The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian Kes: Kelab Doktor Muda
-Strategi penjanaan sumber kewangan <br>-Analisis SWOT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TESLA0621 Nurul Aiza Husna Binti Mohd Zaki, 2023-07-17 12:44:08

NURUL AIZA HUSNA T2 TESL A

Kajian Kes: Kelab Doktor Muda
-Strategi penjanaan sumber kewangan <br>-Analisis SWOT

NAMA JABATAN / UNIT : JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KOKURIKULUM TUGASAN KERJA KURSUS 2 (INDIVIDU) SESI SEMESTER 3/ TAHUN 2 Nama : Angka Giliran : Nombor Kad Pengenalan : Kumpulan/Unit : Kod dan Nama Kursus : MPU 3081 PERSATUAN Nama Pensyarah : ENCIK ROHIMI BIN JAMEL Tarikh Hantar : 14 JULAI 2023 Tarikh Diterima : 14 JULAI 2023 (Diisi Oleh Pensyarah) Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami. Tandatangan Pelajar : Jumlah markah: Tarikh : 14 JULAI 2023 Catatan : Pastikan pensyarah telah memberi maklum balas di dalam tugasan kerja kursus pelajar.


KANDUNGAN PERKARA MUKASURAT KANDUNGAN………………..…………………………………………………………………….1 1.0 PENGENALAN…………..……………………………………………………………………2 2.0 LATAR BELAKANG……..……………………………………………………………………2-3 3.0 OBJEKTIF KAJIAN……………………………………………………………………………3 4.0 PERSATUAN…………….…………………………………………………………………….3-5 4.1 LATAR BELAKANG 4.2 CIRI-CIRI 4.3 KAEDAH DAN PROSES PENUBUHAN 5.0 AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN…………………………………………………………5 6.0 SUMBER KEWANGAN………………………………………………………………………6 7.0 ANALISIS SWOT……………………………………………………………………………..6-8 7.1 KEKUATAN 7.2 KELEMAHAN 7.3 PELUANG 7.4 CABARAN 8.0 SOLUSI……...………………………………………………………………………………….8 9.0 RUMUSAN……………………………………………………………………………………...8 10.0 APENDIKS…………………………………………………………………………………….9


LAPORAN KAJIAN KES: KELAB DOKTOR MUDA 1. 0 PENGENALAN Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, persatuan dan kelab didefinisikan sebagai sesuatu entiti kumpulan yang dianggotai oleh beberapa ahli dengan tujuan serta minat yang sama. Di Malaysia, kerajaan amat menggalakkan rakyatnya untuk menyertai kelab dan persatuan sebagai salah satu faktor pengimbang kehidupan yang sihat. Lebih-lebih lagi di peringkat sekolah seperti sekolah rendah, menyertai persatuan dan kelab akan membantu murid-murid untuk menceburi dan meneroka kepelbagaian bidang industri yang wujud. Penubuhan kelab dan persatuan akan mendorong kepada perancangan aktiviti yang akan dijalankan sewaktu perjumpaan kelab dan persatuan. Dengan cara inilah, kelab dan persatuan akan kekal aktif dan objektif penubuhan dapat dicapai. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sudah tentu memerlukan serba sedikit perbelanjaan tidak kira pada bahan yang diperlukan, yuran penyertaan mahupun kebajikan ahli sewaktu menyertai aktiviti. Justeru, bagi membina pelan tindakan efektif untuk mendapatkan sumber kewangan kepada kelab dan persatuan, kajian ini menganalisis strategi yang digunakan kelab doktor muda SK Layang-Layangan untuk menjana kewangan dengan korelasi aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun. 2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Sebuah kelab dan persatuan telah dipilih bagi menjalankan kajian kes berkenaan penjanaan sumber kewangan untuk melaksanakan aktiviti kelab yang dirancang sepanjang tahun. Kelab yang telah dipilih ialah Kelab Doktor Muda.Terdapat beberapa aspek yang menjadikan kelab ini dipilih sebagai subjek kajian. Antaranya ialah kelab ini merupakan antara kelab yang menjadi tumpuan murid-murid untuk menyertainya. Ahli kelab ini telah mencapai kuota ahli iaitu seramai 16 murid dan kehadiran setakat Minggu 6 iaitu pada 21 Jun adalah penuh bagi tahun 2023 menurut laporan yang diterima oleh guru penasihat. Sebelum ini, pada PBS 1, temubual berkenaan kokurikulum bersama seorang murid SK Layang-Layangan telah dijalankan. Temubual tersebut mendapati bahawa kelab idamannya merupakan Kelab Doktor Muda kerana aktiviti yang dijalankan dikatakan menarik dan seronok. Namun, tidak kesampaian


