1932-2022
JEJAK
KAMPUNG SEROM 6
84410, TANGKAK, JOHOR DARUL TAKZIM
JBA 9010
SEJARAH PEMBINAAN
Bangunan sekolah kebangsaan Serom 6, Muar, Johor mula dibuka pada tahun 1932 oleh orang-orang
kampung dengan diketuai oleh Tuan Haji Abd. Azizi Bin Hj Suhud, ketua kampung Serom 6 ketika itu.
Bangunan asal sekolah ini dibina daripada kayu mentagur berlantaikan dan berdinding papan serta
beratapkan zing yang dibeli daripada salah seorang penduduk kampung ini iaitu, Encik Jasmin Bin Haji
Sidek. Sekolah ini terletak di tanah Encik Jasmin tanpa dikenakan bayaran sewa. Oleh kerana halaman
rumah tersebut tidak luas, beliau membenarkan beberapa batang pokok getah ditebang untuk meluaskan
lagi kawasan padang. Murid-murid sekolah ini pada masa itu datangnya dari kampung Serom 6, Serom 5,
Serom 8 dan beberapa orang murid dari kampung Parit Pulai.
Pada tahun 1951, murid-murid semakin bertambah hasil usaha dan dorongan ketua kampung dan ahli-ahli
jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung serta mendapatkan sokongan sepenuhnya daripada
penduduk kampung Serom 6 dan kampung-kampung berhampiran.Bangunan yang asalnya 20kaki x 20 kaki
persegi diperbesarkan kepada 20 kaki x 40 kaki persegi. Ini adalah hasil daripada pungutan yuran dan
sumbangan daripada orang-orang kampung.
Pada tahun 152, sekolah ini mendapat bantuan kerajaan dan pada tahun yang sama juga ia diserahkan kepada
kerajaan untuk mentadbirkannya. Pihak kerajaan bersetuju menerima dan mengakuinya serta menamakan
sekolah berkenaan kepada Sekolah Rakyat Kampung Serom 6 Muar. Dengan menerima bantuan sepenuhnya
daripada kerajaan bengunan sekolah diperbaiki dengan mengganti simen lantai, menggantikan dinding-
dinding papan dan atap zing yang telah rosak.
Pada ahun 1960, orang-orang kampung berusaha untuk mendapatkan sebidang tanah untuk tapak bangunan
sekolah berkenaan dan mereka bersatuju untuk menghulurkan yuran bagi membeli sebidang tanah daripada
seorang warga berbangsa cina seluas 1 ekar 2 red dan 15 pele dengan harga $2.000 dan diwakafkan kepada
kerajaan pada 23 Mei 160 untuk didirikan sekolah. Setelah beberapa tahun, bangunan sekolah yang asal
digunakan ianya semakin usang. Maka kerajaan telah berusaha untuk cuba mendirikan sebuah sekolah yang
baru. Pada 7 Oktober 1972 dan ianya dibuka secara rasminya oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Othman Bin Mat
Saat, Menteri Besar Johor ketika itu.
Pada tahun 1982, kerajaan telah Kemudian infrastruktur sekolah ini
bertambah satu lagi pada tahun
membina sebuah bangunan pusat 1991 apabila kerajaan meluluskan
serba guna yang juga merupakan untuk menurap jalan darpada jalan
pusat sumber sekolah . Di dalam berbatu merah kepada jalan bertar.
pusat ini, terdapat beberapa buah Kesemua projek pembinaan dan
rak hasil gotong-royong antara pihak pembangunan dan kemudahan
sekolah dengan persatuan ibu bapa infrastruktur adalah hasil usaha dan
dan guru, Sekolah Kebangsaan kerjasama antara pihak sekolah,
Serom 6, yang selebihnya adalah persatuan ibu bapa dan guru, ketua
sumbangan daripada Pejabat kampung, ahli jawatankuasa
Pendidikan Daerah. Daripada usaha kemajuan dan keelamatan
gotong royong ini juga dapat kampung, penduduk kampung
meringankan beban pihak sekolah Serom 6 dan kampung-kampung
yang masih kekurangan rak-rak buku berhamporan serta wakil rakyat
kerana buku-buku dan peralatan lain kawasan tersebut.
