The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mrrabbani2001, 2021-11-13 23:21:55

SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN

(SEJARAH PEMBENTUKAN
MASYARAKAT MAJMUK DI

MALAYSIA)

◦ NAMA PENSYARAH : ENCIK IBRAHIM BIN
ABDULLAH

◦ NAMA AHLI KUMPULAN:

◦ 14DKM19F1012 MUHAMMAD RABBANI BIN
ADAM

◦ 14DKM19F1011 MUHAMMAD HUZAIRI BIN
ROSLAN

◦ 14DKM19F1006 JUFRI FARHAN BIN JEFRI

◦ 14DKM19F1022 NURFARAH MELISSA BINTI
AZWAN

PENGENALAN

Malaysia pada hari ini adalah sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat pelbagai bangsa yang hidup dalam suasana harmonis dan aman
damai. Ini adalah hasil daripada sikap tolak ansur dan kerjasama antara kaum yang wujud semenjak British memberi kemerdekaan kepada Tanah
Melayu sehingga ke hari ini. Pada dasarnya, orang Melayu, Cina dan India adalah tiga kumpulan bangsa utama di Malaysia diikuti dengan
beberapa kumpulan kaum minoriti yang lain antaranya Orang Asli, Serani dan Benggali. Sejarah membuktikan masyarakat Melayu telah lama
mempunyai hubungan dengan kaum Cina dan India sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu Melaka adalah pusat perdagangan
utama serta jalan perhubungan antara negeri China dan India di Asia Tenggara (Chowdhury, 1997). Keadaan ini membolehkan masyarakat Melayu
di Melaka berinteraksi dengan berbagai masyarakat antarabangsa yang datang bagi melakukan aktiviti perdagangan. Perhubungan antara kaum ini
menjadi semakin ketara di zaman penjajahan Inggeris. Penjajah Inggeris memindahkan imigran-imigran luar terutamanya dari negara China dan
India untuk bekerja di Tanah Melayu. Kemasukan buruh asing tersebut adalah satu agenda ekonomi Inggeris bagi mengusahakan lombong-
lombong bijih timah dan ladang-ladang getah. Keadaan ini dapatlah disifatkan sebagai pengeksploitasian yang dilakukan oleh penjajah Inggeris
terhadap tenaga buruh asing serta sumber bumi di Tanah Melayu demi keuntungan revolusi perindustrian Eropah. Selain daripada kemasukan
masyarakat Cina dan India, turut berlaku penghijrahan penduduk Indonesia ke Tanah Melayu. Situasi ini mengubah corak populasi di Tanah
Melayu daripada sebuah negara yang didiami oleh masyarakat Melayu kepada pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia. Bagi memahami
persoalan ini dengan lebih lanjut, penulisan ini akan membicarakan berkenaan beberapa aspek seperti kefahaman terhadap masyarakat majmuk,
proses terbentuknya masyarakat majmuk di Malaysia kesan perpindahan masyarakat dari luar.

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN
MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Setiap kaum mempunyai latar belakang dan identiti
yang berbeza. Mayarakat majmuk biasanya dikaitkan dengan Malaysia. Ini kerana negara Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang
kaum dan budaya yang tersendiri. Kini, negara Malaysia telah didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Corak
masyarakat Malaysia berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan perubahan struktur politiknya. Dengan adanya kepelbagaian kaum,
maka wujudlah kepelbagaian adat resam, budaya, bahasa, agama dan sebagainya.

Masyarakat majmuk merupakan mayarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum yang mempunyai kepercayaan, adat resam dan budaya
yang tersendiri. Setiap kaum di negara Malaysia ini mempunyai latar belakang dan sejarah kemasukannya. Masyararakat majmuk dibahagikan
mengikut garis-garis pemisah seperti ras, etnik, agama, ideologi, bahasa dan budaya. Menurut Kamus Dewan (2005), masyarakat majmuk ialah
kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan atur dan cara-cara tertentu. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota
tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka. Contohnya seperti pergaulan masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada bangasa Melayu,
Cina, India dan lain-lain. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia yang berbilang kaum pada abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme
yang mutlak. Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di Tanah Melayu adalah
Melayu. Namun pada pertengahan abad ke-19, imigrasi kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah
struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup,
pola penempatan,pekerjaan dan pendidikan