kerana kuota ahli telah penuh. Oleh yang demikian, kelab ini dipilih untuk meneroka lebih mendalam tentang aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang tahun serta kewangan yang menjadi sokongan kelab tersebut untuk terus menjadi kelab idaman murid-murid di SK Layang-Layangan. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Tujuan kajian kes ini dijalankan adalah seperti berikut:- I. Mengenal pasti sejarah penubuhan Kelab Doktor Muda SK Layang-Layangan II. Mengenal pasti strategi yang digunakan untuk menjana sumber kewangan untuk menjalankan aktiviti kelab III. Menganalisis strategi penjanaan sumber kewangan yang digunakan oleh kelab 4.0 PERSATUAN 4.1 LATAR BELAKANG PENUBUHAN Kelab persatuan ini telah ditubuhkan di SK Layang-Layangan sejak tahun 2014 dan telah menjadi antara kelab yang paling aktif di sekolah tersebut. Usaha pembentukan kelab ini terjadi apabila timbul kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menginginkan Program Doktor Muda sebagai salah satu program promosi kesihatan di sekolah-sekolah. Tambahan lagi, gerakan sektor pendidikan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Negeri WP Labuan amat aktif untuk turun padang dan menghulurkan bantuan dari segi sumber kepakaran kepada sekolah-sekolah, pelaksanaan aktiviti Kelab Doktor Muda di SK Layang-Layangan dapat diperkukuh dan dijalankan dengan sempurna.


4.2 CIRI CIRI PERSATUAN Jumlah keahlian Doktor Muda sehingga kini ialah seramai 16 orang murid. Pemilihan ahli dilakukan berdasarkan kriteria seperti memiliki pencapaian akademik yang baik, minat untuk melakukan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah, rajin, bertanggungjawab, berani dan sebagainya. Ahli kelab Doktor Muda diwajibkan untuk hadir dalam aktiviti kokurikulum pada setiap hari Rabu bermula jam 2-3 petang. Kelab Doktor Muda mempunyai sebuah bilik khas sebagai bilik operasi Kelab Doktor Muda. Bilik ini juga dijadikan sebagai bilik operasi kebersihan gigi. Bilik ini dilengkapi dengan katil, kit pertolongan cemas, kerusi, almari, rak buku dan meja hiasan. Selain itu, perjumpaan aktiviti kelab diadakan di sekitar perkarangan sekolah kerana melibatkan murid yang ramai. Jumlah guru penasihat yang terlibat semasa penubuhan kelab ini ialah seramai tiga orang iaitu Puan Ruhaida, Puan Mimi dan Puan Engku. Guru penasihat kelab yang dilantik bagi menjayakan dan melaksanakan aktiviti Program Doktor Muda berlandaskan modul yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan. Aktiviti dalam kelab ini bukan sahaja diadakan di peringkat sekolah namun telah menjangkau sehingga ke peringkat kebangsaan. Menurut temubual bersama guru penasihat kelab tersebut, Puan Ruhaida binti Mokhtar, kejayaan tertinggi kelab tersebut ialah apabila beberapa ahli Kelab Doktor Muda telah mewakili Wilayah Persekutuan dalam pertandingan kuiz doktor muda selama dua tahun berturut-turut sejak 2016.


