The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noranizaariffin5128, 2021-01-01 12:04:35

COVID-19 SUATU UJIAN UNTUK KITA

COVID-19 UJIAN UNTUK KITA

PRESTASI RAWATAN PESAKIT COVID-19 DI
MALAYSIA

Sejak kemunculan pandemik COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) telah membangunkan garis panduan berkenaan rawatan COVID-19
yang dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan saranan badan
antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kajian
saintifik dan keberkesanan rawatan ke atas pesakit di Malaysia dan di luar
negara. Sehingga kini tiada ubat khusus bagi merawat COVID-19. Pesakit
COVID-19 akan dirawat berpandukan kategori jangkitan COVID-19, status
klinikal pesakit, keputusan ujian makmal dan radiologi serta pelan rawatan
pesakit.

Pelan rawatan bagi pesakit COVID-19 di Malaysia adalah berdasarkan 5
tahap atau kategori klinikal pesakit iaitu:

Kategori 1 : Tidak bergejala

Kategori 2 : Bergejala tanpa radang paru-paru

Kategori 3 : Bergejala dengan radang paru-paru

Kategori 4 : Bergejala dengan radang paru-paru dan memerlukan bantuan
oksigen

Kategori 5 : Pesakit kritikal dengan komplikasi kepada pelbagai organ
(multiorgan)

Berdasarkan data global dan pengalaman negara luar menunjukkan
kebanyakan pesakit COVID-19 tidak bergejala atau bergejala ringan. Bagi
Malaysia, berdasarkan capaian data 24 November 2020, 69% daripada
pesakit COVID-19 berada dalam Kategori 1, kategori 2 (18%), Kategori 3
(8%), kategori 4 (3%) dan kategori 5 (2%).

Secara amnya, tiada rawatan khusus bagi pesakit COVID-19 kategori 1.
Bagi kategori 2 dan 3, pesakit akan diberikan rawatan simptomatik bagi
gejala yang dihadapi seperti pemberian ubat demam dan ubat batuk
selsema kepada pesakit yang bergejala demam dan batuk selsema serta
penjagaan nutrisi yang optimal dan penjagaan sistem peredaran darah
yang seimbang. Pemberian beberapa jenis ubatan yang lebih spesifik
seperti anti-viral, immuno-modulatori (untuk meredakan keradangan) dan
anti-koagulasi (untuk mengelakkan penyumbatan salur darah) adalah untuk
pesakit COVID-19 yang lebih kritikal seperti kategori 4 dan 5.

Di Malaysia, semua pesakit yang disahkan positif COVID-19 termasuk
yang tidak bergejala akan dirawat di pusat rawatan yang ditetapkan iaitu di
hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC).
Dengan ini pesakit COVID-19 dapat diasingkan (isolate) daripada komuniti.
Langkah ini berkesan untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19
daripada merebak lebih luas ke komuniti. Semasa di pusat rawatan, tahap
kemajuan kesihatan pesakit COVID-19 akan dipantau secara rapi termasuk
pemeriksaan tanda vital, ujian darah dan pengimejan mengikut keperluan
pesakit. Antara lain, tindakan ini akan membantu KKM mengenalpasti dan
mengesan mana-mana pesakit khususnya kategori 3 untuk diberikan
rawatan segera sebelum tahap kesihatan pesakit merosot ke kategori 4
dan 5.

Sehingga 24 November 2020, jumlah terkumpul (kumulatif) pesakit pada
kategori 4 dan 5 yang telah menerima rawatan critical care di seluruh
Malaysia adalah sebanyak 1,048 orang. Daripada jumlah tersebut, 60%
pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah, 32% masih
menerima rawatan di ICU dan hanya 18% sahaja yang telah meninggal
dunia akibat komplikasi COVID-19. Kebanyakan pesakit COVID-19 yang
meninggal dunia berusia 50 tahun dan ke atas serta mempunyai
komorbiditi atau penyakit lain seperti darah tinggi, kencing manis dan lain-
lain.