DARI Setiap bangsa Malaysia mempunyai sejarah yang
MASYARAKAT tersendiri seperti Kaum Melayu dahulunya tinggal di
perkampungan. Selain itu,mereka juga bekerja sebagai
MELAYU petani, peternak, menangkap ikan dan mengutip hasil
hutan. Pada mulanya kaum Melayu menganut agama
buddha. Namun sejak kedatangan Islam datang ke tanah
Melayu, kaum Melayu telah menganut agama Islam.
Dengan kedatangan Islam juga, masyarakat Melayu telah
mengamalkan syariat yang wajib diamalkan dalam Islam
contohnya solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
mengerjakan haji dan lain-lain lagi.

DARI Masyarakat Cina biasanya menetap di
MASYARAKAT perbandaran. Kedatangan buruh dari Cina secara
besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19
CINA yang kebanyakkan mereka berasal dari wilayah
selatan China seperti Kwangtung, Fukien dan
Kwangsi. Kebanyakan masyarakat Cina bekerja
sebagai peniaga. Sesetengah kaum Cina bekerja
sebagai pelombong semasa era penjajahan
British. Kedatanagn buruh ini ke Tanah Melayu
adalah melalui beberapa cara seperti sistem tiket
kredit, sistem pengambilan kakitangan dan
pengambilan rumah kongsi. Sesetengah kaum
Cina menganut agama Kristian namun
kebanyakan kaum Cina menganut agama
Buddha

DARI Kebanyakan kaum India di Tanah Melayu tinggal di
MASYARAKAT kawasan ladang atau estet. Kaum India mula memasuki
Tanah Melayu sejak dari pembukaan Selat Melaka
INDIA terutamanya sebagai pedagang kain dan peminjam wang.
Pada akhir abad ke-19 dan pada awal abad ke-20,
penjajah British mendapati India sebagai tempat
mendapatkan buruh-buruh yang murah, patuh dan senang
untuk dikawal. Dalam tahun 1880, Hugh Low dan
Frederick Weld telah mendapatkan permit daripada
kerajaan British untuk mengimport buruh-buruh dari
India dan bekerja di ladang-ladang milik mereka di Tanah
Melayu. Kaum India terbahagi kepada beberapa suku
etnik diantaranya terdiri daripada Tamil, Telegu, Ceylon
dan lain-lain. Kebanyakan mereka yang diambil bekerja
di ladang-ladang adalah dari golongan Tamil.

KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT
MAJMUK DI MALAYSIA

Negara ini mempunyai masyarakat majmuk dan telah wujud
sejak zaman pemerintahan British lagi. Pada tahun 31 Ogos
2015, dianggarkan penduduk di negara ini berjumlah 24,850,400
di mana orang warganegara beranggaran seramai 20, 196 600
dan 40, 53 800 orang bukan warganegara. Daripada jumlah
warganegara, 13.48 juta orang terdiri daripada kaum bumiputera
Melayu, 2.93 juta orang daripada bumiputera bukan Melayu,
6.22 juta orang daripada kaum Cina, 1.86 juta orang kaum India
dan 318.9 ribu orang daripada kaum-kaum lain. Dalam
kumpulan kaum bumiputera, orang Melayu dianggar berjumlah
lebih daripada 10 233200 orang. Pada awal Tahun 2011, jumlah
penduduk Malaysia mencapai 27 juta orang.

MASYARAKAT Orang Melayu merupakan kaum yang terbesar di negara ini iaitu lebih daripada 10 juta orang.
MELAYU Orang Melayu diistilahkan sebagai kaum ‘bumiputera’ bersama-sama dengan penduduk
peribumi yang lain. Dalam Perlembagaan, orang Melayu merujuk kepada orang yang bertutur
bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam Kriteria yang diberikan
oleh Perlembagaan ini memberi implikasi bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi ‘Melayu’ asal
sahaja memenuhi tiga kriteria tersebut. Sebab itu, apabila seseorang yang bukan Melayu
memeluk Islam, seseorang itu dianggap secara automatik fasih berbahasa Melayu dan hidup
seperti orang Melayu hasil daripada pergaulannya dengan orang Melayu.

