LAPORAN ADMINISTRATIF 1 KAJIAN KEBERKESANAN FATWA DI MALAYSIA: ANALISA ASPEK PERUNDANGAN DAN KEAHLIAN ANGGOTA FATWA Ahmad Faizol Ismail, 3 Amir Husin bin Mohd Nor, 2 Irwan Mohd Subri, 2 Khiral Anwar Daud, 3 Mohd Amiruddin Kamarulzaman, 1 Mohd Farid bin Mohd Shahran,1 Mohd Noor bin Omar,1 Nisar Mohammad bin Ahmad, 2 Wan Mohd Yusof Wan Cik, 3 1Institut Kefahaman Islam Malaysia 2Institut Fatwa & Halal, Universiti Sains Islam Malaysia 3Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin
LAPORAN ADMINISTRATIF 2 Pengenalan Pengurusan fatwa di Malaysia agak unik kerana terdapat institusi fatwa di peringkat kebangsaan (pusat) dan negeri-negeri. Masing-masing mempunyai peranan yang sama iaitu memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia berhubung pendirian syariah dan isu berkaitan kemusykilan agama Islam namun, punca kuasa dan struktur organisasi serta kaedah penerbitan fatwa berbeza-beza di setiap peringkat. Perbezaan juga dapat dilihat dari sudut kriteria piawaian kelayakan ahli majlis fatwa, bilangan, fungsi dan komposisi kepakaran ahli fatwa di peringkat negeri mahupun pusat. Keadaan ini telah menyebabkan pandangan dan pendirian syariah yang dikeluarkan tidak seragam dan dalam keadaan tertentu berbeza dan sukar dalam proses penguatkuasaan terutamanya bagi kes melibatkan rentas negeri. Pemerhatian awal ini menjadi motif utama kajian ini untuk melihat secara terperinci aspek perundangan dan komposisi keahlian fatwa di setiap negeri dan mencari satu pendekatan yang sesuai. Dari sudut perundangan, semua punca kuasa fatwa iaitu enakmen/akta/ordinan fatwa negeri-negeri akan diperhalusi secara khusus agar peruntukan berkaitan tidak menjejaskan keberkesanan fatwa di samping menambahbaikkan peruntukan sedia ada agar setaraf dengan sumber perundangan lain. Manakala dari sudut komposisi keahlian, kajian menumpukan kepada struktur, fungsi, komposisi dan kepakaran ahli majlis fatwa tanpa meninggalkan keperluan kepada bagaimana proses rujukan pakar luar dirundingkan jika kepakaran berkenaan tiada dalam kalangan ahli majlis fatwa. Objektif 1. Mengenal pasti kelompangan yang ada pada enakmen/akta/ordinan berkaitan fatwa di peringkat negeri-negeri. 2. Mencadangkan penambahbaikan enakmen/akta/ordinan berkaitan fatwa di peringkat negeri-negeri. 3. 4. 5. Mengenal pasti piawaian kelayakan ahli majlis fatwa negeri dan penyelidik fatwa pada peringkat pusat dan negeri-negeri. Mengenalpasti komposisi kepakaran yang dimiliki oleh ahli majlis fatwa negeri dan penyelidik fatwa pada peringkat pusat dan negeri-negeri. Mencadangkan suatu kriteria kelayakan, fungsi, bilangan dan komposisi kepakaran personel fatwa kepada institussi fatwa pusat dan negeri berasaskan konsep ijtihad jama’iy. Tempoh Penyelidikan 1 Oktober 2021 – 30 Mac 2023 (1 Tahun 5 Bulan)
