The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shimz, 2022-07-27 11:05:02

EPILEPSY/CONVULSION/FEBRILE FIT

EPILEPSY/CONVULSION/FEBRILE FIT

JP HASIMAH BINTI ARASAT
NO MATRIKS: DCGN 1/2022(12)-0020

PSL 1/2022

EPILEPSY / CONVULSION / FEBRILE FITS

EPILEPSY / CONVULSION / FEBRILE FIT

DEFINISI
Epilepsi = adalah satu gangguan kronik dalam fungsi-fungsi otak di cortex cerebrum dimana
terdapat pengeluaran aktiviti elektrik (impuls) yang abnormal atau berlebihan di neuron
dalam otak untuk seketika waktu dan menyebabkan sentakan atau sawan yang berlaku
dengan kerap.

Convulsion = merupakan serangan kontraksi dan relaksasi otot skeletal dan berlaku diluar
kawalan secara tiba-tiba yang berulang-ulang disebabkan oleh pengeluaran aktiviti elektrik
yang abnormal di korteks cerebrum.

Febrile fit = adalah sawan yang berlaku akibat demam yang tinggi.Biasanya terjadi pada
kanak-kanak diantara umur 6 bulan hingga 5 tahun.

ETIOLOGI
Serangan sawan sering dikaitkan dengan gangguan patologi yang melibatkan bahagian
otak. Oleh kerana itu faktor penyebab atau etiologi epilepsi ini adalah semua keadaan yang
melibatkan bahagian otak. Ini termasuklah:

1. Faktor infeksi
Infeksi sistem saraf pusat akut atau kronik boleh menyebabkan sawan. Serangan
infeksi virus di otak menyebabkan kerosakan di bahagian otak terlibat. Contohnya:
abses di otak dan serangan meningitis di kalangan kanak-kanak sering diiringi
dengan sawan.

2. Faktor kecederaan atau trauma
Kecederaan atau trauma di kepala disebabkan oleh pukulan, kemalangan atau
semasa proses kelahiran boleh menyebabkan kerosakan di bahagian otak.

3. Faktor genetik
Latarbelakang keluarga yang pernah mengalami epilepsi samada ibubapa atau adik
beradik. Keadaan ini akan mudah merangsangkan kejadian epilepsi kepada individu
dalam keluarga tersebut

4. Faktor yang tidak diketahui (idiopatik)
Terdapat juga sawan yang berlaku tanpa sebab-sebab tertentu dan dikenali sebagai
idiopathic epilepsy. Ianya berlaku di kalangan mereka berumur 20 tahun ke bawah
dan jarang sekali berlanjutan ke umur 30 tahun ke atas.

5. Faktor metabolik
Bahan toksik mengganggu metabolisma, pengaliran oksigen dan glukos ke otak dan
gangguan ini menyebabkan sawan. Contoh keadaan ini ialah:
 Ketidakseimbangan elektrolit, hipoglisemia, hipoksia, hiperkalemia, dehidrasi
 Keracunan disebabkan plumbum di kalangan kanak-kanak menyebabkan
keadaan “lead encephalopathy” diikuti dengan sawan.
 Pengambilan alkohol yang berlebihan
 Withdrawal barbiturate

FAKTOR MEMPRADISPOS
Faktor-faktor yang mempradisposkan serangan sawan di kalangan mereka yang sudah
mengidap epilepsi. Faktor-faktor tersebut ialah:-

i. Tekanan emosi
ii. Keletihan yang extreme
iii. Bunyi bising

iv. Menggunakan pemikiran/mental yang berlebihan

PATOFISIOLOGI
Otak merupakan pusat pengawalan fikiran, pergerakkan dan deria. Ia dibentuk oleh unit-unit
sel (neuron). Sel ini mempunyai fungsi yang berbeza dan fungsi ini dilakukan melalui
penghasilan aktiviti elektrik yang berbeza.
1. Sawan terjadi akibat daripada fungsi neuron yang sensitif di cortex cerebrum dan di

limbic centre di hippocampus
2. Neuron (sel otak) ini dikenali sebagai epileptogenis focus. Membran sel ini akan

menjadi telap dan seterusnya menjadi aktif jika pesakit mengalami hipertermia,
hipoksia, hipoglisemia dan hiponatremia.
3. Keaktifan sel ini akan mengeluarkan aktiviti elektrik yang berlebihan dan apabila sampai
ke tahap maksima ia akan merebak ke seluruh kortek serebrum, talamus dan brain
stem.

