The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kamariah abdullah, 2019-06-12 16:38:59

Hari Raya 1

Hari Raya 1

Mjklis

SMK DATO RAZALI ISMAIL
1440H/2019M

Jasamu Dikenang, Terima Kasih Cikgu!
En. Adnjn b. Che Mohjmmjd Noor
Pn. Hjkjh Nor Asijh bt Awing Terj
Pn. Hjsmh bt Sjlim

Tanggal 24 Mei tahun 1957, merupakan detik kelahiran beliau bertempat di Kampung Paloh Tuan

Sulong, Kuala Terengganu. Beliau merupakan anak bongsu daripada 7 orang adik beradik yang

merupakan tambatan hati kepada Ayahanda Che Mohammad Noor bin Yusof dan Bonda

Habibah binti Abdul Rahman.

Beliau telah dianugerahkan seorang putera dan 4 orang puteri bersama seorang isteri

iaitu Puan Nor Zulaini binti Abdul Aziz yang merupakan seorang surirumah sepenuh masa

setelah menamatkan kerjaya ketika anak-anak masih kecil suatu waktu dahulu. Cikgu

Adnan juga mempunyai seorang cucu lelaki.

Dua orang daripada anak beliau telah berkhidmat dengan sebuah syarikat swasta

tempatan manakala salah seorang daripada anak beliau telahpun menamatkan pengajian di

Universiti Malaysia Kelantan, seorang di Universiti Sultan Zainal Abidin dan seorang lagi di

Universiti Sains Malaysia.

Cikgu Adnan menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Paloh pada tahun 1967, dan

meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah bermula dengan Remove Class.

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1982 dalam bidang

Pengurusan dan Ekonomi dan telah dianugerahkan ijazah sarjana muda dengan kepujian. Cikgu Adnan kemudiannya

mengikuti pengajian Diploma Pendidikan dalam opsyen Perdagangan di Universiti Teknologi Malaysia.

Cikgu Adnan pernah bekerja sebagai pemandu pelancong suatu waktu dahulu sebelum memulakan

perkhidmatan sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot pada tahun 1991.

Perjalanan karier Cikgu Adnan terus diberi kepercayaan apabila dilantik sebagai Guru Kanan Mata pelajaran

Votek dan seterusnya diberi mandat sebagai Penolong Kanan kokurikulum di sekolah yang sama. Atas jasa dan komitmen

yang cemerlang beliau diamanahkan untuk menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah kita

iaitu SMK Dato’ Razali Ismail pada tahun 2014 sehingga tahun ini.

Beliau telah berkecimpung dalam kerjaya keguruan ini selama 28 tahun dan bersara wajib pada tarikh 24 Mei

2019 pada usia 60 tahun. Kecemerlangan perkhidmatan keguruan dan kepimpinan Cikgu Adnan telah diiktiraf menerusi

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebanyak tiga kali. Tahniah diucapkan

kepada Cikgu Adnan. CIKGU ADNAN BIN CHE MOHAMMAD NOOR

Tanggal 16 Januari 1969, merupakan detik kelahiran beliau, bertempat di Kampung Laut, Kuala
Terengganu. Beliau merupakan cahaya mata ketiga daripada empat orang adik beradik, 3 putera dan
seorang puteri bagi tambatan hati pasangan bahagia Encik Salim bin Kadir dan Puan Tengah binti
Taib. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Bukit, bermula Darjah Satu
hingga Darjah Enam. Beliau meneruskan pendidikan di SMK Panji Alam pada tahun 1982
hingga 1987. Beliau juga merupakan calon persendirian STPM pada ketika itu.
Sebaik sahaja menamatkan alam persekolahan beliau terus mendapat tawaran meneruskan
pelajaran di bidang perguruan di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bharu dalam
jurusan Kemahiran Hidup Pertanian. Profesion beliau sebagai guru bermula pada tahun 1995.
Sebaik sahaja tamat tempoh pengajian, beliau di tempatkan di SMK Jengka 21, Pahang bermula