LAPORAN ADMINISTRATIF 3 Aktiviti Penyelidikan Kajian Kepustakaan 1. Analisis dokumen Enakmen Pentadbiran Undang-undang, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (negeri-negeri Semenanjung), Ordinan (Sarawak), Enakmen Fatwa (Sabah), Garis Panduan Pengeluaran Fatwa (MKI). 2. Carta organisasi, latar belakang pendidikan, kelulusan dan senarai bidang tugas ahli majlis fatwa. 3. Artikel jurnal, buku dan laporan penyelidikan berkaitan fatwa di institusi fatwa, universiti dan capaian laman sesawang. 4. Semakan dokumen dalaman jabatan mufti negeri-negeri. Temu Bual Pakar / Taklimat 1. Temu bual dengan Mufti, Timbalan Mufti & Pentadbir Jabatan Mufti negeri-negeri. 2. Temu bual dan taklimat Bahagian Syariah & Pengharmonian Undang-undang, Jabatan Peguam Negara, Setiausaha/Penasihat Undang-undang Negeri dan peguam Besar Negeri (Sabah) 3. Temu bual dengan ahli akademik, pakar rujuk dan pengamal undang-undang. Pembentangan Dapatan Awal Kajian Pembentangan dapatan awal dalam Muzakarah Pakar Keberkesanan Fatwa Pembentangan pada 9 Ogos 2022. Muzakarah pakar dihadiri oleh mufti, timbalan mufti dan pengamal perundangan, pembentangan dibuat oleh: 1. YBhg. Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan 2. YBhg. Profesor Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pengarah, Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). 3. Prof. Madya Dr. Wan Mohd Yusof Wan Cik, Pensyarah Kanan Institut Produk & Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE), UniSZA. 4. Prof. Dr. Arief Salleh bin Rosman, Fakulti Tamadun Islam , Universiti Teknologi Malaysia, Persidangan Meja Bulat Input Kajian Keberkesanan Fatwa: Perundangan & Keahlian Fatwa pada 28 Februari 2022 melibatkan perwakilan dari semua pejabat mufti. Dihadiri dan sumbang saran oleh Timbalan Mufti negeri, Pentabdiran Setiusaha Undang-undang Negeri. Pemudahcara/Pembentang Persidanagn Meja Bulat: 1. YBrs. Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, Pengarah/Felow Utama, Pusat Kajian Syariah, Undangundang & Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 2. YBhg. Profesor Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pengarah, Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
LAPORAN ADMINISTRATIF 4 Mesyuarat Pemantauan Penyelidikan 1. Mesyuarat Bil. 1 pada 20 Januari 2022 2. Mesyuarat Khas Bil 3 & Bengkel Semakan Penyelidikan 29-30 Jun 2022 3. Mesyuarat Bil. 4 pada 7 Oktober 2022 4. Mesyuarat Bil. 5 pada 20 Januari 2023 Output Penyelidikan Laporan Kajian yang mengandungi dapatan kajian bagi setiap aspek (perundangan & keahlian) fatwa serta usul dan cadangan kepada pihak berkepentingan. Kandungan Laporan Kajian 1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri yang mempunyai peruntukan, klausa dan rujuk silang yang bermasalah. 2. Kefahaman dan penggunaan terma-terma penting berkaitan keputusan dan syor fatwa 3. Komposisi dan keahlian carta organisasi dan ahli mesyuarat fatwa negeri-negeri. 4. Bilangan dan taburan keanggotaan ahli majlis fatwa negeri-negeri serta bidang tugas. 5. Konsep asas dalam pembinaan institusi fatwa 6. Isu-isu urus tadbir penyelidikan di institusi fatwa 7. Cadangan dan usul kajian
