IMPAK DAN LANGKAH-LANGKAH MEMBENTUK BUDAYA POSITIF STRATIFIKASI SOSIAL DALAM BUDAYA SEKOLAH: EDUP3143 SOSIOLOGI D A L A M P E N D I D I K A N
PENSYARAH DR. ROSNINAH BINTI GHANI SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN EDUP3143 PELAJAR NOOR AUNI BINTIJUSIDIN 2021202340432 T2S2.06
1 1.0 PENGENALAN 2.0 STRATIFIKASI SOSIAL DAN INSTITUSI SOSIAL DI MALAYSIA 2.1 KONSEP STRATIFIKASI SOSIAL 2.2 KONSEP INSTITUSI SOSIAL 2.3 STRATIFIKASI SOSIAL DI MALAYSIA 2.4 PERANAN INSTITUSI SOSIAL 3.0 IMPAK STRATIFIKASI SOSIAL KE ATAS BUDAYA SEKOLAH 3.1 BUDAYA SEKOLAH 3.2 POLA TINGKAH LAKU DALAM PEMBELAJARAN 3.3 INTERAKSI SOSIAL 3.4 PENGAGIHAN SUMBER 4.0 LANGKAH MEMANIPULASI IMPAK STRATIFIKASI SOSIAL KE ATAS BUDAYA SEKOLAH UNTUK MEMBENTUK BUDAYA POSITIF DI SEKOLAH 4.1 PEMBELAJARAN AKTIF DAN KOLABORATIF MENINGKATKAN MOTIVASI 4.2 KOMUNIKASI TERBUKA DAN KERJASAMA 4.3 TINGKAT KESAMARATAAN AKSES PENDIDIKAN MELALUI PROGRAM KESEDARAN 5.0 RUMUSAN RUJUKAN SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN EDUP3143 ISI KANDUNGAN 2 5 9 11
EDUP3143 1 .0 PENGENALAN Setiap individu dalam masyarakat mempunyai kepelbagaian dan perbezaan, yang menyebabkan terdapat ketidakseimbangan dalam masyarakat. Hasil daripada perbezaan ini, maka wujudnya stratifikasi. Stratifikasi merujuk kepada pengkelasan dan penggolongan seseorang atau sesuatu perkara berdasarkan status, pendapatan, atau kedudukan. Manakala maksud sosial adalah segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, stratifikasi selalunya wujud dalam kalangan masyarakat dan ini yang dinamakan sebagai stratifikasi sosial. SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN Dalam penulisan ini akan membincangkan tentang stratifikasi sosial yang berlaku di Malaysia serta peranan institusi sosial. Institusi sosial ini melibatkan pelbagai entiti seperti keluarga, agama, sistem pendidikan, politik dan ekonomi. Setiap institusi sosial memainkan peranan dan fungsi yang unik dalam masyarakat dan saling berhubungan antara satu sama lain. Ia juga membincangkan mengenai impak stratifikasi sosial terhadap budaya sesebuah sekolah seterusnya menerangkan tentang langkah memanipulasi impak stratifikasi sosial ke atas budaya sekolah ke arah pembentukan yang lebih positif. 1
Menurut Maunah (2015), sebagai seorang manusia yang merupakan anggota masyarakat sudah tentu tidak dapat mengelakkan daripada terlibatnya dalam interaksi sosial contohnya interaksi bersama keluarga, guru, pensyarah, rakanrakan dan sebagainya. Oleh itu, daripada interaksi ini akan terbentuknya sesebuah kelompok masyarakat. Stratifikasi sosial berasal daripada istilah social stratification yang bermaksud sistem berlapis-lapis dalam masyarakat. Selain itu, stratifikasi sosial juga merujuk kepada perbezaan individu atau kumpulan dalam masyarakat yang menempatkan mereka pada kelas-kelas sosial yang berbeza-beza secara hierarki dan memberikan hak serta kewajiban yang berbeza di antara individu dalam setiap kelas sosial (Aji, R. H. S. 2015). Kebiasaannya, stratifikasi adalah berasaskan kepada kedudukan yang diperolehi melalui usaha dan perjuangan. Setiap usaha dan perjuangan tersebut memberi nilai-nilai kepada perkara-perkara tertentu. Nilai yang lebih tinggi terhadap perkara-perkara tersebut akan menjadikan individu menduduki kedudukan yang lebih tinggi. Secara ringkasnya, masyarakat yang mempunyai usaha yang tinggi akan berada di atas. 2.0 STRATIFIKASI SOSIAL DAN INSTITUSI SOSIAL DI MALAYSIA SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN EDUP3143 2. 1 DEFINISI STRATIFIKASI SOSIAL 2
