BUKU LOG BBUULLAANN SSAABBIITT MMEERRAAHH MMAALLAAYYSSIIAA BBUULLAANN SSAABBIITT MMEERRAAHH MMAALLAAYYSSIIAA
NAMA : NO. IC : NO. MATRIK : NO. BSMM : OPSYEN/ AMBILAN : PENSYARAH PENASIHAT : MAANDEEP KAUR SIDHU A/P SURJIT SINGH 030228050360 2021292340446 01-0124-00202060 TESL 1/ AMBILAN JUN 2022 DR. HANAPIAH BIN KHAMIS
TOPIK 1: Pengurusan dan Pentadbiran Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia Pendaftaran ahli & kumpulan Kuasa penganjur Struktur unit Pengurusan buku log Tanggungjawab pemimpin Pakaian seragam ahli & pemimpin Takwim & rancangan aktiviti Perlantikan jawatankuasa unit Pengurusan badan beruniform secara sistematik dan terancang TOPIK 2: Sejarah Pendidikan Palang Merah/Bulan Sabit Merah Sejarah Prinsip-prinsip asas bulan sabit merah Struktur dan organisasi pertubuhan palang merah/bulan sabit merah antarabangsa Struktur dan organisasi pertubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Undang-undang kemanusiaan antarabangsa/ Pembangunan konvensyen - konvensyen Geneva Protokol-protokol tambahan Tanggungjawab negara-negara. Konvensyen-konvensyen Hague Lambang/emblem Pengenalan/indikatif & perlindungan dengan penggunaan lambang dan signifikannya Undang-undang asas konvensyen TOPIK 3: Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah. Program unit berunifom BSMM di sekolah rendah IISSII KKAANNDDUUNNGGAANN Carta Organisasi BSMM IPGKTHO Carta Organisasi Kumpulan Rujukan
CARTA ORGANISASI BSMM IPGKTHO
CARTA ORGANISASI KUMPULAN KUMPULAN 1: LADYBUGS
TTOOPPIIKK 11:: PPEENNGGUURRUUSSAANN DDAANN PPEENNTTAADDBBIIRRAANN UUNNIITT BBEERRUUNNIIFFOORRMM BBUULLAANN SSAABBIITT MMEERRAAHH MMAALLAAYYSSIIAA
Keahlian Terbuka Keahlian BSMM terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan politik. Ahli dan sukarelawan yang daripada pelbagai golongan dapat memberikan sumbangan perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip persatuan. Pendaftaran Ahli Komposisi Keahlian Ahli kanak-kanak: 9 hingga 12 tahun Ahli Belia : 13 hingga 18 tahun Ahli Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam / Tidak Berpakaian Seragam / Ahli Seumur Hidup : 18 tahun ke atas Ahli Kehormat Seumur Hidup : Anugerah kepada individu yang memberikan sumbangan Jenis Ahli AHLI BIASA Yuran tahunan RM2.00 setahun Bayaran dijelaskan kepada Setiausaha Cawangan atau Cabang. Resit pembayaran akan dikeluarkan oleh Setiausaha Cawangan atau Cabang. AHLI BELIA (PERMOHONAN AKAN DILULUSKAN OLEH JAWATANKUASA CAWANGAN) Tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Kanak-kanak Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Muda Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di unit Pasukan Sukarela (Voluntary Aid Detachment VAD) AHLI SEUMUR HIDUP Permohonan adalah di atas budi bicara dan kelulusan Cawangan Bayaran yuran ialah RM500 AHLI KEHORMAT SEUMUR HIDUP Ahli kenamaan yang dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan Anugerah Ahli Kehormat Seumur Hidup diberikan tidak lebih daripada 4 orang setiap tahun PASUKAN BANTUAN SUKARELA Bayaran yuran ialah RM2.00 setahun, namun digalakkan untuk membayar yuran sekali gus untuk 5 tahun PENDAFTARAN AHLI & KUMPULAN
1 2 3 4 Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam sistem database di Ibu Pejabat Kebangsaan. Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod keahlian Cawangan yang tiada unit di bawah pentadbiran, rekod disimpan oleh Jawatankuasa Eksekutif Cawangan. Kad keahlian diberi nombor bersiri dan diperoleh dari Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Cawangan. Pengeluaran kad kepada ahli perlu didaftarkan. Kad lama perlu digantikan dengan yang baru melalui Sekretariat Cawangan atau Cabang. Rekod dan Kad Keahlian Salinan asal kepada Ibu Pejabat Kebangsaan Salinan kedua disimpan oleh Cawangan Salinan ketiga diserahkan kembali kepada Cabang @ Unit Kad keahlian kepada Ahli Biasa atau Ahli Seumur Hidup Borang Dan Kelulusan Keahlian: 01 Borang keahlian perlulah lengkap dengan gambar. 02 Apabila permohonan telah diluluskan oleh pihak Cawangan, maka borang berkenaan hendaklah diserahkan kepada : PENDAFTARAN AHLI & KUMPULAN
