The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mrrabbani2001, 2021-11-28 02:06:55

EFOLIO ( MASYARAKAT MAJMUK )

EFOLIO ( MASYARAKAT MAJMUK )

MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN

PERADABAN

(SEJARAH PEMBENTUKAN

MASYARAKAT MAJMUK DI

MALAYSIA)
◦ NAMA PENSYARAH : ENCIK IBRAHIM BIN

ABDULLAH
◦ NAMA AHLI KUMPULAN:
◦ 14DKM19F1012 MUHAMMAD RABBANI BIN

ADAM
◦ 14DKM19F1011 MUHAMMAD HUZAIRI BIN

ROSLAN
◦ 14DKM19F1006 JUFRI FARHAN BIN JEFRI
◦ 14DKM19F1022 NURFARAH MELISSA BINTI

AZWAN

01 PENGENALAN

ISI KANDUNGAN 02 SEJARAH DAN LATAR 2
03 BELAKANG

Daripada masyarakat
melayu, cina dan india

KESAN PEMBENTUKAN

Masyarakat melayu, cina dan
india

04 IMPLIKASI PEMBENTUKAN
05 MASYARAKAT MAJMUK

Dari segi politik, ekonomi dan
sosial.

KESIMPULAN

PENGENALAN

Malaysia pada hari ini adalah sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat pelbagai bangsa yang hidup 3
dalam suasana harmonis dan aman damai. Ini adalah hasil daripada sikap tolak ansur dan kerjasama antara
kaum yang wujud semenjak British memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu sehingga ke hari ini. Pada
dasarnya, orang Melayu, Cina dan India adalah tiga kumpulan bangsa utama di Malaysia diikuti dengan
beberapa kumpulan kaum minoriti yang lain antaranya Orang Asli, Serani dan Benggali. Sejarah membuktikan
masyarakat Melayu telah lama mempunyai hubungan dengan kaum Cina dan India sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka. Pada masa itu Melaka adalah pusat perdagangan utama serta jalan perhubungan antara negeri
China dan India di Asia Tenggara (Chowdhury, 1997). Keadaan ini membolehkan masyarakat Melayu di
Melaka berinteraksi dengan berbagai masyarakat antarabangsa yang datang bagi melakukan aktiviti
perdagangan. Perhubungan antara kaum ini menjadi semakin ketara di zaman penjajahan Inggeris. Penjajah
Inggeris memindahkan imigran-imigran luar terutamanya dari negara China dan India untuk bekerja di Tanah
Melayu. Kemasukan buruh asing tersebut adalah satu agenda ekonomi Inggeris bagi mengusahakan lombong-
lombong bijih timah dan ladang-ladang getah. Keadaan ini dapatlah disifatkan sebagai pengeksploitasian yang
dilakukan oleh penjajah Inggeris terhadap tenaga buruh asing serta sumber bumi di Tanah Melayu demi
keuntungan revolusi perindustrian Eropah.

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG

Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-
lain. Setiap kaum mempunyai latar belakang dan identiti yang berbeza. Mayarakat majmuk biasanya
dikaitkan dengan Malaysia. Ini kerana negara Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang
kaum dan budaya yang tersendiri. Kini, negara Malaysia telah didiami oleh pelbagai bangsa, kaum
dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Corak masyarakat Malaysia berlaku disebabkan oleh
perubahan masa dan keadaan perubahan struktur politiknya. Dengan adanya kepelbagaian kaum,
maka wujudlah kepelbagaian adat resam, budaya, bahasa, agama dan sebagainya.

Masyarakat majmuk merupakan mayarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum yang
mempunyai kepercayaan, adat resam dan budaya yang tersendiri. Setiap kaum di negara Malaysia
ini mempunyai latar belakang dan sejarah kemasukannya. Masyararakat majmuk dibahagikan
mengikut garis-garis pemisah seperti ras, etnik, agama, ideologi, bahasa dan budaya. Menurut
Kamus Dewan (2005), masyarakat majmuk ialah kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di
sesuatu tempat dengan atur dan cara-cara tertentu. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota
tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka.

Setiap bangsa Malaysia mempunyai sejarah yang tersendiri seperti Kaum DARI
Melayu dahulunya tinggal di perkampungan. Selain itu,mereka juga bekerja MASYARAKAT
sebagai petani, peternak, menangkap ikan dan mengutip hasil hutan. Pada MELAYU
mulanya kaum Melayu menganut agama buddha. Namun sejak kedatangan
Islam datang ke tanah Melayu, kaum Melayu telah menganut agama Islam.
Dengan kedatangan Islam juga, masyarakat Melayu telah mengamalkan syariat
yang wajib diamalkan dalam Islam contohnya solat lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan, mengerjakan haji dan lain-lain lagi.

