HIKAYAT
RAJA-RAJA
PASAI
Disediakan Oleh:
AISYAH RASYIDAH BINTI RAZAK
(D20191087849)
SITI JUNAIDAH BINT MAT HATTA
(D20191087865)
NUR ATIQAH BT MOHD ARIFIN
(D20201094256)
NOR HAFEQA BINTI KAMARUDDIN
(D20191087843)
NORZIDA BINTI ARALA
(D20191087846)
BSS3173 (PROSA MELAYU)
NAMA PENSYARAH: PROFESOR MADYA DR.
NORAZIMAH BT ZAKARIA
KUMP: A (KUMPULAN 9)
KANDUNGANHIKAYAT RAJA-
RAJA PASAI
BAB 1 (PUTERI BETONG)
BAB 2 (MERAH SILU)
BAB 3 (MEMELUK ISLAM)
BAB 4 (BERKAHWIN DENGAN PUTERI
GANGGANG)
BAB 5 (MEMBUKA NEGERI PASAI)
BAB 6 (PEPERANGAN PASAI-ISLAM)
BAB 7 (SULTAN AHMAD MENAIKI TAHTA)
BAB 8 (TUN BERAIM BAPA)
BAB 9 (LUBUK TURA)
BAB 10 (TUAN PUTERI GEMERCANG)
BAB 11 (MAJAPAHIT MENYERANG PASAI)
PENGENALAN
Hikayat Raja Pasai (HRP) yang diselenggara oleh Ismail
Ahmad merupakan edisi yang telah diolah dengan lebih ringkas
berbanding manuskrip asal yang ditulis dalam tulisan jawi.
HRP edisi Ismail Ahmad mempunyai 11 bab keseluruhan dan
110 muka surat tidak termasuk bahagian lampiran. Buku yang
telah pengkaji pilih ini merupakan terbitan Dewan Bahasa
Pustaka (DBP) pada tahun 2004. Hikayat terbitan DBP ini
menggunakan jenis kulit hadapan dan belakang ialah kulit
lembut. Dalam hikayat ini terdapat unsur mitos dan terdapat
juga fakta berkaitan dengan sejarah. Sebagai contoh,
kewujudan batu nisan Sultan Malikul Saleh yang kini terletak
di Aceh, Indonesia. Bukti batu nisan ini menunjukkan hikayat
Raja Pasai merupakan satu sejarah kerajaan Islam di Nusantara
ketika abad ke 13 dan akhir abad ke 14.
Cerita dimulai dengan memperkenalkan
BAB 1 Raja Ahmad (abang) dan Raja
Muhammad (adik) sebagai raja
PUTERI BETONG bersaudara di negeri Pasai yang hendak
membuka kerajaan di negeri
Semasa Raja Muhammad dan rakyatnya sedang Semerlanga.
menebas hutan untuk dijadikan negeri baru,
mereka menghadapi masalah kerana serumpun
buluh betung yang tumbuh kembali setiap kali
selepas mereka menebasnya. Hal ini telah
menyebabkan Raja Muhammad mengambil
keputusan untuk menebasnya sendiri.
Walaubagaimanapun, setelah semua buluh
betung ditebang baginda terlihat satu buluh
betung yang besarnya seperti badan manusia.
Tiba-tiba seorang budak perempuan keluar dari
buluh betung itu dan hal tersebut semestinya
telah mengejutkan Raja Muhammad. Raja
Muhammad membawa pulang anak tersebut,
dinamakan anak tersebut sebagai Puteri Betong
dan dijaga dengan rapi oleh inang pengasuh
serta dayang-dayang dalam Istana.
Tidak lama kemudian, Raja Ahmad juga
membuka negeri baru yang tidak jauh dari negeri
baru Raja Muhammad. Suatu hari, bagi
melepaskan lelah selepas seharian berburu namun
tiada hasilnya, Raja Ahmad telah berhenti di
surau dan berjumpa seorang lelaki tua di situ.
Baginda menceritakan perihal buruannya serta
cerita Raja Muhammad yang menjumpai anak
perempuan dalam buluh betung. Setelah lelaki tua
itu mendengar cerita berkaitan dengan Puteri
Betong tersebut, beliau meminta Raja Ahmad
untuk menunggu sebentar.
Tidak lama kemudian, terlihat seekor
gajah dan seorang budak lelaki yang
duduk diatas kepala gajah tersebut.
Gajah tersebut memandikan budak
lelaki tersebut, meletakkan budak itu
ditepi tebing, setelah ia selesai mandi,
ia mengambil budak lelaki itu dan
meletakkan dia kembali diatas
kepalanya dan berlalu pergi. Raja
Ahmad pulang ke istana yang
memberitahu tentang apa yang baginda
lihat kepada isterinya, lalu isterinya
menyuruh baginda untuk membawa
budak lelaki itu pulang.
Raja Ahmad telah menghimpunkan askar-
askar lalu masuk ke hutan dan menuju ke surau
tempat baginda berjumpa dengan lelaki tua
tersebut. Setelah menunggu seharian dalam
lubang, gajah itu kembali ke sungai yang sama
lalu ketika gajah sedang leka mandi, Raja
Ahmad telah mengambil kanak-kanak lelaki itu
lalu mengarahkan askar-askarnya untuk
menghalang gajah tersebut daripada
mengikutinya pulang ke Istana. Setibanya,
Raja Ahmad dan kanak-kanak lelaki tersebut di
istana baginda disambut girang oleh isterinya
lalu menamakan anak lelaki tersebut sebagai
Merah Gajah.
Setelah beberapa tahun, Puteri Betong dan Merah Gajah BAB 2
telah meningkat dewasa dan telah dikahwinkan oleh Raja
Ahmad dan Raja Muhammad. Puteri Betong dan Merah MERAH SILU
Gajah mendapat 2 orang putera iaitu Merah Silu dan
Merah Hasum. Merah Silu dan Merah Hasum merupakan
dua saudara yang tinggal setelah Puteri Betong, Merah
Gajah serta kedua ibu bapa mereka meninggal.
Peristiwa kematian Puteri Betong diceritakan berpunca
daripada suaminya Merah Gajah yang menarik sehelai rambut
emas milik Puteri Betong. Setelah rambut tersebut ditarik dari
kepada Puteri Betong, darah tersembur keluar dengan banyak
dan Puteri Betong menghilang dengan tiba-tiba.
Mendengarkan berita anak perempuannya hilang disebabkan
Merah Gajah, Raja Ahmad telah mengarahkan askarnya untuk
membunuh Merah Gajah. Merah Gajah mati dan telah
menyebabkan Raja Muhammad sangat berang maka
tercetusnya perang antara dua saudara itu. Akhirnya, Raja
Ahamad dan Raja Muhammad turut terkorban dalam
pergaduhan tersebut. Hal ini telah menyebabkan Merah Silu
dan Merah Hasum memutuskan untuk keluar dari negeri
Semerlanga dan mulakan hidup baru di kampung di Beruana.
Pada suatu hari, ketika Merah Silu memeriksa bubunya di
sungai, bubunya dipenuhi cacing gelang-gelang dan peristiwa
tersebut berulang untuk beberapa hari. Akhirnya, Merah Silu
membawa pulang cacing gelang-gelang tersebut dan merebusnya.