PENDAFTARAN AHLI & KUMPULAN Pendaftaran Kumpulan Pendaftaran bagi Pasukan KanakKanak/ Belia Setiap sekolah hanya dibenarkan untuk menubuhkan satu pasukan BSMM. Bilangan minimum ahli ialah 15 orang bagi satu pasukan. Pihak sekolah menghantar borang pendaftaran kepada Setiausaha Cabang dan disemak oleh pihak Cabang. Permohonan kemudiannya akan diusulkan kepada Setiausaha Cawangan. Pendaftaran bagi Pasukan Belia Terbuka Pendaftaran bagi Pasukan Bantuan Sukarela Ditubuhkan di kawasan yang diberikan kelulusan oleh belia Cabang sahaja. Bilangan minimum ahli ialah seramai 15 orang. Borang pendaftaran perlu dihantar kepada Cabang sebelum dihantar kepada Ibu Pejabat Kebangsaan untuk disemak dan dikeluarkan Sijil Pendaftaran Pasukan. Ditubuhkan di kawasan yang disyorkan oleh Cabang. Bilangan minimum ahli ialah seramai 15 orang. Langkah pendaftaran adalah sama seperti pendaftaran Pasukan Kanak-kanak/ Belia. Pasukan kanak-kanak Pasukan Belia Pasukan Belia Terbuka Pasukan Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam Pasukan Bantuan Sukarela Tidak Berpakaian Seragam Pasukan Bantuan Sukarela IPT
Aktiviti-aktiviti di peringkat Chapter biasanya dijalankan oleh unit-unit bahagian Kumpulan Perkhidmatan Kebajikan, Pasukan Bantuan Sukarelawan, dan sekolahsekolah. Struktur unit di sekolah terdiri daripada: 1.Kanak-kanak (Link) 2.Belia (Youth) Bagi unit Belia, Pegawai Belianya ialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh pengetua. Bagi unit kanak-kanak, Pegawai Kanak-kanaknyaialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh GuruBesar. Antara kuasa penganjur yang digariskan ialah : Meluluskan pendaftaran tahunan unit BSMM dengan ibu pejabat BSMM. Penganjur merupakan salah seorang daripada dua penurun tandatangan rasmi (official signatories) dan seorang lagi ialah pemimipin kumpulan bagi akaun simpanan atau semasa untuk BSMM tersebut Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin BSMM. Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit BSMM apabila diperlukan. Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran seperti rombongan, kembara dan perkhemahan untuk ahli-ahli BSMM Menyelia dan mengawal kemajuan unit BSMM di sesebuah institusi. Menganjur kursus-kursus sijil lencana kecekapan dan sijil peperiksaan. Memberikan khidmat nasihat tentang BSMM kepada waga institusi. STRUKTUR UNIT Setiap unit yang berdaftar mempunyai nombor unit yang khas, yang menunjukkan unit itu dari cabang mana dan dan dari bahagian mana. Contohnya, unit PK(Y)118 menunjukkan unit ini dari cabang Perak, merupakan Youth (Belia) dan nombor 118 menunjukkan ia unit ke-118 didaftarkan. KUASA PENGANJUR
Mengandungi catatan rekod yang boleh dijadikan panduan atau laporan dan mengesahkan penglibatan seseorang. Rakaman sesuatu peristiwa yang berlaku dan catatan harian sesuatu aktiviti. Buku log yang baik mempunyai sekitar 200 sehingga 300 helaian muka surat. Kulit luar buku log dibalut dengan plastik supaya tidak mudah rosak. TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN Pemimpin dalam Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) seperti Guru Penasihat, Ketua Komander dan Ketua Pasukan memainkan peranan yang penting dalam mengendalikan persatuan. Antara tanggungjawab pemimpin ialah: Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa (AJK). Memastikan adanya perlembagaan dan peraturan. Memastikan aktiviti yang dijalankan adalah selaras dengan objektif institusi pendidikan. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar. Memastikan bahawa pasukan yang dianggotai oleh pemimpin adalah berdaftar dan mendapat kelulusan daripada pihak pentadbir. Mengurus penyertaan ahli sama ada di peringkat sekolah, daerah, bahagian atau peringkat yang lebih tinggi. Memohon kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga pelajar melalui pengurusan institusi pendidikan jika khidmat atau kepakaran pelajar diperlukan di luar institusi. Menyatakan kebersediaan untuk menjadi guru pengiring bagi sebarang penyertaan tanpa mengira peringkat pertandingan, penyeliaan, anjuran, projek dan sebagainya. Contoh Buku Log PENGURUSAN BUKU LOG
PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN
TAKWIM & RANCANGAN AKTIVITI
PELANTIKAN JAWATANKUASA UNIT Terdapat pelbagai persatuan yang telah ditubuhkan di Malaysia. Setiap dari persatuan tersebut mempunyai cara penubuhan yang berbeza kerana terikat dengan perlembagaan. Terdapat dua cara perlantikan jawatankuasa bagi sesuatu persatuan iaitu: 1.Mesyuarat Agong Semua ahli mempunyai hak untuk mencalonkan, memilih dan melantik sesiapa sahaja di kalangan ahli sebagai ahli jawatankuasa. Antara jawatan yang dipertandingkan ialah Pengerusi, Naib pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Ahli jawatankuasa kerja. Selalunya, pemilihan adalah dengan mengangkat tangan atau undian dalam kertas secara rahsia 2.Pelantikan oleh penasihat Perlantikan dilakukan melalui perbincangan dengan ahli atau ujian tertentu terutamanya untuk pasukan unit beruniform. Ini berbeza kerana perlantikan melalui nasihat akan mengikut kebolehan seseorang ahli yang tertinggi berbanding dengan ahli yang lain. Selain itu, carta organisasi untuk perlantikan melalui penasihat juga berbeza dari perlantikan yang dilakukan menerusi mesyuarat agong. Biasanya, jawatankuasa akan dibentuk mengikut carta organisasi seperti berikut:
bidang tugas jawatankuasa Penasihat Memberi panduan, nasihat dan tunjuk ajar serta bimbingan untuk melaksanakan aktiviti dan mentadbir persatuan. Pengerusi Mengurus persatuan mengikut perlembagaan atau melaksanakan keputusan Mesyuarat Jawatankusa Kerja atau Mesyuarat Agong. 1. 2. Mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja. 3. Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti persatuan 4. Membuat kertas kerja dan berbincang dengan pentadbir 5. Mencari inisiatif untuk memantapkan lagi persatuan Naib Pengerusi 1. Membantu pengerusi mengurus dan mentadbir persatuan. 2. Menjadi pengerusi mesyuarat atau menjalankan tugas pengerusi apabila ketiadaan pengerusi. 3. Menjalankan tugas mengikut ketetapan dalam perlembagaan Setiausaha 1. Menyimpan pendaftaran ahli. Membuat urusan surat – menyurat dengan pihak luar, pentadbir institusi pendidikan atau ahli persatuan. 2. 3. Menjemput dan mengedar surat panggilan untuk semua jenis mesyuarat. 4. Berkerjasama dengan pengerusi untuk mentadbir pembelian dan kewangan persatuan. 5. Menjalankan tugas mengikut ketetapan perlembagaan persatuan. 6. Merekod kegiatan gerak kerja ko – kurikulum. Penolong Setiausaha 1. Membantu setiausaha dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. 2. Menjalankan tugas setiausaha ketika ketiadaan setiausaha. 3. Menjalankan tugas yang diarah penasihat dari semasa ke semasa. Bendahari 1. Menyimpan rekod dan stok harta persatuan. 2. Memungut dan menyimpan kenyataan pembayaran yuran ahli. 3. Mengurus dan mentadbir pembelian dan kewangan persatuan. 4. Menyimpan dan menyiapkan penyata kira – kira persatuan. 5. Menjalankan tugas mengikut ketetapan dalam perlembagaan persatuan Penolong Bendahari 1. Bekerjasama dengan bendahari dalam pengurusan kewangan persatuan. 2. Membantu melaksanakan tugas-tugas bendahari ketika ketiadaan bendahari. Ketua Patrol/ Ketua Biro 1. Mengetuai satu kumpulan kecil ahli bagi melaksanakan sesuatu tugas yang diarahkan. Membantu pengerusi dan setiausaha melaksanakan tugas yang ditetapkan mengikut perlembagaan persatuan. 2.
