The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU_PROGRAM_KAJIAN_TINDAKAN_PERINGKAT_BT_PAHAT_2021_FINAL A

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Shafa, 2021-10-31 10:22:19

BUKU_PROGRAM_KAJIAN_TINDAKAN_PERINGKAT_BT_PAHAT_2021_FINAL A

BUKU_PROGRAM_KAJIAN_TINDAKAN_PERINGKAT_BT_PAHAT_2021_FINAL A

WEBINAR

KAJIAN TINDAKAN

DAERAH BATU PAHAT 2021



TEMA :
NORMA BAHARU MENCETUS KREATIVITI



MENJANA TRANSFORMASI

PUAN YUSNITA MODERATOR : DATO' MEN
TERI)
BINTI YUNOS (SMK




ISNIN

01 NOVEMBER 2021

9.00 PAGI - 1.00 PETANG

YOUTUBE

Dirasmikan oleh :
YBrs, Tuan Dr Suhaimi bin Ismail

Pegawai Pendidikan Daerah
pejabat pendidikan daerah batu pahat

Anjuran Bersama

UNIT TVET, SEKTOR PEMBELAJARAN,
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT
DAN MAJLIS PERMUAFAKATAN KAJIAN TINDAKAN SMK DATO’ SETH

SINERGI MEMACU TRANSFORMASI

WEBINAR KAJIAN TINDAKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2021

ISI

KANDUNGAN

OBJEKTIF

SEPATAH KATA SEUNTAI BICARA
YBrs, Tuan Dr Suhaimi bin Ismail

Pegawai Pendidikan Daerah,
pejabat pendidikan daerah batu pahat

SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG
EN. MOHD NOR RIDZWAN BIN ABDULLAH

PENGETUA SMK DATO' SETH

ATUR CARA PROGRAM

TARIKH PELAKSANAAN
KAJIAN TINDAKAN

JAWATANKUASA PROGRAM

SENARAI PEMBENTANG

ABSTRAK KAJIAN TINDAKAN
SM & SR

WEBINAR KAJIAN TINDAKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2021

OBJEKTIF

Webinar Kajian Tindakan ini diadakan
sebagai wadah untuk:



Mempertingkatkan perkongsian ilmu,
kemahiran dalam pedagogi, inovasi dan
pelbagai kaedah dalam melaksanakan

PdPR.



Meningkatkan perkongsian ilmu,
kepakaran, dapatan kajian dan
perkembangan terkini yang boleh
dimanfaatkan untuk memperkukuh

pendidikan berkualiti.



Meningkatkan kolaboratif pihak sekolah
dan warga pendidik dalam pemajuan
pendidikan.

WEBINAR KAJIAN TINDAKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2021

SEPATAH KATA SEUNTAI BICARA

YBRS, TUAN DR SUHAIMI BIN ISMAIL

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH,
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam sejahtera

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia-Nya kita dapat bersama-sama dalam Webinar Kajian Tindakan
Daerah Batu Pahat Tahun 2021.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan peserta seminar sekalian kerana
dapat hadir untuk sama-sama menjayakan Webinar Kajian Tindakan anjuran Unit TVET, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan
Daerah Batu Pahat bersama Majlis Pemuafakatan Kajian Tindakan Daerah Batu Pahat, SMK Dato Seth dengan tema “Norma Baharu:
Mencetus Kreativiti, Menjana Transformasi”.

Alhamdulillah juga, pada tahun ini, walaupun kita menghadapi dugaan hebat akibat pandemik Covid-19, penganjuran Webinar
Kajian Tindakan ini masih dapat dilaksanakan secara maya menggunakan platform digital iaitu Google Meet, Youtube Live dan Facebook
Live. Saya turut berasa bangga kerana pada hari ini kita masih dapat berkumpul untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran serta
pengalaman dalam bidang yang amat penting serta mencabar ini .

Webinar Kajian Tindakan ini diadakan adalah sebagai wadah untuk :
1. Mempertingkatkan perkongsian ilmu, kemahiran dalam pedagogi, inovasi dan pelbagai kaedah dalam melaksanakan PdPR.
2. Meningkatkan perkongsian ilmu, kepakaran, dapatan kajian dan perkembangan terkini yang boleh dimanfaatkan untuk

memperkukuh pendidikan berkualiti.
3. Meningkatkan kolaboratif pihak sekolah dan warga pendidik dalam pemajuan pendidikan.

Sejak penularan wabak pandemik Covid-19, dunia menyaksikan peralihan norma baharu yang sangat drastik, termasuklah dalam
aspek pendidikan. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) adalah norma baharu yang perlu dihadapi oleh warga pendidikan.
Namun mahu tidak mahu, masyarakat dunia khususnya di Malaysia perlu belajar untuk mengadaptasi norma baharu PdPR ini. Malaysia
telah melaksanakan PPN Fasa 3.0 dan sepatutnya sistem pendidikan sudah mula menginjak kepada suatu tahap beradaptasi dengan
Norma Baharu. Penglibatan ibu bapa dan pelajar juga telah mula berubah kepada aura positif walaupun masih terdapat kekangan dari
segi penggunaan data internet, khususnya kepada golongan B40. Namun kerajaan Keluarga Malaysia prihatin dengan keperluan ini
dengan memberikan bantuan Jaringan Prihatin B40 dan tablet serta bantuan data internet.

KPM juga menyediakan banyak wadah ilmu dan teknologi pendidikan yang dapat memberikan panduan kepada golongan pendidik
untuk lebih berkarya dalam mengaplikasikan kemahiran pedagogi dalam PdPR. Golongan pemimpin pendidikan perlu mempersiapkan
diri dalam segala aspek apabila berhadapan dengan dunia yang berubah-ubah agar dapat mengadaptasi apa jua keadaan.