Masyarakat Cina biasanya menetap di perbandaran. Kedatangan buruh dari DARI 6
Cina secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19 yang kebanyakkan MASYARAKAT
mereka berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Fukien dan CINA
Kwangsi. Kebanyakan masyarakat Cina bekerja sebagai peniaga. Sesetengah
kaum Cina bekerja sebagai pelombong semasa era penjajahan British.
Kedatanagn buruh ini ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa cara seperti
sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan dan pengambilan rumah
kongsi. Sesetengah kaum Cina menganut agama Kristian namun kebanyakan
kaum Cina menganut agama Buddha

Kebanyakan kaum India di Tanah Melayu tinggal di kawasan ladang DARI 7
atau estet. Kaum India mula memasuki Tanah Melayu sejak dari pembukaan MASYARAKAT
Selat Melaka terutamanya sebagai pedagang kain dan peminjam wang. Pada INDIA
akhir abad ke-19 dan pada awal abad ke-20, penjajah British mendapati India
sebagai tempat mendapatkan buruh-buruh yang murah, patuh dan senang
untuk dikawal. Dalam tahun 1880, Hugh Low dan Frederick Weld telah
mendapatkan permit daripada kerajaan British untuk mengimport buruh-
buruh dari India dan bekerja di ladang-ladang milik mereka di Tanah
Melayu. Kaum India terbahagi kepada beberapa suku etnik diantaranya
terdiri daripada Tamil, Telegu, Ceylon dan lain-lain. Kebanyakan mereka
yang diambil bekerja di ladang-ladang adalah dari golongan Tamil.

KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI 8
MALAYSIA

Negara ini mempunyai masyarakat majmuk dan telah wujud sejak zaman pemerintahan British lagi. Pada
tahun 31 Ogos 2015, dianggarkan penduduk di negara ini berjumlah 24,850,400 di mana orang warganegara
beranggaran seramai 20, 196 600 dan 40, 53 800 orang bukan warganegara. Daripada jumlah warganegara,
13.48 juta orang terdiri daripada kaum bumiputera Melayu, 2.93 juta orang daripada bumiputera bukan
Melayu, 6.22 juta orang daripada kaum Cina, 1.86 juta orang kaum India dan 318.9 ribu orang daripada
kaum-kaum lain. Dalam kumpulan kaum bumiputera, orang Melayu dianggar berjumlah lebih daripada 10
233200 orang. Pada awal Tahun 2011, jumlah penduduk Malaysia mencapai 27 juta orang.

Orang Melayu merupakan kaum yang terbesar di negara ini iaitu lebih daripada 10 juta MASYARAKAT
orang. Orang Melayu diistilahkan sebagai kaum ‘bumiputera’ bersama-sama dengan penduduk MELAYU
peribumi yang lain. Dalam Perlembagaan, orang Melayu merujuk kepada orang yang bertutur
bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam Kriteria yang diberikan
oleh Perlembagaan ini memberi implikasi bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi ‘Melayu’ asal
sahaja memenuhi tiga kriteria tersebut. Sebab itu, apabila seseorang yang bukan Melayu
memeluk Islam, seseorang itu dianggap secara automatik fasih berbahasa Melayu dan hidup
seperti orang Melayu hasil daripada pergaulannya dengan orang Melayu.

Kalau ditinjau dari sudut tafsiran ini orang Melayu tidak hanya terdapat di Malaysia sahaja
tetapi juga berselerak di wilayah-wilayah yang menganjur dari Taiwan di utara hingga ke
Kepulauan Pasifik di selatan dan dari Papua New Guinea di timur hingga ke Madagsacar di
barat. Terdapat teori yang mengatakan orang Melayu sekarang adalah berketurunan orang
Melayu-Deutro (Deutro-Malay) yang berhijrah dari Yunan di selatan China ke kawasan-
kawasan di s`elatan Tanah Besar Asia, termasuk negara ini pada kira-kira tahun 1 500 S.M.

Orang Cina memasuki Malaysia sejak akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19 lagi. Pulau MASYARAKAT
Pinang dan Singapura telah menjadi destinasi utama mereka apabila kedua-duanya dibuka CINA
oleh British pada tahun 1876 dan 1819. Tetapi, orang Cina telah pun berada di negara ini
sebagai peladang gambir dan lada hitam ketika Riau berada di bawah kekuasaan Johor.
Mereka kemudiannya berpindah ke Singapura selepas Singapura dibuka oleh British. Pada
awal abad ke-19, saudagar Cina dan Eropah membawa masuk orang Cina setelah saudagar
berkenaan mendapat izin untuk mengerjakan lombong daripada pemerintah tempatan dengan
tenaga buruh Cina yang tidak begitu banyak.