carta organisasi bsmm
carta organisasi bsmm
carta organisasi bsmm (ipgktho)
PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM SECARA SISTEMATIK DAN TERANCANG Struktur Organisasi Tetapkan struktur organisasi yang jelas dan hierarki yang membantu dalam pengambilan keputusan dan pelaksanaan tugas. 1. 2. Tentukan tugas dan tanggungjawab setiap unit atau jabatan dalam badan beruniform. Pengurusan Sumber Manusia 1. Rekrut anggota dengan kriteria yang sesuai dengan misi dan nilai-nilai BSMM. Sediakan latihan dan pembangunan bagi anggota untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka. 2. Tetapkan prosedur pengurusan prestasi untuk menilai dan memberi ganjaran kepada anggota yang berprestasi. 3. 4. Rancang bajet tahunan yang mencukupi untuk memastikan kelangsungan operasi dan aktiviti badan. 5. Pantau dan laporan kewangan secara berkala untuk memastikan penggunaan dana yang berkesan. Komunikasi & Koordinasi 1. Tetapkan saluran komunikasi yang efektif di antara semua peringkat dalam organisasi. Adakan mesyuarat berkala untuk membincangkan isu-isu semasa dan merancang strategi masa depan. 2. Logistik & Pengurusan Stok Pastikan persediaan peralatan dan bekalan mencukupi untuk menyokong aktiviti-aktiviti kecemasan atau bantuan kemanusiaan. 1. 2. Rancang sistem pengurusan stok yang efisien untuk mengelakkan kekurangan atau pembaziran. Pengurusan Risiko 1. Kenal pasti dan nilai risiko yang mungkin dihadapi oleh badan beruniform. 2. Rancang strategi untuk mengurangkan dan mengurus risiko tersebut. Pemantauan & Penilaian Prestasi 1. Pantau pelaksanaan program dan projek secara berkala. Lakukan penilaian prestasi badan beruniform untuk menilai keberkesanan dan mencadangkan perbaikan. 2. Kerjasama dengan Pihal Luar Bangunkan hubungan yang baik dengan pihak kerajaan, masyarakat awam dan organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk meningkatkan kerjasama dan sokongan. 1. Teknologi & Sistem Maklumat Gunakan teknologi dan sistem maklumat untuk menyokong pengurusan di pemantauan aktiviti, dan pelaporan. 1.
