FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN
ISLAM DENGAN KEPUJIAN (SYARIAH)
(PPPY1162)
FIQH IBADAT DAN MUNAKAHAT
PERBEZAAN ANTARA FASAKH DAN
KHU
LUK
PENSYARAH: DR. NURUL ILYANA
BINTI MOHD ADNAN
NAMA & NO MATRIK :
1. TENGKU BALQIS BINTI TENGKU
SHAHROLNIZAM (A192407)
2. AIN SAFFIYA AYUNI BINTI
AHMAD NIZAM (A192396)
Pada suatu hari Ali dan Alina
ditakdirkan bertemu secara kebetulan
di sebuah gerai makan di sebuah
perkampungan berdekatan dengan
rumah nenek Alina di Pahang. Alina
merupakan seorang janda beranak dua
yang kematian suami sejak 3 tahun lalu
dan bekerja di gerai makan itu.
Kebetulan ketika itu, Ali ditugaskan
menjaga tapak projek pembinaan
sebuah pejabat kerajaan di situ selama
setahun setengah dan terpaksa
meninggalkan isteri, Mimi dan anak-
anaknya di Kuala Lumpur.
Sepanjang berada di Pahang, Ali dan Alina sering
bertemu dan iman Ali berasa tercabar melihat
kecantikkan Alina yang sudah lama menjanda itu,
dengan pakaiannya yang menjolok mata seolah sengaja
mengumpan kaum Adam supaya sentiasa menjadi
pelanggan setia di gerai makan itu. Mereka kerap
bertemu sehingga Ali mengajaknya ke sebuah tempat
menarik yang terletak 50-kilometer dari kampung
tersebut. Dengan pantasnya Alina bersetuju untuk
menemaninya. Selain itu, perjalanannya agak jauh
sehingga lewat malam dan terpaksa menetap di sebuah
hotel murah semalaman kerana sudah lewat untuk
pulang ke rumah. Sebenarnya itu merupakan helah Ali
untuk menikmati hari-harinya bersama Alina yang sudah
lama jatuh hati kepadanya dan Alina tidak akan
melepaskan peluang ini demi membuktikan cintanya
terhadap Ali itu mulus.
Setelah kejadian itu berlaku, perbuatan Ali
semakin menjadi-jadi dan semakin gila bayang
terhadap Alina. Alina sudah tentunya berasa
gembira kerana dia berjaya pancing Ali untuk
jatuh hati kepadanya. Setelah beberapa minggu
berkenalan, Alina akhirnya berkahwin dengan Ali
biarpun menyedari lelaki itu sudah berkeluarga
dan mempunyai anak. Tempoh setahun
setengah memang berlalu dengan cepat dan Ali
kembali semula ke Kuala Lumpur selepas
projeknya di Pahang selesai sekali gus kembali
tinggal bersama isteri pertamanya, Mimi.
Ali juga membuat pergiliran untuk
menjenguk isteri keduanya, Alina di Pahang
tetapi lama kelamaan perbuatan itu
semakin berkurangan. Setiap kali Ali
pulang ke rumah Alina mula mengungkit
sikap suaminya yang tidak berlaku adil
terhadap pertanyaan itu yang hanya
membangkitkan kemarahan Ali sehingga
dia pernah dipukul sehingga jatuh dan
tidak memberi nafkah secara adil
kepadanya dan anak-anak. Perkahwinan
mereka dikurniakan dua orang anak. Alina
juga turut membuat laporan polis terhadap
perbuatan kekerasan suaminya itu.
Alina semakin tidak tahan sabar dengan
tindakan suaminya itu sehingga dia berfikir
sedalam-dalamnya untuk menyelesaikan
masalahnya dengan menuntut fasakh cerai atau
khuluk di Mahkamah Syariah kerana
perkahwinan dia dan Ali sudah tidak ada
penghujungnya. Oleh itu, Alina tidak terburu-
buru untuk membuat keputusan dan ingin
mendapatkan nasihat peguam pilihan mana
yang sesuai dengan masalah yang dihadapinya
itu. Alina telah mendapatkan nasihat daripada
peguam selama seminggu dan peguam
mencadangkannya untuk menuntut cerai
secara fasakh kerana dia pernah dipukul oleh
suaminya dan tidak berlaku adil mengikut
hukum berpoligami.
