Pengenalan
Program SISC+ ataupun dikenali sebagai jurulatih pakar pembangunan sekolah telah
dimulakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2011. Program ini telah
diadakan secara berperingkat iaitu 2 negeri telah dimulakan di Kedah dan Sabah pada tahun
2011. Disebabkan keberkesanan program SISC+ telah dijalankan, maka jawatan SISC+ akan
diwujudkan pada tahun 2013 yang merangkumi seluruh negara. Jurulatih pengajaran (SISC+)
yang dipilih dan dilantik adalah terdiri daripada guru-guru cemerlang, guru-guru sumber dan
penyelia pengajaran. Jurulatih pengajaran ini bertanggungjawab melaksanakan ‘coaching’
dan ‘mentoring’ kepada kumpulan pdp khususnya yang sekolah-sekolah yang berada di band
6 dan band 7. Jadi, guru-guru yang telah terpilih merupakan sebahagian besarnya dalam
kalangan guru cemerlang. Mereka ini telah diberikan latihan yang secukupnya khususnya
dalam bentuk kursus kepada “master coaches”.Pegawai yang dilantik sebagai SISC+ akan
ditempatkan di PPD supaya mereka dapat membimbing guru mata pelajaran Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Matematik. Buat sementera waktu ini, SISC+ hanya dibuka untuk 3
subjek teras sahaja iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Tugas mereka
adalah untuk membimbing guru dalam aspek pedagogi, PBS dan KSSR. Pada setiap tahun,
guru-guru yang telah mendapat latihan akan segera ditugaskan untuk memantau dan
membimbing guru-guru di setiap sekolah yang dikatakan berprestasi rendah serta berada
dalam band 6 dan band 7. Namun begitu, guru-guru cemerlang yang telah mendapat tugasan
perlu membantu pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi akademik. Impaknya berlaku
perubahan yang sangat positif yang akan diperoleh dari segi pencapaian peperiksaan awam
terutamanya UPSR dan SPM. Bagi guru yang memiliki prestasi cemerlang serta mempunyai
kemahiran interpersonal dan intrapersonal yang baik merupakan calon yang sesuai untuk
mengisi jawatan ini. Di samping itu, tugas utama SISC+ adalah untuk mempertingkatkan
kualiti PdP guru mata pelajaran di bawah kawalannya ke arah mempertingkat penguasaan
dan pencapaian murid. Di samping tugas utama SISC+, terdapat juga beberapa peranan
penting yang perlu ada dalam diri iaitu seseorang itu perlu membimbing guru melalui dua
cara iaitu, sentiasa bertanya soalan terbuka dan menggalakkan guru bercakap mengenai
perasaan mereka agar seseorang pegawai SISC+ itu dapat mengenal pasti apakah masalah
yang dihadapi oleh guru tersebut. Selain itu, pegawai SISC+ juga perlu menyokong guru dan
bukan sahaja untuk memantau atau mengawas guru.
Dengan ini, pengkaji telah mengenal pasti mengenai tokoh yang bernama Cik Zainab
Binti Intah boleh dijadikan sebagai fokus kajian. Dipercayai tokoh ini telah banyak berjasa
kepada masyarakat dan negara dalam bidang pendidikan. Sebagai guru yang beprestasi
cemerlang, beliau memainkan peranan yang amat penting untuk menaikkan prestasi guru-
guru yang memiliki pencapaian rendah.
Latar belakang Cik Zainab Binti Intah
Zainab Binti Intah dilahirkan di Kampung Kulambai, Kota Belud, Sabah. Beliau
merupakan anak bongsu daripada enam orang adik beradik. Adik beradik beliau yang lain
bernama Nulemas, Lainas, Supidie dan dua orang adiknya pula, Tiamas dan Norlas
merupakan adik kembar beliau. Seterusnya, bapa beliau bernama Intah Bin Suakan yang pada
ketika itu merupakan nelayan dan petani. Manakala, ibunya pula bernama Mayang Binti
Dullah yang juga merupakan nelayan dan petani. Ketika beliau berumur 1 tahun, beliau
kehilangan ayah yang dicintai. Perasaan beliau pada ketika itu retak kerana tidak menyangka
akan kehilangan seorang ayah. Lagi-lagi pula, beliau pada ketika itu masih kecil lagi dan
amat memerlukan kasih sayang dan sokongan daripada ayah beliau. Tetapi, beliau tetap
menyabar dan beliau sedar bahawa dia masih ada peluang dalam meraih kasih sayang ibunya.