TTOOPPIIKK 22:: SSEEJJAARRAAHH PPEENNDDIIDDIIKKAANN PPAALLAANNGG MMEERRAAHH// BBUULLAANN SSAABBIITT MMEERRAAHH
Palang Merah British di Borneo Utara Palang Merah British di Pulau Pinang Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu Penukaran nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (162/1975) Persatuan Palang Sabit Merah Malaysia Pengiktirafan oleh Jawatankuasa Palang Merah Antrabangsa (ICRC) Akta Penubuhan 1965 (540/1965) Kajian semula : Law of Malaysia Act 540 1948 1950 1963 1965 1975 1995 1957 SEJARAH PENUBUHAN
Bulan sabit merah di Malaysia Giat berjasa untuk negara Tanpa kaum puak dan agama Waktu aman atau bahaya Bulan sabit merah gerakan sedunia Membantu semua yang derita Badan sukarela berkhidmat Dengan tabah dan bersemangat Di mana jua adanya sengsara Disana ada kita Didarat laut kita sedia Walau diancam bahaya Bulan sabit merah di Malaysia Membantu semua yang derita Badan sukarela berkhidmat Dengan penuh bersemangat Lagu ini diputarkan buat pertama kalinya pada tahun 1975 semasa Majlis Penukaran Nama Persatuan daripada Pertubuhan Palang Merah Malaysia (Malaysian Red Cross Society) kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Malaysian Red Crescent Society). VIDEO LAGU BSMM LAGU BSMM
Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung dan pemerintah-pemerintah di negara kami. Bahawa kami berikrar akan sentiasa patuh pada perlembagaan dan undang-undang serta arahan persatuan walau di mana kami berada. Bahawa kami berikrar akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman atau bencana berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut: 1. Kemanusiaan 2. Kesaksamaan 3. Keberkecualian 4. Kebebasan 5. Khidmat Sukarela 6. Ketunggalan 7. Kesejagatan IKRAR BSMM
Palang Merah (Red Cross) yang berpangkalan di Switzerland diasaskan oleh seorang ahli perniagaan iaitu Jean Henry Dunant yang lahir pada 8 Mei 1828 di Geneva. Semasa meningkat dewasa, beliau banyak menyertai persatuan-persatuan yang berunsurkan kemanusiaan seperti League of Alms yang bermatlamat untuk membantu golongan miskin dan menderita. Minat yang tinggi terhadap dunia perniagaan telah menyebabkan Henry meletakkan jawatan beliau sebagai pegawai bank demi memenuhi minat beliau. Perniagaan yang dibangunkan oleh Henry mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat. Namun begitu, semuanya berubah dengan sekelip mata apabila tercetusnya Perang Solferino. PENGASAS PALANG MERAH
Sekitar Jun 1959, Henry menyaksikan Perang Solferino ketika beliau dalam perjalanan ke Algeria, Afrika. Peperangan yang berlanjutan selama 16 jam itu mengakibatkan kawasan peperangan itu dipenuhi dengan 40,000 askar yang terkorban dan juga cedera. Beliau telah bertindak membantu mangsa-mangsa yang tercedera dengan membawa mereka ke sebuah gereja yang berdekatan. Segala yang berlaku semasa beliau berada di kawasan peperangan itu telah dicatatkan lalu diterbitkan sebagai sebuah buku yang bertajuk "A Memory of Solferino". Henry memikirkan bahawa kesengsaraan yang dilalui mangsa-mangsa Perang Solferino perlulah diberikan perhatian. Oleh itu, beliau telah mencetak beberapa naskhah bukunya menggunakan wang saku sendiri untuk diedarkan kepada ketuaketua negara Eropah. Dalam penulisannya, beliau telah mencadangkan dua perkara untuk diambil perhatian. Cadangan pertama, membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang tercedera semasa peperangan. Cadangan kedua, mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang tercedera daripada mana-mana pasukan perlulah dibantu. Tindakan beliau telah membuahkan hasil apabila pada tahun 1864, jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) telah dibentuk serta termeterainya Konvensyen Geneva. Namun begitu, penubuhan ICRC dilakukan tanpa kehadiran Henry ekoran beliau dikatakan terlalu idealis. Tayangan video ringkas tentang cetusan idea pengasas, Henry Dunant. PERANG SOLFERINO
PRINSIP - PRINSIP ASAS BSMM Kemanusiaan Kesaksamaan Keberkecualian Kebebasan Khidmat sukarela Ketunggalan Kesejagatan Memberikan pertolongan tanpa diskrimnasi kepada mereka yang tercedera di medan peperangan. Mencegah dan meredakan kesengsaraan. Memberi bantuan tanpa membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau perbezaan politik. Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari keuntungan Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah bertindak mengikut prinsip pergerakannya walaupun pertubuhan ini merupakan badan sokongan kepada pihak berkuasa awam. Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian bercorak politik, perkauaman, agama atau ideologi. Hanya terdapat satu BSMM atau Palang Merah di dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktiviti meliputi seluruh negara. Hanya terdapat satu BSMM atau Palang Merah di dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktiviti meliputi seluruh negara.
STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA Bulan Sabit Merah Antarabangsa terdiri daripada 3 badan yang berasingan, iaitu: A) Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) B) Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) C) Persatuan-persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Kebangsaan
STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA
STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)
UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA/ PEMBANGUNAN KONVENSYEN - KONVENSYEN GENEVA Undang-undang Kemanusian Antarabangsa (UUKA) adalah peraturan yang, atas dasar kemanusiaan, menentukan batasan untuk menghadkan kesan-kesan konflik bersenjata. la melindungi mereka yang tidak terlibat, atau tidak lagi mengambil bahagian dalam peperangan, dan menghadkan cara dan kaedah peperangan. UUKA adalah sebahagian daripada undang-undang antarabangsa awam. Peraturan UUKA ini terkandung dalam perjanjian atau konvensyen dan juga sebahagian daripada undang-undang lazim yang diterima pakai oleh semua negara. UUKA tidak menentukan sama ada sesebuah negara boleh menggunakan kekerasan atau tidak. Ini ditentukan oleh Piagam Bangsa-bangsa Bersatu dan undang-undang lain yang menjadi kebiasaan dalam undang-undang antarabangsa awam. Tetapi, sebaik sahaja sesebuah konflik bersenjata tercetus, UUKA akan diguna pakai. UUKA berusaha untuk menetapkan cara dan kaedah peperangan dalam kedua-dua jenis konflik bersenjata - konflik antarabangsa dan juga konflik bukan antarabangsa. undang - undang kemanusiaan antarabangsa pembangunan konvensyen - konvensyen geneva Konvensyen Geneva ditandatangani pada 1949 sebagai rundingan berakhirnya Perang Dunia Kedua 1939-1945, bertujuan mengemas kini terma Perjanjian 1929. Konvensyen Geneva memperjelas hak asas pihak yang terlibat dalam peperangan melibatkan tentera dan orang awam. Dalam konvensyen ini termaktub perlindungan terhadap mereka yang cedera dan sakit serta mewujudkan perlindungan ke atas orang awam yang berada dalam persekitaran perang. Perjanjian 1949 diratifikasi oleh 196 negara; mengandungi empat perjanjian dan tiga protokol tambahan, lantaran menghasilkan piawaian undang-undang antarabangsa berkaitan layanan kemanusiaan semasa tercetus perang. Geneva sedia ada (empat) Konvensyen, termasuk 12 Ogos 1949 di Geneva membuat kesimpulan lagi empat undang-undang asas kemanusiaan antarabangsa, seperti yang ditetapkan dalam undang-undang antarabangsa untuk standard kemanusiaan. Mereka terutamanya yang berkaitan kepada mangsa-mangsa perang, rawatan tawanan perang dan orang awam di masa perang.