Meskipun pada mulanya Alina
hanya bercadang ingin diceraikan
secara khuluk kerana baginya dia
mampu untuk menebus dirinya
dengan bayaran namun pihak
mahkamah melihat perceraian Alina
disebabkan kekasaran dan kurang
memberi nafkah kepada Alina.
Mahkamah lebih melihat kepada
penderaan suami terhadap isteri,
maka mahkamah memutuskan
untuk menceraikan mereka secara
fasakh.
Hari perbicaraan mahkamah telahpun tiba, Alina
telah menyediakan dua orang saksi untuk
menyokong permohonannya itu. Mahkamah juga
mendapati keterangan saksi-saksi adalah konsisten
dan menyokong tuntutan Alina berdasarkan
alasan-alasan yang telah dikemukakan. Tambahan
pula, Alina juga menyediakan bukti-bukti seperti
laporan polis dan laporan perubatan. Pihak
mahkamah yakin bahawa perbuatan Ali yang tidak
bertanggungjawab terhadap Alina dan anak-
anaknya termasuk sering tiada dirumah dan mudah
panas baran telah meyusahkan kehidupan mereka.
Dengan itu, mahkamah juga telah mengisytiharkan
bahawa Alina tidak pernah nusyuz.
Akhirnya keputusan mahkamah berpihak
pada Alina. Dia juga berjaya menuntut
haknya dengan cerai secara fasakh yang
telah dikendalikan di mahkamah pada hari
perbicaraan itu. Maka berakhirlah
kehidupan mereka sebagai suami isteri
kerana sudah tidak mempuyai perasaan
antara satu sama lain dan mereka memilih
untuk hidup dengan cara mengikut haluan
masing-masing.
SEBAB-SEBAB
FASAKH
Suami tidak memberi nafkah
zahir/batin.
Suami berpenyakit yang sukar
diubati.
Suami melakukan kezaliman
terhadap isteri.
Suami/ isteri murtad.
HUKUM
FASAKH
HARUS
Untuk isteri menjaga kemaslahatan
kedua-dua pihak.
Permohonan fasakh ini dibuat
apabila pihak lelaki tidak mahu
menceraikan isteri secara talak.
Tetapi pihak lelaki boleh sahaja
untuk menceraikan isteri secara
fasakh.
PENDAPAT
MAZHAB
BERKAITAN
FASAKH &
KHULUK
FASAKH
Terdapat dua pendapat di kalangan para fuqaha iaitu satu pendapat
membenarkan penceraian dan satu pendapat lagi tidak membenarkannya.
Yang membenarkan fasakh Yang tidak membenarkan fasakh
1. Mazhab Syafie 1. Mazhab Hanafi
2. Mazhab Maliki 2. Zahiri
3. Mazhab Hanbali
MAZHAB SYAFIE
Sekiranya suami tidak memberi nafkah kerana kefakirannya sedangkan isteri
masih bersabar dan tetap tinggal bersama suami maka semua jumlah nafkah
yang tidak dijelaskan akan dikira hutang yang mesti dilangsaikan oleh suami
di kemudian hari apabila dia berkemampuan. Tetapi apabila si isteri tidak lagi
ingin bersabar, maka dia mempunyai hak untuk membuat pilihan sama ada
ingin memohon fasakh ataupun tidak.
Imam Nawawi bahkan menambah bahawa suami tidak boleh membantah
permohonan fasakh yang dibuat oleh isteri dengan alasan isterinya telah reda
dan telah bersedia untuk mengharungi hidup susah semasa berkahwin
dengannya. Ini kerana pihak isteri tidak mempunyai sebarang tanggungan
untuk terus menanggung kesusahan tanpa nafkah setakat mana yang isteri
inginkan. Hak isteri menuntut fasakh atas alasan nafkah menurut beliau tetap
ada sama ada isteri telah mengetahui sebelum perkahwinan tentang kefakiran
suaminya ataupun tidak.