4. Pengeluaran aktiviti elektrik di ‘brain stem’ akan menyebabkan kontraksi otot-otot,
dimana otot-otot akan menjadi kejang dan menyebabkan sawan serta hilang kesedaran
diri.

5. Penghasilan aktiviti elektrik berlebihan akan merebak ke korda spina.

6. Halangan di kortek serebrum, talamus anterior dan basal ganglia melambatkan
pengeluaran aktiviti elektrik. Oleh itu, akan mengganggu dalam kejadian
sawan/sentapan, aktiviti elektrik yang berkurangan itu akan menyebabkan
sentapan/sawan terhenti.

7. Kejadian dimana penghasilan aktiviti elektrik yang berlebihan serta halangan di kortek

serebrum akan menekan sistem saraf pusat dan menyebabkan pesakit hilang
kesedaran diri, ditunjukkan dengan terlena, kekeliruan dan letih selepas sawan.

KLASIFIKASI

 terbahagi kepada beberapa jenis mengikut sentapan / konvulsi

1. Epilepsy Major (Grand Mal Epilepsy) Generalized seizure

2. Epilepsy Minor (Petit Mal Epilepsy)

3. Jaksonian Epilepsi Partial seizure

4. Temporal lobe Epilepsi

5. Status Epilepticus

MANIFESTASI KLINIKAL
1.Epilepsi Major (Grand Mal) atau Tonic Clonic Seizures

Epilepsi jenis di perwatakan dengan konvulsi(sentapan) seluruh tubuh, hilang kesedaran diri,
inkontinen urin dan feses. Serangannya melalui peringkat-peringkat tertentu dan
manifestasinya mengikut peringkat adalah:

i. Peringkat aura (peringkat amaran)

 Dalam peringkat ini, tanda amaran atau sesuatu perasaan dirasai oleh
pesakit sebelum sawan berlaku seperti perasaan tidak senang, nampak
seakan cahaya kilat, terdengar bunyi, pening kepala atau kebas anggota.

 Sesetengah pesakit tidak mengalami peringkat aura.

ii. Peringkat tonik (30 - 40 saat)

 Pesakit menjerit dengan tiba-tiba (epileptic cry) dan rebah/jatuh dalam
keadaan tidak sedarkan diri. Jeritannya nyaring dan jeritan ini disebabkan
oleh kuncupan tiba-tiba pada otot-otot pernafasan dan abdomen yang
memaksa udara keluar melalui glotis yang kejang.

 Semua otot-otot menjadi kejang dan kaku.
 Tangan pesakit membengkok, manakala kakinya melurus. Bola mata

berputar keatas.
 Pernafasan terhenti dan cynosis berlaku

iii. Peringkat klonik (1 – 3 minit)

 Otot-otot mula menguncup dan mengendur secara berselang seli,
mengakibatkan pergerakan yang tersentak-sentak.

 Twitching berlaku pada kening, bibir, tangan dan kaki.
 Pesakit kelihatan masih kelihatan cynosis tetapi telah mula bernafas tetapi

cetek
 Mengeluarkan air liuh ‘berbuih’(mungkin mempunyai kesan darah akibat

tergigit lidah semasa sentakan otot berlaku).
 Pesakit mungkin terkencing/terbuang air besar.

iv. Peringkat kesembuhan / tidur

 Semua sentakan otot terhenti.
 Pesakit akan mengalami sakit di bahagian otot dan rasa letih.
 Pesakit akan tidur 1-2 jam atau lebih.
 Apabila terjaga, kadang-kadang menjadi agresif,
 Tiada ingatan terhadap apa yang telah berlaku semasa sawan.

2.Epilepsy Minor (Petit Mal Epilepsy)

Kerap berlaku kepada kanak-kanak dan jarang berterusan sehingga remaja. Jika tidak
dirawat serangan mungkin mencapai IOO kali sehari.

Manifestasinya ialah:
 Pesakit hilang kesedaran diri beberapa saat.
 Biasanya pesakit tidak terjatuh ke lantai.
 Pesakit biasanya berhenti melakukan apa yang sedang dilakukannya.
 Matanya terbeliak
 Tiada sawan atau sentakan.
 Mungkin ada sedikit twitching pada kelopak mata/jari.
 Berlaku 5 – 20 saat sahaja.
 Pulih dengan sekejap saja dan meneruskan kerjanya seperti biasa (tiada
ingatan terhadap apa yang berlaku).

