The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PELAN STRATEGIK KOLEJ KOMUNITI ROMPIN 2020-2025 (EDISI KEMAS KINI)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kolejkomunitirompin, 2024-03-25 23:09:46

PELAN STRATEGIK KOLEJ KOMUNITI ROMPIN 2020-2025

PELAN STRATEGIK KOLEJ KOMUNITI ROMPIN 2020-2025 (EDISI KEMAS KINI)

PE LA N ST RAT E G IK 2020 -2025 (EDISI KEMAS KINI) K O L E J K O M U N I T I R O M P I N


PE LA N ST RAT E G IK 2020 -2025 (EDISI KEMAS KINI) K O L E J K O M U N I T I R O M P I N


Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Kolej Komuniti Rompin. Diterbitkan oleh: Kolej Komuniti Rompin Kementerian Pendidikan Tinggi KM5 Jalan Rompin-Pekan 26800 Kuala Rompin Pahang Tel: 09-414 0333 Faks: 09-414 1606 E-mel: [email protected] Pelan Strategik Kolej Komuniti Rompin 2020-2025 (Edisi Kemas Kini)


SEBUAH K E S E L E S A A N K E K E L U A R G A A N K E J I T U A N K E I N D A H A N Kejayaan K E G E M B I R A A N perjalanan


SENARAI KANDUNGAN Pengenalan Teras Strategik Faktor Penentu 01 02 03 Salam Perutusan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Sepintas Lalu Kolej Komuniti Rompin Visi dan Misi Matlamat Piagam Pelanggan Pihak Berkepentingan Menghasilkan Graduan TVET Berkualiti Memantapkan Governan Yang Responsif Dan Mampan Pemerkasaan Bakat Pemantapan Program Pengajian Memperkukuh Kolaborasi Industri, Komuniti Dan Alumni Membudaya Penyelidikan Dan Inovasi Memperkukuh Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Komitmen Pengurusan Modal Insan yang Kompeten Sistem dan Prosedur Kerja Penetapan Sasaran Kerja Utama Pemantapan Tadbir Urus Sokongan dan Kerjasama 04 Sidang Redaksi Jawatankuasa Pelaksana PELAN STRATEGIK 2020-2025 EDISI KEMAS KINI 05 Penghargaan Setulus Ikhlas 7 8 11 12 13 14 15 19 23 27 31 35 39 43 48 48 48 49 49 49 51 53


PENGENALAN BAB 1 PELAN STRATEGIK KOLEJ KOMUNITI ROMPIN 2020-2025 EDISI KEMAS KINI


Assalamualaikum Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani Kejayaan dan peningkatan prestasi Kolej Komuniti Rompin pada masa kini merupakan hasil gigih serta usaha tanpa batas semua warga institusi bagi merealisasikan inisiatif-inisiatif jabatan melalui kerangka dan hala tuju yang disasarkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dari masa ke masa. Kecemerlangan ini dapat dihasilkan melalui strategi yang berkesan serta kesediaan warga institusi untuk menongkah arus perubahan serta mendepani cabaran tanpa gentar. Pelan Strategik Kolej Komuniti Rompin ini akan memberi panduan jelas kepada semua warga institusi untuk terus melakar kecemerlangan dengan melaksanakan tindakan terancang bagi menyokong dan mendukung kualiti pendidikan tinggi negara. Melalui budaya kerja yang padu serta pengamalan budaya SERONOK dalam bekerja, saya yakin Kolej Komuniti Rompin akan terus menjadi lebih gemilang dalam merencana agenda TVET negara. En Ahmad Muzaffar bin Abdul Aziz Pengarah Kolej Komuniti Rompin S A L A M P E R U T U S A N


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara Akta Pendidikan 1996.


"bawalah idea dan cadangan anda untuk bagaimana kita semua mampu bekerja bersamasama menambahbaik kurikulum dan inisiatif penyelidikan (sektor pendidikan tinggi) dalam mencapai wawasan kita mengecap sebuah masa depan sejahtera". YB DATO’ SERI DIRAJA DR. ZAMBRY ABD KADIR MENTERI PENDIDIKAN TINGGI PERSIDANGAN ANTARABANGSA UNTUK EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-15 (ICIEF 2024) 6 MAC 2024


Graduankualitiamanahkami Pensyarahkompeten‘izzahkami PolyCCwadahkami MemacudestinasiMalaysiaMadani YBRS.DR.HAJIMOHDZAHARIBINISMAIL KETUAPENGARAH PENDIDIKANPOLITEKNIKDANKOLEJKOMUNITI