Tambahan pula, ramai imigran wanita Cina ke Tanah Melayu menyebabkan bermulanya
tanda-tanda perubahan terhadap komposisi kependudukan di negara ini. Kedudukan orang
Cina mula mendapat perakuan British apabila Malayan Union diperkenalkan pada tahun 1946
dan kemudian Tanah Melayu 1948. Sejak itu, orang Cina mula menjadi warganegara dan
dengan ini komposisi sebenar penduduk negara ini berubah.

Pada hari ini terdapat kira-kira 6.2 juta orang kaum Cina di negara ini dan merupakan

kaum kedua terbesar.

Golongan awal orang India yang datang ke negara ini dikesan sejak abad ke-19 lagi. MASYARAKAT
Mereka datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang dan ada yang dilantik sebagai INDIA
“saudagar raja”. Bilangan mereka yang tidak begitu ramai tidak memberi kesan besar
terhadap komposisi besar terhadap komposisi di negara ini. Selepas Perjanjian Inggeris-
Belanda 1824, British membawa masuk orang India dari Bangkahulu (Bengkulen).
Golongan ini merupakan orang tahanan dalam proses pertukaran tawanan ekoran
daripada perjanjian tersebut. Mereka dibawa masuk untuk bekerja membina bangunan-
bangunan pemerintah, jalan raya dan jambatan.

Pada tahun 1940-an pula, British membawa satu lagi kumpulan buruh India untuk
bekerja sebagai buruh ladang tebu di Seberang Perai (Province Wellesley). Oleh itu,
sehingga pertengahan abad ke19 terdapat dua jenis golongan buruh India di negara ini
iaitu buruh tawanan perang dan buruh ladang. Apabila ladang kopi dan teh dibuka di
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan di Johor selepas campur tangan British
pada 1874, British membawa masuk satu lagi kumpulan buruh India. Peladang-peladang
Eropah sangat gemar mengambil buruh India kerana upah nya lebih murah dan tambahan
pula, pada waktu itu pentadbiran British di India memudahkan proses pengambilan buruh
untuk bekerja di Tanah Melayu.

IMPLIKASI PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI
MALAYSIA

Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan pemerintah Inggeris
terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ia dapat menentukan persoalan
bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakat Malaysia yang majmuk.
Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajumukan ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam
politik, ekonomi dan sosial. Perbincangan mengenai tajuk ini dapat difahami jika kita melihat beberapa dasar
Inggeris seperti huraian berikut.

1927-19O3r2ang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi

masalah kepada pemerintah Inggeris.

1930 Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak

 menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka.
Menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu.
Tiada sekatan terhadap kemasukan orang asing ke Malaysia disebabkan oleh keperluan

Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh untuk perlombongan dan perladangan selain DARI SEGI
POLITIK
 membina jalan. keretapi dan jalan raya.
Diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing bagi

melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap

1874IDTmniaagdshgaaukerpriimumsnesimgemropaalusajiinhky-Iaonanlgi.aghseerkmiasetnabgnegrtbaeelranhktaukdkaanpbekkbeeamms.aassuukkaann orang asing. sistem-sistem
orang asing melalui

kemasukan seperti kontrak, dan bebas.

Dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas yang berlaku menyebabkan DARI SEGI
perubahan sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. Oleh hal ini, EKONOMI
pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah telah
banyak berlaku mendorong kepada wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan
industri berasaskan buruh. Disebabkan hal ini maka keperluan pemodenan
prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh di perkenalkan dan berlakulah
kemasukan buruh-buruh asing.

Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris. DARI SEGI
Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia. SOSIAL
Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi
perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat
dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan
pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza
serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia.

Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikan
serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris
tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka.
Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-
kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu
akedemik

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu telah membawa kesan yang besar
ke atas struktur kependudukan di Tanah Melayu. Kesan ketara ialah masalah ketidakseimbangan antara
kaum berlaku dalam bidang ekonomi, sosial, budaya dan politik.

Sebagai rakyat Malysia saya berbangga dengan negara saya kerana di negara ini terdapat pelbagai kaum
dan perayaan tradisi. Ianya menyebabkan keadaan negara menjadi aman dan harmoni sepanjang masa tanpa
sebarang konflik yang besar. Ini kerana daripada perayaan inilah wujudnya ukhuwah dan rasa perpaduan
dalam naluri dan nurani penduduk negara ini. Tegasnya negara Malaysia merupakan sebuah negara yang
aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum yang pada tanggapan masyarakat dunia sukar dipadukan dan
menyerap sebarang perbezaan baik agama , budaya , bahasa dan adat kepercayaan

LINK BLOG

18

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version