Alangkah terkejutnya dia apabila cacing-cacing gelang-gelang
tersebut bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak.
Peristiwa tersebut telah menyebabkan Merah Silu menjadi kaya
dengan serta merta. Namun, sikap Merah Silu yang kebudak-
budakkan kerana telah menjerat kerbau dan menyebabkan kerbau-
kerbau tersebut mati telah mengakibatkan Merah Hasum marah dan
memberi amaran kepada Merah Silu untuk meninggalkan negeri
tersebut kerana telah memalukan beliau.
Merah Silu telah meninggalkan kampung tersebut bersama-sama harta, kerbau
dan askar-askarnya. Setibanya Merah Silu di simpang di hulu Karang, beliau telah
tinggal di situ. Namun, kehadirannya tidak disambut baik oleh penduduk kampung
di situ kerana kerbau miliknya telah merosakkan tanaman milik para petani.
Selanjutnya, Merah Silu telah meneruskan perjalanan beliau dan sampai di
Buluh Telang. Megat Iskandar telah mempelawa Merah Silu untuk tinggal
bersamanya dan Merah Silu meminta Megat Iskandar untuk menjadi ayahandanya.
Setelah beberapa lama, Megat Iskandar mengusulkan untuk menjadikan Merah
Silu sebagai raja di Buluh Telang tersebut dan Megat Silu akhirnya diangkat
menjadi Raja.
Setelah Merah Silu menjadi Raja, beliau telah berperang dengan Sultan Malikul
‘I-Nasar iaitu kekanda kepada Megat Iskandar yang memerintah Raja Jerun. Merah
Silu berjaya membuatkan Sultan Malikul ‘I-Nasar berundur beberapa kali dan
merampas negeri yang diduduki olehnya. Sehingga akhirnya, sampai berita kepada
Megat Iskandar bahawasanya Sultan Malikul ‘I-Nasar telah berjaya membina negeri
yang dikenali sebagai Kumat. Megat Iskandar perberang dengan dan menyebabkan
ramai hulubalang mati dan Sultan Malikul ‘I-Nasar kalah dalam peperangan tersebut.
Akhirnya, Merah Silu sekali lagi dirajakan oleh Megat Iskandar di Rimba Jerun.
BAB 3
MEMELUK AGAMA ISLAM
Diceritakan Merah Silu telah keluar berburu di Rimba
Jerun bersama seekor anjing perburuan yang dinamakan
sebagai Si Pasai. Semasa berburu, Merah Silu telah
berjumpa dengan seekor semut yang sangat besar. Saiz
semut tersebut adalah sebesar seekor kucing, perkara ini
menyebabkan anjingnya menyalak tanpa henti.
Kejadian bertemu dengan semut yang besar telah menyebabkan Merah Silu berasa
kagum dan luar biasa. Lalu, beliau menyuruh sekumpulan rakyatnya untuk
membersihkan kawasan tersebut untuk dibina istana. Setelah siap pembinaan istana
di kawasan itu, segala hulubalang dan rakyat di Rimba Jerun berpindah ke kawasan
itu. Kawasan itu telah dinamakan sebagai Semudera yang bermaksud semut yang
amat besar. Kejadian bertemu dengan semut yang besar telah menyebabkan Merah
Silu berasa kagum dan luar biasa. Lalu, beliau menyuruh sekumpulan rakyatnya
untuk membersihkan kawasan tersebut untuk dibina istana. Setelah siap pembinaan
istana di kawasan itu, segala hulubalang dan rakyat di Rimba Jerun berpindah ke
kawasan itu. Kawasan itu telah dinamakan sebagai Semudera yang bermaksud semut
yang amat besar.
Dalam pada itu, terdapat seorang sultan di satu kawasan iaitu
Sultan Muhammad yang tinggal negeri Ma’abri. Diceritakan
pada suatu hari Sultan Muhammad telah menerima sebuah kapal
dari Mekah iaitu kapal yang ketuai oleh Syeikh Ismail. Tujuan
Syeikh Ismail singgal di negeri naugan Sultan Muhammad adalh
untuk meminta bekalan makanan dan wakil negeri tersebut untuk
menunjukkan arah ke negeri Semudara bagi menyebarkan
dakwah Islam.
Sultan Muhammad dengan berbesar hati dengan kehadiran Syeikh Ismail, lalu
menyediakan makanan dan dua orang rakyatnya untuk menjadi pemandu arah ke negeri
Semudera. Setelah itu, kapal milik Syeikh Ismail berlayar dengan bantuan orang daripada
Sultan Muhammad untuk ke negeri Semudera.
Beberapa ketika Merah Silu tinggal dengan aman di Semudera, beliau telah bermimpi
bertemu dengan seseorang. Diceritakan, di dalam mimpi tersebut seseorang itu
menampung dagu Merah Silu dan memintanya untuk membuka mulut, lalu seseorang
itu meminta Merah Silu untuk mengucapkan dua kalimah syahadah. Setelah diajar oleh
seseorang itu cara mengucap dua kalimah syahadah, lalu orang itu memberitahu
bahwasannya Merah Silu adalah Sultan Malik al-Saleh kerana beliau sudah Islam. Sedar
daripada mimpi, Merah Silu telah menerima khabar bahawasanya negerinya telah
menerima sebuah kapal yang berlabuh di kawasan perairan Semudera. Merah Silu
meminta hulubalangnya untuk mengetahui tujuan dan siapa yang datang ke
kerajaannya.
Setelah diselidik, kapal yang berlabuh adalah kapal dari negeri Mekah dan
nakhodanya kapal tersebut dikenali dengan nama Syeikh Ismail. Merah Silu
menyambut kedatangan kapal dari Mekkah dengan senang hati dan terbuka. Syeikh
Ismail dan segala anak kapalnya datang menghadap Merah Silu. Kedatangan Syeikh
Ismail adalah untuk menyebarkan dakwah Islam kerana berpandukan sabda Rasulullah
SAW untuk sebarkan dakwah Islam ke pelosok dunia. Lalu, Syeikh Ismail mengajar
Merah Silu dua kalimah syahadah dan bacaan ayat al-Quran. Syeikh Ismail meminta
untuk menghimpunkan semua hulubalang dan rakyat jelata di negeri Semudera untuk
mengislamkan mereka. Setelah semua raja, menteri dan rakyat di Semudera telah
diislamkan, dengan rasminya nama Merah Silu telah ditukar kepada Sultan Maliku’l-
Saleh dan nama negeri Semudera juga ditukar kepada Darul Islam.
Pada hari penabalan, Sultan Maliku’l-Saleh telah memakai peralatan lengkap yang
dibawakan khusus dari Mekah. Sekalian hulubalang duduk dalam saf menghadap sultan
dan bunyi gendang tabal telah di palu, bunyi bedil nobat juga dipasang menandakan
sultan telah ditabal. Setelah ditabal, segala hulubalang juga ditukar nama gelaran
antaranya Tun Seri Kaya digelar Syed Ali Ghiatu’din dan Tun Baba Kaya digelar Syed
Asmayu’din. Setelah seberapa ketika lama Syeikh Ismail tinggal di Darul Islam, lalu
beliau meminta izin untuk pulang ke Mekah. Syeikh Ismail berlayar pulang ke Mekah
dan ajaran Islam telah tersebar di seluruh negeri Darul Islam. Akan tetapi masih ada
kaum yang tidak memeluk Islam iaitu Kaum Gayu yang tinggal di hulu Sungai
Pasangan. Namun secara keseluruhannya, seluruh negeri Darul Islam adalah rakyatnya
yang beragama Islam.