3.Jaksonian Epilepsi
- sejenis simple partial seizures.
Seizure / sawan yang disebabkan oleh kecacatan di dalam otak samada tumor / jangkitan di
otak.

Manifestasinya ialah:

 Bermula di satu bahagian tubuh, contohnya bermula di tangan kiri kemudian
merebak keseluruh bahagian tubuh kiri.

 Pesakit biasanya tidak mengalami hilang kesedaran diri.
 Durasi jarang melebihi 1 minit.
 Penglibatan motor, sensori, autonomik phenomena atau kesemuanya.

4.Temporal Lobe Epilepsy

Adalah sejenis compleks partial seizures. Penglibatan fungsi behavior, emosi, affective dan
kognitif.
Epilepsi akibat kerosakkan di copeng temporal otak.

Manifestasinya:
 “clouding of conciousness” – keadaan di mana pesakit berada di tahap separuh

ingatan, tidak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya dan pesakit keliru /
disorientasi.
 Pesakit melakukan pergerakan automatik dan berulang seperti mengunyah /
menelan. Juga dikenali sebagai psychomotor seizures.
 Akan menyambung semula aktiviti yang sedang dilakukan semasa sebelum
serangan.
 Durasi biasanya melebihi 1 minit.
 Selepas seizures diikuti dengan postictal confusion.(keliru selepas serangan
sawan)
 Tidak dapat mengingat kembali perbuatan apabila sedar.
 Simptom psychosensori seperti perubahan dalam sensasi visual atau auditory serta
alami vertigo.

5.Status Epilepticus

 Adalah keadaan dimana terdapat sawan yang berterusan sekurang- kurangnya 30
minit. Sawannya adalah berturut-turut.

 Pesakit tidak sedar diri di antara serangan.
 Ia adalah komplikasi yang serius dalam epilepsy dan adalah keadaan medical

emergency.
 Semasa serangan ulangan otak menggunakan tenaga yang lebih dari yang

dibekalkan kepadanya. Oleh itu neuron menjadi exhausted dan fungsinya akan
terhenti serta berlaku kerosakan otak kekal.
 Tonik klonik status epilepticus adalah yang paling bahaya kerana ia akan
menyebabkan kekurangan dalam ventilasi, hypoksemia, cardiac arrhytmias,
hyperthermia dan asidosis secara sistemik.

PENYIASATAN DIAGNOSTIK
1. Health history taking
-Pengambilan sejarah latar belakang pesakit boleh membantu menentukan diagnosis.
-Cara kelahiran, umur mula mendapat serangan, corak dan ciri sawan.
-Mendapatkan sejarah sawan pesakit daripada ahli keluarga yang pernah menyaksikan
sawan yang dialami oleh pesakit.

2. Neurological examination - selalunya normal.

3. Ujian-Ujian diagnostik

1. Ujian Darah (untuk mengesan masalah metabolik)
 BUSE – untuk mengesan gangguan metabolik seperti uraemia yang
merupakan salah satu punca epilepsi.

 Glukos dalam darah – paras glukos yang rendah menyebabkan
hipoglisemia, dimana keadaan ini adalah salah satu punca epilepsi

2. EEG (electroencephalogram)
Ia menggambarkan aktiviti eletrik otak seseorang.
Tujuan – mengenalpasti tempat discaj aliran eletrik bermula, rebakan dan
menentukan jenis epilepsi.

3. Penyakit epilepsi yang berlainan akan menghasilkan corak EEG yang berlainan, jadi
pemeriksaan EEG amat berkesan untuk mengesan dan mengenalpasti penyakit itu.

4. X-Ray skull
Mengesan ‘lesion’ atau kecederaan di otak.

5. CT Scan dan MRI
Bantuan komputer untuk menganalisa pemeriksaan X-Ray. X-ray biasa hanya dapat
menggambarkan keadaan tengkorak, tetapi dengan CT Scan, struktur otak dapat
ditunjukkan dengan jelas.
Tujuan – mengesan penyakit yang akan mengakibatkan perubahan struktur otak
yang jelas seperti tumour di otak dan strok.

