Sekolah Kebangsaan Kitobu Peti Surat 175, 89357 Inanam, Kota Kinabalu, Sabah.
1.0 PENGENALAN Program Transisi Murid Tahun 1 adalah satu program untuk melatih dan membimbing murid baharu menerima sistem pendidikan formal sekolah rendah. Melalui program ini, murid-murid telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan kemahiran yang diperlukan. Selain itu, penerapan nilai dan kemahiran yang dirancang sepanjang 4 minggu perjalanan program mampu menarik minat dan kesungguhan murid untuk terus hadir serta sayangkan sekolah dan seterusnya meningkatkan keinginan untuk terus mahu belajar bersama rakan- rakan di kelas. Sepanjang 4 minggu, murid-murid Tahun 1 telah menjalankan proses pembelajaran yang melibatkan peningkatan kemahiran asas dan gerak kerja berkumpulan. Ini kerana, melalui aktiviti yang dijalankan, murid dapat menanam nilai kerjasama dan meningkatkan hubungan mesra diantara murid, guru dan kakitangan sekolah. 2.0 OBJEKTIF 1. Membantu murid menyesuaikan diri di alam persekolahan. 2. Memupuk semangat kerjasama dan hubungan mesra di antara murid dan guru- guru Tahun 1. 3. Memberi ruang kepada murid-murid baharu menunjukkan bakat dan kemahiran dan meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan murid.
3.0 MAKLUMAT PROGRAM 3.1 Nama Program : Majlis Penutupan Program Transisi Tahun 1 Sesi 2024/2025 3.2 Tarikh : 05 April 2024 (Jumaat) 3.3 Masa : 10.00 – 11.30 pagi 3.4 Tempat : Anjung Tadbir SK Kitobu, Kota Kinabalu 3.5 Sasaran : Semua murid Tahun 1 Guru Tahun 1 4.0 TENTATIF MAJLIS PENUTUPAN MASA AKTIVITI/ PELAKSANAAN 7.00 – 7.30 pagi - Aktiviti fizikal 7.30 – 9.30 pagi - Pengurusan kelas - Persiapan tempat - Pengurusan murid (Persiapan murid untuk persembahan) 9.30 – 10.00 pagi - Rehat - Ketibaan ibu bapa / penjaga 10.00 - 10.20 pagi - Bacaan doa - Ucapan guru besar - Ucapan wakil murid 10.20 – 10.40 pagi - Persembahan murid 10. 40 – 11.00 pagi - Penyampaian hadiah - Sesi fotografi 11.15 pagi - Lawatan ke tapak pameran PBL 11.30 pagi - Bersurai
5.0 JAWATANKUASA MAJLIS PENUTUP PRORAM TRANSISI TAHUN 1 SESI 2024/2025 BIL. NAMA/ JAWATAN TUGAS/ SKOP KERJA 1. Pengerusi Pn. Alice Ann Kian Perasmi 2. Timbalan Pengerusi Pn. Marianah Maralang @ Zulkifli Naib Pengerusi 1 Pn. Doreen Patrick Sen Soi @ Nursyahana Naib Pengerusi 2 En. Mastal @ Azri Sukudan Memantau program berjalan lancar 3. Penyelaras Transisi Pn. Petronella Tan - Menyediakan kertas kerja - Merancang dan menyelaras perjalanan program - Memastikan program berjalan mengikut ketetapan - Menyediakan laporan aktiviti 4. Buku Program Pn. Petronella Tan - Menyediakan buku program 5. Dokumentasi dan Montaj En. Timothy Goliwot - Mengambil gambar sepanjang program - Merakamkan video sepanjang program berlangsung - Mengumpulkan semua bahan serta gambar untuk dijadikan laporan dan dokumentasi. 8. Pengacara majlis Pn. Raihanah Athirah Binti Mat Razali - Menyediakan teks pengacara majlis dan memastikan majlis berjalan lancar 9. Bacaan Doa En. Mohd Amin Adlan Bin Roselan - Membaca doa agar majlis berjalan dengan lancar
10. Hadiah dan Sijil Pn. Syra A. Innocent - Menyediakan sijil murid-murid - Menyusun atur hadiah, sijil dan cenderahati semasa majlis 11. Perhiasan dan Persiapan Tempat Pn. Mislia Zaiton En. Alpinni Husin Kakitangan Pembersihan - Memastikan susun atur tempat kemas dan teratur - Memastikan perhiasan tempat untuk kegunaan majlis - Menyediakan ruangan untuk pameran hasil PBL murid. 12. Pameran Hasil PBL Semua Guru Mata Pelajaran Tahun 1 - Memastikan semua hasil PBL murid dikumpul - Menyusun atur bahan pameran PBL - Menyediakan label pameran 13. Siaraya En. Fidelis Takion - Menyediakan peralatan teknikal untuk kegunaan majlis - Memainkan Lagu Negaraku, Lagu Sabah Tanah Airku, Lagu Sekolah dan Lagu Kami Murid Baru - Memainkan tayangan video dan montaj 14. Kawalan Murid En. Mohd Amin Adlan Bin Roselan - Pengurusan murid sepanjang majlis - Mengawal disiplin murid
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH (RM) 1. Trofi Murid Terbaik Program Transisi (Lelaki) Alat Tulis 1 buah X RM15 RM 15.00 2. Trofi Murid Terbaik Program Transisi (Perempuan) Alat Tulis 1 buah X RM15 RM 15.00 3. Trofi Murid Berbakat Program Transisi Alat Tulis 1 buah X RM15 RM 15.00 4, Trofi Murid Proaktif Program Transisi Alat Tulis 1 buah X RM15 RM 15.00 5. Trofi Murid Bersahsiah Baik Program Transisi Alat Tulis 1 buah X RM15 RM 15.00 6. Saguhati (Alat tulis) 28 buah x RM5.00 RM 140.00 7. Tempat Pertama PPKI (Alat tulis) 1 buah X RM30 RM30.00 8. Tempat Kedua PPKI (Alat tulis) 1 buah X RM25 RM25.00 9. Tempat Ketiga PPKI (Alat tulis) 1 buah X RM22 RM20.00 JUMLAH RM 290.00
7.0 IMPAK PELAKSANAAN Melalui majlis penutupan ini, diharapkan dapat memberi galakan dalam penglibatan dan menambah minat murid untuk mengikuti setiap program yang akan dijalankan pada masa akan datang. Selain itu, dapat memberi penghargaan kepada murid atas usaha yang mereka berikan sepanjang program. Seterusnya dapat menerapkan sikap rajin dalam kalangan murid Tahun 1 untuk mereka meneruskan pembelajaran pada tahun-tahun yang akan datang.
8.0 PENUTUP Diharapkan majlis penutupan untuk Program Transisi Tahun Satu sesi 2024/2025 ini akan dapat dijalankan dengan lancar. Semoga dengan adanya majlis penutupan ini, murid-murid Tahun Satu dapat diraikan dan majlis ini turut dijadikan sebagai tanda kenang-kenangan bagi Program Transisi Tahun Satu sesi 2024/2025. Kerjasama daripada semua pihak yang terlibat didahului dengan ucapan terima kasih. DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH: PN. PETRONELLA TAN PENYELARAS PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU SESI 2024/2025 SK KITOBU, KOTA KINABALU PN. MARIANAH MARALANG @ ZULKIFLI GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SK. KITOBU, KOTA KINABALU DISAHKAN OLEH: PN. ALICE ANN KIAN GURU BESAR SK KITOBU, KOTA KINABALU