semankin hari semankin bertambah
Pada tahun 1990, kerajaan juga
telah berusaha membina sebuah
kantin sekolah hasil permintaan
pihak sekolah setelah difikirkan
bahawa masalah tempat murid -
murid berehat semasa waktu rehat.
Kerajaan juga telah membina
sebuah perigi untuk menampung
kekurangan bekalan air terutama
semasa musim kemarau.
PENGUFRIZUIKSAALN&SBEIKLIOKLDAAHRJAH
Pengurusan Fizikal Sekolah Kebangsaan Serom 6 diketuai oleh guru besar, Tuan Haji Abd. Jalil dan dibantu oleh empat
orang guru, seorang tukang kebun, seorang jaga/ pengawal keselamatan serta mendapat kerjasama persatuan ibu bapa
dan guru sekolah ini. Beberapa program telah diatur untuk menguruskan fizikal sekolah ini, antaranya :
1Penyusunan bilik darjah sesuai dengan kedudukan kelas bercantum iaitu, Tahun: 1 & 2, 3 & 4 serta 5 &
6.
2Pembahagian bilik guru dengan bersebelahan kelas
3Mengindahkan bangunan sekolah, pusat serbaguna atau pusat suber dan bangunan kantin juga
keseluruhan kawasan sekolah.
4 Menambahkan penanaman bunga bagi memenuhi keceriaan sekolah.
5Membersihkan kawasan-kawasan sekolah daripada nyamuk Aedes dan lain-lain bagi menjamin
kesihatan sekolah memuaskan.
6 Memastikan keselamatan bengunan serta harta benda sekolah dan lain-lain lagi.
Namun begitu sekolah juga menghadapi masalah pentadbiran yang menyebabkan projek yang telah dirancang
menghadapi kelewatan. Selain itu, masalah kewangan yang dihadapi juga menyebabkan kehilangan tenaga kerja utama
bagi menggerakkan aktiviti sekolah, sehingga terpaksa menggunakan wang gaji guru.
Walau bagaimanapun pihak sekolah tidak berputus asa mencari, mengatur dan melaksanakan apa yang telah
dirancangkan melalui program tahunan.
Manakala, di dalam pengurusan fizikal bilik darjah pula, pihak sekolah telah mengambil kira beberapa aspek
bagi menentukan kesemua bilik darjah sentiasa dalam keadaan kemas, teratur dan dapat digunakan dengan
baik secara keseluruhan. Beberapa ciri pengurusan fizikal bilik darjah telah ditentukan, antaranya:
Menentukan setiap bilik Ciri Memastikan wujud tiga
darjah mempunyai sudut Pengurusan kumpulan murid yang tidak
Fizikal Bilik
pembelajaran. sama kebolehan dalam
Memastikan alat, bahan, Darjah setiap tahun atau kelas.
carta dan embaran kerja Memastikan susunan meja
murid mengikut kumpulan iaitu,
murid terbaik yang kumpulan cerdas, kumpulan
dipamerkan sentiasa sederhana dan kumpulan
bertukar pada setiap
lemah.
minggu.
Selain daripada ciri-ciri tersebut, keceriaan dan keindahan bilik darjah juga akan diberikan perhatian agar
menjadikan Sekolah Kebangsaan Serom 6 menjadi sebuah sekolah yang selesa, maju dan berupaya untuk
terus bernafas berpandukan prinsip,
“USAHA BUKAN KATA”.
Citra
SKSEROM6
2004
Citra
SKSERO20M086
Citra SK SEROM 6 2022
SEK I AN,
Terima Kasih