PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA NAMA : NOR AZNIRA LIDYA BINTI MOHD NOR NO. MATRIK : P21241387 PROGRAM : PISMP JUN 2021 UNIT : X10 KUMPULAN : KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA (KLM22) IPGM KAMPUS IPOH PERAK
BIL. ISI KANDUNGAN 1. BIODATA 2. MAKLUMAT PENGENALAN UNIT 3. LAMBANG PENGAKAP 4 BENDERA PENGAKAP 5 COGAN KATA PENGAKAP 6 IKRAR DAN LAGU UNIT PENGAKAP 7 SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA 8 SEJARAH PENGAJAP DUNIA 9 PELEMBAGAAN DAN UNDANG UNDANG PERSEKUTUAN PENGAKAP 10 PENGASAS, SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP 11 TUJUAN PENUBUHAN PENGAKAP 12 ISTIADAT RASMI PENGAKAP 13 STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP PELBAGAI PERINGKAT 14 DASAR KEAGAMAAN 15 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KUMPULAN 16 PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP 17 PROTOKAL DAN PEMAKAIAN LENCANA 18 TANDA PANGKAT 19 SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 20 RANCANGAN PROGRAM / AKTIVITI KUMPULAN 21 RUJUKAN
MPU 3431a UNIT BERUNIFROM PENGAKAP 1
DEFINISI PENGAKAP Pergerakan Pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela, bebas daripada politik untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya. PENGENALAN KEPADA PENGAKAP KANAK-KANAK Pergerakan Pengakap merupakan salah satu badan beruniform (berpakaian seragam) yang giat bergerak di negara ini. Salah satu cabang dalam pergerakan ini ialah Pengakap Kanak-kanak. Pengakap Kanak-kanak mengandungi ahli-ahli yang berumur antara (8) lapan tahun hingga (12) dua belas tahun (murid murid sekolah rendah). Pergerakan Pengakap Kanak-kanak menjadi salah satu gerak kerja kumpulan yang memberi khidmat kepada sekolah dan masyarakat. Di bawah program KBSR Pergerakan Pengakap Kanak-kanak telah dipilih sebagai salah satu gerak kerja kokurikulum yang diwajibkan di semua sekolah rendah. Ini disebabkan ianya didapati amat sesuai dijalankan oleh murid-murid pada peringkat ini. Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan satu cara didikan yang boleh dijalankan di dalam dan di luar sekolah di mana aktivitinya mudah diikuti dan menarik minat murid-murid di samping dapat menyemaikan sifat-sifat kepemimpinan,bekerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan mereka. MAKLUMAT PENGENALAN UNIT Persekutuan Pengakap Malaysia: Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) 2tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada 2hb Julai 1910. Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965. Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pengawai Ingerris sama ada daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik.
LAMBANG PENGAKAP
Pecahan tiga kelopak melambangkan persetiaan pengakap yang tiga iaitu; Taat kepada tuhan, taah kepada raja Taat kepada negara. Warna putih- kesucian dan kebersihan Dua buah Bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan undang-undang pengakap yang sepuluh itu. Warna ungu-warna biro Pengakap Sedunia. Lingkaran tali berwarna putihmelambangkan persaudaraan pengakap sedunia. Ikatan putih-menunjukkan ikatan Persaudaraan Pengakap LOGO PENGAKAP DUNIA
vTerdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: Ø Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap" Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia". Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undangundang Pengakap yang sepuluh. Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia" vWarna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. vBulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam". vWarna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap. Kuning - "Pengakap Kanak-Kanak“ Hijau - "Pengakap Muda", Merah- "Pengakap Remaja- " LOGO PENGAKAP MALAYSIA
BENDERA PENGAKAP
Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 PersetiaanPengakap iaitu: 1.Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara 2.Menolong orang setiap masa 3.Menurut undang-undang Pengakap. Dua bintang pecah lima berwarna hijau menandakan undang-undang Pengakapyang sepuluh. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap" Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia" Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam". Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan PersaudaraanPengakap Sedunia". Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna dirajabagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap iaitu: 1.Kuning - Pengakap Kanak-Kanak 2.Hijau - Pengakap Muda 3.Merah - Pengakap Remaja BENDERA RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
