The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BULETIN LAYARAN KOLEJ KOMUNITI ROMPIN 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kolejkomunitirompin, 2023-05-29 21:02:19

BULETIN LAYARAN

BULETIN LAYARAN KOLEJ KOMUNITI ROMPIN 2022

LAYARAN KO 2 LEJ KO 0 MUNI 2 TI RO 2 MPIN ANUGERAH T V E T@POL Y C C TI K TOK CHALL ENGE 2022 MENARI K DI DALAM . . .


LAYARAN 2022 KOLEJ KOMUNITI ROMPIN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI KANDUNGAN Perutusan Pengarah...................................................................................................................................3 1 Program 1 Promosi.....................................................................................................................................4 Misi Bantuan Banjir Oleh Team Servis Kenderaan Ringan (Automotif)............................................5 Seminar Pembudayaan Akademik 2022 "Pemerkasaan Akademik Tahun 2022"..........................6 Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi II 2021/2022...........................................................................7 Majlis Perasmian Penutupan Minggu Suai Kenal Pelajar Baharu Sesi 2 2021/2022......................7 Audit Dalaman SRR02 Bersama Pemeriksa Luar..................................................................................8 Hari Mengundi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Tahun 2022..............................................8 Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh TTAC MBOT Kolej Komuniti Rompin.....................................9 Program Sukarelawan TVET POLYCC Prihatin @ Community (CSR Servis Motosikal)...............10 Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Rompin 2022 (Pertino 22).......................................................11 Team Woodball KK Mas Ke Kejohanan Petanque & Woodball Institusi Pengajian Tinggi (KPWIPT) 2022...........................................................................................................................................12 Taklimat MyPerformance Dan Bengkel Penetapan Sasaran Penghasilan Kerja (SPK) Siri 1,2 Dan 3................................................................................................................................................13 Kem Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti Negeri Pahang Tahun 2022.................................................................................................................................................14 Projek Sukarelawan Semarak Ramadan “Agihan Bubur Lambuk”..................................................14 Program Santai Iftar Bersama Pengarah Kolej Komuniti Rompin....................................................15 Majlis Penyerahan Sumbangan Projek Sukarelawan Semarak Ramadan"Jualan Amal Biskut Raya"......................................................................................................................................15 Jom Baca Bersama 10 Minit......................................................................................................................16 MyBF CSR Ramadan 2022 " Making Your Own Boba & Tauhu Viral"............................................16 Sesi Penyerahan Dan Menguji Lari Produk Inovasi "Glow Plug Tester".........................................17 Rumah Terbuka Daerah Rompin Bersama Jelajah Syawal RTM 2022............................................17 Program Bicara Governan Bersama Pengarah Bgk Dan Majlis Penutupan Kejohanan Woodball Sirkit Ke-3 Pahang..................................................................................................................18 Majlis Sambutan Hari Raya Perdana Kolej Komuniti Rompin 2022.................................................18 Program Pembangunan Organisasi........................................................................................................19 Edu Trip @ MITEC......................................................................................................................................19 Program Outreach Promosi Sempena Hari Pengumuman Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2021) Daerah Rompin 2022.........................................................................................20 Pertandingan Tiktok Level Up Your Raya Challenge.........................................................................20 Malaysian - Japan Festival 2022............................................................................................................21 Anugerah Tvet@Polycc Tiktok Challenge Tahun 2022.....................................................................22 Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT), Sijil Kemahiran Malaysia, Bidang Penyeliaan Operasi Makanan Dan Minuman (Tahap 3)..........................................................................................22 Seminar Amalan Baik Tata Kelola Pengurusan & Akademik Kolej Komuniti Rompin Tahun 2022.............................................................................................................................................................23 Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 Politeknik & Kolej Komuniti Pahang...............24 Lawatan Penilaian Teknikal Kerosakan Bangunan Serta Infrastruktur Di Kolej Komuniti Rompin.........................................................................................................................................................24 Kursus Protokol, Etiket Sosial Dan Komunikasi Berkesan Bagi Pegawai Dan Kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin......................................................................................................25 Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah Rompin Tahun 2022..........................................25 Program 26th Regional Leaders Forum 2022, Asean – Japan Friendship Association For The 21st Century (AJAFA-21).....................................................................................26 PISPA Kolej Komuniti Rompin Menyinar Di Latihan Medan.............................................................26 Pertandingan Explorace ‘Jelajah Merdeka KKRP 2022’....................................................................7 Perbarisan Sempena Hari Kebangsaan Ke- 65 Daerah Rompin.....................................................28 Majlis Perasmian Penutupan Program Women Empowerment 2022..............................................28 Sambutan Maulidur Rasul........................................................................................................................29 Mini Konvokesyen Program Keusahawanan Komuniti (PKK 2022)................................................30 Galeri............................................................................................................................................................31 Krew Redaksi Pengarah Penerbitan Ahmad Muzaffar bin Abdul Aziz Ketua Penulis/Editor Mohd Zulfakar bin Mohd Nawi Penolong Ketua Penulis/Editor Nur Qarina Zabri binti @ Mohd Zabri Pereka Grafik Mohd Zulfakar bin Mohd Nawi Pembaca Pruf Nur 'Atikah binti Paiman Mohd Juwahir bin Pa'iman