LAPORAN ADMINISTRATIF 5 Belanjawan Bil. Peruntukan Perbelanjaan Ulasan 1. Pembantu Penyelidik (2 orang x RM 1,800 x 9 bulan) = RM 28,800.00 RM 32,400.00 Tempoh pembayaran elaun pembantu penyelidik : 6 + 3 bulan (masih dalam bajet keseluruhan) 2. Elaun Mesyuarat (6 Ahli Luar x RM 200 x 2 kali x 2 hari) = RM 4,800.00 Tuntutan perbatuan/perjalanan luar Lembah Kelang = RM5,000.00 RM 9,800.00 - Mesyuarat melibatkan penyelidik luar berlangsung sebanyak tiga kali. - Elaun mesyuarat penyelidik luar dibayar mengikut kehadiran fizikal sahaja. Mesyuarat dalam talian tidak dibayar elaun. 2. Perbelanjaan makan dan minum mesyuarat (9 Ahli x RM 20 x 1 kali x 2 hari) = RM 1,120.00 Tuntutan pembelian cenderahati = RM1317.44 RM1,120.00 RM1,317.44 Mesyuarat/bengkel dilaksanakan dalam pakej penginapan & lokasi Cenderahati diserahkan kepada pakar/sesi temu bual 3. Percetakan = RM 1,000.00 - Tidak berkenaan 4. Muzakarah Pakar (untuk membentangkan dapatan) = RM 5,390.00 Perbincangan Meja Bulat Input Penyelidikan = RM2,000.00 RM5,390.00 RM2,000.00 Diserap di bawah bajet UPL Diserap di bawah bajet UPL 5. Perbelanjaan Luar Jangka (10% daripada sub-jumlah aktiviti penyelidikan) = RM 2,000.00 RM2,000.00 Tidak berkenaan Total RM 55,680.00 (Bajet) RM 54,027.44 *perbelanjaan sebenar dan menyeluruh perlu disemak silang dengan Bahagian Kewangan & Pelaburan IKIM Baki RM 1,652.56
LAPORAN ADMINISTRATIF 6 Penutup Kajian ini merumuskan ketidakselarasan dan kelompangan peruntukan enakmen pentadbiran Islam negeri-negeri sebagai punca kuasa, ketidakseimbangan komposisi dan keahlian ahli majlis fatwa negeri-negeri serta kaedah penerbitan fatwa menyumbang kepada masalah keberkesanan fatwa dilaksanakan di Malaysia secara harmoni. Kajian ini juga mengusulkan cadangan penambahbaikan berkaitan bagi meningkatkan keberkesanan peruntukan undang-undang dan pengurusan institusi fatwa di Malaysia. Lampiran Cabutan Ringkasan Laporan Penyelidikan
LAPORAN ADMINISTRATIF 7 LAPORAN AKHIR KAJIAN PENAMBAHBAIKAN KEBERKESANAN FATWA DI MALAYSIA: ANALISA ASPEK PERUNDANGAN Dapatan Kajian Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, penyelidik mendapati bahawa terdapat ketiadaan definisi fatwa yang jelas di dalam enakmen/akta/ordinan. Antaranya terdapat negeri-negeri yang menyebut tafsiran fatwa tetapi merujuk kepada enakmen yang terdahulu iaitu enakmen yang sebelum dipinda kepada enakmen yang tekini iaitu di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri iaitu negeri Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Terengganu: NEGERI TAFSIRAN FATWA RUJUKAN Pulau Pinang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 2013 Seksyen 2. Tafsiran "fatwa" ertinya mana-mana fatwa yang dibuat di bawah seksyen 36 Enakmen Pentadbiran; Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 Bahagian II - Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Seksyen 36. Amaun surcaj Selangor Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 Seksyen 2, Tafsiran "fatwa" sebagai “mana-mana fatwa yang dibuat di bawah dan mengikut seksyen 31 Enakmen Pentadbiran”. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Bahagian II - Majlis Agama Islam Selangor Seksyen 31. Jawatankuasa tatatertib. Johor Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 Seksyen 2. Tafsiran. "fatwa" ertinya mana-mana fatwa yang dibuat di bawah seksyen 16 Enakmen Pentadbiran; Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 Bahagian II - Majlis Agama Islam Negeri Johor Seksyen 16. Setiausaha.