EDUP3143 2.2 DEFINISI INSTITUSI SOSIAL SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2017), institusi membawa maksud kepada badan atau organisasi yg ditubuhkan untuk sesuatu tujuan tertentu. Manakala sosial pula merujuk kepada interaksi antara individu atau kumpulan dalam masyarakat. Ia juga merangkumi segala yang berkaitan dengan kehidupan bersama dalam masyarakat. Secara umumnya, institusi sosial adalah tempat atau sistem yang ada dalam masyarakat yang membantu mengatur cara orang berinteraksi dan hidup bersama. 2.3 STRATIFIKASI SOSIAL DI MALAYSIA Stratifikasi sosial di Malaysia membahagikan masyarakat kepada beberapa lapisan berdasarkan faktor-faktor seperti ekonomi, etnik, pendidikan dan kuasa. Ini bermakna terdapat perbezaan dalam taraf, harta kekayaan dan kuasa antara individu dan kumpulan dalam masyarakat Malaysia. Sebagai contoh, kepelbagaian etnik di Malaysia merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi stratifikasi sosial. ShamsulAmri (2012) menyatakanbahawa kesepaduan sosial dalam kalanganmasyarakat Malaysia sudahsedia wujud. Walau bagaimanapun, walaupun terdapat kesepaduan sosial, masih wujud ketidakseimbangan dalam peluang dan akses kepada sumber daya antara kumpulan etnik. Dari aspek ekonomi di Malaysia, juga menyebabkan berlakunya stratifikasi sosial. Lapisan ekonomi boleh dilihat melalui pendapatan, kekayaan dan pekerjaan seseorang. Perbezaan ini yang menyebabkan berlakunya stratifikasi (Qayyum, M., 2022). Misalnya, individu yang mempunyai pendapatan yang rendah dan tidak memiliki harta benda akan berada di lapisan bawah seperti gelandangan, petani dan orang-orang miskin. Lapisan atas pula, contohnya artis, usahawan besar, ahli profesional dan pekerja pejabat yang mempunyai pendapatan tinggi. 3
EDUP3143 2.4 PERANAN INSTITUSI SOSIAL SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN Institusi sosial sangat penting dalam membentuk dan mengatur cara hidup masyarakat. Ini kerana institusi sosial membantu untuk menjaga nilai-nilai dan etika yang diperlukan dalam masyarakat contohnya dalam institusi keluarga membantu menyampaikan nilai-nilai seperti kasih sayang, kerjasama dan tanggungjawab manakala melalui institusi agama seperti menerapkan ajaran-ajaran agama mengenai kejujuran, keadilan dan belas kasihan dan selain itu melalui institusi pendidikan pula membantu memperkuat nilai-nilai sosial seperti disiplin, kejujuran dan kerjasama di kalangan pelajar. Contohnya, melalui program-program moral dan kokurikulum sudah tentu dapat meningkatkan sahsiah diri dan kepimpinan. Menurut Mukmin, T. (2018), pendidikan dilihat sebagai cara untuk bergerak ke kedudukan yang lebih baik dalam masyarakat. Semakin tinggi pendidikan yang diperoleh, semakin besar harapan untuk mencapai tujuan tersebut. 4
Pada umumnya, budaya berkait rapat dengan normanorma kepercayaan yang dikongsi bersama dalam sesebuah kumpulan. Menurut pandangan Park et al., (2004), budaya disifatkan sebagai norma yang dikongsi bersama oleh pekerja dalam sesebuah organisasi. Budaya juga menunjukkan sebagai satu bentuk amalan yang menjadi kebiasaan di mana ahli melakukannya sebagai rutin harian (Abd Rahim, N., 2019). Bagi aspek budaya sekolah pula, menurut Myazaitul (2008), ia merupakan personaliti atau keperibadian sekolah yang mempengaruhi cara sesuatu kerja itu dijalankan. Oleh itu, budaya sekolah ini meliputi gelagat, kepercayaan, sikap, nilai dan idea yang dikongsi bersama oleh ahli-ahli organisasi. Peterson, (2002) berpendapat bahawa budaya sekolah yang positif akan menghasilkan kesan yang positif kepada pencapaian sekolah, sebaliknya budaya sekolah yang negatif akan menghasilkan kesan yang negatif kepada pencapaian sekolah. Ini bermakna budaya sekolah yang harmoni dan bersatu padu dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan menyumbang kepada kejayaan sekolah. Tuntasnya, budaya sekolah amat memainkan peranan penting dalam pembentukan identiti dan kejayaan sekolah secara keseluruhan. SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN EDUP3143 3.0 IMPAK STRATIFIKASI SOSIAL KE ATAS BUDAYA SEKOLAH 3. 