Kali ke - 13 TARIKH : 22 JUN 2024 HARI : SABTU MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : DEWAN IBNU RUSHD SMK ALOR MERAH
ISI KANDUNGAN 1. Atur cara Majlis 2. Agenda Mesyuarat Agung PIBG 3. Notis Mesyuarat Agung PIBG 4. Senarai AJK PIBG Sesi 2023/2024 5. Minit Mesyuarat Agung Ke- 12 Sesi 2023 6. Rekod Kehadiran Mesyuarat AJK PIBG 7. Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2023/2024 8. Penyata Kewangan Berakhir Pada 31.12.2023 9. Cadangan Usul 10.Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung Kali Ke-13 11.Penghargaan 12.Catatan 1
ATUR CARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-13 22 Jun 2024 ( Sabtu/8.30 pagi/Dewan Ibnu Rushd, SMK Alor Merah) 8.00 pagi Ketibaan Guru-Guru 8.15 pagi Ketibaan & pendaftaran Ibu Bapa dan AJK PIBG 8.40 pagi Aluan Pengerusi Majlis Bacaan doa Ucapan Tuan Pengetua SMK Alor Merah En. Azami bin Abdul Rahman Ucapan Yang Dipertua PIBG En. Zabidi b. Ahmad Mesyuarat PIBG dimulakan 11.00 pagi Majlis dijangka bersurai 2
AGENDA MESYUARAT 1. Ucapan Aluan YDP PIBG 2. Pembentangan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-12 3. Perkara berbangkit daripada mesyuarat yang lalu 4. Pembentangan dan menerima Penyata Kewangan PIBG 2023 5. Laporan Aktiviti Sekolah/PIBG 6. Membahas usul/cadangan 7. Pembubaran dan pelantikan Jawatankuasa PIBG SMK Alor Merah. 8. Hal-hal lain 9. Ucapan penangguhan 3
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-13 4
SENARAI JAWATANKUASA PIBG SMK ALOR MERAH 2022/2024 PENASIHAT EN. AZAMI BIN ABDUL RAHMAN YANG DIPERTUA PIBG EN. ZABIDI BIN AHMAD NAIB YANG DIPERTUA PIBG EN. MUHAMAD ZAHIDI BIN ARIFIN SETIAUSAHA EN. AHMAD ROMZI BIN HAMID BENDAHARI EN. BADROL HISHAM BIN ADAM AJK GURU PN. TINI SAZURA BINTI MOHD YAACOB PN. NOR HAZLINDA BINTI HANAFI PN. MURNIWATI BINTI RODZI AJK WARIS EN. MUHAMAD BIN ISMAIL EN. MOHD YUSOF BIN HASHIM PN. NAZIRAH BINTI CHE DIN PN. SHARIFAH NORAMIRA BINTI SAYED OMAR PEMERIKSA KIRA-KIRA 1 PN. NORHISHAM BINTI HASHIM PEMERIKSA KIRA-KIRA 2 PN. NORRIZAN BINTI BHAROM 5
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SMK ALOR MERAH KALI KE-12 TAHUN 2023 6
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALOR MERAH (SMKAM) 05250 ALOR SETAR KEDAH MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE – 12 TAHUN 2023 TARIKH : 24 MEI 2023 / 4 ZULKAEDAH 1444H MASA : 2.30 petang TEMPAT : DEWAN IBNU RUSHD, SMK ALOR MERAH KEHADIRAN : 115 orang AGENDA MESYUARAT: 1. Ucapan Aluan Pengerusi (Yang Dipertua) En. Zabidi bin Ahmad, selaku Yang Dipertua PIBG SMKAM mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan guru ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMKAM kali ke- 12 Tahun 2023. Beliau, memaklumkan pada tahun ini tiada pemilihan AJK yang baharu kerana pemilihan AJK akan dibuat dua tahun sekali. Pada tahun 2024, nanti akan dibuat pelantikan AJK yang baharu. Beliau juga meminta ibu bapa sama-sama memberi cadangan dan teguran dalam mesyuarat ini. 2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Lalu. 2.1 Pn. Nurul Ain binti Ab Rashid selaku Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat ke-11 yang lalu tanpa pindaan. 2.2 En. Suhaimi bin Majid mencadangkan minit mesyuarat disahkan, dan disokong oleh Pn Hafizoh binti Ibrahim. 3. Perkara Berbangkit 3.1 En. Mohammad Afzainizam bin Arifin, bertanya berapa banyak rampasan telefon yang telah dibuat. En. Nordin bin Sulaiman menjelaskan, 7