LAPORAN ADMINISTRATIF 8 Terengganu Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 Seksyen 2. Tafsiran. "fatwa" ertinya mana-mana fatwa yang dibuat di bawah seksyen 50 Enakmen Pentadbiran; Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 2001 Bahagian III - Pelantikan Mufti, Kuasa Dalam Hal Ehwal Agama Dan Jawatankuasa Fatwa Seksyen 50. Tatacara pembuatan fatwa. Selain itu, terdapat negeri-negeri yang menyebut tafsiran fatwa namun disebut dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri iaitu negeri Kedah, Sarawak, Wilayah Persekutuan. NEGERI TAFSIRAN FATWA RUJUKAN Kedah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 Seksyen 2. Tafsiran “fatwa” ertinya mana-mana fatwa yang dibuat di bawah Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008; Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 Bahagian III - Jawatankuasa Fatwa Seksyen 10. Jawatankuasa Fatwa Maka hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Fatwa yang bertanggungjawab memberi nasihat kepada Mufti di atas apa-apa persoalan yang belum muktamad berhubung Hukum Syarak. Sarawak Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001 Seksyen 2. Tafsiran. "fatwa" ertinya fatwa yang dikeluarkan di bawah seksyen 37 Ordinan Majlis Islam Sarawak, 2001 [Bab 41]; Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 Seksyen 37. Kuasa Majlis untuk mengeluarkan fatwa. (1) Majlis boleh mengeluarkan suatu fatwa atas apa-apa perkara atau rukun Undang-Undang Islam atau atas apa-apa perkara mengenai amalan agama Islam:
LAPORAN ADMINISTRATIF 9 Wilayah Persekutuan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Seksyen 2, Tafsiran; "fatwa" ertinya mana-mana fatwa yang dibuat di bawah seksyen 34 Akta Pentadbiran; Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 Bahagian III - Perlantikan Mufti, Kuasa Dalam Hal Ehwal Agama Dan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Seksyen 34. Fatwa. Mufti hendaklah, atas perintah Yang diPertuan Agong, dan bolehlah, atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan mana-mana orang yang dibuat melalui surat yang ditujukan kepada Mufti, membuat dan menyiarkan dalam Warta suatu fatwa atau pendapat atas apa-apa persoalan yang belum diselesaikan atau yang menimbulkan pertikaian mengenai atau berhubungan dengan Hukum Syarak. Pulau Pinang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 Seksyen 2. Tafsiran “fatwa” ertinya mana-mana fatwa yang dibuat di bawah seksyen 36 Enakmen Pentadbiran; Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Pulau Pinang) 1993 Bahagian III - Mufti Dan Jawatankuasa Syariah Seksyen 36. Fatwa. Tertakluk kepada seksyen 39 (5) Mufti hendaklah, atas perintah Yang di-Pertuan Agong, dan bolehlah, atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan dari manamana orang yang dibuat dengan surat yang ditujukan kepada Mufti, membuat dan menyiarkan dalam Warta, fatwa atau pendapat atas sesuatu persoalan yang belum terputus atau yang menimbulkan pertikaian mengenai atau yang berkaitan dengan Hukum Syara’.
LAPORAN ADMINISTRATIF 10 Pahang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pahang) 2013 Seksyen 2, Tafsiran; “fatwa” ertinya mana-mana fatwa yang dibuat di bawah seksyen 36 Enakmen Pentadbiran; Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Pahang) 1991 Bahagian II - Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Seksyen 36. Fatwa. Mufti boleh atas daya usahanya sendiri atau atas permintaan daripada mana-mana orang yang dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada Mufti, atau atas perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat dan, tertakluk kepada subseksyen 2, menyiarkan dalam Warta fatwa atau pendapat atas sesuatu persoalan yang belum diputuskan atau persoalan yang menimbulkan pertikaian mengenai atau yang berkaitan dengan Hukum Syarak. Dan yang terakhir, hanya negeri Kelantan sahaja yang menyebut seksyen fatwa di dalam Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994: Kelantan Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 Bahagian II- Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Jamaah Ulama’ Seksyen 36. Fatwa.