Tindakan KKM ini telah berjaya meningkatkan kadar sembuh di Malaysia
ke 80.8% berbanding kadar sembuh global (69.2%), Itali (43.8%), Amerika
Syarikat (59.2%), dan negara Asia misalnya Myanmar (75.9%) dan Laos
(61.5%). Malah, kadar kematian di Malaysia adalah 0.57%, jauh lebih
rendah berbanding kadar kematian global iaitu sebanyak 2.35%. Data ini
adalah berdasarkan data antarabangsa worldometers.info dan
coronatracker.com.

KKM sentiasa memastikan agar penyampaian perkhidmatan kesihatan di
negara ini terutamanya bagi rawatan COVID-19 berada pada tahap
optimum. Buat masa ini, belum ada vaksin khusus untuk COVID-19, tetapi
pematuhan terhadap semua SOP adalah merupakan vaksin terbaik untuk
memutuskan rantaian COVID-19.

Datuk Dr. Hj. Rohaizat b. Hj. Yon

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan)

Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pesakit positif Covid-19 di Sabah kongsi
pengalaman terima rawatan

Ramieza Wahid
Diterbitkan 26 Oct 2020, 8:36 am
Dikemaskini 26 Oct 2020, 8:36 am

1
Kehilangan deria bau secara tiba-tiba telah mendorong pasangan dari
Papar Sabah, Suzana Muhammad,46, dan Zainuddin Abdul Khalic, 48,
untuk melakukan ujian saringan Covid-19.

Selepas menanti tiga hari keputusan ujian saringan, mereka akhirnya
terpaksa akur kerana disahkan positif Covid-19 meskipun tidak mempunyai
kontak rapat dengan mana-mana pesakit sebelum ini.

“Petang itu (pada 17 Okt lalu) kami terima keputusan (positif) tetapi
(pejabat kesihatan daerah Papar) tidak beritahu nak bawa ke pusat
kuarantin atau hospital dan mereka suruh duduk di rumah dahulu, Jadi
kami kuarantin di rumah,” kata Suzana ketika
dihubungi Malaysiakini, semalam.

Bagaimanapun Suzana berkata pada malam 17 Okt, suaminya Zainuddin
mula mengalami masalah pernafasan namun mereka terpaksa menunggu
sehari untuk mendapatkan khidmat ambulans.

“Suami saya sudah mula susah nak bernafas dan saya terus telefon Crisis
Preparedness and Response Centre (CPRC) tetapi mereka kalau tak boleh
buat apa, tetapi kalau dah teruk sangat cuba telefon talian 999.

“Malam itu kami teragak-agak lagi, tetapi pagi (18 Okt) saya call juga talian
999 kerana suami dah tak tahan sangat, tetapi bila telefon talian itu mereka

kata ambulans penuh dan suruh telefon bahagian kecemasan hospital
pula.

“Kami telefon dan akhirnya kena tunggu lama sedikit dan akhirnya ada
telefon dari hospital Papar sendiri beritahu yang mereka akan sediakan
ambulans dan bawa suami saya,” katanya yang juga merupakan seorang
guru.

Tambah Suzana, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut
datang pada hari sama untuk menjalankan ujian saringan buat semua
enam anaknya yang tinggal di rumah.

Namun, nasib tidak menyebelahi keluarga itu setelah tiga dari enam
anaknya pula telah disahkan positif pada 23 Okt lalu.

“Semua enam anak saya yang buat ujian saringan pada 18 Okt akhirnya
semalam saya dapat tahu tiga positif.

“Dan sekarang memandangkan dah ramai, saya dan anak-anak (tak lagi
menjalani kuarantin di rumah) tetapi harus ke pusat kuarantin,” katanya.

Meskipun Suzana berasa tindakan pegawai kesihatan untuk meminta dia
dan suami kuarantin di rumah telah menjejaskan kesihatan anaknya,
namun dia memahami keadaan hospital yang sarat dengan pesakit positif
yang mungkin lagi kronik dari keluarganya.