4 konvensyen Konvensyen Geneva Pertama (1864) Digubal untuk melindungi mereka yang tidak terlibat dalam peperangan di darat. Dihormati dan dilindungi tanpa diskriminasi dari segi jantina, bangsa, kewarganegaraan, agama,fahaman politik dan aspek-aspek yang lain. Tidak boleh dibunuh, dimusnah atau diseksa atau untuk tujuan eksperimen biologikal. Menerima rawatan yang mencukupi. Dilindungi daripada dirompak dan jangkitan penyakit. Semua parti yang terlibat dalam konflik mestimencari dan mengumpul mereka yang sakit dan cedera selepas peperangan dan memberi maklumat kepada Pusat Agensi Menjejak Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah(ICRC). Organisasi-organisasi lain yang diberi kuasadalam memberi rawatan secara saksama, kerajaan yang berkecuali dan penduduk tempatan boleh dipanggil untuk memberi perkhidmatan kemanusiaan kepada mereka yang sakit dan cedera. Konvensyen Geneva kedua (1899) Melindungi askar-askar yang cedera dan sakit ketika di atas kapal atau di laut. Mewajibkan pihak yang terlibat di dalam peperangan mencari, mengumpul dan merawat mereka yang cedera, sakit dan karam di laut. Mereka yang cedera, sakit dan karam boleh ditahan sebagai tahanan perang dengan syarat memindahkan tahanan dengan selamat dan kapalperang tersebut mestilah mempunyai kemudahan perubatan. Kapal hospital tidak boleh digunakan untuktujuan ketenteraan. Ia tidak boleh diserang atau ditahan. Pengangkutan air yang berkecuali termasuk kapalsaudagar dan kapal pesiar boleh mengumpul dan merawat mereka yang cedera, sakit dan terkaram.Mereka tidak boleh ditangkap selagi kapalbertindak secara berkecuali. Pegawai agama, perubatan dan hospital yang berkhidmat di atas kapal perang harus dihormati dan dilindungi.
Konvensyen Geneva ketiga (1906) Tahanan perang mesti dilayan dengan baik,disediakan tempat kediaman yang sempurna dan menerima bekalan dan pakaian yang mencukupi serta rawatan yang memadai. Tahanan perang tidak boleh diseksa atau digunakan untuk tujuan eksperimen perubatan dan patut diberi perlindungan daripada tindakan ganas, celaan,hina. Semua tahanan perang harus dibebaskan dan dihantar balik dengan segera sejurus selepas tamat peperangan, jika diminta. Tahanan perang dibenarkan untuk berhubung dengan ahli keluarga dan menerima bungkusan bantuan. Tahanan perang mesti ditempatkan di tempat yang bersih dan terlindung, dan menerima makanan,pakaian dan rawatan perubatan yang perlu untuk mengekalkan kesihatan. Tahanan perang yang sakit tenat mesti dihantar balik dengan segera. Tahanan perang wanita mesti dilayan dengan baikatas soal jantina. Penahan tidak boleh bertindak secara diskriminasi ke atas tahanan perang dari aspek agama, bangsa, kewarganegaraan, fahaman politik dan lain-lain kriteria. Konvensyen Geneva keempat (1949) Mereka yang cedera, tua, kanak-kanak dan ibu mengandung hendaklah sebolehbolehnya dipindahkan daripada kawasan pertempuran. Rumah sakit awam dan anggota-anggota rumah sakit hendaklah dilindungi daripada serangan dan dibenarkan menjalankan tugas mereka tanpa gangguan. Laluan bebas hendaklah diberi kepada peralatan dan bekalan perubatan dan juga keperluan bagi tujuan keagamaan. Tindakan harus diambil oleh pihak- pihak bermusuhan untuk menentukan bahawa kanak-kanak yatim berusia 15 tahun ke bawah atau mereka yang terpisah dengan keluarga akibat peperangan diberi makanan, pakaian, tempat tinggal dan pelajaran. Orang-orang awam mestilah diberi layanan yang baik. Mereka berhak dihormati mengenai agama, adat, kepercayaan mereka. Wanita tidak boleh dirogol, diserang atau dipaksa menjadi pelacur. Dilarang menggunakan paksaan terhadap orang-orang awam untuk mendapat maklumat. Mencuri harta awam atau mengambil tebusan adalah dilarang. Orang-orang awam yang membuat kesalahan hendaklah dibicarakan oleh mahkamah undang-undang (awam).
PROTOKOL - PROTOKOL TAMBAHAN protokol tambahan i protokol tambahan ii protokol tambahan iii Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan dengan perlindungan terhadap mangsa konflik bersenjata antarabangsa (8 Jun 1977). Skop perlindungan diluaskan kepada orang awam dan menghadkan kaedah serta cara peperangan. Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan dengan perlindungan terhadap mangsa dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa (8 Jun 1977). Mengandungi jaminan asas bagi individu yang tidak mengambil bahagian dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa, menyediakan peraturan berkaitan dengan perlindungan terhadap orang awam dan objek serta kelengkapan penting untuk menjamin keselamatan mereka seterusnya. Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan penggunaan lambang tambahan (8 Disember 2005). Mewujudkan lambang tambahan, Kristal Merah, yang mana tarafnya adalah sama dengan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.