BAB 4
BERKAHWIN DENGAN PUTERI GANGGANG
Seb
erapa ketika setelah ditabal menjadi Sultan
Ma
liku’l-Saleh, hulubalang di negeri Darul
Islam datang mengahadap sultan. Hulubalang
memberi nasihat kepada sultan untuk
berkahwin supaya keturunan dan kerajaan
dapat diwarisi. Sultan Maliku’l-Saleh
mengambil nasihat daripada hulubalangnya
dan bersetuju untuk berkahwin, namun beliau
tidak mempunyai calon isteri. Para hulubalang
mencadangkan untuk merisik anak daripada
raja di negeri Perlak.
Raja negeri Perlak menerima kedatangan mereka dengan baik dan mempersiapkan
ketiga-tiga putrinya untuk dilihat oleh wakil Sultan Maliku’l-Saleh. Setelah ketiga-tiga
puteri Perlak dihias dengan cantik, hulubalang telah menetapkan seorang puteri yang
berkenan dan sesuai untuk sultan. Sekembalinya hulubalang ke Darul Islam, mereka
menyatakan terdapat seorang daripada ketiga puteri Perlak mempunyai rupa paras yang
sangat menawan dan perilaku yang elok. Nama puteri tersebut ialah Tuan Puteri
Ganggang iaitu anak daripada gundik raja Perlak. Sultan Maliku’l-Saleh mendengar
khabar tersebut dan meminta nujum untuk memberi nasihat. Setelah nujum menyatakan
bahawa Tuan Puteri Ganggang adalah calon yang terbaik dan sesuai dengan Sultan
Maliku’l-Saleh, beliau bersetuju dan meminta hulubalangnya menyampaikan berita
ingin beristerikan Tuan Puteri Ganggang. Raja Perlak dengan senang hati dan merestui
anakandanya menikah dengan Sultan Maliku’l-Saleh. Pada hari pernikahan,
segerombolan wakil daripada Raja Perlak sampai ke Darul Islam untuk menghantar
Tuan Puteri Ganggang. Segala kelengkapan telah disediakan dengan besar-besaran bagi
menyambut hari yang bermakna bagi sultan dan rakyat di Darul Islam. Setelah selesai
upacara pernikahan, kerajaan Darul Islam telah memberikan beberapa perkara antaranya
persalinan yang indah, emas dan perak kepada wakil dari negeri Perlak sebagai buah
tangan. Setelah itu, raja dan permaisuri Perlak berangkat pulang ke negeri mereka dan
tinggalkan anakandanya bersama Sultan Maliku’l-Saleh sebagai suami isteri di Darul
Islam.
BAB 5
MEMBUKA NEGERI PASAI
Suatu hari, ketika Sultan Maliku’l-Saleh sedang memerintah negeri Semudera,
sebuah kapal pedagangan dari benua Keling telah berlabuh. Salah seorang dari
anak kapal tersebut yang mempunyai kelebihan untuk melihat kekayaan yang
tersorok lalu menyatakan bahawa tempat tersebut mempunyai tujuh buah tempat
yang dipenuhi dengan emas. Perkara ini pun didengari oleh pegawai istana dan
dilaporkan kepada sultan. Setelah mendegarkan khabar tersebut sultan pun
menitahkan pegawainya untuk membawa anak kapal tersebut menghadapnya.
Selesai bersoal jawap bersama anak kapal tersebut, sultan pun memberi tugas
untuknya bagi mengetuai misi mencari emas di negeri Semudera. Misi tersebut
berjaya dan telah dipersembahkan dihadapan sultan segala kekayaan yang ditemui.
Setelah beberapa tahun berlalu, isteri kepada sultan hamil. Genap sembilan
bulan, lahirlah bayi lelaki yang sihat dan sempurna diberikan nama Sultan
Maliku’l-Tahir. Pada satu hari, Sultan Maliku’l Saleh pergi berburu bersama
askarnya serta membawa seekor anjing yang diberi nama Si Pasai.
Namun, terjadi suatu perkara yang sangat pelik dan ganjil ketika itu yang mana
anjing baginda, Si Pasai menyalak kepada seekor pelanduk akan tetapi pelanduk itu
bertingkah sangat berani dan berjaya membuatkan anjing buruan sultan berundur
ketakutan. Sang sultan melihat kejadian itu terpegun lalu memerintahkan
pegawainya untuk bersedia mendirikan negeri tersebut dan menyerahkan
pemerintahan kepada anaknya iaitu Sultan Maliku’l-Tahir. Baginda sultan juga
memberikan nama negeri tersebut sebagai Pasai atas sebab peristiwa pelanduk dan
anjing buruannya itu.
Semasa Sultan Maliku’l-Tahir memerintah negeri Pasai, beliau pun
dianugerahi dua cahaya mana lelaki yang diberi nama Sultan Maliku’l- Mahmud
dan Sultan Maliku’l Mansur. Tidak lama setelah itu, Sultan Maliku’l-Tahir pun
meninggal dunia dan menyerahkan pemerintahannya kepada anak sulung iaitu
Sultan Maliku’l Mahmud dan Syed Ali Ghiatu’d-din menjadi perdana menteri.
Ketika anak kedua sultan sudah dewasa iaitu Sultan Maliku’l Mansur, Sultan
Maliku’l-Saleh iaitu nendanya sudah semakin gering. Sang sultan pemilik negeri
Samudera pun menghimpunkan pegawainya untuk menyampaikan wasiat bagi
menabalkan cucu kedua baginda sultan tersebut sebagai pemerintah baru negeri
Samudera.
Akhirnya, kedua-dua negeri itu diperintah
oleh kedua adik-beradik, iaitu Sultan
Maliku’l- Mahmud memerintah Pasai dan
negeri Semudera oleh adiknya Sultan
Maliku’l Mansur.
BAB 6
PEPERANGAN PASAI-SIAM
Pemerintahan sultan Maliku’l Mahmud begitu mahsyur sehingga kehebatan negeri
baginda sampai ke Siam. Hal ini membuatkan Raja Siam merasa tidak puas hati dan
menghantar bala tenteranya ke negeri Pasai untuk tujuan mengutip ufti. Kedatangan
bala tentera Siam ini di ketahui oleh pagawai-pegawai sultan dan melaporkan perkara
ini. Sultan Maliku’l Mahmud pun memerintahkan laksamananya untuk menyiasat
perkara ini. Apabila sang sultan mengetahui perkara ini baginda begitu marah sehingga
kemerah-merahan muka baginda. Tanpa membuang masa, baginda sultan pun
menitahkan para hulubalang, menteri serta rakyat jelata bersiap-sedia menuju ke medan
perang bagi memerangi utusan negeri Siam. Perperangan tersebut berlangsung selama
dua bulan tanpa henti mengakibatkan ramai cedera dan mati. Melihatkan keadaan
tersebut, Sultan Maliku’l Mahmud pun mengangkat senjata lalu berdiri dibarisan saf
hadapan bersama bala tenteranya lain. Setelah berperang mati-matian, panglima Siam
yang bernama Talak Sembang terkena panah dan meninggal menyebabkan bala tentera
Siam dapat dikalahkan.