rampasan yang dibuat kebanyakan dari pelajar tingkatan 5. Mereka telah didenda kerana kesalahan tersebut. 10 buah kipas telah dibeli dan diletakkan di dalam dewan , hasil daripada denda rampasan dan sumbangan lain. 4. Membentang dan Menerima Laporan Penyata Kewangan 2021. 4.1 En. Badrol Hisham bin Adam selaku Bendahari membentangkan Laporan Penyata Kewangan berakhir 31/12/2022 untuk diterima adalah seperti berikut: PERKARA PIBG SURAU AKADEMIK KOMPUTER Baki Awal di Bank RM2,527.85 RM1,426.25 RM 3,016.70 RM 853.61 Baki Awal di Tangan RM 0.00 RM 0.00 RM 0.00 RM 0.00 Pendapatan RM 12,483.37 RM 8,466.25 RM 31,015.70 RM6,515.61 Perbelanjaan RM 7,534.00 RM2,782.00 RM 21,679.50 RM 800.00 Baki Akhir di Bank RM 4,949.37 RM 5,684.25 RM 9,336.20 RM 5,715.61 Baki Akhir di Tangan Rm 0.00 RM 0.00 RM 0.00 RM 0.00 Jumlah RM 25, 685.43 4.2 Pn. Norasilawani binti Mohd Sehut , mencadangkan bahagian penerimaan dan perbelanjaan dibuat pada muka surat yang berlainan .Setiap penerimaan dan perbelanjaan hendaklah ditulis dengan lebih terperinci. 4.3 En. Mohammad Afzainizam bin Ariffin minta penjelasan tentang sumbangan AIMST. En Nordien bin Sulaiman menjelaskan, sumbangan AIMST ialah sumbangan yang diberikan oleh AIMST kepada sekolah dan dimasukkan melalui akaun PIBG. 4.4 En. Nordien bin Sulaiman mencadangkan laporan kewangan ini diterima dan disokong oleh Pn Zaiton binti Ahmad Salikin . 4.5 Mesyuarat bersetuju menerima cadangan tersebut. 8
5. LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH / PIBG 5.1 Pn. Nurul Ain binti Ab Rashid, meminta waris merujuk muka surat 13 untuk laporan aktiviti sepanjang tahun. 5.2 Pn. Shafina binti Abdul Samat, Pengetua SMKAM, menjelaskan program yang dijalankan banyak menggunakan duit PIBG seperti Program Sahsiah Diri Murid program ini bertujuan untuk mengenal anak-anak yang bermasalah untuk dibantu agar anak-anak ini tidak terus hanyut dengan gejala-gejala sosial yang tidak diingini. Biasanya program seperti ini perlu dibuat berulang kali yang memerlukan penggunaan wang yang agak banyak. Selain itu program motivasi dan peningkatan pembelajaran anak-anak, terutamanya pelajar tingkatan 5. Program ini diadakan bertujuan, agar anak-anak lebih fokus pada SPM dan dapat meningkatkan prestasi akademik. 6. PEMBENTANGAN USUL 6.1 Tiada usul daripada waris 6.2 Pn. Shafina binti Abdul Samat membentangkan usul jumlah sumbangan sekolah 2023 PELAJAR ALIRAN PERDANA BUTIRAN T1 (RM) T2 (RM) T3 (RM) T4 (RM) T5 (RM) SUMBANGAN PIBG 20 20 20 20 20 DERMA SURAU (PEL ISLAM) 15 15 15 15 15 PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK 70 70 70 120 140 ICT (MAKMAL KOMPUTER ) & PSS 25 25 25 25 25 JUMLAH 130 130 130 180 200 PELAJAR ISLAM 130 130 130 180 200 PELAJAR BUKAN ISLAM 115 115 115 165 185 9