PERUTUSAN PENGARAH 3 ENCIK AHMAD MUZAFFAR ABDUL AZIZ Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Pertama sekali, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga Kolej Komuniti Rompin (KKRP) yang terlibat dalam penerbitan Buletin Layaran 2022. Buletin Layaran ini diterbitkan sebagai satu tatapan visual hasil kejayaan, usaha, dan pencapaian aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang tahun 2022. Dalam suasana yang mencabar ini, pelbagai liku-liku telah sama-sama kita hadapi. Namun, dengan adanya kerjasama dan usaha yang tinggi daripada warga KKRP pelbagai program telah berjaya kita kecapi bersama. Seperti yang kita semua sedia maklum, sebagai sebuah Institusi Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Kolej Komuniti Rompin memainkan peranan yang besar dalam melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan kompetitif serta berwibawa. Pada tahun ini, pelbagai kejayaan telah berjaya kita kecapi bukan sahaja dalam bidang sukan dan kurikulum malah dalam urus tadbir pengurusan. Saya yakin semua kejayaan ini adalah hasil komited yang berterusan daripada warga KKRP. Tidak ketinggalan program kursus pendek yang banyak memberi impak positif kepada komuniti setempat. Di kesempatan ini juga, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga KKRP kerana memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam menjayakan Buletin Layaran edisi ini. Semoga ianya menjadi bahan tatapan umum yang boleh dimanfaatkan oleh semua terutamanya kepada pihak berkepentingan dan juga menjadi agen transformasi kepada komuniti setempat dan industri. Sekian, terima kasih. Ahmad Muzaffar bin Abdul Aziz Pengarah Kolej Komuniti Rompin Kementerian Pendidikan Tinggi


1 Program 1 Promosi Pelaksanaan 1 Program 1 Promosi merupakan inisiatif Unit Promosi Kolej Komuniti Rompin dengan kerjasama Unit Akademik dan lima program sijil bertujuan untuk memberi maklumat kepada orang awam tentang programprogram yang ditawarkan di Kolej Komuniti Rompin. Edaran risalah dijalankan di sekitar Daerah Rompin seperti Pantai Hiburan, Pasar Tani, kawasan kejiranan serta ke negeri Terengganu dan Melaka. 4


Misi Bantuan Banjir Oleh Team Servis Kenderaan Ringan (Automotif) Sukarelawan Kolej Komuniti Rompin tidak ketinggalan melibatkan diri dalam misi membantu mangsa-mangsa banjir di Kolej Komuniti Bentong. Misi bantuan banjir pada kali ini dijalankan secara berfasa iaitu dengan bantuan proses penilaian kerosakan kenderaan kakitangan Kolej Komuniti Bentong dan Kolej Komuniti Raub oleh Pasukan Unit Servis Kenderaan Ringan (Automotif). 5


Objektif penganjuran seminar bertujuan bagi memahami fungsi tugas dan prosedur setiap unit sokongan akademik dibawah Unit Akademik dan Pendidikan Berterusan. Selain itu, peserta dari program ini boleh mendapatkan informasi terkini berkenaan dengan pengurusan akademik dalam proses tambah baik pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan Pemegang KPI juga dapat merancang gerak kerja pelaksanaan aktiviti seperti kursus pendek, penyelidikan, inovasi, penyediaan dokumen PdP dan pengurusan dokumen akademik dengan lebih efektif dan teratur. PENGISIAN SEMINAR: SLOT 1: TAKLIMAT PENGURUSAN AKADEMIK En. Mohd Roslan bin Yussof Timbalan Pengarah Akademik SLOT 2: TAKLIMAT UNIT PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT Pn. Nor Fadzilah binti Yaacob Ketua Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat SLOT 3: TAKLIMAT UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI & KOMERSIALAN Pn. Noor Haslinda binti Zainoldin Pegawai Penyelidikan, Inovasi & Komersialan SLOT 4: TAKLIMAT UNIT JAMINAN KUALITI En. Wan Mohd Fakhri bin Wan Mansor Pegawai Kualiti SLOT 5: TAKLIMAT PERSEDIAAN LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI PENUH (SRR02) TTAC MBOT Pn. Nordiyana binti Mohd. Rani Penyelaras Akreditasi Institusi SLOT 6: PENGURUSAN DOKUMEN FAIL PENYELARAS KURSUS (FPK) En. Sahairil Azlan bin Sahidun Penyelaras Fail Kursus Institusi SLOT 7: TAKLIMAT SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK (SPAk) Cik Samihatunnadzirah binti Sulaiman Penyelaras Penasihat Akademik Kolej (PPAK) SLOT 8: TAKLIMAT PEMANTAUAN PdP En. Noor Azhar bin Abd Wahab Penyelaras Pemantauan PdP Institusi (PI) Seminar Pembudayaan Akademik 2022 "Pemerkasaan Akademik Tahun 2022" 6


Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2 2021/2022 Pada 1 Mac 2022, telah berlangsungnya hari pendaftaran pelajar baharu secara fizikal di Kolej Komuniti Rompin. Seluruh kolej komuniti Negeri Pahang yang terdapat program Sijil Komuniti telah menerima kehadiran pelajar baharu yang datang daripada pelbagai negeri. Kolej Komuniti Rompin telah menetapkan proses pendaftaran pelajar baharu dan pelajar lama mengikut SOP bagi mengelakkan penyebaran wabak Covid-19. Majlis Perasmian Penutupan Minggu Suai Kenal Pelajar Baharu Sesi 2 2021/2022 Minggu Suai Kenal (MSK) Pelajar Baharu bagi Sesi 2 2021/2022 telah berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mac 2022 dan Majlis Perasmian Penutupan ini telah disempurnakan oleh Pengarah Kolej Komuniti Rompin, Encik Abu Bakar bin Mat Tai. Semua warga kerja KKRP juga turut hadir bersama bagi memeriahkan majlis penutupan ini. 7


Audit Dalaman SRR02 Bersama Pemeriksa Luar Sesi audit dalaman SRR02 bersama pemeriksa luar ini melibatkan Program Sijil Servis Kenderaan Ringan, Sijil Teknologi Elektrik dan Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara. Ribuan terima kasih diucapkan kepada panel penilai luar iaitu Ts. Rama Rao a/l Lachanna, Ts. Mohd Hazwan bin Mohamed Norli dan Ts. Muhamad Asrul Affendi bin Mat Nor kerana sudi hadir ke Kolej Komuniti Rompin bagi menjalankan penilaian secara dalaman kepada tiga program sijil yang bakal menghadapi sesi Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh TTAC MBOT pada 28 hingga 29 Mac 2022. Hari Mengundi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Tahun 2022. Pilihanraya Pelajar Kolej Komuniti Rompin telah menyaksikan pelajar dari semua program pengajian turun mengundi bagi memilih Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bagi tahun 2022. Seperti tahun-tahun sebelumnya, Pilihanraya JPP ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang semangat demokrasi dalam memilih pemimpin yang berwibawa dan mampu membawa perubahan kepimpinan mahasiswa ke arah jati diri yang tinggi. 8


Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh TTAC MBOT Kolej Komuniti Rompin Sesi Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh TTAC MBOT ini melibatkan tiga program sijil di Kolej komuniti Rompin. Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada para panel atas segala teguran dan cadangan penambahbaikan bagi mempertingkatkan lagi tahap kualiti program pengajian di Kolej Komuniti Rompin. Panel Penilai terdiri daripada Dr. Ummu Kulthum binti Jamaludin, Ts. Mohd Sabri bin Salleh, Ts. Dr. Nor Aznan bin Mohd Nor, Ts. Dr. Azri bin Alias, Ts. Muhammad Khairi Sham bin Samsudin, Cik Umi Munirah binti Mohamad Puzi, Prof. Madya Ts. Dr. Hamzah bin Ahmad, Ts. Zulkifli bin Abd Rahman dan Cik Aina Aqilah binti Lukman. 9


Program Sukarelawan TVET POLYCC Prihatin @ Community (CSR Servis Motosikal) Pogram Sukarelawan TVET POLYCC Prihatin @ Community (CSR Servis Motosikal) telah berlangsung di Tenggaroh dan Endau, Mersing. Kolej Komuniti Rompin, Pahang telah menawarkan perkhidmatan menservis motorsikal secara percuma kepada rumah- rumah penduduk di sekitar kawasan tersebut. Program ini melibatkan enam orang pensyarah dari Kolej Komuniti Rompin, Pahang diketuai oleh Encik Mohd Ridzuan, Encik Mohammad Azrinsha, Encik Mohd Zakiri, Encik Wan Mohd Fakhri, Encik Muhamad Shaharudin dan Encik Mohd Shukri. 10


Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Rompin 2022 (PERTINO 22) Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Rompin 2022 (Pertino 22) merupakan program inovasi anjuran oleh Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan bertujuan mengetengahkan hasil inovasi yang dihasilkan oleh pelajar, pensyarah dan kakitangan pengurusan di samping memupuk budaya inovasi dan kreativiti mengikut disiplin masing-masing. Turut hadir bersama Tuan Syed Idros bin Syed Hussin, Pensyarah Utama Kolej Komuniti Kuantan dan Encik Jaharuddin bin Hassan, Food and Beverage Manager Rompin Beach Resort yang dijemput khas sebagai panel juri bagi pertandingan tersebut. Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori umum dan kategori PdP. Sebanyak 13 kumpulan telah menyertai pertandingan ini dengan produk inovasi masing-masing. Bagi kategori umum terdapat lima penyertaan dan kategori pdp sebanyak lapan penyertaan. Pemenang Utama dimenangi oleh Encik Mohd Huzaifah bin Mohd Anuar dan Encik Mohd Zulfakar bin Mohd Nawi dengan inovasi yang bertajuk Housekeeping:- A Practical Guide. Pemenang bagi kategori umum disandang oleh Smart Online Shortcourse (S.O.S), Liquid Remover di tempat kedua dan e-Store Gerbang Dokumentasi di tempat yang ketiga. Bagi kategori PdP, tempat pertama dimenangi oleh Housekeeping:- A Practical Guide, tempat kedua Glow Plug Tester dan tempat ketiga dimenangi oleh Propeller Shaft Remover Stand. 11


Team Woodball KK Mas Ke Kejohanan Petanque & Woodball Institusi Pengajian Tinggi (KPWIPT) 2022 Seramai empat orang pelajar (Muhammad Ashraf bin Hasmawi, Salleh bin Ghazali dan Jeeva A/L Ragunath dan Nurul Ainatul Aniyah binti Khalid) dari Kolej Komuniti Rompin di bawah seliaan En. Mohd Fauzi bin Rahmat Sam berjaya mewakili Kolej Komuniti Malaysia ke Kejohanan Petanque dan Woodball di Politeknik Banting, Selangor pada 16 hingga 20 Mac. 12


Taklimat MyPerformance Dan Bengkel Penetapan Sasaran Penghasilan Kerja (SPK) Siri 1,2 Dan 3 Taklimat MyPerformance dan Bengkel Penetapan Sasaran Penghasilan Kerja (SPK) peringkat Kolej Komuniti Rompin yang telah berlangsung di Bilik Seminar 2 dan Makmal komputer, Kolej Komuniti Rompin. Taklimat ini melibatkan semua warga kerja seramai 65 orang. Bengkel in i telah dijalankan pada 14 hingga 16 Mac 2022. 13


Kem Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti Negeri Pahang Tahun 2022 Dua orang JPP Kolej Komuniti Rompin telah mengikuti dengan jayanya Kem Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti Negeri Pahang Tahun 2022 yang diadakan pada 30 dan 31 Mac 2022 di Hotel Mandurah, Kuantan, Pahang. Mereka adalah : 1. Muhammad Shahruddin bin Md Sabidi (Yang Dipertua) 2. Muhammad Zaid bin Mohd Hanafi (Naib Yang Dipertua) Projek Sukarelawan Semarak Ramadan “Agihan Bubur Lambuk” Program Sukarelawan Semarak Ramadan ini diadakan bertujuan untuk menyemai sikap kerjasama dan keprihatinan pelajar dalam aktiviti kemasyarakatan sempena bulan Ramadan. Program ini dianjurkan oleh ahli Kelab Kulinari dan Operasi Perhotelan serta kolaborasi bersama Pondok Rahmat Project. Pelajar dan pensyarah mula bergotong-royong pada awal pagi untuk memasak bubur lambuk sebanyak 500 pek di perkarangan kolej dan kemudiannya mengagihkan bubur sebanyak 550 pek ke masjid, pelajar kolej dan penduduk sekitar. 14


Program Santai Iftar Bersama Pengarah Kolej Komuniti Rompin Program ini adalah anjuran bersama oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan Jawatankuasa Asrama ini telah berjaya dilaksanakan pada 20 April 2022 bertempat di Dewan Seminar, Kolej Komuniti Rompin dengan tujuan berkongsi pengalaman serta merapatkan hubungan antara pihak pengurusan institusi dengan pemimpin pelajar. Majlis Penyerahan Sumbangan Projek Sukarelawan Semarak Ramadan"Jualan Amal Biskut Raya" Projek sukarelawan ini diusahakan oleh para pelajar dan pensyarah Program Kulinari bersama rakan kolaborasi Hafiy Ifwat Enterprise. Pelajar telah berjaya menjual kuih raya melebihi 100 balang dalam masa yang ditetapkan dan hasil jualan telah disumbangkan kepada pelajar Kolej Komuniti Rompin yang kurang berkemampuan. 15