Terdahulu, jurucakap rasmi Covid-19 di Sabah Masidi Manjun, mengatakan
negeri itu telah membuat persediaan untuk membolehkan pesakit Covid-19
dirawat di rumah masing-masing.

Jelas Masidi, langkah itu adalah satu daripada beberapa strategi yang
diambil kerajaan Sabah untuk menangani pesakit Covid-19 yang ramai di
negeri itu.

"Dengan itu ia akan membolehkan mereka tidak perlu ke pusat kuarantin
atau pusat rawatan, misalnya, dan ia berkesan jika mereka tinggal
bersendirian, atau berdua dan berada di tempat sama dan boleh
mengkuarantin diri sendiri," katanya.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah
menegaskan bahawa pihak kementerian kesihatan Malaysia (KKM) masih
mempertimbangkan pilihan merawat pesakit Covid-19 di rumah
menerusi “kriteria yang tepat”.

Malaysiakini sudah menghubungi pejabat kesihatan daerah Papar untuk
mendapatkan respons berhubung keadaan ambulan yang penuh dan
masih menunggu respons.

Sementara itu, Suzana berharap pengalaman yang dialaminya membuka
mata rakyat supaya peka untuk mematuhi prosedur operasi standard
(SOP) dan lebih berhati-hati.

Tambahnya, dia juga berharap ancaman Covid-19 yang melanda di
negerinya reda secepat mungkin dan kerajaan dapat membantu untuk
mengekang penularan Covid-19.

“Saya tahu walaupun lambat, KKM dan pegawai kesihatan tetapi berikan
maklum balas kepada kami. Dengan keadaan di Sabah, saya yakin semua
memahami sekiranya lambat.

“Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan
yang susah payah bertugas untuk kurangkan ancaman wabak Covid-19,”
katanya lagi.

Pengalaman Pesakit Covid-19 - Fatah
AdminOctober 15, 2020

Hai semua. Saya Fatah. Kekal hensem walaupun dikesan positif Covid-19
dan sekarang ditempatkan di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN), Hospital
Sungai Buloh. Orang kata PKKN ada hantu tapi saya peduli apa sebab
Korona ini pun macam hantu juga. Ghaib dan menggelabahkan manusia.
Hari ini hari kedua saya di PKKN. Semalam saya disahkan positif setelah
mengalami beberapa simptom dan berjelaga. Maafkan saya. Bergejala,
bukan jelaga.

Untuk tulisan kali ini, saya nak ceritakan apa gejala yang saya alami sebelum
saya disahkan positif. Iyalah, ini benda yang paling ramai orang nak tahu
dan risau pun kan.

1) Demam panas dan batuk. Hari kedua saya jadi contact rapat dengan
kawan yang positif (waktu itu dia pun tak tahu yang dia positif), saya
dihinggapi demam panas sehingga sukar tidur malam. Hari lain rilek saja
letak kepala terus lelap macam Nobita. Tapi tidak pada hari itu. Esok dan
lusanya demam sudah tak ada.

2) Selsema dan sakit kepala. Dia datang sekali dengan demam. Pakej lah
kiranya. Macam makan sate, kena ada nasi impit. Macam pakwe hensem,
kena makwenya lawa. Ha macam tu lah.

3) Sakit sendi dan penat-penat. Sakit segala sendi ialah sakit yang paling
orang tak nak sebab membuatkan kita rasa nak pulas segala bahagian sendi
di badan. Orang pernah kena demam denggi pasti faham sakit dia macam
mana. Tak boleh tidurlah kiranya selagi tak sapu minyak panas.

4) Hilang deria bau dan rasa. Ini paling power. Saya salute Virus Korona
sebab dia mampu alter saraf saya jadi tak bau dan tak rasa apa. Hidung tak
tersumbat tapi tak boleh bau apa-apa.

5) Rabun sekejap. Ini pun power juga. Hari terakhir di rumah sebelum saya
disahkan positif, saya rasa macam mata saya ini berselaput macam baru
bangun tidur. Dah mandi dah buat itu ini genyeh mata sampai berair, tetap
rasa kabur-kabur. Saya ingat ada tahi mata, rupanya ini salah satu jelaga.
Maaf, gejala.