PELAJAR PENDIDIKAN KHAS BUTIRAN RM SUMBANGAN PIBG 20 DERMA SURAU (PEL ISLAM) 15 PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK 70 ICT (MAKMAL KOMPUTER) & PSS 25 JUMLAH 130 PELAJAR ISLAM 130 PELAJAR BUKAN ISLAM 115 6.3 Sumbangan PIBG RM 20.00 untuk satu keluarga. 6.4 En. Mohammad Afzainizam bin Ariffin dan Pn. Tuan Saripah Sarah binti Tuan Kuning, bertanyakan tentang kaedah dan tempoh pembayaran yuran. Pn. Shafina binti Abdul Samat menjelaskan, bayaran boleh dibuat kepada guru kelas secara tunai ataupun oline. Bayaran boleh dibuat secara ansuran mengikut kemampuan waris. 6.5 Pn. Saliza binti Salleh, bertanyakan tentang bantuan zakat dan biasiswa yang diterima oleh pelajar. Pn Nurul Ain binti Ab Rashid menjelaskan, pelajar tingkatan 1 menerima duit KWAMP, pelajar tingkatan 1 -5 menerima Biasiswa Kecil Persekutuan dan Biasiswa Kecil Sekolah Menengah. Hanya pelajar yang memenuhi syarat dan kriteria yang tertentu layak menerima KWAMP dan biasiswa tersebut. Pelajar boleh menggunakan duit tersebut, untuk membayar yuran. Pn Shafina menjelaskan, bayaran zakat digunakan untuk membayar yuran PIBG bagi asnaf yang tidak mampu membuat bayaran. 6.6 En Nordien bin Sulaiman menjelaskan, pihak sekolah terpaksa menaikkan bayaran, Program Kecemerlangan Akademik kerana sekolah perlukan kertas yang banyak untuk mencetak latihan dan soalan peperiksaan. Khususnya bagi pelajar tingkatan 5. 6.7 En. Muhammad Khalil bin Ibrahim, mencadangkan bayaran sumbangan sekolah bagi pelajar PPKI adalah mengikut jumlah yang tertulis di muka surat 8, iaitu RM 80.00 bagi pelajar Islam dan RM 65.00 bagi pelajar bukan 10
Islam. En. Mohammad Afzainizam bin Ariffin menyokong cadangan tersebut. Bagi aliran perdana , ahli mesyuarat bersetuju dengan usul yang dicadangkan oleh Pn. Shafina binti Abdul Samat , iaitu mengikut kadar bayaran yang baharu yang telah ditetapkan iaitu RM 130 pelajar Islam tingkatan 1-3, RM 115 pelajar bukan Islam tingkatan 1-3, RM 180 pelajar Islam tingkatan 4, RM 165 pelajar bukan Islam tingkatan 4, RM 200 pelajar Islam tingkatan 5 dan RM 185 pelajar bukan Islam tingkatan 5. 6.8 Pn. Shafina binti Abdul Samat menjelaskan tentang kenaikan bayaran di bahagian ICT (Makmal Komputer) dan PSS, untuk menampung perbelanjaan proses naik taraf PSS . Sekolah juga menerima sumbangan luar untuk naik taraf PSS. Sementara itu sekolah juga memerlukan dana untuk penyelenggaraan bilik ICT seperti aircond internet, printer dan sebaganya. Pelajar tingkatan 5, mereka akan membuat cetakan kerja kursus di bilik ICT. 7. HAL-HAL LAIN 7.1 En. Mohammad Afzainizam bin Ariffin, mencadangkan penubuhan group WhatsApp atau telegram kelas untuk memudahkan komunikasi antara guru, murid dan waris. Beliau juga mencadangkan pihak sekolah bekerjasama dengan JPJ untuk membuat pemeriksaan mengejut kepada pelajar yang bermotorsikal ke sekolah. Beliau juga meminta pengawal keselamatan, memastikan kawalan lalu lintas pada waktu pagi lebih efektif dan sistematik. 