimpinan yang harus ada pada seseorang pemimpin termasuklah berilmu
pengetahuan luas dan bijak menangani masalah. Seseorang pemimpin juga hendaklah
melaksanakan tugasnya dengan penuh amanah, serta berprihatin atau mengambil berat
tentang kebajikan anak-anak buahnya.
(ii) Persoalan yang berkaitan dengan ilmu:
Novel Songket Berbenang Emas
Persoalan: Kepentingan ilmu bagi mengubah taraf hidup [1m]
Bukti teks: - Embong amat mementingkan pelajaran
- Embong sering menasihati anak-anaknya agar belajar bersungguh-
sungguh.
- Embong mengharapkan anak-anaknya dapat mengubah taraf hidup
keluarga setelah berjaya dalam pelajaran mereka nanti. [2m]
wwwPersoalan: Pengamalan ilmu hitam dalam kalangan masyarakat [1m]
Bukti teks: - Penemuan dua biji telur ayam berwarna hitam yang berisi jarum,
cincin akek, butiran pasir dan dua batang paku oleh Abu Bakar di
bawah rumah mereka
- menunjukkan bahawa masyarakat masih mengamalkan ilmu hitam
untuk menganiaya orang lain. [2m]
Jawapan yang Mantap:
Dalam novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, persoalan yang
.comberhubung kait dengan ilmu diketengahkan.
Pertama, persoalan kepentingan ilmu bagi mengubah taraf hidup.
Buktinya, Embong amat mementingkan pelajaran dan sering menasihati anak-anaknya
agar belajar bersungguh-sungguh. Embong mengharapkan anak-anaknya dapat
mengubah taraf hidup keluarga setelah berjaya dalam pelajaran mereka nanti.
Kedua, persoalan pengamalan ilmu hitam dalam kalangan masyarakat. Buktinya,
penemuan dua biji telur ayam berwarna hitam yang berisi jarum, cincin akek, butiran
pasir dan dua batang paku oleh Abu Bakar di bawah rumah mereka menunjukkan
bahawa masyarakat masih mengamalkan ilmu hitam untuk menganiaya orang lain.
24
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com
TEMA 2: INSAN TERDIRI NEGARA SEJAHTERA
JAWAPAN PRAKTIS ESENSI SPM [1.11] Rumusan
Kertas 2 | Rumusan
Pendahuluan:
- Kepentingan ilmu dalam kehidupan [1m]
- era globalisasi ini / zaman teknologi maklumat dan komunikasi ini / dewasa ini / mutakhir
ini [1m]
Jawapan yang Mantap:
Kedua-dua bahan membincangkan kepentingan ilmu dalam kehidupan pada zaman teknologi
maklumat dan komunikasi ini.
Isi-isi tersurat: Kepentingan ilmu
Petikan:
P1: Ilmu atau pengetahuan akan menjamin kejayaan seseorang individu. [2m]
P2: Seseorang itu boleh mencipta inovasi baharu dalam pelbagai bidang kehidupan
manusia. [2m]
P3: Budaya yang mementingkan ilmu dalam pelbagai bidang akan menguasai budaya
masyarakat. [2m]
P4: Ilmu yang dimiliki membolehkan kita menguasai bidang perniagaan yang semakin
kompleks dan bercorak global. [2m]
P5: Seseorang itu menguasai ilmu dapat memajukan diri dan negaranya sendiri. [2m]
P6: Seseorang pemimpin yang berilmu akan membawa perubahan yang positif untuk
kemajuan rakyat dan negara. [2m]
wwwP7: Rakyat yang dapat menguasai ilmu akan melahirkan masyarakat yang proaktif. [2m]
P8: Masyarakat yang berilmu sentiasa berfikir secara positif atau optimis tentang sesuatu
masalah. [2m]
Puisi/sajak:
P9: Ilmu dapat menerangi hidup dan keluar daripada kepompong kemusykilan. [2m]
P10. Tanpa ilmu kita akan dipandang kerdil dan keji. [2m]
Nota: Rangkai kata yang berhuruf tebal adalah mandatori. .comTerima mana-mana 8 isi
Maksimum: 16 markah
Kesimpulan:
Cadangan: menimba ilmu pengetahuan [1m]
Harapan: kemakmuran terjamin [1m]
Jawapan yang Mantap:
Kesimpulannya, kita perlu menimba ilmu pengetahuan agar kemakmuran terjamin.
Nota: Rangkai kata yang berhuruf tebal adalah mandatori.
25
© Hak Cipta Terpelihara oleh Munsyi K’Seven | www.gurubm.com