The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MAIRA HARISSA BINTI MAZLAN Moe, 2023-08-09 05:09:30

LEBIH BAIK CEGAH, MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA

pdf_20230809_164646_0000

LEBIH BAIK CEGAH MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA NAMA: MAIRA HARISSA BINTI MAZLAN & NORSUHADAH BINTI ZULKIFLI SEKOLAH: SMK TEBONG KOD SEKOLAH: MEA0102 TINGKATAN: 5STK1& 5STK2 GURU BIMBINGAN:EN.ARIFF BIN ZAINAL ABIDIN


PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim.. Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada guru penasihat tercinta kami, En.Ariff Bin Zainal Abidin kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan buku skrap ini.Mereka telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga kami berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang kami telah alpa. Mereka membantu kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka. Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan buku skrap ini.Terima kasih.


“DADAH” atau ‘drug’ adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. DADAH


ALKOHOL Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras selalunya diminum ketika bersosial atau digunakan untuk mempertingkatkan “mood” Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk bir, wain, brandi dan wiski


Bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap. Inhalan juga dikenali sebagai bahan hiduan atau sedutan yang mudah meruap (votile). Ia dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsang perubahan minda. INHALAN


Vape atau rokok elektrik adalah salah satu jenis penghantar nikotin elektronik. Rokok jenis ini dikenal karena dapat membantu pecandu rokok tembakau mulai berhenti merokok. VAPE dengan beralih dari rokok tembakau ke rokok elektrik, secara perlahan mereka belajar untuk berhenti merokok. Padahal sebenarnya, vape dan rokok tembakau sama-sama berbahaya bagi kesihatan tubuh badan


ROKOK Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Salah satu penyakit yang dikaitkan dengan kesan merokok adalah Strok (Angin Ahmar) Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak. Kerosakan ini disebabkan oleh kesan nikotin yang menjadikan salur darah akan menjadi tebal dan sempit sehingga menyukarkan aliran darah Akibatnya, sebahagian badan mungkin menjadi lumpuh dan mengakibatkan maut.


AIDS HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser. AIDS adalah singkatan bagi ‘Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit’ dan adalah peringkat terakhir jangkitan HIV.


PENUTUP Kesimpulannya,bahan-bahan tersebut merupakan bahan yang tidak patut dikonsumsi oleh semua pihak. Ini memberi pelbagai kesan buruk terhadap kesihatan dan persekitaran.Kami berharap buku skrap ini dapat memberi pendedahan sedikit sebanyak kepada masyarakat tentang bahan-bahan terlarang. SUMBER RUJUKAN Bahan dari Internet Risalah/majalah


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version