COGAN KATA PENGAKAP
COGAN KATA PENGAKAP MALAYSIA Cogan kata bagi unit-unit dan Persekutuan Malaysia adalah berbeza-beza di antara satu sama lain. Cogan kata bagi unit-unit tersebut: Pengakap kanak-kanak – Buat Sehabis Baik. Pengakap muda – Selalu Sedia Pengakap remaja – Pandangan Luas Pengakap kelana – Berkhidmat COGAN KATA PENGAKAP KANAK-KANAK Untuk murid tahap dua sekolah rendah iaitu berumur 9 tahun hingga 12 tahun. 1. 2.Cogan kata mereka ialah “Buat Sehabis Baik”. Mempelajari asas kepengakapan bagi membuat persediaan yang rapi danmenimba ilmu pengetahuan. 3. Membentuk tingkah laku dan persepsi yang positif terhadap kepengakapan. 4. COGAN KATA PENGAKAP MUDA 1.Untuk tingkatan 1 hingga tingkatan 3 sekolah menengah. 2.Cogan kata mereka ialah “Selalu Sedia”. Ahli pengakap selau bersedia menerima segala cabaran yang dipelajari asaskepengakapan dengan mengaplikasikan asas tersebut dalam kehidupan. 3. 4.Menerima latihan sesuai dengan umurnya. Satu Istiadat Meningkat Naik hendaklah diadakan dan ahli akan melafazkansemula Persetiaan Pengakap. 5. SELALU SEDIA BUAT SEHABIS BAIK
a.Untuk ahli berusia 17 tahun hingga 40 tahun. b.Cogan kata mereka ialah “Berkhidmat” c.Ahli pengakap yang sukarela menjadi sebahagian daripada ahli akan berkhidmatuntuk negara dan juga memegang kepada prinsip kepengakapan. d.Perkhidmatan tersebut akan membentuk jati diri yang kukuh dan sentiasaberfikiran lebih rasional. COGAN KATA PENGAKAP MALAYSIA COGAN KATA PENGAKAP REMAJA COGAN KATA PENGAKAP KELANA Untuk murid sekolah menengah tingkatan 4 dan 5 termasuk pelajar tingkatan 6. Cogan kata mereka ialah “Pandangan Luas” Ahli pengakap membentuk satu rutin dalam kepengakapan supaya dapatmencipta atau berfikiran jauh untuk sesuatu yang baharu dan sentiasa berfikir diluar kotak. Untuk ahli berusia 17 tahun hingga 40 tahun. Cogan kata mereka ialah “Berkhidmat” Ahli pengakap yang sukarela menjadi sebahagian daripada ahli akan berkhidmatuntuk negara dan juga memegang kepada prinsip kepengakapan. Perkhidmatan tersebut akan membentuk jati diri yang kukuh dan sentiasaberfikiran lebih rasional. BERHIKMAT SELALU SELALU SEDIA
IKRAR DAN LAGU UNIT PENGAKAP
Bahawa dengan sesungguhnya Saya berjanji dan bersetia Yang saya Dengan seberapa daya Upaya saya Akan taan kepada tuhan, raja dan negara Menolong orang pada setiap masa Menurut undang-undang pengakap PERSETIAAN PENGAKAP
Kami pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang Bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana Sahaja Demi tuhan, raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, pengakap Malaysia. LAGU RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA Lirik lagu pengakap Malaysia
SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA
1915- Pulau Pinang iaitu Penang Free School, dibawa oleh H.R. Cheesman 1926- Maktab Melayu Kuala Lumpur (MCKK), dibawa oleh I.R. Wheeler 1922- Kedah, dibawa oleh EC Hicks, E A g Stuart, RPS Walker dan C W bloomfield 1928 – Johor, iaitu di Maktab Sultan Abu Bakar, dibwa oleh H.R. Cheesman 1926- Melaka dan Negeri Sembilan, dibawa oleh Brunstone 1926-Selangor menubuhkan pergerakan pengakap oleh Ameen Akhbar 1927- Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini. Pengasas di Terengganu ialah A.J Grade dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong 1931-Perlis, dibawa oleh Bird dan Roger Smith bersuara 1913- Sandakan Sabah, diperkenalkan oleh Reverend Thomas Ceccil Alexander 1915- Sarawak, dibawa oleh Reverend Thomas Ceccil Alexander SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA Pergerakan pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) secara rasmi pada 2 Julai 1910 apabila F.C Sands menubuhkan Pasukan Pengakap Kanak-kank (cubs) di Singapura. Untuk dua dekap seterusnya pergerakan pengakap tersebar ke seluruh tanah melayu dan Borneo. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia ke-2. Perseketuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh persidangan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Persekituan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu. Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogas 1965, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada Ogas 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura kelaur dari gagasan Malaysia.
