EBOOK IIX1004
PENGANTAR
PENGAJIAN USULUDDIN
KUMPULAN 39
DR.MOHD SYUKRI ZAINAL ABIDIN
PERANAN PENYUCIAN JIWA DALAM
KALANGAN PELAJAR
AHLI KUMPULAN NUR WARISYA BINTI ZAID
U2100269/2
TENGKU NUR AISYAH ASYIKIN
BINTI TENGKU AHMAD AKMAN FARAH FIRZANAH BINTI
REFIZAN
U2100275/2
U2102408/2
NUR JUWAIRIYAH BINTI SAUDI
U2100263/2
ISI KANDUNGAN 04 LANGKAH - LANGKAH
PENYUCIAN JIWA
01 PENDAHULUAN
05 KEPENTINGAN PENYUCIAN
02 DEFINISI PENYUCIAN JIWA JIWA
03 PERANAN PENYUCIAN
06 KESIMPULAN
JIWA
PENDAHULUAN
Pengaruh globalisasi sejak kebelakangan ini memberi kesan kepada semua
aspek masyarakat dan membuka setiap ruang hidup tanpa sekatan hasil
daripada perkembangan dunia barat. Fenomena ini dipercayai mampu
mengubah sikap, kepercayaan dan gaya hidup khususnya dalam kalangan
remaja yang majoriti daripada mereka merupakan golongan pelajar.
Keadaan ini menimbulkan cabaran pemikiran, khususnya bagi umat Islam
moden. Akibat daripada keterbukaan tanpa batasan ini telah membawa
banyak kesan sosial dan budaya yang memudaratkan kepada murid. Pelajar
adalah aset yang penting dan asas kepada agama dan negara, maka gejala
ini haruslah dibendung dan dicegah dari awal. Oleh hal yang demikian ,
mereka sepatutnya didedahkan dengan tazkiyah an-nafs, iaitu amalan
penyucian jiwa dalam Islam.
- Perbahasan mengenai penyucian jiwa akan menghubungkannya dengan persoalan akhlak. Kedua-dua
Al-Qur'an dan Hadis menggunakan perkataan akhlak atau khuluq.
D
- Ibn Miskawayh mentakrifkan akhlak dari aspek istilah sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa yang
E menyebabkan pemiliknya bertindak tanpa memberi sebarang pemikiran atau pertimbangan.
Dari sudut bahasa:tazkiyah bermaksud penyucian, pembersihan, dan penyuburan diri di samping
F penyingkiran semua bentuk perkembangan yang tidak diingini dan segala perkara negatif. Tazkiyah,
seperti yang digunakan dalam konteks tasawuf, merujuk kepada suci daripada sifat keji dalam diri dan
kezaliman lahiriyah. Dalam erti kata lain, tazkiyah al-nafs melibatkan dua proses utama yang dikenali
I sebagai al-takhalli ( )التخ يلdan al-tahalli ()التحلي.
N Al-takhalli bermaksud membersihkan diri daripada sifat-sifat yang tercela kerana ia adalah najis
maknawi yang dapat menjadi penghalang untuk sampai kepada Allah yang Quddus.
I At-tahalli pula bermaksud menghiasi jiwa dengan akhlak-akhlak yang mulia seperti apa yang telah
dituntut oleh Islam. Menurut Al-Tusi, beliau menegaskan bahawa al-takhalli ialah mengikut golongan
S sodiqin sama ada dari segi ucapan atau perbuatan zahirnya.
Jiwa yang dikenali sebagai nafs dalam bahasa Arab boleh dianggap sebagai zat halus yang
I menggerakkan dan memberi kekuatan kepada kehidupan, perasaan, dan keinginan yang wujud dalam
tubuh manusia. Berkenaan dengan perkara ini, Allah Taala telah berfirman dalam Al-Quran : "Ketahuilah!
Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terdapat di dalam jiwa kamu (anfusikum), maka hendaklah
kamu berhati-hati.
PERANAN PENYUCIAN JIWA
Perasaan ubudiyyah yang sudah ada dalam diri manusia akan dipupuk oleh jiwa yang suci dan bersih, dan ini juga akan menanamkan rasa
bahawa Tuhan itu wujud dan haruslah seorang hamba menyembah-Nya. Jiwa yang bersih juga akan memperlengkapi dirinya dengan
segala hukum dan ketetapan Allah SWT, dan menghalang mereka daripada menyimpang dari jalan yang benar. Di samping membimbing
dan menyedarkan manusia dalam melaksanakan amalan yang boleh mendatangkan kebaikan dan menjauhkan segala keburukan dan
kemungkaran, setiap tingkah laku, ucapan, dan tindakan seseorang individu tersebut akan sesuai dengan ajaran Islam yang agung. Secara
tidak langsung, penyucian jiwa boleh memberi galakan kepada orang ramai supaya berterusan dalam melakukan amal kebaikan mereka
dan meninggalkan segala kejahatan agar dapat memperoleh kehidupan yang baik di akhirat.