Ibu beliau sentiasa bekerja keras seorang diri untuk mencari nafkah dan menanggung
keluarga yang serba kekurangan itu. Namun kebahagiaan beliau tidak lama, semasa beliau
memasuki 14 tahun, dia kehilangan ibunya pula yang pada ketika itu ibunya terlantar sakit
akibat kencing manis yang tidak dapat dirawat. Walaubagaimana pun, beliau tetap seorang
yang penyabar dan bertungkus lumus untuk mencapai kejayaan walaupun dibesarkan
yang penyabar dan bertungkus lumus untuk mencapai kejayaan walaupun dibesarkan
keluarga yang serba kekurangan. Ketiadaan ibu bapa dalam hidupnya merupakan cabaran
yang besar untuk Cik Zainab Binti Intah menjalani kehidupan. Seterusnya, yuran pembayaran
sekolah beliau ditanggung oleh kakak kembarnya iaitu Norlas Binti Intah. Kakak kembar
beliau pada ketika itu sudah bekerja sebagai guru bahasa melayu. Semasa beliau berumur 17
tahun, beliau menggalas beberapa jawatan penting di sekolah. Di samping menggalas jawatan
penting, beliau juga merupakan Penolong Ketua Pengawas bagi sesi 1988. Beliau mempunyai
cita-cita yang murni iaitu ingin menjadi sebagai guru yang cemerlang pada masa yang akan
datang. Beliau mempunyai minat yang mendalam untuk mengajar insan-insan yang
memerlukan. Pada tarikh SPM dikeluarkan, beliau mendapat keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan SPM. Tidak dinafikan bahawa beliau merupakan adik yang cerdik dalam
enam orang adik beradiknya. Tidak dilupakan juga, adik beradiknya itu juga turut mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Adik beradik beliau boleh dikatakan
seorang yang berjaya dalam mencapai cita-cita mereka.
Pada tahun 1989, Cik Zainab Binti Intah memasuki tingkatan 6 di SMK Arshad, Kota
Belud, Sabah. Sebelum beliau memasuki tingkatan 6, beliau telah memohon untuk masuk ke
MAKTAB. Beliau berkata, semasa beliau merupakan pelajar STPM, beliau mengambil
subjek seperti Bahasa Melayu, Sejarah, Pengajian Am dan Ekonomi. Tetapi, beliau menjadi
pelajar STPM hanya sementara waktu sahaja apabila beliau telah dipanggil untuk memasuki
ke MAKTAB. Selepas, Cik Zainab Binti Intah telah dipanggil untuk memasuki ke
MAKTAB. Beliau mengambil jurusan Pengajian Bahasa Melayu. Ketika beliau melanjutkan
pelajaran di MAKTAB. Adik beradik beliau pada ketika itu sudah mendirikan rumah tangga
dan mereka sudah pun bekerja denga apa yang mereka cita-citakan. Walaubagaimana pun,
sifat keperibadian beliau yang bertungkus lumus, rajin, memiliki hidup yang sederhana dan
pegangan agama yang kuat telah mendorong beliau berjaya mencapai kejayaan.Hal ini
dikatakan demikian kerana, ketika beliau kehilangan bapanya, beliau telah dididik dengan
pegangan agama yang kuat, dan bukan itu sahaja arwah ibu beliau telah mengajar beliau
supaya hidup dengan sederhana dan menghormati orang yang lebih tua daripada kita.Bukan
itu sahaja, beliau juga turut mendapat sokongan daripada adik beradiknya. Kehilangan kedua-
dua ibu bapanya membuatkan beliau menjadi semangat untuk menghadapi pelbagai rintangan
yang menimpa dalam kehidupan beliau dan dengan kekuatan ini telah membawa beliau untuk
menjadi berdikari.
Selepas beliau melanjutkan pelajaran di MAKTAB, beliau mengajar di Sk Tamau, Kota
Belud, Sabah. Sekolah rendah ini merupakan sekolah pertama bagi beliau dalam menjadi
seorang guru. Kini, beliau tidak lagi ditanggung oleh adik beradiknya kerana beliau telah
memiliki pekerjaan yang tetap. Di sekolah tersebut, beliau mengajar mata pelajaran bahasa
melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana subjek bahasa melayu ini merupakan kegemaran
subjek beliau sehingga kini. Beliau berkhidmat menjadi guru sekolah rendah hanya selama 5
tahun sahaja. Tidak lama itu, beliau melanjutkan pelajaran di UPM iaitu University Putra
Malaysia. Dalam masa yang sama, beliau bertukar mengajar dari Sk Tamau ke Smka Tun
Said yang merupakan sekolah agama di Kota Belud, Sabah. Walaupun, sekolah itu
merupakan sekolah agama tetapi beliau mengajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Selepas lima tahun yang berlalu, beliau telah dinaikkan pangkat atas kejayaan beliau
sepanjang berkhidmat. Beliau dinaikkan pangkat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran.