Norma baharu pendidikan mencetuskan kreativiti di samping menjana transformasi. Ekoran daripada keluhan ibu bapa, murid dan
kalangan pendidik mengenai norma baharu Pendidikan, ianya telah mewujudkan pelbagai kajian dan penyelidikan di dalam sistem
pendidikan agar dapat membantu serta mempermudahkan urusan sistem pendidikan di negara kita. Guru-guru yang bersemangat waja
juga tidak jemu berusaha untuk mempelbagaikan kaedah di dalam PdPc dan PdPR demi kemaslahatan anak muridnya. Malah,
gelombang ketiga jangkitan COVID-19 menegaskan lagi kepentingan sistem pendidikan negara bersesuaian norma baharu, demi
kesinambungan kelas melalui arahan jelas daripada kerajaan.

PdPR seharusnya menjadi medium buat kita semua bersedia untuk kemungkinan masa hadapan. Anjakan dari segi kemahiran,
pengurusan serta kursus dan subjek pengajaran perlu dilakukan bagi memperkasakan kita terhadap PdPR. Pandemik Covid-19 ini telah
sedikit sebanyak menjadikan kita bersedia untuk berubah dan beralih ke kaedah baharu ini. Sudah tentu inovasi dan penambahbaikan
perlu dilakukan bagi menjadikan PdPR satu yang relevan. Mekanisme terbaru perlu dibuat bagi memastikan keberkesanan dan
peningkatan dalam pengajaran.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang kini lebih didominasi kemahiran dan sumber berteknologi ICT perlu dipandang serius
oleh warga pendidik. Warga pendidik perlu sedar bahawa suasana pendidikan yang kian mencabar ini memerlukan pendidik menyerap
setiap tekanan dan cabaran tersebut. Situasi pengajaran dan pembelajaran juga semakin berbeza dan memerlukan para pendidik
melakukan penyelidikan untuk mengkaji satu kaedah baru atau penambahbaikan kaedah yang sedia ada agar Petunjuk Prestasi (KPI)
terhadap sesuatu pengajaran itu dapat diperbaiki dari semasa ke semasa. Oleh itu pembangunan pendidikan akan menjadi lebih
berfokus dan bermatlamat.

Penyelidikan atau kajian tindakan yang terhasil ini diharapkan dapat digunakan oleh guru-guru di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan secara PdPR. Melalui kajian dan penyelidikan ini juga dapat menggalakkan guru-guru membudayakan
proses pengajaran dan pembelajaran dengan menghasilkan pelbagai inovasi di sekolah ke arah meningkatkan kualiti akademik,
kokurikulum serta kemenjadian murid.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada pembentang-pembentang kertas kerja yang
mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran. Sudah tentu nilai keilmuan yang dikongsi dalam Webinar
ini akan memberi manfaat yang besar dan kesan yang positif kepada warga pendidik. Akhir sekali saya ingin merakamkan ucapan
syabas dan terima kasih kepada Majlis Pemuafakatan Kajian Tindakan Daerah Batu Pahat, SMK Dato’ Seth, Unit TVET Sektor
Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat, semua ahli jawatankuasa pelaksana, guru-guru serta semua pihak yang terlibat
dalam mengelolakan dan menjayakan Webinar Kajian Tindakan Daerah Batu Pahat Tahun 2021.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih.






(DR. SUHAIMI BIN ISMAIL)
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT

WEBINAR KAJIAN TINDAKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2021

SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG

EN MOHD NOR RIDZWAN BIN ABDULLAH

PENGETUA,
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' SETH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam sejahtera.



Alhamdulillah, syukur dan segala puji dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan rahmat-Nya, kita dapat bersama-sama
dalam Webinar Kajian Tindakan Daerah Batu Pahat Tahun 2021 anjuran Unit TVET, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah
Batu Pahat bersama Majlis Permuafakatan Kajian Tindakan Daerah Batu Pahat, SMK Dato’ Seth, dengan Tema, Norma Baharu :
Mencetus Kreativiti, Menjana Transformasi.

Situasi pendemik Covid-19 yang melanda dunia menuntut guru-guru untuk sentiasa berfikiran kreatif dan proaktif supaya tidak
mudah mengalah dengan cabaran. Warga guru perlu bijak mengadaptasi diri bagi memastikan perkembangan pendidikan sentiasa
relevan. Dalam mendepani cabaran abad ke-21, aspek padagogi adalah aspek ilmu yang penting bagi memastikan proses pengajaran
dan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan menyumbang kepada kemenjadian murid. Justeru itu, perkongsian amalan terbaik
dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting untuk memperkasakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam norma baharu.

Kajian Tindakan merupakan satu pentas yang sangat berkesan bagi membantu para guru dalam memahami dan menganalisa
masalah dan seterusnya menjalankan kajian bagi mendapatkan jawapan untuk mengatasi masalah tersebut. Ianya berbentuk inkuiri
refleksi kendiri yang bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti amalan masing-masing dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Tambahan lagi, Kajian Tindakan turut diberikan penekanan di bawah Sub-Program Penyelidikan Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan harapan pendedahan kepada guru tentang ilmu penyelidikan dapat mempertingkatkan
proses pengajaran dan pembelajaran.

Kajian Tindakan sangat sesuai diaplikasikan dalam konteks pendidikan kerana dua unsur utama iaitu kajian dan tindakan, yang
seringkali dijalankan secara beriringan yakni tindakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan kajian dijalankan bagi
mendapatkan bukti-bukti empirik yang dapat menyokong tindakan-tindakan yang dilaksanakan.