1 BUDAYA SEKOLAH 5 IMPAK STRATIFIKASI SOSIAL KE ATAS BUDAYA SEKOLAH POLA TINGKAH LAKU DALAM PEMBELAJARAN INTERAKSI SOSIAL PENGAGIHAN SUMBER
Setiap masyarakat selalu memiliki pandangan tentang pentingnya pendidikan, di mana masyarakat percaya bahawa pendidikan memiliki kemampuan untuk meningkatkan kedudukan sosial seseorang dan mempengaruhi mobiliti sosial (Khoironi, M. F., & Sudrajat, A., 2023). Stratifikasi sosial di dalam konteks budaya sekolah memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pola tingkah laku dan pembelajaran. Dalam masyarakat sudah tentu mempunyai pelbagai pandangan yang meluas terhadap pembelajaran seseorang murid seperti hanya melihat kepada latar belakang ekonomi atau etnik murid tersebut. Hal ini menjadikan murid lain terdedah kepada idea atau pandangan bahawa individu dari latar belakang ekonomi yang rendah atau etnik tertentu mungkin mempunyai kebolehan atau potensi yang lebih rendah dalam konteks pendidikan atau pencapaian akademik. Hal ini menyebabkan tingkah laku bagi murid lapisan rendah menjadi kurang memuaskan seperti tidak mempunyai semangat dalam menimba ilmu dan bersikap sambalewa semasa berada di sekolah. Sebagai contoh melalui kajian yang telah dilakukan oleh Khosim, F. B. (2022) terhadap pencapaian akademik Orang Asli di negeri Perak, membuktikan bahawa ia merupakan satu permasalahan yang agak kompleks kerana perlunya pelbagai faktor untuk menyumbang kepada kemajuan pendidikan mereka di sekolah. Ia juga mengatakan bahawa tidak begitu mudah untuk mentransformasikan satu masyarakat yang telah lama terpencil dan ketinggalan dari segi pendidikan. Dan menurut Mohd Asri Mohd Noor, (2012) pula, faktor seperti kemiskinan, perbezaan budaya, jarak sekolah, pedagogi pengajaran guru dan sebagainya juga adalah antara faktor penyebab mengapa murid Orang Asli tidak menyerlah dalam akademik di sekolah. Oleh itu, melalui tanggapan ini, mungkin terwujudnya stratifikasi sosial dalam budaya sekolah dan mengakibatkan perbezaan dalam tingkah laku, di mana pelajar dari lapisan yang lebih rendah mungkin merasa kurang dihargai atau tidak termotivasi untuk meningkatkan prestasi diri masing-masing. SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN EDUP3143 3.2 POLA TINGKAH LAKU DALAM PEMBELAJARAN 6
SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN EDUP3143 3.3 INTERAKSI SOSIAL Stratifikasi sosial yang berlaku dalam budaya sekolah memberi kesan yang ketara terhadap interaksi sosial dimana ia boleh mempengaruhi hubungan antara individu dan kumpulan. Hal ini menyebabkan tercetusnya ketidakseimbangan di kalangan murid, yang kemudiannya mempengaruhi cara mereka berinteraksi antara satu sama lain. Misalnya, murid yang berasal dari latar belakang ekonomi yang lebih tinggi mungkin lebih cenderung bergaul dengan rakan sekelas yang memiliki status sosial yang serupa, manakala murid dari latar belakang ekonomi yang lebih rendah mungkin merasa terpinggir atau kurang dihargai. Keadaan ini juga akan menyebabkan kepada pembentukan kumpulan atau geng dan mengakibatkan kepada ketidakseimbangan pergaulan dan interaksi