7.2 Pn. Shafina binti Abdul Samat menjelaskan, tingkatan 1 mempunyai group telegram waris dan kokurikulum. Ada juga guru kelas yang mengambil insiatif menubuhkan WhatsApp group kelas untuk memudahkan komunikasi dengan pelajar. Beliau juga menyarankan agar guru-guru menubuhkan, whatsApp group kelas untuk tujuan rasmi. Beliau juga menyentuh isu kolaborasi antara sekolah , JPJ untuk membuat pemeriksaan mengejut kepada pelajar yang bermotorsikal akan mendatangkan masalah kepada sekolah semula. Waris akan mempertikaikan tindakan sekolah. Beliau berharap, waris lebih prihatin terhadap isu ini, pastikan anak-anak yang 11
menaiki motor mempunyai lessen memandu untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Pihak sekolah sentiasa memberi peringatan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan kepada pelajar. Mengenai isu keselamatan lalu lintas pada waktu pagi, beliau menjelaskan, pengawal keselamatan telah diberi jadual bertugas dan kon telah diletakkan . 7.3 Pn. Saliza binti Salleh, mencadangkan pihak sekolah menyediakan parkir motor berpagar dan berkunci untuk mengelakkan pelajar balik awal. 7.4 En. Nordien bin Sulaiman menjelaskan , tidak ada pelajar yang pulang awal . Pelajar pulang mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Namun beliau tidak menafikan menerima aduan dari penduduk taman, yang mengatakan ada pelajar yang berlumba ketika menaiki motor. Peristiwa ini berlaku di luar waktu sekolah. Beliau meminta penduduk taman membuat sendiri laporan kepada polis. 7.5 Pn. Shafina binti Abdul Samat menjelaskan, sekiranya pelajar balik awal , pengawal keselamatan akan membuat laporan kepada sekolah. Sekiranya pelajar sakit ,waris diminta mengambilnya di pejabat. Pengawal keselamatan tidak akan melepaskan pelajar tersebut, sekiranya tiada surat kebenaran bersama waris. Pelajar PPKI dibenarkan pulang pukul 1.00 petang aliran perdana pukul 1.30 petang dan pukul 2.10 petang. 7.6 Pn. Siti Zaleha binti Ahmad, melahirkan rasa tidak puas hati kepada peniaga yang berniaga di luar pagar sekolah kerana menggunakan tempat menunggu pelajar. 7.7 Pn. Shafina binti Abdul Samat akan meminta pihak PIBG menghantar surat rasmi kepada peniaga tersebut, mengenai larangan berniaga dan larangan menggunakan tempat menunggu pelajar di luar kawasan sekolah. Sekiranya peniaga tersebut ingin berniaga juga, beliau perlu menyediakan payung sendiri dan berniaga di sudut yang tidak menghalang laluan. 8. Ucapan Penangguhan 8.1 En Muhammad Khalil bin Ibrahim, mengucapkan tahniah kepada pihak PIBG kerana telah berjaya mengadakan mesyuarat PIBG yang ke- 12 dan kepada pihak sekolah yang telah menjawab semua pertanyaan waris dengan baik dan memuaskan hati semua waris. Apabila ramai waris yang bangun 12