Semua guru adalah penyelidik kerana sesiapa sahaja yang terlibat dalam pengajaran, mereka juga sebenarnya terlibat dalam
proses penyelidikan tindakan melalui fasa merancang, melaksana, memerhati dan mereflek. Setiap permasalahan atau kerumitan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat diselesaikan dengan bijaksana dan berkesan dalam konteks mata pelajaran dan
kelas yang diajar.

Alhamdulillah, sambutan di daerah Batu Pahat amat memberangsangkan dengan sebanyak 421 penyertaan. Para juri telah
bertungkus lumus menilai semua penyertaan yang diterima dan hasil daripadanya, sebanyak lima Kajian Tindakan terbaik bagi
setiap kategori Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah akan dipersembahkan dalam webinar ini. Sekalung tahniah dan syabas
kepada semua pembentang Webinar Kajian Tindakan Daerah Batu Pahat Tahun 2021.

Jutaan terima kasih kepada YBrs. Dr Suhaimi Bin Ismail, Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat, Unit TVET Sektor
Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat, para jurulatih utama, para juri, moderator, setiausaha, ahli jawatankuasa
pelaksana serta semua yang terlibat atas sokongan dan komitmen yang padu dalam merealisasikan pelaksanaan Webinar Kajian
Tindakan Daerah Batu Pahat Tahun 2021

Diharapkan melalui Webinar Kajian Tindakan ini, semua guru dapat mengambil peluang untuk terus meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran dalam meningkatkan potensi diri dalam situasi norma baharu agar menjadi warga pendidik yang lebih kreatif dalam
memastikan keseimbangan pendidikan serta memenuhi komponen pembelajaran semasa. Semoga ianya dapat memberikan impak
yang positif kepada perubahan yang terancang agar matlamat pendidikan dapat direalisasikan berdasarkan proses yang betul,
tepat dan sistematik. Semoga ianya juga dapat menyumbang kepada penambahbaikan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran
di samping meningkatkan dan mengangkat profesionalisme keguruan.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih.




(EN MOHD NOR RIDZWAN BIN ABDULLAH)
PENGETUA,
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' SETH

WEBINAR KAJIAN TINDAKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2021

ATUR CARA
PROGRAM

9.00 PAGI BACAAN DOA

9.10 PAGI UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS

PERMUAFAKATAN KAJIAN TINDAKAN

DOA

En. Mohd Nor Ridzwan bin Abdullah
(Pengetua SMK Dato’ Seth)

9.20 PAGI UCAPAN PERASMIAN

YBrs. Dr. Ismail bin Suhaimi
(Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah
Batu Pahat)

9.30 PAGI PEMBENTANGAN SESI 1

5 Sekolah Menengah

10.40 PAGI REHAT

10.50 PAGI PEMBENTANGAN SESI 2

5 Sekolah Rendah

12.00 TGH PENYAMPAIAN HADIAH &
SIJIL

WEBINAR KAJIAN TINDAKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2021

TARIKH

PELAKSANAAN

KAJIAN TINDAKAN

21 Mei 2021 :
Pendaftaran tajuk Kajian Tindakan



20 Jun 2021:
Penghantaran ‘Softcopy’ Kajian Tindakan



13 – 20 Julai 2021 :
Pemilihan Kajian Tindakan Tapisan Pertama



22 - 29 Julai 2021 :
Pemilihan Kajian Tindakan Tapisan Kedua



18 Oktober 2021 :
Mesyuarat AJK Webinar Kajian Tindakan 1



21 Oktober 2021 :
Taklimat kepada Pembentang



25 Oktober 2021 :
Mesyuarat AJK Webinar Kajian Tindakan 2



28 Oktober 2021 :
Raptai Webinar Kajian Tindakan



1 November 2021 :
Webinar Kajian Tindakan (Online)

WEBINAR KAJIAN TINDAKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2021

JAWATANKUASA
INDUK

Pengerusi
YBrs Tuan Dr. Suhaimi bin Ismail

Timb. Pengerusi 1
Pn. Hamidah binti Radin Husin



Timb. Pengerusi 2
En. Mohd Nor Ridzwan bin Abdullah



Penyelaras
En. Mohd Sharin bin Abdul Karim



Pen. Penyelaras 1
Pn. Zalita binti Katmin



Pen. Penyelaras 2
Pn. Nilam Syahrina binti Mohd Yusof



Setiausaha
Dr. Azmiza binti Ahmad

WEBINAR KAJIAN TINDAKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2021

JAWATANKUASA

KERJA

Urusetia Penyediaan Power Point Pengumuman
Dr Azmiza binti Ahmad Pn. Maizatulakmar binti Mohd Yusof
Pn. Fauziahnah Binti Rosmin


Pn. Zalita binti Katmin Buku Program Digital
Pn. Nilam Syahrina binti Mohd Yusof Pn. Nor Shafarina binti Sakir
Pn. Nordiyana binti Jamil
Jemputan
Pn. Fauziahnah binti Rosmin Teknikal/ Youtube/ FB Live
En. Syed Mohd Haziq bin Syed Norjamalil
Dr. Azmiza binti Ahmad
En. Roslan bin Ramli
Bacaan Doa En. Izuan bin Adnan
Ustaz Md Ayub bin Basuki Pn. Nooraini binti Mohamad Noor Boo
(Unit STP & ICT Pejabat Pendidikan Daerah
Teks Ucapan Perasmi
Pn. Maslinah binti Giman Batu Pahat)