LAPORAN ADMINISTRATIF 11 Selanjutnya, majoriti negeri ada peruntukan seksyen berkenaan fatwa yang ada hubungan dengan kepentingan nasional dan mempunyai kepelbagaian perkataan di dalam penentuan mengambil keputusan fatwa di peringkat nasional. Berikut adalah dapatan yang telah diperolehi oleh penyelidik: 1. Negeri-Negeri Yang Menyebut Perkataan ‘Hendaklah’ NEGERI PERUNTUKAN ENAKMEN Sarawak Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 Seksyen 41. Fatwa yang ada kaitan dengan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan nasional. (6)... maka Majlis hendaklah memberitahu Yang di-Pertua Negeri tentang fatwa itu mengikut apa-apa nasihat dan syor itu dan seksyen 37 hendaklah terpakai baginya. Kedah Enakmen Mufti Dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 Seksyen 24. Fatwa yang ada hubungan dengan kepentingan nasional (3) Jika Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan memberikan perkenannya di bawah subseksyen (1), Mufti hendaklah, sebelum fatwa itu dirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa, memaklumkan kepada Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman tentang rujukan itu. Selangor Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Seksyen 52. Menerima pakai nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. (2) Nasihat atau syor yang diterima pakai menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai fatwa dan seksyen 48, kecuali subseksyen 48(7), hendaklah terpakai baginya.
LAPORAN ADMINISTRATIF 12 2. Negeri-Negeri Yang Menyebut Perkataan ‘Bolehlah’ NEGERI PERUNTUKAN ENAKMEN Johor Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 Seksyen 51. Fatwa yang ada hubungan dengan kepentingan kebangsaan. (6) … maka Majlis hendaklah menimbang nasihat dan syor itu dan selepas itu bolehlah menyebabkan supaya fatwa mengikut nasihat dan syor itu disiarkan dalam Warta tanpa apa-apa pindaan atau ubahsuaian dan peruntukan-peruntukan seksyen 48, kecuali subseksyen 48(7), hendaklah terpakai baginya. Sabah Enakmen Fatwa Sabah 2004 Seksyen 11. Fatwa yang ada hubungan dengan kepentingan nasional (6)... maka Majlis hendaklah menimbang nasihat dan syor itu dan selepas itu bolehlah menyebabkan supaya fatwa mengikut nasihat dan syor itu disiarkan dalam Warta tanpa apa-apa pindaan atau ubahsuaian dan peruntukan-peruntukan seksyen (8), kecuali subseksyen 8(7), hendaklah terpakai baginya. Pulau Pinang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 Seksyen 51. Fatwa yang ada hubungan dengan perkara kepentingan nasional (6)... maka Jawatankuasa Fatwa hendaklah menimbang nasihat dan syor itu dan selepas itu bolehlah menyebabkan supaya fatwa mengikut nasihat dan syor itu disiarkan dalam Warta tanpa apa-apa pindaan atau ubahsuaian dan peruntukan-peruntukan seksyen 48, kecuali subseksyen 48(5), hendaklah terpakai baginya. Perlis Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 Seksyen 51. Fatwa yang ada hubungan dengan kepentingan nasional (6) maka Majlis hendaklah menimbang nasihat dan syor itu dan selepas itu bolehlah menyebabkan supaya fatwa mengikut nasihat dan syor itu disiarkan dalam Warta tanpa apa-apa pindaan atau ubahsuaian dan peruntukan-peruntukan seksyen 48, kecuali subseksyen 48(7), hendaklah terpakai baginya.