SEJARAH PENGAKAP DUNIA
Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa inggeris Bernama Robert Stephenson Smyth Baden –powell pada tahun 1907 yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Beliau memegang pangkat Mejar jeneral. Pada tahun 1907 telah bermulanya persatuan pengakap ketika Baden-Powell pulang ke England selepas bersara daripada tentera dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari. Seramai 21 orang kank-kanak turut serta dalam perkhemahan itu. Pada tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul ‘scouting for boys’ kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di india dan afrika serta perkhemahan budak-budak di pulau Browsea. Kemudian, buku itu telah dijadikan sebagai panduan bagi mempelajari dan melatih pengakap di seluruh dunia. Dengan itu, wujudnya pengerakan pengakap. Dalam tempoh setahun Sahaja pengerakan pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, pergerakan pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia. Pada tahun 1912 beliau mengelilingi dunia untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Inilah titik permulaan persaudaraan pengakap sedunia. Tahun 1920, Jambori pengakap Dunia yang pertama telah diadakan Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala Kerajaan Bristish Mneganugerahkan “Lord Baden Of Gillwell’ kepada beliau SEJARAH PENGAKAP DUNIA
PELEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN PENGAKAP
1.Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya (Dipercayai) 2.Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta RajaRaja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibubapa, majikannya dan orangorang bawahannya (Taat) 3.Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa (Berguna) 4.Pengakap adalah bersahabat kepada sekelian orang dan bersaudara kepada lainlain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekalipun (Bersaudara) 5.Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi (Berbudi) 6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang (Kasihkan Binatang) 7.Pengakap adalah seorang yang menurut perintah dan suruhan ibubapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan tiada bantahan (Menurut Perintah) 8.Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di masa susah (Tabah Hati) 9.Pengakap adalah jimat dan cermat (Berjimat) 10.Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya danperbuatannya (Suci fikiran, perkataan dan perbuatan) UNDANG-UNDANG PENGAKAP
PENGASAS, SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP
NAMA PENUH : SCOUT MASTER FRANK COOPER SANDS GELARAN : BAPA KEPENGAKAPAN MALAYSIA Beliau merupakan seorang peneroka British. Beliau juga seorang pemimpin pengakap dari singapura. SUMBANGAN Telah berjaya menubuhkan kumpulan pengakap pertama di Singapura serami 30 ahli. PENGASAS PENGAKAP DI MALAYSIA
