SEKOLAH KEBANGSAAN ULU YAM BHARU
44300 BATANG KALI, SELANGOR
Kod Sekolah : BBA5006
No. Tel : 03 60752978
E-mel : [email protected]
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG
KALI KE- 42 / 2021
TARIKH : 23.10.2021 (SABTU)
MASA : 8.30 PAGI
PELANTAR : GOOGLE MEET
ISI KANDUNGAN
1. ATURCARA MESYUARAT AGUNG
2. AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG
3. UCAPAN GURU BESAR
4. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG
5. NOTIS PANGGILAN MESYUARAT
6. REKOD KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG
7. LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG
8. SENARAI AJK PIBG SESI 2020/2021
9. SENARAI AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI KE-42
10. PENGHARGAAN
ATUR CARA MAJLIS
9.00 PAGI Penyertaaan Secara dalam Talian (Pendaftaran
ibu bapa /penjaga / guru / AJK PIBG)
9.30 PAGI Ucapan aluan oleh Pengacara Majlis
Majlis Bermula
Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor dan
Lagu Sekolah
Bacaan doa
Ucapan Guru Besar
Ucapan dan Perasmian oleh YDP PIBG 2020/2021
10.30 PAGI Persembahan Multimedia
Simbolik Penyampaian Sijil dan Cenderamata
AJK PIBG Sesi 2020/2021
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
12.30 TGH Bersurai
AGENDA MESYUARAT PIBG KALI
KE – 42
1. Ucapan Pengerusi PIBG 2020/2021
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat
Agung PIBG Kali Ke-41
3. Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan
PIBG Berakhir 30 Disember 2020
4. Membentang dan Membahaskan usul
5. Pembubaran Jawatankuasa PIBG SK Ulu Yam Bharu
Sesi 2020/2021
6. Perlantikan Pengerusi Sementara
7. Pemilihan Jawatankuasa PIBG SK Ulu Yam Bharu
2021/2022
8. Pemilihan Juruaudit Dalaman
9. Hal-Hal Lain
10. Ucapan Penangguhan
UCAPAN GURU BESAR
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Yang Berbahagia Encik Mohd Mirza bin Mohamad, Yang Dipertua PIBG SK Ulu Yam Bharu,
Yang Berusaha Puan Rizwatul Azlina binti Mohammed Zahri, Penolong Kanan Pentadbiran SK Ulu Yam Bharu,
Yang Dihormati Puan Norlizah binti Razali, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Yang Dihormati Puan Juliz Zarina binti Ishak, Penolong Kanan Kokurikulum
Barisan guru SK Ulu Yam Bharu,
Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SK Ulu Yam Bharu, dan para ibu bapa yang saya hormati sekalian.
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya kita dapat berkumpul secara maya sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Ulu Yam Bharu Kali ke-42.
Sesungguhnya, jauh disudut hati saya, saya mengimpikan mesyuarat ini dilakukan secara bersemuka. Namun apakan daya, pandemik Covid-19 menjadi kekangan
bukan sahaja kepada kita bahkan kepada masyarakat seluruh dunia.
Kita perlu akur kepada Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan demi memastikan kita kembali ke dalam norma yang biasa. Walau bagaimanapun, sebagai
pentadbir saya tetap akan melaksanakan tugas saya sebaik mungkin.
Pertamanya, izinkan saya menzahirkan ungkapan terima kasih tidak terhingga kepada YDP, ahli jawatankuasa, para guru serta ibu bapa kerana sudi melapangkan
masa untuk bersama-sama dalam dalam Mesyuarat Agung PIBG hari ini yang merupakan satu lagi agenda pendidikan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Kita
perlu sedar, majlis seumpama ini amat penting untuk diadakan bagi merapatkan lagi hubungan kemesraan antara kami sebagai warga sekolah dengan komuniti
luar amnya dan secara khususnya dengan ibu bapa.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua ibu bapa atas kerjasama yang diberikan dalam membantu anak-anak semasa pdpr.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Sebagaimana semua sedia maklum, sekolah telah dibuka pada 18 Oktober 2021 bermula dengan prasekolah iaitu dalam Fasa 3. Baru-baru ini pengumuman telah
dibuat bahawa kita telah beralih ke Fasa 4 PPN. Ini bermakna pembukaan sekolah bagi anak-anak yang berada di Tahap 1 akan bermula pada 1 November 2021
manakala bagi anak-anak yang berada di Tahap 2, akan bersekolah mulai 8 November 2021. Kehadiran anak-anak ke sekolah dalam Fasa 4 adalah secara
penggiliran.