Cukup dua gejala pertama dan sehari selepas saya dikategorikan sebagai
contact rapat kepada kawan saya yang positif, saya pergi buat swab test di
klinik kesihatan berdekatan (FOC). Tunggu dua hari, result di klinik kesihatan
masih juga tak dapat-dapat.

Dek kerana badan makin terasa sakit-sakitnya, saya ke hospital swasta dan
buat Swab test sekali lagi. Jam 10 pagi buat swab test, jam 7 pagi esoknya
soktor telefon.

"Morning Fatah. Tahniah, awak positif" Aku tipu saja doktor kata tahniah tu.
Ok flow dia macam ini.

Buat swab test di klinik kesihatan atau hospital swasta dan kalau
keputusannya positif, mereka akan hantar keputusan ke Pejabat Kesihatan
Daerah (PKD) yang terdekat. PKD yang akan ambil tindakan seterusnya.
kalau negatif, dia akan beritahu juga. Ada yang suruh kita sendiri telefon
tanya status.

Bila positif dan PKD telefon, dia akan temu ramah,ambil details semua lah
sebelum dia hantar ambulans untuk ambil di rumah. Itu sebab, bagus kalau
kita ingat details semua benda pergi mana dengan siapa naik apa bla bla bla
kerana klinik akan tanya benda sama, PKD tanya benda sama, kawan tanya
benda sama sampailah kau nak muntah jawab benda sama.

Nak senang, tulis semua bendda dalam nota telefon. Orang tanya, tepek
saja info. Orang tanya tepek. Senang. Kalau tanya lebih-lebih. Sihat nanti
pergi lempang. Settle.

Bila ambulans datang, ha saat situlah bermulanya manusia sekeliling jadi
kalut macam Alpaka hilang anak. Orang sekeliling akan ambil gambar,
hantar ke semua group WhatsApp, hantar ke member di perlis sampai
member Perlis pun kalut pergi mandi dengan sanitizer walaupun kejadian
berlaku di Ampang. Orang akan jadi kalut sampai tak boleh tidur. Risau
sampai suruh sanitize surau walaupun tak pernah pergi surau.

Ha gelak. Tapi itulah hakikat dia Tuan Puan. Itulah hakikat dia. Virus Korona
melemahkan antibodi pesakit. Kekalutan sekeliling kerana tak cukup faham
dengan situasi dan tidak tahu cara bereaksi, membunuh mental pesakit.

Jadi jangan jadi pembunuh mental.Sebaliknya membantulah. Daripada kalut
sebar gambar dan beritai itu ini yang tak tahu sahih tak sahih, eloklah tanya
keluarga yang ada ahlinya yang positif itu, apa yang kamu perlukan yang
kami boleh tolong dan usahakan.

Baru lah betul, kita jaga kita, Tuan Puan.

Pengetua kongsi pengalaman hidap kanser dan Covid-
19, ini nasihat beliau buat semua pendidik

26 Oktober 2020 | SARINA MOHD SOM

Sepanjang tempoh 28 tahun menjadi pendidik, pengalaman menjadi
pesakit positif covid 19 amat sukar dilupakan. Menambah kepiluan apabila
saya turut dikesan mengidap Chronic Myeloid Lukimea(CML) sejenis
kanser darah, selain penyakit ghout yang dihidapi sejak tujuh tahun lalu.
Namun ia, sedikitpun tidak mematahkan semangat saya sebagai seorang
pendidik, perjuangan ini harus diteruskan...

Sebagai bekas pesakit Covid-19, saya dapat merasai tahap kebimbangan
warga pendidik terhadap pendemik Covid-19 yang belum menunjukkan
tanda akan pulih sepenuhnya.