sosial dalam persekitaran sekolah. Akibat daripada ketidakseimbangan ini, maka akan menjadi sukar untuk murid lain berkomunikasi dan berbagi idea serta pendapat dalam meningkatkan akademik mahupun kokurikulum dan ko-akademik. Bahkan, seorang ahli sosiologi ternama dari Kanada, Erving Goffman berpendapat bahawa sesebuah masyarakat itu terbentuk kerana wujudnya interaksi diantara mereka. Tanpa interaksi tersebut ia akan menjadi sukar untuk memahami dunia sosial (Xiao, A., 2018). Selain itu, melalui stratifikasi sosial ini ia boleh mempengaruhi kuasa dalam budaya sekolah dimana murid yang mempunyai status sosial yang lebih tinggi mungkin mempunyai peluang yang lebih besar, seperti peranan dalam aktiviti kokurikulum atau pengaruh dalam membuat keputusan di sekolah. Ini berlaku akibat daripada interaksi antara guru dan murid yang mempunyai status sosial yang lebih tinggi dimana guru mungkin menganggap mereka lebih mampu dan boleh dipercayai. 7
SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN EDUP3143 3.4 PENGAGIHAN SUMBER Stratifikasi sosial ke atas budaya sekolah juga mempunyai kesan yang besar terhadap pengagihan sumber di sekolah dimana budaya sekolah yang memberikan kepentingan kepada nilai-nilai yang dianggap elit atau berpengaruh menyebabkan penyaluran sumber menjadi tidak seimbang. Hal ini disebabkan oleh kenyataan bahawa murid dari latar belakang yang lebih kaya atau berada cenderung untuk mendapat lebih banyak perhatian oleh guru kemudian memberikan mereka akses kepada bahan pembelajaran yang berkualiti bahkan mempunyai peluang dalam ekstrakurikulum yang mampu meningkatkan perkembangan peribadi secara menyeluruh. Bahkan stratifikasi sosial ini juga cenderung untuk memberikan keutamaan kepada murid dari golongan atas dalam penempatan di kelas-kelas yang lebih baik atau program-program yang lebih berkualiti. Sebaliknya, murid dari latar belakang sosial yang lebih rendah mungkin tidak mampu mengakses peluang yang sama untuk berkembang dan meningkatkan pencapaian akademik mereka akibat daripada kewujudan stratifikasi sosial ini yang menjadi kebiasaan dalam sesebuah budaya sekolah. Ini sejajar dengan kajian yang telah dilakukan oleh Kashfi, W. N. I. H., Hat, N. C., Noor, S. S. M., Osman, N., Rouyan, N. M., & Hussin, Z. (2022), bahawa terdapat segelintir golongan anak-anak pelajar B40 yang ketinggalan pembelajaran seterusnya menyebabkan mereka tercicir dan tidak mendapatkan akses pendidikan yang sewajarnya. 8
Untuk membentuk budaya positif di sekolah, langkah-langkah perlu diambil untuk memanipulasi pola tingkah laku dalam pembelajaran di kalangan murid lapisan rendah yang merasa mereka kurang dihargai dan tidak bermotivasi dalam menuntut ilmu. Antara langkah yang boleh dilakukan ialah melalui peranan guru sekolah itu sendiri iaitu dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang melibatkan pembelajaran aktif dan kolaboratif. Menurut penyelidikan oleh Gokhale (1995) menyimpulkan bahawa pembelajaran kolaboratif melalui perbincangan, penjelasan idea dan penilaian oleh individu lain boleh meningkatkan kemahiran pemikiran kritis dan keberkesanan dalam memperoleh pengetahuan yang bersifat fakta. Pada era ini, sudah tentu guru-guru telah didedahkan dengan kepelbagaian kaedah pengajaran yang menarik untuk mengurangkan kebosanan murid semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP). Dalam konteks ini, guru boleh menggunakan kaedah berasaskan projek secara berkumpulan, perbincangan kelas dan sebagainya. Sebagai contoh yang mudah iaitu kaedah pembelajaran gallery walk dimana setiap kumpulan