Pengacara Majlis Pendaftaran SPLKPM
Pn. Norhafiza binti Hassan Pn. Norafiza binti Abdul Rahman
Pn. Nilam Syahrina binti Mohd Yusof
Pengacara Pengelola Peserta
Pn. Yusnita binti Yunos Pn. Zalita binti Katmin
Pn. Zanariah binti Abdul Rahman
Juri Pertandingan
En. Norhisham bin Khalid @ Ab Samah (K) Pn. Zalina binti Sapie
(Unit TVET Pejabat Pendidikan Daerah Batu
Pn. Zaleha binti Haron
Pn. Fauziahnah binti Rosmin Pahat)


Google Form Penilaian
Penjaga Masa Pn. Hee Siew Poo
En. Mohd Azhar bin Basar Pn. Suhaila binti Suparman

Jurulatih KT SISC+ Penyediaan & Analisis Borang Penjurian
Pn. Zalita binti Katmin Pn. Rafidah binti Jalil
Pn. Nilam Syahrina binti Mohd Yusof En. Rosli bin Katiman
En. Roslan bin Mohamad
Makanan & Minuman
Jurulatih Utama KT (SM) Pn. Maziah binti Haron
Dr. Azmiza binti Ahmad (K) (SMK Dato’ Seth) Pn. Norlaila binti Esa
Pn. Norjumaah binti Wasikon
Pn. Zaleha binti Haron (SMK Yong Peng)
Pn. Yusnita binti Yunos (SMK Datuk Menteri)

Penyediaan Sijil
En. Rosli bin Katiman (SMK Seri Medan) Pn. Rose Dewi binti Mesran
En. Norhisham bin Khalid (SMK Penghulu Saat) Pn. Noor Hayati binti Masduki

Pn. Rodzi binti Amin (SMK Datuk Menteri) Persiapan & Pengemasan Tempat
En. Faizal Bin Hassan
Jurulatih Utama KT (SR)
Pn. Fauziahnah binti Rosmin (K) SK Seri Bertam En. Mohamed Ashrafizree Bin Ahmad

Pn. Rafidah binti Jalil SK Sepakat Jaya Cenderamata
Pn. Hee Siew Poo SK Parit Sulong Pn. Sharifah Maziah binti Syed A. Azam
Pn. Suhaila binti Suparman SK Seri Bertam
Fotografi
Backdrop/ Banner Digital Pn. Nur Aizurin binti Mohd Ali
En. Wan Omar bin Wan Ismail


En. Ismail bin Limat Dokumentasi & Laporan
Dr. Azmiza binti Ahmad

WEBINAR KAJIAN TINDAKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2021

SENARAI

PEMBENTANG

SEKOLAH MENENGAH SEKOLAH RENDAH

RASIDAH BINTI SAHRAN NURSHAFIKA NADIRA BINTI
SMK DATO' SETH NAZRI

SJKT LADANG YONG PENG

SITI SAUDAH BINTI NGARBI PRAVIN KUMAR A/L
SMK YONG PENG RAVANDERN

SK SERI BERTAM

NORFARIZA BINTI A. KADIR SALMEE SUHANA BINTI
SMK DATO ONN ROSSLAN

SK SERI BENGKAL

NAWATUL AKMAR BINTI MARDIANA BINTI ROSMIN
KAMARUDIN SK SERI TELOK

SMK SEMERAH ZURINA BINTI AZMI
SK SERI PADANG SARI
NOR AZLINI BINTI
ABDULLAH

SMK SURIA PERDANA

WEBINAR KAJIAN TINDAKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2021

5

Terbaik Kajian Tindakan

SEKOLAH
MENENGAH
TAHUN 2021

WEBINAR KAJIAN TINDAKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2021

ABSTRAK

RASIDAH BT SAHRAN

TEKNIK CHALLENGE OF STORY (COS)TERHADAP KEMAHIRAN MURID MENGHAFAL
TOKOH-TOKOH PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5
DALAM KEBIASAAN BAHARU


RASIDAH BT SAHRAN
SMK Dato’ Seth, Yong Peng
[email protected]




ABSTRAK

Perkembangan teknologi yang semakin berkembang memberi impak yang besar
kepada sektor pendidikan di Malaysia. Pendidikan Islam yang lebih sinonim kepada
pembelajaran formal secara talaqi antara guru dan murid juga kini turut mengalami
perubahan. Walaubagaimana pun tidak banyak alat bantu mengajar yang tersedia
untuk digunakan bagi memberi sentuhan ajaib yang boleh menarik minat pelajar
kepada topik mata pelajaran dalam Pendidikan Islam yang disampaikan oleh para
guru. Menjadi satu cabaran bagi guru-guru Pendidikan Islam, bagaimana untuk
menarik minat murid kepada tajuk mata pelajaran siroh. Justeru itu lahirnya kajian
ini yang berfokus kepada kaedah pengajaran sirah kepada murid-murid. Kajian ini
telah dijalankan di Sekolah Menengah Dato Seth Yong Peng melibatkan responden
seramai 20 orang murid iaitu daripada kelas 5 Damar dan 5 Gaharu di Tingkatan 5.
Penggunaan kaedah ‘Challenge of story’ (COS) digunakan untuk memberi satu
kelainan kepada persembahan pengajaran yang bertujuan menarik minat murid
untuk menghafal maklumat-maklumat sejarah Islam iaitu tokoh Islam terkemuka. Satu
sesi ujian telah dijalankan kepada responden untuk mengetahui sejauh mana
keberkesanan kaedah pengajaran menggunakan COS. Dapatan hasil kajian
daripada analisa data melalui perbandingan markah ujian sebelum dan selepas
penggunaan teknik COS telah menunjukkan keberkesanan kaedah COS di mana
murid-murid telah menunjukkan prestasi yang baik dalam ujian yang telah
dijalankan. Hasil kajian mendapati murid dari kelas 5 Damar yang sebelumnya
100% gagal menunjukkan peningkatan peratus lulus kepada 70% .