Tugasan beliau dalam menjadi Guru Kanan Mata Pelajaran ialah membantu pengetua
menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan
bidangnya. Selain itu, beliau mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan
akademik dan sahsiah pelajar agar motivasi dalam diri pelajar dapat memberi impak yang
positif. Jika dilihat dengan teliti, Cik Zainab Binti Intah merupakan tokoh yang banyak
berjasa kepada sekolah beliau. Beliau banyak membantu dalam menaikkan nama sekolah dan
meningkatkan prestasi sekolah. Seterusnya, bagi mencapai matlamat Dasar Pendidikan
Kebangsaan, Cik Zainab Binti Intah sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran memainkan peranan
utama bagi menentukan matlamat dan objektifnya tercapai melalui KBSM.
Setelah beliau lama berkhidmat menjadi Guru Kanan Mata Pelajaran, beliau telah
dipindahkan di Smk Bandau, Kota Marudu, Sabah. Dalam pada masa yang sama, beliau juga
telah dinaikkan pangkat sekali lagi iaitu beliau telah dilantik menjadi pegawai SISC+ atas
kejayaan dan sumbangan beliau sepanjang bertugas menjadi guru. Beliau merupakan
sebahagian besarnya dalam kalangan guru cemerlang. Disebabkan beliau dilantik menjadi
pegawai SISC+, beliau ditempatkan di Pejabat Pendidikan Sabah. Tugas beliau dalam
menjadi pegawai SISC+ ialah untuk membimbing guru yang bermasalah dan memiliki
menjadi pegawai SISC+ ialah untuk membimbing guru yang bermasalah dan memiliki
pencapaian yang tahap rendah. Beliau membimbing guru dalam mata pelajaran bahasa
melayu sahaja. Kejayaan beliau menjadi pegawai SISC+ merupakan kejayaan yang terbesar
bagi beliau kerana beliau dibesarkan tanpa kedua-dua ibu bapanya dan kehidupan beliau
bukan berasal dari orang yang berada. Kini, Cik Zainab Binti Intah mampu membuktikan
bahawa beliau dapat mengecapi sebuah kejayaan besar. Impian dan cita-cita dari Cik Zainab
Binti Intah telah tercapai hasratnya.
Peranan dan Sumbangan Cik Zainab Binti Intah
Cik Zainab Binti Intah telah banyak menyumbangkan tenaga, idea dan masa. Beliau telah
membimbing dan memberi sokongan kepada guru daripada pelbagai aras pencapaian sekolah
dalam aspek kurikulum, pedagogi dan penilai. Bimbingan ini perlu dilakukan agar dapat
melahirkan golongan pendidik berkemahiran tinggi dan turut meningkatkan kualiti
penyampaian kurikulum. Menurut beliau, bagi melaksanakan KBAT dalam PdP, guru-guru
perlu membuat penelitian dengan merujuk kepada standard pembelajaran yang dinyatakan
dalam Dokumen Standard Kurikulum. Standard pembelajaran merupakan pernyataan tentang
apa yang murid patut ketahui dan boleh lakukan. Sekiranya pernyataan tersebut merujuk
kepada tahap KBAT, guru perlu melakukan tidakan tersebut. Dalam memegang jawatan
SISC+, beliau telah membimbing sebanyak 25-30 orang dan bimbingan ini beliau telah
membimbing ke semua sekolah dan daerah. ………….Menurut Cik Zainab Binti Intah,
beliau membimbing guru mengikut tahap rendah dan menengah. Langkah ini dilakukan
bertujuan menyediakan peluang dan sokongan yang diperlukan oleh guru bagi menggalakkan
peningkatan kemahiran dan kecemerlangan mereka dalam PdP.
Selain itu, beliau juga membimbing dan membangunkan Leadership Course for Middle
Leaders ( LCML) daripada pelbagai aras pencapaian sekolah dalam aspek penyeliaan,
pengajaran dan pembelajaran. Leadership Course For Middle Leaders disediakan bagi
membangunkan kompetensi pemimpin pertengahan dan kursus ini amat penting dalam
sesebuah organisasi. Oleh itu, kursus Leadership Course for Middle Leaders digubal khas
bagi membantu untuk membangun kompetensi dan memperkasa pemimpin pertengahan.