Nasihat saya... janganlah patah semangat dan cepat mengalah ketika
berdepan dengan situasi yang cukup mencabar ini. Sokongan moral dan
pengharapan yang tinggi dari warga pendidik dan komuniti lain juga akan
dapat meruntuhkan tembok kelesuan.

Saya percaya, potensi pesakit untuk pulih juga sangat tinggi jika kita saling
bermotivasi ketika melawan virus Corona ini.Usah biarkan diri kita murung
dan dan tertekan sebaliknya teruslah mematuhi SOP yang dianjurkan oleh
KKM.

Saling berkomunikasi dengan ahli keluarga dan Komuniti melalui media
sosial juga secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan dan
perasaan cemas.

Itulah perkongsian dan juga nasihat yang dilontarkan oleh Pengetua
Cemerlang SMK Seri Machap, Simpang Renggam Johor, Cikgu Tumin
Yatman buat semua warga pendidik.

Catatan] Bekas pesakit Covid-19
kongsi pengalaman

November 12, 2020 10:20 am

Sekadar perkongsian…
26.10.2020~10.11.2020 tarikh yg akan abam ingat sampai bila bila.. start
dari wife abam demam.. kendian abam pulak demam.. wife abam check in
kpj rawang.. di sah kan positive covid 19..
kendian abam pulak positive covid.. fuhh…mcm satu mimpi ngeri tuan
tuan… dapat dr mana.. entahlah.. benda tak nampak.. terima qada dan
qadar yg Allah dah tentukan dgn redha…

Covid 19 ni bukan main main tuan tuan… dia boleh jadi bahaya… boleh
jadi biasa biasa jer… bahaya nye pada orang yg sistem antibodi lemah..
berpenyakit 3 serangkai.. dan pada org yg dah berusia 50 tahun ke atas…

Yg tak bahaya pd org org muda.. org yg kuat sistem antibodi.. belom ada
penyakit sampingan.. jantung semua ok.. macam abam darah

pahlawan… innsyaAllah kita akan selamat…

Berdasarkan pengalaman abam… abam share sikit TIPS utk korang bila
korang menghadapi situasi covid ni… Lepas korang buat swab test..
menunggu keputusan adalah suatu perkara yg sangat mendebarkan..
boleh jadi huru hara.. stress.. serabut bila dpt tau yg kau positive covid….

1. Jangan panik… bertenang.. istighfar byk byk.. tarik nafas dalam dalam…
angkat tangan terus doa.. Ya Allah kau permudahkanlah Urusan aku…

2 . Call org yg paling dekat dgn kita.. orang yg paling kita percaya… orang
yg sayang kita.. suami isteri …adik beradik.. kawan rapat.. jiran sebelah
rumah… bg tau dgn dia kita positive covid..

Biasanye orang yg sayang kita ni.. secara otomatik dia akan tenangkan
kita.. bg kata kata semangat dkt kita.. dan dia akan tawarkan bantuan kpd
kita.. innsyaAllah kita akan tenang…

3. Dengar Arahan KKM.. biasanye ambulan akan dtg dalam masa 2 jam
atau lebih… driver ambulan akan call korang dulu.. dan korang request la
dkt drebar ambulan bila masuk area rumah korang tutup siren dan lampu..
takut org kampung panik.. nnti dgn kau skali panik…

4.Dalam masa 2 jam tu.. korang kene la pack barang keperluan.. tak perlu
banyak2..

• 1 persalinan baju – ni pakai utk balik nnti..dlm wad dorang dah
sediakan baju..