Kata kunci: Teknik CHALLENGE OF STORY (COS), Kemahiran menghafal tokoh,

kebiasaan baharu, pembelajaran formal, menarik minat

WEBINAR KAJIAN TINDAKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2021

ABSTRAK

SITI SAUDAH BINTI NGARBI

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENYULITAN DAN NYAHSULIT MESEJ CAESAR
CIPHER DALAM KALANGAN MURID ASK TINGKATAN 3 DENGAN MENGGUNAKAN

KAEDAH RODA SIFER (CIPHER WHEEL)



SITI SAUDAH BINTI NGARBI
RAIDAH BINTI ABU BAKAR
SMK Yong Peng, 83400 Yong Peng, Johor

ABSTRAK



Roda Sifer(Cipher Wheel) merupakan bahan bantu mengajar (BBM) bagi subjek
Asas Sains Komputer Tingkatan 3 di bawah Standard Kandungan 2.1 Kriptografi
dalam Keselamatan Data yang melibatkan pembelajaran yang memerlukan murid
menyulitkan dan menyahsulitkan sesuatu mesej rahsia berdasarkan kunci yang
diberi. Sebelum kajian diperkenalkan, sikap dan tingkahlaku sampel kajian
menunjukkan tidak berminat dan seringkali tersalah jawapan ketika melakukan
latihan. Punca utama masalah ialah murid tidak mahir untuk menggerakkan abjad-
abjad mengikut kunci yang diberi serta mengalami kekeliruan pergerakan antara
proses penyulitan dan nyahsulit. Melalui penggunaan Roda Sifer(Cipher Wheel) ,
murid lebih mudah untuk memahami tajuk ini kerana proses pembelajaran yang
melibatkan penggunaan alat lebih membantu serta menarik minat mereka. Alat
BBM ini juga mudah digunakan kerana pelajar hanya perlu menggerakkan roda
sama ada ke hadapan atau ke belakang berdasarkan bilangan kunci yang diberi.
Ia memberikan rasa ingin cuba serta tidak putus asa murid untuk lebih memahami
konsep tajuk Kriptografi. Ujian post yang telah dilakukan juga telah menunjukkan
purata skor murid telah meningkat sebanyak 2.00 iaitu daripada 1.57 kepada 3.57
berbanding ujian pra. Pengumpulan data dijalankan melalui pemerhatian, temubual
serta ujian pra dan post untuk mendapatkan potensi dan keberkesanan alat BBM.
Impak positif BBM Roda Sifer ini telah memberi manfaat kepada ramai murid dan
guru di seluruh negara.





Kata kunci : penyulitan, nyahsulit, Caesar Cipher, Roda Sifer(Cipher Wheel), mesej
rahsia

WEBINAR KAJIAN TINDAKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2021

ABSTRAK

NORFARIZA BINTI A. KADIR

PENGGUNAAN TEKNIK PINK RULE BAGI PENAMAAN STRUKTUR JANTUNG DAN
PEREDARAN DARAH MANUSIA DALAM SAINS TINGKATAN 3 DAN BIOLOGI SPM



NORFARIZA BINTI A. KADIR
SMK Dato’ Onn, Simpang Lima, 83020 Batu Pahat, Johor
[email protected]



ABSTRAK



Ramai murid tidak dapat mengingat nama 13 struktur jantung, melabel dan melukis
laluan peredaran darah pada jantung dengan baik. Ia merupakan kemahiran asas
sebelum murid menguasai tajuk-tajuk yang beraras lebih tinggi seperti peredaran
darah ganda dua, denyutan jantung dan sebagainya. Satu teknik yang dapat
memudahkan murid mengingat dijangka dapat membantu murid mendalami tajuk
ini dengan lebih baik. Teknik PINK RULE digunakan dan menjadikan sesi pengajaran
dan pembelajaran menjadi lebih menarik dengan didik hibur dan berkesan.
Seramai 75 orang murid terlibat dalam subjek Sains Tingkatan 3 dan 25 orang
dalam Biologi SPM. Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan aplikasi teknik PINK
RULE terhadap kebolehan mengingat struktur jantung dengan mudah menggunakan
tapak tangan sahaja. Kajian melibatkan Kitaran 1 yang dijalankan secara
bersemuka dan Kitaran 2 berlaku secara atas talian semasa pandemik Covid-19 di
mana pengajaran dan pembelajaran berlaku di rumah. Kajian ini menggunakan
data daripada temubual, analisis markah dari semakan hasil kerja murid melalui
ujian, rakaman gambar dan video. Data temubual dianalisis secara naratif dan
daripada purata skor ujian pos murid. Hasil kajian menyokong penggunaan teknik
PINK RULE dapat membantu meningkatkan kemahiran mengingat murid untuk
menamakan struktur jantung. Ia dibuktikan berdasarkan peningkatan skor ujian pos
kepada lebih 43% dan video teknik PINK RULE telah menjadi tular dengan lebih 1
juta tontonan dan lebih 10,000 kali perkongsian sehingga kini. Teknik PINK RULE
telah digunakan oleh ramai murid dan guru di seluruh negara hasil perkongsian di
media sosial seperti facebook, Instagram, Radio SINAR FM, website dan YouTube
Channel.



Kata kunci: Teknik PINK RULE, Palm Illustration Norfariza a. Kadir, Petua PINK,

struktur jantung, peredaran darah pada jantung.

