BAHAN SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI (BSPK) BAHASA MELAYU KERTAS 2 BAHAGIAN C: RUMUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2021 cikgusazali™
FORMAT cikgusazali
cikgusazali
PANDUAN UMUM RUMUSAN 1. Petikan mempunyai tidak kurang daripada dua fokus. 2. Bahan rumusan terdiri daripada sekurang-kurangnya dua bahan daripada sumber yang berbeza (contoh : petikan prosa, puisi, dan grafik) tetapi mempunyai tema yang sama. 3. Tugasan tidak dinyatakan dalam arahan soalan. 4. Calon perlu mengenal pasti SEMUA fokus yang terdapat dalam semua bahan. 5. Markah keseluruhan isi ialah 20 markah. (pendahuluan : 2 markah, isi : 16 markah, kesimpulan : 2 markah) 6. Calon perlu mengemukakan 8 isi lengkap (Isi wajib diambil daripada setiap bahan dan menyentuh setiap fokus) 7. Markah bahasa dinilai secara holistik 10 markah. (cemerlang 8-10, baik 5-7, sederhana 3-4, lemah 1-2) 8. Rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan 9. Kesimpulan perlu berdasarkan tema bahan. 10. Jawapan hendaklah ditulis dalam bentuk esei PENDAHULUAN 2 FOKUS • Rumusan membincangkan ___fokus 1___dan __fokus 2____. (2 markah) • Rumusan membincangkan ___fokus 1___. (1 markah) PENDAHULUAN 3 FOKUS • Rumusan membincangkan ______fokus 1__,fokus 2___dan __fokus 3___. (2 markah) • Rumusan membincangkan ___fokus 1___dan ___fokus 2___. (1 markah) Penutup Rumusan 1. 2 markah 2. Terdiri daripada tema, cadangan, kesan 3. 1 ayat sahaja cikgusazali
cikgusazali BILANGAN ISI DALAM BAHAN BILANGAN ISI DITULIS OLEH CALON BILANGAN ISI DITERIMA BAHAN 1 Fokus 1 (Usaha – 2 isi) 2 2/1/0 Fokus 2 (Peranan – 6 isi) 6 5/6 BAHAN 2 Fokus 1 (Usaha – 4 isi) 2 1 / 2 JUMLAH (Kombinasi setiap bahan) 8 PENGIRAAN ISI: CONTOH 1 (JIKA 2 FOKUS)
Bahan 1 FOKUS Kejayaan sesebuah bangsa atau negara itu diukur dari pelbagai aspek termasuklah politik, ekonomi dan sosial. Ketiga-tiga aspek ini menjadi kayu ukur utama dalam menilai kemunduran dan kemajuan sesebuah bangsa atau negara. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggariskan nilai-nilai hidup seperti rajin, amanah, berdisiplin dan bertanggungjawab perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat untuk membentuk negara yang berjaya dan dihormati dunia. Pada hakikatnya nilai-nilai murni ini perlu diterapkan dalam diri rakyat Malaysia dengan menyedarkan ibu bapa tentang pentingnya memupuk nilai-nilai murni dalam diri anak-anak semasa mereka masih kecil. Ibu bapa perlu sentiasa mengajar mereka tentang pentingnya kerajinan, berdisiplin dan bertanggungjawab. Usaha yang seterusnya ialah kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran kepentingan nilai murni kepada masyarakat. Langkah ini boleh dilakukan sama ada di desa mahupun di bandar-bandar besar yang sedang mengalami proses pembangunan. Kempen ini haruslah dilakukan secara berterusan dan tidak sekadar hangat-hangat tahi ayam. Sebagaimana yang kita ketahui, mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan dapat memajukan negara. Hal ini terjadi kerana setiap rakyat tekun bekerja dan mempunyai sifat amanah yang tinggi dalam diri mereka ketika melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh, setiap pekerja di Malaysia hadir ke tempat kerja pada waktu yang ditetapkan. Secara tidak langsung produktiviti sesebuah syarikat akan meningkat. Pengamalan nilai murni juga dapat mengeratkan perpaduan masyarakat majmuk di negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat Malaysia saling menghormati dan menjaga hubungan baik antara satu sama lain. Selain itu, jika diteliti dengan lebih mendalam, mengamalkan nilai murni akan dapat mengekalkan kestabilan politik dalam negara Malaysia. Dapat melahirkan insan yang berakhlak mulia juga merupakan impak masyarakat mempraktikkan nilai murni dalam kehidupan. Insan yang berakhlak mulia ini telah berjaya mengimbangkan nilai-nilai murni dalam semua aspek kehidupan iaitu aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi Guru-guru, pihak kerajaan dan ibu bapa perlu sama-sama menggalas tanggungjawab dalam menerapkan nilai-nilai hidup tersebut untuk memastikan sebuah bangsa Malaysia yang berjaya dalam semua aspek dapat direalisasikan. FOKUS 1 : Usaha-usaha / langkahlangkah / cara-cara / tindakan-tindakan menerapkan nilai- nilai murni dalam kalangan masyarakat. i. menyedarkan ibu bapa tentang pentingnya memupuk nilai-nilai murni dalam diri anak-anak semasa mereka masih kecil. [2m] ii. kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat. [2m] FOKUS 2 : Kepentingan mengamalkan nilainilai murni dalam kehidupan. i. memajukan negara. [2m] ii. mengeratkan perpaduan masyarakat majmuk di negara kita. [2m] iii. mengekalkan kestabilan politik dalam negara Malaysia. [2m] iv. melahirkan insan yang berakhlak mulia [2m] cikgusazali Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 2 FOKUS FOKUS 1 : Usaha-usaha / langkah-langkah / cara-cara / tindakantindakan menerapkan nilai- nilai murni dalam kalangan masyarakat. BAHAN 2 (Grafik) i. murid diterapkan nilai yang bersesuaian semasa sesi PdP. [2m] ii. murid perlu menzahirkan amalan nilai murni dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. [2m] iii. guru memberi penghargaan kepada murid dan memberi penghargaan sesama rakan. [2m] iv. guru mengadakan program untuk menggalakkan penghayatan dan amalan nilai murni. [2m] cikgusazali Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
FOKUS 1 Usaha-usaha / langkah-langkah / cara-cara / tindakantindakan menerapkan nilai- nilai murni dalam kalangan masyarakat. FOKUS 2 Kepentingan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. BAHAN 1 (Petikan) i. menyedarkan ibu bapa tentang pentingnya memupuk nilai-nilai murni dalam diri anak-anak semasa mereka masih kecil. [2m] ii. kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat. [2m] BAHAN 2 (Grafik) i. murid diterapkan nilai yang bersesuaian semasa sesi PdP. [2m] ii. murid perlu menzahirkan amalan nilai murni dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. [2m] iii. guru memberi penghargaan kepada murid dan memberi penghargaan sesama rakan. [2m] iv. guru mengadakan program untuk menggalakkan penghayatan dan amalan nilai murni. [2m] BAHAN 1 (Petikan) i. memajukan negara. [2m] ii. mengeratkan perpaduan masyarakat majmuk di negara kita. [2m] iii. mengekalkan kestabilan politik dalam negara Malaysia. [2m] iv. melahirkan insan yang berakhlak mulia [2m] cikgusazali Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
PENDAHULUAN: Rumusan membincangkan FOKUS 1 dan FOKUS 2 Rumusan membincangkan usaha-usaha menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat dan kepentingan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. FOKUS 1: USAHA (PETIKAN:2) (GRAFIK: 3) Antara usaha tersebut ialah menyedarkan ibu bapa tentang pentingnya memupuk nilainilai murni dalam diri anak-anak semasa mereka masih kecil. Di samping itu, kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat. Murid diterapkan nilai yang bersesuaian semasa sesi PdP. Murid perlu menzahirkan amalan nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Guru memberi penghargaan kepada murid dan memberi penghargaan sesama rakan. FOKUS 2: KEPENTINGAN (PETIKAN:3) Kepentingan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan ialah mengeratkan perpaduan masyarakat majmuk di negara kita dan mengekalkan kestabilan politik dalam negara Malaysia. Nilai-nilai murni melahirkan insan yang berakhlak mulia. KESIMPULAN: SARANAN DAN HARAPAN Kesimpulannya, semua pihak perlu berusaha untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat supaya lahirnya generasi yang cemerlang dan terbilang. 120 patah perkataan cikgusazali
CADANGAN JAWAPAN: Rumusan membincangkan usaha-usaha menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat dan kepentingan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Antara usaha tersebut ialah menyedarkan ibu bapa tentang pentingnya memupuk nilai-nilai murni dalam diri anak-anak semasa mereka masih kecil. Di samping itu, kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat. Murid diterapkan nilai yang bersesuaian semasa sesi PdP. Murid perlu menzahirkan amalan nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Guru memberi penghargaan kepada murid dan memberi penghargaan sesama rakan. Kepentingan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan ialah mengeratkan perpaduan masyarakat majmuk di negara kita dan mengekalkan kestabilan politik dalam negara Malaysia. Nilainilai murni melahirkan insan yang berakhlak mulia. Kesimpulannya, semua pihak perlu berusaha untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat supaya lahirnya generasi yang cemerlang dan terbilang. 120 patah perkataan cikgusazali
cikgusazali BILANGAN ISI DALAM BAHAN BILANGAN ISI DITULIS OLEH CALON BILANGAN ISI DITERIMA BAHAN 1 Fokus 1 (Langkah – 6 isi) 6 5 Fokus 2 (Punca – 2 isi) 1 1 / 0 BAHAN 2 Fokus 1 (Langkah – 2 isi) 1 1 BAHAN 3 Fokus 3 (Kesan – 3 isi) 2 1 / 2 JUMLAH (Kombinasi setiap bahan) 8 PENGIRAAN ISI: CONTOH 2 (JIKA 3 FOKUS)