Pada tahun 1908, Pengakapan telah tiba di Tanah Melayu di Pulau Pinang dan Selangor pada tahun 1909. Namun demikian, it gagal menarik minat orang tempatan dan lama-kelamaan telah hilang. Kemudian, pada 2 Julai 1910, seorang peneroka British dan Pemimpin bertauliah dari England, Frank Cooper Sands, telah datang ke Singapura dan menubuhkan Pergerakan Pengakap yang mengandungi 30 orang belia di bawah anjuranY.M.C.A., di mana bangunannya juga dijadikan sebagai Ibu Pejabat Pengakap masa itu. Pada tahun yang sama, Bennet Eyre Shaw , telah mengumpulkan sekumpulanbudak-budak dari kelas keagamaan Victoria Institution (kini dikenali sebagai S.M.K.Victoria) lalu membentuk Pergerakan Pengakap pertama di Kuala Lumpur berpandukan buku ‘Scouting for Boys ’. Semenjak itu, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat ke negeri-negeri lain di Tanah Melayu dan Borneo yang memiliki sekurang-kurangnya satu Pasukan Pengakap padaketika itu. Antara negeri Tanah Melayu yang telah memulakan Pengakapan pada masa ituadalah di Pekan, Pahang . Pergerakan Pengakap tersebut telah dimulakan oleh G.M.Laidlow pada tahun 1912 tetapi lamakelamaan telah hilang. Pada tahun 1927, Pergerakan Pengakap di negeri Pahang telah dihidupkan semula oleh H.P. Hertslet dan kemudiannya Wheeler dan Frisby dari Pejabat Pendidikan Negeri Pahang. Pada tahun 1913, Pergerakan Pengakap telah bertapak di Sandakan, Sabah apabila Rev. Thomas Cecil Alexander daripada Misi Anglica menubuhkan Pasukan Pengakap di sana. Beliau jugadikenang sebagai Pengasas Pergerakan Pengakap Borneo Utara(kini dikenali sebagai Sabah). Pergerakan Pengakap telah tiba di Sarawak pada tahun1915, lebih kurang lima tahun selepas ia ditubuhkan di Malaya(kini dikenali sebagai Semenanjung Malaysia). Hokkien FreeSchool (kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Chung Hua 1) merupakan sekolahpertama di Kuching yang memulakan Pergerakan Pengakap atas usaha Guru Besarnya, En.Philip Cox, yang mula memperkenalkan aktiviti Pengakapan asas kepada sekumpulan kecilmurid sekolahnya. Di Pulau Pinang, Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh seorang pendidikyang terkenal, H.R. Cheeseman, dari Penang Free School pada tahun 1915. Cheeseman telah berkhidmat selamat 13 tahun di dalam Pergerakan Pengakap Malaya sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya. Pada tahun 1919, pengakapan untuk budak-budak Melayu di Singapura telahdiadakan oleh Kapten N.M. Hashim dan A.Z. Alsagoff. Di Kedah, pengakapan telah bermula pada tahun 1922 oleh E.A.G. Stuart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfield. Pergerakan Pengakap di Melaka dimulakan pada tahun 1925 oleh R. Brunston. Pada tahun yang sama, Pergerakan Pengakap telah dimulakan di Negeri Sembilan oleh Bird dan Roger Smith. Di Perak, pengakapan telah dimulakan pada tahun 1926 di Maktab Melayu Kuala Kangsar oleh I.R. Wheeler. Kemudian, Pergerakan Pengakap telah dimulakan di sekolah-sekolah di sana. Pada tahun yang sama, Ameen Akbar telah memulakan pergerakan pengakap di negeri Selangor dan A.J. Cracle memulakan pergerakan pengakap di negeri Terengganu. PENGASAS PENGAKAP DI MALAYSIA
Robert Stephenson Smyth Baden-Powell ynag terkenal dengan nama Lord BadenPowell atau BP. Baden Powel. PENGASAS PENGAKAP DUNIA Dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857 Ibu beliau ialah anak kepada laksamana british Bernama W.T. Smyth Bapa beliau Reverend H.G BadenPowell adalah orang mahaguru di Universiti Oxford, London, Englang Meninggal dunia pada 8 Januari 1941 Beliau berbangsa inggeris.