WEBINAR KAJIAN TINDAKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2021

ABSTRAK

NAWATUL AKMAR BINTI KAMARUDIN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENAMBAH DAN MENOLAK INTEGER DALAM
KALANGAN MURID 1 ANGGERIK DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH “RUMAHKU

TIANG SEBATANG”

NAWATUL AKMAR BINTI KAMARUDIN
SMK Semerah, 83600 Batu Pahat
[email protected]


ABSTRAK



Fokus utama kajian tindakan yang saya jalankan ini ialah mencapai standard
pembelajaran murid dalam menambah dan menolak integer menggunakan kaedah
yang akan saya perkenalkan iaitu “Rumahku Tiang Sebatang”. Responden kajian ini
terdiri daripada 20 orang murid dari kelas 1 Anggerik di Sekolah Menengah
Kebangsaan Semerah. Tinjauan awal untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi
murid dalam hasil pembelajaran tersebut telah dijalankan dengan menganalisis
latihan murid, temubual dan ujian pra. Berdasarkan analisis tersebut, didapati 20
orang murid mempunyai 3 aras penguasaan kemahiran menambah dan menolak
nombor integer iaitu murid cemerlang, murid sederhana dan murid lemah. Dengan
pengukuhan operasi menambah dan menolak integer yang kukuh akan menjadi
faktor kemenjadian murid untuk lebih cemerlang dalam operasi seterusnya iaitu
mendarab dan membahagi integer. Ujian Post yang dijalankan untuk mengukur
keberkesanan kaedah “Rumahku Tiang Sebatang” menunjukkan bahawa kaedah ini
telah berjaya meningkatkan tahap penguasaan murid cemerlang apabila mereka
berjaya mengurangkan kecuaian mencongak apabila menjawab soalan. Manakala
bagi murid sederhana dapat mengurangkan kecuaian tanda negatif dan positif.
Akhir sekali untuk murid lemah, pengukuhan mengenal pasti nombor positif dan
nombor negatif perlu diberi penekanan. Oleh itu, kaedah ini berjaya kepada murid
cemerlang dan sederhana, namun mempunyai kekangan kepada murid lemah. Oleh
itu, untuk cadangan pada masa akan datang asas integer perlu diberi penekanan
terlebih dahulu sebelum kaedah Rumahku Tiang Sebatang diperkenalkan. Apabila
perkara ini dapat di atasi maka secara tidak langsung hasil dapatan juga dapat
diperoleh dengan lebih baik untuk murid pelbagai aras.



Kata kunci: Kemahiran menambah, menolak integer,Rumahku Tiang Sebatang,

Nombor Positif, Nombor Negatif

WEBINAR KAJIAN TINDAKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2021

ABSTRAK

NOR AZLINI BINTI ABDULLAH

MENINGKATKAN KEMAHIRAN DALAM MEMPERMUDAHKAN UNGKAPAN ALGEBRA
YANG MELIBATKAN GABUNGAN OPERASI TERMASUK KEMBANGAN BAGI MURID

TINGKATAN 2 DENGAN MENGGUNAKAN KOTAK ALGEBRA



NOR AZLINI BINTI ABDULLAH
SMK Suria Perdana, 86400 Parit Raja, Batu Pahat Johor

[email protected]



ABSTRAK



Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan mutu pengajaran di dalam kelas
berdasarkan permasalahan yang dialami oleh murid bagi mempermudahkan
ungkapan algebra melibatkan gabungan operasi termasuk kembangan. Antara
punca utama kepada permasalahan ialah mereka masih keliru dan tidak faham
dalam menyelesaikan operasi termasuk tambah dan tolak melibatkan ungkapan
algebra. Kajian ini dilaksanakan semasa pembelajaran bersemuka. Masalah ini
telah dikenalpasti daripada tinjauan awal melalui penyemakan buku latihan murid,
analisis markahujian dan borang soal selidik.Seramai 30 orang murid Tingkatan 2
terlibat dalam kajian ini. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meningkatkan minat
murid dalam mempermudahkan ungkapan algebra melibatkan gabungan operasi
seterusnya mengubah persepsi dalam kalangan murid tentang ungkapan algebra
daripada sukar dan mengelirukan kepada mudah dan menyeronokkan. Hal ini
kerana ungkapan algebra merupakan asas kepada topik-topik lain seperti
persamaan kuadratik dan persamaan garis lurus. Kaedah kajian ini berfokuskan
kaedah untuk meningkatkan kemahiran murid bagi mempermudahkan ungkapan
algebra melibatkan gabungan operasi termasuk kembangan menggunakan Kotak
Algebra. . Berdasarkan keputusan ujian pos, didapati bahawa terdapat
peningkatan markah prestasi murid berbanding markah ujian pra dan markah ujian
pengesanan yang lalu. Ini dapat dibuktikan melalui peningkatan markah min ujian
daripada 13 kepada 66. Hal ini menunjukkan penggunaan kotak Algebra didapati
berkesan dalam meningkatkan kemahiran murid dalam mempermudahkan
ungkapan algebra melibatkan gabungan operasi termasuk kembangan. Dengan
kaedah ini, diharapkan murid akan lebih bersemangat lagi untuk meneroka ilmu
matematik dalam tajuk algebra

WEBINAR KAJIAN TINDAKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2021

5

Terbaik Kajian Tindakan

SEKOLAH
RENDAH
TAHUN 2021

WEBINAR KAJIAN TINDAKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2021

ABSTRAK

NURSHAFIKA NADIRA BINTI NAZRI

PENGGUNAAN KIT KaSuKa BAGI MENINGKATKAN
KEMAHIRAN ASAS MEMBACA SUKU KATA

DALAM KALANGAN MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN



NURSHAFIKA NADIRA BINTI NAZRI
SJKT Ladang Yong Peng

[email protected]





