INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN
Nama : MUHAMMAD FARHAN BIN MAT ABU
2021182400042
Angka Giliran : 920304105381
PDPP-KDC / PENDIDIKAN ISLAM RENDAH (3)
No. K/P : PIMK2082R PENTAKSIRA PENDIDIKAN ISLAM
DR. FATAHIYAH BINTI ELIAS
Kump/Unit : 9 DISEMBER 2021
Kod/Nama Kursus :
Nama Pensyarah :
Tarikh Hantar :
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan Pelajar: - Tarikh: 9 DISEMBER 2021
PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah
Tandatangan Tandatangan
Cop Cop
Tarikh Tarikh
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.
Tandatangan Pelajar: - Tarikh: 9 DISEMBER 2021
PENGENALAN
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan bentuk penilaian yang dibina sebelum
sesuatu ujian diadakan yang bertujuan untuk menghasilkan set soalan yang lebih
berkualiti berbanding soalan yang hanya disediakan secara rawak dan langsung tidak
mengikut aras sesuatu bidang dan tahap penguasaan murid. Ia meliputi konstruk yang
ditaksir, pemberatan tiap-tiap konstruk, konteks, pemberatan tiap konteks dan ratio aras
kesukaran yang akan dibina.
Menurut Kubiszyn dan Borich (2003),JSU adalah carta dua hala yang mengaitkan
objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Oleh itu, penggubalan set ujian
mestilah mengikut pelbagai proses dengan terlebih dahulu perlu menyediakan JSU,
membuat ujian rintis dan mengemaskini setiap item ujian tersebut sebelum ujian
sebenar ditadbir. Guru-guru dapat melihat JSU ini sebagai satu panduan bagi menilai
tahap sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pembelajaran dan pengajaran
yang perlu dicapai oleh pelajar.
JSU adalah satu matriks atau carta yang mewakili bilangan item yang hendak diuji
mengikut setiap topik dan aras objektif (Zimmaro,2004). Pembinaan JSU juga dapat
membantu guru mengenalpasti kemahiran dan objektif yang hendak diuji. Melalui
sistem JSU, guru selaku pembina soalan ujian akan merancang topik atau kemahiran
yang hendak diuji dalam item berdasarkan tahap kognitif yang telah dicadangkan dalam
Taksonomi Bloom (Pusat Perkembangan Kokurikulum PPK,2001).
Menurut Szafranski dan Qing (2009) menyatakan bahawa JSU ialah langkah pertama
dalam pembinaan ujian yang menentukan standard kandungan yang hendak diuji dan
bilangan item untuk setiap item tersebut. Jelaslah disini bahawa, dalam penyediaan
JSU, guru perlu menyenaraikan objektif pengajaran, merangka kandungan subjek dan
menyediakan carta dua hala. Dalam penyediaan objektif pengajaran, guru perlu
memastikan senarai ialah hasil pembelajaran yang boleh diukur oleh jenis pentaksiran
bilik darjah (Boon et.al, 2017)
LANGKAH PERTAMA PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN.
Langkah pertama dalam pembinaan JSU ialah menyenaraikan tajuk yang hendak diuji
dan juga masa pengajaran yang telah diberikan. Guru juga perlu merujuk kepada
kandungan yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP). Untuk pembinaan JSU ini, saya telah memilih bidang Sirah dan Hadis tahun 3
dimana setiap bidang mewakili 3 unit sub pengajaran untuk bidang Sirah dan 1 unit sub
pengajaran untuk bidang Hadis.
Jadual 1: Bidang,Tajuk dan Waktu Pengajaran
Bil Bidang Tajuk Masa Mengajar (Jam)
1 Sirah Wahyu Teragung 2
2 Sirah Meneladani Sifat Tabligh 2
3 Sirah Nabi Muhammad S.A.W. dan masyarakat 2
Mekah
4 Hadis Yang Muda Dikasihi Yang Tua Dihormati 3
9
Jumlah
Langkah kedua pembinaan JSU pula melibatkan pembinaan peruntukan markah bagi
soalan yang hendak diuji berdasarkan masa pengajaran dan kepentingannya. Ia
mengambil kira peratusan yang diperolehi dalam markah ini.
Jadual 2 : Pembinaan Peruntukan Markah
Bil Bidang Tajuk Masa Mengajar Peratus Peratus
(Jam) Markah Markah
Muktamad
1 Sirah Wahyu Teragung 2 2 x 100
22.22
9
22.22
2 Sirah Meneladani Sifat Tabligh 2 2 x 100
22.22
9
3 Sirah Nabi Muhammad S.A.W. 2 2 x 100
dan masyarakat Mekah 3 9 33.34
4 Hadis Yang Muda Dikasihi 3 x 100 100
9
Yang Tua Dihormati
Jumlah
Langkah seterusnya ialah penentukan aras kemahiran untuk tajuk mengikut aras
Taksonomi Bloom (semakan semula). Penggubalan item ujian ini haruslah selari
dengan aras Taksonomi Bloom dimana ia mengandungi 6 aras kemahiran yang perlu
diselarikan iaitu kemahiran mengingat,memahami,mengaplikasi,menganalisis, menilai,
dan mencipta. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2005), taksonomi
merupakan bentuk kajian mengenai prinsip,peraturan dan amalan dalan pengelasan
organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma tersebut.