4.3 KAEDAH DAN PROSES PENUBUHAN Berdasarkan maklumat yang diperoleh, penubuhan kelab ini bermula daripada hubungan yang terbina antara pihak Kementerian Kesihatan Negeri (KKN) dengan pihak sekolah. KKN yang aktif ke sekolah-sekolah menjadikan SK Layang-Layangan mempunyai banyak peluang terbuka untuk diberikan kepada murid-muridnya. Maka, bermula usul penubuhan Kelab Doktor Muda di sekolah tersebut. Setelah kertas kerja diluluskan, mesyuarat agung diadakan untuk berbincang tentang takwim tahunan di samping melantik ahli jawatankuasa baru bagi kelab tersebut. Antara isu berbangkit adalah mengenai perancangan aktiviti, pendaftaran ahli, yuran kelab dan pelantikan ahli jawatankuasa. 5.0 AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN Aktiviti kelab yang telah dijalankan pada tahun 2023 iaitu :- 1. Mesyuarat Agung (Pelantikan Ahli Jawatankuasa) 2. Perkongsian pengalaman 3. Melukis poster 4. Menyanyi lagu Doktor Muda 5. Kuiz 6. Penerangan tentang Doktor Muda Aktiviti kelab yang bakal dijalankan:- 1. Lawatan ke Klinik Kesihatan berdekatan 2. Pameran Gigi 3. Sketsa


6.0 SUMBER KEWANGAN Yuran Kelab Pada setiap bulan, Kelab Doktor Muda akan menjana pendapatan melalui kutipan yuran kelab oleh ahli. Setiap ahli dikehendaki untuk membayar sebanyak RM 1 seorang. Jumlah terkumpul pada setiap bulan akan mencecah RM 16 oleh sebab kuota ahli persatuan adalah seramai 16 orang. Kutipan tersebut akan digunakan untuk membeli peralatan serta penyediaan bahan untuk melaksanakan aktiviti. PIBG Pihak ibu bapa dan guru terlibat dalam menyumbangkan kewangan kepada kelab. Aktiviti yang akan dijalankan dalam kelab sepanjang tahun telah dibentangkan di dalam mesyuarat PIBG dan ibu bapa serta guru telah sedia maklum dengannya. Sumbangan yang diterima akan digunakan untuk perbelanjaan kelab seperti persediaan-persediaan untuk menyertai pertandingan sketsa, kos-kos perkhidmatan yang dikenakan sewaktu lawatan dan bahan pameran. 7.0 ANALISIS SWOT 7.1 KEKUATAN Yuran kelab dan sumbangan PIBG adalah dua sumber yang sangat signifikan dalam mengumpul dana. Hal ini dikatakan kerana sumber kewangan ini sentiasa akan terus mengalir sepanjang tahun. Justeru, kelab tidak akan ketandusan dalam kewangan dan serba sedikit dapat menampung kos aktiviti yang dijalankan ketika perjumpaan kelab.