bercakap , itu merupakan satu kejayaan dalam mesyuarat PIBG menunjukkan waris prihatin tentang persekitaran, anak-anak , pendidikan dan sebagainya. 8.2 Pn. Shafina binti Abdul Samat, mengharapkan lebih ramai lagi waris yang akan datang pada mesyuarat PIBG akan datang. Ucapan terima kasih pada waris yang hadir hari ini. Beliau berharap, kita sama-sama berusaha untuk meningkatkan nama SMKAM, sebarang cadangan , pandangan amat dialu- alukan. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.45 petang. Disediakan oleh Disahkan oleh …………………………………………. ……………………………… (AHMAD ROMZI BIN HAMID) (ZABIDI BIN AHMAD) Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG SMK Alor Merah SMK Alor Merah 13
REKOD KEHADIRAN MESYUARAT Mesyuarat Jawatankuasa PIBG telah diadakan sebanyak 3 kali sepanjang tahun Sesi 2023/2024 BIL NAMA KEHADIRAN KE MESYUARAT 1 11.7.23 2 7.2.24 3 19.6.24 JUMLAH AHLI JAWATAN KUASA WARIS 1. EN. ZABIDI B. AHMAD / / / 3 2. EN. MUHAMAD ZAHIDI B. ARIFIN / x x 1 3. EN. MUHAMAD B. ISMAIL x x x 0 4. EN. MOHD YUSOF B. HASHIM x x x 0 5. PN. NAZIRAH BT. CHE DIN x x / 1 6. PN. SHARIFAH NORAMIRA BT. SAYED OMAR x x / 1 AHLI JAWATAN KUASA GURU 1. EN. AZAMI BIN ABDUL RAHMAN - / / 2 2. EN. NORDIEN BIN SULAIMAN / / / 3 3. EN. AHMAD ROMZI BIN HAMID / / / 3 4. EN. BADROL HISHAM BIN ADAM / / / 3 5. PN. TINI SAZURA BT. MOHD YAACOB - - / 1 6. PN. NOR HAZLINDA BT HANAFI x / / 2 7. PN. MURNIWATI BT. RODZI / / / 3 14
LAPORAN AKTIVITI & PROGRAM SEPANJANG 2023 BIL. AKTIVITI TARIKH 1. JAMUAN AKHIR TAHUN PEMIMPIN MUDA 18.01.2023 2. PROGRAM PEMUDA HARAPAN BANGSA 01.02.2023- 02.02.2023 3. PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI MURID 07.02.2023 08.02.2023 13.02.2023 14.02.2023 4. PROGRAM IHYA RAMADHAN 1444H/2023M 23.03.2023 5. PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI MURID 02.05.2023 6. PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI DAN HARI GURU 16.05.2023 7. MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-12 2023 24.05.2023 8. PROGRAM PEMUDA HARAPAN BANGSA PEMUDI TIANG NEGARA 06.06.2023 9. PROGRAM SAMBUTAN AIDIL ADHA 1444H/2023 20.06.2023- 27.06.2023 10. PROGRAM SAYANGI DIRI 26.06.2023 11. PROGRAM JOM KE SEKOLAH, KEMPEN DATANG AWAL DAN KEHADIRAN PENUH 11.07.2023 12. PROGRAM SUKAN SEKOLAH 13.07.2023 13. PROGRAM ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK (MANTAPKAN ADAM TINGKATKAN AKADEMIK) 17.07.2023 14. KEM EKSPLORASI ILMU SPM 2023 17.07.2023 18.07.2023 20.07.2023 21.07.2023 15. PROGRAM GOTONG ROYONG MADANI 16.08.2023 16. PROGRAM HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SMKAM 09.09.2023 17. PROGRAM INTERAKTIF KRAF BATIK PPKI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 14.09.2023 18. PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK TINGKATAN 5 19. PROGRAM KEM KEPIMPINAN UNIT UNIFORM 26.10.2023- 27.10.2023 20. PROGRAM EKPLORASI KERJAYA 23.11.2023 21. PROGRAM MOTIVASI SENTUHAN HATI 07.12.2023 15
LAPORAN KEWANGAN PIBG TAHUN 2023 16
17
18
19
20
CADANGAN USUL 1. Usul daripada : Pn. Halimah binti Mohd Saad Sumbangan PIBG untuk tahun 2024 dikekalkan seperti sumbangan tahun lepas. PELAJAR ALIRAN PERDANA BUTIRAN T1(RM) T2(RM) T3(RM) T4(RM) T5(RM) A. SUMBANGAN PIBG 20 20 20 20 20 B. DERMA SURAU (PEL.ISLAM) 15 15 15 15 15 C. PROG KECEMERLANGAN AKADEMIK 70 70 70 120 140 D. ICT (MAKMAL KOMPUTER) & PSS 25 25 25 25 25 JUMLAH BESAR (A+B+C+D) 130 130 130 180 200 PELAJAR ISLAM 130 130 130 180 200 PELAJAR BUKAN ISLAM 115 115 115 165 185 21