Sultan Maliku’l Mahmud dianaugerahi tiga cahaya mata iaitu seorang anak lelaki
diberi nama Sultan Ahmad Perumadal Perumal dan dua anak perempuan. Pada suatu
hari, baginda sultan berhajat pergi bersiar-siar dan meninggalkan negeri Pasai.
Namun, ketika itu juga Sultan Maliku’l Mansur bersama menteri dan pegawai-
pegawainya hendak membuat jamuan besar-besaran dan menuju ke negeri Pasai.
Ketika hendak berangkat, perdana menteri Samudera iaitu Syed Asmayu’d-din
menghadap sultan dan menegur baginda untuk tidak ke Pasai semasa ketiadaan
kekandanya iaitu Sultan Maliku’l Mahmud kerana takut berlakunya fitnah, akan
tetapi nasihat tersebut tidak diedahkan. Setelah sampai di negeri sultan Maliku’l
Mahmud, sultan Maliku’l Mansur terlihat seorang wanita cantik yang keluar dari
istana. Baginda sultan tertarik dengan kecantikan paras wajah wanita tersebut lalu
menyuruh pegawainya membawa wanita tersebut pulang ke istana baginda. Apabila
perkara ini sampai ke pengetahuan kekandanya, Sultan Maliku’l Mahmud, baginda
pun marah kepada Sultan Maliku’l Mansur serta perdana menteri Syed Asmayu’d-
din.
Oleh kerana Syed Ali-Ghiatu’d-din sudah semakin tua, tugas sebagai perdana
menteri pun telah diserahkan kepada penggantinya iaitu Tulus Agung Tukang
Sukera. Ketika perdana menteri baru itu menghadap sultan, baginda pun bertanya
pendapat tentang peristiwa yang berlaku dan bagaimanakah untuk menghukum
adindanya itu. Tulus Agung Tukang Sukera pun mempunyai idea untuk menjemput
Sultan Maliku’l Mansur datang ke negeri Pasai tanpa kekerasan kerana takut
berlakunya tentangan besar. Tulus Agung Tukang Sukera memberitahu sultan untuk
menjadikan majlis khatan anakada sultan iaitu Ahmad Perumadal Perumal sebagai
satu cara untuk memerangkap adindanya. Sultan pun bersetuju dengan idea dan
cadangan tersebut lalu dititahlah kepada pegawai untuk menyatakan hajat untuk
mengkhatankan anakandanya kepada Sultan Maliku’l Mansur.
Setelah mendapatkan jemputan itu, Sultan Maliku’l Mansur pun berangkat ke
negeri Pasai. Sesampai baginda di negeri tersebut, Sultan Maliku’l Mansur masuk
istana menghadap kekandanya bersama perdana menteri dan menginggalkan
hulubalangnya di luar.
Tiba-tiba, mereka ditangkap lalu dipenjarakan. Sultan
Maliku’l Mahmud bertanya pendapat kepada perdana
menteri barunya itu, Tulus Agung Tukang Sukera
berkenaan hukuman yang harus dijatuhkan kepada adinda
serta orang kanan sultan. Lalu perdana menteri pun
mencadangkan untuk sultan Maliku’l Mansur untuk
dibuang negeri. Manakala menteri Asmayu’d-din disuruh
menghadap sultan. Baginda bertanya kepada menteri
Asmayu’d-din adakah dia ingin memihak kepadanya dan
menjadi menteri baginda di istana Pasai. Namun, Syed
Asmayu’d-din menolak tawaran tersebut mentah-mentah
kerana baginya jika dipisahkan dengan Sultan Maliku’l
Mansur maka lebih baik badan serta kepalanya
dipisahkan. Sultan pun menitahkan untuk dipenggal
menteri tersebut dan kepalanya dibuangkan ke laut.
Manakala badanya disula di Kuala Pasai. Takdir Allah,
kepala menteri Syed Asmayu’d-din mengikut perahu
tuannya iaitu Sultan Maliku’l Mansur.
Beberapa ketika, pawang perahu tersebut terdengar
bunyi pelik pada kemudi lalu dilihatnya satu kepala
manusia tersangkut. Hal tersebut dikhabarkan kepada
Sultan Maliku’l Mansur dan baginda menyuruh
hambanya mengambil kepala tersebut. Alangkah
terkejutnya baginda sultan setelah melihat kepala itu
milik menterinya Asmayu’d-din. Dengan pantas, sultan
memerintahkan orang-orangnya mencari badan sang
menteri dan kemudiannya dijumpai badan tersebut tersula
di Kuala Pasai. Sultan Maliku’l Mansur pun memohon
kepada kekandanya untuk badan menterinya itu diambil,
lalu Sultan Maliku’l Mahmud pun mengizikan. Setelah
dipertemukan kepada dan jasad menteri Asmayu’d-din,
lalu sultan dan orang-orangnya mengkapan dan
menyembayangkan mayat tersebut. Baginda, Sultan
Maliku’l Mansur menanamkan mayat menterinya itu di
Padang Maya. Selesai urusan pengkebumian tersebut,
sultan pun belayar menuju negeri Temiang.
BAB 7
Sultan Ahmad Menaiki Tahta
Pada suatu hari, Sultan Maliku’l Mahmud dihadap oleh hulubalang,
menteri dan segala rakyatnya. Baginda teringat akan saudaranya iaitu
Sultan Maliku’l Mansur, baginda merasa sangat bersalah akan sikap
ketamakannya sehingga memulaukan kerabatnya demi seorang wanita.
Daripada itu, Sultan Maliku’l Mahmud menyuruh segala hulubalangnya
menjemput saudaranya iaitu Sultan Maliku’l Mansur untuk
menghadapnya di Benua Pasai. Lalu, Tun Perpatih Tulus Agung Tukang
Sukera pun berangkat pergi ke Temiang untuk menyampaikan titah dan
rindu dari Sultan Maliku'l Mahmud kepada Sultan Maliku'l Manur
Apabila sesampainya Tun Perpatih Tulus Agung
Tukang Sukera di Temiang dan menhadap
menyatakan rasa rindu bagindanya kepada Sultan
Maliku’l Mansur, maka Sultan Maliku’l Mansur pun
turun menaiki perahu untuk pergi berjumpa Sultan
Pasai. Sepertegahan perlayaran, Sultan Maliku’l
Mansur singgah di Padang Maya di mana ia
menziarahi pusara Asmayu’d-din.
Setelah selesai menziarahi pusara tersebut, Sultan Maliku’l Mansur
mengambil wuduk untuk menunaikan solat dua rakaat. Sebelum sempat
memberikan salam dan dalam keadaan bersujud Sultan Maliku’ Mansur
kembali kerahmatullah. Tun Perpatih Tulus Agung Tukang Sukera kembali
ke Pasai dan menyampaikan berita duka kepada Sultan Maliku’l Mahmud.