Selain itu, jiwa yang bersih juga dapat melahirkan insan yang beriman kepada qada, qadar, dan hari pembalasan. Setiap manusia akan
mengalami kebahagiaan, kegembiraan, dan kedamaian hasil daripada memiliki iman ini kerana mereka reda dengan apa sahaja yang
mereka lalui sama ada kesenangan mahupun kesusahan, dan mereka yakin bahawa mereka akan diberikan balasan yang setimpal
terhadap setiap perbuatan yang dilakukan oleh mereka semasa berada di dunia.
Pada masa yang sama, jiwa yang bersih setelah melakukan tazkiyatun nafs ataupun penyucian jiwa memainkan peranan untuk
mendapatkan keutuhan jiwa yang sentiasa berasa aman, tenteram dan damai. Mereka mampu menerima segala bentuk ujian dan dugaan
dalam hidup. Secara umumnya, mereka yang sering mengalami kesusahan dan ditimpa pelbagai ujian hidup kebiasaannya mengharapkan
pertolongan untuk menyelesaikan masalah-masalah mereka. Perkara ini dapat dicapai melalui kekuatan jiwa hasil daripada proses
tazkiyatun nafs ini sekaligus mampu menghindari seseorang daripada menghadapi masalah kesihatan mental yang lain.
LANGKAH PENYUCIAN JIWA
Menjaga adab dan akhlak
Jiwa yang suci juga dapat diperoleh dengan menjaga adab dan akhlak
pada setiap masa. Sebagai contoh, seseorang hendaklah berhati-hati
dalam percakapan seharian dan sentiasa berusaha menjaga tingkah laku
semasa berinteraksi dengan orang lain. Melalui penjagaan adab yang
sempurna, kita akan dapat menyucikan jiwa daripada terlibat dengan
perbuatan yang mendatangkan dosa seperti mengumpat dan
merendahkan orang lain
Melaksanakan perkara yang wajib
Perkara – perkara wajib seperti mendirikan solat lima waktu, berpuasa di
bulan Ramadhan, dan menunaikan zakat merupakan salah satu langkah
untuk menyucikan jiwa. Seseorang individu hendaklah berusaha untuk
memperbaiki solatnya dari semasa ke semasa kerana melalui solat,
seseorang dapat mencegah dirinya daripada terlibat dengan
kemungkaran.
LANGKAH PENYUCIAN JIWA
Menambahkan kesungguhan untuk Meninggalkan perkara yang haram dan
melaksanakan perkara yang sunat syubhat
Seseorang individu hendaklah berusaha untuk Penyucian jiwa juga dapat dilakukan dengan
melaksanakan amalan-amalan sunat dalam meninggalkan perkara yang haram seperti riba,
kehidupan seharian mereka seperti minum arak dan menyebarkan fitnah. Pada
melakukan solat sunat tahajud atau dhuha masa yang sama, perkara-perkara syubhat juga
dan melazimi zikir harian. Amalan-amalan ini hendaklah ditinggalkan seperti makan makanan
dapat membantu dalam tazkiyatun nafs.
yang tidak pasti status halalnya.
Pergaulan dengan orang solihin مجالسة الصالح ني
Berjumpa dan bergaul dengan orang yang baik dan soleh dapat menyucikan jiwa
seseorang muslim tersebut. Hal ini kerana, sekiranya seseorang muslim itu memilih
untuk bergaul dengan teman yang soleh, temannya itu dapat sentiasa mengingatkan
mengenai agama dan memberi perkongsian-perkongsian yang dapat membantu
seseorang itu untuk lebih memahami dan mendalami Islam. Hal ini dapat membantu
mereka dalam menyucikan diri.
KEPENTINGAN PENYUCIAN JIWA
1. penyucian jiwa merupakan salah satu diantara tugas Rasulullah saw diutus kepada
umatnya.
Tugas Rasulullah saw ada tiga:
- Pertama, tilawatul Ayat: membacakan ayat-ayat Al-Qur’an.
- Kedua, tazkiyatun nafs: menyucikan jiwa.
- ketiga, ta’limul kitaab wal hikmah: mengajarkan kitabullah dan hikmah. Jelaslah bahwa
salah satu diantara tiga tugas Rasulullah saw adalah tazkiyatun nafs “menyucikan jiwa”.
Tazkiyatun nafs itu sendiri identik dengan penyempurnaan akhlaq, yang dalam hal ini
Rasulullah saw bersabda tentang misi beliau diutus:
(Sesungguhnya aku ini diutuنقsِ لhََaخnلأyاaِر َنمuكاnَ مtَ uمkتمmلأeتnyع َثeِ بmُ ماpَ َّنu ِإrnakan akhlaq yang mulia).