TANGGUNGJAWAB NEGARA- NEGARAPersatuan Bulan Sabit Merah Malaysia juga bergerak aktif dalam membantu persatuan kebangsaan yang lain terutamanya ketika berlaku bencana besar sejak dari 1970an hingga kini dan diantara bantuan kemanusiaan terbesar yang pernah dihulurkan oleh PBSMM adalah pada 2004 ketika tragedi Gempa dan Tsunami di Banda Aceh dimana PBSMM telah menghantar bantuan hasil sumbangan rakyat Malaysia dan juga para petugas sukarelawan dari pelbagai kemahiran dan latar belakang seperti perubatan, logistik, mencari dan menyelamat. Selain itu, PBSMM juga turut menghantar pasukan respons dan menghulurkan bantuan kemanusiaan di: 1. Gempa bumi Pakistan 2005 2. Banjir Lumpur Leyte, Filipina 2006 3. Taufan Milenyo (Durian) Filipina 2007 4. Taufan Nargis, Myanmar 2008 5. Gempa bumi Padang 2009 6. Taufan Feng Shen (Frank) Filipina 2009 7. Taufan Feng Shen (Frank) Vietnam 2009 8. Misi Bantuan Kemanusiaan Palestin 2010 9. Banjir Besar Sind Pakistan 2010 10. Gempa Bumi Tohoku, Jepun 2011 11. Taufan Yolanda, Filipina 2013 12. Gempa bumi Nepal 2015 13. Gempa bumi Kota Palu, Sulawesi Tengah Indonesia 2018 Dalam masa aman Bulan Sabit Merah berlatih menyediakan diri untuk membolehkan mereka memainkan peranan yang lebih berkesan lagi ketika berlakunya perang atau kecemasan disamping terlibat dalam aktiviti-aktiviti untuk meringankan penderitaan manusia.
KONVENSYEN- KONVENSYEN HAGUE IstIlah "Konvensyen Hague" menerangkan perjanjian dan pengisytharan yang diterima pakal di The Hague dan yang mengandungi peraturan yang mengawal selia peperangan. Ini termasuk sin perjanjian dan pengisytiharan antarabangsa yang diterima pakai pada dua persidangan keamanan antarabangsa pada 1890 dan 1907 dan Konvensyen Hague 1954 mengenal Perlindungan Harta Budaya sekiranya berlaku konflik bersenjata. Peraturan yang terhasil daripada Konvensyen ini - Undang-undang The Hague - mengawal penggunaan cara dan kaedah peperangan, kelakuan permusuhan dan pendudukan, bertentangan dengan Undang-undang Geneva - yang terutama mengawal perlindungan mangsa perang. objektif hague Perbincangan berkaitan Undang-undang Antarabangsa Perlindungan kepada objek-objek balai seni dan tugu peringatan Perlindungan mangsa-mangsa perang dari senjata Tandatangani persetujuan dan persefahaman perjanjian antarabangsa 2 KONVENSYEN HAGUE 1.Persidangan Keamanan Pertama 1899 Terdapat 4 bahagian perjanjian dan 3 sumpahan persefahaman ditandatangani 1.Persidangan Kedua mengenai peperangan laut dan darat pada 1907 Kebanyakan kandungan Persidangan 1899 digantikan dengan undang-undang lebih lengkap 1907 4 BAHAGIAN PERJANJIAN HAGUE 1.Hal-hal antarabangsa yang menjadi isu-isu pertikaian di Benua Pasifik 2.Undang-undang dan amalan kebiasaan berkenaan dengan peperangan darat Penambahan syarat peperangan di lautan kepada Prinsip Konvensyen Geneva pada tahun 1864 3. 4.Melarang penggunaan bom yang dipancar dan mengebom di udara