PELAJAR PENDIDIKAN KHAS BUTIRAN PENDIDIKAN KHAS PPKI (RM) A. SUMBANGAN PIBG 20 B. DERMA SURAU (PEL.ISLAM) 15 C. PROG KECEMERLANGAN AKADEMIK 30 D. ICT (MAKMAL KOMPUTER) & PSS 15 JUMLAH BESAR (A+B+C+D) 80 PELAJAR ISLAM 80 PELAJAR BUKAN ISLAM 65 2. Usul daripada : En. Nordein bin Sulaiman Sumbangan ibu bapa/penjaga yang tidak hadir Mesyuarat Agung PIBG sebanyak RM10.00. 3. Usul daripada : Mohd Tahrir Sulhi bin Mohd Saad Pantau penjualan menu untuk murid di kantin sekolah. Elakkan jual makanan proses. 4. Usul daripada : Muhammad Fahmi bin Mansor Pemakaian tudung hitam semasa mata pelajaran Pendidikan Jasmani. 5. Usul daripada : Muhamad Zamri bin Said Ruang menunggu waris bermotosikal. 22
JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-13 AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-13 22 Jun 2024 (Sabtu/8.30 pagi /Dewan Ibnu Rushd, SMK Alor Merah) Pengerusi : En. Azami b. Abdul Rahman - Pengetua Naib Pengerusi : En. Nordien b. Sulaiman - PK Hal Ehwal Murid : En. Omar b. Hashim - PK Pentadbiran : Pn. Nasriyana bt. Nordin - PK Kokurikulum : En. Mohamad Hayazi b. Kamarudin - PK Pendidikan Khas Setiausaha : En. Ahmad Romzi b. Hamid Bendahari : En. Badrol Hisham b. Adam 23
PENYELARAS : GURU KANAN KEMANUSIAAN BIL JAWATANKUASA BIDANG KUASA 1 Sambutan Ibu Bapa/Waris En. Omar b. Hashim (PK Pentadbiran) En. Nordien b. Sulaiman (PK Hal Ehwal Murid) Pn. Nasriyana bt. Nordin ( PK Kokurikulum) En. Mohd Hayazi b. Kamarudin(PK Pendidikan Khas ) Pn. Shaliza bt. Ahmad@Othman (GK Kemanusiaan) Pn. Siti Noor Adilah bt. Din (GK Teknik& Vokasional ) Pn. Suhana bt. Mat Daud (GK Sains & Matematik) Pn. Norma bt. Mat Nawi (GK Bahasa) • Menyambut kehadiran ibu bapa/penjaga/waris. 2 Persiapan Tempat/Kekemasan Dewan/Peralatan En. Mohd Aqil b. Mohd Misbahhuddin En. Abdul Al Hariss b. Abdul Samad En. Mohd Hafeez b. Che Nordin Pekerja swasta Menyediakan peralatan dewan untuk mesyuarat. Kerusi yang mencukupi. Peralatan untuk mesyuarat (meja,kerusi dan lain-lain) Menyusun semula peralatan selepas mesyuarat . 3 Bacaan Doa En. Md Suhkri b. Zainun Membacakan doa sebelum mesyuarat bermula 4 Jurugambar/Dokumentasi Pn. Yuhana bt. Azni Pn. Murniwati bt. Rodzi Mengambil gambar sepanjang majlis berlangsung. Mendokumentasi program. 5 Buku Laporan En. Ahmad Romzi b. Hamid En. Noor Hidayat b. Yaacob En. Muhammad Hafiz b. Hassan Menyiapkan dan mencetak buku laporan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG. PENYELARAS: GURU KANAN TEKNIK VOKASIONAL 6 Backdrop, Banner & Publisiti Pn. Norulaen bt. Ahmad En. Badrol Hisham b. Adam Menyediakan dan mempamerkan banner di luar pagar sekolah. Menghebahkan hari kejadian kepada umum. 7 Jamuan Guru/Ibu Bapa Pn. Norhisham bt. Hashim Pn. Zakiah bt. Che Ismail Menyediakan jamuan berbungkus untuk ibu bapa dan guru yang hadir. Rm 5.00/kepala untuk 200 orang. 24