SEJARAH PENGASAS PENGAKAP DUNIA Lord Baden-Powell juga dikenali sebagai “BP” dilahirkan pada 22 Februari 1857 Di Hyde Park, London. Bapanya, Reverend H.H. Baden-Powell merupakanseorang pensyarah di Universiti Oxford, London. Manakala ibunya pula adalah anakkepada Laksamana British yang bernama W.T.Smyth. Semasa BP berumur tigatahun, ayahnya meninggal dunia. Tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaanyang sederhana. Sejak kecil sudah menunjukkan minat yang amat mendalamterhadap penghidupan di luar rumah dan alam semula jadi. Pada zamanpersekolahan, BP banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolah seperti berlakon,menyanyi dan menembak. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggaldunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulang tahun ke 84. Pengasas Pengakap Dunia: Leftenan Jeneral Lord Robert Stephenson Smyth Baden-Powell (1857-1941) Baden Powell ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar hussar ke-13 dan ditempatkan di India pada tahun 1876 dan kemudian mendapat Ketua Inspektor pada tahun 1903. Dalam satu serangan terhadap Mafeking pada tahun1899, BP merancang membawa pesanan-pesanan dan menggantikan askar-askar di medan perang dengan kanak-kanak yang tinggal di bandar yang diserang itu. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini meninggalkan kesan yang amat dalam hati BP dan pada tahun 1907, ketika pulang ke England, beliau telah menganjurkan suatu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki. Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu, pada tahun 1908, BP telah mengarang sebuag buku bernama Scouting for Boys.
SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP PENGAKAP MALAYSIA
10 OGAS 1985 Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Bhagian Pendidikan Guru (MPKLM/BPG) ialah sebuah badan yang ditubuhkan di institute Aminuddin Baki (IAB) SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP PENGAKAP DI IPG MPKLM di rasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Dr.Hj. Sulaiman Hj. Daud Selaku Ketua Pengakap Negara Merangkap Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan JUN 2020 MPKLM IPG telah ditubuhkan di Institut Pendidikan Guru (IPG) dengan tujuan untuk menjaga, mengawasi dan mengurustadbirkan 27 Pergerakan Pengakap Daerah yang dikenali sebagai Kumpulan Latihan Mlaysia (KLM)
TUJUAN PENUBUHAN PENGAKAP
MEMBENTUK WARGANEGARA YANG TAAT KEPADA NEGARA Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan agama yang diketuai oleh seorang yang dipertuang Agong. Yang Dipertuan Agong merupakan simbol kedaulatan undang-undang negara Pengakap kelana adalah diingagatkan supaya mempertahankan undang-undang dan dasar-dasar negara untuk memastikan keamanan dan kestabilan negara. TUJUAN PENUBUHAN PENGAKAP MENINGGIKAN PERSAUDARAAN ANTARA PENGAKAP-PENGAKAP SEDUNIA Pengakap kelana adalah ahli pergerakan pengakap seduania yang telag ditubuhkan untuk memastikan ahli-ahlinya menjadi warganegara dunia yang berguna dan berkebolehan. Semua pengakap kelana adalah sahabat dan saudara antara satu sama lain. Setakar ini, lebih daripada 250 juta orang di seluruh dunia pernah menjadi pengakap. PERSAUDARAAN AKTIVITI-AKTIVTI LUAR Pengakap ditubuhkan untuk mengalakkan belia-belia melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti luar seperti berkhemah, mengembara dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti tersebut melatih seseorang itu menjadi seorang yang berpengalaman dan boleh bergantung kepada dirinya sendiri dan seterusnya membantu orang lain. Sistem Latihan pengakap kelana menggalakkan semua ahlinya melatih diri sendiri dalam Kemahiran luar.