SEPINTAS LALU Kolej Komuniti Rompin pada awal penubuhannya Kolej Komuniti Rompin mula beroperasi pada tahun 2003 di Sekolah Menengah Teknik Sultan Ahmad Shah, Rompin (kini dikenali sebagai Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah) sebelum berpindah ke kampus tetap di KM 5, Jalan Rompin-Pekan mulai bulan Ogos 2004. Seramai 24 orang pelajar kumpulan pertama telah mendaftar sebagai pelajar program sepenuh masa bagi sesi Jun 2003. Program yang ditawarkan di awal penubuhan adalah Sijil Penyejukan Dan Penyamanan Udara. Kolej Komuniti Rompin Setelah genap dua dekad penubuhannya, kini Kolej Komuniti Rompin boleh berbangga dengan perubahan demi perubahan yang dicapai termasuklah kejayaan pelajar serta tenaga kerjanya dalam pelbagai aspek. Dengan hanya bermula satu kursus pengajian yang ditawarkan, kini Kolej Komuniti Rompin bersedia memberi peluang kepada komuniti setempat melalui empat (4) kursus pengajian tambahan secara sepenuh masa iaitu Sijil Teknologi Automotif, Sijil Kulinari, Sijil Operasi Perhotelan dan Sijil Teknologi Elektrik disamping kursus-kursus pendek di bawah kelolaan Unit Pembelajaran SepanjangHayat.


Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf Memperkasa komuniti melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat Melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan MISI Menjadi peneraju institusi TVET yang unggul VISI


MENUJU Menghasilkan graduan TVET yang holistik dan kompeten serta berkemampuan menyumbang kepada pembangunan negara MATLAMAT BERUSAHA menuai apa yang ditanam MATLAMAT PENDIDIKAN Menghasilkan graduan TVET yang diyakini dan menjadi rebutan majikan untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara; 1. Mengukuhkan kerelevanan dan keresponsifan program pengajian di institusi untuk memenuhi keperluan industri; 2. Melahirkan warga sejagat ke arah keharmonian serta kemakmuran global. 3. MATLAMAT ORGANISASI Aktiviti pengajaran dan pembelajaran diKolejKomunitiRompin


PIAGAM PELANGGAN kOLEJ KOMUNTI ROMPIN beriltizam memberi perkhidmatan yang berkualiti, beretika, profesional, cekap dan mesra dengan memastikan: menyediakan program pengajian yang mendapat akreditasi daripada MQA atau badan-badan profesional yang berkaitan; memproses pengambilan pelajar mengikut syarat dan kriteria yang ditetapkan serta memaklumkan keputusan kemasukan dalam 20 hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan; melaksanakan bayaran bantuan kewangan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan diumumkan kepada pelajar yang layak; dan memaklumkan keputusan peperiksaan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas semester pengajian berakhir. 1.Pelajar SijilKulinarimempamerkan hasil pembelajaranmereka Majlis PerasmianKioskKM5 oleh Mantan Pengerusi Penasihat KolejKomunitiRompin 2. 3.TeamBonding 2.0 2021 3 2 1


PIHAK BERKEPENTINGAN KERAJAAN KEMENTERIAN INDUSTRI MASYARAKAT IBU BAPA PELAJAR


TERAS STRATEGIK BAB 2 PELAN STRATEGIK KOLEJ KOMUNITI ROMPIN 2020-2025 EDISI KEMAS KINI


PELAN STRATEGIK 2020-2025 Perancangan pelan ini adalah merujuk kepada 7 teras strategik utama yang digariskan di dalam Pelan Strategik JPPKK. Ia bertujuan untuk memantau pelaksanaan kerja berdasarkan kepada sasaran serta penunjuk yang telah dikenalpasti. Pelaksanaan pelan ini akan dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran institusi termasuklah profesionalisme dalam perkhidmatan dan pembangunan kompetensi pelajar serta meningkatkan profil Kolej Komuniti Rompin sebagai institusi TVET yang dikenali khususnya dalam modul kemahiran berimpak tinggi. Kolej Komuniti Rompin Penggubalan Pelan Strategik Kolej Komuniti Rompin adalah satu dokumen pelan perancangan yang signifikan dan relevan dengan keperluan masa kini. Pelan ini adalah satu dokumen hasrat dan panduan dalam merancang serta melaksanakan tindakan pada masa akan datang dengan lebih sistematik dan cekap. Seiringan dengan pelan transformasi Kolej Komuniti, perancangan Pelan Strategik ini adalah selaras dengan Pelan Strategik di peringkat Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.