KEPENTINGAN PENYUCIAN JIWA
2. penyucian jiwa merupakan sebab keberuntungan (al-falah). Dan ini ditegaskan oleh Allah SWT setelah bersumpah 11 kali
secara berturut-turut, yang tidaklah Allah bersumpah sebanyak ini secara berturut-turut kecuali hanya di satu tempat iaitu
dalam QS: asy syams:1-10
( َوال َّش ْم ِنس َو ُض َحا َها1) ( َوا ْل َق َم ِرن ِإ َذا َت ََل َها2) ُ(ج َوواَلرَّنَ َههاا َِرنو َتِإْ َقذَاوا ََهج َّاَل َها3()ُف8ْ(دن َ َأواْفل ََّلل َْينحِنل َ ِمإ َْذننا ََيزَّكْاغ ََهشاا َ)ها4() َق9 َ( َخواالَ َّبنس َ َمماْ ِنننء ََدو ََّمساا َبَ َهناا َه)ا5 َ(هَاو َق ْ)ند1حا0َ ( َوا ْل َأ ْر ِنض َو َما َ)ط6) ( َو َن ْفسن َو َما َس َّوا َها7) َف َأ ْل َه َم َها
“Demi matahari dan cahayanya di pagi hari, dan bulan apabila mengiringinya, dan siang apabila menampakkannya, dan
malam apabila menutupinya, dan langit serta pembinaannya, dan bumi serta penghamparannya, dan jiwa serta
penyempurnaannya (ciptaannya). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (potensi) kefasikan dan ketakwaannya.
Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.”
3. perumpamaan tazkiyatun nafs adalah seperti membersihkan dan mengisi gelas. Jika gelas kita kotor,
meskipun diisi dengan air yang bening, airnya akan berubah menjadi kotor. Dan meskipun diisi dengan
minuman yang lezat, tidak akan ada yang mau minum karena kotor. Tetapi jika gelasnya bersih, diisi
dengan air yang bening akan tetap bening. Bahkan bisa diisi dengan minuman apa saja yang baik-baik: teh,
sirup, jus, dan sebagainya.Demikian pula dengan jiwa kita. Jika jiwa kita bersih, siap menampung kebaikan-
kebaikan. Tetapi jika jiwa kita kotor, tidak siap menampung kebaikan-kebaikan sebagaimana gelas kotor
yang tidak siap diisi dengan minuman yang baik dan lazat.
.
KESIMPULAN
Matlamat penyucian jiwa (tazkiyah al-nafs) adalah untuk membebaskan jiwa manusia
daripada sifat-sifat negatif (akhlak al madzmumah) dan menerapkan sifat-sifat positif
(akhlaq al-karimah) melalui ibadah yang ikhlas kepada Allah selaras dengan syariat.
Penyucian dan pertumbuhan jiwa manusia untuk menjadikannya berakhlak mulia menjadi
fokus tazkiyah al-nafs. Objektif tazkiyah al-nafs adalah untuk membolehkan orang-orang
yang beriman, bertaqwa, dan berakhlak mulia menunaikan tugasan mereka sebagai
Abdullah dan Khalifatullah serta melalui proses pembersihan dan penyembuhan jiwa
(tazkiyah al -nafs). Ini kerana jiwa seseorang akan lebih mudah menyerap, memahami, dan
mengamalkan ajaran Islam apabila berada dalam keadaan bersih, suci dan sihat. Pada masa
yang sama, seseorang individu itu juga akan lebih mudah menerima bimbingan dan nasihat
daripada para pendidik untuk mencapai objektif mereka sebagai Abdullah dan Khalifatullah.
RUJUKAN:
PERANAN PENYUCIAN JIWA (TAZKIYAH AL-ANFUS) TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN DALAM MASYARAKAT BERTAMADUN
- Jabatan Mufti Negeri Sembilan. (2019, April 19). https://muftins.gov.my/2019/04/19/peranan-penyucian-jiwa-tazkiyah-al-
anfus-terhadap-pembangunan-insan-dalam-masyarakat-bertamadun/
TAZKIYAH AL-NAFS DALAM ILMU TASAWUF - Jabatan Mufti Negeri Sembilan. (2019, April 19).
https://muftins.gov.my/2019/04/19/tazkiyah-al-nafs-dalam-ilmu-tasawuf/
Makna dan Pentingnya Tazkiyatun Nafs. (n.d.). Menaraislam.com. Retrieved December 19, 2022, from
http://menaraislam.com/akhlaq/makna-dan-pentingnya-tazkiyatun-nafs
cintarindurasul: Tazkiyatun Nafs Menurut Islam. (2014). Cintarindurasul.
http://cintarindurasul.blogspot.com/2014/05/tazkiyatun-nafs-menurut-islam.html
Zarrina Sa'ari, C., Basirah, S., Muhsin, S., Sa'ari, C., Madya, P., Akidah, J., Islam, P., Usuluddin, M., Kedoktoran, I., & Islam, A.
(2012). Cadangan Model Psikoterapi Remaja Islam Berasaskan Konsep Tazkiyah al-Nafs. Jurnal Usuluddin (Julai -Disember,
36, 49–74)
KONSEP TAZKIYATUN NAFS DALAM KITAB IHYA ULUMUDDIN KARYA IMAM AL-GHAZALI SKRIPSI - PDF Free Download. (n.d.).
Adoc.pub. Retrieved December 19, 2022, from https://adoc.pub/download/konsep-tazkiyatun-nafs-dalam-kitab-ihya-
ulumuddin-karya-imam.html
SEKIAN,
TERIMA KASIH