Baginda terus pengsan apabila mendengar khabar duka tersebut, baginda
begitu sedih sehinggakan jatuh sakit kerana sedih akan pemergiaan
saudaranya itu. Tidak lama dari itu, tahta pemerintahan Benua Pasai
diturunkan kepada anaknya iaitu Sultan Ahmad. Seketika itu Sultan
Maliku’l Mahmud yang sakit pulang mengikut saudaranya menghadap
sang pencipta.
Sebelum pemergian Sultan Maliku’l Mahmud, baginda bepesan melalui
penulisan wasiat akan tanggungjawab menjadi pemerintah kepada
anaknya iaitu Sultan Ahmad. Penasan demi pesanan dari wasiat dibaca
oleh Sultan Ahmad, lalu Sultan Ahmad bersujud dan menangis. Sultan
Maliku’l Mahmud di semadikan mengikut adat raja-raja dan dibantu oleh
anaknya sendiri dan segala hulubalang. Dengan itu Sultan Ahmad pun
mengambil alih sebagai pemerintah di kerajaan Pasai.
BAB 8
TUN BERAIM BAPA
Pada suatu hari, semasa berada di bawah
pemerintahan Sultan Ahmad, terdapat sebuah
kapal yang datang dari benua Keling.
Di dalam kapal tersebut terdapat seorang pertapa Hindu yang
bernama Jogi. Kapal itu naik ke darat kerana pertapa Hindu
itu sakit lalu dibawa berjumpa Sultan Ahmad. Jogi
menunjukkan kesaktiannya di hadapan Sultan Ahmad lalu
pengsan disebabkan oleh Sultan Ahmad memiliki kemuliaan
yang dianugerahi. Sultan merasa hairan melihat Jogi yang
pandai bermain dengan sihirnya. Namun, selepas itu Jogi
telah pun memeluk agama islam dan dia menggelar baginda Sultan Ahmad Perumadal
Perumal.
Setelah sekian lama Sultan Ahmad memerintah, baginda dianugerahi Allah S.W.T
tiga puluh orang anak yang seibu sebapa lima orang, tiga orang lelaki dan anak yang
sulung bernama Tun Beraim Bapa, anak yang kedua bernama Tun Abdul Jalil dan yang
ketiga bernama Tun Abu’l Fazil. ara pula amat baik paras mereka dan tidak ada
bandingannya pada zaman itu. Tingginya tujuh hasta dan bidang dadanya dua hasta.
Nama Tun Beraim Bapa sememangnya terkenal serta masyhur hingga ke benua Keling.
Tun Abdul Jalil pula baik rupa dan parasnya serta tiada bandingannya pada masa itu.
Berita mengenai Tun Abdul Jalil masyhur hingga ke benua Jawa dan sampai kepada
Puteri Gemerencang iaitu anak Raja Majapahit. Manakala Tun Abu’l Fazil terlalu alim
dan baginda mengetahui mengenai ilmu pendeta. Anak Sultan Ahmad Perumadal
Perumal yang perempuan iaitu Tun Mandam Peria dan Tun Takiah Dara pula amat baik
paras mereka dan tidak ada bandingannya pada zaman itu.
Sultan Ahmad juga turut mempunyai empat orang perdana menteri yang
bernama Tulus Agung Tukang Sukera, Baba Mentuah, Sulaiman Dendang Air dan
Tun Syah Alam Kota. Diceritakan orang bahawa Sultan telah jatuh cinta akan anak
perempuannya yang bernama Tun Mandam Peria dan Tun Takiah Dara. Pada suatu
hari, Sultan Ahmad duduk di atas singgahsananya dan dihadap oleh menteri dan
hulubalangnya. Baginda bertanyakan soalan kepada hulubalangnya dan dijawab
oleh Tun Tulus Agung Tukang Sukera serta Baba Mentuah. Namun, jawapan yang
diterima menyebabkan baginda murka akan Tun Tulus Agung Sukera.
Tun Perpatih Tulus Agung Sukera pun menyuruh seorang perempuan memberitahu
Tun Mandam Peria dan Tun Takiah Dara mengenai perkara yang dinyatakan oleh sultan
kepada hulubalangnya dan Tun Mandam Peria pun bergegas memberitahu saudaranya
iaitu Tun Beraim Bapa yang berada di Tukas. Apabila Tun Beraim Bapa mendengar
berita itu, beliau bergegas ke Pasai lalu masuk ke dalam istana Sultan Ahmad dan
segera membawa kedua-dua saudaranya ke Tukas. Hal ini menyebabkan sultan merasa
marah dan berdendam akan Tun Beraim Bapa.
Beberapa lama kemudian, terdapat sebuah kapal yang amat besar
yang datang dari benua Keling. Terdapat empat orang pendekar yang
tidak ada tandingnya di dalam kapal itu. Tujuan mereka datang ke
negeri Pasai adalah untuk mencari lawan. Pahlawan itu naik ke darat
lalu bertemu dengan orang di dalam negeri Pasai. Pendekar itu
bertanyakan mengenai larangan rajadalam negeri tersebut. Setelah mendengar jawapan
yang diberikan, pendekar itu bernekad untuk mengerjakan segala larangan yang
dilarang. Apabila orang melihat pekerjaan pendekar itu lalu mereka pun pergi
memberitahu Tun Perpatih Tulus Tukang Sukera lalu Tun Pepatih pun menyampaikan
berita itu kepada Bermamat Panti dan Maidana Panti untuk mereka menyampaikan
berita ini kepada Sultan Ahmad. Ketika mendengar berita itu, Sultan Ahmad pun
menyuruh Bermamat Panti dan Maidana Panti untuk memberitahu Tun Beraim Bapa
yang berada di Tukas.
Kedua-dua mereka itu pergi ke Tukas dan memberitahu Tun Beraim Bapa
mengenai pendekar Keling yang datang ke negeri Pasai untuk mencari lawan. Tun
Beraim Bapa pun bersetuju untuk menghadap Sultan Ahmad keesokkan harinya dan
menyuruh Perman Isap dan orang Tikar untuk memanggil pahlawan serta pendekar.
Tun Beraim Bapa serta hulubalangnya menyiapkan diri dengan pakaian dan peralatan-
peralatan. Selepas bersiap-siap, mereka pun sampai ke pintu lalu masuk ke dalam pagar.
Sultan pun terkejut melihat ramai orang yang masuk.
Tun Beraim Bapa pun datang ke pintu gerbang
lalu menyuruh Perman Isap dan Orang Tikar
agar memberitahu kepada Dara Zulaikha
Tingkap yang bergelar Derma Dikara untuk
memberikannya seekor kuda semberani anak
kuda Parsi. Maka kedua-duanya pergi berjumpa
Dara Zulaikha Tingkap dan Dara Zulaikha
Tingkap pun pergi berjumpa dengan sultan.
Sultan pun memberikan kuda yang tidak pernah
ditunggang manusia bersama-sama dengan
kekangnya dan pelananya kepada Tun Beraim
Bapa.