ABSTRAK



Reformasi dan transformasi dalam dunia pendidikan telah menjadi keperluan masa
kini dalam menyahut cabaran era globalisasi yang kian mencabar. Sejajar dengan
keperluan itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dilaksanakan secara
berperingkat sejak tahun 2011 terbukti mampu membangunkan modal insan murid
melalui pengenalan kepada kemahiran 4M merangkumi kemahiran membaca,
kemahiran menulis, kemahiran mengira dan kemahiran menaakul. Antara tunjang
utama komunikasi Bahasa Melayu yang perlu dikuasai oleh murid adalah kemahiran
membaca. Permasalahan kepada kajian bermula apabila pengkaji ingin menguji
tahap kemahiran membaca murid dengan mengambil standard pembelajaran: 2.1.1
Membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai;(i) ayat tunggal.
Namun, tinjauan awal mendapati murid tahun 3 UM masih belum boleh membaca
dengan lancar. Secara umumnya, kajian ini dijalankan untuk meningkatkan
kemahiran asas membaca dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran
melalui penggunaan Kit KaSuka. Data telah dikumpulkan oleh pengkaji melalui
kaedah pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca yang melibatkan 13 orang murid
tahun 3. Dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik bermain sambil belajar
menggunakan Kit KaSuka yang mempunyai daya tarikan warna dan reka bentuk ini
sememangnya berkesan dan terbukti dapat membantu murid bermasalah
pembelajaran meningkatkan kemahiran asas membaca. Ini dibuktikan melalui
peratusan penilaian komponen 3 kemahiran asas membaca suku kata (ujian pasca)
meningkat ke 72% secara keseluruhan berbanding hanya 55% sebelumnya. 80%
peserta kajian juga telah berjaya menunjukkan tingkah laku yang positif.



Kata kunci : Kit KaSuKa, Suku Kata, Kemahiran Membaca, Kemahiran 4M, Murid

Bermasalah Pembelajaran.

WEBINAR KAJIAN TINDAKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2021

ABSTRAK

PRAVIN KUMAR A/L P RAVANDERN

TEACHING SUBJECT VERB AGREEMENT (SVA) USING COBOX AMONG YEAR 3
PUPILS CAN HELP PUPILS TO DEVELOP CORRECT SENTENCE PATTERN


PRAVIN KUMAR A/L P RAVANDERN
SK Seri Bertam, Yong Peng
[email protected]


ABSTRACT



Subject-verb agreement is a common issue in grammar writing and writing simple
sentences among the primary pupils in Malaysia. This study was carried out to
determine how the use of CoBox (colour boxes) in the teaching of subject-verb
agreement (SVA) can help pupils of Year 3 to develop correct simple present tense
sentence pattern. Five Year 3 pupils from a primary school in Yong Peng, Malaysia
were the participants of this research. I identify the issue through my observation
from the pupils’ workbook and exam paper. In this research, pre and post-tests and
questionnaire were used as research instruments. The collected data were analysed
based on the thematic analysis in which the gathered data is analysed qualitatively.
There was two teaching and learning method conducted. One was traditional way
while other with CoBox. There was improvement in pupils’ scores from pre-test to
post-tests The pupils had shown that they made few errors in the post-tests which
depict that the participants improved their use of SVA using the CoBox intervention.
The findings demonstrated the successful use of CoBox in the teaching of SVA
among the Year 3 to a certain level.



Keywords: CoBox, Subject-verb agreement teaching, help pupils, simple sentences,

correct sentence pattern

WEBINAR KAJIAN TINDAKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2021

ABSTRAK

SALMEE SUHANA BINTI ROSSLAN

MENINGKATKAN PENGUASAAN HUKUM TAJWID MURID TAHUN 4 MELALUI
KAEDAH “JARI TAJWID, “KAD JARI TAJWID” DAN “WARNA TAJWID”.


SALMEE SUHANA BINTI ROSSLAN
SK Seri Bengkal, Sri Gading
[email protected]


ABSTRAK



Mempelajari ilmu tajwid yang terdapat di dalam alquran adalah salah satu cara
seorang muslim itu mentadabbur, memahami dan sekaligus menghayati isi
kandungan al-quran. Hukum membaca al-Quran dengan bertajwid adalah wajib.
Lantaran itu, bagi sesiapa yang ingin membaca al-Quran, wajib ke atasnya
mempelajari ilmu tajwid yang asas dan ini bagi mengelakkan dari tersilap ketika
membaca yang boleh membawa kepada perubahan lafaz dan makna sedangkan
keduanya adalah kesalahan yang besar dalam pembacaan al-Quran. Kaedah “Jari
Tajwid, “Kad Jari Tajwid” Dan “Warna Tajwid” diaplikasi untuk membantu murid
mengenal pasti, membaca dan menulis hukum tajwid Mim Sakinah dan Qalqalah
dengan betul. Secara umum, kajian ini dijalankan untuk mengelakkan murid
melakukan kesalahan semasa membaca Al-quran. Seramai 16 orang murid tahun 4

di Sekolah Kebangsaan Seri Bengkal terlibat dalam kajian ini. Kajian ini
menggunakan 3 aktiviti utama dalam merealisasikan 3 objektif kajian. Data
dianalisi menggunakan data daripada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang telah
diperoleh selepas PDPr. Hasil kajian menyokong penggunaan Kaedah “Jari Tajwid,
“Kad Jari Tajwid” Dan “Warna Tajwid” dapat membantu murid mengenal pasti,
membaca dan menulis hukum tajwid Mim Sakinah dan Qalqalah dengan betul. Ini
dibuktikan berdasarkarkan peningkatan Tahap Penguasaan (TP) hasil daripada
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) selepas kaedah ini dijalankan.