PERKHIDMATAN MASYARAKAT Dalam pembentukan warganegara yang berguna, pengakap kelana itu diwajibkan berkhidmat kepada Masyarakat dengan tujuan untuk keamanan dan kedamaian Masyarakat. TUJUAN PENUBUHAN PENGAKAP FIKIRAN PROGRESIF ANTARA BELIA Sebagai sebuah negara yang sedang membantu, Malaysia memandang ke arah golongan belianya untuk menjadi pemimpin-pemimpin masa depan. Dengan melibatkan diri dalam hal ehwal masyarakat, seoran pengakap kelana diharap dapat memainkan peranan yang penting dalam Pembangunan negara. Ini dapat dilaksanakan dengan pelbagai cara seperti melanjutkan Pelajaran, melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang tiada kaitan dengan unsur politik ataupun berkhidmat kepada Masyarakat. BERDIKARI Undang-undang pengakap yang kesebelas yang dicatatkan iaitu ‘seorang Pengakap itu bukannya Bodoh’ A Scout is not a fool. Dalam latihah pengakap kelana, seorang itu, diwajibkan memperoleh tabiat-tabiat berdikari dan dipastikan supaya menjalankan tugas-tugasnya dengan seberapa daya Upaya yang boleh. PERLINDUNGAN ALAM SEMULA JADI Dengan Pembangunan yang pesat, kita kehilangan sebahagian daripada alam semula jadi kita. Alam semula jadi adalah tempat di mana aktiviti-aktiviti berpengakap dijalankan. Dengan kesedaran ini, pengakap kelana diharapkan memainkan peranannya untuk melindungi alam semula jadiny dengan sebaik mungkin
ISTIADAT RASMI PENGAKAP
Pergerakan pengakap mempunyai istiadat-istiadat yang sentiasa diamalkan Tujuannya adalah: Fahami dan bina perasaan Cintakan Negara- Nyanyi Lagu Negaraku / Negeri – kibar bendera- Hormat Bendera. Bentuk / Latihan disiplin / sikap positif dan peraturan-peraturan yang baik. Mengingati semua asas atau asal usul berpengakap Suburkan semangat persaudaraan dan perpaduan Menerapkan nilai kesopanan dan kesusilaan Melatihkan dari taat akan Tuhan Penghargaan kepada pemimpin Istiadat laung Agung adalah Tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan di seluruh dunia. La digunakan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat ‘sehabis baik’. Kta penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Luang Agung hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK. TUJUAN ISTIADAT RASMI ISTIADAT RASMI PENGAKAP ISTIADAT LAUNG AGONG
ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA PROSEDUR 1. Akela akan berkata "BENDERA". Semua PKK mengadap bendera. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) keluar terus berjalan (berkawad) menuju ke tiang bendera. 2. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berhenti pada jarak satu langkah di hadapan tiang bendera. 3. Dalam keadaan sedia, tangan kanan petugas merentap (1 kali sahaja) tali bendera untuk "memecah bendera" dan selangkah ke belakang untuk memberi hormat bendera serta diikuti pemimpin dan PKK. Petugas berpusing ke belakang dan kembali ke tempat asalnya dengan berkawad. 4. Selepas itu, Akela akan berkata "NEGARAKU". PKK secara serentak n menyanyikan lagu Negaraku bersama-sama dan kuat. Pada akhir lagu semua PKK mengadap kembali ke dalam bulatan seperti asal. 5. Selepas itu Akela berkata "DOA". Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat menadah tangan berdoa. Bagi yang bukan muslim, tundukkan kepala dan pandang tumit sambil bertafakur mengikut agama masing-masing. Selepas tamat doa Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat turunkan tangan. 6. Sekiranya ada Ketua Pemimpin, Akela akan melapor kepada Ketua Pemimpin atau minta menjalankan tugas lain. 7. Selepas itu Pemimpin dikehendaki memeriksa dan membetulkan kesilapan uniform PKK sebelum membuat pengumuman. ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA
STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP PELBAGAI PERINGKAT
Penaung Diraja DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar struktur organisasi kebangsaan Presiden Dato‘Seri Haji Anwar IbrahimPres Ketua pengakap Negara/ Yang Dipertua MPN Mejar Jeneral (B) Prof. Dato’ Dr. Haji Mohd Zin Bidin Timbalan Yang Dipertuan MPN Dato Haji Ahmad Shazilly Ismail Bakti Naib Yang Dipertua MPN Datuk Zamani Tambichek Dato' Sri Ar. Dr. Amer Hamzah Mohd Yunus Setiausaha MPN Ts. Haji Lani Ibrahim Bendahari MPN Tan Sri Dato' Haji Abdullah Haji Taib Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Haji Nasaruddin Haji Shamsuddin Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Dr. Mohammed Mukhyuddin Sarwani Haji Ahmad Sabri Saad Ts. Mohd Hilmi Abu Bakar Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Norma Noordin (Pesuruhjaya Antarabangsa) Dr. Ekbert Yong Yen Loong (Pesuruhjaya Latihan Negara) Mej. (AW) Haji Mohd Khir Muda (Pesuruhjaya Program Negara) Tiada (Komunikasi & Perhubungan Strategik) Zairi Zaharin (Pengurusan & Tadbir Urus) Ketua Pegawai Operasi Aiznin Sairi Sulaiman
Struktur dan Organisasi Peringkat Negeri (Kumpulan Latihan Malaysia IPGM) Yang Dipertua Ybrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad (Rektor IPGM) Pengerusi Ybrs. Pn. Anis Alisya binti Abdullah (Timbalan Rektor Kanan IPGM) Timbalan Pengerusi Dr. Shamsul bin Saniron Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kapt. M. Asrar bin Sidon (B) Setiausaha Kehormat Tn Khairudin bin Ahmad Pen. Setiausaha Kehormat Pn. Suliana binti Wan Chik Ybrs. Dr. Normila binti Mohd Bohari Bendahari Kehormat En. Khairuddin bin Saidin Majlis Pesuruhjaya Penolong Pesuruhjaya Negeri Pesuruhjaya Daerah
Daerah (IPGM) Penaung Pengarah IPG Peruruhjaya Daerah Pemimpin Pnegakap / Kapten Ketua Pensyarah Penasihat Penolong Pemimpin / Leftenan Pensyarah- pensyarah Penasihat Penolong Ketua Sekawan / Penolong Ketua Kumpulan Ahli Pengakap Setiausaha Bendahari Ketua Sekawan / Ketua Patrol Ahli kumpulan Quarter Master Patrol Ahli Kumpulan Quarter Master Patrol Ahli Kumpulan Ketua Sekawan Kanan / Ketua Kumpulan Ahli Pengakap Quarter Master Kumpulan Ahli Pengakap Ketua Sekawan / Ketua Patrol Ahli kumpulan Ahli- ahli Ahli- ahli
DASAR KEAGAMAAN
AGAMA 1 Perlu dititikberatkan kepada ahli kerana tanpa kepercayaan agama maka pengakap itu tidak akan sempurna 3 2 Di Peringkat WOSM, syarat yang ditetapkan untuk sesebuah negara itu diterima dalam pertubuhan pengakap sedunua adalah dengan memasukkan unsur “Keprcayaan kepada Tuhan” di dalam persetiaan Pengakap negara tersebut. Jangan diadakan satu sembahyang yang khas bagi kesemua agama dalam Kumpulan itu. KEPERCAYAAN KEROHANIAN vAnggapan atau akuan bahawa sesuatu itu ada atau benar. vKeyakinan terhadap sesuatu kebenaran vSemangat intrinsic yang dikaitkan dengan perasaan dalaman/ emosi kendiri kejiwaa DASAR KEAGAMAAN Kepercayaan kepada tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaaNya dan penerimaan ajaran dan PerintahNya Kepercayaan kepada maha Kuasa Kepercayaan kepada sesuatu dewa dan lainlain yang dipuja dan sebagainya serta dianggap sebagai sesuatu yang amat berkuasa 1 2 3
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KUMPULAN