Selepas memberikan kuda tersebut kepada Tun Beraim Bapa, Sultan pun berangkat
ke medan untuk melihat Tun Beraim Bapa berlawan. Sultan menyuruh Bermamat Panti
dan Maidana Panti untuk memberitahu Tun Beraim Bapa agar menunggang kuda
tersebut di hadapan pendekar Keling itu. Maka Tun Beraim Bapa pun menunggang kuda
tersebut sehingga membuatkan sultan merasa hairan dan terkejut isebabkan ole
kehebatan yang ditunjukkan oleh Tun Beraim Bapa. Lalu sultan menyuruh Tun Beraim
Bapa untuk bermain-main di hadapan pendekar Keling. Maka Tun Beraim Bapa pun
menginginkan sebilah pedang dan sebuah perisai.Tun Beraim Bapa pun menunjukkan
kehebatannya dengan memenggal dua kelambir yang dilontarkan hingga ghaib tidak
kelihatan dan sebelahnya terlantar di bumi.
Setelah selesai menunjukkan kehebatannya, Tun Beraim Bapa pun menyembah
Sultan Ahmad dan segala gurunya juga turut menyembah. Setelah dilihat oleh seluruh
pendekar Keling akan kehebat Tun Beraim Bapa, ia membuatkan mereka merasa hairan
dan gementar lalu kembali ke kapal dengan malu serta menunduk kepala kerana tidak
berani untuk melawan Tun Beraim Bapa. Selepas itu, sultan pun kembali pulang ke
istananya begitu juga dengan Tun Beraim Bapa, gurunya serta hulubalangnya kembali
pulang ke Tukas dengan senda gurau.
BAB 9
LUBUK TURA
Setelah beber
apa lama kemudian, pada hari jumaat,
Tun Beraim Bapa pergi ke Pasai untuk bermain-main
lalu masuk ke dalam pagar sultan. Tun Beraim Bapa
naik ke bangsal dan ternampak Tun Fatimah Lepau
yang sedang mengarang bunga dengan Dara Zulaikha Tingkap. Tun Fatimah Lepau
merupakan gundik Sultan Ahmad. Tun Beraim Bapa bergurau senda dengan Tun
Fatimah Lepau sehingga menyebabkan Sultan Ahmad terkejut daripada tidur kerana
mendengar gegaran yang kuat. Sultan bertanyakan kepada Dara Zulaikha akan kejadian
yang berlaku. Selepas mengetahui kejadian yang sebenarnya, sultan merasa terlalu
marah dan memberitahu Dara Zulaikha untuk menjaga rahsianya iaitu baginda ingin
membunuh Tun Beraim Bapa. Sultan mula merancang strategi untuk membunuh Tun
Beraim Bapa iaitu baginda ingin membawanya ke hulu sungai lalu dibunuh.
Sultan Menyuruh Bermamat Panti dan Maidana Panti untuk memanggil
hulubalangnya dan mengajak mereka untuk bermain-main ke hulu sungai untuk
menangkap rama-rama belodok, ketam berdayung, udang bersanggul, lembedak
mengidam dan patin bertelur. Sultan Ahmad juga turut meminta Bermamat Panti dan
Maidana Panti untuk memberitahu Si Beraim Bapa bahawa sultan hendak mencari
rama-rama belodok, ketam berdayung, udang bersanggul, lembedak mengidam dan
patin bertelur. Maka mereka berdua pun pergi ke Tukas lalu memberitahu Tun Beraim
Bapa mengenai hasrat sultan.
Tun Beraim Bapa menyuruh Perman Isap dan Orang Tikar
untuk pergi ke hulu sungai juga bagi menebas hutan di tepi
sungai tersebut kerana sultan ingin pergi ke hulu sungai lalu
ke Lubuk Tura dan ke Belatap lalu ke Malim Zainal Belatap
dan kemudian ke Malim Pagar Sesah dan seterusnya ke
kampung kepada Si Ali Kecil Pahat Putar dan kepada Si
Bintang Timur dan kepada Si Akar Gajah Mengangkat. Tun
Beraim Bapa pun pergi ke pekan dan memberitahu orang
pekan bahawa baginda ingin mengiringi sultan ke hulu sungai.
Paduka Sultan pun berangkat seperti adat segala raja-raja. Baginda menyuruh
Bermamat Panti dan Maidana Panti untuk memberitahu Tun Beraim Bapa bahawa
baginda sudah bergerak pergi ke hulu sungai bersama-sama gundik dan dayang-
dayangnya. Selepas Tun Beraim Bapa mendapat berita itu, lalu baginda pun bergerak
pergi bersama-sama dengan saudaranya, lalu ia berjalan dari pekan. Sekalian orang
pekan pun menangis serta mendoakan Tun Beraim Bapa.
Paduka Sultan pun telah sampai ke Lubuk
Songgong lalu menyuruh Bermamat Panti dan
Maidana Panti untuk memberitahu Tun Beraim
Bapa untuk menjala di Lubuk Songgong itu.
Baginda pun menjala di Lubuk Songgong
tersebut dan tatkala baginda sudah menghambur
jalannya, Tun Beraim Bapa pun menyelam.
Ketika Paduka Sultan melihat Tun Beraim Bapa menyelam, baginda memberi isyarat
kepada hulubalangnya untuk menghunuskan segala pedang bagi menikam dan
menetak Tun Beraim Bapa selepas baginda timbul. Tun Beraim Bapa berjalan-jalan di
dalam air lalu bangkit dan naik ke darat. Apabila sultan dan hulubalangnya melihat
kejadian tersebut, mereka menjadi gementar dan muka mereka kelihatan pucat.
Masing-masing menyarungkan kembali pedang mereka.
Sultan pun bergerak pergi ke hulu sungai dan sampailah di Pantai Majang.
Segala hulubalang Tun Beraim Bapa menantikan Tun Beraim Bapa di pantai itu. Tun
Beraim Bapa duduk di dalam perahunya dan berbual-bual bersama hulubalangnya.
Sementara itu, Sultan Ahmad telah tiba di Tanjung Ara. Perahu baginda tersangkut
lalu menyuruh hulubalangnya untuk membongkar perahu tetapi tidak dapat
dibongkar. Sultan pun memberikan arahan kepada Bermamat Panti dan Maidana Panti
untuk memanggil Tun Bermain Bapa. Tun Beraim Bapa pun pergi ke Tanjung Ara
lalu mencuba untuk membantu menyelamatkan perahu sultan. Namun, ada perahu
yang hanyut, karam dan ada yang terdorong ke dalam hutan.
Tun Beraim pun menyelam sekali lagi dan baginda menyelam begitu lama. Sultan
pun pura-pura menangis. Semasa menyelam, Tun Beraim Bapa pergi ke hulu dan
baginda duduk di atas batang yang dibawanya sambil mengurai-urai rambutnya dan
memetik canggainya. Orang memberitahu sultan bahawa Tun Beraim Bapa masih lagi
hidup. Sultan pun menyuruh Bermamat Panti dan Maidana Panti untuk memanggilkan
orang Seri. Sultan menyuruh orang Seri tersebut untuk membuatkan ubat hangat
kepada anaknya. Orang Seri tersebut pun membuat peniaram dan dimasukkan racun ke
dalam peniaram tersebut.