LAPORAN ADMINISTRATIF 13 3. Negeri-Negeri Yang Menyebut Perkataan ‘Boleh’ NEGERI PERUNTUKAN ENAKMEN Melaka Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 Seksyen 39. Fatwa yang ada hubungan dengan perkara kepentingan nasional. (6) maka Majlis hendaklah menimbangkan nasihat dan syor itu dan sesudah itu boleh menyebabkan supaya fatwa mengikut nasihat dan syor itu disiarkan dalam Warta tanpa apa-apa pindaan atau ubahsuaian, dan peruntukan seksyen 36, kecuali subseksyen 36(7), hendaklah terpakai baginya. Perak Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 Seksyen 40. Fatwa yang ada hubungan dengan kepentingan nasional. (6) maka Majlis selepas berunding dengan Jawatankuasa Fatwa boleh menimbangkan nasihat dan syor itu dan sesudah itu Jawatankuasa Fatwa boleh membuat syor kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk mendapatkan perkenan Baginda supaya fatwa mengikut nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan disiarkan dalam Warta tanpa apa-apa ubahsuaian atau pindaan dan subseksyen 37(5), (6), (8) dan (9) hendaklah terpakai baginya.[Pin. En. A6; s.3] Negeri Sembilan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 Seksyen 52. Fatwa yang berhubung dengan kepentingan nasional (6), maka Majlis setelah berunding dengan Jawatankuasa fatwa boleh menimbangkan nasihat dan syor itu dan sesudah itu boleh menyebabkan supaya fatwa mengikut nasihat dan syor itu disiarkan dalam Warta tanpa apa-apa pindaan atau ubahsuaian, dan peruntukan seksyen 49, kecuali subseksyen 49(6), hendaklah terpakai baginya. 4. Negeri Yang Tidak Mempunyai Peruntukan Tersebut Berdasarkan kajian yang dilakukan terdapat hanya empat negeri yang tidak mempunyai peruntukan tersebut iaitu negeri Terengganu, Pahang, Kelantan dan Wilayah Persekutuan.
LAPORAN ADMINISTRATIF 14 Rumusan/Cadangan Berdasarkan dapatan kajian yang dibentangkan sebelum ini, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan bagi enakmen/akta/ordinan kefatwaan di Malaysia ini yang dapat diketengahkan seperti berikut: 1.2.1 Pindaan atau semakan terhadap peruntukan dalam enakmen kefatwaan wajar dan perlu dikemaskini mengikut kehendak sekarang ini contohnya antara lima hingga sepuluh tahun sekali. Semakan terhadap enakmen berkenaan kefatwaan juga perlu dilihat dari semasa ke semasa agar ia dapat diselarikan dengan enakmen yang telah digubal atau dipinda kerana setiap pemegang taruh bagi enakmen berkaitan syariah adalah termaktub di bawah kuasa negeri-negeri dan berbeza fungsi bagi setiap enakmen itu sendiri. 1.2.2 Setiap Jabatan Mufti Negeri perlu memasukkan definisi fatwa yang jelas dalam bahagian “Tafsiran” Enakmen Pentadbiran Agama Islam / Enakmen Fatwa. Hal ini supaya dapat memudahkan orang awam untuk memahami apa itu maksud fatwa yang sebenarnya dalam konteks kefatwaan di Malaysia dan tidak menimbulkan kesalahfahaman antara masyarakat. 1.2.3 Mendefiniskan maksud “Qawl Muktamad” dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam / Enakmen Fatwa dengan lebih jelas. Hal ini supaya dapat memudahkan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri mengaplikasi penggunaan Qawl Muktamad empat mazhab dalam pemfatwaan sesuatu isu. Dicadangkan agar setiap Jabatan Mufti Negeri menerima pakai “Garis Panduan Pengeluaran Fatwa Di Malaysia” yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM dengan kerjasama Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD)1 , Universiti Sains Islam Malayia (USIM)alam garis panduan ini, telah dinyatakan maklumat tentang Qawl Muktamad empat mazhab yang muktabar. 1.2.4 Memasukkan klausa pemfatwaan yang berdasarkan manhaj Ahlu Sunnah Wal Jamaah dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam / Enakmen Fatwa. Hal ini untuk memantapkan dan menguatkan manhaj Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang menjadi teras pegangan umat Islam di Malaysia. 1 Kini dikenali sebagai Institut Fatwa dan Halal (IFFAH).