Al-Syirbini menghuraikan kata-kata Imam Nawawi di atas dengan menyebut
bahawa kesusahan yang dihadapi oleh isteri kerana tiada nafkah adalah
bertimpa-timpa dan semakin banyak hari demi hari dan keredaannya terhadap
kefakiran suaminya walaupun telah diketahui sebelum akad tidak boleh
dikatakan keredaannya untuk hidup menderita tanpa nafkah selama-lamanya.
Ini menunjukkan bahawa jika pada awal perkahwinan isteri memang
bersedia untuk hidup bersama dan menghadapi kesukaran tanpa nafkah,
tetapi kemudiannya mengubah pendiriannya maka dia tetap berhak untuk
menuntut fasakh dan suami tidak boleh menghalangnya daripada mengambil
tindakan.
MAZHAB MALIKI
Di sisi mazhab Maliki pula, walaupun mereka membenarkan isteri
menuntut perceraian tetapi ia tertakluk kepada syarat yang agak ketat.
Menurut al-Dusuq dan Ibn Rusyd, sekiranya isteri telah mengetahui
kefakiran suaminya sebelum akad atau semasa akad dan telah
menyatakan keredaannya untuk hidup bersama walaupun tanpa
pemberian nafkah, maka hak isteri untuk menuntut perceraian dianggap
telah terbatal. Ini menunjukkan keharusan perceraian menggunakan
alasan ini bergantung kepada pengetahuan isteri sebelum akad atau
semasa akad dan juga keredaannya terhadap kefakiran suaminya.
Mereka yang menerima keharusan perceraian atas alasan nafkah telah
menggunakan kaedah qiyas antara alasan keaiban dan juga nafkah.
Menurut Ibn Qudamah, isteri dibenarkan menuntut fasakh atas alasan
suami mempunyai keaiban kerana aib tersebut menyebabkan terhalang
daripada berlakunya persetubuhan dan menyebabkan isteri menderita.
Atas dasar perbandingan, isteri yang tidak diberi nafkah zahir untuk
mendapatkan keperluan asasi seperti makanan dan tempat tinggal akan
menanggung penderitaan yang lebih besar berbanding dengan tidak
mendapat nafkah batin. Pendapat ini turut disokong oleh al-Syirazi dan
al-Syirbini dalam perbahasan mereka. Berdasarkan kepada perbandingan
tersebut, sekiranya keaiban suami diterima sebagai alasan fasakh, maka
tidak ada sebab kenapa hakim tidak boleh membubarkan perkahwinan
kerana pengabaian nafkah oleh pihak suami.
MAZHAB HANBALI
Di dalam mazhab Hanbali, mereka bersetuju jika seorang suami gagal memberi
nafkah kerana kemiskinannya, maka terserlah kepada isteri sama ada hendak
bersabar dengan ujian tersbut ataupun memilih fasakh. Tetapi jika suami
tidak memberi nafkah sdangkan dia seorang yang kaya dan berkemampuan,
maka istri dibnarkan mengambil sedikit harta tersebut walaupun tanpa izin
suaminya. Jika keadaan ini berlaku dan isteri masih boleh menanggung dirinya
menggunakan harta tersebut, maka pernikahan mereka tidak boleh
dibubarkan.
Mereka berpendapat bahawa hak isteri untuk menuntut cerai tetap tidak
terusik tanpa mengira sama ada isteri telah mengetahui kefakiran suaminya
sebelum akad ataupun selepas akad. Bahkan hak tersebut tetap kekal
walaupun isteri telah atau pernah menyatakan keredaannya untuk sama-sama
menanggung kesusahan kefakiran si suami pada peringkat awal
perkahwinannya.