murid diberikan tugasan dan berbincang bersamasama dalam menyumbang idea dan pendapat masing-masing. Melalui kaedah pembelajaran berasaskan kumpulan, setiap murid daripada pelbagai lapisan, etnik, budaya, bangsa dan agama akan bekerjasama antara satu sama lain tanpa melihat kepada jurang sosial murid itu. Justeru, perkara ini sudah tentu akan memberikan lapisan yang lebih rendah merasa dihargai dan meningkatkan lagi motivasi dan bertingkah laku aktif dalam melibatkan diri mereka dalam PdP. EDUP3143 4.0 LANGKAH MEMANIPULASI IMPAK STRATIFIKASI SOSIAL KE ATAS BUDAYA SEKOLAH UNTUK MEMBENTUK BUDAYA POSITIF DI SEKOLAH SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN 4. 1 PEMBELAJARAN AKTIF DAN KOLABORATIF MENINGKATKAN MOTIVASI 9 LANGKAH MEMANIPULASI IMPAK STRATIFIKASI SOSIAL KE ATAS BUDAYA SEKOLAH UNTUK MEMBENTUK BUDAYA POSITIF DI SEKOLAH PEMBELAJARAN AKTIF DAN KOLABORATIF MENINGKATKAN MOTIVASI KOMUNIKASI TERBUKA DAN KERJASAMA TINGKAT KESAMARATAAN AKSES PENDIDIKAN MELALUI PROGRAM KESEDARAN
EDUP3143 4.2 KOMUNIKASI TERBUKA DAN KERJASAMA SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN Komunikasi terbuka dan kerjasama antara semua pihak berkepentingan dapat membantu mengurangkan ketidakseimbangan dalam meningkatkan lagi interaksi sosial di sekolah iaitu dimana pihak sekolah boleh mewujudkan ruang dialog yang memperkenalkan program-program kesedaran dan pemahaman mengenai kepelbagaian budaya, keupayaan dan latar belakang sosial kepada murid-murid. Menurut pandangan Joseph A. DeVito (2011), salah satu ciri komunikasi yang berkesan adalah keterbukaan. Oleh itu, tanpa komunikasi yang terbuka akan menyebabkan stratifikasi sosial dari aspek interaksi sosial terus menerus wujud dalam budaya sekolah. 4.3 TINGKAT KESAMARATAAN AKSES PENDIDIKAN MELALUI PROGRAM KESEDARAN Penting bagi pihak sekolah untuk menyediakan akses yang sama kepada sumber-sumber pendidikan kepada semua pelajar. Ini termasuk memastikan bahawa semua pelajar mendapat perhatian guru yang sama, akses kepada bahan pembelajaran yang berkualiti, dan peluang untuk menyertai program-program ekstrakurikulum yang merangsang perkembangan potensi mereka. Dengan menekankan kesamarataan dalam pengagihan sumber-sumber ini, sekolah dapat mengurangkan ketidakseimbangan yang mungkin timbul akibat stratifikasi sosial. Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengadakan program kesedaran melalui latihan dan bengkel yang membincangkan isu-isu kesetaraan dan keadilan di dalam pendidikan di kalangan guru dan pentadbiran tentang kesan negatif stratifikasi sosial dalam pengagihan sumber kepada murid di sekolah. Menurut Abd Rahman, N. A., & Alias, A. (2017), melalui program kesedaran ini, guru tidak akan mengabaikan murid dan akan mendapat sumber-sumber yang sepatutnya bagi mereka. Oleh itu sikap seseorang gurusangat penting keranasikap positif akanmemberi impak yang besar pada murid (Siva dan Mohd Isa 2016). 10
EDUP3143 5.0 RUMUSAN SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN Dengan itu, ia dapat meningkatkan lagi pencapaian murid dan memastikan setiap individu memiliki peluang yang sama untuk berkembang dalam pendidikan tanpa mengira lapisan, latar belakang, etnik, budaya dan agama. 11 Kesimpulannya, stratifikasi sosial dalam budaya sekolah dapat memberi impak yang signifikan terhadap pola tingkah laku, interaksi sosial, dan pengagihan sumber di kalangan murid. Melalui pemahaman terhadap implikasi stratifikasi sosial, penekanan pada langkah-langkah untuk memanipulasi perlu diambil untuk membentuk budaya sekolah yang lebih positif pada masa hadapan.