MyBF CSR Ramadan 2022 "Making Your Own Boba & Tauhu Viral" Jom Baca Bersama 10 Minit Bersempena dengan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang disambut pada setiap tahun, Perpustakaan Kolej Komuniti Rompin turut tidak ketinggalan menganjurkan program “Jom Baca Bersama 10 Minit” yang diadakan secara serentak di seluruh negara pada jam 11.00 sehingga 11.10 pagi, 21 April 2022. Warga kerja KKRP turut tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam menyokong program 'Jom Membaca bersama 10 minit' ini. Program ini merupakan program CSR knowledge transfer yang dikendalikan oleh 15 orang para pelajar tajaan Yayasan Tenaga Nasional (YTN) dan enam orang JPP kolej yang dibimbing oleh para pensyarah. Program ini ditaja sepenuhnya oleh pihak YTN. Melalui program ini, pelajar turut menyampaikan ilmu yang telah dipelajari kepada komuniti setempat. Program ini melibatkan 19 orang peserta yang terdiri daripada kaum ibu daerah Rompin. Peserta didedahkan cara pembuatan boba dan juga tauhu viral. Peserta juga didedahkan dengan teknik fotografi produk. Dengan program ini, pelajar bukan sahaja menimba pengalaman menguruskan program pada masa yang sama dapat membina hubungan dengan komuniti setempat. 16


Sesi Penyerahan Dan Menguji Lari Produk Inovasi "Glow Plug Tester" Sesi penyerahan dan menguji lari produk inovasi "Glow Plug Tester" bersama pensyarah program Servis Kenderaan Ringan di Kolej Komuniti Pekan. Produk ini akan diaplikasikan sebagai alat bantu mengajar (ABM) di Kolej Komuniti Pekan. Penglibatan : 1. Pn Noor Haslinda binti Zainoldin 2. Pn Nor Anida binti Maliki 3. En Mohd Shaharudin bin Mohd Ramli 4. En Mohd Shukri bin Zakaria Rumah Terbuka Daerah Rompin Bersama Jelajah Syawal RTM 2022 PUSPANITA Daerah Rompin dengan kerjasama Unit Operasi Perhotelan bertindak sebagai Urus Setia Makanan VIP. Pelajar SOP 3 dilantik sebagai pramusaji VIP dalam majlis yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Rompin. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada Team Kulinari yang mewakili Kolej Komuniti Rompin kerana telah memenangi tempat kelima bagi kategori Gerai Tercantik sempena Rumah Terbuka Daerah Rompin bersama Jelajah Syawal RTM 2022. 17


Program Bicara Governan Bersama Pengarah BGK Dan Majlis Penutupan Kejohanan Woodball Sirkit Ke-3 Pahang Program Bicara Governan Bersama Pengarah BGK dan Majlis Penutupan Kejohanan Woodball Sirkit Ke-3 Pahang telah berlangsung pada 28 Mei 2022, yang melibatkan kakitangan Kolej Komuniti Rompin dan peserta Woodball Negeri Pahang. Majlis disempurnakan oleh Ts. Abdul Razak bin Sabtu, Pengarah Bahagian Governan dan Kecemerlangan, JPPKK dan YH Dato’ Suhaimi bin Mohd Yunus, Presiden Woodball Pahang. Turut hadir bersama memeriahkan majlis adalah pengarah-pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti Negeri Pahang. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program ini berlangsung. Antaranya ialah Mini Woodball Pengarah POLYCC Pahang, Program Bicara Governan Bersama Pengarah BGK, Kejohanan Woodball Sirkit Ke-3 Pahang 2022, Pelancaran Buku Resepi Viral Kursus Pendek Edisi 1 Kolej Komuniti Rompin dan promosi pengambilan pelajar. Majlis Sambutan Hari Raya Perdana Kolej Komuniti Rompin 2022 Majlis sambutan hari raya yang berlangsung di lobi Kolej Komuniti Rompin ini dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada pelajar-pelajar dan juadah istimewa daripada setiap unit. Terima kasih diucapkan kepada semua warga kerja dan pelajar yang membantu secara langsung dan tidak langsung dari awal persiapan majlis sehingga tamatnya majlis dengan jaya. Semoga ianya menjadi kenangan di masa akan datang. 18


Program Pembangunan Organisasi Program Pembangunan Organisasi ini telah berlangsung pada 28 Jun 2022 di Dewan Seminar, Kolej Komuniti Rompin. Program ini dimulakan dengan bacaan tahlil ringkas dan doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz Mohammad Azrinsha bin Abdul Wahab. Selain itu, program ini juga telah menghimpunkan semua kakitangan untuk mendengar amanat Tuan Pengarah yang bakal berpindah ke Kolej Komuniti Sabak Bernam yang berkuatkuasa pada 27 Jun 2022. Perhimpunan yang berlangsung selama dua jam ini turut diisi dengan majlis serah tugas Timbalan Pengarah (Akademik) antara Encik Mohd Roslan bin Yussof dan Encik M. Anwar Fakaruddin bin M. Jalaludin, aktiviti tayangan video dan teaser rebrand Unit Jaminan Kualiti sebelum diakhiri dengan jamuan makan. Terima kasih kepada semua warga kerja yang bersama menjayakan program kali ini. Edu Trip @ MITEC Subjek MICE (Meeting, Incentives, Convention, and Exhibition) for Hotel memberi pendedahan pelajar kepada pengetahuan tentang asas pengurusan dan pengendalian acara MICE dalam industri perhotelan. EDU TRIP @ Malaysia International Trade & Exhibition Centre yang berlangsung pada 2 - 4 Disember 2022 ini dapat memberikan gambaran yang tepat kepada pelajar tentang keadaan dan kemudahan yang disediakan di MITEC bagi tujuan acara yang melibatkan MICE. Penganjuran program ini sedikit sebanyak memberi impak positif kepada para pelajar dengan penglibatan mereka dengan program berbentuk field trip. 19