Tafsiran kebudayaan pula menganggap ‘Melayu’ itu sebagai merujuk secara mudahnya kepada
satu rumpun bangsa yang memiliki ciri-ciri umum seperti berbudaya kan budaya Melayu,
berbahasa Melayu dan berketurunan ras Melayu. Dengan kata lain, orang Melayu itu merujuk
kepada satu rumpun bangsa yang mempunyai pola-pola fizikal dan kebudayaan yang berbeza
daripada bangsa yang lain.

Kalau ditinjau dari sudut tafsiran ini orang Melayu tidak hanya terdapat di Malaysia sahaja tetapi
juga berselerak di wilayah-wilayah yang menganjur dari Taiwan di utara hingga ke Kepulauan
Pasifik di selatan dan dari Papua New Guinea di timur hingga ke Madagsacar di barat. Terdapat
teori yang mengatakan orang Melayu sekarang adalah berketurunan orang Melayu-Deutro
(Deutro-Malay) yang berhijrah dari Yunan di selatan China ke kawasan-kawasan di s`elatan
Tanah Besar Asia, termasuk negara ini pada kira-kira tahun 1 500 S.M.

Teori ini bagaimanapun ditentang oleh sejarahwan-sejarahwan tempatan. Alasannya teori ini
lebih berupa kan andaian atau hipotesis yang tidak disokong oleh bukti yang kukuh. Alasan
kedua, tinjauan pakar-pakar sejarah dan antropologi di kawasan yang dikatakan tempat asal
orang Melayu di selatan China itu (Yunan) tidak menemui apa-apa bukti yang boleh
dihubungkan dengan orang Melayu. Dengan itu, orang Melayu adalah penduduk yang sudah
lama mendiami negara ini.

MASYARAKAT Orang Cina memasuki Malaysia sejak akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19 lagi. Pulau Pinang dan
CINA Singapura telah menjadi destinasi utama mereka apabila kedua-duanya dibuka oleh British pada
tahun 1876 dan 1819. Tetapi, orang Cina telah pun berada di negara ini sebagai peladang gambir
dan lada hitam ketika Riau berada di bawah kekuasaan Johor. Mereka kemudiannya berpindah ke
Singapura selepas Singapura dibuka oleh British. Pada awal abad ke-19, saudagar Cina dan Eropah
membawa masuk orang Cina setelah saudagar berkenaan mendapat izin untuk mengerjakan
lombong daripada pemerintah tempatan dengan tenaga buruh Cina yang tidak begitu banyak.

Pada pertengahan abad ke-19, peladang gambir dan lada hitam yang tertumpu di Singapura mula
memasuki Johor. Mereka diberi kawasan di sepanjang sungai oleh pemerintah Johor untuk
membuka ladang. Contohnya, Temenggung Johor mengeluarkan Surat Sungai kepada seorang ketua
(Kangchu) di satu-satu kawasan ladang gambir atau lada hitam yang disebut sebagai Kangkar. Di
Perak, Long Jaafar yang menjadi pembesar Larut telah membawa masuk buruh Cina dari Negeri-
negeri Selat (NNS) pada pertengahan abad ke-19 untuk mengerjakan lombong bijih timah di Larut.
Gelombang kedatangan buruh Cina semakin hebat pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20
seiring dengan perkembangan dalam perlombongan bijih timah. Ini disebabkan suasana politik di
Tanah Melayu agak stabil jika dibandingkan dengan suasana politik di China. Selepas pada itu,
kebanyakan kaum Cina tidak bercadang untuk terus menetap di Malaysia. Pada tahun 1930-an,
timbul kecenderungan di kalangan buruh Cina untuk menetap di negara ini disebabkan suasana
politik dan ekonomi di China yang tidak stabil.

Tambahan pula, ramai imigran wanita Cina ke Tanah Melayu menyebabkan bermulanya tanda-tanda
perubahan terhadap komposisi kependudukan di negara ini. Kedudukan orang Cina mula mendapat
perakuan British apabila Malayan Union diperkenalkan pada tahun 1946 dan kemudian Tanah
Melayu 1948. Sejak itu, orang Cina mula menjadi warganegara dan dengan ini komposisi sebenar
penduduk negara ini berubah.

Pada hari ini terdapat kira-kira 6.2 juta orang kaum Cina di negara ini dan merupakan kaum kedua
terbesar. Di Sabah, bilangan kaum Cina adalah sedikit disebabkan tidak ada kegiatan perlombongan.
Hanya sebilangan kecil daripada mereka dibawa masuk ke Sabah apabila ladang tembakau dibuka.
Bilangan orang Cina di Sarawak agak ramai berbanding di Sabah. Orang Cina memasuki Sarawak
melalui Indonesia.