Pandangan mereka boleh dianggap satu pandangan yang baik demi menjaga
kebajikan kaum isteri. Ini kerana terdapat isteri yang tidak mengambil berat
tentang urusan nafkah pada awal perkahwinan, mungkin diselubungi rasa
sayang sehingga sanggup hidup susah bersama tanpa nafkah tetapi selepas
menghadapi tekanan untuk menyelesaikan urusan hidup, isteri tersebut
mungkin tidak mampu lagi untuk bertahan dan ingin mendapatkan perceraian.
Oleh itu pandangan yang membenarkan isteri menuntut fasakh adalah wajar
demi kebajikan kaum wanita.
MAZHAB HANAFI
Al-Marghinani dari mazhab Hanafi menyebut bahawa suami yang tidak memberi
nafkah kepada isterinya adalah satu kezaliman tetapi memisahkan pasangan
tersebut tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sekiranya isteri
mengadu kepada hakim maka dengan menggunakan kuasa mahkamah, hakim
hendaklah menyelesaikan masalah yang timbul sehingga si suami dapat dipastikan
menyempurnakan tanggungjawab tersebut. Pendapat ini turut disokong dan
dihuraikan dengan lebih terperinci oleh Ibn Hummam di dalam kitabnya Syarh Fath
al-Qadir.
Mereka membahagikan kegagalan memberi nafkah kepada dua keadaan.
Pertama, suami tidak memberi nafkah kerana enggan sedangkan beliau
seorang yang kaya dan mempunyai harta. Kedua, suami tidak memberi
nafkah kerana beliau seorang yang fakir dan tidak berkemampuan. Dalam
situasi pertama, hakim hendaklah memerintahkan agar harta suami dijual
walaupun tanpa keizinannya dan hasilnya hendaklah diserahkan kepada
isteri sebagai bayaran nafkahnya. Hakim juga boleh menghukum suami
dengan hukuman penjara jika dia berdegil sehingga dia berjanji akan
menyelesaikan urusan nafkah kepada isterinya.
Dalam situasi kedua, hakim hendaklah memberi kebenaran kepada isteri
untuk berhutang dengan orang lain menggunakan nama suaminya. Apabila
suami telah berkemampuan pada kemudian hari, beliau wajib membayar
hutang tersebut. Jika suami tetap berada dalam kemiskinan dan tidak
mampu membayarnya maka hakim hendaklah mengeluarkan perintah
penangguhan sehingga suami berkemampuan.
Sekiranya selepas perintah pinjaman dibuat tetapi isteri gagal
mendapatkan sebarang pinjaman daripada mana-mana pihak, maka hakim
hendaklah memerintahkan agar kaum kerabat suami memberi nafkah atas
nama hutang kepada isteri berkenaan. Jika kerabat suami enggan memberi
pinjam, hakim boleh menahannya di dalam penjara sehingga dia bersedia
untuk meminjamkan sejumlah nafkah yang diperlukan kepada isteri
tersebut. Namun untuk memisahkan pasangan terbabit adalah tidak
dibolehkan sama sekali.
Pendapat mazhab Hanafi berkenaan hukuman penjara yang boleh
dijatuhkan kepada suami yang sengaja enggan memberi nafkah sedangkan
beliau berkemampuan adalah suatu isu yang wajar diperhatikan. Walaupun
pada dasarnya kegagalan memberi nafkah bukanlah suatu jenayah yang
dibahaskan secara terperinci di dalam Undang-undang Jenayah Islam,
tetapi memandangkan kepada kebajikan pihak yang teraniaya dan
keengganan suami menimbulkan kesusahan kepada isteri maka suami
sebegini wajar dipenjara sebagai pengajaran untuknya agar tidak
memandang rendah isu nafkah terhadap isteri dan tanggungannya.
KHULUK
BAHASA : menanggal, mencabut
atau melepaskan (TEBUS TALAK)
ISTILAH : perpisahan antara
suami isteri dengan sesuatu
gantian (bayaran) yang
diberikan oleh isteri kepada
suami dengan lafaz talak atau
khuluK.