7 TERAS STRATEGIK TERAS 4 Pemantapan Program Pengajian Memberi fokus kepada komuniti akademik kolej komuniti untuk bersedia dengan tuntutan semasa. TERAS 5 Memperkukuh Kolaborasi Industri, Komuniti Dan Alumni Memperkukuh jaringan industri dan institusi merupakan program intervensi bersepadu bagi memperluas jaringan kolaborasi dengan industri berciri 4IR dan mengeratkan kerjasama dengan agensi kerajaan yang mendepani 4IR. TERAS 6 Membudaya Penyelidikan Dan Inovasi Memberi fokus kepada peningkatkan ekosistem penyelidikan gunaan dan inovasi. TERAS 7 Memperkukuh Pembelajaran Sepanjang Hayat Meningkatkan Community Satisfaction Index dengan memantapkan hubungan baik dengan komuniti setempat melalui pembelajaran sepanjang hayat. TERAS 1 Menghasilkan Graduan TVET Berkualiti Memberi fokus kepada graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. TERAS 2 Memantapkan Governan Yang Responsif Dan Mampan Memberi tumpuan kepada memupuk kesedaran dan pengetahuan terhadap 4IR, menyediakan infrastruktur berciri 4I untuk mengupayakan institusi. TERAS 3 Pemerkasaan Bakat Memberi fokus kepada komuniti akademik yang komited, berusaha secara berterusan untuk meningkatkan kualiti diri, menyokong pembangunan profesional, mencetuskan inspirasi kepada pelajar, dan cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).


T E R A S S T R A T E G I K 1 MENGHASILKAN GRADUAN TVET BERKUALITI MENGHASILKAN GRADUAN TVET BERKUALITI


MENGHASILKAN GRADUAN TVET BERKUALITI “POLYCCadalahpenyumbangtenagakerjateknikalterbesar negaraiaitusebanyak40%.Inimerupakankekuatankita!” YBRS.DR.HAJIMOHDZAHARIBINISMAIL KETUAPENGARAH PENDIDIKANPOLITEKNIKDANKOLEJKOMUNITI


TERAS 1 : Menghasilkan Graduan TVET Berkualiti 1 2 3 3 OBJEKTIF STRATEGIK Menghasilkan graduan yang berkualiti dan mengikut / menepati keperluan industri. Memantapkan ekosistem keusahawanan bersinergi yang holistik dan bersepadu. Melahirkan graduan berciri global. Melahirkan graduan yang boleh bekerja, berciri keusahawanan dan seimbang melalui pembelajaran formal, bukan formal dan tidak formal. Pemerkasaan pelajar TVET yang berkualiti. Melebarluaskan pelajar TVET menceburi bidang keusahawanan. Memperkasakan kualiti graduan TVET. 4 STRATEGI


1 2 3 Melaksanakan Program Kebolehpasaran Graduan yang berimpak tinggi. Melaksanakan Program Keusahawanan. Mempromosi dan membudayakan kewarganegaraan global. Skop TVET perlu berdasarkan standard pekerjaan diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan industri 3 LANGKAH


T E R A S S T R A T E G I K 2 MEMANTAPKAN GOVERNAN YANG RESPONSIF DAN MAMPAN MEMANTAPKAN GOVERNAN YANG RESPONSIF DAN MAMPAN


“Governan yang kukuh dan stabil mampu mengorak langkah jangkaan dalam segenap aspek sebagai persediaan POLYCC bertaraf global” MEMANTAPKAN GOVERNAN YANG RESPONSIF DAN MAMPAN SIARANMEDIA 100HARIPENCAPAIANKETUAPENGARAHPENDIDIKANPOLITEKNIKDANKOLEJKOMUNITI MAC2023


TERAS 2: Memantapkan Governan Yang Responsif dan Mampan 1 2 3 3 OBJEKTIF STRATEGIK Melestari tadbir urus yang berakauntabiliti dan cekap. Memperkukuh jenama dan reputasi POLYCC. Meningkatkan pengurusan kewangan yang cekap dan berhemah. Menjenamakan semula imej TVET. Meningkatkan mekanisme penyampaian yang berkesan. Meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi melalui aktiviti yang boleh mengurangkan kos dan menghapuskan pembaziran. Mengurus kewangan secara cekap dengan mematuhi peraturan dan prosedur. Kemampanan tadbir urus. 5 STRATEGI