MASYARAKAT Golongan awal orang India yang datang ke negara ini dikesan sejak abad ke-19 lagi.
INDIA Mereka datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang dan ada yang dilantik sebagai
“saudagar raja”. Bilangan mereka yang tidak begitu ramai tidak memberi kesan besar
terhadap komposisi besar terhadap komposisi di negara ini. Selepas Perjanjian
Inggeris-Belanda 1824, British membawa masuk orang India dari Bangkahulu
(Bengkulen). Golongan ini merupakan orang tahanan dalam proses pertukaran tawanan
ekoran daripada perjanjian tersebut. Mereka dibawa masuk untuk bekerja membina
bangunan-bangunan pemerintah, jalan raya dan jambatan.

Pada tahun 1940-an pula, British membawa satu lagi kumpulan buruh India untuk
bekerja sebagai buruh ladang tebu di Seberang Perai (Province Wellesley). Oleh itu,
sehingga pertengahan abad ke19 terdapat dua jenis golongan buruh India di negara ini
iaitu buruh tawanan perang dan buruh ladang. Apabila ladang kopi dan teh dibuka di
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan di Johor selepas campur tangan British
pada 1874, British membawa masuk satu lagi kumpulan buruh India. Peladang-
peladang Eropah sangat gemar mengambil buruh India kerana upah nya lebih murah
dan tambahan pula, pada waktu itu pentadbiran British di India memudahkan proses
pengambilan buruh untuk bekerja di Tanah Melayu.

IMPLIKASI PEMBENTUKAN
MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-
orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ia dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan
masyarakat Malaysia yang majmuk.

Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajumukan ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik, ekonomi
dan sosial. Perbincangan mengenai tajuk ini dapat difahami jika kita melihat beberapa dasar Inggeris seperti huraian berikut.

DARI SEGI 1927-1932
POLITIK
◦ Orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini
menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris.

1930

◦ Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak
menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka.

◦ Menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu.

◦ Tiada sekatan terhadap kemasukan orang asing ke Malaysia disebabkan oleh
keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh untuk perlombongan dan
perladangan selain membina jalan. keretapi dan jalan raya.

◦ Diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing bagi
melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para
kongsi gelap mahupun majikan.

1874

◦ Dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas.

◦ Tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing.

◦ Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-
sistem kemasukan seperti kontrak, dan bebas.

DARI SEGI Dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas
EKONOMI yang berlaku menyebabkan perubahan sistem
daripada sara diri kepada sistem komersial. Oleh hal
ini, pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan
pelombongan bijih timah telah banyak berlaku
mendorong kepada wujudnya sistem ekonomi moden
berteraskan industri berasaskan buruh. Disebabkan
hal ini maka keperluan pemodenan prasarana baru
yang memerlukan tenaga buruh di perkenalkan dan
berlakulah kemasukan buruh-buruh asing.

DARI SEGI Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan
SOSIAL Inggeris. Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya
masyarakat majmuk di Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan
negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga
melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui
tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan
guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza
serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia.

Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan
pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini
menjelaskan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang
ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia
hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri
sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu
akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para
bangsawan Melayu sahaja.

Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang
asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan
walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya
menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi
keuntungan ekonomi penjajah.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu telah membawa kesan yang besar ke atas struktur
kependudukan di Tanah Melayu. Kesan ketara ialah masalah ketidakseimbangan antara kaum berlaku dalam bidang ekonomi,
sosial, budaya dan politik.

Sebagai rakyat Malysia saya berbangga dengan negara saya kerana di negara ini terdapat pelbagai kaum dan perayaan
tradisi. Ianya menyebabkan keadaan negara menjadi aman dan harmoni sepanjang masa tanpa sebarang konflik yang besar. Ini
kerana daripada perayaan inilah wujudnya ukhuwah dan rasa perpaduan dalam naluri dan nurani penduduk negara ini. Tegasnya
negara Malaysia merupakan sebuah negara yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum yang pada tanggapan
masyarakat dunia sukar dipadukan dan menyerap sebarang perbezaan baik agama , budaya , bahasa dan adat kepercayaan


Click to View FlipBook Version