Ulama
berpendapat
bahawa
khuluk
adalah :
KHULUK SEBAGAI KHULUK SEBAGAI
TALAK BA'IN FASAKH
KHULUK SEBAGAI TALAK BA'IN
Menurut pendapat mazhab Hanafi, Maliki, satu
pendapat dari mazhab Syafie yang rajih serta
satu riwayat dari Imam Ahmad, khuluk itu adalah
talak ba’in sekalipun tanpa balasan atau niat.
Pendapat mereka ini adalah berdasarkan kepada
firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 229.
أو)ُند٢َُْدن٢ُفِْمحإ٩ِٱخلٱََّْلفتَطُّْلأِتَُلهْٰـمخَُُقذفَاأاََّلول۟اَمََُِتمّيْرََِعقّتمَاتٓيِاَُنمدَءۖاواَََتهُْفيِحاإُُْۚتدمُمََووَسَدومُاهۢٱٌَلكنَّّنلَِهيَِتَبَََشمفعاََْْيلّعًدٔـُرُُاوحجٍَُِإنٓادَفاّلَوحََدَأأَْوعٱنَلََلّتْلَيِْيهِسهَخََِمافرَُيفاأٌۢ۟ٓواحَِلفَٰٓأاـَِِّيبلئَِإمَْكُحايَِقٱسُْفيٰهـََُۢتمٍمَناد ٱُْۗلتََحّوظُاَدلِٰـبِِولهۦََُديمِۗحٱِوتلََُْلّّلنلَِهكَ ۖل(َُك
Bagi mereka, ayat berkenaan membawa maksud
bahawa tukar ganti itu berlaku dengan keluarnya
wanita ( isteri ) itu dari kekuasaan lelaki ( suami ).
Sebaliknya, kalaulah tidak kerana tebusan itu,
wanita tersebut tidak akan terkeluar dari
kekuasaan suaminya, dan tentulah suami masih
berhak untuk rujuk. Maka sebab itulah dikatakan
khuluk adalah talak ba’in iaitu yang tidak boleh
dirujuk lagi.
Mazhab Hanafi mengatakan khuluk itu talak
ba’in kerana perkahwinan tidak akan terfasakh
setelah sempurnanya akad.
Mazhab Maliki berpendapat bahawa fasakh itu
adalah perpisahan yang dituntut oleh isteri
terhadap suaminya berdasarkan kepada
keputusan dan kuasa yang ada pada kadi.
Sedangkan khuluk berlaku berdasarkan kepada
persetujuan suami. Hujah mereka ini
diperkuatkan lagi dengan adanya riwayat
daripada Ibn Abbas dari Rasulullah saw yang
bersabda terhadap Thabit setelah isterinya
bersetuju memulangkan kebun yang dijadikan
mahar perkahwinan kepada suaminya semula
sebagai tebusan untuk diceraikan iaitu
“terimalah kebun itu dan talakkan dia dengan
satu talak”.
Mazhab Hanbali pula menyatakan, khuluk
adalah termasuk dalam kategori talak ba’in jika
ia dilakukan dengan menggunakan lafaz al-
khuluk ( ) الخلعal-mufadat ( ) المفاداةatau
seumpama dengannya.
MAZHAB SYAFIE
Imam al-Syafie mengatakan bahawa khulu’ ialah
talak ba’in yang mengurangkan bilangan talak. Hal
ini kerana, ayat yang berkaitan dengan khulu’
terletak di antara dua ayat talak. Maka ia
menunjukkan bahawa khulu’ berkait dan termasuk
dalam jenis talak.