• underware.. kalau nak pakai la..
• Toiletris
• Sejadah
• charger hp
• vitamin C

• EO young living lemon utk sakit tekak..
• Makanan.. biskut ke.. 3in1 ke… ikut korang la..
5. Lepas je settle barang keperluan.. korang perlu susunkan apa nak kene
utk anak anak yg akan korang tinggalkan.. mcm kes abam.. wife masuk
dulu.. kendian baru abam.. anak2 semua negatif… jadi agak stress.. sbb
kesian dgn anak anak.. dorang kene tinggal.. keselamatan.. makanan..
macam mana la kalau dorang sakit ke…semua tu abam kene pikir… tapi
Allah kan ada.. Dia yg melorongkan hati manusia utk membantu abam
uruskan anak anak…

Alhamdulillah.. abam dikelilingi oleh orang yg baik baik.. adik beradik.. jiran
jiran.. rakan karib.. semua turut serta hulurkan bantuan.. dorang siapkan
makanan utk anak abam..tengok tengokkan anak dgn rumah abam.. cukup

buat abam rasa terharu.. sayang dorang dkt family abam…

innsyaAllah abam akan jaga hubungan silaturahim ini sampai akhir hayat

abam..

6. Covid ni org kata takde ubat… dlm wad pun mmg takde treatment.. doc
hanya pantau tahap kesihatan kita.. test darah hari hari.. xray.. buat ECG..
check BP.. tahap oxygen.. heart rate.. suhu badan itu je.. klu bacaan
semua normal.. langsung takde makan 1 ubat pun.. duduk makan tido je
sepanjang 4 hari dkt hosp sg buloh tu.. kalau ada bacaan tak normal
barulah dorang akan bg ubat atau pindahkan korang dlm wad yg khas ikut
kategori..

Tapi hadis nabi Muhammad SAW kata setiap penyakit ada ubatnye..
kecuali mati…jadi kita kene ikhtiar.. sebenarnya covid ini utk sembuh
bergantung kpd ketahanan antibodi kita.. jadi apa yg abam buat masa dlm
ward.. hari hari abam ambil vit c.. vit c ni akan boostkan kita punya antibodi
utk melawan segala penyakit..

Kendian utk sakit tekak.. abam gunakan Young Living EO lemon.. titiskan 4
ke 5 titik dlm air suam lepas tu minom… Alhamdulillah mujarab .. sakit
tekak sbb covid ni pehh.. lain mcm tuan tuan.. dia punya sakit mcm tekak ni
luka luka kene hiris pisau.. abam amalkan 2 hari.. hilang terus dgn Izin
Allah…

7.Duduk dlm wad jgn sombong.. bercampurlah dgn semua orang.. dlm wad
abam ada doctor dr UK.. professor dr portugal.. komandan tentera laut..
india keje kilang.. ramai lagi.. dah duduk dlm tu rasa level kita semua sama
je as a positive covid patient.. takde beza.. kalau korang sombong korang
akan lg stress.. korang akan pikir yg bukan bukan… dan yang paling
penting no complaint.. panaslah.. takde ekon lah.. tilam keras lah…
bersyukurlah tuhan masih bg korang nafas utk hidup walaupun dlm
kekurangan…

8. Hari paling bahagia.. bila doc bg tau kau dah boleh balik.. dia punya
happy tuan tuan… mcm baru lepas kluar dr lokap tahanan reman..
… terus call grab.. sebelum balik nurse akan bg 1 surat pelepasan.. surat
tu menyatakan yg kau adalah pesakit covid yg telah sembuh
sepenuhnya… mcm sijil la kerana berjaya menempuhi covid dgn

selamat..

kalau yg tak berjaya.. mungkin pihak waris akan dpt sijil kematian korang
dan tengok korang dikebumikan dr jauh sahaja.. Mintak dijauhkan…

Byk lg yg abam nak tulis sebenarnya.. tp penat dah… kalau ada apa apa
yg korang nak tanya pasal covid ni.. pm la abam.. abam cuba jawab..

Cuma abam mohon korang doakan utk anak abam dan wife abam yg
masih lagi stay dkt hosp sg buloh tu supaya dorang kembali sihat dan
dijauhkan dr segala penyakit…. aminnn..

Terima kasih pada semua yg terlibat.. KKM, para doctor, nurse wad 30,
driver ambulan, rakan karib, adik beradik, jiran tetangga.. Semoga Allah
memberi ganjaran yg besar buat kalian kerana ikhlas membantu abam
sekeluarga…

Idzuande idris
Bekas pesakit covid


Click to View FlipBook Version