Program outreach ini diadakan di 12 buah sekolah sekitar daerah Rompin dan ianya bertujuan untuk mempromosi serta menerangkan program pengajian yang ditawarkan di KKRP kepada para pelajar. Antara sekolah yang terlibat ialah: 1. SMK Rompin Permai 2. SMK Tanjung Gemok 3. SMK Pontian Jaya 4. SMK Rompin 5. SMK Sungai Puteri 6. SMK Selendang 7. SMK Bandar Tun Razak 8. SMK Keratong 9. SMK Perantau Damai 10. SMK Muadzam Jaya 11. SMA Rompin 12. SMK Chanis Program Outreach Promosi Sempena Hari Pengumuman Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2021) Daerah Rompin 2022 Pertandingan Tiktok Level Up Your Raya Challenge Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), Politeknik Kota Kinabalu (PKK) telah menganjurkan Pertandingan Tik Tok "LEVEL UP YOUR RAYA CHALLENGE" yang terbuka kepada semua pelajar politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) seluruh Malaysia. Pertandingan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Raya House Clean & Deco, Sajian Raya dan Raya Mocktail. Pelajar Sijil Operasi Perhotelan, Noor Alya Syafiqah binti Abd Rahim telah berjaya memenangi Kategori Raya House Clean & Deco sekaligus membawa pulang wang tunai RM200.00. 20


Malaysia - Japan Festival 2022 Malaysia – Japan Festival 2022 yang telah berlangsung pada 4 - 5 Jun 2022 bertempat di Malaysia Tourism Centre ini diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur (LEP40) antara Malaysia dan Jepun. Pensyarah dan pelajar Sijl Operasi Perhotelan, Kolej Komuniti Rompin mendapat jemputan daripada Persatuan Alumni Program Persahabatan ASEAN-Jepun Abad ke-21, Malaysia (PAMAJA) bagi pameran interaktif & demonstrasi ‘Linen Decorative’. Penyertaan kolej komuniti dalam program ini juga merupakan satu platform pengantarabangsaan bagi pelajar dan pensyarah untuk berkomunikasi dan mengaplikasi kemahiran masingmasing bersama peserta-peserta dari luar dan dalam negara. Ianya secara tidak langsung dapat mempromosikan aktiviti kolej komuniti kepada masyarakat. 21


Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti telah menganjurkan Pertandingan TVET@POLYCC Tiktok Challenge 2022 yang bertemakan Life@PolyCC. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar dan alumni Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia. Peserta perlu memuat naik video pendek kreatif mengenai perkongsian kemahiran / aktiviti pelajar / kehidupan di kampus atau apa – apa yang berkaitan dengan politeknik dan kolej komuniti. Pelajar Sijil Operasi Perhotelan iaitu Zairi bin Abdul Aziz telah berjaya menjadi pemenang tempat PERTAMA dalam pertandingan ini sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM600.00. Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT), Sijil Kemahiran Malaysia, Bidang Penyeliaan Operasi Makanan dan Minuman (Tahap 3) PPT adalah kaedah mengiktiraf kemahiran yang dimiliki oleh seseorang individu dengan menganugerahkan SKM berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki. Empat pensyarah SOP iaitu Encik Ali Jalal bin Mohd Hatta @ Azman, Encik Ridzuan bin Khalid, Encik Mohd Zulfakar bin Mohd Nawi dan Encik Muhammad Huzaifah bin Mohd Anuar telah lulus dalam verifikasi PPL-Sijil Kemahiran Malaysia yang berlangsung pada 21 Julai 2022. Mereka telah mencapai tahap kompetensi yang telah ditetapkan melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) dan memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang Penyeliaan Operasi Makanan dan Minuman (Tahap 3). Anugerah TVET@POLYCC Tiktok Challenge Tahun 2022 22