6. Lumbar puncture (CSF for C&S)
Untuk pemeriksaan cecair serebrospinal bagi mengesan jangkitan.

7. Ventrikulogram
Pemeriksaan X-ray di ventrikel otak untuk
mengesan tumor.

PENGURUSAN
Tujuan rawatan – mengawal sawan dan mengelakkan kecederaan

A. Rawatan semasa serangan
Pesakit diberikan privasi dengan meletakkan skrin untuk mengelakkan dari pemerhatian
orang ramai/pesakit lain, supaya beliau tidak berasa malu setelah serangan berlaku
disebabkan oleh pesakit-pesakit lain dapat memerhatikan keadaan beliau ketika serangan
berlaku.

 Melawaskan salur pernafasan

- Pusingkan muka/kepala pesakit ke sisi untuk memudahkan pengeluaran air
liur.

- Longgarkan pakaian ketat di leher, dada dan pinggang.

- Lakukan sedutan dari masa ke semasa untuk mengelakkan pengumpulan air
liur yang menyekat salur pernafasan.

- Berikan oksigen melalui nasal prong 3L/ min atau face mask 5 - 1L/min

 Mengelak kecederaan

- rawat pesakit dalam katil berpagar

- susun bantal di sekeliling pagar katil

- letakkan bantal di hujung kepala katil disebabkan semasa serangan, kepala
pesakit mungkin terkena kepada kepala katil dan boleh menyebabkan
kecederaan di kepala.

- Elakkan menahan gerakan anggota semasa serangan kerana boleh
menyebabkan kecederaan atau kepatahan di tulang-tulang anggota.

- Jauhkan alat-alat yang boleh mencederakan pesakit seperti benda-benda
tajam, gelas atau botol air panas.

- Berada di sisi pesakit semasa serangan untuk menentukan keselamatan
pesakit terjamin.

 Pemerhatian

- pemerhatian tentang sawan berkaitan dengan waktu sawan berlaku;
jangkamasa/tempoh serangan; bahagian/anggota yang terlibat untuk
mengetahui jenis sawan dan jangkamasa hilang kesedaran diri.

- Warna kulit – cyanosis akibat dari pernafasan yang terhenti dan sekatan salur
pernafasan dengan sekresi mulut

- Kencing / buang air besar semasa serangan.
- Kelakuan selepas serangan – tidur / ganas

Pemerhatian dicatit dalam carta sawan (fit chart)
- Pulse oxymetri bagi mengetahui paras oksigen
- Pemerhatian tanda-tanda vital selepas serangan – kekerapan bergantung

kepada keadaan pesakit, 1 atau 2 jam sekali, dan pemerhatian nadi,
pernafasan, tekanan darah dan tahap kesedaran pesakit.

 Medical Management; Rawatan ubat
Pengubatan diberi secara intravena atau intramuskular untuk mendapatkan
tindakan segera bagi mengawal serangan. Ubat yang diberikan ialah:-
Anticonvulsant
- I/V Diazepam (Valium) 10mg ‘bolus dose’
Tujuan – untuk meredakan serangan; merehatkan otot dan menenangkan
pesakit
Jika sawan masih tidak reda, I/V Valium 10 – 30 mg diberi melalui intravena
infusi

- I/V Phenytoin Sodium
300mg diberi bersama valium untuk serangan yang teruk
Kesannya menghalang ledakan aktiviti letrik yang berlebihan melalui neuron.

 Surgical Management:
- Pembedahan bagi pesakit epilepsi kronik contoh temporal lobe epilepsi.
- pilihan terakhir apabila medical management tidak dapat mengawal sawan pesakit yang
berulang.
- Mempunyai risiko dan komplikasi seperti kecederaan pada bahagian otak yang lain
disebabkan pembedahan, pendarahan.
- Keluarga dan pesakit perlu diterangkan dengan jelas tentang kemungkinan risiko
pembedahan.