01 02 03 04 05 06 MENINGKATKAN JENAMA DAN REPUTASI INSTITUSI MEWUJUDKAN PERSEKITARAN KONDUSIF MELALUI BUDAYA KERJA YANG POSITIF MEMUPUK KESEDARAN DAN PENGETAHUAN TENTANG 4IR MENGURUS KEWANGAN SECARA CEKAP DENGAN MEMATUHI PERATURAN DAN PROSEDUR MENCAPAI MATLAMAT ORGANISASI YANG DIGARISKAN MELALUI KEBERKESANAN KOS MENINGKATKAN TADBIR URUS MELALUI LEAN MANAGEMENT LANGKAH


TERAS STRATEGIK 3 PEMERKASAAN BAKAT


Pemerkasaan Bakat dunia sedang beralih ke arah ekonomi berteraskan digital serta tenaga baharu yang memerlukan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut sama menyumbang kepakaran kepada agenda nasional yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri. YB DATO’ SERI DIRAJA DR. ZAMBRY ABD KADIR Menteri Pendidikan Tinggi Ucapan amanat ketika kunjungan rasmi ke Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) - 6 Januari 2024 POLYCC Diseru Jadi Pembangun Bakat Utama Negara Depani Ekonomi Baharu


Kita mungkin tidak boleh mengawal apa yang berlaku dalam hidup kita, tetapi kita boleh mengawal bagaimana kita bereaksi terhadapnya. Pilihlah untuk bereaksi dengan semangat yang kuat dan positif. OBJEKTIF STRATEGIK Mempergiat perkongsian pengetahuan antara PPPT dan pengamal industri secara berterusan. Melahirkan staf yang efektif melalui program pembangunan bakat jangka panjang yang komprehensif. Meningkatkan kemahiran dan pengalaman industri. Meningkatkan kompetensi pensyarah. 3 STRATEGI Melaksanakan Program Pengkayaan Pengalaman di Industri / Program Pembangunan Kepimpinan Terkini LANGKAH


KISAH KEJAYAAN Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.


TERAS STRATEGIK 4 PEMANTAPAN PROGRAM PENGAJIAN PEMANTAPAN PROGRAM PENGAJIAN


PEMANTAPAN PROGRAM PENGAJIAN JPPKK ambil usaha proaktif tambah baik bidang pengajian.


Jangan menyerah jika impianmu belum tercapai. Dengan semangat, percaya, dan doa, semua yang tidak mungkin pasti boleh menjadi mungkin. OBJEKTIF STRATEGIK Mengintegrasikan teknologi terkini dalam PdP/program pengajian secara meluas. Melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran digital secara lebih meluas dengan penggunaan teknologi terkini. STRATEGI Membangunkan Learning Spaces Berciri Pembelajaran Inovatif. LANGKAH


Usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan politeknik dan kolej komuniti juga termasuk kerjasama serta perkongsian pintar bersama industri dalam pembangunan kokurikulum bagi proses pembelajaran dan pengajaran. Ini juga dapat meningkatkan kualiti serta pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) untuk melahirkan graduan berkualiti yang memenuhi keperluan industri dan guna tenaga negara. Petikan ucapan Ts. Haji Muhamad Rumzi bin Mamat Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dalam Majlis Konvokesyen Politeknik Melaka Kali Ke-20.


T E R A S S T R A T E G I K 5 MEMPERKUKUH KOLABORASI INDUSTRI, KOMUNITI DAN ALUMNI MEMPERKUKUH KOLABORASI INDUSTRI, KOMUNITI DAN ALUMNI


MEMPERKUKUH KOLABORASI INDUSTRI, KOMUNITI DAN ALUMNI B E R N A M A N O V E M B E R 8 , 2 0 2 3 JPPKK komited tingkat peratus siswazah POLYCC peroleh gaji premium


Kita tidak perlu menjadi hebat untuk memulakan, tetapi kita perlu memulakan untuk menjadi hebat. OBJEKTIF STRATEGIK Memperkukuh jaringan industriinstitusi. Mengadakan jalinan kolaborasi bersama syarikat-syarikat yang berpotensi untuk mengadakan kerjasama industri. Membangunkan komuniti pintar. Menjalinkan hubungan yang baik dengan alumni. STRATEGI Memperluas Jaringan Kolaborasi dengan Industri. LANGKAH