Firman Allah SWT:
الَّط اَل ُق َم َّرَتاِن َفِإْم َس اٌك ِبَم ْع ُروٍف َأْو َتْس ِريٌح ِبِإْحَس اٍن َواَل َيِح ُّل َلُكْم َأن
َتْأُخُذوا ِم َّم ا آَتْيُتُم وُهَّن َش ْيًئا ِإاَّل َأن َيَخاَفا َأاَّل ُيِق يَم ا ُحُدوَد الَّلـِه َفِإْن ِخ ْف ُتْم
َأاَّل ُيِق يَم ا ُحُدوَد الَّلـِه َفاَل ُجَناَح َع َلْيِه َم ا ِفيَم ا اْفَتَدْت ِبِه ِتْلَك ُحُدوُد الَّلـِه َفاَل
﴾ َفِإن229﴿ َتْع َتُدوَها َوَم ن َيَتَع َّد ُحُدوَد الَّلـِه َفُأوَلٰـِئَك ُهُم الَّظ اِلُم وَن
َط َّلَقَه ا َفاَل َتِح ُّل َلُه ِم ن َبْع ُد َحَّتٰى َتنِكَح َزْو ًجا َغ ْيَرُه
Maka, sekiranya telah berlaku tiga kali penceraian
secara khulu’ maka haram untuk lelaki itu menikahi
isterinya selagi wanita itu tidak berkahwin dengan
lelaki lain.
Apabila penceraian secara khulu’ atau tebus talak
berlaku, maka perkahwinan tersebut terputus sama
sekali (talak ba’in sughra). Talak ba’in sughra ini
tidak boleh dirujuk sama ada khulu’ berlaku sebelum
atau selepas persetubuhan kecuali dengan akad dan
mas kahwin yang baru.
Ulama’ Hanafiyah, Malikiyah, pendapat yang rajih di
kalangan ulama’ Syafi’eyah, dan satu riwayat
daripada Imam Ahmad berpendapat bahawa khulu’
jatuh talak bain sughra walaupun tanpa bayaran
gantian atau niat talak. Ini berdasarkan firman Allah
SWT:
َفِإْن ِخ ْف ُتْم َأاَّل ُيِق يَم ا ُحُدوَد الَّلـِه َفاَل ُجَناَح َع َلْيِه َم ا ِفيَم ا اْفَتَدْت ِبِه
Maksudnya: “Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa
kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-
aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa -
mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh
isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai
pengambilan suami akan bayaran itu).”
(Surah al-Baqarah: 229)
)’ (الفداءDan yang dimaksudkan dengan ‘menebus diri
apabila isteri keluar daripada kekuasaan suami dan
suami tiada hak untuk merujuk isterinya semula. Hal
ini kerana isteri meminta penceraian secara khulu’
untuk mengelakkan kemudaratan yang berlaku
kepada dirinya. Sekiranya khulu’ tidak jatuh talak
ba’in, maka tidak tercapai tujuan khulu’ tersebut.
Namun, Imam Ahmad dalam satu riwayatnya
mengatakan bahawa khulu’ adalah fasakh yang tidak
mengurangkan bilangan talak.
PERBEZAAN ANTARA
FASAKH & KHULUK
FASAKH
Pembatalan ikatan perkahwinan
disebabkan syarat-syarat yang
tidak dipenuhi semasa akad atau
disebabkan masalah yang berlaku
dalam rumah tangga /
Pembatalan ikatan perkahwinan
melalui kuasa kadi
Hak suami & isteri
Tiada bayaran
\
Suami ada kelemahan tertentu
seperti tidak memberi nafkah
zahir & batin / seumpamanya
KHULUK
Tebus talak / penceraian antara
suami isteri dengan lafaz talak
atau khuluk dan lafaz keduanya
dikaitkan dengan bayaran
tertentu
Hak isteri sahaja
Bayaran tertentu
Isteri berasa tidak sesuai dengan
suami. Dia takut derhaka
sedangkan suaminya tidak mahu
menceraikannya
PENJELASAN MENGAPA MAZHAB
SYAFIE ADALAH MAZHAB YANG
RAJIH DALAM KALANGAN EMPAT
MAZHAB
Malaysia adalah negara yang meletakkan mazhab Syafi‘i di
kedudukan paling utama dalam semua aspek hukum, terutama
dalam bidang ibadat. Kedudukan utama ini membuatkan pihak
bertanggungjawab di Malaysia terikat dengan mazhab ini
dalam menentukan hukum ke atas sesuatu benda, perkara
atau amalan. Keterikatan ini sampai ke tahap tidak
menerimapakai pandangan mazhab-mazhab lain selagi dalam
mazhab Syafi‘i masih ada pendapat mengenai kes itu,
sekalipun ia pendapat yang marjuh dalam mazhab itu. Dengan
kata lain, apabila sesuatu kes timbul, hukum kes itu akan
dirujuk dalam mazhab Syafi‘i terlebih dahulu.
