The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurzafirah Yasmin, 2022-10-25 05:36:51

AYAT MAJMUK PANCANGAN

ASAS TATABAHASA

AYAT MAJMUK
PANCANGAN

APA ITU AYAT MAJMUK
PANCANGAN ?

Mempunyai satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau
beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan dalam ayat induk
dan menjadi sebahagian daripada ayat induk.

Terdapat 3 jenis ayat majmuk pancangan iaitu :-
* Ayat Relatif
* Ayat Komplemen
* Ayat Keterangan

AYAT RELATIF

Ayat relatif ialah ayat yang ditandai dengan penggunaan
perkataan ' yang ' .

Perkataan ' yang ' digunakan sebagai penghubung antara salah
satu fungsi ayat dengan klausa peluasannya.

Contoh ayat :-
* Adik memakai baju merah yang dibeli oleh ibu.

Apabila dicerakinkan ayat tersebut :-
* Ayat induk - Adik memakai baju.
* Ayat kecil - Baju merah itu dibeli oleh ibu.

AYAT KOMPLEMEN

Ayat komplemen merupakan bahagian dalam
binaan ayat majmuk yang berfungsi sebagai unsur
yang melengkapkan ayat tersebut.

Terdapat 3 jenis ayat komplemen iaitu :-
* Ayat komplemen frasa nama
* Ayat komplemen frasa kerja
* Ayat komplemen frasa adjektif

AYAT KOMPLEMEN FRASA NAMA

Dapat menduduki dua tempat iaitu sebagai ayat
komplemen frasa nama subjek dan ayat komplemen frasa
nama objek tepat.

Contoh ayat komplemen frasa nama subjek :-
* Untuk dia memperoleh keputusan cemerlang dalam
peperiksaan itu agak sukar.

Contoh ayat komplemen frasa nama objek tepat :-
* Doktor telah mengesahkan bahawa dia merupakan
penghidap kanser.

AYAT KOMPLEMEN FRASA KERJA

Ditentukan oleh kata kerja tak transitif.

Tidak diikuti oleh frasa nama objek tetapi diikuti oleh
keterangan lain yang bertujuan untuk melengkapkan
frasa.

Contoh ayat :-
* Amir berpendapat bahawa kejayaan itu tidak datang
dengan sendirinya.

AYAT KOMPLEMEN FRASA ADJEKTIF

Frasa adjektif boleh menjadi unsur predikat sesuatu ayat.

Merupakan ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat
induk.

Contoh ayat :-
* Dia sangat percaya bahawa dia kuat.

AYAT KETERANGAN

Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada

satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai

keterangan kepada predikat.

Berfungsi dengan memberikan huraian lanjut kepada kata kerja ayat
induk.

Terdapat 9 jenis ayat keterangan iaitu :-

* Keterangan musabab * Keterangan pertentangan

* Keterangan akibat * Keterangan harapan

* Keterangan syarat * Keterangan cara

* Keterangan waktu * Keterangan tujuan

* Keterangan perbandingan

KETERANGAN MUSABAB

Merupakan unsur yang menerangkan sebab berlakunya
sesuatu kejadian atau perbuatan.
Kata hubung : kerana , lantaran , sebab , oleh sebab.
Contoh ayat :-
* Ayah tidak dapat hadir ke mesyuarat kerana demam.

KETERANGAN AKIBAT

Merupakan unsur yang menerangkan kesan atau hasil sesuatu
perubahan.
Kata hubung : hingga , sehingga.
Contoh ayat :-
* Lelaki itu tetap meneruskan lariannya sehingga dia mampu

meraih pingat emas.

KETERANGAN SYARAT

Merupakan unsur yang menerangkan tuntutan yang mesti
dipenuhi.
Kata hubung : sekiranya , andai kata , jikalau , jika , kalau.
Contoh ayat :-
* Jika saya menang dalam pertandingan ini, saya akan belajar

bersungguh-sungguh.

KETERANGAN WAKTU

Merupakan unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan
atau kejadian.
Kata hubung : sejak , semenjak , setelah , sewaktu ,
sementara , tatkala , ketika.
Contoh ayat :-
* Ali datang ke rumah saya sewaktu saya tiada di rumah.

KETERANGAN PERTENTANGAN

Merupakan unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau
kejadian yang berlawanan.
Kata hubung : walaupun , meskipun , namun , sekalipun ,
biarpun , walau bagaimanapun , kendatipun , sedangkan.
Contoh ayat :-
* Abang tetap pergi ke kawasan tersebut walaupun telah

dilarang oleh ibu.

KETERANGAN HARAPAN

Merupakan unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau
kejadian yang dihajati.
Kata hubung : supaya , agar , semoga , moga-moga ,
kalau-kalau.
Contoh ayat :-
* Ibu sanggup membawa adik ke hospital supaya cepat

sembuh.

KETERANGAN CARA

Merupakan unsur yang menerangkan gaya atau kaedah
sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku.
Kata hubung : dengan.
Contoh ayat :-
* Ahmad pergi ke sekolah dengan menaiki basikal.

KETERANGAN TUJUAN

Merupakan unsur yang menerangkan maksud bagi sesuatu
perbuatan atau kejadian .
Kata hubung : untuk , demi ,bagi.
Contoh ayat :-
* Ayah membeli cincin tersebut untuk diberikan kepada ibu.

KETERANGAN PERBANDINGAN

Merupakan unsur yang menerangkan sesuatu kejadian yang
menjadi persamaan .
Kata hubung : seperti , macam , seolah-olah , seakan-akan ,
ibarat , bagaikan , bak.
Contoh ayat :-
* Wajah kanak-kanak itu bersinar bak permata.

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version