Januari 1995 hingga Jun 1996.
Di sinilah bermulanya titik pertemuan ikatan hati dengan si jejaka, Encik Zulkifli bin Ahmad. Tanggal 15 November 1995,
termeterailah ikatan hati pasangan sejoli ini. Hasil pengkongsian hidup, beliau dikurniakan 4 orang cahaya mata, iaitu tiga
orang puteri dan seorang putera. Didikan dan amalan untuk meraih kecemerlangan di sekolah, dipraktikkan semasa mendidik
anak-anaknya. Alhamdulillah, benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau. Puteri pertama beliau berjaya melanjutkan pelaja-
ran ke UNISZA, puteri kedua meneruskan pelajaran di Turki, puteri keempat yang kini belajar di Imtiaz Kuala Terengganu
manakala putera bongsu beliau belajar di Sekolah Menengah Agama Kampung Laut.
Anak jati Terengganu ini berjaya pulang ke kampung halaman dan menyambung perkhidmatan di SMK Ibrahim Fikri, pada
Jun 1996 hingga Jun 1998. Seterusnya, beliau ditempatkan di SMK Bukit Tunggal pada Jun 1998 hingga Jun 2002. Meneruskan
perkhidmatan di SMK Seri Nilam bermula Jun 2002 hingga Ogos 2014. Ketika berkhidmat di SMK Seri Nilam, beliau telah
melanjutkan pelajaran di Open University Malaysia dan seterusnya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan pada
tahun 2008. Keterampilan beliau telah membawa kepada penganugerahan Sijil Khidmat Cemerlang pada tahun 2012.
Setelah 12 tahun berkhidmat di SMK Seri Nilam, beliau ditukarkan ke SMK Dato’ Razali Ismail pada Ogos 2014. Sepanjang
perkhidmatan, beliau merupakan seorang yang ramah, berdidikasi, sopan santun dan lemah – lembut. Namun dalam kelembu-
tan ada ketegasan ketika menangani kerenah anak didiknya. Gaya penampilannya yang sederhana tetapi menarik sering men-
jadi idola rakan sejawatan dan anak didik. Setelah 24 tahun 6 bulan mengerah keringat mencurah bakti maka pada hari ini
tamatlah sebuah perjalanan yang panjang dalam dunia pendidikan.

CIKGU HASMAH BINTI SALIM

Pada tanggal 31 Mei 1962 merupakan tarikh keramat bagi pasangan bertuah Encik Awang Tera bin
Omar dan Puan Wan Noor binti Wan Mahmud di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu
apabila dikurniakan seorang puteri. Anak ke -6 daripada 7 orang adik beradik ini diberi nama
Nor Asiah binti Awang Tera. Beliau telah dijaga seperti menatang minyak yang penuh dan
diberi didikan yang sempurna. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah
Kebangsaan Sultan Sulaiman dari darjah 1 hingga darjah 6. Maka bermulalah pencarian
ilmu yang pertama baginya. Detik waktu menginjak pantas dan tahun juga bersilih ganti.
setelah enam tahun di sekolah rendah, pada tahun 1975 beliau melanjutkan pelajaran di
peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman sehingga ke tingkatan 5.
Datang dari keluarga yang sangat mementingkan agama dan pendidikan sebagai teras

kehidupan. Maka bermulalah episode ‘Mesti Belajar Bersungguh-sungguh’ untuk mencapai kejayaan
cemerlang dalam SPM. Beliau ingin membuktikan bahawa beliau juga mampu menyerlah memandangkan kesemua
kekanda beliau berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Malah 2 orang daripada mereka telah melanjutkan pelajaran
ke luar negara. Meneruskan pelajaran ke Matrikulasi Kedah dan seterusnya mendapat tawaran dalam bidang perguruan di
Universiti Sains Malaysia dalam Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.

Bermula tarikh melapor diri pada 16 Jun 1987 sehingga ke hari ini, cikgu Nor Asiah telah berkhidmat selama 32 tahun
6 bulan. Sepanjang tempoh tersebut cikgu Nor Asiah telah mengajar di 4 buah sekolah di Terengganu.