Seminar Amalan Baik Tata Kelola Pengurusan & Akademik Kolej Komuniti Rompin Tahun 2022 Kolej Komuniti Rompin tidak ketinggalan untuk memastikan amalan perkongsian ilmu menjadi satu budaya di institusi agar segala idea serta amalan baik yang telah dilaksanakan oleh setiap unit dan organisasi boleh menjadi ikutan kepada organisasi yang lain hasil daripada inovasi yang telah dibangunkan. Perkongsian amalan baik ini boleh dilaksanakan melalui seminar, bengkel atau apa-apa platform sesuai sama ada secara bersemuka atau secara dalam talian. Seminar yang dianjurkan ini juga merupakan salah satu inisiatif bagi proses penyediaan buku koleksi amalan baik sehingga kepada penerbitan dan penghasilannya sama ada secara fizikal atau dimuat naik ke platform digital. 23


Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 Politeknik & Kolej Komuniti Pahang Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 Politeknik & Kolej Komuniti Pahang telah diadakan di Ancasa Royale, Pekan. Majlis disempurnakan oleh YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad. SSAP, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang. Sekalung tahniah diucapkan kepada lima orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2021 Kolej Komuniti Rompin: 1. En. Mohd Juwahir bin Pa’iman 2. En. Mohd Zakiri bin M. Marzuki 3. En. Wan Muhammad Amin bin Wan Sazali 4. Pn. Hasmahani binti Mahusin 5. Cik Shafida binti Md Isa 24 Lawatan Penilaian Teknikal Kerosakan Bangunan Serta Infrastruktur di Kolej Komuniti Rompin Dua orang pegawai dari Bahagian Perancangan Institusi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti serta wakil dari Jabatan Kerja Raya Pekan telah mengadakan Lawatan Penilaian Teknikal Kerosakan Bangunan Serta Infrastruktur di Kolej Komuniti Rompin. Turut hadir bersama adalah Encik Ahmad Muzaffar bin Abdul Aziz selaku Pengarah Kolej Komuniti Rompin dan Encik Mohammad Azwan bin Ja’afar, Pengarah Kolej Komuniti Pekan.


Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Komunikasi Berkesan bagi Pegawai dan Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Rompin Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Komunikasi Berkesan ini telah berlangsung pada 16 Disember 2022. Kursus ini telah disertai oleh seramai 29 orang kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Rompin yang bertempat di Mock Restaurant. Kursus ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada kakitangan dalam kemahiran protokol, etiket sosial, servis makanan dan minuman serta housekeeping. Antara kandungan kursus adalah teknik berkomunikasi, etika berpakaian, pengendalian peralatan, do's & don'ts dan sebagainya. 25 Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah Rompin Tahun 2022 Pensyarah dan pelajar Sijil Operasi Perhotelan bertindak sebagai pramusaji VIP sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah Rompin Tahun 2022 pada 31 Ogos 2022 di Dataran Kuala Rompin. Program ini memberi pendedahan kepada para pelajar dengan proses kerja Jabatan Food & Beverage yang sebenar bagi sesebuah majlis. Penglibatan pelajar sebagai sukarelawan sedikit sebanyak dapat membantu dari segi pemantapan para pelajar dalam proses kerja dalam bidang perhotelan. Di samping itu juga, ia membuka minda dan minat pelajar dalam bidang ini.


Program 26th Regional Leaders Forum 2022, Asean – Japan Friendship Association For The 21st Century (AJAFA-21) Program yang bertemakan In Community-Based Accommodations and Tours ini telah berlangsung pada 26 November 2022. Objektif utama program RLF ini adalah untuk membina rangkaian jaringan pemimpin muda di antara negara-negara ASEAN dan Jepun serta memperkenalkan homestay di kalangan negara-negara yang terlibat. Peserta terdiri daripada ahli / alumni Program Persahabatan ASEAN – Jepun dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Myanmar, Cambodia, Vietnam, Filipina, Laos, Brunei dan Jepun. Pensyarah Unit Operasi Perhotelan, Kolej Komuniti Rompin bertugas sebagai fasilitator bagi pameran interaktif & demonstrasi ‘Linen Decorative’. Pameran dan demonstrasi ini mendapat sambutan yang sangat meriah dari pengunjung yang hadir. 26 PISPA Kolej Komuniti Rompin Menyinar di Latihan Medan Tahniah kepada dua orang pelatih Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) Kolej Komuniti Rompin kerana telah berjaya dipilih menjadi peserta terbaik dan akan mewakili PISPA Kolej Komuniti Pahang dalam Himpunan Pasukan Institusi Pertahanan Awam (HiPA) 5.0 di Perlis pada September 2022 yang lalu. Syabas kepada Saudara Ahmad Fazwan bin Abdul Jabar dan Muhammad Haziq Haqimie bin Azri dari Sijil Teknologi Elektrik. Hadir bersama dalam Majlis Penutupan Latihan Medan PISPA Kolej Komuniti Pahang 2022 adalah Kapt. Bersekutu (PA) Mohd Juwahir bin Pa'iman dan Kapt. Bersekutu (PA) Noor Haslinda binti Zainoldin.