Sultan pun menyuruh Bermamat Panti dan Maidana Panti untuk
menghantarkan ubat hangat tersebut kepada Tun Beraim Bapa. Tun
Beraim Bapa sudah mengetahui bahawa ubat hangat tersebut
mengandungi racun lalu baginda pun membelah dua peniaram itu dan
memberikan kepada anjing dan ayam. Anjing dan ayam tersebut mati
selepas memakan peniaram tersebut. Tun Beraim Bapa tidak mahu derhaka lalu
baginda hendak makan peniaram itu lalu direbut oleh Tun Mandan Peria, lalu Tun
Mandan Peria pun mati akibat memakannya. Tun Takiah Dara juga mati akibat
memakan peniaram tersebut. Tun Beraim Bapa pun mengambil peniaram yang tinggal
lalu memakannya. Racun tersebut telah tersebar dalam tubuh badan Tun Beraim Muda
hingga menyebabkan tubuhnya menjadi gatal-gatal.
Tun Beraim Bapa pun bertanya kepada Malik Akasan mengenai sebuah lubuk lalu
menyuruh Malik Akasan membawanya ke sana. Setibanya baginda di Lubuk Tura, Tun
Beraim Bapa pun mencuba untuk menangkap ikan dan baginda juga turut bergelut
dengan ular lembuni yang sangat berbisa. Baginda pun berjaya menangkap ular
tersebut dan menyuruh seseorang membakar ular tersebut. Sesiapa sahaja yang
menghidu bau asap ular tersebut akan mati kerana ular lembuni tersebut tersangatlah
berbisa. Tun Beraim Bapa pun memakan kesemua daging ular tersebut.
Tun Beraim Bapa menyuruh seseorang untuk menanyakan kepada sultan mengenai
tempat untuk ditanam dirinya sekiranya baginda mati.Selepas itu, Tun Beraim Bapa
pun mengajak Malik Akasan untuk membawanya ke Bukit Fadlu’llah. Perjalanan ke
bukit tersebut sangat mencabar serta penuh bahaya. Tun Beraim Bapa semakin lemah
lalu baginda menyuruh Malik Akasan untuk mendukungnya kerana baginda sudah
tidak dapat berjalan lagi. Malik Akasan pun mendukung Tun Beraim Bapa. Apabila
sampai di sebuah tempat, baginda menyuruh Malik Akasan untuk membaringkannya di
atas tanah.
Baginda pun mengambil lembing lalu dilontarkannya. Lembing tersebut telah jatuh
ke Bukit Fadlu’llah dan kemudiannya Tun Beraim Bapa pun meninggal dunia. Malik
Akasan pun membawa mayat Tun Beraim Bapa ke Bukit Fadlu’llah. Ketika sampai
berita mengenai kematian Tun Beraim Bapa, Sultan Ahmad merasa sangat gembira.
Baginda pun kembali ke Pasai.
BAB 10
Tuan Puteri Gemerencang
Tuan Puteri Gemerencang iaitu anak kepada Ratu Majapahit di negeri Jawa. Beliau
masih belum berkahwin dan tidak mempunyai suami kerana menginginkan seorang
suami yang bijaksana dan perkasa. Oleh itu, tuan puteri telah menyuruh hulubalang
yang bernama Tun Perpatih Jena pergi ke setiap negeri untuk melukis raut wajah
setiap anak-anak raja. Antara peralatan atau kelengkapan yang dibawa oleh
hulubalang adalah dakwat penuh sekoci dan kalam seberkas. Tun Perpatih Jena
berlayar ke setiap negeri dengan menaiki perahu.
Setelah pergi kebeberapa buah negeri, akhirnya Tun Perpatih Jena berjaya melukis raut wajah anak-
anak raja kira-kira Sembilan puluh Sembilan sebelum ia tiba di negeri Pasai. Setibanya Tun Perpatih Jena
di negeri Pasai ia melihat putera negeri itu iaitu Tun Abdul Jalil, lalu hulubalang pun melukis raut wajah
Tun Abdul Jalil. Dengan melukis raut wajah anak raja negeri Pasai tersebut, genaplah seratus orang
lukisan anak-anak raja yang diarahkan oleh Tuan Puteri Gemerencang dan ia berlayar pulang ke
negerinya semula.
Tun Perpatih Jena akhirnya sampai di Benua Jawa setelah mengambil masa beberapa hari berlayar ke
setiap negeri. Tanpa membuang masa, Tun Perpatih Jena telah menghadap Tuan Puteri Gemerencang dan
menunjukkan hasil lakaran muka anak-anak raja di setiap negeri yang ia pergi. Tuan Puteri Gemerencang
telah melihat kesemua lakaran wajah anak raja, namun hanya seorang sahaja yang beliau berkenan iaitu
anak putera negeri Pasai Tun Abdul Jalil. Tuan Puteri Gemerencang sangat gembira dan berahi melihat
lakaran wajah Tun Abdul Jalil.
Tuan Puteri Gemerencang tidak tertahan rasa sukanya terhadap Tun Abdul Jalil. Tingkahnya dikatakan
seperti orang gila bayang, mandinya tidak basah dan makannya juga tidak kenyang. Dengan perasaan
yang tidak dapat ditangkisi, Tuan Puteri Gemerencang telah memberitahu perasaan yang terputik
perasaan cinta serta ingin menjadikan Tun Abdul Jalil sebagai suaminya. Dari penceritaan dari
anakndanya, Sang Nata Majapahit telah mengarahkan orang suruhannya menyediakan peralatan dan
kelengkapan seperti ghurab, kelulus dan jong untuk kenaikan anakndanya berangkat ke negeri Pasai.
Tidak dilupakan juga, baginda telah menghadiahkan beberapa emas, perak, permata yang cantik dan
pakaian yang pelbagai rekaan. Sang Nata Majapahit menghantar puterinya ditemani segala hulubalang
sehingga di tepi laut, Tuan Puteri Gemerencang menangis dan memohon restu dari ayahnda dan bondanya
sebelum naik ke ghurab, lalu berlayarlah puteri bersama pengikutnya ke benua Pasai.
Apabila mendengar keberangkatan Tuan Puteri Gemerencang ke Benua Pasai, Sultan
Ahmad iaitu Raja yang menduduki tahta ketika itu tidak berkenan untuk
mengahwinkan Tuan Puteri Gemerencang dengan anaknya iaitu Tun Abdul Jalil.
Oleh itu baginda telah membuah helah dan merancang membunuh anaknya.
Hasratnya untuk membunuh anaknya sendiri hanya diketahui oleh Dara Zulaikha
Tingkap. Setelah membunuh Tun Abdul Jalil, baginda menyuruh orang suruhannya
membuang jasad anaknya di laut Jambu Air.
Tidak lama dari itu, rombongan dari Tuan Puteri
Gemerencang telah tiba ke laut Jambu Air. Seketika itu keluar
sebuah perahu dari Kuala Jambu Air dan Puteri Gemerencang
bertanya kepada orang itu tentang nama negeri yang baru ia
sampai. Orang itu pun menyatakan ia berada di Benua Pasai dan
menyatakan tentang berita yang hangat diperkatakan di negeri
Pasai, iaitu bapak yang membunuh anaknya sendiri. Daripada
penceritaan orang yang didalam perahu, Tuan Puteri
Gemerencang sangat berduka dan bersedih kerana cerita yang
didengarinya merupakan cerita tentang lelaki pujaannya yang
dibunuh iaitu Tun Abdul Jalil. Daripada penceritaan itu juga
jasad Tun Abdul Jalil juga di buang di dalam laut Jambu Air.