Pn. Suzaina bt. Salleh Pn. Wahida bt. Md Israel Pn. Hasnah bt. Ismail Membuat agihan kepada semua yang hadir. 8 Hiasan Pentas En. Muzammir b. Mansur Pn. Nurul Aufa bt.Azis Pn. Azliana Bt Zainol Menghias pentas. Menampal backdrop di dinding. 9 Pendaftaran Ibu Bapa & Guru / Sarana Pn. Tini Sazura bt. Mohd Yaacob (SU Sarana PIBG) Pn. Juliati bt. Fadzillah@Fadzlillah Pn. Azmarina bt. Ahmad Pn. Farhana bt. Mustafa Pn, Noor Aini bt. Ahmad Cik Nur Syazwani bt. Muliyadi Menyediakan borang kehadiran. Memastikan semua ibu bapa/waris yang hadir mengisi borang kehadiran. Mengedarkan buku laporan PIBG Memastikan nombor cabutan bertuah pada buku laporan dimasukkan dalam bekas. 10 Pamplet Program Pn. Nurul Ain bt. AB Rashid Pn. Noor Asheekin bt. Ali Pn. Syazanatun Najat bt. Ismail Menyediakan pamplet Mengedarkan pamphlet kepada semua ibu bapa/waris dan guru yang hadir. PENYELARAS : GURU KANAN BAHASA 11 Teks Ucapan Pengetua & YDP PIBG En. Abd. Wahab b. Abu Samah Pn. Khairani bt. Amiruldin Menyediakan teks ucapan untuk pengetua dan YDP. 12 Jemputan Perasmi Pn. Mazliza bt. Mohamad Pn. Nurizam Zurina bt. Jamaludin Menyediakan surat jemputan perasmi 13 Pencatat Minit Mesyuarat 1. Pn. Khatijah bt. Hassan 2. Cik Siti Nur Izzah bt. Ahmad Puad 3. Cik Rosmawati bt. Ismail Mencatat minit mesyuarat. Menyerahkan minit bertaip pada SU PIBG selepas majlis. 25
14 Hadiah Cabutan Bertuah, Hadiah & Sijil Pn. Halimah bt. Mohd Saad Pn. Nor Hazlinda bt. Hanafi Pn. Noor Azlina bt. Abd Aziz Pn. Aida Afiza bt Muhamed Pn. Zinatul Azlina bt Zakaria Pn. Normazaini bt. Ahmad Cik Nur Sarah Fatini bt. Helmin Menyediakan sijil penghargaan dan hadiah untuk AJK Waris dan guru PIBG. Bersedia untuk menguruskan penyampaian hadiah dan sijil pada AJK. Mencari sumbangan atau hadiah. Menyediakan nombor cabutan bertuah dan melekatkan pada buku laporan PIBG. Mengambil nombor cabutan bertuah daripada AJK Pendaftaran. PENYELARAS : GURU KANAN SAINS MATEMATIK 15 Siaraya & Multimedia En. Muhammad Azamudin b. Md Dahlal En. Nazri b. Ramli Cik Elmi Farhanis bt. Saidin Memastkan siaraya di dewan dalam keadaan boleh guna. Menyediakan bahan multimedia dan ditayang semasa ibu bapa/waris berada di dalam dewan. 16 Pengacara Majlis Pn. Siti Nur Wahyu bt. Mohd Junid Cik Noor Afzan bt Shafie Mengendalikan majlis mengikut atur cara. 17 Kawalan Lalu Lintas Pn. Jama’yah bt. Samsudin Pn. Farazetti Ismi bt. Mohd Azri Cik Noor Hayati bt. Mohamed Memastikan kenderaan ibu bapa/waris diparkir dengan betul. 18 Kebersihan/Kekemasan Dewan Pn. Umi Kalsum bt. Ramli Pn. Norain bt Hassan Pn. Noor Aishah bt. Acob@Yaacob Pn. Wan Nor Azah bt. Wan Mohd Ali Pekerja swasta Memastikan dewan tiada sampah selepas majlis selesai. 26
PENGHARGAAN Sekalung ucapan penghargaan dan terima kasih kepada: Yang Dipertua dan AJK PIBG SMK Alor Merah Guru dan kakitangan SMK Alor Merah Ibu bapa Dan kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan idea dan tenaga secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG SMK Alor Merah Kali Ke-13. Semoga Allah S.W.T memberkati atas segala usaha kita. 27
CATATAN 28