Pertandingan Explorace ‘Jelajah Merdeka KKRP 2022 Pertandingan Explorace ‘Jelajah Merdeka KKRP 2022’ ini dianjurkan oleh Unit Perpustakaan dengan kerjasama Unit Pengurusan Maklumat dan Hubungan Korporat. Pertandingan ini telah disertai oleh 40 orang pelajar yang terdiri daripada lima program. Tujuan utama program diadakan adalah bagi menyemarakkan semangat patriotisme serta menanam semangat perpaduan antara pelajar. 27


Perbarisan Sempena Hari Kebangsaan ke- 65 Daerah Rompin Sambutan Hari Kebangsaan ini adalah simbol terpenting dan tunjang kepada pemupukan semangat cintakan negara dan juga kesatuan dalam kepelbagaian bangsa dan agama. Program ini merupakan inisiatif ke arah membentuk masyarakat yang cintakan negara tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa. Warga kerja Kolej Komuniti Rompin tidak ketinggalan dalam menyertai perarakan dan perbarisan sempena Hari Kebangsaan ke-65 Daerah Rompin ini. 28 Majlis Perasmian Penutupan Program Women Empowerment 2022 Program Women Empowerment ini merupakan inisiatif KPT Prihatin dengan mengadakan aktiviti bersama pemimpin masyarakat wanita di komuniti setempat. Program dengan tema 'Cipta Bisnes Kecil dari Rumah' menawarkan empat kursus yang sangat menarik iaitu Kursus Malaysian Rojak, Kursus Noodle & Condiments, Kursus Sweet Pastry dan Kursus Chocolate Bouquet dan telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 24 - 25 September 2022 dengan penyertaan seramai 71 orang peserta yang terdiri daripada golongan wanita sekitar Daerah Rompin. Semoga dengan segala ilmu yang diperolehi dalam program ini dapat dipraktikkan dalam perniagaan untuk menambah pendapatan.


Sambutan Maulidur Rasul Tanggal 12 Rabi’ul Awal merupakan hari dimana seluruh umat Islam di seluruh dunia meraikan sambutan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sambutan Maulidur Rasul dapat memupuk perasaan cinta dan kasih kepada junjungan besar Rasulullah SAW yang sentiasa menyayangi dan merindui umatnya. Kolej Komuniti Rompin juga tidak ketinggalan dalam bersama-sama menyambut hari yang penuh bermakna ini. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengacara Majlis, Saudara Muhammad Zaid bin Mohd Hanafi. Kemudian disusuli dengan bacaan Yassin, selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan ceramah Maulidur Rasul oleh tetamu jemputan iaitu Ustaz Haji Hassan bin Abdullah. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Tuan Pengarah, Encik Ahmad Muzaffar bin Abdul Aziz bagi penyempurnaan perasmian Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat KKRP ini. Semoga kupasan dan perkongsian ceramah yang bertajuk ‘Seindah Akhlak Nabi’ sebentar tadi dapat dicontohi oleh kita semua. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua warga Kolej Komuniti Rompin yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program Maulidur Rasul ‘KKRP Berselawat’ pada kali ini. 29


Mini Konvokesyen Program Keusahawanan Komuniti (PKK 2022) Mini Konvokesyen Program Keusahawanan Komuniti diadakan untuk menyampaikan sijil penyertaan kepada 30 orang peserta yang telah berjaya menamatkan PKK 1- Hair In Trend Barber (15 orang peserta) dan PKK 2- Kursus Aquaponik dan Fertigasi (15 orang peserta) yang telah mengikuti program ini selama 2 bulan bermula Oktober hingga November 2022 dengan sembilan siri pelaksanaan kursus. Sijil Penghargaan turut diberikan kepada peserta terbaik. Mini Konvokesyen ini disempurnakan oleh Encik M. Anwar Fakaruddin bin M. Jalaludin, Timbalan Pengarah Akademik, Kolej Komuniti Rompin. Majlis menandatangani Kolaborasi Strategik juga telah berjaya dilaksanakan antara Kolej Komuniti Rompin bersama CUTZ & CO Barbershop dan Masjid Al-Hidayah, Desa Selesa Perepat. Semoga kerjasama ini berpanjangan untuk tahun akan datang. 30


3 1 G a l e r i A k t i v i t i S e p a nj a n g T a h u n 2 0 2 2 K K R P


32


KM5, JALAN ROMPIN-PEKAN 26800 KUALA ROMPIN, PAHANG DARUL MAKMUR Telefon: 09-4140 333 | Faksimile: 09-4141 606 Emel : [email protected] Facebook : Kolej Komuniti Rompin Pahang (Official) Instagram: kolejkomunitirompin Twitter : @kk_rompin KOLEJ KOMUNITI ROMPIN Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Kolej Komuniti Rompin.


Click to View FlipBook Version