Dengan perasaan yang tidak dapat dibendung Tuan Puteri Gemerencang memberitahu dan
mengarahnya segala pengikutnya untuk membuat pilihan untuk bersamanya kekal di Benua Pasai
atau ada yang ingin pulang ke Benua Jawa. Bagi mereka yang ingin pulang ke Benua Jawa, Tuan
Puteri Gemerencang telah memesan kata untuk ayahnda dan bondanya akan maaf atas kesalahan
dan khilafnya. Setelah itu, Puteri Geerencang berdoa keatas Ilahi untuk pertemukan dengan pujaan
hatinya iaitu Tun Abdul Jalil dan dengan kuasaNya termakbul dan kapal yang dinaikinya pun
tenggelam di laut Jambu Air.
Setibanya sebilangan pengikut Tuan Puteri Gemerencang di Benua
Jawa, mereka menyatakan peristiwa yang berlaku dan menyatakan
bahawa Tuan Puteri Gemerencang telah kembali kerahmatullah
kerana berduka akan pujaannya telah dibunuh. Sang Nata Majapahit
yang mendengar peristiwa itu berasa sangat sedih dan berdendam
dengan Sultan Ahmad kerana ia telah membunuh bakal suami kepada
anaknya sekaligus meragut nyawa anaknya. Oleh itu, Sang Nata
Majapahit telah mengarahkan segala hulubalangnya untuk bersedia
menyerang Benua Pasai untuk menebus dendamnya kepada Sultan
Ahmad yang membunuh anakndanya.
BAB 11
Majapahit Menyerang Pasai
Segala angkatan yang mengikut Tuan Puteri Gemerencang telah pulang ke Benua Jawa dan menghadap
Sang Nata Majapahit. Mereka menceritakan segala khabar tentang Tuan Puteri Gemerencang yang telah
tenggelam dan Sultan Ahmad yang telah membunuh anaknya. Apabila mendengar khabar duka tersebut,
Sang Nata Majapahit dan isterinya sungguh sedih dan pengsan tidak sedarkan diri.
. Setelah bangun dari pengsan, Sang Nata Majapahit telah mengarahkan Patih menghimpunkan segala
orang besar, menteri, penggawa, rakyat dan bala tenteranya untuk bersiap sedia menyerang Benua Pasai.
Terdapat kira-kira empat ratus kapal besar, perahu jalur dan kelulus mengikut angkatan Sang Nata
Majapahit berlayar ke Benua Pasai.
Setibanya di pelabuhan Pasai, angkatan dari Benua Jawa naik ke darat
dan mendirikan kota di sepanjang pantai. Setelah siap membuat kubu,
angkatan tentera tersebut masuk ke dalam kota. Cerita dari pihak
sebelah, iaitu Tun Agung Tukang Sukera menghadap Sultan Ahmad
dan memberitahu akan terdapat angkatan musuh dari Benua Jawa telah
berkota. Reaksi Sultan Ahmad sangat gembira dan menyuruh
pengikutnya untuk bersiap sedia pada esok hari untuk membuat
serangan dan menyuruh musuh keluar.
Pihak Benua Pasai telah diketuai oleh Tun Bijaya Pangiran dengan
membawa begitu ramai rakyat turun bertempur. Pertempuran yang
berlaku tersebut telah mengakibatkan ramai askar yang terluka dan
mati. Namun ia berterusan selama tiga bulan kerana angkatan
Majapahit sukar ditumpaskan berkat pertolongan dari Benua Asing.
Setelah mengambil masa tiga hari tiga malam yang benar-benar gentir akhirnya
rakyat dan Pasai telah dapat ditewaskan. Daripada kemenangan tersebut banyak
sekali hasil rampasan diperolehi dan ditawan. Untuk berehat kerana penat ramai
askar dan rakyat bersandar di pohon pauh di medan Pasai. Oleh kerana terlalu ramai
yang bersandar maka pohon tersebut pon bengkok kerana sandaran tombak yang
banyak dan kawasan tersebut diberikan nama Padang Pauh Bengkok.
Beberapa lama berada di Pasai Majapahit pon menyuruh
segala pengikut mengisi hasil rampasan untuk di bawa ke
Benua Jawa. Sepanjang perjalanan di lauk mereka bersorak
sehinggakan mereka berjaya menakluk Jambi di Palembang.
Semua tawasan rakyat dari Pasai diberi kebebasan untuk
tinggal di dalam negeri Majapahit. Dari situlah Pasai mulai
mengalami kemunduran setelah adanya penyerangan yang
dilakukan oleh Kerajaan Majapahit. Anatara sebab Kerajaan
Majapahit menyerang Kerajaan Samudera Pasai kerana Puteri
dari Kerajaan Majapahit bunuh diri karena gagal menikah
dengan Putera Mahkota Kerajaan Samudera Pasai. Jelaslah
penyerangan dari Majapahit ini merupakan awal dari
keruntuhan Samudera Pasai dan tamatlah penguasaan sebuah
kerajaan yang bernama Pasai.
KESIMPULAN
Karya ‘Hikayat Raja-Raja Pasai’ merupakan sebuah karya klasik
yang sarat dengan pelbagai unsur sejarah yang boleh dijadikan sebagai
pengajaran buat panduan masyarakat pada masa kini. Walaupun jalan
penceritaan karya ini lebih berfokuskan pada kehidupan golongan raja
atau sultan, namun ia masih mengandungi pelbagai iktibar dan
pengajaran untuk kita jadikan sebagai panduan. Karya agung ialah karya
yang mampu meninggalkan kesan seni, budaya dan pemikiran yang luar
biasa dalam tamadun sesuatu bangsa. Ia dianggap sebagai warisan
bangsa kerana mengandungi pelbagai iktibar berkaitan sistem
kepercayaan, falsafah hidup, tradisi/konsep ilmu, adat, bahasa, seni, dan
pekerti budaya serta sosial yang membentuk identiti ketamadunan
sesuatu bangsa itu.
Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa kajian sesuatu
teks klasik dapat mendekatkan kita dengan karya-karya zaman dahulu.
Satu kerugian besar sekiranya sumber warisan seperti karya agung ini
tidak dikaji dan dimanfaatkan sepenuhnya. Hal ini adalah kerana ia
berperanan sebagai asas terhadap pembentukan dan perkembangan
tamadun dunia Melayu.
Terdapat banyak elemen dalam karya ini misalnya pemikiran iaitu
isi dan mesej yang hendak disampaikan, nilai budaya dan nilai ilmu,
falsafah dan pandangan hidup, serta teknik kepengarangan dan nilai
estetik. Hasil gabungan kesemua elemen inilah yang melahirkan suatu
karya yang hebat. Oleh sebab yang demikian, karya Hikayat Raja-Raja
Pasai ini telah diangkat sebagai salah satu karya agung dalam Alam
Melayu.