B. Rawatan lanjutan (selepas serangan)
i. Kebersihan diri pesakit

- tukarkan kainan jika pesakit bowel open / pass urine
- lapkan mulut pesakit dari kesan saliva.
-

ii. Rehat
- beri keselesaan; kurangkan kebisingan.
- Setelah pesakit betul-betul sedar, berikan ia minuman glukos untuk memastikan
gula yang mencukupi di dalam darah

iii. Pemerhatian tanda vital
- di ambil 4 jam sekali keatas nadi, suhu badan, pernafasan dan tekanan darah.

iv. Ubatan anticonvulsant
Untuk mengawal sawan dan mencegah sawan berulangan. Selain dari ubat valium –
ubat yang diberikan adalah dari jenis antikonvulsi; diberikan dalam jangkamasa yang
panjang dan mungkin seumur hidup jika perlu. Ubatan hendaklah diberi bersama
sarapan untuk mengurangkan gastritis.
- Capsule Phenytoin (Dilantin) 100 – 200mg melalui oral
Tindakan – menekan pusat motor serebrum kortek dan menghalang rebakan
aktiviti eletrik yang abnormal melalui neuron
Kesan sampingan – kekeliruan, ataxia, pening.

- Luminal (Phenobarbitone)
Dos – 30 -50 mg tds melalui oral
Kesan sampingan – mengantuk, ataxia dan pening.

- Tegretol (Carbamazeprine)
Dos – 200mg tds melalui oral
Kesan sampingan – loya,muntah, ruam di kulit dan pening.

- Epilim (Sodium Valproate)
Dos – 200mg tds melalui oral
Kesan sampingan – loya, muntah dan tremor.

v. Makanan
- Doktor mungkin mempreskripsikan ketogenic diet; high fat, low protein, low
carbohydrate diet. Diet ini akan diberi bersama vitamin. Perlu menjalani

pemeriksaan oleh doktor & ujian darah sebelum memulakan kerana diet ini
boleh menyebabkan masalah kardiovaskular.

- Makanan yang diberikan perlulah yang tidak bahayakan pesakit sekiranya
sawan berlaku semasa makan

- Ikan perlu dibuang tulang; daging dan sayuran di potong halus dan berikan
makanan seimbang

Pendidikan kesihatan
Pendidikan kesihatan perlu dibuat dalam bentuk ‘family conference’ di mana pesakit dan
keluarga terdekat perlu hadir.

a. Penerangan

- proses kejadian penyakit, tanda dan simptom serta langkah-langkah yang
perlu diambil jika serangan berlaku di rumah.

- penyakit ini tidak boleh sembuh dengan sepenuhnya tetapi boleh dikawal
dengan pengambilan ubatan yang tetap dan betul.

b. Ubatan
- Meneruskan pengambilan ubatan dan menerangkan bahayanya jika

pengambilan ubatan diberhentikan dengan tiba-tiba; juga diberitahu kesan
sampingan ubatan.
- Elak berhenti mengambil ubatan tanpa nasihat doktor

c. Aktiviti
- Mengenalpasti punca stress yang mungkin dialami oleh pesakit.
- Menerangkan bahawa aktiviti berlebihan, ketegangan emosi / fizikal seperti

keletihan, kemarahan, kepenatan, kurang tidur boleh merangsangkan
serangan sawan.
- Elak melakukan kerja-kerja yang boleh mendatangkan bahaya kepada
pesakit jika sawan berlaku ketika ia berseorangan seperti menggunakan
benda-benda tajam, barang letrik, bahan kimia, berada di tempat tinggi dan
memandu kereta.
- Dilarang berenang seorang diri kerana beliau boleh mati lemas sekiranya
sawan berlaku
- Pesakit dinasihatkan memakai tag pengenalan mengenai penyakitnya
kemana sahaja dia pergi. Tujuannya jika berlaku kecemasan, langkah segera
dapat diambil dan diberikan kepadanya.

d. Makanan
- Pesakit dinasihatkan jangan mengambil alkohol yang berlebihan atau

membeli ubatan tanpa arahan doktor.

e. Temujanji
- Datang keklinik susulan mengikut tarikh yang diberikan untuk mengetahui

proses kemajuan penyakit disamping membolehkan doktor
menukar/menambah ubatan jika perlu.
- Berjumpa doktor dengan segera, jika ada sebarang jangkitan kerana ini boleh
menyebabkan serangan berulangan.

DIAGNOSIS KEJURURAWATAN

1. Gangguan salur pernafasan berkait dengan neuromuscular impairment secondary to
prolonged tonic phase of seizure

2. Bimbang berkait dengan mengalami sawan berulangan.
3. Potensi kecederaan berkait dengan serangan sawan (uncontrolled movement).