Pengkelasan ujian ini juga meliputi 3 tahap kesukaran ialah tahap mudah, tahap
sederhana dan tahap sukar diikuti dengan peratusnya.
Jadual 3 : Tahap Kesukaran dan Peratus Ujian
Bil Tahap Peratus
1 Mudah 25%
2 Sederhana 50%
3 Sukar 25%
Penentuan jenis soalan perlulah ditentukan samada ia terdiri dari soalan objektif,
subjektif dan soalan berstruktur. Dalam penulisan ini, jenis soalan secara formatif telah
dipilih bagi melihat kefahaman murid terhadap 2 bidang yang telah dipelajari.
Jadual 4: Penentuan Jenis Soalan dan Bilangannya
Bil. Bidang/tajuk Masa (Jam) Peratus (%) Kiraan Jumlah
Item
1 Sirah/Wahyu 2 22.22 22.22 x 30 6
Teragung
100
2 Sirah/ Meneladani 2 22.22 = 6.66 7
Sifat Tabligh 22.22 22.22 x 30 7
100
3 Sirah/Nabi 2 33.34 = 6.66 10
100 22.22 x 30 30 item
Muhammad S.A.W. 100
= 6.66
dan masyarakat
33.34 x 30
Mekah 100
= 6.66
4 Hadis/ Yang Muda 3
Dikasihi, Yang Tua
Dihormati
Jumlah
Langkah terakhir ialah melengkapkan Jadual Spesifikasi Ujian yang berpandukan aras
Taksonomi Bloom seperti yang telah dijelaskan sebelum ini.
Jadual 5 : Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) mengikut aras Taksonomi Bloom
Bil. Aras Kemahiran MM M MM M Jumlah Item Wajaran
6 22.22
ee e ee e
nm n n n n
ga g g i c
ihaal i
na p na p
gm l a i t
ai i l a
t ki
Bidang/ Tajuk as
si
is
1 Sirah/Wahyu Teragung 1 1 1 1 1 1
2 Sirah/ Meneladani 2 2 1 1 1 1 7 22.22
22.22
Sifat Tabligh 33.34
100
3 Sirah/Nabi Muhammad 1 2 2 1 1 1 7
S.A.W. dan
masyarakat Mekah
4 Hadis/ Yang Muda 2 2 2 2 1 1 10
Dikasihi, Yang Tua
Dihormati
Jumlah 30
Dapatlah dijelaskan disini bahawa kaedah JSU dalam mengkaji dan penganalisis item
sangatlah perlu bagi memastikan soalan yang dihasilkan memberi impak yang terbaik
kepada pelajar. Soalan telah disediakn di dalam google form.
PENUTUP
Kesimpulannya, proses pelaksanaan JSU sangatlah penting untuk difahami oleh semua
guru. Hal ini kerana, setiap item dan konstruk yang dibina yang meliputi kewajaran dan
juga kesahan item dapat mencapai matlamat objektif peperiksaan. Ditambah dengan
pembahagian kemahiran-kemahiran kognitif mengikut aras Taksonomi Bloom yang
mampu menjadikan item soalan lebih tersusun dan sistematik.
RUJUKAN
Azizi Ahmad. (2015). Pentaksiran Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur.
http://ipgkpm.edu.my/download/PAK21-KPM.pdf. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pembelajaran Abad Ke 21.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Buku Panduan Pentaksiran. Institut
Perguruan Guru Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Islam Tahun 3.
Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 3.
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik
Darjah Edisi ke-2. Kementerian Pendidikan Malaysia, 1–113. Bahagian
Pembangunan Kurikulum
Malaysia, K. P. (2018). PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM (p. 65).
Spesifikasi, J., Jsu, U., Spesifikasi, J., & Jsu, U. (2003). MTE 3112. 24–30.
Szafranski dan Qing. (1998). Membina ujian sama seperti membina sebuah bangunan
kerana kedua- duanya merupakan satu proses untuk mengeluarkan satu hasilan.
Proses itu dijalankan mengikut spesifikasinya supaya hasilannya, iaitu ujian,
mencapai tujuan yang diharapkan .”. 1–16.
Vincent Pang, dan Denis Lajium. (2017). Pentaksiran dalam Bilik Darjah. Universiti
Malaysia Sabah. Sabah.