LAPORAN ADMINISTRATIF 15 1.2.5 Mewujudkan enakmen khas fatwa yang berasingan daripada Enakmen Pentadbiran Agama Islam. Hal ini kerana Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri mengandungi pelbagai bahagian yang berbeza. Sebagai alternatif, jika ada kekangan untuk mewujudkan enakmen fatwa yang berasingan, negeri juga boleh mewujudkan kaedah & peraturan yang lebih kondusif dan terperinci di bawah enakmen induk dengan memasukkan penambahan peruntukan seksyen atau klausa yang relevan dan terkini sama ada berkaitan Mufti atau Timbalan Mufti, Jawatankuasa Fatwa, tatatacara pembuatan fatwa daln lain-lain. 1.2.6 Melantik wakil Penasihat Undang-Undang Negeri yang berkelulusan undang-undang Syariah Dalam Jawatankuasa Fatwa. Hal ini untuk memastikan penasihatan aspek undangundang dalam penfatwaan. Ia juga untuk memastikan sighah fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa telah mematuhi aspek perundangan supaya tidak dicabar dalam mana-mana mahkamah sivil atau Syariah. 1.2.7 Pihak Jabatan Mufti Negeri melakukan audit atau semakan kertas kajian hukum. Audit atau semakan kertas kajian hukum diperlukan bagi menyemak prosedur yang dikeluarkan oleh penyelidik-penyelidik Jawatankuasa Fatwa di setiap negeri dari segi penghujahan, pendalilan, rujukan dan lain-lain. Perkara ini adalah penting bagi memastikan hukum fatwa yang dikeluarkan adalah tepat dan mempunyai penghujahan yang komprehensif. Audit atau semakan ini boleh dilakukan oleh pegawai dalaman Jabatan Mufti Negeri atau ahli akademik daripada mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. 1.2.8 Fatwa yang melibatkan kepentingan nasional diselaraskan di semua peringkat negeri. Hal ini untuk mengelakkan atau mengurangkan kekeliruan dalam kalangann masyarakat awam tentang keputusan fatwa yang diputuskan.
LAPORAN ADMINISTRATIF 16 KEBERKESANAN FATWA DI MALAYSIA: KEAHLIAN DAN KEWIBAWAAN PERSONEL FATWA DI MALAYSIA Dapatan Kajian
LAPORAN ADMINISTRATIF 17
LAPORAN ADMINISTRATIF 18
LAPORAN ADMINISTRATIF 19 Rumusan & Cadangan
LAPORAN ADMINISTRATIF 20
LAPORAN ADMINISTRATIF 21
LAPORAN ADMINISTRATIF 22
LAPORAN ADMINISTRATIF 23 Dengan mengambil kira segala dapatan kajian kepustakaan dan lapangan, model majlis jawatankuasa fatwa yang dikemukakan adalah seperti berikut :
LAPORAN ADMINISTRATIF 24 KAJIAN KEBERKESANAN FATWA DI MALAYSIA: ANALISA ASPEK PERUNDANGAN DAN KEAHLIAN ANGGOTA FATWA Ahmad Faizol Ismail, 3 Amir Husin bin Mohd Nor, 2 Irwan Mohd Subri, 2 Khiral Anwar Daud, 3 Mohd Amiruddin Kamarulzaman, 1 Mohd Farid bin Mohd Shahran,1 Mohd Noor bin Omar,1 Nisar Mohammad bin Ahmad, 2 Wan Mohd Yusof Wan Cik, 3 1Institut Kefahaman Islam Malaysia 2Institut Fatwa & Halal, Universiti Sains Islam Malaysia 3Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin Sekian Terima kasih