Yuran Pengakap Kanak-kanak Kumpulan/Anggota yang baru mendaftar dan kumpulan/anggota yang sudah lamamendaftar perlu sentiasa memperbaharui pendaftaran mereka dengan PPM. Bayaran yuran Bermula tahun 2018 ;- i) Yuran keahlian = RM 7 (Setahun) ii) Yuran kumpulan = RM 30 (Setahun) iii) Pemimpin / Penolong Pemimpin = RM 10 (Setahun) Kumpulan/Anggota yang tidak menjelaskan yuran pendaftaran tidak dibenarkan untuk menjalankan aktiviti pengakap. Kumpulan yang tidak memperbaharui pendaftaran juga tidak dibenarkan menjalankan Sebarang latihan atau perjumpaan serta berpakaian seragam pengakap yang lengkap beserta lencananya.Ini kerana keahlian mereka telah digantung mengikut Dasar Persetubuhan dan Peraturan Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia (Peraturan 44-47). Pemimpin kumpulan akan digantung keahliannya dan tauliahnya secara serta merta. Penggantungan yang dibuat adalah bersifat sementara, Pesuruhjaya Daerah boleh memaklumkan kepada kuasa pengajur untuk memperbaharui keahlian kumpulan dengan segera. Pesuruhjaya Daerah juga boleh menarik balik surat penggantungan kumpulan dan tauliah-tauliah pemimpin setelah menerima boring pendaftaran. YURAN KEAHLIAN PENGAKAP PERATURAN PENDAFTARAN KUMPULAN Sebuah sekolah hanya boleh menubuhkan satu kumpulan sahaja. BILANGAN ANGGOTA Dengan bilangan 18 orang ahli dan 2 orang pemimpin, satu kumpulan boleh ditubuhkan jika ahli melebihi 48 orang, ia boleh dibahagiakan kepada beberapa pasukan. PENDAFTARAN Tiap kumpulan hendaklah didaftarkan kepada persekutuan pengakap Malaysia dengan mengisi borang. PPM-8* Pemintaan bagi pendaftaran kumpulan (1x) PPM1 (A) *Pendaftaran keahlian ( setiap tahun) PPM1 (B) * Borang kawalan (statistik) PPM 9 A * Permohonan tauliah sebagai pemimpin dalam kumpulan. Pendaftaran ahli pengakap diperbaharui setiap tahun Pendaftaran keahlian bermula bulan Mac Tertakluk dibawah akta: akta Parlimen 1968, Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia Pindaan Akta 143, Tahun 1974 PindaanAkta 409, Tahun 1989 Borang boleh diperoleh dari Pesuruhjaya Pengakap Daerah.
BORANG KEAHLIAN PENGAKAP
TAULIAH PEMIMPIN Setiap pemimpin wajib memiliki dua jenis tauliah daripada PPM 1. Tauliah sementara 2. Tauliah tetap Tauliah sementaran diberikan kepada pemimpin yang telah lulus kursus kepimpinan manikayu peringkat satu dan dua. Tauliah tetap diberikan kepada pemimpin yang telah lulus kursus kepimpinan Manikayu Peringkat Tiga. Perlu pohon tauliah baru serta mengembalikan Tauliah lama kepada PPM sekiranya pemimpin bertukar ke sekolah lain. PENTADBIRAN KUMPULAN Dilaksanakan oleh kuasa penganjur (guru besar/ Pengetua) dan pemimpin surat menyurat dibuat secara rasmi dan ditandatangani oleh kuasa pengajur/ ketua pemimpin bagi pihak pelajr. anggota tidak dibenarkan menjalankan urusan pentadbiran pihak sekolah perlu memiliki / menyediakan satu fail pengakap. JAWATANKUASA KUMPULAN jawatankuasa Kumpulan jawatankuasa pemimpin kumpulan jawatankuasa Majlis Ketua Patrol (Bagi budak-budak pengakap) TUGAS MAJLIS PEMIMPIN Memeriksa dan meyemak buku log kumpulan mengambil kedatangan anggota kumpulan dan pemimpin memeriksa stok alatan kumpulan membuat persediaan mengajar (program mingguan) mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa / penjaga REKOD-REKOD Kehadiran prestasi perancangan mingguan kewangam fail surat menyurat laporan aktivti.
PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP
PENGAKAP PEMIMPIN LEKAKI PENGAKAP PEMIMPIN PEREMPUAN PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP PEMIMPIN
PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP KANAK-KANAK PENGAKAP LELAKI PENGAKAP PEREMPUAN
PROTOKAL DAN PEMAKAIAN LENCANA