“Selamat pagi cikgu” ucapan keramat pertama beliau terima pada tanggal 16 Jun 1987 di Sekolah Menengah Kebang-
saan Sultan Sulaiman. Semenjak tarikh itu, Cikgu Nor Asiah terus menabur bakti mendidik anak bangsa tidak kira di mana
barada. Sekolah kedua yang mendapat sentuhan beliau adalah SMK Sultan Omar, Dungun pada Jun 1990 dan seterusnya di
SMK Tengku Bariah pada Julai 1991.

Beliau mula melangkah dengan lebih yakin dan berani menempuhi segala dugaan dan ujian dalam arena pendidikan
yang penuh mencabar. kata orang, “alah bisa tegal biasa”, dan “genggam bara biar sampai jadi abu”, begitulah semangat
yang dimiliki oleh Puan Hajah Nor Asiah Awang Tera, yang sangat dihormati dan disayangi. Beliau seterusnya menabur
bakti di SMK Dato’ Razali Ismail pada Januari 2002 hingga hari ini.

CIKGU HAJAH NOR ASIAH BT AWANG TERA

AAtutur rcacararaPProroggraramm

8:00 pagi 10:30 pagi
- Ketibaan yang diraikan di pejabat sekolah - Jamuan Aidilfitri 2019
- Menandatangan kad ucapan terima kasih
- Sesi bergambar 12:00 tengah hari
- Wawancara oleh DZALIS TV - Membersih kawasan
- e-jari terakhir
- Perarakan Masuk yang dirai ke dewan diiringi 12:30 tengah hari
- Bersurai
oleh barisan pengurusan, PIBG, AJK Kelab
Keluarga DZALIS, pasukan kompang dan bunga
manggar dan alunan selawat.

9:00 pagi
- Guru dan pelajar mengambil tempat di dewan
- Ucapan pengerusi majlis
- Ucapan pengetua
- Bacaan biodata yang dirai
- Ucapan yang diraikan
- Tayangan multimedia
- Persembahan pelajar
- Acara memotong kek
- Penyampaian hadiah
- Bacaan doa
- Bersalam diiringi alunan selawat.

