INSTITUT PERGURUAN KAMPUS DARUL AMAN
EDUP2093
PEDAGOGI
AHLI KUMPULAN
MUHAMMAD FARHAN BIN MAT ABU
FATIMATUL ZAHRAH BIN MD YUSOF
NORZIAH BINTI MOHD LATIF
PENDEKATAN DEDUKTIF DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
❑ Menurut Kamarudin Hj. Husin (2004;178) Pendekatan deduktif bermula sesuatu
atau beberapa rumus,prinsip,hukum,teorem atau peraturan diikuti dengan
aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus.
❑ Ini bermaksud bahawa guru memberikan rumus,prinsip,hukum,teorem, atau
peraturan tertentu kepada murid dan mengajarkannya kepada murid sehingga
murid faham.
❑ Pendekatan ini selaras dengan teori Pembelajaran Gestalt dimana ia
mengatakan pengajaran dijalankan dengan guru mengemukakan generalisasi
diikuti dengan contoh-contoh.
JENIS-JENIS PENDEKATAN DEDUKTIF BERTUJUAN
SEPERTI BERIKUT:
❑ Menyelesaikan masalah: Memahamkan murid tentang sesuatu masalah dan menyelesaikannya dan
boleh digunakan untuk masalah yang lain
Contoh setelah murid mempelajari imbuhan beR- mereka disuruh membuat beberapa ayat dengan
menggunakan imbuhan beR-
❑ Membuat generalisasi baru: Mengajarkan murid tentang sesuatu konsep sehingga mereka menguasai
dan membuat kesimpulan dan tidak lari dari konsep asal.
Contohnya setelah murid mempelajari rumus luas segi empat tepat, mereka dibimbing menggunakan rumus
tersebut untuk mendapatkan rumus luas segi tiga bersudut tegak.
❑ Membuat hipotesis melalui prinsip atau hukum yang telah dipelajari:
Contohnya , setelah murid mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahanatas garis lurus, mereka dibimbing
menggunakan teorem ini untuk membuktikan hasil tambah tiga sudut dalam sebuah segi tiga.
KELEBIHAN PENDEKATAN DEDUKTIF
❑ Cara yang mudah untuk menyampaikan isi pelajaran.
Menjimatkan masa dan tenaga serta tidak perlu membuat banyak persediaan
❑ Pendekatan ini sesuai digunakan kerana secara tradisinya , guru patut
memberikan penerangan sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran.
❑ Dapat mempelbagaikan proses penyelesaian masalah.
❑ Memudahkan pemahaman murid
KELEMAHAN PENDEKATAN
DEDUKTIF
Hanya sesuai untuk pelajar pandai sahaja
Pelajar kurang aktif di dalam kelas
Membosankan dan mengongkong kreativiti murid dalam kelas.