Kata kunci: Kaedah Jari Tajwid, Kad Jari Tajwid, Warna Tajwid, Hukum Tajwid Mim

Sakinah dan Qalqalah, Membaca dan Menulis Hukum Tajwid.

WEBINAR KAJIAN TINDAKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2021

ABSTRAK

MARDIANA BINTI ROSMIN

PENGGUNAAN ‘KAD ABLAF” DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KONSEP
RUANG DAN MASA BAGI MATAPELAJARAN SEJARAH DALAM KALANGAN MURID

TAHUN 4 DALAM NORMAL BAHARU PENDIDIKAN .



MARDIANA BINTI ROSMIN
SK seri telok

[email protected]



ABSTRAK



Kajian ini telah dilaksanakan bertujuan untuk membantu murid yang lemah di dalam
kelas 4 Al Farabi SK Seri Telok . Kajian ini mula dijalankan semasa fasa PKP bulan
Mac 2021. Tinjauan awal guru melalui kaedah pemerhatian dan ujian pra didapati
murid ini sukar, keliru dan tidak yakin untuk menjawab soalan- soalan yang
berkaitan tentang ruang dan masa. Bagi mengatasi masalah pembelajaran murid,
saya perlu bijak meneroka melaksanakan proses PDPC dan PDPR berdasarkan
tahap keupayaan murid untuk belajar. Guru perlu merancang dan melaksanakan
aktiviti-aktiviti yang menarik bagi memastikan pembelajaran dan objektif
pembelajaran dapat dicapai di akhir PDPC dan PDPR. Guru mempunyai pengaruh
yang kuat terhadap komitmen murid dalam proses pembelajaran di dalam kelas.
Guru perlu menggunakan pelbagai cara untuk memastikan murid dapat menguasai
objektif pembelajaran. Sekiranya mereka gagal untuk belajar puncanya bukan
kerana ketidakmampuan mereka sahaja tetapi kegagalan guru untuk menghasilkan
PDPC yang menarik di dalam kelas. Guru memikirkan cara dan kaedah untuk
menarik minat murid dengan kaedah kad Ablaf. Menerapkan unsur didik hibur,
penggunaan BBM yang menarik dan pembelajaran secara hands-on serta main on.
Kajian ini dibuat untuk meningkatkan penguasaan tajuk ruang dan masa melalui
perkongsian video YouTube dan Google form. Hasil daripada ujian pos menunjukkan
terdapat peningkatan 100% dalam penguasaan ruang dan masa. Pemerhatian ini
juga menunjukkan murid sangat gembira dan seronok sewaktu PDPC dilaksanakan
dengan menggunakan kaedah yang dikongsikan ini menarik, ringkas dan mudah
dikendalikan. Sememangnya mampu menarik minat dan meningkatkan motivasi dan
semangat murid dalam proses pembelajaran



Kata kunci: kad, ablaf, masa, dekad, alaf, abad,

WEBINAR KAJIAN TINDAKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2021

ABSTRAK

ZURINA BINTI AZMI

MENINGKATKAN KEMAHIRAN KREATIF MENCIPTA PANTUN MENGGUNAKAN SENI
KREATIF 16 KOTAK 1 PERKATAAN ( 16K1P)


ZURINA BINTI AZMI
SK Seri Padang Sari
[email protected]


ABSTRAK



Kajian ini dilaksanakan semasa fasa PKP ketika pandemik Covid 19 mencengkam
negara. Kajian ini dilakukan untuk meningkatkan minat murid dalam puisi tradisional
dengan menggunakan formula 16 kotak 1 perkataan (16K1P). Seramai 7 orang murid
SK Seri Padang Sari terlibat dengan kajian ini melalui kaedah pemerhatian dan
ujian pra. Tinjauan awal saya melalui kaedah pemerhatian dan ujian pra mendapati
murid-murid tersebut sukar untuk mencipta pantun dengan betul dan mengambil
masa hampir 20 minit untuk mencipta sebuah pantun. Murid-murid juga didapati
keliru dengan rima hujung pantun (a,b,a,b) dan perkataan dalam bait pantun yang
melebihi suku kata. Puisi tradisional pantun ini, terdapat di dalam buku teks Bahasa
Melayu dan sering dilafaz oleh murid dan guru semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Namun, murid-murid hanya pandai melafazakan tetapi agak sukar
murid-murid untuk mencipta pantun dan memahami hokum-hukum pantun. Walaupun
kajian ini dilakukan semasa Pandemik Covid 19, namun saya berusaha untuk
membantu 7 orang murid sebagai kumpulan sasaran dalam mencipta pantun
dengan kaedah yang mudah, iaitu menggunakan formula 16 kotak 1 perkataan
(16K1P). Kajian dengan menggunakan kaedah ini,dapat memudahkan dan
meningkatkan minat murid dalam kemahiran mencipta pantun dengan baik dan
cepat melalui kotak pembayang dan kotak maksud. Pemerhatian juga menunjukkan
pelajar sangat seronok dan teruja sewaktu menjalankan aktiviti dan latihan dengan
menggunakan kaedah tersebut. Dapatan kajian menunjukkan murid-murid dapat
mencipta pantun dengan lebih cepat. Kaedah yang mudah, menarik dan mudah
difahami ini dapat meningkatkan minat murid dalam mencipta pantun dan
seterusnya dapat memartabatkan puisi tradisional.



Kata Kunci: 16K1P, hukum-hukum pantun, kotak pembayang, kotak maksud, seni

kreatif

WEBINAR KAJIAN TINDAKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2021

SEK

IAN



Terima Kasih


Click to View FlipBook Version