Saya pasti ibu bapa tertanya-tanya tentang keselamatan anak-anak di sekolah. Keselamatan guru dan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan pihak
sekolah dengan memastikan semua SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dipatuhi. Kami yakin dengan kerjasama ibu bapa, guru dan anak-
anak mematuhi SOP yang telah dikeluarkan, anak-anak kita akan hadir ke sekolah dalam keadaan selamat. Dalam hal ini kami berharap ibu bapa atau penjaga
dapat memastikan bahawa anak-anak yang sihat sahaja dihantar ke sekolah.
Hadirin sekalian,
Harapan saya semoga tuan puan dapat bersama kami warga SKUYB mengorak langkah membina sekolah dan organisasi kita supaya lebih mantap dan dapat
melahirkan lebih ramai murid yang berkebolehan bukan sahaja diperingkat sekolah tetapi juga sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Kekuatan sokongan dan
dorongan tuan puan dalam organisasi membantu sekolah untuk lebih bermotivasi dan bersemangat. Sebarang kekurangan dan kelemahan, kita cuba baiki
bersama.
Untuk semua guru SKUYB, saya merakamkan jutaan terima kasih atas segala usaha gigih sama ada dalam bentuk tenaga, masa dan kewangan. Teruskanlah curah
kasih kepada anak didik kita. Semoga segala usaha kita mendapat keberkatan dan diredai Allah.
Akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir
dalam majlis pada hari ini. Kehadiran para ibu bapa menggambarkan kesungguhan dan komitmen dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak pada masa
hadapan.
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
UCAPAN YDP PIBG
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berusaha Encik Arifin bin Aban, Guru Besar SK Ulu Yam Bharu,
Yang Dihormati Puan Rizwatul Azlina binti Mohammed Zahri, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Dihormati Puan Norlizah binti Razali, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Yang Dihormati Puan Juliz Zarina binti Ishak, Penolong Kanan Kokurikulum
Barisan guru SK Ulu Yam Bharu,
Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SK Ulu Yam Bharu, dan para ibu bapa yang dihormati sekalian.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Marilah kita menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmatNya maka kita dapat bersama-sama berkumpul secara maya pada pagi ini
dalam Mesyuarat Agung PIBG SK Ulu Yam Bharu Kali Ke - 42.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah terutama kepada Guru Besar SK Ulu Yam
Bharu, Encik Arifin bin Aban, guru-guru serta AJK PIBG yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Ulu Yam Bharu Kali Ke- 42 bagi
tahun 2021. Terima kasih juga kerana memberikan keyakinan kepada saya untuk memegang jawatan sebagai YDP PIBG bagi sesi 2020/2021.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan AJK telah berusaha untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Segala tindakan
yang dilakukan, kami sentiasa memikirkan kebajian anak-anak kita di sekolah ini dan sentiasa ingin memberikan yang terbaik.
Di sini saya juga ingin menyeru kepada semua ibu bapa dan penjaga agar dapat memberikan sokongan dan komitmen yang berterusan demi kecemerlangan
anak-anak kita dan SK Ulu Yam Bharu. Walaupun berhadapan dengan situasi pandemik Covid 19, usaha para ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan
prasarana, gadget dan motivasi kepada anak-anak yang perlu mengikuti pembelajaran secara pdpr patut dipuji. Saya juga amat berharap penglibatan ibu bapa
dan penjaga dalam setiap aktiviti atau program-program anjuran pihak sekolah.
Hadirin yang dihormati,
Sebagai ibu bapa dan penjaga, kita haruslah peka dan sentiasa bersedia dalam setiap peralihan proses pembelajaran yang berlaku dari semasa ke semasa. Saya
menyeru agar semua ibu bapa memberikan sokongan sepenuhnya kepada pengurusan sekolah dan memastikan segala objektif yang ditetapkan oleh pihak
kerajaan melalui sekolah dapat dicapai dengan sepenuhnya.
Sebagai penutup, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-42 ini.
Harapan saya agar ahli jawatankuasa yang dilantik dapat bersama-sama pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi akademik, kokurikulum dan sahsiah murid
SK Ulu Yam Bharu. Sama-sama kita berdoa agar pandemik ini segera berakhir.