Jawatankuasa Program

PENGURUS MAJLIS PAMPLET JAMUAN RAYA (KAKITANGAN
Cg. Mohd Razali bin Kamaruddin (K) Cg. Kamariah binti Abdullah (K) SEKOLAH &VIP)
Cg. Ahmad Talal bin Hashan Ustazah Suriani binti Ali Penyelaras:Cikgu Mohamad Masri bin
Malek@ Maarof
JEMPUTAN PERSEMBAHAN PELAJAR
Cg. Nur Hidayah binti Baharuddin (K) Cg. Rozana binti Jaafar (K) (a) Penyediaan Makanan & Lauk Pauk
Cg. Rohana binti Abd. Wahab Cg. Azhana bt Abdullah Cg. Noor Asiah binti Abdullah(K)
Cg. Noraishah binti Ab Rahman Cg. Wan Sulaini binti Wan Ambak
SAMBUTAN Cg. Anis Safia Husna binti Mohamad Cg. Ismailee bin Ismail
Semua kumpulan pengurusan dan guru Masri Tengku Nurul Adila binti Tengku
Ismail (Pengusaha kantin)
PENGACARA MAJLIS KEKEMASAN DAN
Ustazah Noor Salmina bt Abd. Manan KEBERSIHAN TEMPAT (b) Meja jamuan VIP (dalam dewan)
Penyelaras: Cikgu Rosdei bin Sulaiman Cg. Idawati binti Sidek (K)
PEMBACA BIODATA Cg. Abu Bakar bin Harun (K) Cg. Zanariyah binti Kamarudin
PERSARAAN Cg. Hjh. Ramlah binti Ismail Pn. Wan Norisar binti Wan Muda
Ustazah Noor Salmina bt Abd. Manan Ustazah Norma binti Embong Pn. Dalilah binti Muhamad
Cg. Che Norhamira binti Che Mohd Pelajar & Pekerja swasta
(3 orang pelajar yang terpilih) (c) Meja jamuan Guru & Staf (dalam
KEK PERSARAAN dewan)
SIAR RAYA Cg. Mariani binti Mamat (K) Cg. Lailati binti Mamat(K)
Cg. Zaini bin Awang (K) Cg. Wan Saidatul Akma binti Wan Ustazah Nor Hasikin binti Mohd
Cg. Mohd Shamlan bin Mohd Dali Abdullah Cg. Zakiah binti Haron
Pengawas Pn. Nora binti Mat Zain
BACAAN DOA Pn. Zanoriati binti Alias
Ustaz Syed Mustafa Takwa bin Tn. HADIAH DAN CENDERAMATA
Temeran Syed Mohd Zin Pn. Rohaya binti Alias (K) (d) Hidangan Pelajar
Pn. Rohanisah binti Kuning Cg. Noraida binti Ali (K)
PENYEDIAAN KENDERAAN Pn. Norizana binti Mohamed Noor Cg. Mazda@Rohani binti Mat
Cg. Mohamad Rani bin Jusoh Pn. Nor Idhan binti Bahrun Cg. Nik Zubaidah binti Megat Daud
Cg. Rohanita binti Awang
PENTAS , ‘BACKDROP’ & PERSIAPAN TEMPAT PROGRAM Cg. Tuan Ratmawati@Asmak binti
PELAMIN Penyelaras:- Ustaz Mohd Rozali bin Tuan Ali
Cg. Norehan binti Abdul Kadir (K) Mohd Thani Cg. Zalina binti Mohamad
Cg. Hjh.Dasimah Nawati binti Muda (a) Dewan Ustazah W. Rozita binti Wan Ramli
Cg. Sharifah Aznita binti Tuan Kuning Cg. Mohd Razib bin Abdul (K)
Cg. Arifin bin Jaafar Cg. Abdul Rashid bin Harun DOKUMENTASI
Cg. Sabariah binti Mukhtar Cg. Zuraimi binti Salleh(K)
PERSEMBAHAN MULTIMEDIA Cg. Zuriati binti Yusof@Abdullah Ustazah Mazita binti Muda
(PERSARAAN) En. Zakaria bin Salleh Cg. Hj. Abd. Rashid bin Yusof -
Cg. Ahmad Yusri bin En. Wan Zuradi bin Wan Abdullah Fotografi
Jusoh@Mohammed (K) Pelajar Tingkatan 5 & Pekerja Swasta Cg. Mohd Nohkhaini bin Madoria -
Cg. Faizatul Mazlina binti Mansor (DZALIS TV)
Cg. Nor Jannah binti Muhammad Idris (b)Dataran Ilmu
Cg. Kahar bin Abd. Kadir (K) KAWALAN PELAJAR
‘PHOTOBOOTH’ Cg. Norbaya binti Abdul Rahman Cg. Samsudin bin Mohd Ali (K)
Cg. Ahmad Sunaidi bin Ngah Cg. Nor Fatihah binti Zaini Cg. Mohamad Suhaimi bin Muhd Sukor
@Mokhtar (K) En. Ghazali bin Mamat Cg. Mardhiah binti Azmi
Cg. Aida Irena binti Rasdi Guru Kelas Tingkatan 3 & 4 Ustz. Norliha binti Mohd Nor
Cg. Hasrolizam bin Mat Zaid
(c) Kantin
KOMPANG, BUNGA MANGGAR& Cg. Mazuki bin Salleh (K)
PENGAPIT Cg. Alias bin Hasan
Ustazah Noridah binti Yusoff (K) Cg. Masni binti Jusoh
Ustazah Zawiyah binti Endut Cg. Mas Ayu binti Mohd Arifin
Ustazah Suzana binti Embong Cg. Zainun binti Endut
Guru tingkatan 1 &2
PERBARISAN HORMAT
Cg. Mohd Komarul Aripin bin Ismail
Cg. Paridah binti Ibrahim


Click to View FlipBook Version