POLYCC berjaya melepasi kadar kebolehpasaran graduan 90 peratus sepanjang tiga tahun berturutturut. Ini menunjukkan pencapaian bagi permintaan pasaran kerja terhadap graduan adalah tinggi dan berterusan. YBRS.DR.HAJIMOHDZAHARIBINISMAIL KETUAPENGARAH PENDIDIKANPOLITEKNIKDANKOLEJKOMUNITI


T E R A S S T R A T E G I K 6 MEMBUDAYA PENYELIDIKAN DAN INOVASI MEMBUDAYA PENYELIDIKAN DAN INOVASI


“Melalui Program Penyelidikan Padanan Antarabangsa atau Malaysia Partnerships and Alliances in Research (MyPAiR), perkongsian dan kerjasama penyelidikan tidak terhad kepada perkongsian kepakaran tetapi turut merangkumi konteks yang lebih luas seperti perkongsian infrastruktur dan peralatan. MEMBUDAYA PENYELIDIKAN DAN INOVASI “Kecemerlangan IPT memerlukan keempatempat pemegang taruh ini (akademik, industri, kerajaan dan masyarakat) untuk bertindak bersama dari peringkat permulaan sehinggalah akhir” YB DATO’ SERI DIRAJA DR. ZAMBRY ABD KADIR Menteri Pendidikan Tinggi Dewan Rakyat - 13 Mac 2024


Impian anda memberikan anda peluang untuk menjadikannya realiti, anda hanya perlu mengenal pasti peluang yang muncul dan ambil tindakan. OBJEKTIF STRATEGIK Memperkasa ekosistem penyelidikan, inovasi dan pemindahan teknologi. Membangunkan ekosistem penyelidikan dan inovasi. Pembudayaan program penyelidikan dan inovasi. Pertingkatkan komersialan produk dan penyelesaian masalah. Menyertai pertandingan / pembentangan / penyertaan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. STRATEGI Memasyarakatkan Penyelidikan dan Penemuan Ilmu Baharu / Penghasilan Produk Inovasi. LANGKAH


YB DATO’ SERI DIRAJA DR. ZAMBRY ABD KADIR Menteri Pendidikan Tinggi


T E R A S S T R A T E G I K 7 MEMPERKUKUH PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT MEMPERKUKUH PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT


MEMPERKUKUH PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT P embelajaran Sepanjang Hayat (PSH) atau Lifelong Learning (LLL) merupakan sebuah agenda antarabangsa sebagaimana yang digariskan dalam United Nation Sustainable Development Goals 2030 (SDG2030) dan agenda nasional utama seperti Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMKe-12). PSH dilihat sebagai salah satu pemangkin utama dalam mengukuhkan tahap literasi, kemahiran, dan ilmu pengetahuan rakyat Malaysia selaras dengan hasrat Kerajaan dalam melahirkan Masyarakat Malaysia MADANI yang berilmu dan sejahtera. Kementerian Pendidikan Tinggi 25 September 2023


Perbezaan antara kehidupan anda sekarang dan kehidupan impian anda ialah apa yang anda lakukan setiap hari. OBJEKTIF STRATEGIK Melahirkan komuniti berkemahiran. Mencapai bilangan peserta kursus pendek / latihan khas. Pemerkasaan PSH melibatkan komuniti setempat / institusi kerajaan/ swasta. Pemerkasaan PISH melibatkan pusat-pusat pendidikan Islam, NGO Islam dan pendidikan. STRATEGI Mempelbagaikan aktiviti/latihan berkemahiran berimpak tinggi LANGKAH


Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti turut menggariskan 11 keutamaan lima fokus utama itu antaranya adalah memperkasa kompetensi berasaskan industri, meneroka translational research, memperhebat program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Antara keutamaan lain adalah program latihan dan pensijilan profesional yang berorientasikan industri; pembentukan atribut pelajar di mana generasi kini telah menjadi digital natives; meneroka translational research; memperhebat program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) melalui penawaran pelbagai program microcredentials bersifat jangka pendek bagi membolehkan sesiapa sahaja di luar sana menambah kelayakan diri; melaksanakan Program Mobiliti Inbound untuk menambahbaik pengurusan pelajar antarabangsa di politeknik; membangunkan beberapa model untuk draf Rang UndangUndang (RUU) bagi politeknik dan kolej komuniti serta mempraktikkan Lean Quality Management System agar sistem pengurusan dan pengoperasian menjadi lebih cekap dan berkesan.