Seperti perbincangan fasakh ini, walaupun pada mulanya isteri
tahu akan kefakirannya sebelum nikah, tetapi sekiranya isteri
berubah fikiran ketika sudah berkahwin, isteri masih boleh
menuntut fasakh. Berbanding dengan tiga mazhab yang lain,
perbincangannya lebih ketat dan mempunyai beberapa proses
untuk menuntut fasakh.
Begitu juga dengan khuluk. Dalam Mazhab Syafie, Imam
Nawawi mendefiniskan khuluk sebagai "perpisahan isteri
dengan bayaran".
Dengan ini kita dapat menilai bahawa Imam Syafie seorang
mujtahid mutlak yang menguasai pelbagai cabang ilmu. Beliau
juga memberi keutamaan dalam bidang fiqah. Beliau juga mahir
dan menghafal ratusan ribu hadis. Oleh itu, mazhab Syafie
merupakan mazhab muktabar yang dipegang di Malaysia.
KESIMPULANNYA
Pada masa kini, masyarakat lebih inginkan kehidupan
yang mewah dan senang lenang, namun masyarakat
tidak menyedari bahawa kehidupan sedemikian
cenderung membawa kepada perkara kurang baik
terutama kepada keluarga .Dengan kehidupan yang
demikian, tanggungjawab terhadap keluarga sering
kali diabaikan bahkan pada masa kini kes-kes seperti
penceraian sering berlaku samada suami tidak suka
dengan sikap isterinya atau pun isteri tidak menyukai
sikap suaminya.Oleh itu, terdapat pelbagai kesan yang
berlaku kepada masyarakat terutamanya penceraian
yang berlaku akibat fasakh dan khuluk.
Antara kesan fasakh dan khuluk kepada
masyarakat adalah masyarakat akan lebih cenderung
dalam memilih pasangan hidup mereka sebelum
mereka menjalinkan ikatan perkhawinan terutama
pada isteri yang bakal mencari pasangan
hidupnya(suami). Selain itu, kesan fasakh dan khuluK
juga dapat mengurangkan kes-kes penderaan suami
terhadap isteri. Hal ini kerana, perbuatan menzalimi
isteri tidak diajar dalam islam dan kes-kes kezalimam
yang berlaku pada masa kini sangat berleluasa.
Di samping itu, fasakh dan khuluk juga boleh
menjadikan sesebuah masyarakat itu terhindar dari
perbuatan kemudharatan seperti seorang suami yang
terlibat dengan gejala dadah dan rokok. Dalam hal ini,
seorang isteri berhak untuk menuntut fasakh kerana
kebimbangan akan kemudharatan kepada diri dan
anak-anaknya. Lebihan itu, fasakh dan khuluk dapat
membuktikan kepada masyarakat kita bahawa islam
telah menggariskan hukum-hukum dan kelonggaran
berdasarkan Al-Quran dan As-Sunah serta melalui
pendapat ulama yang paling rajih iaitu Imam Syafie
kepada para isteri yang mempunyai masalah-masalah
yang boleh membolehkan mereka untuk menuntut
hukum-hukum dari Allah S.W.T ini.
RUJUKAN
1.Muhammad Az-Zuhaili (2009). Al-
Mu'tamad Fiqah Imam Syafi'i.
Selangor: Berlian Publications.
2. Al-Mustasyar Samih Said
Muhammad (1426). Khuluq Baina Al-
Mazhab Al-Fiqhiyah Al-Arbaah Wa
Qanun Al-Masra Dirasah Tahliliyah li
al-Ahkam al-Muhakim al-Masriyah.
Mesir: Qidaya al-Daulah.
3. Dr Wahbah tu Zahaili (2020). al-
Fiqhul Islami Wa Adillata. Pakistan:
Darul Ishaat.