The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN DI MALAYSIA
NAMA MURID : NUR HASYIMAH HUSNI
KELAS : 4 PINTAR
SEKOLAH : SK FELDA TENGGAROH 6

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-03462706, 2021-09-13 22:49:31

MAT KILAU

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN DI MALAYSIA
NAMA MURID : NUR HASYIMAH HUSNI
KELAS : 4 PINTAR
SEKOLAH : SK FELDA TENGGAROH 6

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH
KEMERDEKAAN DI MALAYSIA 2021

MAT KILAU

Tokoh Pahlawan Serba Boleh

DISEDIAKAN OLEH :
NUR HASYIMAH BINTI HUSNI

SK FELDA TENGGAROH 6

PENDAHULUAN

Mat Kilau merupakan Tokoh perjuangan terkenal di
Malaysia. Beliau banyak berjasa bermula akhir abad ke-19

dan awal abad ke-20.
Mat Kilau bersama ayahnya Tok Gajah dan tokoh-tokoh
perjuangan lain termasuk Datuk Bahaman, Pawang Nong,
Teh Ibrahim dan beberapa orang lagi tidak pernah kenal
erti penat-lelah menentang penjajah sejak tahun 1890.
Beliau meninggal dunia setelah 10 hari Kerajaan Pahang
mengesahkan identitinya Pada 16 Ogos 1970 di Batu Lima,
Jalan Gambang, Kuantan ketika beliau berusia 122 tahun.

BIODATA MURID

Nama Murid : Nur Hasyimah Binti Husni
Nama sekolah : SK Felda Tenggaroh 6
Umur : 11 Tahun
Hobi : Melukis, Mendengar Muzik dan
Menyanyi
Cita-Cita : Pengusaha Kek dan Roti
Moto Hidup : Pengetahuan Tidak Hanya Pada
Kebenaran, Tapi Juga Pada Kesalahan

BIODATA TOKOH

Imam Rasu atau Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau.
Ibunya Teh Manda, iaitu anak kepada Tok Kaut, Burau.

Dilahirkan sekitar tahun 1865/1866 di Kg.Kedondong, Pulau
Tawar, Jerantut Pahang. Mat Kilau dijaga dan dipelihara
seperti kanak-kanak yang lain di kampung.

Mat Kilau mempunyai hobi daripada sejak kecil iaitu bermain
gasing, berlaga buah pala di waktu remaja dan berburu.
Kesemua hobi beliau menjadikan beliau orang terpenting
dalam setiap acara yang di sertainya.

Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis bernama
Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong,
Pulau Tawar. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan 3

orang anak.

RASIONALISASI
PEMILIHAN TOKOH

Mat Kilau adalah seorang pemuda
yang mempunyai sifat-sifat seorang
pemimpin. Beliau sangat disegani dan
dihormati. Antara sifat yang
dimaksudkan ialah:

Mempunyai cara pemikiran yang
matang.
Seorang yang luas pandangan dan
mendapat kepercayaan penuh dari
masyarakat setempat.
Seorang yang sangat disegani kerana
kejujurannya.
Bersikap tegas bahkan dikasihi oleh
pengikut-pengikutnya seperti Awang
Noh, Teh Ibrahim, Mat kelubi dan
beberapa orang lagi.

KELEBIHAN TOKOH

Kelebihan Mat Kilau

Mat Kilau diserah mengaji dengan beberapa
kanak-kanak lain. Beliau mengaji dengan
tekun sehingga beliau pandai membaca
Quran dengan berbagai lagu

Setelah tamat Quran Mat Kilau belajar
berzanji diikuti dengan berdikir Maulud.
Setelah itu beliau belajar berdikir rebana yang

terkenal sebagai Dikir Pahang.

Oleh kerana suaranya yang merdu,
maka jadilah Mat Kilau seorang pendikir

yang terkenal di Pulau Tawar.

Mat Kilau juga belajar ilmu silat dan
menuntut ilmu kebatinan. Beliau mendalami

ilmu silat dengan menggunakan senjata
seperti keris dan parang. Ilmu kebatinan

secara agama yang banyak dituntut
daripada ayahnya dan juga Haji Muntuk
membolehkan beliau menghilangkan diri.

BUKTI KREDIBILITI
MAT KILAU

Kehebatan yang dimiliki Mat Kilau
menjadikan beliau di gelar
Pahlawan Sufi Dari Pahang

Kematian misteri dan kemunculan
semula Mat Kilau membuktikan beliau
seorang yang bijaksana dan istimewa

Mat Kilau sangat lantang dalam penentangannya
dicop sebagai Penderhaka oleh Inggeris hingga

beliau terpaksa mengasingkan diri demi
keamanan masyarakat setempat.

Semasa persembunyian, beliau di serang Inggeris
akibat daripada anak muridnya yang telah

membelot sehingga kulit belikatnya terkoyak
selepas di tembak dengan peluru emas.

JASA DAN
SUMBANGAN MAT

KILAU

Mengetuai
penentangan terhadap

penjajah tanpa rasa
gentar dan berjaya

membangunkan
pasukannya dengan

usaha gigih
Mewujudkan sikap
cintakan tanah air

dalam kalangan
penduduk setempat
Mengembangkan ilmu
persilatan, ilmu agama
dan ilmu kebatinan

kepada para
pelajarnya dan
digunapakai hingga ke

hari ini

PENUTUP

Mat Kilau ialah tokoh kemerdekaan yang
harus dikenang dan dihargai sepanjang

zaman.
Beliau tidak pernah mengalah dan berjuang

dengan bijaksana bagi memastikan
keselamatannya dan keselamatan penduduk

setempat terjaga daripada ancaman
penjajah.

Semangat dan jati diri beliau wajar dijadikan
panduan dan pengajaran buat generasi kini.

RUJUKAN

https://sejarahtokoh.wordpress.com/dato-
bahaman/

https://kheru2006.livejournal.com/1591378.ht
ml

https://www.facebook.com/30157862062817
8/posts/kehebatan-mat-kilaupahlawan-sufi-
dari-pahang-ketika-mat-kilau-bersembunyi-

beliau/675620953223941/


Click to View FlipBook Version