INTERVENSI KEJURURAWATAN

1. Gangguan salur pernafasan berkait dengan neuromuscular impairment
secondary to prolonged tonic phase of seizure

Matlamat
-Klien dapat mengekalkan salur pernafasan yang lawas semasa kejadian sawan.

Intervensi Kejururawatan.

i. Letakkan kain yang dilipat nipis pada bahagian muka atau kepala klien tetapi
elakkan dari membengkukkan leher klien.
ii.Letakkan klien dalam kedudukan mengiring bagi melawaskan salur pernafasan.
iii.Longgarkan pakaian di bahagian leher klien bagi mengelakkan sekatan di
bahagian leher.

iv.Pastikan peralatan sedutan dan oksigen disediakan di katil klien dan berfungsi
bagi digunakan semasa kejadian sawan.
v.Letakkan dalam baringan lateral selepas kejadian sawan bagi menggalakkan
sekresi meleleh keluar dan mengelakkan lidak menyekat salur pernafasan..
vi.Lakukan penilaian pada paras kepekatan oksigen bagi mengetahui kepekatan
oksigen klien.
vii.Lakukan sedutan dengan lembut di dalam mulut bagi membeantu mengeluarkan
sekresi.

2. Bimbang berkait dengan mengalami sawan berulangan.

Matlamat.
Klien akan menunjukkan riak muka yang tenang dan menyatakan
kebimbangan telah berkurangan.

Intervensi Kejururawatan

i.Berikan informasi secara verbal dan secara penulisan dalam bentuk pamplet
bagi memberikan pengetahuan kepada klien.

ii.Terangkan kepentingan mengambil ubatan dan meneruskan rawatan secara
teratur supaya klien menyedari penyakitnya akan berulang jika beliau tidak
meneruskan rawatan.

iii.Terangkan kepada klien dan keluarga tentang jagaan diri semasa berlakunya
serangan sawan supaya mereka bersedia dan dapat melakukan jagaan
dengan betul.

iv.Nasihatkan klien supaya sentiasa menepati temujanji yang telah ditetapkan
supaya pemantauan yang tetap boleh dilakukan.
v.Rujukan pesakit kepada klien yang dapat mengawal penyakitnya supaya dapat

berkongsi maklumat.
vi.Rujuk klien kepada kaunselor bagi mendapatkan khidmat nasihat jika klien

masih bimbang.

3. Potensi kecederaan berkait dengan serangan sawan (uncontrolled movement).

Matlamat.

Klien tidak akan mendapat kecederaan atau risiko mendapat kecederaan dapat
dikurangkan dengan ditunjukan oleh tiada alami bruises atau bengkak.

Intervensi Kejururawatan
i. Rawat klien di dalam katil yang berpagar bagi semua klien dengan epilepsi.
ii. Pastikan pagar katil sentiasa diangkat bagi mengelakkan klien dari terjatuh
semasa kejadian sawan.
iii. Letakan paded di bahagian pagar katil bagi mengelakkan hentakan yang kuat
pada besi pagar.
iv. Elakkan dari mengambil suhu badan melalui mulut bagi mengelakkan
termometer digigit semasa kejadian sawan..
v. Jauhkan objek yang berada berdekatan klien yang mungkin boleh
mencederakannya.
vi. Elakkan dari cuba membuka mulut klien yang sedang mengalami sawan bagi
mengelakkan kecederaan pada mulut.
vii. Elakkan dari cuba menghalang pergerakkan sawan.

KOMPLIKASI

1. Kecederaan / Kepatahan
- jika sawan / sentapan ditahan dengan kuat
- jika sawan berlaku dan pesakit terjatuh ke lantai atau tercedera oleh peralatan yang
berada di persekitaran pesakit.
- akibat gigitan di lidah (ulcer mulut)
- kepatahan gigi

2. Kecacatan mental
- pada kanak-kanak ini disebabkan gangguan bekalan oksigen ke otak.

3. Taraf kecerdikan / kepintaran
- kekurangan dari segi tahap kecerdikan akibat daripada sawan yang berulang akan

menyebabkan kekurangan oksigen ke otak.

4. Status epilepticus

- epilepsi yang berterusan (sawan tanpa berhenti) sehingga menyebabkan pesakit
tidak sedar diri.


Click to View FlipBook Version