FAKTOR PENENTU BAB 3 PELAN STRATEGIK KOLEJ KOMUNITI ROMPIN 2020-2025 EDISI KEMAS KINI


FAKTOR PENENTU MODAL INSAN YANG KOMPETEN SISTEM DAN PROSEDUR KERJA Sistem dan prosedur kerja perlu sentiasa dikaji semula supaya sesuai dengan perkembangan semasa. Sistem dan prosedur yang cepat dan cekap dapat meningkatkan tahap keberkesanan warga kerja dan organisasi. Kolej Komuniti Rompin perlu diterajui oleh pemimpin yang cemerlang dari segi kemahiran kritikal kepimpinan terutama kemahiran berwawasan, kemahiran kepimpinan, kemahiran pengurusan, kemahiran penyelidikan dan inovasi; dan kemahiran keantarabangsaan. Pembangunan modal insan akademik, semua kategori dan gred PPPT yang perlu dilaksanakan sepanjang tempoh kerjaya bertujuan memperkasa semua PPPT ke arah menjadi seorang yang profesional dalam melatih tenaga kerja separa profesional yang kompeten dan berdaya saing. Oleh itu, satu kaedah sistematik telah diwujudkan bagi mengenal pasti tahap kemahiran kepimpinan peneraju institusi dan jabatan, menilai dan membangunkan keupayaan pegawai berprestasi tinggi bagi memenuhi keperluan organisasi pada masa kini dan akan datang. KOMITMEN PENGURUSAN Pengurusan atasan memberikan perhatian yang serius serta menunjukkan komitmen yang tinggi bagi menjayakan perancangan strategik ini. Kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh pengurusan atasan memberi petunjuk bahawa pencapaian matlamat perancangan strategik adalah penting dan ini perlu difahami oleh semua peringkat staf keseluruhannya. Penjajaran strategik yang betul dan jelas akan memberi kesan kepada kesempurnaan pelaksanaan. Elemen penentu kejayaan merupakan prasyarat dalam menentukan kejayaan pelaksanaan strategik, inisiatif dan program. Komponen utama yang dikenal pasti sebagai penyumbang kepada kejayaan pelaksanaan perancangan Pelan Strategik Kolej Komuniti Rompin ini adalah seperti berikut: Sumber : Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018-2025


PEMANTAPAN TADBIR URUS SOKONGAN DAN KERJASAMA Sokongan dan kerjasama daripada pihak berkepentingan (stakeholders), agensiagensi kerajaan dan pihak swasta adalah amat penting dalam menjayakan Pelan Strategik yang dirancang. Tanpa sokongan dan kerjasama pelbagai pihak adalah sukar untuk menentukan hala tuju dalam mencapai matlamat yang telah disasarkan oleh organisasi. Tumpuan utama kerajaan pada masa kini adalah untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam. Pelaksanaan tadbir urus yang baik adalah penting bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dapat dicapai. Pendekatan yang mengutamakan tadbir urus yang baik adalah cerminan kepada tindak balas terhadap cabaran dan tuntutan kesan daripada kepesatan perubahan yang berlaku tanpa batasan. Pengoptimuman penggunaan sumber dan kepakaran melalui konsep lean management dapat diaplikasikan agar menghasilkan penjimatan perbelanjaan, memudahkan artikulasi pembelajaran dan memperluas liputan penawaran program TVET, seterusnya meningkatkan daya tarikan TVET sebagai laluan kerjaya bagi lepasan menengah. PENETAPAN SASARAN KERJA UTAMA Setiap objektif strategik yang dikenal pasti mengikut perspektif ditetapkan harus mempunyai pengukuran dan petunjuk prestasi. Penetapan SKU Kolej Komuniti Rompin akan disemak setiap tahun dengan mengambil kira keadaan ekonomi semasa dan perubahan dasardasar baharu kerajaan. Kolej Komuniti Rompin sentiasa berusaha dan komited dalam memastikan bahawa SKU yang ditetapkan dapat dicapai melalui pelbagai strategi yang digarap. Sumber : Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018-2025


SIDANG REDAKSI BAB 4 PELAN STRATEGIK KOLEJ KOMUNITI ROMPIN 2020-2025 EDISI KEMAS KINI


Click to View FlipBook Version