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
NOTIS PANGGILAN
MESYUARAT
REKOD KEHADIRAN
MESYUARAT AJK PIBG SESI
2020/2021
BIL. NAMA 7/7/2020 14/4/2021 12/10/2021
01. Encik Arifin Bin Aban √ √√
GURU BESAR/ PENASIHAT √ √√
√ √√
02. Encik Mohd Mirza Bin Mohamad
YDP PIBG √ √√
√ √√
03. Puan Asura Asrida Binti Mohd √ XX
Rosesham X XX
NYDP PIBG √ √√
04. Puan Nurul Aida binti Ayub X XX
SETIAUSAHA PIBG
√ √√
05. Encik Nasuha bin Ismail √ √√
BENDAHARI PIBG
√ √X
06. Encik Asman Faidy Bin Mansor √ √X
AJK PIBG (IBU BAPA) √ √√
- --
07. Encik Salahuddin Bin Mukri
AJK PIBG (IBU BAPA)
08. Puan Nora Sazima Binti Mudzafar
Shah
AJK PIBG (IBU BAPA)
09. Encik Mohd Fakhrulradzi Bin
Buyong@Abd Rahman
AJK PIBG (IBU BAPA)
10. Encik Abdul Rahman Bin Rahmat
AJK PIBG (GURU)
11. Puan Siti Nor Hamidah Binti Ahmad
Mughni
AJK PIBG (GURU)
12. Puan Gan Li Chen
AJK PIBG (GURU)
13. Puan Devi A/P Subramanian
AJK PIBG (GURU)
14. Encik Rosli Bin Haironi
PEMERIKSA KIRA-KIRA (IBU BAPA)
15. Puan Haniza Binti Mohamed
PEMERIKSA KIRA-KIRA (GURU)
LAPORAN AKTIVITI
TAHUNAN PIBG SESI 2020/2021
MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG
I. Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama 07 Julai 2020
II. Mesyuarat AJK PIBG Kali Kedua 14 April 2021
III. Mesyuarat AJK PIBG Kali Ketiga 12 Oktober 2021
1. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-41
Tarikh : 22 Februari 2020
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi- 1.00 petang
Tempat : Dewan Seri Perdana, SKUYB
2. MOTIVASI PAGI BERSAMA YDP PIBG
Tarikh : 06 Mac 2020
Hari : Jumaat
Masa : 7.50 - 8.10 pagi
Tempat : Dataran Minda, SKUYB
3. ZIARAH CAKNA
Tarikh : 07 Mac 2020
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi- 12.00 tengah hari
Tempat : Rumah murid SKUYB yang terpilih
4. OPERASI SANITASI KELAS SEMPENA PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH (TAHAP 1)
Tarikh : 12 Julai 2020
Hari : Ahad
Masa : 9.00 pagi- 12.00 tengah hari
Tempat : Kelas-kelas tahap 1, SKUYB
LAPORAN AKTIVITI
TAHUNAN PIBG SESI 2020/2021
5. OPERASI SANITASI KELAS SEMPENA PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH (TAHAP 2)
Tarikh : 25 Julai 2020
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi- 12.00 tengah hari
Tempat : Kelas-kelas tahap 2, SKUYB
6. SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT SEKOLAH
Tarikh : 03 September 2020
Hari : Khamis
Masa : 8.30 pagi- 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Seri Perdana, SKUYB
7. SUMBANGAN KEWANGAN PIBG UNTUK AKTIVITI-AKTIVITI ANJURAN SEKOLAH
• Sumbangan untuk penebangan pokok kelapa dikawasan sekolah
• Sumbangan untuk tripod pengimbas suhu
• Sumbangan untuk peralatan Covid-19 seperti hand sanitizer, sabun
• Sumbangan untuk membaikpulih pendawaian dewan
• Sumbangan untuk pendawaian makmal dan pejabat sekolah
• Sumbangan untuk meja dan bangku kantin
• Sumbangan untuk rak PdPR dan modul (Sudut Drop Box)
Semoga dengan segala sumbangan dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan akan mencetuskan
pembaharuan positif ke arah peningkatan akhlak dan sahsiah serta prestasi akademik murid-murid
sekolah ini. Di atas dasar tersebut, komitmen yang padu amat diharapkan daripada pihak PIBG
yang merupakan tonggak utama kepada kemajuan sekolah.