Menurut beliau, pemimpin pertengahan ini ialah pengantara dan orang yang berada di antara
golongan pengurusan tertinggi dan pasukan guru di bawah selian mereka. Dalam konteks
sekolah di Malaysia, kumpulan pemimpin pertengahan dikategorikan kepada dua kumpulan
iaitu P1 dan P2. Kumpulan P1 merupakan Guru Kanan Mata Pelajaran bagi sekolah
menengah dan kumpulan dari P2 merupakan Ketua Panitia dari sekolah rendah. Melalui
pembentukan kursus Leadership Course for Middle Leaders ini, beliau telah menyumbang
banyak keistimewaan seperti membolehkan mereka mempunyai pengetahuan operasi yang
lengkap dan menyeluruh.
Seterusnya, sumbangan terbesar Cik Zainab Binti Intah sebagai pegawai SISC+ ialah beliau
melaksanakan program bimbingan dan latihan profesionalisme kegurusan dalam daerah
melalui Continuous Professionalisme Development (CPD) dan Professional Learning
Community (PLC). Program Countinuous Professionalisme Development ( CPD )
diwujudkan di Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 2007 dan berupaya meningkatkan
kompetensi pegawai. Dengan ini, beliau telah banyak menyumbangkan ilmu pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman yang dimana boleh meningkatkan professionalisme pegawai di
dalam bidang masing-masing. Selain itu, beliau juga turut mengekalkan dan membangunkan
kerjaya mereka dengan pembelajaran sepanjang hayat bagi memastikan professionalisme
dapat memberikan perkhidmatan secara selamat dan berkesan. Tujuan Cik Zainab Binti Intah
melaksanakan program ini adalah bertujuan untuk memperbaharui sijil amalan dan juga dapat
memenuhi keperluan Latihan 7 hari setahun bagi penjawat di Kementerian Kesihatan
Malaysia.
Sumbangan beliau seterusnya pula ialah beliau telah menganalisis dan melaporkan
pencapaian sekolah serta memantau pencapaian murid. Pemantauan pembelajaran para
pelajar merupakan perkara terpenting bagi memastikan kualiti pendidikan yang tinggi.
Sebagai pemantauan, beliau telah mengemukakan soalan untuk menyemak kefahaman
tentang isi pelajaran yang disampaikan dan melakukan pemantauan bilik darjah semasa
pelajar melakukan aktiviti pembelajaran. Pada masa yang sama, beliau juga turut
membimbing pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran secara berseorangan. Di samping
beliau membimbing guru bermasalah, beliau juga turut berperanan membimbing pelajar yang
mempunyai masalah dalam bidang bahasa melayu. Seterusnya, beliau akan menyemak
mempunyai masalah dalam bidang bahasa melayu. Seterusnya, beliau akan menyemak
semula data pencapaian pelajar dan menggunakan data tersebut untuk membuat refleksi serta
penambahbaikan amalan pengajaran. Beliau memantau pembelajaran pelajar berdasarkan
rumusan daripada kajian. Kajian ini dapat membantu beliau bagi mengenal pasti kekuatan
dan kelemahan pelajar semasa menjalani aktiviti pembelajaran serta membimbing pelajar
secara individu. Dengan melakukan pemantauan tersebut, pelajar dapat mencapai tahap
pembelajaran yang lebih tinggi.
P ada tahun 2015, beliau telah melalukan seminar kajian untuk meningkatan
pedagogi GDB dan guru-guru. Beliau melakukan seminar kajian tersebut di negeri Kuala
Lumpur. Sebanyak 17 orang guru yang dimbimbing oleh beliau dalam seminar kajian
tersebut. Seminar kajian ini merupakan satu program khusus untuk Guru Di Bimbing (GDB)
yang dibimbing oleh School Improvement Specialist Coaches (SISC+). Tujuan seminar
kajian dilakukan adalah untuk meningkatkan tahap professionalisme mereka melalui
perkongsian amalan pedagogi terbaik. Beliau telah melakukan pelbagai strategi bagi
mencapai tujuan tersebut seperti Bimbingan Individu, Bimbingan Kelompok dan Professional
Learning Community. Dalam seminar kajian tersebut, serama 17 orang melaksanakan dan
membentangkan kajian mereka. 10 orang GDB telah membentang kajian mereka melalui
lisan manakala 7 orang GDB lagi membentangkan kajian mereka secara pembentangan
poster. Seterusnya, pada tahun 2016, beliau juga melaksanakan seminar kajian di negeri
Sarawak. Beliau datang bersama kawannya, untuk melakukan seminar kajian ini.
Cabaran Cik Zainab Binti Intah
Bimbingan secara langsung yang diberi kepada guru menerusi Program Pembimbing
Pakar Peningkatan Sekolah ( SISC+ ) berupaya meningkatkan kualiti pendidik, seterusnya
memberi impak berkesan terhadap murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun
begitu, terdapat beberapa cabaran yang dilalui oleh Cik Zainab Binti Intah sepanjang
memegang jawatan SISC+. Cabaran tersebut ialah