7.2 KELEMAHAN Dana daripada yuran kelab serta PIBG sahaja tidak cukup untuk perbelanjaan aktiviti sepanjang tahun. Lebih-lebih lagi, apabila aktiviti melibatkan aktiviti di luar kompaun sekolah. Sebagai contohnya, apabila ahli yang akan menyertai pertandingan, mereka memerlukan perbelanjaan bagi persediaan sebelum bertanding. Kos-kos seperti latihan, bahan dan pengangkutan adalah antara perkara vital yang perlu diambil kira. Justeru, dua sumber tersebut adalah agak tidak mencukupi walaupun pengaliran masuk ke tabung kelab adalah berterusan. 7.3 PELUANG Kelab Doktor Muda sekolah boleh menjalinkan hubungan yang lebih rapat bersama KKN. Oleh sebab KKN sering menganjurkan aktiviti sekurangnya satu pada setiap bulan seperti karnival kesihatan, ianya akan menjadi satu peluang untuk kelab mengisi aktiviti kelab dan menjana sumber kewangan. Pada kebiasaan, pihak KKN akan membuka peluang kepada pihak luar untuk berkolaboratif bersama mereka dalam menjayakan karnival tersebut. Kelab Doktor Muda boleh memohon untuk menyertai dengan membuka ‘booth’ di karnival tersebut. Antara cadangan idea ‘booth’ yang boleh dibuka adalah ‘booth’ Doktor Muda yang menyebarkan peranan kanak-kanak atau murid-murid dalam menjaga kesihatan atau memberi pertolongan cemas. Selain itu, kelab juga boleh membuka ‘booth’ permainan ringkas seperti ‘Workout Challenge’ untuk menggalakkan warga Malaysia bersenam dengan lebih kerap. Peruntukan pembukaan ‘booth’ tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak KKN. Jadi, ahli kelab akan mendapat peluang untuk melaksanakan aktiviti kelab tanpa memerlukan pengumpulan wang. Pada masa yang sama, kelab boleh membuka tabung derma kelab di ‘booth’ supaya orang ramai dapat membantu sokong perjalanan aktiviti kelab yang akan dilaksanakan pada masa depan. Selain itu, penganjuran karnival KKN biasanya akan terdiri daripada pelbagai aktiviti termasuk pertandingan yang dianjurkan khas untuk murid-murid sekolah dan hadiah ganjaran adalah dalam bentuk wang tunai. Kelab Doktor Muda boleh menghantar beberapa ahli untuk menyertainya dan hadiah kemenangan akan disalurkan serta dibahagikan sama rata antara kelab dan ahli yang menyertai.


7.4 CABARAN Cabaran yang mungkin akan dihadapi oleh kelab ialah apabila pihak KKN tidak menganjurkan program yang boleh disertai kelab. Sudah semestinya pihak KKN akan memikirkan sasaran individu sebelum menganjurkan sesebuah program. Apabila sasaran tidak terarah kepada murid-murid sekolah, ianya agak sukar untuk pihak kelab melakukan aktiviti yang melibatkan kerjasama bersama KKN. Selain itu, boleh terjadi juga apabila kelab tidak berkesempatan untuk menyertai program yang dianjurkan atas sebab dalaman seperti persediaan untuk hari sukan, peperiksaan dan kakitangan guru terpaksa memberi prioriti kepada urusan yang lebih mendesak. Apabila terjadinya situasi seperti ini, peluang untuk mendapatkan sumber kewangan akan terputus dan kelab perlu tunggu dan lihat program KKN yang seterusnya untuk disertai. 8.0 SOLUSI Satu cara yang dapat mengatasi cabaran yang bakal dihadapi berhubung dengan kolaboratif pihak KKN adalah dengan membina rangkaian yang lebih luas bersama agensi kerajaan lain mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Agensi kerajaan seperti Jabatan Penerangan biasanya akan bersedia bergabung dan bekerjasama dengan pihak sekolah atau kelab demi membuka lebih banyak peluang kepada anak muda. Manakala bagi NGO, kelab boleh menyediakan kertas kerja untuk memohon penajaan dan menawarkan perjanjian bersama yang memberi kelebihan kepada kedua-dua pihak. Justeru dengan itu, kelab akan sentiasa bersedia dari segi saluran penjanaan kewangan apabila perlu mengeluarkan kos. 9.0 RUMUSAN Pengurusan kewangan untuk sesebuah kelab adalah sangat vital bagi memastikan kelangsungan kelab tersebut. Kelab persatuan yang tidak mempunyai pengurusan kewangan yang baik biasanya akan membawa kepada kekangan dalam menjalankan aktiviti tahunan seperti yang telah dirancang. Pada akhirnya, kelab persatuan yang ditubuhkan tidak dapat bergerak aktif dan seterusnya dibubarkan. Lantasan itu, peluang cerah murid-murid untuk meneroka ilmu baru akan lenyap begitu sahaja. Justeru, kelab persatuan haruskah bijak dalam mempelbagaikan cara menjana sumbar kewangan demi memelihara kelangsungan kelab serta peluang yang sepatutnya diterima oleh murid-murid.


10.0 APENDIKS Foto aktiviti kelab dan laporan kelab minggu 2


Click to View FlipBook Version