Disediakan oleh:
Nurul aida
(NURUL AIDA BINTI AYUB)
Setiausaha PIBG,
SK Ulu Yam Bharu
AJK PIBG SESI 2020/2021
BIL. JAWATAN NAMA
1 Yang Dipertua Encik Mohd Mirza Bin Mohamad
PIBG
Puan Asura Asrida Binti Mohd
2 Naib Yang Rosesham
Dipertua PIBG Puan Nurul Aida binti Ayub
Encik Nasuha bin Ismail
3 Setiausaha 1. Encik Asman Faidy Bin Mansor
2. Encik Salahuddin Bin Mukri
4 Bendahari 3. Puan Nora Sazima Binti Mudzafar
5 AJK Ibu bapa Shah
4. Encik Mohd Fakhrulradzi Bin
Buyong@Abd Rahman
6. AJK Guru 1. Encik Abdul Rahman Bin Rahmat
2. Puan Siti Nor Hamidah Binti
Ahmad Mughni
3. Puan Gan Li Chen
4. Puan Devi A/P Subramanian
5. Encik Rosli Bin Haironi
7. Pemeriksa kira- 1. Puan Haniza Binti Mohamed
kira
JAWATANKUASA PELAKSANA
Sambutan/Jemputan :
En Arifin bin Aban (Guru Besar)
Pn Rizwatul Azlina binti Mohamed Zahri
(PK Pentadbiran)
Pn Norlizah binti Razali
(PK HEM)
Pn Juliz Zarina binti Ishak
(PK Kokurikulum)
Pengacara Majlis :
Pn Nor Zuraini Mohd Azmin
Bacaan Doa :
En Abd Rahman Rahmat
Buku Program :
Pn Juraini Jamaluddin
Pn Noor Aini Mohd Ariffin
Pn Aishah binti Yaakob
Pn Zakiah binti Omar
Pn. Norliala binti Mat Yassim
Pn Nurul Nadiah Ab Razak
Pengurusan Multimedia :
Pn Nor Yunaizah binti Mokhtar
Pn Haniza binti Mahamed (Montaj)
Cik Sheela a/p Palanisamy
Pn Puteri Noorizyani binti Abu Sufian
Pn Nur Liyana Athirah binti Anuar
JAWATANKUASA PELAKSANA
Teknikal
Pn Siti Norhamidah binti Ahmad Mughni (Koordinator)
Pn. Nurul Aida binti Ayub (Link Kehadiran)
Pn Juraini binti Jamaluddin (Power Point)
Pn. Nurul Izzah bt Md Merzuki (My Link)dan anyflip)
En Ahmad Saifulnizam bin Ahmad Zaki (Poll)
Persiapan Tempat
Pn Fatimah binti Mohamad
Pn Devi a/p Subramanian
Pn Zuraini binti Mohamed Nordin
En Mohd Hafez Hj Badaruddin
En Mohd Najib bin Karim
Pendaftaran Guru/ibubapa:
Pn Nur Syahiran bt Ab Azizi
Pn Azniratimala bt Awang
Pn Zurina bt Jainar
Pn Wan Narihan bt Wan Jaafar
Cenderamata / Sijil :
Cik Norhayana Yusuf
Pn Safizan Abdullah
Pn Norliala bt Ruslan
En Adli Rozaimee bin Abdul Rahman
JAWATANKUASA PELAKSANA
Penyediaan Teks Ucapan
Pn Norsalawati binti Shafie
En Mohd Lazim bin Mujni
Cik Nur Ashiquin binti Abdul Rashid
Pn Nooraizawani bt Mohd Said
Pn Nur Husna binti Abdul Jalal
Pn Siti Zainah Zakaria
Pn Siti Zaleha Seman
Jamuan Ibu bapa/ VIP :
Pn Rozita binti Sulong
Pn Rizaria Mohamad Yusop
Pn Ruzaimah Mohamad
Pn Gan Lee Chin
Cik Nor Zahirah binti Md Zabura
Pn Salina binti Ishak
Pn Asura Asrida bt Rosesham
Pn Nora Sazima bt Mudzafar Shah
PA Sistem / Teknikal :
En Wan Norisam Wan Mohd
En Muhamad Ridzuan Husni
En Zuhaimi Jasa
En Mohd Shahrul Akbar b Zakaria
Dokumentasi :
Pn Nurul Aida binti Ayub
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan
dan
terima kasih kepada:
YANG DIPERTUA PIBG SK ULU YAM BHARU
NAIB YANG DIPERTUA PIBG SK ULU YAM BHARU
GURU BESAR & BARISAN PENTADBIR
Ibu Bapa dan Penjaga Murid
Semua guru dan Kakitangan
SK Ulu Yam Bharu
Dan
Semua pihak yang terlibat
secara langsung
dan
tidak langsung untuk menjayakan majlis ini.